• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terap sikap mahmudah jauhi amalan pembaziran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Terap sikap mahmudah jauhi amalan pembaziran"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

Oleh Dr Norazmi Anas bhagama@bh.com.my

Ketikanegara dilanda musibah CO- VID-19, amalan pembaziran dilihat ber- laku dalam masyarakat. Tajuk akhbar se- perti peniaga buang durian satu tan men- jadi tular dalam minggu ini.

Tidak dilupa isu pembuangan sayur-sa- yuran oleh petani di Cameron Highlands hingga ratusan tan beberapa minggu lalu, meruntun hati masyarakat khususnya go- longan susah yang terputus keperluan harian akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Amalan pembaziran ini sangat berten- tangan ajaran Islam seperti firman Allah SWT:“Sesungguhnya orang melakukan pembaziran ialah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk sangat kufur kepada Tu- hannya.”(Al-Isra’: 27)

Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap pe- murah dan suka menderma serta membantu se- sama manusia. Dalam isu Palestin dan Syria mi- salnya, ratusan juta ringgit disalurkan setiap tahun.

Terkini, Ebit Liew dilantik sebagai Duta Muhibbah ke Palestin antara ikon kebajikan masyarakat di negara ini dan dunia.

Sikap mahmudah ini perlu ada dalam diri setiap warga supaya amalan pembaziran dapat dijauhi hingga menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan melazimi sunnah Rasulah SAW.Seorang sahabat RA pernah bertanya kepada Ra-

sulullah: “Wahai Rasulullah, apakah sedekah paling besar pahalanya?” Baginda menjawab: (Sedekah pa- ling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat ke- dekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Lambakan barangan berasaskan makanan ketika musibah perlu diuruskan sebaik mungkin supaya boleh dimanfaatkan kepada golongan memerlukan khususnya miskin tegar dan kategori B40.

Pelbagai pihak seperti Lembaga Pemasaran Per- tanian Persekutuan (FAMA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sanggup memikul amanah menga- gihkan barangan terbabit kepada pengguna dengan efisien dan sistematik.

Sejak kempen kibar bendera putih minggu lalu sebagai inisiatif bantuan golongan terkesan CO- VID-19, kita lihat demi kelangsungan hidup, golo- ngan terkesan ini sanggup mengetepikan perasaan malu demi keluarga akibat terputusnya keperluan harian.

Walaupun isu ini dipolitikkan, kita perlu ber- lapang dada meraikan sebarang bentuk inisiatif membantu rakyat susah asalkan bantuan sampai kepada mereka dengan kadar segera bagi meng- elakkan berlaku perkara tidak diingini seperti bu- nuh diri.

Penulis teringat kepada khutbah ringkas tokoh ulama sufi terkenal, Sheikh Abdul Qadir al-Jailani:

“Satu suap engkau masukkan ke dalam perut orang lapar lebih baik daripada membangun seribu mas- jid Jami. Dan lebih baik daripada memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik da- ripada orang qiamulail dan rukuk. Dan lebih baik daripada berjihad melawan kekafiran dengan pe- dang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu panas.”

Hakikatnya, kita perlu berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya termasuk pembaziran, lebih-lebih la- gi semasa diuji dengan wabak COVID-19. Banyak- kan amalan bersedekah dan elakkan amalan pem- baziran walaupun kita tidak terkesan dengan si- tuasi semasa kini.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berkurang har- ta dengan kita melakukan sedekah.” (HR Muslim) Bersyukurlah terhadap segala nikmat-Nya dan Al- lah SWT pasti akan menambahnya, sebaliknya jika kita kufur, azab Allah SWT amatnya pedih.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah

Terap sikap mahmudah jauhi amalan pembaziran

Sikap mahmudah ini perlu ada dalam diri setiap

warga supaya amalan pembaziran dapat dijauhi

hingga menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan

nikmat Allah SWT

AUTHOR: Dr Norazmi Anas SECTION: NASIONAL PAGE: 35 PRINTED SIZE: 457.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 15,191.00 ITEM ID: MY0044437871

Page 1 of 2 09 JUL, 2021

Terap sikap mahmudah jauhi amalan pembaziran

Berita Harian, Malaysia

(2)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

SUMMARIES

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah

Ketika negara dilanda musibah COVID-19, amalan pembaziran dilihat berlaku dalam masyarakat. Tajuk akhbar seperti peniaga buang durian satu tan menjadi tular dalam minggu ini. Tidak dilupa isu pembuangan sayur-sayuran oleh petani di Cameron Highlands hingga ratusan tan beberapa minggu lalu, meruntun hati masyarakat khususnya golongan susah yang terputus keperluan harian akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

AUTHOR: Dr Norazmi Anas SECTION: NASIONAL PAGE: 35 PRINTED SIZE: 457.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 15,191.00 ITEM ID: MY0044437871

Page 2 of 2 09 JUL, 2021

Terap sikap mahmudah jauhi amalan pembaziran

Berita Harian, Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Melalui alat bantu aplikasi program SmartPLS hasil penelitian menunjukkan bahwa utilitarian dan hedonic berpengaruh positif signifikan terhadap attitude toward