• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan kaedah model bar terhadap kemahiran berfikir algebra pelajar dalam penyelesaian masalah algebra ABSTRACT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kesan kaedah model bar terhadap kemahiran berfikir algebra pelajar dalam penyelesaian masalah algebra ABSTRACT"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Kesan kaedah model bar terhadap kemahiran berfikir algebra pelajar dalam penyelesaian masalah algebra

ABSTRACT

Kemahiran berfikir algebra merupakan salah satu elemen yang dititikberatkan dalam penandaarasan PISA (Programme for International Student Assessment). Namun kemahiran berfikir algebra dalam kalangan pelajar Malaysia didapati masih berada dalam tahap penandaarasan yang amat lemah. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan kaedah model bar terhadap kemahiran berfikir algebra pelajar. Ujian pra serta ujian pasca digunakan sebagai intervensi kajian. Kajian yang berbentuk kajian eksperimental telah dilaksanakan ke atas 90 orang pelajar Tingkatan Satu dari sebuah sekolah di Daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eskperimen ujian pra dan pasca. Sampel kajian dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan kaedah pembelajaran i) Model Bar (MB, n=30), ii) Model Bar dan Pembelajaran Koperatif (MBPK, n= 30) dan konvensional (TR, n = 30). Ujian statitik inferensi ANOVA Sehala (One-way Analysis of Variances Test) digunakan untuk menganalisis dapatan kajian ini. Hasil analisis ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min ujian pasca antara kumpulan MB, kumpulan MBPK dan kumpulan TR (F (2, 87) = 9.316, p <.05). Perbezaan yang signifikan dalam skor min untuk ujian pasca hanya dapat dilihat di antara kumpulan TR dengan kumpulan MB (P= 0.019) dan antara kumpulan TR dengan kumpulan MBPK (P=0.000) manakala perbezaan yang tidak signifikan ditunjukkan antara kumpulan MB dan MBPK (P= 0.304). Maka,dicadangkan guru matematik menggunakan Model Bar sebagai alat bantu mengajar untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Algebra pelajar.

Referensi

Dokumen terkait

Jadi kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif yang digunakan oleh pelajar sewaktu mereka mengalami pembelajaran topik

Seterusnya, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat pertalian yang bererti di antara tahun pengajian dengan tahap kemahiran berfikir kritis pelajar.. Kata kunci: Kemahiran

Menurut Gabel (1984), penyelesaian masalah merupakan kaedah terbaik untuk mendapat maklumat daripada pelajar mengenai sesuatu konsep kimia yang telah dikuasai. Berdasarkan

Dapatan kajian daripada soal selidik yang diedarkan mendapati bahawa apabila pelajar menyelesaikan masalah pengaturcaraan, kemahiran menterjemah penyelesaian merupakan kemahiran

Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul pada masa kini adalah setakat manakah tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar dan sejauh manakah penerapan kemahiran

Hal ini bermakana, secara signifikan terdapat perbezan yang signifikan dalam kemahiran berfikir kritikal antara pelajar kumpulan eksperimen yang diajar dengan menggunakan

Kertas kerja ini membincangkan bagaimana murid boleh menjana kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan seterusnya melihat pentingnya unsur KBAT ini dalam

Memandangkan kajian sebegini jarang dilakukan di kawasan pedalaman, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran KBAT dalam penyelesaian masalah trigonometri pelajar tingkatan 5