• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NORFARHANA BINTI ROMELI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRAK

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang penting di dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Walaupun kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bukan diajar sebagai mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan bagi semua mata pelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap pemikiran kreatif dan kritis pelajar di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 192 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri pelajar semester satu, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Gaya Berfikir Kreatif–Kritis Yan Piaw yang mengandungi 34 item. Bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti peratusan, dan kekerapan serta statistik inferens Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan. Dapatan kajian menunjukkan, tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif-kritis pelajar DPLI majoritinya adalah pada tahap pemikiran kritis, diikuti oleh pemikiran kreatif dan hanya sebilangan kecil mempunyai pemikiran seimbang. Melalui analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar yang berlainan jantina, kursus pengajian, dan pencapaian akademik. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pendidik ataupun pengajar mahupun pihak institusi dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

(3)

ABSTRACT

Thinking skills of critically and creatively is an important element in the education system in our country now. Although critical and creativity thinking skills are not taught as a subject, but its elements must be integrated in all subjects. The purpose of this study is to identify to what extent the level of creative and critical thinking of students in the Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). A total of 219 first semester of DPLI students participated in this study. The instrument used in this study were The YANPIAW CREATIVE-CRITICAL STYLES TEST containing 34 items. The survey is done in the form of questionnaires. Data were analyzed using descriptive statistics such as percentages, and frequency and inferential statistics of Chi Square of Freedom test. The findings showed majority of DPLI students students are at the level of critical thinking, followed by creative thinking and only a small number have a balanced thinking styles. Through analysis of Chi Square of Freedom, test showed no significant difference between the level of creative-critical thinking between gender, course and academic achievement. This research hopes to provide guidance to teachers or instructors and as well as for the institution as an effort to further consolidate the critical thinking skills and creativity in teaching and learning.

(4)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii - xi

SENARAI JADUAL xii - xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATA

NAMA/ISTILAH xv

(5)

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1 - 2

1.2 Latar belakang masalah 2 - 3

1.3 Pernyataan masalah 4 1.4 Tujuan kajian 4 - 5 1.5 Objektif kajian 5 1.6 Persoalan kajian 5 1.7 Hipotesis kajian 6 - 7 1.8 Skop kajian 7 1.9 Kepentingan kajian 8 1.10 Batasan kajian 9 1. 11 Kerangka kajian 9 1. 12 Definisi istilah 10 - 11

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kemahiran generik/insaniah 10 - 14

2.2.1 Elemen-elemen kemahiran insaniah yang diterapkan di kalangan pelajar

14 - 17

2.3 Gaya pemikiran 17

2.3.1 Gaya pemikiran kreatif 18

(6)

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.3.2 Gaya Pemikiran kritis 19 - 21

a) Konsep pemikiran kritis 21

b) Ciri-ciri pemikiran kritis 22 - 26 c) Komponen kemahiran berfikir

kritis

26 - 30

d) Kaedah pengukuran pemikiran kritis

30 - 34

e) Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pemikiran kreatif dan kritis

34 - 40

2.3.3 Teori–teori berkaitan dengan gaya pemikiran

40

a) Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg

40

b) Teori Kecerdasan Howard Gardner

41 - 42

c) Teori Kecerdasan Roger Sperry 41 - 42 2.3.3 Teori dan kajian tentang otak 42 - 43

(7)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 44

3.2 Reka bentuk kajian 44 - 45

3.3 Kerangka operasi 45 - 47

3.4 Populasi dan sampel kajian 48

3.5 Instrumen kajian 49

3.5. 1 TheYANPIAW CREATIVE-CRITICAL STYLES TEST

49 - 52

3.6 Penilaian instrumen kajian 53 - 54

3.7 Prosedur kajian 45

3.9 Kajian rintis 54 - 55

3.10 Kaedah penganalisisan data 55 - 56

3.11 Rumusan 56

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 57

4.2 Pengumpulan instrumen kajian 57 - 58

4.3 Prosedur analisis data 58

4.4 Dapatan kajian 58

4.4. 1 Kajian demografi 59 - 63

4.4. 1 Ujian Gaya Berfikir Kreatif-Kritis YanPiaw 63 - 72 4.5 Kesimpulan

(8)

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Rumusan dapatan persoalan kajian 74 - 75

5.2.1 Persoalan kajian 1 73 - 76 5.2.2 Persoalan kajian 2 76 - 77 5.2.3 Persoalan kajian 3 77 - 78 5.2.4 Persoalan kajian 4 78 - 79 5.3 Kesimpulan 79 - 80 5.4 Cadangan 80

5.4.1 Cadangan kepada pelajar 80 - 81

5.4.2 Cadangan kepada pendidik 81

5.4.3 Cadangan kepada UTHM 81

5.4.3 Cadangan kajian lanjutan 82

5.5 Rumusan 82

RUJUKAN 83 - 100

(9)

SENARAI JADUAL

3.1 Bahagian instrumen kajian 50

3.2 Petunjuk tatacara pemarkahan Ujian Gaya Berfikir Kreatif-Kritis YanPiaw

51

3.3 Taksiran bahagian petunjuk tatacara pemarkahan Ujian Gaya Berfikir Kreatif-Kritis YanPiaw

52

3.4 Kaedah penganalisisan data 56

4.1 Taburan responden mengikut jantina 59

4.2 Taburan responden mengikut kursus pengajian 61

4.3 Taburan responden mengikut HPNM 62

4.4 Taburan tahap pemikiran pelajar DPLI 65

4.5 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan bagi menentukan perbezaan tahap pemikiran kreatif-kritis dengan jantina

67

4.6 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan bagi tahap pemikiran kreatif-kritis dengan jantina

67

4.7 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan bagi menentukan perbezaan tahap pemikiran kreatif-kritis dengan kursus pengajian

69

4.8 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan bagi tahap pemikiran kreatif-kritis dengan kursus pengajian

(10)

4.9 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan bagi tahap pemikiran kreatif-kritis dengan HPNM pelajar

71

4.10 Analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan bagi menentukan perhubungan tahap pemikiran kreatif-kritis dengan HPNM pelajar

72

(11)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka kajian 9

2.1 Skop dan bidang pemikiran kreatif 29

2.2 Graf kreativiti melawan umur 35

3.1 Carta alir operasi kajian 46

3.2 Tatacara Pemarkahan Ujian Gaya Berfikir Kreatif-Kritis YanPiaw

50

4.1 Pecahan responden mengikut jantina 60

4.2 Pecahan responden mengikut kursus pengajian 61

4.3 Pecahan responden mengikut pencapaian akademik 63

(12)

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATA NAMA/ISTILAH

KND - "know, need to know, need to do PDP - Pusat Pengajaran dan Pembelajaran KPT - Kementerian Pengajian Tinggi MQF - Malaysian Qualification Framework P&P - Pembelajaran dan Pengajaran

PBM - Pembelajaran Berdasarkan Masalah RMK10 - Rancangan Malaysia ke-10

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia DPLI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah SPSS - Statistical Package for Social Science HPNM - Himpunan Nilai Mata

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A Jadual Krejcie dan Morgan, 1970 101

B The YANPIAW CREATIVE-CRITICAL STYLES TEST 103 C Kebenaran menggunakan The YANPIAW

CREATIVE-CRITICAL STYLES TEST

114

D Terjemahan Bahasa Melayu The YANPIAW CREATIVE-CRITICAL STYLES TEST

116

E Tatacara pemarkahan The YANPIAW CREATIVE-CRITICAL STYLES TEST

131

F Pengesahan pakar bagi instrumen kajian 135

G Kajian rintis 144

H Taburan responden mengikut jantina 146

I Taburan responden mengikut kursus pengajian 148

J Taburan responden mengikut pencapaian akademik 150

K Tahap pemikiran pelajar DPLI 152

L Perbezaan tahap pemikiran kreatif-kritis dengan jantina 154 M Perbezaan tahap pemikiran kreatif-kritis dengan kursus

pengajian

157

N Perbezaan tahap pemikiran kreatif-kritis dengan pencapaian akademik

160

O Kebenaran untuk menjalankan kajian oleh KPT 163

P Kebenaran untuk menjalankan kajian oleh FPTV, UTHM

(14)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Malaysian Qualification Framework (MQF) menekankan lapan domain hasil pembelajaran yang dianggap penting bagi Malaysia iaitu: (1) pengetahuan ilmu bidang, (2) kemahiran praktikal, (3) kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial, (4) etika, moral dan keprofesionalan, (5) kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan, (6) kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik, (7) pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, dan (8) kemahiran mengurus dan keusahawanan (Syed, 2006). Dapat dilihat bahawa penerapan domain yang ditetapkan dalam MQF adalah merangkumi soft skills yang menunjukkan betapa pentingnya perkara tersebut. Menyedari hal yang demikian kerajaan telah mewujudkan berbagai-bagai dasar dalam pendidikan bagi menghasilkan modal insan yang dilengkapi dengan kemahiran generik yang secukupnya bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan. Antara usaha tersebut adalah memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan soft skills seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia yang ke-10 (2011a). Oleh yang demikian, institusi-institusi pengajian seharusnya mengubahsuai sistem pendidikan meraka selaras dengan kehendak industri dan pasaran. Tenaga pengajar digalakkan untuk menggunakan metodologi pengajaran yang sesuai dalam usaha untuk menerapkan kemahiran generik ini kepada pelajar (Yong, 1993).

(15)

Perubahan ini juga adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di mana tumpuan diberikan kepada daya berfikir yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif perlu diberikan penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar kerana pelajar yang didedahkan dengan pemikiran kritis lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar telah mempunyai kebolehan serta kemahiran untuk bertindak secara efektif yang diperoleh melalui pemikiran kritis dan kreatif.

Tambahan pula, adalah penting bagi seorang pelajar melengkapkan diri mereka dengan kemahiran generik yang mantap supaya mereka dapat bersaing dalam alam pekerjaan yang sebenar nanti. Hassim (2004) menyatakan bahawa sejak akhir-akhir ini, pihak majikan mengharapkan graduan yang mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta kemahiran penyelesaian masalah yang baik. Ini diperkukuhkan lagi apabila tinjauan syarikat-syarikat di Malaysia iaitu sebanyak 760 buah syarikat-syarikat Multimedia Super Corridor (MSC) dan 1350 dari industri perkhidmatan yang menyatakan tawaran kerja berada pada tahap purata dan industri memerlukan pekerja yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran teknikal dan generik. (Ahmad, 2004).

1.2 Latar belakang masalah

Pendidikan tradisional, termasuk pendidikan perniagaan di peringkat pengajian tinggi, telah dikritik dari segi pencapaian untuk membantu pelajar membangunkan tabiat berfikir, kemahiran penyelidikan, dan kebolehan menyelesaikan masalah yang penting dalam usaha untuk berjaya (Dewey, 1944; Delisle, 1997; Lemke, 2001) dan membangunkan kecerdasan (Tan, 2007) dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah pada abad ke-21.

Cara pengajaran dalam pendidikan tinggi telah dikritik kerana kekurangan perhatian terhadap isu-isu tertentu seperti kesesuaian mata pelajaran, penekanan sedikit untuk menggalakkan kerja berpasukan, tidak sepenuhnya membangunkan

(16)

kemahiran inquiri pelajar, dan juga untuk gambaran yang tidak jelas mengenai konteks isu-isu utama dan masalah (Boud & Feletti, 1997).

Sebagai contoh, sejak kebelakangan ini, pendidikan perakaunan menghadapi tekanan untuk memastikan para graduan mempunyai atribut-atribut yang diperlukan oleh pasaran semasa seperti pembelajaran kendiri, penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan interpersonal. (Sundem, Williams & Chironna, 1990; Lovell, 1992; Adler & Milne, 1997; Hassall, Lewis & Broadbent, 1998).

Lebih memburukkan keadaan apabila, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan, iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan ialah kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil daripada pembelajaran kaedah pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam melahirkan graduan yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian akademik yang baik. (Othman & Mustafa, 2007).

Lesli (2005) menyatakan pendekatan P&P di IPT kurang memberi penekanan dalam pengembangan aspek kemahiran generik. Natijahnya, ramai graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan walaupun pencapaian akademik yang baik (Mustafa, 2006). Kajian tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006) telah mendapati sejumlah 59,315 orang siswazah menganggur. Antara faktor utama yang menjadi petunjuk utama pengangguran tersebut ialah kurang kemahiran komunikasi khususnya dalam kemahiran lisan dan kemahiran pemikiran kritikal khususnya dalam penaakulan yang berkaitan penyelesaian masalah. Di samping itu, kadar pengangguran yang tinggi sebanyak 70% di kalangan graduan telah menarik perhatian banyak pihak dan terdapat gesaan yang kuat untuk mencari jalan penyelesaian secepat mungkin (Suresh, 2008). Kadar pengangguran yang tinggi di Malaysia adalah disebabkan oleh kekurangan kemahiran asas, kepakaran, kemahiran komunikasi dan pengetahuan di kalangan graduan Malaysia. Kebanyakan majikan yang mengambil graduan baru mendakwa bahawa mereka juga tidak mempunyai kemahiran insaniah yang merupakan keperluan utama bagi mana-mana pekerjaan (Woo, 2006). Kebanyakan majikan terutamanya dari sektor swasta mendakwa bahawa mereka tidak berminat merekrut graduan tempatan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran insaniah dan kepakaran yang diperlukan di dalam bidang mereka (Woo, 2006).

(17)

1.3 Pernyataan masalah

Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan. (RMK10b, 2011). Namun, hanya sedikit sahaja yang diketahui mengenai kajian gaya berfikir yang diamalkan dalam kalangan pelajar dan guru Malaysia dan Asia (Zhang, 2002, Huang, 1994 dan Zhang, 2000). Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kecenderungan tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar DPLI, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, UTHM yang berlainan jantina, kursus pengajian, serta hubungan antara tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar terhadap pencapaian akademik mereka.

1.4 Tujuan kajian

Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Di Malaysia, Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telah pun diberikan penekanan sejak penggubalan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) pada tahun 1988 (Ngah, 2000). Pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan warganegara yang dapat memainkan peranan mereka dengan lebih bertanggungjawab kepada negara. Pendidikan tanpa mengutamakan perkembangan fikiran ibarat ‘jasad tanpa roh’. Pendidikan perlu melahirkan golongan yang berkeupayaan berfikir dan mendorong kepada penerusan tradisi intelektual dalam masyarakat (Abd Rashid, 1999).

Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul pada masa kini adalah setakat manakah tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar dan sejauh manakah penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif telah dijalankan di peringkat pengajian tinggi khususnya di kalangan siswazah institusi pengajian tinggi khususnya siswazah pendidikan yang bakal menjadi seorang pendidik pada masa hadapan yang mana kemudiannya akan menerapkan pula kemahiran berfikir kreatif

(18)

dan kritis ini kepada pelajar mereka pula. Menyedari kepentingan kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar, maka penyelidik berpendapat bahawa adalah penting bagi menjalankan satu kajian untuk mengkaji sejauh manakah tahap pemikiran kreatif dan kritis pelajar di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM) bagi tujuan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan dapat diperbaiki jika kita dapat melihat sejauh manakah keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah di peringkat institusi.

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

-1. Menentukan kecenderungan tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar DPLI. 2. Menentukan kecenderungan tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar DPLI

antara jantina berlainan.

3. Menentukan kecenderungan tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar DPLI antara kursus berlainan.

4. Mengenal pasti hubungan antara tahap pemikiran kreatif-kritis dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar DPLI.

(19)

1.6 Persoalan kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut :

1. Apakah tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar dalam kalangan pelajar DPLI? 2. Bagaimanakah perbezaan antara tahap pemikiran kreatif-kritis antara

berlainan jantina dalam kalangan pelajar DPLI?

3. Bagaimanakah perbezaan antara tahap pemikiran kreatif-kritis antara berlainan kursus dalam kalangan pelajar DPLI?

4. Adakah terdapat hubungan antara tahap pemikiran kreatif-kritis dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar DPLI?

1.7 Hipotesis kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis nul telah dibuat oleh pengkaji untuk membuat penjelasan terhadap keputusan kajian yang berkaitan dengan semua persoalan kajian yang diperolehi. Tujuan hipotesis nul dibuat adalah untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkait rapat dengan aspek perbezaan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Di antara hipotesis nul dan hipotesis alternatif adalah seperti berikut:

1.7.1 Perbezaan tahap pemikiran kreatif dan kritis mengikut jantina

Ho Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pemikiran kreatif-kritis dalam kalangan pelajar DPLI yang berlainan jantina. Ha Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pemikiran

(20)

1.7.2 Perbezaan tahap pemikiran kreatif dan kritis mengikut kursus

Ho Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pemikiran kreatif-kritis dalam kalangan pelajar DPLI yang berlainan kursus. Ha Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pemikiran

kreatif-kritis dalam kalangan pelajar DPLI yang berlainan kursus.

1.7.3 Hubungan tahap pemikiran kreatif dan kritis mengikut pencapaian akademik

Ho Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap pemikiran kreatif-kritis dalam kalangan pelajar DPLI yang berlainan pencapaian akademik.

Ha Terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap pemikiran kreatif-kritis dalam kalangan pelajar DPLI yang berlainan pencapaian akademik.

1.8 Skop kajian

Kajian ini mengkaji tentang pembinaan kemahiran generik pelajar yang memfokuskan kepada dua gaya pemikiran berfikir iaitu gaya berfikir kreatif dan kritis. Manakala sampel kajian ini terdiri daripada pelajar semester satu, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional daripada tiga kursus pengajian sahaja, iaitu Kemahiran Hidup, Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.

(21)

1.9 Kepentingan kajian

Hasil daripada kajian ini, diharap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang tertentu seperti pihak Kementerian Pengajian Tinggi, pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pensyarah UTHM, para pelajar UTHM dan penyelidik pada masa hadapan.

Antara kepentingan kajian ini adalah dapat memberi maklum balas kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dengan membuat semakan semula penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar IPT agar dapat melahirkan graduan yang kompetitif dan berdaya saing.

Bagi para pelajar pula, kajian ini dapat membantu mereka mengenal pasti di manakah tahap kemahiran insaniah yang dimiliki mereka, khususnya kemahiran pemikiran kreatif dan kritis. Dengan ini, ia dapat membantu para pelajar mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tambahan yang diperlukan untuk bersaing dalam alam pekerjaan.

Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu tenaga pengajar terutamanya pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan menyusun strategi dalam menyampaikan kemahiran generik dalam pengajaran dengan lebih jelas serta memberi penegasan akan kepentingan kemahiran generik bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan kondusif ke arah memartabatkan profesionalisme di kalangan pendidik atau guru.

Hasil kajian yang diperoleh, dapat membantu pihak UTHM mendapatkan maklumat asas mengenai status dan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Pihak UTHM dapat memperbaiki segala kelemahan program yang telah dirancang bagi mencapai matlamat seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Dapatan kajian ini juga dapat memberi peluang kepada penyelidik masa hadapan dengan membantu mereka meneruskan kajian yang berkaitan dengan kemahiran generik dalam pembelajaran di UTHM.

(22)

1.10 Batasan kajian

Disebabkan kekangan kos dan masa,kajian ini hanya melibatkan pelajar semester satu, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Secara amnya, terdapat lapan domain dalam kemahiran generik, tetapi kajian ini hanya menumpukan kepada domain pemikiran kreatif dan kritis. Manakala pencapaian akademik pelajar dipengaruhi dengan beberapa kemahiran generik (Trueman & Hartley, 1996). Sebagai contoh kemahiran berfikiran kritikal, menyelesaikan masalah dan komunikasi. Oleh yang demikian, domain tersebut dipilih.

1.11 Kerangka kajian

Rajah 1.1: Kerangka kajian (Tahir, nd) KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF • Menjana idea • Menghubung kaitkan • Membuat inferens • Meramalkan • Membuat hipotesis • Mensintesiskan • Mengitlak • Membuat gambaran mental • Menganologikan • Mereka cipta KRITIS • Mencirikan • Membandingkan & • Membezakan • Mengumpul & mengelaskan • Membuat urutan • Menyusun mengikut urutan • Menganalisis • Mengesan kecondongan • Menilai • Membuat keputuan MENAAKUL • Logik • Rasional STRATEGI BERFIKIR • Mengkonsepsikan • Menyelesaikan masalah • Membuat keputusan

(23)

1.12 Definisi istilah

1.12.1 Kemahiran Generik

KPT (2006) telah mendefinisikan kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

1.12.2 Kemahiran berfikir

De Bono (1976) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

1.12.3 Pemikiran kritis

Bennis (1995) mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai pembelajaran yang berkaitan dengan pemikiran, bagaimana menggunakan dan menghubungkannya supaya menjadikan lebih bermakna.

(24)

1.12.4 Pemikiran kreatif

Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah:

“the ability to bring something new existence”

Definisi ini memperlihatkan bahawa kreativiti itu ialah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali (Abd Hamid, 2001).

(25)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menyentuh mengenai kajian literatur secara komprehensif mengenai atribut pemikiran kreatif dan kritis iaitu antara atribut yang terdapat dalam kemahiran generik yang patut dikuasai oleh pelajar. Selain itu, bab ini akan memfokuskan kepada teori-teori pembelajaran.

2.2 Kemahiran generik /insaniah

Terma generik berasal daripada beberapa istilah yang telah digunakan di serata negara di dunia dalam pelbagai sebutan. Istilah, Kemahiran generik di Singapura disebut sebagai kemahiran kebolehan kritikal (critical enabling skills), sementara di United Kingdom, kemahiran generik disebut sebagai kemahiran asas (core skills), kemahiran kunci (key skills), kemahiran umum (common skills) dan kemahiran boleh pindah (transferable skills). Istilah kemahiran generik telah digunakan di New Zealand dengan istilah kemahiran penting (essential skills) sementara di Australia istilah yang digunakan ialah kompetensi kunci (key competencies), kemahiran employabilitydan kemahiran generik (generic skills). Di Kanada, kemahiran generik menggunakan istilah yang sama seperti di Australia iaitu kemahiran kebolehpasaran

(26)

sementara di Amerika Syarikat menggunakan istilah kemahiran asas (basic skills) danworkplace know-how. Di Perancis istilah yang digunakan ialah kemahiran boleh pindah (transferable skills), sementara di Switzerland menggunakan istilah disiplin merentas matlamat (Trans-displinary goals) (Posfas, 2006; NCVER, 2003). Di Malaysia kemahiran ini lebih dikenali sebagai kemahiran generik dan kemahiran insaniah (KPT, 2006).

KPT (2006) telah mendefinisikan kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.

Quek (2005) menjelaskan kompetensi generik perlu dimiliki oleh graduan dalam menempuhi alam pekerjaan. Beliau menyatakan pertimbangan generik amat penting dalam mencapai kejayaan dalam bidang pekerjaan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan kompetensi generik untuk

diaplikasikan dalam bidang pekerjaan.

Kajian oleh Ariffin et al. (2008a) menunjukkan kemahiran generik perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek dan perlu didedahkan dari awal kemasukan pelajar pada semester satu pengajian. Pensyarah perlu lebih sensitif dengan kekuatan dan kelemahan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran dapat diterapkan mengikut kebolehan pelajar. Definisi dan set konstruk kemahiran generik juga adalah berbeza mengikut negara tetapi tujuannya adalah sama iaitu merupakan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk menjadi penuntut yang lebih berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik, pekerjaan dan aspek lain dalam kehidupan. Kemahiran generik juga merupakan output penting bagi pendidikan universil (Allan & Clarke, 2007; Ballantine & Larres, 2007; Biggs, 2003; Dunne, Bennett, & Carré, 2000; Jager & Nassimbeni, 2005: Lizzio & Wilson, 2004; Lublin, 2003). Menurut Posfas (2006); NCVER (2003), walaupun definisi kemahiran generik ini berbeza mengikut negara tetapi secara kolektifnya kemahiran ini mengukur enam elemen yang sama iaitu (1) basic/fundamental skills, (2) peoplerelated skills, (3) conceptual/thinking skills, (4) personal skills and attributes, (5) skills related to the business world,dan (6)skills related to the community. Universiti sebagai IPT harus menjadi tempat yang paling sesuai untuk menggilap kemahiran generik pelajar (Allan & Clarke, 2007; Ballantine & Larres, 2007; Biggs, 2003; Dunne, Bennett, & Carré, 2000; Jager & Nassimbeni, 2005; Lizzio & Wilson, 2004; Lublin, 2003;

(27)

Ariffin, Idris & Mohd, 2008b). Pelajar IPT pula perlu mempunyai keinginan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam proses pembentukan modal insan dengan minda kelas pertama ini. Justeru, penerapan kemahiran generik mesti dilaksanakan secara menyeluruh oleh universiti dengan melibatkan semua pihak yang ada hubungan dengan pelajar.

2.2.1 Elemen–elemen kemahiran insaniah yang diterapkan di kalangan pelajar

Di Malaysia pendidikan tertari diberikan tanggungjawab dalam usaha menggilap Kemahiran Insaniah pelajar. Di mana aktiviti pengajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam empat domain utama iaitu kognitif (pengetahuan),psikomotor (kemahiran fizikal), afektif dan sosial . Dalam usaha menentukan elemen Kemahiran Insaniah untuk melaksanakan dan diterima guna institusi pengajian tinggi, kajian dan pandangan pakar serta pengalaman institusi pengajian tinggi yang telah melaksanakannya perlu diambil kira. Sebagai hasilnya, elemen utama di bawah dipilih untuk dilaksanakan di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi, 2006):

1. Kemahiran berkomunikasi

2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah 3. Kemahiran kerja berpasukan

4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat 5. Kemahiran keusahawanan

6. Etika dan moral profesional 7. Kemahiran Kepimpinan

(28)

Pencapaian akademik pelajar dipengaruhi dengan beberapa kemahiran generik (Trueman & Hartley, 1996). Sebagai contoh kemahiran berfikiran kritikal, menyelesaikan masalah dan komunikasi. Kedua-dua kemahiran ini mempunyai pengaruh rapat dan petunjuk bagi pencapaian akademik pelajar. Fisher & Scriven (1997) menyatakan pemikiran kritikal sebagai kemahiran mentafsir dan menilai sesuatu perkara yang diperhatikan dan maklumat yang diterima serta hujahan yang diperoleh dalam sesuatu komunikasi. Pelajar yang memasuki universiti atau institusi pengajian tinggi yakin mereka mempunyai kemahiran generik tetapi tidak tahu bagaimana untuk mempertingkatkan kemahiran tersebut atau mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam akademik dan kehidupan di universiti (Lowe & Cook, 2003; Richardson, 2003).

Ramai pakar pemikiran kritikal cenderung mendefinisikan pemikiran kritikal di perlukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam akademik dan juga dalam kehidupan. Ennis (1996) menyatakan pemikiran kritikal adalah satu set kemahiran yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang kompleks. Pemikiran kritikal adalah fokus bagi seseorang untuk mempercayai atau melakukan sesuatu perkara (Ennis, 1996). Kemahiran ini perlu dikuasai oleh pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi kerana pelajar perlu menilai, menjana, menaakul, menganalisis dan memilih maklumat yang diterima bagi membuat keputusan atau melaksanakan tugasan yang diserahkan kepada mereka. Pelajar sering mencari dan memerlukan bahan bagi menyelesaikan tugasan sepanjang mereka berada di universiti, oleh itu kemahiran menyaring dan memilih bahan yang berkualiti adalah diperlukan bagi menghasilkan satu tugasan yang bermutu.

Bennis (1995) mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai pembelajaran yang berkaitan dengan pemikiran, bagaimana menggunakan dan menghubungkannya supaya menjadikan lebih bermakna. Norris & Ennis (1989) mentakrifkan bahawa pemikiran kritis adalah sebagai pemikiran yang munasabah dan refleksi, iaitu yang memberi tumpuan kepada menentukan tindakan yang sewajarnya dibuat dan dipercayai. Norris (1992) mentafsir pemikiran kritis sebagai membuat keputusan secara rasional tentang perkara yang hendak dipercayai atau tidak. Mertes (1991) mentafsir pemikiran kritis sebagai gabungan proses sedar dan sengaja yang digunakan untuk menilai maklumat dan pengalaman, serta satu set sikap dan kebolehan refleksi yang memandu kepercayaan dan tindakan. Huitt (2007) mentafsir pemikiran kritis sebagai aktiviti mental berdisiplin bagi menilai hujah dalam

(29)

membuat pertimbangan ke arah pelaksanaan tindakan. Browne & Keeley (2000), mentafsir pemikiran kritis sebagai suatu proses yang bermula dengan satu hujah kepada proses penilaian. Paul & Elder (2001), mentakrif pemikiran kritis sebagai kebolehan pemikir untuk mengawal pemikiran mereka. Seorang pemikir yang kritis cenderung membuat sesuatu dengan betul, jujur, dan jelas (Ennis, 2000). Pemikiran kritis mempunyai keupayaan untuk membuat sesuatu keputusan atau untuk mencapai rumusan kesimpulan mengenai masalah-masalah dan isu-isu yang mungkin tidak seharusnya mempunyai satu jawapan yang betul (Churchman, 1971). Walaupun pelbagai tafsiran tentang berfikiran kritikal dan menyelesaikan masalah dilakukan namun konsep utamanya berlandaskan kepada membuat penilaian atau pemprosesan maklumat secara rasional ke arah membuat sesuatu keputusan dan merupakan kemahiran yang perlu diterapkan dalam semua disiplin pengajian.

Semua takrif-takrif ini, melibatkan kesedaran dan pendekatan tertentu bagaimana untuk menangani isu atau menyelesaikan sesuatu masalah khusus. Dalam konteks pengajian di institusi pendidikan, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah mencerminkan keupayaan pelajar-pelajar bagi mengenal pasti isu-isu dan mencadangkan penyelesaian-penyelesaian semasa menjalankan analisis, kajian, dan pemilihan bahan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Manakala kebanyakan universiti di Australia telah memilih kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan komunikasi (interpersonal dan penulisan) sebagai asas kepada kemahiran-kemahiran yang lain dan merupakan kemahiran boleh pindah (transferable) serta mudah diukur. Kemahiran ini juga menjadi fokus penting bagi universiti, agensi kerajaan dan majikan di negara-negara lain (Hambur, Rowe & Luc, 2002).

Kebolehan menilai merupakan asas kepada pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah; iaitu menilai idea, bukti cadangan, tindakan dan penyelesaian. Pelajar yang berfikir dengan kritis membuat penilaian sama ada hendak menerima sesuatu alasan itu sebagai munasabah; menggunakan kriteria atau nilai tara yang dipersetujui untuk menilai alasan berkenaan, menggunakan pelbagai strategi penaakulan dalam pelaksanaan kriteria atau standard tersebut dan mencari maklumat yang boleh dipercayai sebagai bukti yang menyokong keputusan yang dibuat. Tujuan mengajar pemikiran kritikal adalah supaya individu-individu boleh berfikir secara adil, objektif dan sentiasa jelas dan tepat dalam tindak tanduknya.

(30)

Pelajar yang diajar berfikir secara kritis; belajar cara menyoal; iaitu, bila hendak menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul; iaitu, bila menggunakan penaakulan dan kaedah penaakulan yang hendak digunakan (Fisher & Scriven, 1997).

Sehubungan itu, gaya pemikiran yang sering dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji, dan dipandang serius oleh majikan, ialah gaya berfikir kreatif dan gaya berfikir kritis, (Ahmad, Mohamad & Subari, 2006; Abd Had., 2008 dan Bahayahkhi, 2008).

2.3 Gaya pemikiran

Malini, 2005 dalam Musa, (2009) menyatakan bahawa gaya pemikiran telah didefinisikan sebagai cara bagaimana individu menggunakan kebolehan memproses maklumat yang ada pada dirinya. Diandaikan bahawa gaya pemikiran dipelajari dan merupakan hasil interaksi antara individu dan persekitaran sosialnya. Oleh kerana proses belajar terdiri daripada elemen seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, maka kemahiran menggunakan pemikiran kreatif dan kritis adalah sama pentingnya dengan kemahiran belajar, Abd Hamid, M. S. (2008). Tambahan lagi, Ahmad et al. (2006) telah menekankan keperluan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Jadi adalah penting bagi seseorang graduan untuk memperoleh kemahiran berfikir selaras dengan hasrat kerajaan dan permintaan industri.

Kemahiran berfikir sama ada kemahiran berfikir kreatif mahupun kritis adalah penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan belajar, ini kerana dengan menggunakan kemahiran berfikir, pelajar dapat mengawal, mengukur kemajuan mereka belajar dan mereka dapat menggunakan pengetahuan yang sudah mereka pelajari dengan lebih produktif lagi (Mohd & Hassan, 1995).

Menurut Sternberg, 1997, dalam menguruskan aktiviti-aktiviti , kita akan memilih stail yang membuatkan diri kita selesa. Gaya atau stail tidak hanya berkaitan dengan keupayaan tetapi lebih diutamakan cara menggunakan kebolehan kognitif dalam melakukan sesuatu.

(31)

2.3.1 Gaya pemikiran kreatif

Kreativiti ialah binaan yang kompleks dan paling biasa diungkapkan melalui pelbagai kecerdasan termasuk linguistik, muzik, matematik, ruang, kinestetik, interpersonal, dan mungkin juga interpersonal (Gardner, 1985). Dalam kajian kreativiti klasik, Taylor (1959) mencadangkan kewujudan lima topologi kreativiti. Ini adalah ekspresif, produktif, berdaya cipta, inovatif, dan keaslian.

Menurut Musa, (2009) terdapat pelbagai definisi pemikiran kreatif antaranya pemikiran kreatif dapat didefinisikan sebagai keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Stail ini juga menghasilkan pelbagai cara untuk melakukan sesuatu. (Mohd & Hassan, 1995). Pemikiran kreatif digunakan untuk menyelesaikan masalah, mencipta peluang-peluang baru dan menyokong idea yang bertentangan dengan pemikiran sekarang. Menurut Osman (2004), pemikiran kreatif adalah pemikiran yang mampu menjana idea-idea baru, menjana alternatif, melihat sesuatu daripada pelbagai sudut atau persepsi, keupayaan melihat sesuatu daripada perspektif yang lebih luas. Tambahannya lagi, pemikiran kreatif juga mampu mewujudkan nilai tambah baru kepada sesuatu perkara dan keadaan.

Osman, (2004) dalam Abd Hadi, (2008) menyatakan bahawa, berbeza dengan pemikiran kritis, pemikiran kreatif lebih dilihat sebagai pemikiran yang bersifat positif, membina dan bukan menghapus idea. Pemikiran kreatif adalah penting kerana ia merupakan permulaan penjanaan idea yang memungkinkan kreativiti, penambahbaikan, produktiviti, keberkesanan dan jugaadd valuekepada individu.

a) Ciri-ciri pemikiran kreatif

Sehingga kini banyak permasalahan yang dapat diselesaikan dengan bantuan pemikiran secara kreatif. Mohamad, Esa & Junoh (2008) dalam Musa, (2009) menyatakan bahawa pemikiran kreatif mengandungi ciri-ciri seperti keberanian, imaginasi, perkembangan idea dan reka cipta. Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian untuk menjana idea baru. Selain itu, pemikir kreatif mestilah sanggup untuk menerima risiko dan kritikan orang lain. Selain daripada keberanian, ciri lain

(32)

untuk kreatif adalah imaginasi. Imaginasi ini haruslah bersifat mencapah agar banyak idea dapat dikeluarkan. Seterusnya pemikiran kreatif ini mengandungi ciri perkembangan idea yang dapat menyediakan pelbagai alternatif baru. Akhir sekali, pemikiran kreatif ini mempunyai kemahiran ,mereka cipta, iaitu berkemahiran untuk mensintesiskan bagi menghasilkan idea baru.

Menurut Musa, (2009), secara umumnya, kemahiran berfikir merangkumi pelbagai bentuk kemahiran, seperti kemahiran mengutarakan perkara/idea baru,asli serta sesuatu yang luar biasa. Sebagai tambahan, pemikir kreatif ini adalah seorang yang berani membuat perubahan, dan sanggup menanggung risiko serta mampu meramal kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan. Seseorang yang berfikir secara kreatif secara tidak langsung dapat memanfaatkan banyak perkara dalam hidupnya.

2.3.2 Gaya pemikiran kritis

Sehingga kini, banyak permasalahan yang telah dapat diselesaikan menggunakan pemikiran kritis yang bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai bagaimana ia diukur malahan menimbulkan tanda tanya mengenai kewujudan definisi pemikiran kritis yang pelbagai.

Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian.

Scriven dan Paul (2004), mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu proses pemikiran tentang apa jua perkara, isi kandungan atau masalah di mana pemikir meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara intelektual ke atas pemikiran mereka. Pemikiran kritis merupakan proses intelektual secara berdisiplin secara aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsikan, mengaplikasikan, menganalisis, mensintesiskan atau menilai maklumat yang diperoleh atau dibentuk hasil daripada pemerhatian, pengalaman, refleksi, penaakulan, atau komunikasi sebagai panduan kepada kepercayaan dan tindakan. Pemikiran kritis mempunyai nilai intelektual secara menyeluruh.

(33)

Yahaya et al. (2005), telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu bentuk pemikiran yang jelas dan bijaksana, yang memberikan kita satu pemahaman baru berkenaan suatu perkara, konsep ataupun idea. Bagi mencapai tujuan iaitu pemahaman baru berkaitan sesuatu, kita perlu berupaya dan berkebolehan membuat penilaian, analisis, perkaitan dan pertimbangan berkenaan perkara itu.

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada proses menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan menentukan kemunasabahan sesuatu hujah ataupun idea serta membuat refleksi (Yahaya et al., 2005). Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkatkan pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Ia mementingkan kebolehan menilai daripada aspek idea, bukti, cadangan, tindakan dan penyelesaian masalah. Kebiasaannya orang yang berfikiran kritis suka menyoal perkara-perkara yang dia ingin

Halpern (1996) mentakrifkan pemikiran kritis sebagai "... penggunaan kemahiran kognitif atau strategi yang meningkatkan kebarangkalian hasil yang diingini."Takrifan lain meliputi: pembentukan kesimpulan logik (Simon & Kaplan, 1989), memutuskan tindakan yang perlu diambil atau apa yang boleh dipercayai melalui pemikiran refleksi yang munasabah (Ennis, 1991), dan penentuan yang bertujuan sama ada untuk menerima, menolak atau menggantung penghakiman (Moore & Parker, 1994). Dalam cubaan komprehensif untuk mentakrifkan pemikiran kritis, Pascarella dan Terenzini (1991) menggarapkan bahawa, "... pemikiran kritikal telah didefinisikan dan diukur dalam beberapa cara tetapi biasanya melibatkan keupayaan individu itu untuk melakukan beberapa atau semua berikut: mengenal pasti isu-isu yang utama dan andaian dalam sesuatu permasalahan, mengenal pasti hubungan penting, membuat inferens yang betul daripada data, membuat kesimpulan daripada maklumat atau data yang diberikan, mentafsir sama ada kesimpulan yang wajar berdasarkannya data yang diberikan, dan menilai bukti.

Mohd Azhar Abd. Hamid (Abd. Hamid, 2001), dalam bukunya Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif menyatakan, dalam dunia akademia, pemikiran kritis amat penting khususnya dalam memperoleh maklumat, membuat penyelidikan, berhujah, membentuk hipotesis dan teori baik secara kuantitatif ataupun kualitatif. Maklumat dan data dalam dunia akademia akan dimanipulasikan bagi tujuan

(34)

memperoleh pengetahuan baru (andaian-andaian, hipotesis seta teori). Pendekatan kritis ini tersimpul dengan pelaksanaan yang berbentuk saintifik dan empirikal di makmal atau di lapangan. Justeru, kaedah logik-kritis ini mesti dipatuhi agar pengetahuan baru yang diperoleh itu dapat mengakumulasikan ilmu dengan sahih dan hormat. Kini pemikiran kritis-logik ini dinamakan sebagai pendekatan ilmiah. Sesetengah sarjana dan penulis cuba mentakrifkan 'Pemikiran Kritis' secara lebih khusus berdasarkan kemahiran berfikir secara makro yang menjadi tumpuan utama mereka baik dalam pengajaran-pembelajaran, kursus-kursus, seminar-seminar dan sebagainya.

a) Konsep pemikiran kritis

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir. Ianya merupakan satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak yang melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan. Pemikiran kritis juga menekankan kebolehan menganalisis dan menilai maklumat bagi memberi pemahaman yang jelas serta munasabah pada suatu perkara ataupun idea. Pemikiran ini juga boleh dirujuk sebagai suatu bentuk pemikiran refleksi. Menurut Hj Nor dan Mohd Ramli (1998), pemikiran kritis merupakan satu domain pemikiran yang lebih menekankan penggunaan hemisfera otak kiri (HOKI). Di antara fungsi HOKI adalah untuk pemikiran berbentuk logik, analisis, urutan, bahasa, Matematik dan linear. Pemikiran kritis ini penting dalam kehidupan seharian kerana dengan menguasai kemahiran ini, kita boleh mengumpulkan seberapa banyak maklumat dan menilai betul atau salah sesuatu idea itu dan kita boleh membuat tindakan atau pilihan yang lebih tepat. Kemahiran Berfikir Kritis juga dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan kita menggunakan maklumat dengan berkesan di samping membuat pertimbangan yang rasional.

(35)

b) Ciri-ciri pemikiran kritis

Pemikiran kritis adalah merupakan asas kepada kecemerlangan dan merupakan perkara yang amat penting di dalam persaingan sains dan teknologi pada masa kini. Oleh itu seseorang yang memiliki ciri-ciri pemikiran kritis amat diperlukan bagi memajukan sesebuah negara. Di antara ciri-ciri pemikiran kritis yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Menurut Jamidin (1999), seseorang yang berfikir secara kritis mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(i) Reaktif

Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan bersifat segera. Buah fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

(ii) Menilai

Berfikir secara kritis juga menuntut kita supaya sentiasa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat. Biasanya penilaian adalah berdasarkan nilai yang mereka jadikan panduan hidup, seperti nilai agama bagi mereka yang beragama, manakala yang tidak beragama menggunakan nilai moral sebagai landasan.

(36)

Perkara-perkara yang menjadi fokus utama penilaian adalah seperti berikut:

(a) Apa yang baik? (b) Apa yang salah? (c) Apa yang buruk? (d) Apa yang hina? (e) Apa yang halal?

(f) Apa yang haram? dan sebagainya.

(iii) Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui

Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas, fakta dan alasan yang munasabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan pengalaman seseorang. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan. Menurut Scriven dan Paul (2004), ciri-ciri pemikir kritis adalah seperti berikut:

1. Berupaya menimbulkan persoalan dan masalah yang penting, dan merumuskan persoalan dan masalah tersebut dengan jelas dan tepat.

2. Berupaya mengumpul dan menilai maklumat yang berkaitan, menggunakan idea yang abstrak untuk menterjemahkannya secara berkesan untuk membuat kesimpulan dan penyelesaian yang munasabah serta mengujinya terhadap kriteria yang berkaitan dan piawaian yang bersesuaian.

3. Berfikiran secara terbuka dalam sistem pemikiran alternatif, mengenal pasti dan membuat penilaian yang perlu terhadap andaian, implikasi dan kesan sebab dan akibat secara praktikal.

4. Berupaya untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain dalam menyelesaikan masalah yang kompleks.

Secara ringkasnya pemikiran kritis ialah pemikiran yang berasaskan terarah kendiri directed), disiplin kendiri discipline), pemerhatian kendiri (self-monitored), dan pembetulan kendiri (self-corrective thinking). Menurut Yahaya et al., (2005), terdapat beberapa ciri yang dapat dijadikan rujukan bagi menentukan

(37)

pemikiran itu adalah pemikiran kritis ataupun tidak. Ciri-ciri itu adalah gerak balas, penilaian, analisis dan logik.

i) Gerak balas

Gerak balas bermaksud pemikiran kritis adalah reaksi atau gerak balas suatu idea ataupun perkara yang sedia ada dan bukan penghasilan atau penjanaan idea ataupun perkara baru. Ciri ini juga menjelaskan perbezaan antara pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif adalah penghasilan atau penjanaan perkara baru. Reaksi atau gerak balas di sini bermaksud tindakan kita menganalisis, menilai, membuat perkaitan dan pertimbangan pada perkara ataupun idea sedia ada. Hasil daripada reaksi ini menjadi hasil pemikiran kritis iaitu idea yang disampaikan lebih meyakinkan, munasabah dan bernas.

ii) Penilaian

Penilaian bermaksud kita menggunakan pemikiran kritis bagi membuat penilaian pada suatu perkara ataupun idea yang sedia ada, sama ada patut dibuat ataupun patut dipercayai. Penilaian itu dibuat bagi menentukan kemunasabahan perkara ataupun idea. Aspek penilaian ini membolehkan pemikiran kritis memainkan peranan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

iii) Analisis

Kemahiran analisis penting bagi membolehkan kita menganalisis, mentafsir dan memahami suatu perkara ataupun idea dengan jelas. Kemahiran ini membolehkan individu membuat penilaian yang lebih objektif iaitu tidak berat sebelah dan berhujah dengan bernas. Analisis pada perkara, idea, hujah ataupun maklumat sebaik-baiknya objektif, terperinci dan mendalam.

(38)

RUJUKAN

Abd Rashid A. R. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abd Hadi, B. B. (2008). Gaya Berfikir Kreatif dan Kritis dalam Kalangan PelajarDiploma Kolej Komuniti. Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM. Abd Hamid, M. A. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai.

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Hamid, M. S. (2008).Hubungan Gaya Berfikir Secara Kreatif dan Kritis dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Lepasan Diploma Politeknik Terhadap Subjek Matematik Kejuruteraan di UTHM. UTHM.

Abdul G., M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Abdul G., M. N., (2003). Rekebentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Adler, R.W., & Milne, M. J. (1997). Improving the Quality of Accounting Students' Learning Through Action Oriented Learning Tasks. Accounting Education: An International Journal, 6(3): 191-215.

Ahmad, A., Mohamad, M. M., & Subari, K. (2006). Aplikasi Corak Pembelajaram Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis di kalangan Pelajar Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor. Tidak Diterbitkan.

(39)

Ahmad, A. (2005). Kertas Kerja Perbentangan. A First Attempt of Problem Based-Learning in Microelectronic Course (BKE 4423) for Computer Engineering Undergraduates. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).

Ahmad, A., Mohamad, M. M. & Subari, K. (2006). Aplikasi Corak Pembelajaran Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis di Kalangan Pelajar dalam Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor.Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad, H. A. R (2004). Workshop on Enhancing Graduates Employability in a Globalised Economy. Meeting the Demands of Global Firm: Survey Finding. Putrajaya: Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.

Albaili M. A. (2006). Realibility and Validity of the Thinking Styles Inventory: Evidence from United Arab Emirates.Proceedings of the 2006 Joint Annual Conference of the Australian Psychology Society and New Zealand Psychology Society,Auckland, New Zealand, 26 – 30 September 2006. Allan, J., & Clarke, K. (2007). Nurturing supportive learning environments in higher

education through the teaching of study skills: To embed or not to embed? International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 19 (1), 64-76.

Antonius, R. (2003). Interpreting Quantitative Data with SPSS. London: SAGE Publication.

Ariffin, S. R., Idris, M., Abdul, G., Ahmad, N., Idris, R. & Najmuddin, N. A. (2008a). Communication, leadership, and teamwork skills as core competencies among higher education students. Proceeding ASAIHL International Conference, Bangkok, 149-158.

Ariffin, S. R., Idris, R. & Mohd I., N. (2008b). Profi l kemahiran generik pelajar-pelajar institut pengajian tinggi: Kajian kes di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru(JPPG 2008).

(40)

Armabile, T. M. (1996). Creativity in Context: Nurturing a Lifetime of Creativity. New York: Crown.

Awang, H., & Ramly, I. (2008). Creative Thinking Skill Approach. International Journal of Human and Social Sciences, 19.

Azar A. (2010). The Effect of Critical Thinking Dispositions on Students Achievement in Selection and Placement Exam for University in Turkey. Journal of Turkish Science Education. Volume 7, Issue 1, March 2010. Baden, M. S & Major, C.H. (2004). Foundation of Problem-Based Learning .USA:

Mc Graw Hill Education.

Bahayahkhi, C. S., (2008). Hubungan Antara Kretaiviti dan Proses Penyelesaian Masalah dalam Kalangan Pelajar DiplomaKejuruteraan di Politeknik. Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM.

Baker M. & Rudd C. (2001). Relationship between Critical and Creative Thingking. Journal of Southern Agricultural Education Research. 51.

Ballantine, J. & Larres, M. P. (2007). Cooperative learning: A pedagogy to improve students’ generic skills?Journal Education and Training, 49(2), 126-137. Barrow, H. S. (1996) Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief

Overview. dlm Wilkerson, L.A and Gijselaers W. H. Bringing Problem Based Learning to Higher Education : Theory and Practice. San Francisco. Josey Bass Publishers. ms 3-12.

Barrows, H. S. & Kelson, A. C. (1995). Problem-based learning in secondary education and the problem-based learning institute (Monograph1), Problem-Based Learning Institute.

Barrows, H. S. (1996). Problem-based learning in medicine and beyond: A brief overview. New Directions for Teaching and Learning, 68, ms 3-11.

Barrows, H. S. (1999).Problem-based learning (PBL).

Barrows, H.S. & Tamblyn, R.M. (1980). Problem-based learning: An approach to medical education. New York: Springer Publishing Company, Inc.

(41)

Bennis, W. (1995).Critical thinking. Executive Excellence, 7.

Ben-Chaim, D., Ron, S., & Zoller, U. (2000). The disposition of eleventh-grade science students toward critical thinking. Journal of Science Education and Technology, 9(2),149–159.

Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1993). Surpassing ourselves: An inquiry into the nature and implicationsof expertise. Chicago: Open Court.

Best, J. W. & Khan, J. V. (2003). Research in Education: Ninth Edition. Boston: Pearson.

Bickman, L. & Rog, D. J. (1998). Handbook of Applied Social Ressearch Methods. Thousand Oaks, Ca: SAGE.

Biggs, J. (2003).Teaching for quality learning at university.Maidenhead: Society for Research into Higher Education & Open University Press.

Bjorkland, D. F. & Pellegrini, A. D. (2000). Child development and evolutionary psychology. Child Development, 71, 1687-1908.

Black, T. R. (1999). Doing Quantitative Research in the Social Sciences: An Integrated Approach to Research Design, Measurement and Statictics. SAGE Publications.

Bloom, B. (Ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives, handbook I: Cognitive domain. New York: David McKay Company.

Boud, D., & Feletti, G. (1997). Changing problem-based learning: Introduction to the second edition. Dalam D. Boud & G. Feletti (Eds.), The challenge of problem-based learning. London: Kogan Page. Ch. 1; ms; 1-16.

Browne, M. N. & Keeley, S. M. (2000).Asking the right questions:A guide to critical thinking(6th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Burbach, M.E., Matkin, G.S., & Fritz, S.M. (2004). Teaching Critical Thinking in an Introductory Leadership Course Active Learning Strategies: A Confirmatory Study. College Student Journal. 38 (3): 482-493.

(42)

Chambers,S. et al.(1999). Predictors Of Success On Texas State Certification Tests For Secondary Teaching.College Student Journal. 33(1): 10-16.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan (Buku 1). Malaysia: Mc Graw Hill Education.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2). Malaysia: Mc Graw Hill Education.

Chua, Y.P. (2004).Creative and Critical Thinking Styles. Serdang : Universiti Putra Malaysia Press.

Churchman. (1971).The design of inquiring system. Basic Books Inc.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2000). Research methods in education.5thedition. London and New York: Routledge Falmer. ms 92. Creswell, J. W. (2008). Research design: Qualitative and quantitativeapproaches.

California, USA: Sage publications.

Dacey, J. S. (1989). Fundamental of Creative Thinking. New York: Lexington Books.

De Bono, E. (1976).Teaching thinking. London: Middlesex Penguin.

DeFranco, T. & Deek F. P. (2004).Collaborative Prolem Solving and Froupware for Software Development. Information System Management. 2004. 21(1): 67-80.

Delisle, R. (1997).How to use problem-based learning in the classroom. Association for Supervision and Curriculum Development. Alexandria, VA, USA. Dennis, W. (1996). Creativity productivity between 20 and 80 years. Journal of

Gerontology.21: 1-8.

Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. Boston: Heath.

Dewey, J. (1944). An Introduction to the Philosophy of Education. Democracy and Education. New York: The Free Press.

(43)

Dunne, E., Bennett, N & Carre, C. (2000).Skill development in higher education and employment. Bristol.

Edman, L.R., Robey, J. dan Bart, W.M (2001). Critical Thinking, Belief Bias, Epistemological assumptions, And the Minnesota Test Of Critical Thinking. Unpublished.

Ennis, R. H. (1962). A taxonomy of critical thinking dispositions and abilities. In J. Baron, & R. Sternberg (Eds.),Teaching thinking skills: Theory and practice (9-26). New York: W. H. Freeman Co.

Ennis, R. H. (1996).Critical thinking. Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall.

Ennis, R. H. (2000). Test reliability: A practical exemplification of ordinary language philosophy. Philosophy of Education Society. Kappa Phi Journal, 65(1), 28-31.

Facione, P. A. (1990). Critical thinking: A statement of expert consensus for purposes of educational assessment and instruction. Research findings and recommendations. American Philosophical Association, Newark, DE. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 315423)

Facione, P. A. (1992) The California Critical Thinking Skills Test. Millbrae, CA: California Academic Press."

Farley, M. J., & Elmore, P. B. (1992). The relationship of reading comprehension to critical thinking skills, cognitive ability, and vocabulary for a sample of underachieving college freshmen. Educational & Psychological Measurement, 52, 921-931.

Facione,N.C. dan Facione, P.A.(1994). The “California Critical Thinking Test” and The National League for Nursing Accreditation Requirement in Critical Thinking. California Academic Pre : 1-14.

Fisher, A., Scriven, M. (1997). Critical Thinking: Its Definition and Assessment. Edgepress.

Forganty. R (1998). “Problem-Based Learning: A Collection of Articles”. Skylight Training and Publishing, Arlingthon Heights.

(44)

Gardner, C. T., Milne, M. J., Stringer, C. P. & Whiting, R. H. (2005). Oral and written communication apprehension in accounting students: Curriculum Impacts and Impacts on Academic Performance. Accounting Education, 14(3), 313-36.

Gardner, H. (1985).Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.

Garcia C. F. & Hughes E. H. (2000). Learning and Thinking Styles: An analysis of Their Interrelationship and Influence on Academic Achievement. Educational Psychology.20(4).

Giancarlo, C.A., dan Facione, P.A.(2001). A Look Across Four Years At The Disposition Toward Critical Thinking Among Undergraduate Students. The Journal Of General Education. 50(1): 29-55.

Goldstein, F. C., & Levin, H. S. (1987).Disorders of reasoning and problem-solving abilities. In A. L. Benton, M. R. Meier, & L. Diller (Eds.), Neuropsychological rehabilitation (pp.327-344). New York: Guilford Press. Graff, E. & Kolmos, A. (2003). Characteristics of problem-based learning.

International Journal of Engineering Education, 19(5), 657-662.

Grant, N. S. (2003). A study on critical thinking, cognitive learning style, and gender in various information science programming classes. 4th Conference on Information Technology Curriculum, October 16 – 18, Lafayette, Indiana, USA.

Gridley, M. C. (2007). Differences in Thinking Styles of Artists and Engineers. National Career Development Association.56.

Halpern, D.F. (1996). Thought and knowledge: An introduction to critical thinking. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Hambur, S., Rowe, K., & Luc, L. T. (2002). Graduate skills assessment. Australian Council For Educational Research. Commonwealth Department of Education Science & Training.

(45)

Harun, J., Aris, B. & Bilal A, M. (2005). Merekabentuk Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Pendidikan Pengurusan. Department of Educational Multimedia, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia.

Hassall, T., Lewis S., & Broadbent, J.M. (1998). The use and potential abuse of case studies in accounting education, Accounting Education: an international journal, 7, 37-47.

Hassim, M. H. (2004). Enhancing Learning Trough Cooperative Learning, UTM Experience. Conforence on Engineering Education Kuala Lumpur.

Hermann, Ned. (1996). The Whole Brain Business Book. United State of America, Mc Graw-Hill.

Hj Nor, S. Mohd Ramli, M. D. ( 1998).Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Holmes, R. , Mohamad D., Hazidiah & Ashari, H. (2005). A Guide to Research in the Social Science. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Huang, H. L. (1999). Educational Reform in Taiwan: A BrigterAmerican Moon?. International Journal of Education Reform.8(2), 145-153.

Huitt, W. (2007). Stages of mastery. Educational psychology interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University.

Husin, K. (2003). Kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Idris, N. (2010a). Penyelidikan dalam Pendidikan. 1. Malaysia: Mc Graw Hill. ms 94.

Idris, N. (2010b). Penyelidikan dalam Pendidikan. 1. Malaysia: Mc Graw Hill. ms 94. ms 112.

Inel, D. & Balim, A. (2010). The effects of using problem-based learning in science and technology teaching upon students' academic achievement and levels of

(46)

structuring concepts. Asia-Pacific Forum on Science Learning & Teaching, 11(2).

Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul Pembangunan Kemahiran Ihsahniah (Soft Skills) untuk Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang, Selangor:Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Jager, K. D., & Nassimbeni, M. (2005). Information literacy and quality assurance in South African higher education institutions. South African Journal of Libraries and Information Science, 55, 31-38. International Journal, 6 (3): 191-215. 1997.

Jamidin, M. N. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jaquish, G. A. and R. E. Ripple (1980). Divergent thingking and self-esteem in preadolescents and adolescents. Journal of Youth and Adolescence 9(2): 143-152.

Juremi S. & Ayob A. (nd). Menentukan Kesahihan Alat Ukuran Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif, Kemahiran Proses Sains& Pencapaian Biologi. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Kassim M. Z. (2002). Penerapan KBKK Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kejuruteraan Jentera Di SM Teknik Zon Perak Utara- Satu Kajian Kes. Universiti Teknologi Malaysia.Tesis Sarjana Muda.

Kementerian Pengajian Tinggi, (KPT). (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Kolb D. A. (1984).Experiential Learning. Experience as the Source of Learning and Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Kolodner, J. L., Hmelo, C. E. & Narayanan, N. H. (1996). Problem-based learning meetscase-based reasoning. In Proceedings of the International Conference on the Learning Sciences. (eds. D.C.Edelson & E.A.Domeshek) pp. 180– 187. Northwestern University, Evanston.

(47)

KUiTTHO. (2005). “Hasil Lawatan Universiti Aalborg: 20 Ogos 2004. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 3. Pg15-16.

KUiTTHO. (2005). “Power of PBL: 20 Ogos 2004. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 3. Pg14.

KUiTTHO. (2005). “Problem-Based Learning: 10 Disember 2004. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 3. Pg5.

KUiTTHO. (2006). “Seminar Problem-Based Learning in Engineering. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 4. Pg 11-12.

KUiTTHO. (2006). “Singapura: Lawatan PBL. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 4. Pg 6.

Kumar, R. (2005). Research methodology: A step-by-step guide for beginners. 2ndedition. London: Sage publications. ms 118.

Krejcie, R. V. and Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.Educational and Psychological Measurement.30. 607-610. Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical research: Planning and design. 8thedition. New York: Merrill Prentice Hall. ms 88.

Lehman, H. C. (1953). Age and Achievement. Princeton, N. J., Princeton University Press.

Lemke, J. L. (2001). Articulating communities: Sociocultural perspectives on science education.Journal of Research in Science Teaching, 38(3), ms 296-316. Lesli L. (2005).60 000 Graduan Malaysia Menganggur, Tinjauan Mendapati Ramai

adalah Melayu, Lemah Bahasa Inggeris, Ijazah yang Tidak Relevan. Malaysia Today.

Lizzio, A., & Wilson, K. (2004). First-year students’ perceptions of capability. Carfax Publishing.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil uji reliabilitas, variabel gaya kepemimpinan, motivasi kerja dan kinerja karyawan memiliki nilai Cronbach Alpha > 0.6, sehingga dapat disimpulkan

Hal ini dapat diartikan bahwa data dari hasil jawaban responden tentang pendidikan, upah, lama kerja, jenis kelamin dan umur tidak mempunyai standar deviasi atau penyimpangan

Dari hasil uji diatas diperoleh bahwa jumlah kredit yang disalurkan berpengaruh terhadap laba dikarenakan hasil keuntungan yang diperoleh dalam bentuk bunga pinjaman

Metode lendutan dalam penelitian ini menggunakan data volume lalu lintas yang selanjutnya akan dianalisa untuk mendapatkan nilaiakumulasi ekivalen beban

Rerata kadar kalsium dalam saliva penyalahguna narkoba jenis sabu-sabu dan ekstasi yang dibawah normal (golongan psikotropika) dan jenis ganja tergolong normal namun

demi chef dan chef de partie yang mirip supervisor, mengawasi kerja anak buah sambil turun langsung bekerja, tapi juga memberi laporan ke atas. Di atasnya ada sous chef