• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN LITERATUR

2.3 Gaya pemikiran

2.3.2 Gaya pemikiran kritis

Sehingga kini, banyak permasalahan yang telah dapat diselesaikan menggunakan pemikiran kritis yang bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai bagaimana ia diukur malahan menimbulkan tanda tanya mengenai kewujudan definisi pemikiran kritis yang pelbagai.

Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian.

Scriven dan Paul (2004), mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu proses pemikiran tentang apa jua perkara, isi kandungan atau masalah di mana pemikir meningkatkan mutu pemikirannya dan menetapkan piawaian secara intelektual ke atas pemikiran mereka. Pemikiran kritis merupakan proses intelektual secara berdisiplin secara aktif dan berkemahiran dalam mengkonsepsikan, mengaplikasikan, menganalisis, mensintesiskan atau menilai maklumat yang diperoleh atau dibentuk hasil daripada pemerhatian, pengalaman, refleksi, penaakulan, atau komunikasi sebagai panduan kepada kepercayaan dan tindakan. Pemikiran kritis mempunyai nilai intelektual secara menyeluruh.

Yahaya et al. (2005), telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai suatu bentuk pemikiran yang jelas dan bijaksana, yang memberikan kita satu pemahaman baru berkenaan suatu perkara, konsep ataupun idea. Bagi mencapai tujuan iaitu pemahaman baru berkaitan sesuatu, kita perlu berupaya dan berkebolehan membuat penilaian, analisis, perkaitan dan pertimbangan berkenaan perkara itu.

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada proses menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan menentukan kemunasabahan sesuatu hujah ataupun idea serta membuat refleksi (Yahaya et al., 2005). Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkatkan pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Ia mementingkan kebolehan menilai daripada aspek idea, bukti, cadangan, tindakan dan penyelesaian masalah. Kebiasaannya orang yang berfikiran kritis suka menyoal perkara-perkara yang dia ingin

Halpern (1996) mentakrifkan pemikiran kritis sebagai "... penggunaan kemahiran kognitif atau strategi yang meningkatkan kebarangkalian hasil yang diingini."Takrifan lain meliputi: pembentukan kesimpulan logik (Simon & Kaplan, 1989), memutuskan tindakan yang perlu diambil atau apa yang boleh dipercayai melalui pemikiran refleksi yang munasabah (Ennis, 1991), dan penentuan yang bertujuan sama ada untuk menerima, menolak atau menggantung penghakiman (Moore & Parker, 1994). Dalam cubaan komprehensif untuk mentakrifkan pemikiran kritis, Pascarella dan Terenzini (1991) menggarapkan bahawa, "... pemikiran kritikal telah didefinisikan dan diukur dalam beberapa cara tetapi biasanya melibatkan keupayaan individu itu untuk melakukan beberapa atau semua berikut: mengenal pasti isu-isu yang utama dan andaian dalam sesuatu permasalahan, mengenal pasti hubungan penting, membuat inferens yang betul daripada data, membuat kesimpulan daripada maklumat atau data yang diberikan, mentafsir sama ada kesimpulan yang wajar berdasarkannya data yang diberikan, dan menilai bukti.

Mohd Azhar Abd. Hamid (Abd. Hamid, 2001), dalam bukunya Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif menyatakan, dalam dunia akademia, pemikiran kritis amat penting khususnya dalam memperoleh maklumat, membuat penyelidikan, berhujah, membentuk hipotesis dan teori baik secara kuantitatif ataupun kualitatif. Maklumat dan data dalam dunia akademia akan dimanipulasikan bagi tujuan

memperoleh pengetahuan baru (andaian-andaian, hipotesis seta teori). Pendekatan kritis ini tersimpul dengan pelaksanaan yang berbentuk saintifik dan empirikal di makmal atau di lapangan. Justeru, kaedah logik-kritis ini mesti dipatuhi agar pengetahuan baru yang diperoleh itu dapat mengakumulasikan ilmu dengan sahih dan hormat. Kini pemikiran kritis-logik ini dinamakan sebagai pendekatan ilmiah. Sesetengah sarjana dan penulis cuba mentakrifkan 'Pemikiran Kritis' secara lebih khusus berdasarkan kemahiran berfikir secara makro yang menjadi tumpuan utama mereka baik dalam pengajaran-pembelajaran, kursus-kursus, seminar-seminar dan sebagainya.

a) Konsep pemikiran kritis

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir. Ianya merupakan satu bentuk pemikiran yang jelas dan bijak yang melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran membuat pemerhatian, penilaian dan pertimbangan. Pemikiran kritis juga menekankan kebolehan menganalisis dan menilai maklumat bagi memberi pemahaman yang jelas serta munasabah pada suatu perkara ataupun idea. Pemikiran ini juga boleh dirujuk sebagai suatu bentuk pemikiran refleksi. Menurut Hj Nor dan Mohd Ramli (1998), pemikiran kritis merupakan satu domain pemikiran yang lebih menekankan penggunaan hemisfera otak kiri (HOKI). Di antara fungsi HOKI adalah untuk pemikiran berbentuk logik, analisis, urutan, bahasa, Matematik dan linear. Pemikiran kritis ini penting dalam kehidupan seharian kerana dengan menguasai kemahiran ini, kita boleh mengumpulkan seberapa banyak maklumat dan menilai betul atau salah sesuatu idea itu dan kita boleh membuat tindakan atau pilihan yang lebih tepat. Kemahiran Berfikir Kritis juga dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan kita menggunakan maklumat dengan berkesan di samping membuat pertimbangan yang rasional.

b) Ciri-ciri pemikiran kritis

Pemikiran kritis adalah merupakan asas kepada kecemerlangan dan merupakan perkara yang amat penting di dalam persaingan sains dan teknologi pada masa kini. Oleh itu seseorang yang memiliki ciri-ciri pemikiran kritis amat diperlukan bagi memajukan sesebuah negara. Di antara ciri-ciri pemikiran kritis yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Menurut Jamidin (1999), seseorang yang berfikir secara kritis mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

(i) Reaktif

Seseorang yang berfikiran kritis akan sentiasa peka kepada perkembangan yang berlaku di sekitarnya. Ini diikuti dengan gerak balas yang positif dan bersifat segera. Buah fikiran selalunya datang setelah melihat sesuatu peristiwa berlaku. Selalunya sifat reaktif ini ditunjukkan dengan perlakuan seperti suka membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.

(ii) Menilai

Berfikir secara kritis juga menuntut kita supaya sentiasa membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Penilaian dibuat dari sudut kebaikan dan keburukan yang bakal diterima dari setiap tindakan yang dibuat. Biasanya penilaian adalah berdasarkan nilai yang mereka jadikan panduan hidup, seperti nilai agama bagi mereka yang beragama, manakala yang tidak beragama menggunakan nilai moral sebagai landasan.

Perkara-perkara yang menjadi fokus utama penilaian adalah seperti berikut:

(a) Apa yang baik? (b) Apa yang salah? (c) Apa yang buruk? (d) Apa yang hina? (e) Apa yang halal?

(f) Apa yang haram? dan sebagainya.

(iii) Meneliti idea dengan fakta yang telah diketahui

Setiap idea yang dicetuskan lazimnya mempunyai asas, fakta dan alasan yang munasabah. Fakta, alasan dan asas tersebut bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan pengalaman seseorang. Setiap idea akan diteliti dengan fakta-fakta yang telah diketahuinya sebelum dizahirkan dan seterusnya dilaksanakan. Menurut Scriven dan Paul (2004), ciri-ciri pemikir kritis adalah seperti berikut:

1. Berupaya menimbulkan persoalan dan masalah yang penting, dan merumuskan persoalan dan masalah tersebut dengan jelas dan tepat.

2. Berupaya mengumpul dan menilai maklumat yang berkaitan, menggunakan idea yang abstrak untuk menterjemahkannya secara berkesan untuk membuat kesimpulan dan penyelesaian yang munasabah serta mengujinya terhadap kriteria yang berkaitan dan piawaian yang bersesuaian.

3. Berfikiran secara terbuka dalam sistem pemikiran alternatif, mengenal pasti dan membuat penilaian yang perlu terhadap andaian, implikasi dan kesan sebab dan akibat secara praktikal.

4. Berupaya untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain dalam menyelesaikan masalah yang kompleks.

Secara ringkasnya pemikiran kritis ialah pemikiran yang berasaskan terarah kendiri directed), disiplin kendiri discipline), pemerhatian kendiri (self-monitored), dan pembetulan kendiri (self-corrective thinking). Menurut Yahaya et al., (2005), terdapat beberapa ciri yang dapat dijadikan rujukan bagi menentukan

pemikiran itu adalah pemikiran kritis ataupun tidak. Ciri-ciri itu adalah gerak balas, penilaian, analisis dan logik.

i) Gerak balas

Gerak balas bermaksud pemikiran kritis adalah reaksi atau gerak balas suatu idea ataupun perkara yang sedia ada dan bukan penghasilan atau penjanaan idea ataupun perkara baru. Ciri ini juga menjelaskan perbezaan antara pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif adalah penghasilan atau penjanaan perkara baru. Reaksi atau gerak balas di sini bermaksud tindakan kita menganalisis, menilai, membuat perkaitan dan pertimbangan pada perkara ataupun idea sedia ada. Hasil daripada reaksi ini menjadi hasil pemikiran kritis iaitu idea yang disampaikan lebih meyakinkan, munasabah dan bernas.

ii) Penilaian

Penilaian bermaksud kita menggunakan pemikiran kritis bagi membuat penilaian pada suatu perkara ataupun idea yang sedia ada, sama ada patut dibuat ataupun patut dipercayai. Penilaian itu dibuat bagi menentukan kemunasabahan perkara ataupun idea. Aspek penilaian ini membolehkan pemikiran kritis memainkan peranan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

iii) Analisis

Kemahiran analisis penting bagi membolehkan kita menganalisis, mentafsir dan memahami suatu perkara ataupun idea dengan jelas. Kemahiran ini membolehkan individu membuat penilaian yang lebih objektif iaitu tidak berat sebelah dan berhujah dengan bernas. Analisis pada perkara, idea, hujah ataupun maklumat sebaik-baiknya objektif, terperinci dan mendalam.

RUJUKAN

Abd Rashid A. R. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abd Hadi, B. B. (2008). Gaya Berfikir Kreatif dan Kritis dalam Kalangan PelajarDiploma Kolej Komuniti. Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM. Abd Hamid, M. A. (2001). Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai.

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Hamid, M. S. (2008). Hubungan Gaya Berfikir Secara Kreatif dan Kritis dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Lepasan Diploma Politeknik Terhadap Subjek Matematik Kejuruteraan di UTHM. UTHM.

Abdul G., M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Abdul G., M. N., (2003). Rekebentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Adler, R.W., & Milne, M. J. (1997). Improving the Quality of Accounting Students' Learning Through Action Oriented Learning Tasks. Accounting Education: An International Journal, 6(3): 191-215.

Ahmad, A., Mohamad, M. M., & Subari, K. (2006). Aplikasi Corak Pembelajaram Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis di kalangan Pelajar Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor. Tidak Diterbitkan.

Ahmad, A. (2005). Kertas Kerja Perbentangan. A First Attempt of Problem Based-Learning in Microelectronic Course (BKE 4423) for Computer Engineering Undergraduates. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).

Ahmad, A., Mohamad, M. M. & Subari, K. (2006). Aplikasi Corak Pembelajaran Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis di Kalangan Pelajar dalam Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor.Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad, H. A. R (2004). Workshop on Enhancing Graduates Employability in a Globalised Economy. Meeting the Demands of Global Firm: Survey Finding. Putrajaya: Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.

Albaili M. A. (2006). Realibility and Validity of the Thinking Styles Inventory: Evidence from United Arab Emirates. Proceedings of the 2006 Joint Annual Conference of the Australian Psychology Society and New Zealand Psychology Society, Auckland, New Zealand, 26 – 30 September 2006. Allan, J., & Clarke, K. (2007). Nurturing supportive learning environments in higher

education through the teaching of study skills: To embed or not to embed? International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 19 (1), 64-76.

Antonius, R. (2003). Interpreting Quantitative Data with SPSS. London: SAGE Publication.

Ariffin, S. R., Idris, M., Abdul, G., Ahmad, N., Idris, R. & Najmuddin, N. A. (2008a). Communication, leadership, and teamwork skills as core competencies among higher education students. Proceeding ASAIHL International Conference, Bangkok, 149-158.

Ariffin, S. R., Idris, R. & Mohd I., N. (2008b). Profi l kemahiran generik pelajar-pelajar institut pengajian tinggi: Kajian kes di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru (JPPG 2008).

Armabile, T. M. (1996). Creativity in Context: Nurturing a Lifetime of Creativity. New York: Crown.

Awang, H., & Ramly, I. (2008). Creative Thinking Skill Approach. International Journal of Human and Social Sciences, 19.

Azar A. (2010). The Effect of Critical Thinking Dispositions on Students Achievement in Selection and Placement Exam for University in Turkey. Journal of Turkish Science Education. Volume 7, Issue 1, March 2010. Baden, M. S & Major, C.H. (2004). Foundation of Problem-Based Learning .USA:

Mc Graw Hill Education.

Bahayahkhi, C. S., (2008). Hubungan Antara Kretaiviti dan Proses Penyelesaian Masalah dalam Kalangan Pelajar DiplomaKejuruteraan di Politeknik. Fakulti Pendidikan Teknikal, UTHM.

Baker M. & Rudd C. (2001). Relationship between Critical and Creative Thingking. Journal of Southern Agricultural Education Research. 51.

Ballantine, J. & Larres, M. P. (2007). Cooperative learning: A pedagogy to improve students’ generic skills? Journal Education and Training, 49(2), 126-137. Barrow, H. S. (1996) Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief

Overview. dlm Wilkerson, L.A and Gijselaers W. H. Bringing Problem Based Learning to Higher Education : Theory and Practice. San Francisco. Josey Bass Publishers. ms 3-12.

Barrows, H. S. & Kelson, A. C. (1995). Problem-based learning in secondary education and the problem-based learning institute (Monograph1), Problem-Based Learning Institute.

Barrows, H. S. (1996). Problem-based learning in medicine and beyond: A brief overview. New Directions for Teaching and Learning, 68, ms 3-11.

Barrows, H. S. (1999). Problem-based learning (PBL).

Barrows, H.S. & Tamblyn, R.M. (1980). Problem-based learning: An approach to medical education. New York: Springer Publishing Company, Inc.

Bennis, W. (1995).Critical thinking. Executive Excellence, 7.

Ben-Chaim, D., Ron, S., & Zoller, U. (2000). The disposition of eleventh-grade science students toward critical thinking. Journal of Science Education and Technology, 9 (2), 149–159.

Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1993). Surpassing ourselves: An inquiry into the nature and implicationsof expertise. Chicago: Open Court.

Best, J. W. & Khan, J. V. (2003). Research in Education: Ninth Edition. Boston: Pearson.

Bickman, L. & Rog, D. J. (1998). Handbook of Applied Social Ressearch Methods. Thousand Oaks, Ca: SAGE.

Biggs, J. (2003). Teaching for quality learning at university.Maidenhead: Society for Research into Higher Education & Open University Press.

Bjorkland, D. F. & Pellegrini, A. D. (2000). Child development and evolutionary psychology. Child Development, 71, 1687-1908.

Black, T. R. (1999). Doing Quantitative Research in the Social Sciences: An Integrated Approach to Research Design, Measurement and Statictics. SAGE Publications.

Bloom, B. (Ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives, handbook I: Cognitive domain. New York: David McKay Company.

Boud, D., & Feletti, G. (1997). Changing problem-based learning: Introduction to the second edition. Dalam D. Boud & G. Feletti (Eds.), The challenge of problem-based learning. London: Kogan Page. Ch. 1; ms; 1-16.

Browne, M. N. & Keeley, S. M. (2000). Asking the right questions:A guide to critical thinking (6th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Burbach, M.E., Matkin, G.S., & Fritz, S.M. (2004). Teaching Critical Thinking in an Introductory Leadership Course Active Learning Strategies: A Confirmatory Study. College Student Journal. 38 (3): 482-493.

Chambers,S. et al.(1999). Predictors Of Success On Texas State Certification Tests For Secondary Teaching. College Student Journal. 33(1): 10-16.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan (Buku 1). Malaysia: Mc Graw Hill Education.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2). Malaysia: Mc Graw Hill Education.

Chua, Y.P. (2004). Creative and Critical Thinking Styles. Serdang : Universiti Putra Malaysia Press.

Churchman. (1971). The design of inquiring system. Basic Books Inc.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2000). Research methods in education.5thedition. London and New York: Routledge Falmer. ms 92. Creswell, J. W. (2008). Research design: Qualitative and quantitativeapproaches.

California, USA: Sage publications.

Dacey, J. S. (1989). Fundamental of Creative Thinking. New York: Lexington Books.

De Bono, E. (1976). Teaching thinking. London: Middlesex Penguin.

DeFranco, T. & Deek F. P. (2004). Collaborative Prolem Solving and Froupware for Software Development. Information System Management. 2004. 21(1): 67-80.

Delisle, R. (1997). How to use problem-based learning in the classroom. Association for Supervision and Curriculum Development. Alexandria, VA, USA. Dennis, W. (1996). Creativity productivity between 20 and 80 years. Journal of

Gerontology. 21: 1-8.

Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. Boston: Heath.

Dewey, J. (1944). An Introduction to the Philosophy of Education. Democracy and Education. New York: The Free Press.

Dunne, E., Bennett, N & Carre, C. (2000). Skill development in higher education and employment. Bristol.

Edman, L.R., Robey, J. dan Bart, W.M (2001). Critical Thinking, Belief Bias, Epistemological assumptions, And the Minnesota Test Of Critical Thinking. Unpublished.

Ennis, R. H. (1962). A taxonomy of critical thinking dispositions and abilities. In J. Baron, & R. Sternberg (Eds.), Teaching thinking skills: Theory and practice (9-26). New York: W. H. Freeman Co.

Ennis, R. H. (1996). Critical thinking. Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall.

Ennis, R. H. (2000). Test reliability: A practical exemplification of ordinary language philosophy. Philosophy of Education Society. Kappa Phi Journal, 65(1), 28-31.

Facione, P. A. (1990). Critical thinking: A statement of expert consensus for purposes of educational assessment and instruction. Research findings and recommendations. American Philosophical Association, Newark, DE. (ERIC Document Reproduction Service No. ED 315423)

Facione, P. A. (1992) The California Critical Thinking Skills Test. Millbrae, CA: California Academic Press."

Farley, M. J., & Elmore, P. B. (1992). The relationship of reading comprehension to critical thinking skills, cognitive ability, and vocabulary for a sample of underachieving college freshmen. Educational & Psychological Measurement, 52, 921-931.

Facione,N.C. dan Facione, P.A.(1994). The “California Critical Thinking Test” and The National League for Nursing Accreditation Requirement in Critical Thinking. California Academic Pre : 1-14.

Fisher, A., Scriven, M. (1997). Critical Thinking: Its Definition and Assessment. Edgepress.

Forganty. R (1998). “Problem-Based Learning: A Collection of Articles”. Skylight Training and Publishing, Arlingthon Heights.

Gardner, C. T., Milne, M. J., Stringer, C. P. & Whiting, R. H. (2005). Oral and written communication apprehension in accounting students: Curriculum Impacts and Impacts on Academic Performance. Accounting Education, 14(3), 313-36.

Gardner, H. (1985). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.

Garcia C. F. & Hughes E. H. (2000). Learning and Thinking Styles: An analysis of Their Interrelationship and Influence on Academic Achievement. Educational Psychology. 20(4).

Giancarlo, C.A., dan Facione, P.A.(2001). A Look Across Four Years At The Disposition Toward Critical Thinking Among Undergraduate Students. The Journal Of General Education. 50(1): 29-55.

Goldstein, F. C., & Levin, H. S. (1987). Disorders of reasoning and problem-solving abilities. In A. L. Benton, M. R. Meier, & L. Diller (Eds.), Neuropsychological rehabilitation (pp.327-344). New York: Guilford Press. Graff, E. & Kolmos, A. (2003). Characteristics of problem-based learning.

International Journal of Engineering Education, 19(5), 657-662.

Grant, N. S. (2003). A study on critical thinking, cognitive learning style, and gender in various information science programming classes. 4th Conference on Information Technology Curriculum, October 16 – 18, Lafayette, Indiana, USA.

Gridley, M. C. (2007). Differences in Thinking Styles of Artists and Engineers. National Career Development Association. 56.

Halpern, D.F. (1996). Thought and knowledge: An introduction to critical thinking. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Hambur, S., Rowe, K., & Luc, L. T. (2002). Graduate skills assessment. Australian Council For Educational Research. Commonwealth Department of Education Science & Training.

Harun, J., Aris, B. & Bilal A, M. (2005). Merekabentuk Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Pendidikan Pengurusan. Department of Educational Multimedia, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia.

Hassall, T., Lewis S., & Broadbent, J.M. (1998). The use and potential abuse of case studies in accounting education, Accounting Education: an international journal, 7, 37-47.

Hassim, M. H. (2004). Enhancing Learning Trough Cooperative Learning, UTM Experience. Conforence on Engineering Education Kuala Lumpur.

Hermann, Ned. (1996). The Whole Brain Business Book. United State of America, Mc Graw-Hill.

Hj Nor, S. Mohd Ramli, M. D. ( 1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Holmes, R. , Mohamad D., Hazidiah & Ashari, H. (2005). A Guide to Research in the Social Science. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Huang, H. L. (1999). Educational Reform in Taiwan: A BrigterAmerican Moon?. International Journal of Education Reform. 8(2), 145-153.

Huitt, W. (2007). Stages of mastery. Educational psychology interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University.

Husin, K. (2003). Kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Idris, N. (2010a). Penyelidikan dalam Pendidikan. 1. Malaysia: Mc Graw Hill. ms 94.

Idris, N. (2010b). Penyelidikan dalam Pendidikan. 1. Malaysia: Mc Graw Hill. ms 94. ms 112.

Inel, D. & Balim, A. (2010). The effects of using problem-based learning in science and technology teaching upon students' academic achievement and levels of

structuring concepts. Asia-Pacific Forum on Science Learning & Teaching, 11(2).

Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul Pembangunan Kemahiran Ihsahniah (Soft Skills) untuk Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang, Selangor:Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Jager, K. D., & Nassimbeni, M. (2005). Information literacy and quality assurance in South African higher education institutions. South African Journal of Libraries and Information Science, 55, 31-38. International Journal, 6 (3): 191-215. 1997.

Jamidin, M. N. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jaquish, G. A. and R. E. Ripple (1980). Divergent thingking and self-esteem in preadolescents and adolescents. Journal of Youth and Adolescence 9(2): 143-152.

Juremi S. & Ayob A. (nd). Menentukan Kesahihan Alat Ukuran Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif, Kemahiran Proses Sains& Pencapaian Biologi. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Kassim M. Z. (2002). Penerapan KBKK Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kejuruteraan Jentera Di SM Teknik Zon Perak Utara- Satu Kajian Kes. Universiti Teknologi Malaysia.Tesis Sarjana Muda.

Kementerian Pengajian Tinggi, (KPT). (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk institusi pengajian tinggi Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Kolb D. A. (1984). Experiential Learning. Experience as the Source of Learning and Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Kolodner, J. L., Hmelo, C. E. & Narayanan, N. H. (1996). Problem-based learning meetscase-based reasoning. In Proceedings of the International Conference on the Learning Sciences. (eds. D.C.Edelson & E.A.Domeshek) pp. 180– 187. Northwestern University, Evanston.

KUiTTHO. (2005). “Hasil Lawatan Universiti Aalborg: 20 Ogos 2004. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 3. Pg15-16.

KUiTTHO. (2005). “Power of PBL: 20 Ogos 2004. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 3. Pg14.

KUiTTHO. (2005). “Problem-Based Learning: 10 Disember 2004. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 3. Pg5.

KUiTTHO. (2006). “Seminar Problem-Based Learning in Engineering. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 4. Pg 11-12.

KUiTTHO. (2006). “Singapura: Lawatan PBL. Buletin Pusat Pengajaran dan Pembelajaran”. Vol 4. Pg 6.

Kumar, R. (2005). Research methodology: A step-by-step guide for beginners. 2ndedition. London: Sage publications. ms 118.

Krejcie, R. V. and Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30. 607-610. Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical research: Planning and design. 8thedition. New York: Merrill Prentice Hall. ms 88.

Lehman, H. C. (1953). Age and Achievement. Princeton, N. J., Princeton University

Dokumen terkait