• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tiga hari kaut RM1 juta - UiTM Library Article Indexing

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tiga hari kaut RM1 juta - UiTM Library Article Indexing"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Tiga hari kaut RM1 juta Language Malay

Media Title BH Section/Page No Selebriti

Date 18 April 2021 Journalist Zaidi Mohamad

Source https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20 21/04/808139/tiga-hari-kaut-rm1-juta

Remarks Filem Malaysia

Tiga hari kaut RM1 juta

Zaidi Mohamad - April 18, 2021 @ 4:43pm [email protected]

Kejayaan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan Mamat yang mengaut RM1 juta dalam tempoh tiga hari, dihebahkan dalam Instagram (IG), Astro First. Foto IG Astro First

KUALA LUMPUR: Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid meraih kutipan lebih RM1 juta dalam tempoh tiga hari sejak ditayangkan di platfrom Astro First, Khamis lalu.

Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri juga tular melalui 'meme' dalam media sosial pada Ramadan berikutan karakternya yang tidak berpuasa dan sinonim dengan 'beg hitam'.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang adalah gabungan dua karya 'masterpiece' Mamat iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.

(2)

Mamat yang teruja dengan kejayaan filemnya itu berharap 18 Puasa Di Kampong Pisang memberi pengajaran kepada penonton.

"Alhamdulillah, filem ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton.

"Saya harap filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan semata-mata, tetapi pengajaran.

"Ini termasuk memberi peringatan kepada kita terhadap kesan baik dan buruk daripada kelakuan sendiri. Terima kasih kerana terus menghargai karya saya," katanya.

Mamat berkata, keputusannya menggabungkan dua karya terbabit timbul selepas filem dihasilkan mendapat sambutan baik.

"Cuma versi filem kali ini membawa pendekatan berbeza. Sudah tentu elemen hiburan masih ada, cuma terpulang kepada penonton bagaimana mahu menilai dan menerima filem ini.

"Apa yang boleh saya katakan, jalan cerita dan babak yang dipersembahkan mudah untuk penonton faham. Apa yang dipaparkan memang berlaku di sekeliling kita atau memang terjadi kepada diri sendiri.

Watak Barkoba lakonan Bell dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang tular dan hangat diperkatakan peminat karya Mamat. Foto IG Astro First

(3)

"Sebagai manusia, mungkin kadang-kadang kita alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Diharap karya ini dapat mengajak penonton melakukan refleksi diri lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ini," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad yakin ramai peminat menantikan kehadiran filem berkenaan.

"Apabila watak Barkoba tular, ini membuktikan karakter terbabit sangat kuat dan sinonim dengan penonton pada bulan Ramadan.

"Dalam media sosial juga menyaksikan rata-rata penonton dan pengkritik filem bebas berkongsi maklum balas positif mengenai filem ini.

"Kami harap kejayaan ini akan menjadi permulaan yang baik untuk filem 18 Puasa Di Kampong Pisang terus mendapat sokongan daripada penonton," katanya.

18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran pada bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia didatangi iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Antaranya, Barkoba mengabaikan zakat, menganiaya orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Selain Bell Ngasri, filem ini turut dibintangi Siti Elizad, Joey Daud, Man Raja Lawak, Jaafar Onn, Aziz M Osman dan ramai lagi.

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Referensi

Dokumen terkait