• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tingkat prestasi pemain industri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Tingkat prestasi pemain industri"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Tingkat prestasi pemain industri

Mohd Roji Kawi

am@hmetro.com.my

SHARIFAH Hasidah (depan kanan) melawat pameran Halal Malaysia pada Majlis Kempen Inisiatif Bajet 2022 sempena Program Jelajah Halal Malaysia Sarawak.

Kuching: Usahawan tempatan yang mencari peluang perniagaan di dalam pasaran halal yang kini giat berkembang seluruh dunia boleh memanfaatkan Program Inisiatif Bajet 2022 sempena Jelajah Halal Malaysia 2022 yang diadakan khusus bagi meningkatkan prestasi pemain industri dan ekosistem halal.

Program yang berlangsung di Kompleks Islam Sarawak di sini, pada 8 November hingga hari ini dianjurkan Halal Development Corporation Berhad (HDC) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa Sarawak (MINTRED) serta Majlis Islam Sarawak (MIS).

Penganjuran progam itu bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama strategik antara HDC dan kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan prestasi pemain industri dan ekosistem halal di Sarawak.

Julung kali diadakan di Sawarak, program itu dihadiri usahawan yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan halal sedia ada dan usahawan berkaitan industri halal yang masih belum mempunyai sijil halal serta agensi kerajaan negeri dan rakan strategik HDC.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Matlamat utama program Inisiatif Bajet 2022 itu adalah untuk menggalakkan penyertaan usahawan ke dalam perniagaan halal selain meningkatkan

kebolehpasaran produk halal PKMS dan menerusi platform itu, usahawan tempatan akan diberikan maklumat terkini berkenaan peluang pasaran industri halal, bantuan dari segi produk perbankan Islam dan takaful, pematuhan berkaitan dengan

Pensijilan Halal serta informasi mengenai pembangunan dan latihan halal.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Lokman Hakim Ali berkata, sehingga Jun tahun ini, sebanyak 16.4 peratus daripada lebih 7,000 syarikat tempatan yang mempunyai sijil halal terbabit dalam aktiviti mengeksport.

Menurutnya, potensi pertumbuhan eksport halal masih luas terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan terdapat jurang yang perlu dirapatkan bagi membantu syarikat halal memanfaatkan peluang perniagaan ke arah globalisasi.

"HDC menganjurkan Kempen Inisiatif Bajet 2022 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' yang bermatlamat membantu meningkatkan produktiviti, jualan dan penjenamaan pemain industri halal negara serta global dalam usaha mengembangkan produk dan industri halal kalangan PMKS.

"Antara usaha HDC untuk meningkatkan pembabitan usahawan dalam industri ini adalah dengan meningkatkan kesedaran berkenaan Halal Integrated Platform (HIP) dengan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) atau yang berskala besar di Sarawak digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli HIP HDC bagi memudahkan mereka dihubungkan dengan industri halal lain serta memperoleh perkhidmatan sokongan dalam perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Jelajah Halal Malaysia 2022 disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kompleks Islam Sarawak di sini.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Eksekutif Halal kepada peserta latihan Certified Halal Executive Program (CHEP).

Seramai 17 peserta menerima sijil tersebut yang merupakan tenaga mahir di kalangan pengusaha syarikat halal.

Lokman Hakim berkata, ia selaras dengan matlamat kerajaan untuk menambah bilangan syarikat dan produk serta perkhidmatan halal dan usahawan tempatan tidak harus melepaskan peluang mengunjungi program tiga hari itu kerana HDC, MINTRED dan MIS komited untuk menyediakan platform untuk mereka merebut peluang menjadi usahawan cemerlang halal Malaysia.

Sementara itu, Abang Johari dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Sharifah Hasidah berkata, MIS merangka dan merancang hala tuju strategik bagi

memperkasakan pengurusan halal di Sarawak.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

SHARIFAH Hasidah menyampaikan Sijil Eksekutif Halal kepada peserta latihan Certified Halal Executive Program (CHEP). Seramai 17 peserta menerima sijil tersebut pada Majlis Kempen Inisiatif Bajet 2022 sempena Program Jelajah Halal Malaysia Sarawak.

Referensi

Dokumen terkait

Nurdiana (2020) also found that there is a lack of English teachers’ knowledge especially about assessing the students’ language performance. Therefore, it affects

Sehingga apabila menyangkut dengan pengambilan keputusan terhadap penolakan bantuan dari negara- negara anggota G7 pada kasus kebakaran hutan amazon yang terjadi pada tahun 2019