• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tip sebelum hias rumah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Tip sebelum hias rumah"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

SATU proses yang paling ringkas untuk mengubah suai hiasan dalam rumah adalah dengan kaedah mengecat semula ruang berkenaan dengan warna yang bersesuaian dengan konsep diinginkan.

Selain ruang kediaman diberi nafas baru, mengecat semula juga membantu membaik pulih ruang selain menutupi kecacatan yang ada pada dinding rumah termasuklah contengan anak kecil anda.

Biarpun kerja mengecat mudah, tetapi mengabaikan langkah penting termasuklah kerja-kerja permulaan perlu dilakukan, ia boleh menjejaskan kualiti atau hasil kerja.

Berikut adalah tip atau langkah-langkah dikongsikan pakar dalam memastikan hasil kerja memuaskan:

1.Menganggarkan jumlah cat diperlukan untuk sesuatu ruang

Headline Tip sebelum hias rumah Language Bahasa Malaysia

Media Title Harian Metro Section/Page No

Date 27 Ogos 2022 Journalist Nurul Husna Mahmud

Source https://www.hmetro.com.my/dekotaman/2022/08 /875807/tip-sebelum-hias-rumah

Remarks Interior Architecture

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Dilema bagi individu yang pertama kali mengecat kediaman mereka adalah menentukan jumlah atau berapa banyak cat diperlukan.

Perkara itu perlu diambil kira dengan merujuk kepada ruang yang ingin dicat. Ada juga menyarankan supaya membuat kira-kira iaitu dengan berpandukan satu liter cat boleh memenuhi keluasan permukaan 10 meter persegi bagi satu lapis cat.

Buat pengiraan untuk anggaran cat diperlukan bagi mengelak terkurang atau terlebih ketika mengecat kediaman.

2.Kerja-kerja membersihkan permukaan dinding perlu dilaksanakan sebelum mula mengecat

Dinding rumah biasanya dilitupi habuk dan sawang yang mana boleh menjejaskan hasil kerja-kerja mengecat.

Sebaiknya bersihkan dengan mengelap dinding menggunakan kain basah. Habuk dapat disingkirkan dan cat 'melekat' dengan lebih baik.

3.Meratakan permukaan dinding

Tidak semua dinding sempurna atau licin. Dalam banyak keadaan, dinding mempunyai permukaan berbonjol dan kasar.

Perlu rata atau licinkan dinding terlebih dahulu supaya kerja-kerja mengecat dapat berjalan dengan lancar. Boleh gunakan kertas pasir atau alat pengikis untuk meratakan bahagian berbonjol.

4.Mulakan dengan lapisan asas (primer)

Seperti solekan yang perlu bedak asas sebagai primer, kerja-kerja mencantikkan dinding juga sama.

Primer merujuk kepada lapisan asas sebelum cat diletakkan pada dinding. Terdapat kategori atau jenis primer dengan nama berbeza mengikut penggunaannya.

Sealer - Untuk permukaan konkrit Primer - Untuk permukaan besi Undercoat - Untuk besi dan kayu

*Bagi kerja -kerja mengecat semula, sekiranya dinding masih elok tidak perlu sealer.

Tetapi untuk tukar dari tona gelap ke tona cerah, sealer boleh membantu.

5.Boleh mula kerja mengecat

Jika cat dibeli melebihi satu tin, langkah terbaik adalah mencampur kedua-dua cat dalam bekas lain.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Cat dibancuh semula menggunakan mesin tidak 100 peratus sama. Adunkan cat dari bekas berlainan untuk seragamkan tona dan warna.

6.Biarkan cat mengering dengan baik

Penting bagi kerja-kerja mengecat ialah memastikan lapisan pertama betul-betul kering sebelum melapis cat kedua.

Kebiasaan dalam tempoh dua jam, cat boleh mengering tetapi lebih baik biarkan semalaman.

Cuaca juga faktor penting kerana jika kerja-kerja mengecat itu dilakukan dalam musim hujan atau kelembapan tinggi, cat akan lambat kering selain risiko

hasilnya bertompok.

Disiarkan pada: Ogos 27, 2022 @ 6:45am

Referensi

Dokumen terkait

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted