• Tidak ada hasil yang ditemukan

Trend Pembelajaran Al-Quran Melalui Facebook

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Trend Pembelajaran Al-Quran Melalui Facebook"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

482 TREND PEMBELAJARAN AL-QURAN MELALUI FACEBOOK

Nur Madiha binti Abdullah

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +60107924855, E-Mel: [email protected] Dr Muhammad Hafiz Saleh

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tel: +60196544535, E-Mel: [email protected]

Abstrak

Kajian ini menjelaskan kaedah pembelajaran al-Quran menerusi Facebook semasa negara berhadapan dengan pandemik covid-19. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pembelajaran al-Quran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan bagi mengekang penyebaran wabak covid-19. Oleh itu, pembelajaran al-Quran mula beralih kepada pembelajaran secara atas talian. Antara platform yang menjadi pilihan bagi tujuan pembelajaran al-Quran adalah Facebook.

Sehingga kini, terdapat beberapa kelas al-Quran yang dilaksanakan menerusi Facebook dengan pendekatan yang pelbagai. Bagi menjalankan kajian ini, kaedah analisis kandungan digunakan bagi mengkaji Facebook Page yang popular dan terpilih dalam pengajaran al-Quran. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tiga peringkat pengajaran dan pembelajaran al-Quran iaitu peringkat rendah menawarkan kelas asas mengenal dan membaca al-Quran dengan pendekatan Kaedah Iqra’ dan Kaedah Baghdadi. Kedua, peringkat pertengahan iaitu Kelas Talaqqi Al-Quran dan Bertajwid, manakala yang ketiga adalah kelas al-Quran Peringkat Tinggi iaitu Kelas Tarannum.

Kata Kunci: Trend, Pembelajaran, al-Quran, Facebook

Pendahuluan

Sejak penularan wabak penyakit covid-19 di seluruh pelosok dunia dalam tempoh yang singkat, berlaku pelbagai keterbatasan yang perlu dihadapi semasa pandemik ini. Malaysia yang tidak terkecuali dalam musibah penyakit ini juga mempunyai cabaran yang sama dengan negara-negara yang lain. Bagi membendung wabak ini daripada terus merebak dan kritikal, kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya mengikuti prosedur-prosedur yang telah disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan nasihat pakar untuk menangani krisis global ini. Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara telah mengisytiharkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) pada 18 Mac 2020 sehingga tempoh yang ditetapkan

(https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/). Rentetan daripada perintah tersebut, rutin harian manusia telah berubah secara mendadak kerana krisis ini pertama kali terjadi.

(2)

483 Hampir kesemua sektor di Malaysia merangkumi politik, ekonomi dan sosial terjejas serta terkesan disebabkan penularan wabak ini. Tidak ketinggalan keterbatasan dalam melaksanakan ibadah seperti solat jemaah, kelas-kelas pengajian di masjid mahupun di sekolah ataupun pengajian tinggi, sektor pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Cabaran dalam menghadapi norma baru ini sedikit demi sedikit telah mengubah cara manusia mencari alternatif baharu dan semakin dekat dengan teknologi khususnya dalam tempoh pandemik ini.

Justeru, proses pembelajaran dan pengajaran al-Quran tidak terkecuali menghadapi cabaran yang sama. Pembelajaran al-Quran yang biasanya dilaksanakan secara bersemuka telah berubah kepada nafas baru terutamamya sejak berlakunya pandemik. Pembelajaran melalui atas talian ini telah membuka ruang kepada orang ramai untuk menyertai pelbagai pilihan yang telah disediakan. Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif utuk menilai beberapa facebook page yang boleh diikuti dan sesuai untuk pembelajaran al-Quran secara atas talian.

Sejarah Pembelajaran al-Quran

Proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran umumnya dilaksanakan secara bersemuka dengan menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah. Proses ini telah bermula semenjak penurunan wahyu pertama antara Jibril A.S dengan Rasulullah S.AW. Kaedah ini telah diwarisi dari generasi ke generasi berabad lamanya. Menurut Jasmi & Che Noh, 2013 intipati pembelajaran al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W diukur melalui pembacaan yang betul, maksud yang difahami, hafalan dan pengamalan ajaran al-Quran itu sendiri.

Adapun begitu, melalui usaha dakwah yang dilakukan dan berkembangnya ajaran Islam di serata dunia, evolusi pembelajaran al-Quran mula berubah sedikit demi sedikit menurut perkembangan semasa seperti pengenalan kepada kaedah Iqra’, al-Baghdadi, Hattawiyyah, Haraki, al-Matien, al- Barqi, Qiraati dan sebagainya (Bidin et al., 2018; Jasmi & Che Noh, 2013). Kaedah-kaedah pembelajaran ini telah diperkenalkan oleh pengasas masing-masing dalam usaha membantu dan menggalakkan masyarakat lebih tertarik untuk mengenal al-quran serta membasmi masyarakat yang buta huruf.

Trend Pembelajaran Semasa

Teknologi telah banyak membantu dalam kehidupan manusia. Sumbangan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah membuka jalan dan ruang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan al-Quran. Penggunaan al-Quran digital yang telah diperkenalkan sejak tahun 2007 (Almazrooie et al., 2018) seterusnya sedikit demi sedikit telah berubah kepada aplikasi al- Quran (Zahari et al., 2017) hingga pelaksanaan pembelajaran atas talian menggunakan radio, televisyen, laman web, platform Google Meet, Zoom, Webex, media sosial dan sebagainya. Pada asasnya, pembelajaran secara atas talian ini hanya memerlukan capaian internet yang pantas dan gajet seperti telefon pintar atau komputer riba.

Walaupun pada awalnya, pembelajaran atas talian kurang mendapat sambutan oleh sesetengah pihak, akan tetapi perubahan yang berlaku seperti dalam krisis pandemik ini telah mendorong masyarakat untuk memilih alternatif serta keluar dari kebiasaan. Menurut Mohd Ikram Mohd Nawi et al., 2021, satu perbincangan mengenai konsep menggunakan dan meraikan teknologi semasa dalam pembelajaran al-Quran telahpun dibincangkan. Antara panduan yang disarankan adalah mempunyai para guru yang arif tentang al-Quran, pelajar yang mahir menggunakan peranti teknologi yang digunakan serta mencatat dan mengulang ilmu yang telah dipelajari, menggunakan peranti yang baik

(3)

484 tanpa sebarang kerosakan, nada suara yang jelas, visual yang jelas dan mengulangi bacaan jika berlaku sebarang gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh (Zakariah et al., 2017) pengenalan pembelajaran al-Quran menggunakan media elektronik ini telah menyumbang kepada alat bantuan belajar untuk orang buta, kanak-kanak autisme, penggunaan translasi ayat al-Quran mengikut bahasa, membantu meningkatkan motivasi pelajar dan mengintegrasikan model pembelajaran al-Quran secara atas talian. Kajian daripada Nur Atiqah & Noornajihan, 2018 menunjukkan aplikasi Smart Iqra’ yang dibangunkan dapat membantu penguasaan al-Quran dalam kalangan murid buta serta mengurangkan bilangan murid yang buta al-Quran.

Media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram dan sebagainya yang dianggap sebagai platform sosial semata-mata telah diubah kepada medium pembelajaran. Ini merupakan salah satu dakwah yang dapat dilaksanakan di alaf baru. Peranan media sosial sebagai medium dakwah ini mampu untuk menghubungkan masyarakat, menuntut ilmu agama, mencari maklumat tentang Islam dan mencari maklumat terkini (Noradilah Abdul Wahab et al., 2019). Medium yang diwujudkan ini dapat mendorong masyarakat agar sentiasa membaca al-Quran walau dalam apa jua keadaan. Oleh itu, kajian ini akan memperkenalkan beberapa platform Facebook Page yang melaksanakan pembelajaran al-Quran melalui pendekatan yang pelbagai. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengelaskan peringkat kelas al-Quran yang boleh diikuti berdasarkan tahap penguasaan al-Quran masing-masing.

Metodologi

Artikel ini mengunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan dan kaedah observasi. Pengkaji telah menganalis kelas-kelas al-Quran yang dilaksanakan di Facebook Live menerusi page masing- masing berdasarkan waktu yang telah ditetapakan. Metode observasi dipilih bagi mengamati proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang dilaksanakan secara langsung. Data yang diperolehi dianalisis dan dikelaskan mengikut standard pengajian sebagai rujukan pemilihan kelas pengajian oleh masyarakat.

Dapatan Kajian

Setelah penelitian dijalankan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa terdapat tiga kategori kelas al- Quran telah diadakan secara secara langsung di Facebook. Kelas-kelas tersebut boleh dibahagikan seperti berikut:

1. Kelas peringkat rendah; iaitu kelas yang mengajar asas pengenalan huruf-huruf al-Quran seperti Iqra dan Baghdadi

2. Kelas peringkat pertengahan; iaitu kelas yang merangkumi tajwid dan tilawah. Guru memperdengarkan bacaan al-Quran secara bertajwid.

3. Kelas peringkat tinggi; iaitu kelas tarannum al-Quran.

Contoh kategori kelas yang telah dipilih oleh pengkaji adalah:

1. Kelas Peringkat Rendah

Kelas peringkat rendah ini adalah kelas yang menitik beratkan pengenalan huruf-huruf dan bacaan secara bertajwid.

(4)

485 Oh Mudahnya Tajwid- Mengaji Guna Simbole Je

Facebook ini telah diikuti oleh 120,417 pengikut dan mempunyai sebanyak 82,149 sukaan (https://www.facebook.com/OhMudahnyaTajwid). Kaedah pengajaran yang dilaksanakan melalui laman Facebook iniadalah dengan menggunakan pembelajaran tajwid secara bertema melalui video pendek yang dimuat naik. Video tersebut bersambung-sambung dari pembelajaran sebelumya menggalakkan pelajar untuk menonton video-video sebelumnya. Modul yang digunakan semasa kelas adalah modul daripada pengasas Facebook itu sendiri iaitu “Oh Mudahnya Tajwid” oleh Ustaz Arif Asa’ad.

Modul ini mengajarkan kaedah pembelajaran yang santai dan mudah difahami untuk dipraktikkan.

Pelajar yang baru belajar boleh membaca al-Quran tanpa perlu menghafal hukum tajwid yang banyak, akan tetapi hanya dengan mengingati simbol-simbol yang terdapat dalam al-Quran. Konsep pembelajaran seperti ini memudahkan orang awam untuk mengingati dan belajar tentang ilmu tajwid dengan durasi video yang dimuat naik hampir antara tiga ke sepuluh minit. Selain itu, laman facebook ini membuat siaran langsung bagi bacaan surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.

Mengaji Best

Laman Facebook ini dimiliki oleh Pusat Pengajian al-Quran Al-Baghdadi Bandar Pusat Sri Permaisuri Cheras dan mula aktif sejak tahun 2015. Laman ini diikuti oleh 54,121 pengikut dan mempunyai sebanyak 22,258 sukaan (https://www.facebook.com/mengajibest/). Pendekatan yang

(5)

486 digunakan adalah dengan bacaan Iqra dan al-Quran secara live mengikut masa yang telah ditetapkan.

Bacaan al-Quran dibaca oleh pengajar terlebih dahulu seterusnya menerangkan hukum tajwid yang berkaitan mengikut formula tersendiri. Beberapa kelas telah dibahagikan mengikut tahap pembelajaran yang boleh diikuti seperti segmen Quran Pagi Ini, Ulangkaji Iqra, Bacaan Tahlil, Yaasin dan al-Mulk serta Surah-surah Pilihan.

Berikut merupakan jadual kelas bacaan secara siaran langsung yang ditawarkan:

Hari Masa Program

Setiap Hari 7.00- 8.00 Pagi QUPI (Quran Pagi Ini) Setiap Hari 4.00- 5.00 Petang UBI

(Ulangkaji Belajar Iqra) Setiap Hari 10.00- 11.00 Malam SUP

(Surah Pilihan)

Khamis 8.00-9.00 Pagi TOM YAM

(Tahlil, Yaasin dan al-Mulk)

2. Kelas Peringkat Pertengahan

(6)

487 Kelas yang merangkumi tajwid dan tilawah. Guru mengajar dan memperdengarkan bacaan al-Quran secara bertajwid.

Azdan Quranic Centre

Kelas al-Quran ini mula ditubuhkan pada tahun 2017. Laman Facebook ini mempunyai seramai 1.2 Juta pengikut dan mendapat sebanyak 389,772 sukaan (https://www.facebook.com/azdanofficial).

Sebelum pandemik berlaku, Azdan Quranic Centre melaksanakan kelas pengajian secara bersemuka dan atas talian, namun setelah pandemik berlaku, mereka mula memfokuskan pembelajaran di Facebook. Kaedah pengajaran al-Quran yang diajarkan adalah daripada modul Azdan itu sendiri yang dinamakan teknik “Pasak & Gerak” iaitu kaedah arah tunjuk jari serta menandakan bacaan pada hukum-hukum tajwid semasa berlangsungnya pengajian terbsebut. Manakala, beberapa metode telah digunakan sepanjang kelas iaitu tadarus al-Quran bersama guru pembimbing, video-video pendek berkaitan tajwid, kisah inspirasi bagi galakan membaca al-Quran, bacaan surah-surah pilihan bersama penonton dan seminar al-Quran. Tempoh siaran langsung yang berlangsung adalah antara 15 hingga 50 minit setiap sesi bergantung kepada program setiap sesi.

Jadual pembelajaran secara langsung yang diadakan di Azdan Quranic Centre adalah seperti berikut:

Hari Masa Program

Setiap hari

7.30 Pagi 12.00 Tengahari

9.00 Malam

#NgajiJom Setiap hari 4.00 Petang #1Minit1Tajwid

Setiap hari - #InspirasiAzdan

Setiap hari Lepas Maghrib #RutinAzdan

Bacaan yasin &almulk& alwaqiah, surah2pilihan

Berkala - Seminar sempurna Al-Fatihah

(7)

488 Fatehah

Pusat pengajian ini telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan mempunyai lama Facebook dengan bilangan 148,290 pengikut dan mendapat sebanyak 54,978 sukaan (https://www.facebook.com/FatehahLearningCentre). Kaedah pembelajaran yang diajarkan adalah kaedah Al-Barqy iaitu kaedah yang menggunakan kata kunci dan sebutan asas al-Quran. Semasa pembelajaran siaran langsung, bacaan al-Quran diperdengarkan oleh guru terlebih dahulu beserta pembelajaran hukum-hukum tajwid yang berkaitan. Kelas pembelajaran secara langsung ini diadakan setiap hari dengan slogan 1 hari 1 muka surat pada jam 7.00 Pagi, 3.00 Petang dan 10.00 Malam.

Bacaan tilawah al-Quran adalah bersambung-sambung mengikut kelas sebelumnya. Tempoh siaran langsung yang dilakasanakan lebih kurang 40 hingga 50 minit setiap sesi. Selain itu, pusat pengajian ini ada menyediakan sebuah aplikasi pintar mahir tajwid bagi sesiapa yang mengikuti kelas secara berbayar.

(8)

489 Kelas Peringkat Tinggi

Kelas pada peringkat ini adalah pembelajaran tarannum.

Page Ustaz Fahmi Empire

Pusat pengajian tarannum ini ditubuhkan pada 2018 dan aktif berkongsi tentang ilmu tarannum di Facebook. Facebook page ini mempunyai 248,882 orang pengikut dan mendapat sebanyak 84,789 sukaan (https://www.facebook.com/kelastarannum/?ref=page_internal). Kaedah pengajaran ilmu tarannum yang digunakan semasa mengajar adalah dengan menggunakan “teknik panahan” iaitu mengalunkan bacaan tarannum mengikut anak panah yang telah ditunjukkan pada ayat al-Quran yang dibacakan. Platform ini menyediakan kelas secara berbayar dan percuma. Bagi menerangkan dan memberikan pendedahan ilmu tarannum kepada masyarakat secara percuma, platform ini mengadakan siaran langsung perkongsian berkaitan cara-cara bertarannum dalam tempoh 45 minit sehingga satu jam setiap hari Khamis pada jam 6.00 petang menerusi program yang dinamakan Tarannum Interaktif bersama penonton. Kelas interaktif ini telah menambat hati ramai penonton kerana penonton diberi peluang untuk menghubungi dan memperdengarkan bacaan semasa siaran langsung sedang berlangsung. Sesiapa yang berminat untuk belajar tarannum dengan lebih mendalam boleh mendaftar kelas khusus bersama Ustaz Fahmi secara atas talian menggunakan paltform Zoom.

Jenis tarannum yang diajar adalah bergantung kepada pihak penganjur. Penonton boleh juga mempelajari secara percuma pada sesi tarannum tertentu yang telah dijadualkan oleh Page Ustaz Fahmi Empire. Selain itu, facebook page ini juga memuat nasi video-video pendek bacaan ayat al- Quran pendek mengikut tarannum yang dipilih dan alunan zikir berdasarkan lengguk tarannum serta video dari sesi Zoom bersama pelajar peribadi sebagai perkongsian tambahan.

Antara sesi pembelajaran yang disiarkan secara percuma di facebook page ini adalah seperti berikut:

Hari Masa Program

Khamis 5.30 Petang Tarannum Interaktif Bersama Ustaz Abdul Rahman Isnin dan Selasa 5.30 Petang Bacaan Tarannum Pilihan

Rabu dan Jumaat 6.00 Petang Jom Belajar Tarannum

(9)

490

Kesimpulan

Facebook yang dulunya dianggap sebagai medium bersosial sahaja, kini telah berubah menjadi satu paltform yang sangat bermanfaat termasuklah umat Islam. Penggunaan teknologi dalam membantu proses pengajran dan pembelajaran memberikan impak dan kesan yang positif kepada sesiapa yang mengambil manfaat daripadanya. Walaupun pembelajaran melalui atas talian menjadi satu alternatif baharu, namun semua pihak haruslah meraikan konsep dan kaedah secara Talaqqi dan Musyafahah yang telah disampaikan oleh para ulama terdahulu bagi menjaga kesucian dan kemulian al-Quran.

(10)

491 Rujukan

Almazrooie, M., Samsudin, A., Gutub, A. A. A., Salleh, M. S., Omar, M. A., & Hassan, S. A.

(2018). Integrity verification for digital Holy Quran verses using cryptographic hash function and compression. Journal of King Saud University - Computer and Information Sciences.

https://doi.org/10.1016/j.jksuci.2018.02.006

Bidin, S. N. B. S., Hamzah, M. S., Rahman, T. A., Kamaruddin, K., & Azman, N. A. N. (2018).

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran: Kajian Di Masjid Unisza. Jurnal Hadhari, 1(April 2016), 93–108.

Jasmi, K. A., & Che Noh, M. A. (2013). SEJARAH , KAEDAH , SERTA MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJA- RAN AL-QURAN ( HISTORY , METHODS , AND MODELS OF TEACHING AND LEARNING OF THE QURAN ) Fakulty of Education , Universiti Kebangsaan Malaysia Suggested Citation : Bengkel Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Al- Quran SRA JAWI (Remedial and Enrichment Workshop for Teaching and Learning Quran SRA JAWI) At, 16(March), 1–17.

Mohd Ikram Mohd Nawi, Mujahid Ahmad Lutfi, & Mohamad Redha Mohamad. (2021). Talaqqi al- Quran Alam Maya dan Manhaj Sebenar Para Ulama Qurra’. In Isu-Isu Kontemporari Dalam Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat (pp. 4–10).

Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhamad, & Mohd Sani Ismail. (2019). Media Sosial Sebagai Medium Dakwah Masa Kini. International Social Science and Humanities Journal, 2(1), 14–

23.

Nur Atiqah Abdul Aziz, & Noornajihan Jaafar. (2018). Penguasaan pembelajaran al-qur’an

berbantukan aplikasi. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 2(December), 1–

13.

Zahari, N. H. A. H. B., Bidin, S. N. B. B. S., & Syamsuddin, S. N. B. W. (2017). Development of Al-Quran Android Application from Year 2013 To 2016: The Highlight. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(6), 183–195.

https://doi.org/10.6007/ijarbss/v7-i6/2954

Zakariah, M., Khan, M. K., Tayan, O., & Salah, K. (2017). Digital Quran Computing: Review, Classification, and Trend Analysis. Arabian Journal for Science and Engineering, 42(8), 3077–

3102. https://doi.org/10.1007/s13369-017-2415-4

https://www.facebook.com/kelastarannum/?ref=page_internal (Diakses pada 28 Ogos 2021)

https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/ (Diakses pada 25 Julai 2021) https://www.facebook.com/FatehahLearningCentre (Diakses pada 28 Ogos 2021)

https://www.facebook.com/OhMudahnyaTajwid (Diakses pada 30 Ogos 2021) https://www.facebook.com/mengajibest/ (Diakses pada 31 ogos 2021)

https://www.facebook.com/azdanofficial (Diakses pada 31 Ogos 2021)

Referensi

Dokumen terkait

suatu cara yang dipilih dan dilakukan guru ketika berinteraksi dengan peserta didik dalam upaya menyampaikan bahan pengajaran tertentu, agar bahan pengajaran

Peningkatan Nilai Hasil Belajar Peserta Didik Melalui Penerapan Metode Mind Mapping dalam Mata Pelajaran Al-Quran Hadis Materi Hukum Bacaan Nun Mati dan Tanwin

Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya. Pembimbing I: Dr. Zumrotul Mukaffa, M.Ag Pembimbing II: Machfud Bachtiar, M.Pd.I Kata Kunci : Pemahaman, Hukum bacaan,

Ini terbukti bahawa penggunaan alat bantuan mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan rangsangan dan daya kefahaman pelajar di samping

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa untuk mengenalpasti punca masalah para pelajar tidak membawa al-Quran ketika sesi PdP subjek CTU yang melibatkan 1,714 orang

Sebagai persiapan mengajar pada mata pelajaran Al-Quran guru Thoriqoty di SMA Mambaus Sholihin Blitar mempersiapkan materi, menentukan teknik atau metode yang cocok

Keterpaduan proses belajar siswa dengan proses mengajar guru sehingga terjadi interaksi belajar mengajar (terjadi proses pengajaran ) tidak datang begitu saja dan

Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai tahap amalan guru menggunakan bahasa Arab ketika mengajar dan mengkaji amalan penggunaan lughat al-fasl semasa pengajaran