• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin B. Hussin Majlis Penutup Pertandingan Akhir Debat Piala Pengetua Edisi Pertama 2007

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin B. Hussin Majlis Penutup Pertandingan Akhir Debat Piala Pengetua Edisi Pertama 2007"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN B. HUSSIN

MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN AKHIR DEBAT PIALA PENGETUA EDISI PERTAMA 2007 PADA 22 MAC 2007 DI

DEWAN SERBAGUNA KG. WAI

Y.Bhg Profesor Dr.Ali Yeon Md Shakaff

Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UniMAP

Y.Bhg Profesor Madya Dr.Zul Azhar Zahid Jamal

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Ketua-ketua jabatan,Dekan- Dekan

En Zuber bin Haji Mohamad, Pengetua Kolej Kediaman UniMAP

En Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah, Pengetua Kolej Kediaman UniMAP/Timb Dekan HEP

Penolong-penolong Pengetua, Pegawai-pegawai HEP, Peserta- peserta Pertandingan Debat Piala Pengetua Edisi Pertama 2007, Urusetia pelaksana program dan para hadirin sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

(2)

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadirat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya,dapatlah kita bersama-sama di majlis Pertandingan Akhir Debat Piala Pengetua Edisi Pertama 2007 anjuran Majlis Penghuni Kolej kediaman Kampung Wai dengan kerjasama Kelab Debat UniMAP serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pertandingan ini telah berlangsung pada 17 & 19 Mac yang lepas dan kini tibalah ke pertandingan akhir pada malam ini.

Saya di fahamkan program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari setiap kolej kediaman. Semua kolej kediaman telah memilih wakil terbaik mereka untuk menyertai pertandingan ini untuk mengharumkan nama kolej kediaman masing-masing.

Walaupun Pertandingan Debat Piala Pengetua ini adalah julung-julung kali diadakan tetapi melihat kepada penyertaan yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa komitmen para mahasiswa UniMAP dalam medan perdebatan ini sangat

(3)

nama kolej kediaman ini harus di puji kerana mereka telah melakukan yang terbaik demi kolej kediaman masing-masing.

Para hadirin sekalian ,

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara penghuni kolej-kolej kediaman. Usaha murni ini telah membuahkan hasil apabila kita dapat melihat komitmen penghuni kolej kediaman untuk sama-sama menyokong wakil dari kolej kediaman mereka. Dalam proses menempatkan UniMAP sebaris dengan pendebat-pendebat IPT yang lain, maka pertandingan seperti ini adalah medan terbaik yang dapat mengasah bakat-bakat baru di kalangan mahasiswa UniMAP.

Pertandingan Debat Piala Pengetua ini adalah satu wadah melahirkan mahasiswa atau mahasiswi UniMAP yang lebih berani untuk berkomunikasi di khalayak ramai. Keberanian untuk berkomunikasi ini sangat penting dalam pasaran kerja pada masa kini. Melalui pertandingan ini juga, kita dapat

(4)

mencungkil idea-idea baru daripada isu yang diperdebatkan serta dapat menambah pengetahuan baru.

Para hadirin sekalian ,

Melihat kepada isu perdebatan kita pada malam ini menunjukkan kematangan pemikiran mahasiswa di UniMAP dalam mengupas sesuatu isu. Ini sesuatu yang sangat diperlukan dalam merealisasikan aspirasi universiti bagi melahirkan jurutera glokal. Aktiviti-aktiviti sebegini sangat digalakkan demi melahirkan mahasiswa UniMAP yang berketerampilan dalam segala bidang yang diceburi mereka. Usaha menganjurkan program-program berilmiah seperti ini harus dipergiatkan untuk melahirkan mahasiswa yang benar-benar bersedia apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pihak Majlis Penghuni Kolej Kediaman Kampung Wai dan juga En Zuber Hj Mohamad serta En Mohd

(5)

UniMAP di atas komitmen dan semangat kerja yang tinggi untuk menganjurkan Pertandingan Debat Piala Pengetua Edisi Pertama 2007.Usaha-usaha murni ini harus diteruskan demi menaikkan nama Universiti Malaysia Perlis setanding dengan nama universiti-universiti yang sudah lama ditubuhkan.

Ucapan tahniah di ucapkan kepada pasukan yang menang, dan yang tidak bernasib baik, tidak bermakna anda gagal.

Tingkatkan usaha demi mencapai kejayaan.

Dengan lafaz bismillah saya merasmikan penutupan Pertandingan Debat Piala Pengetua edisi pertama 2007.

Sekian,Terima Kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Harapan saya dan seluruh warga KUKUM kepada saudara/i amatlah tinggi dalam usaha untuk membangunkan sebuah universiti yang bakal menjana pemimpin terbilang negara dan

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul bersama-sama untuk meraikan barisan atlit-atlit dan pengurusan

BRIG GEN DATO’ PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA JURULATIH KEBUDAYAAN UZBEKISTAN Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum

Terlebih Dahulu Patik Bagi Seluruh Warga Kerja UniMAP Ingin Merafak Sembah, Menjunjung Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Perkenan Duli Tuanku Berdua Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis

Hadirin dan hadirat sekalian, Sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra kerana

Patik bagi pihak majlis menjunjung kasih atas limpah perkenan tuanku berdua, bercemar duli berangkat hadir ke Majlis Santapan malam bersempena penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor

Kemungkinan pada masa hadapan, kita akan memanfaatkan semua prasarana yang telah disediakan untuk membangunkan Perpustakaan Perniagaan atau Business Library pertama di Negeri Perlis

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar duli