• Tidak ada hasil yang ditemukan

UiTM berkonvoi rekrut pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "UiTM berkonvoi rekrut pelajar"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

UiTM berkonvoi rekrut pelajar

KUCHING: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, Pejabat Polis Bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak mengadakan program Misi Kemerdekaan dan Akademik UiTM Cawangan Sarawak untuk mempromosikan program akademik yang ditawarkan di UiTM Cawangan Sarawak.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dato Dr Jamil Hamali berkata, antara objektif adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan UiTM beraktiviti meraikan Hari Malaysia dan mencari pelajar dan menceritakan peluang pendidikan di UiTM.

“Oleh itu, kita perlu mencari pelajar sebab percaya bukan mereka tidak mahu tetapi mungkin mereka tidak tahu program ini.

“Sebab itu, kita war-warkan supaya mereka dapat mengambil kesempatan tersebut,”

katanya ketika berucap pada Konvoi Bermotosikal Misi Kemerdekaan dan Akademik UiTM Cawangan Sarawak di hadapan Pusat Pelajar UiTM Kampus Samarahan, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau bekata, untuk makluman pelajar belum mendaftar lagi, cuma pada bulan Oktober nanti.

“Seperti dalam ucapan Yang berhomat (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Kalaka merangkap Presiden Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA), Datuk Abdul Wahab Aziz), beliau menyebut mengenai peningkatkan dan untuk mencari seberapa banyak pelajar masuk UiTM.

“Ini merupakan fasiliti yang diberi oleh kerajaan untuk memastikan bumiputra terutamanya mendapat pendidikan bertaraf dunia di UiTM,” jelasnya.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Dr Jamil berkata, UiTM ada banyak program yang ditawarkan, jadi sambil berkonvoi itu kakitangan UiTM akan pergi ke tempat tertentu mencari pelajar.

“Ia bukan sebab tidak ada pelajar yang memohon cuma kita hendak mengambil kesempatan sambil berkonvoi hendak cari pelajar,” ujanya dan menambah, program tersebut adalah yang julung kali.

“Ini pertama kali kita menyatukan untuk disesuaikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka merangkap Presiden Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA), Datuk Abdul Wahab Aziz dan Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudiman Kram.

Referensi

Dokumen terkait

Trans-impedance Amplifier When various harmful gases present in nature are detected using the Negative Charge Pump and HEMT elements, the detected signal is small in size and cannot