• Tidak ada hasil yang ditemukan

UiTM lahir 600,000 alumni

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "UiTM lahir 600,000 alumni"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

UiTM lahir 600,000 alumni

NAIB Canselor UITM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan (Sarjana Muda) kepada Nur Syazwani Redi di Konvokesyen UITM di Kampus Samarahan. | Foto GHAZALI BUJANG

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya melahirkan lebih 600,000 alumni di seluruh negara dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan, dan

keusahawanan setakat ini.

Naib Canselor UiTM Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor berkata, universiti tersebut menawarkan pelbagai peluang untuk membentuk bakal pemimpin di peringkat

kebangsaan, industri dan global melalui lebih 500 program akademik yang ditawarkan.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian siswazah daripada peringkat pradiploma sehinggalah ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan seterusnya menyempurnakan penangguhan Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93 Cawangan Sarawak sidang pertama di Dewan Jubli, Kampus Samarahan dekat sini, kelmarin.

Tambahnya, siswazah UiTM Cawangan Sarawak juga meraih pelbagai pencapaian dalam banyak bidang tidak kira di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa melibatkan tahun 2021 serta 2022.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

“Antaranya adalah pingat perak dan pingat gangsa dalam pertandingan Simposium dan Kreativiti Antarabangsa Malaysia-Indonesia-Thailand Ke-4; pingat emas dalam Karisma Edisi Virtual 2021; dan Pertandingan Bahasa Antarabangsa Virtual 2021.

“Ini termasuk merangkul anugerah naib johan dalam Sarawak Airguns Championship 2021 dan Pertandingan Karate Antarabangsa Ke-18 Okinawa Goju Ryu Terbuka Ipoh; dan Peserta Misi Kesukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign di Vietnam 2022,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr. Roziah memaklumkan beliau juga berasa bangga kerana UiTM menduduki tempat ke-105 dalam QS Asia University Rankings 2022 dan pada kedudukan 651-700 dalam QS World University Rankings 2023.

“Manakala, bagi penarafan The Impact Ranking 2022, UiTM berada pada kedudukan 101- 200 di dunia dan tempat kedua di Malaysia.

“The Impact Ranking mengukur inisiatif dan impak institusi dalam menjayakan aspirasi kelestarian global seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Referensi

Dokumen terkait

According to Guttmacher, Anne Nicol Gaylor’s research for ’Freedom From Religion Foundation’ finds this one of the most common and devastating factors that caused many people,

The writer found a pattern of adjacency pairs in a home movie: preferred and dispreferred by investigating and analyze the home movie's transcript according to Levinson’s theory and the