• Tidak ada hasil yang ditemukan

UMS sedia jadi pusat ujian pengesanan COVID-19 di Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UMS sedia jadi pusat ujian pengesanan COVID-19 di Sabah"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

UMS sedia jadi pusat ujian pengesanan COVID-19 di Sabah

Astro Awani 31.3.2020 Mac 31, 2020 05:00 MYT

Sepasukan penyelidik IPB telah mengadakan latihan dalaman ujian saringan wabak COVID-19 pada 27 Mac bagi tujuan itu.

Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini bersiap sedia untuk menjadi pusat pengesanan COVID-19 sekali gus membantu Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan ujian bagi mengesan virus itu.

Pengarahnya, Dr Zarina Amin dalam kenyataan menyebut bahawa sepasukan penyelidik IPB telah mengadakan latihan dalaman ujian saringan wabak COVID-19 pada 27 Mac bagi tujuan itu.

"Selepas perbincangan bersama dua agensi yang terlibat dalam saringan COVID-19 iaitu JKNS dan

Makmal Kesihatan Awam Negeri Sabah, mereka bersetuju agar pengesanan COVID-19 boleh dilakukan di IPB kerana kami turut mempunyai pakar penyelidik serta kemudahan lengkap untuk melakukan

saringan," katanya sambil menambah bahawa sesi latihan itu berlandaskan situasi sebenar dengan dikawal selia oleh pegawai biokeselamatan dan pembantu makmal berpengalaman.

Beliau berkata antara yang dilaksanakan ialah perbincangan langkah kerja, penilaian risiko, penyemakan Prosedur Operasi Standard dan langkah mitigasi bermula daripada penerimaan, penyimpanan,

pemprosesan sampel, analisis data serta pelupusan sampel.

(2)

Sementara itu, kumpulan penyelidik Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS telah menghasilkan set pelindung muka untuk disumbangkan kepada hospital di seluruh Sabah.

Ketua Penyelidiknya, Dr Chee Fuei Pien berkata semua proses penghasilan set pelindung muka itu, termasuk percetakan 3D, dilakukan di Makmal Sains Bahan fakulti berkenaan dan makmal tersebut boleh menghasilkan sehingga 35 set sehari.

Sehingga kini, lebih 110 set pelindung muka telah dihasilkan untuk diserah kepada JKNS, menurutnya dalam kenyataan di sini.

-- BERNAMA

Referensi

Dokumen terkait

 Tabung ini akan menyalurkan pembayaran balik tunai tetap sehingga RM300 untuk kos ujian saringan COVID-19, bagi individu yang dilindungi di bawah polisi insurans/

 Mesti mengguna peralatan yang dikhaskan untuk kegunaan kes SARI/PUI/POSITIF COVID-19.  JTMP mesti nyahkontaminasi menggunakan 70% alkohol untuk segala peralatan sebelum dan

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 COVID-19 DI MALAYSIA 14 JULAI 2020 STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG

Natural resource-based recreational activities during COVID-19 pandemic: A local communities perspective in Sabah, Malaysia ABSTRACT The COVID-19 pandemic has disrupted many

Pengetahuan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan PKP dalam kalangan komuniti di Pulau Mabul, Sabah ABSTRAK Artikel ini membincangkan tentang pengetahuan dan pemahaman komuniti

Sehubungan dengan itu, perbincangan dalam artikel ini dapat membantu dalam memahami aspek pengurusan risiko pandemik COVID-19 terhadap sektor pelancongan terutamanya kepada tuan rumah

Walaupun daripada kajian lepas jelas menunjukkan kesan pandemik COVID-19 berbeza antara tempat, namun perhatian masih kurang diberikan kepada isu kesan pandemik COVID-19 terhadap

Impak Covid-19 terhadap keusahawanan makanan tradisi berskala kecil-kecilan di Sabah ABSTRAK Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia kerana kaya dengan