• Tidak ada hasil yang ditemukan

Yang berusaha pengacara majlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Yang berusaha pengacara majlis"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Yang berusaha pengacara majlis,

Yang dihormati, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Sazali Yaacob,Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, En Razli Ahmad, wakil negeri MCA Dato Poh Choo Chor, pengarah sambutan Tahun Baru Cina 2010 saudara Heng Meng Wei,para pensyarah, para staf UniMAP , para pelajar UniMAP ,wakil Universiti Utara Malaysia dan para hadirin sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam majlis Sambutan sempena Tahun Baru Cina 2010.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

Untuk pengetahuan anda, kali ini merupakan sambutan Tahun Baru Cina yang ke-7. Sambutan ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP (MPP) dengan kerjasama Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) yang bertema ”Crouching Tiger In The Summer Spring”. Tahun ini merupakan tahun Harimau dalam kalendar qamari Cina.Tema tahun ini bermaksud harimau yang gagah datang pada musim bunga dan musim panas ini.

Dalam tanggapan kita,harimau merupakan haiwan yang kuat,gagah

(2)

dan berani. Harimau juga melambangkan kegagahan dan keberanian dalam perlembagaan negara kita.Jadi, dalam tahun baru ini saya mendoakan para hadirin gagah seperti harimau dan kuat seperti harimau.

Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan yang terpenting bagi orang Cina. Kini, perayaan ini telah disambut bersama-sama dengan seluruh rakyat yang berbilang kaum dan termasuk para warga UniMAP. Dengan ini, majlis pada malam ini telah mencapai konsep 1 Malaysia. Tahniah dan Syabas.

Tujuan mengadakan majlis ini adalah untuk mengumpulkan semua warga UniMAP melibatkan diri dalam perayaan ini. Majlis ini akan member peluang kepada para mahasiswa dan mahasiswi dapat mengenali budaya kaum cina dengan lebih mendalam. Selain itu, ia juga dapat mencetuskan persefahaman yang lebih erat antara kaum.

Tambahan pula, majlis ini dapat memupuk sifat bekerjasama antara satu sama lain. Ini juga merupakan satu peluang bagi para mahasiswa dan mahasiswi memupuk sifat kepimpinan dan mencungkil bakat yang ada pada diri mereka.

Akhir kata, besarlah harapan saya agar para hadirin dapat menikmati semua persembahan pada malam ini.Semoga majlis pada malam ini dapat berjalan lancar. Oleh itu, dengan lafaz bismillah saya merasmikan majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2010 ini.

.

(3)

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. procide

Referensi

Dokumen terkait

ALHAMDULLILAH , SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZINNYA KITA DAPAT BERHIMPUN BERSAMA PADA MALAM INI BAGI MENJAYAKAN MAJLIS SPRING FESTIVAL SEMPENA

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KEPADA KITA BERKUMPUL BERSAMA-SAMA PADA MALAM INI DENGAN PELAJAR PASCA SISWAZAH

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana atas limpah rahmat dan izin-Nya, dapat kita sekali lagi berhimpun bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai ahli

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dengan kasih sayangNya dapatlah kita bersama-sama pada malam ini bertemu dan bermesra dalam majlis “Prom Night Tahun Akhir PPK

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah perkenanNya dapat kita berhimpun buat julung kalinya pada pagi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama pada petang yang indah ini dalam majlis penutup sempena Seminar Kebangsaan Bagi

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama merafak kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah perkenanNya dapat kita berhimpun buat julung kalinya pada petang ini,