• Tidak ada hasil yang ditemukan

patriotik kepada pelajar berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara demi

memperkukuhkan perpaduan etnik.Oleh yang demikian, ilmu perpaduan dapat diterap

secara langsung ke dalam jiwa para pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dalam konteks kajian ini, ilmu perpaduan merujuk kepada guru sebagai agen sosialisasi politik yang penting dalam menyatupadukan pelajar daripada kepelbagaian etnik seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara melalui mata pelajaran Sejarah dan Moral. Guru sekolah rendah merupakan orang yang berperanan penting untuk menyampaikan ilmu perpaduan kepada pelajar di sekolah (Ashley & Trisha 2013). Menurut Marisca, Corredor dan Cabezas (2014), guru sebagai agen sosialisasi politik dapat menanam nilai sosial dalam diri pelajar seperti demokrasi, persamaan, toleransi, kefahaman budaya, hormat-menghormati dan kerjasama antara satu etnik dengan etnik yang lain. Oleh itu, guru perlu sentiasa menerapkan nilai murni daripada kepelbagaian etnik di dalam bilik darjah supaya pelajar dapat mengenali dan memahami budaya kepelbagaian etnik di Malaysia.

1.4.3 Proses Sosialisasi Politik

Langton (1969) merujuk proses sosialisasi politik sebagai cara masyarakat menyalurkan budaya politik dari satu generasi ke generasi lain. Manakala Easton dan Dennis (1969) menjelaskan proses sosialisasi politik sebagai satu proses pengekalan kepercayaan politik dan orientasi individu atau masyarakat dalam sistem politik. Pernyataan ini memantapkan lagi pernyataan Dawson dan Prewitt (1969) yang menegaskan bahawa proses sosialisasi politik adalah sebagai cara bagi meneruskan orientasi dan pegangan politik kepada generasi baharu. Pelaksanaan ini dijalankan menerusi institusi-institusi formal seperti persekolahan dan institusi tidak formal seperti ahli keluarga dan rakan sebaya. Selain itu, proses ini digerakkan oleh agen-agen masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Rush and Althoff (1971) serta Rush (1992) menegaskan bahawa proses sosialisasi politik adalah satu proses yang menjadikan seseorang itu mengenali sistem politik yang kemudiannya menentukan persepsi-persepsi individu tersebut terhadap politik dan reaksi-reaksinya terhadap fenomena politik yang berlaku. Hal ini ditentukan oleh faktor sosial, ekonomi dan persekitaran budaya sesebuah masyarakat, pengalaman berinteraksi dan personaliti individu. Dalam konteks kajian ini, proses sosialisasi politik merujuk kepada peranan guru dalam pemindahan ilmu politik dalam aspek perpaduan kepada pelajar bagi memupuk perpaduan etnik seterusnya ke arah pembinaan negara bangsa di sekolah.

1.4.4 Agen Sosialisasi Politik

Agen sosialisasi politik ialah individu atau kelompok individu yang mampu memupuk kesedaran politik. Kesedaran politik dapat dipupuk melalui empat agen sosialisasi yang utama, iaitu ibu bapa dan keluarga, rakan sebaya, media massa dan juga pendidikan di sekolah. Kesedaran politik boleh diperoleh melalui proses pembelajaran iaitu sosialisasi politik (Jaros, 1973 dan Sigel, 1965). Dalam proses sosialisasi politik,

© COPYRIGHT

UPM

11

pemindahan ilmu politik dalam aspek perpaduan oleh agen sosialisasi politik akan berlaku kepada seseorang dalam komunitinya. Kesedaran politik dalam aspek perpaduan akhirnya dapat mewujudkan semangat perpaduan etnik untuk memenuhi keperluan dalam sesebuah komuniti terhadap perpaduan etnik. Dalam konteks kajian ini, guru merupakan agen sosialisasi politik utama dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah demi menjayakan matlamat negara dalam pembinaan negara bangsa.

1.4.5 Perpaduan

Secara umumnya, perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Mohd. Salleh (2006) pula mengatakan perpaduan merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, budaya dan bahasa yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus tetapi yang dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Perpaduan dikatakan adalah suatu proses bagi merapatkan kumpulan masyarakat atau etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya dan sosial ke arah satu unit bagi membentuk identiti kebangsaan. Walau bagaimanapun, Noor Risma (2006) dan Alsagoff (1984) melihat perpaduan masyarakat dan negara merupakan satu perkara yang sangat sukar dilakukan kerana berkaitan dengan tingkah laku individu, perasaan, psikologi, pemikiran dan sistem nilai masyarakat.

Pada zaman kini, kebanyakan negara terdiri daripada masyarakat yang majmuk disebabkan imigrasi rakyat dari seluruh dunia. Umpamanya, Amerika Syarikat merupakan salah sebuah negara yang memiliki jumlah etnik dan budaya yang terbanyak di dunia akibat imigrasi secara besar-besaran rakyat dari pelbagai negara. Golongan imigran yang terdiri daripada etnik Hisponik, Natherland, Indian, Cina dan sebagainya berasimilasi dengan penduduk asal Amerika Syarikat seterusnya membentuk masyarakat yang lebih kompleks. Begitu juga dengan negara Eropah, tahap segregasi dalam masyarakatnya adalah tinggi (Musterd, 2005). Umpamanya negara Britain dikategorikan sebagai ‘super-diversity’, iaitu jumlah etnik dan budaya yang berlainan terlalu padat (Steven, 2007). Imigrasi secara besar-besaran rakyat dari seluruh dunia juga menyebabkan masyarakat Eropah terlalu ‘pelbagai’ sehingga berlakunya fenomena masyarakat untuk membezakan imigran terutamanya mengenai isu seperti bahasa, agama, kehidupan keluarga, penerimaan dalam awam dan diskriminasi berdasarkan etnik serta alasan lain yang tidak boleh diterima (Grillo, 2007). Kepelbagaian etnik dalam masyarakat telah memberi tekanan kepada semua pihak untuk merancang dan mengelakkan berlakunya konflik etnik. Menurut Niessen (2000) dan Santiago et al. (2012), sesebuah bandar yang berkepelbagaian etnik perlu menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan meningkatkan kesepaduan sosial dalam masyarakatnya. Hal ini kerana pencapaian kesepaduan dalam sosial adalah diperlukan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi tekanan dengan kewujudan kepelbagaian etnik dalam masyarakat. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian etnik, iaitu majoritinya terdiri daripada etnik Melayu, Cina,

© COPYRIGHT

UPM

12

India dan minoriti daripada etnik lain. Menurut laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (2016), Malaysia terdiri daripada 68.6% populasi penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu manakala 23.4% daripada populasi penduduk Malaysia pula terdiri daripada etnik Cina; hanya 7.0% daripada populasi penduduk Malaysia terdiri daripada etnik India dan 1.0% daripada populasi penduduk Malaysia terdiri daripada etnik lain. Setiap etnik tersebut mempunyai ideologi, kebudayaan, agama, bahasa, cara pendidikan, gaya berfikir, corak pekerjaan tersendiri dan tempat tinggal yang berlainan.

Menurut Teo Kok Seong (2009), sebenarnya hubungan antara etnik di Malaysia hanya retorik walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 61 tahun. Hal ini kerana sifat mencurigai antara etnik masih wujud dalam diri mereka dan faktor ini telah menjadikan hubungan antara etnik hanya baik di luar dan tidak menyeluruh. Dengan kata lain, semangat perpaduan etnik memang wujud tetapi hanya di peringkat luaran dan tidak ada interaksi yang sebenar antara satu sama lain demi mengekalkan keadaan aman dan stabil dalam masyarakat. Sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan antara etnik yang disebabkan perbezaan sosial yang sedia ada dalam masyarakat majmuk ini, rusuhan etnik tetap akan mudah tercetus.

Manakala, Shamsul (2012) mengutarakan hujah bahawa keadaan yang dinikmati oleh sebilangan besar anggota masyarakat majmuk di dunia ialah ‘kesepaduan sosial’, iaitu negara yang menikmati kesepaduan sosial yang berdasarkan perundingan, tolak ansur dan persetujuan antara pelbagai kumpulan etnik, biarpun setiapnya bebas untuk menyuarakan kepentingan masing-masing. Istilah ‘kesepaduan sosial’ adalah dipopularkan oleh Emile Durkheim berdasarkan pemikirannya terhadap sosial implikasi pemodenan (Jenson, 1998). Menurut pendapat Jespersen dan Pittelkow (2005), keadaan kesepaduan sosial merupakan prasyarat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat. Segregasi sosial etnik akan memberi kesan negatif kepada perkembangan kesepaduan sosial (Kempen dan Ozuekren, 1998). Hanya adanya ikatan yang rapat antara etnik yang dapat menjamin status kesepaduan sosial (Sune, 2010). Oleh itu, kesepaduan sosial juga dianggap sebagai prasyarat untuk keselamatan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya (ERICarts, 2008).

Menurut Frank dan Mike (2011), salah satu cara untuk perkongsian identiti masyarakat bersama adalah melalui pembinaan satu dimensi budaya yang dapat mempromosikan kesepaduan sosial, iaitu mengutamakan pendekatan proaktif untuk melebihkan interaksi dalam kalangan populasi yang pelbagai, menekankan nilai bersama dan semangat perpaduan yang dapat mewujudkan identiti yang dikongsi. Kebanyakan sarjana juga menganggap kesepaduan sosial merupakan matlamat atau cara untuk mengembangkan suatu masyarakat majmuk (Novy et al., 2012). Tahap kepercayaan dalam masyarakat merupakan prasyarat kepada kesepaduan sosial (Sune, 2010). Dalam kajian Novy et al. (2012), tahap kepercayaan dan toleransi antara etnik yang tinggi mengakibatkan persepsi konflik antara etnik kelihatan lebih rendah di sesebuah negara berbanding dengan tempat lain. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati negara

Nordik merupakan negara yang paling berkesepaduan sosial di dunia kerana pada kebanyakan pengukuran tahap kesepaduan sosial, negara Nordik mendapat skor yang sangat tinggi berbanding dengan negara lain.

© COPYRIGHT

UPM

13

Dalam konteks kajian ini, perpaduan etnik di sekolah penting untuk mencapai matlamat dalam pembinaan negara bangsa. Proses sosialisasi politik yang akan memberi kesan kepada semangat perpaduan etnik dan seterusnya mencapai matlamat pembinaan negara bangsa oleh guru di sekolah. Menerusi kajian ini, proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang akan mempengaruhi persepsi guru dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Selain itu, kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah; dan juga faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah perlu dianalisiskan dan ditentukan oleh pengkaji untuk mencapai objektif-objektif kajian.

1.4.6 Persepsi

Gibson et al. (1989) merujuk persepsi sebagai suatu proses kognitif yang digunakan oleh seseorang individu untuk membuat tafsiran dan memahami dunia di sekitarnya. Beliau juga menjelaskan bahawa persepsi merupakan suatu proses yang dapat memberikan makna terhadap sesuatu perkara yang berada dalam lingkungan seseorang individu. Menurut Bimo (1969), persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsangan, sampai rangsangan itu disedari dan difahami oleh individu sehingga individu dapat mengenal dirinya sendiri dan keadaan sekitarnya. Persepsi merupakan sesuatu yang tidak boleh diperhatikan secara nyata dan melibatkan psikologi tentang pemikiran seseorang. Persepsi seseorang mudah dipengaruhi oleh nilai dan emosi. Persepsi seseorang individu sangat dipengaruhi oleh pengetahuan yang sebelumnya bersumber dari pengalamannya pada masa lalu dan juga pemerhatiannya yang berbentuk dorongan, kepentingan atau minat dan matlamat (Robbins dan Timothy, 2007). Dalam konteks kajian ini, persepsi guru tentang perpaduan etnik ialah berdasarkan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dengan kata lain, seseorang guru mempunyai peluang yang banyak untuk bergaul dengan masyarakat daripada kepelbagaian etnik di dalam dan di luar kawasan sekolah. Secara tidak langsung, apa proses sosialisasi yang dilalui oleh guru tersebut akan memberi kesan kepada dirnya, iaitu personaliti individu dalam membentuk pengetahuan, nilai dan sikap guru tersebut terhadap perpaduan etnik. Ketiga-tiga elemen dari personaliti individu iaitu pengetahuan, nilai dan sikap yang akan membentuk pengalaman dan seterusnya membentuk persepsi seseorang guru.

1.4.7 Sikap

Menurut Allport (1935), sikap ialah satu kesediaan mental dan saraf yang tersusun melalui pengalaman, mendorong satu arah ataupun mempengaruhi secara dinamik tindak balas individu terhadap semua objek dan situasi yang berkaitan dengannya. Gibson et al. (1989) pula merumuskan sikap sebagai perasaan positif atau negatif atau keadaan mental yang selalu disiapkan, dipelajari dan diaturkan melalui pengalaman yang dapat mempengaruhi respon seseorang terhadap orang lain, objek ataupun keadaan. Pada pendapat Ainon (1997), sikap ialah suatu keadaan mental di mana seseorang itu sentiasa bersiap sedia untuk bertindak balas berdasarkan nilai-nilai peribadi seseorang itu sendiri. Menurut beliau lagi, tindak balas yang ditunjukkan itu boleh menjadi positif ataupun negatif. Kesediaan itu sentiasa ada pada diri individu dan akan ditunjukkan pada bila-bila masa. Berdasarkan pengertian dan interprestasi tentang

© COPYRIGHT

UPM

14

sikap di atas, dapat dirumuskan bahawa sikap adalah satu proses mental yang bersifat fikiran, perasaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu objek, aspek atau sistuasi tertentu. Sikap seseorang individu juga dapat dipengaruhi oleh ahli keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya (Gibson et al., 1989). Dalam konteks kajian ini, sikap negatif yang bakal dibincangkan adalah menyentuh tentang sikap prejudis.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk menerokai peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Menerusi kajian ini, pengkaji juga akan menganalisis proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang akan mempengaruhi persepsi guru dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah; menentukan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah dan menerokai faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah.

Secara keseluruhan, pengkaji berharap dapat menyumbangkan maklumat penting ke dalam bidang sosialisasi politik. Berdasarkan hasil kajian ini, proses sosialisasi politik yang telah berlaku di sekolah dapat menentukan persepsi dan reaksi guru terhadap politik terutamanya dalam aspek pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Seterusnya, proses sosialisasi politik yang dapat memberi kesan yang positif dalam pembinaan negara bangsa patut dipelihara dan dilatih secara meluas dalam pendidikan sivik dan Sejarah. Manakala proses sosialisasi politik yang memberi kesan yang negatif kepada perpaduan etnik serta pembinaan negara bangsa haruslah disingkirkan dengan merancangkan pendekatan dan aktiviti yang sesuai menerusi pendidikan sivik dan Sejarah.

Pengkaji berharap sedikit sebanyak hasilan kajian ini dapat menyumbangkan maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling (PPDP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengesan mekanisme yang paling sesuai agar dapat diaplikasikan dalam peningkatan tahap perpaduan etnik di sekolah. Hasil kajian ini dapat memberi suatu gambaran yang sebenar tentang faktor penghalang pemupukan perpaduan yang berlaku di sekolah dan mungkin juga berlaku dalam masyarakat. Maklumat ini penting dalam membantu pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP dan KPM untuk mengenal pasti faktor penghalang guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan yang berlaku di sekolah dan seterusnya merancang pendekatan dan aktiviti yang sesuai untuk membantu guru untuk menerapkan ilmu politik dalam aspek perpaduan kepada pelajar dengan lebih berkesan terutamanya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, maklumat tersebut juga dapat dimanfaat oleh pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP dan KPM untuk menambahbaik dan mengemaskini pendekatan dan aktiviti tentang perpaduan etnik dari semasa ke semasa.

Hasil kajian ini juga diharapkan dapat mencetuskan kesedaran dalam kalangan guru tentang kepentingan perpaduan etnik kepada semua lapisan masyarakat. Kempen dan program tentang perpaduan etnik yang dirancang dan dijalankan oleh para guru dalam

© COPYRIGHT

UPM

15

memupuk perpaduan etnik di sekolah telah dikenal pasti. Seterusnya, hasil kajian dijangkakan dapat menambahbaik lagi kaedah guru untuk menerapkan ilmu perpaduan dalam kalangan pelajar terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, dapatan kajian ini mempunyai sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan bidang perpaduan, terutamanya kepada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). JPNIN merupakan satu agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Dapatan kajian ini boleh memberi manfaat kepada perkembangan bidang sosiologi politik memandangkan wujudnya penemuan baharu yang dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap perpaduan dan faktor penghalang perpaduan etnik yang berlaku di sekolah dan mungkin juga berlaku dalam masyarakat. Dari segi kaedah, cadangan intervensi yang disarankan dalam kajian ini memberi implikasi kepada kaedah untuk membantu guru dan pihak pentadbir sekolah sama ada memantapkan kaedah yang sedia ada atau mewujudkan kaedah baru yang sesuai dengan keperluan semasa. Selain itu, kajian ini juga dilihat dapat memenuhi keperluan semasa malah ilmu tersebut juga boleh dikembang dan dimanfaatkan oleh para pengkaji lain dalam bidang ini.

1.6 Batasan dan Skop Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Kajian ini hanya berfokus kepada guru di daerah Petaling, Selangor bagi tujuan memudahkan pengkaji mendapat dan mengumpulkan data yang diperlukan dalam kajian yang dirancang. Informan dalam kajian ini ialah guru sekolah rendah yang terdiri daripada guru Melayu, Cina dan India di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan India (SJKT). Perbincangan dalam kajian ini hanya memberi fokus kepada aspek peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah, menganalisis proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang akan mempengaruhi persepsi guru dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah; menentukan kaedah yang

digunakan oleh guru untuk menerap ilmuperpaduan di sekolah dan menerokai faktor

penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Hasil kajian ini bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan informan semasa perbincangan kumpulan berfokus. Keputusan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru di seluruh daerah Selangor. Walaupun begitu, kajian ini masih boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP, KPM dan juga JPNIN dalam mengenal pasti peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Selain itu, pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP, KPM dan juga kerjasama dengan JPNIN boleh membuat perancangan komperehensif dalam meningkatkan ataupun mengubahsuaikan program dan aktiviti tentang perpaduan etnik yang sedia ada di sekolah untuk tujuan memberi kesedaran tentang kepentingan semangat perpaduan etnik. Manakala para guru juga dapat disedarkan tentang kepentingan peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam aspek pembinaan bangsa negara.

© COPYRIGHT

UPM

16

1.7 Organisasi Penulisan

Penulisan kajian ini dibahagikan kepada tujuh bab. Bab pertama merupakan bab pendahuluan ataupun pengenalan yang membincangkan permasalahan kajian, objektif kajian, definisi istilah, kepentingan kajian, batasan kajian, skop kajian dan organisasi penulisan kajian. Bab ini merupakan bahagian yang agak penting kerana berdasarkan perbincangan, bab inilah yang membolehkan pengkaji meneruskan penulisan dan perkembangan untuk bab-bab lain.

Bab kedua akan menfokuskan aspek literatur. Dalam bab ini, literatur ditulis dan dibincang berdasarkan kepada kajian lepas sama ada kajian dalam negara ataupun kajian luar negara berpandukan kepada persoalan kajian dan objektif kajian yang dibentuk. Perkara yang dibincangkan dalam literatur ini merangkumi sosialisasi politik, kepentingan proses sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik, agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik, persepsi guru terhadap perpaduan etnik, kaedah penerapan ilmu perpaduan oleh guru dan faktor penghalang perpaduan etnik di sekolah. Bab ketiga akan ditumpukan kepada aspek metodologi kajian iaitu pengkaji akan membincangkan bagaimanakah kajian ini dijalankan. Bab ini merangkumi aspek reka bentuk kajian, kajian rintis, pengumpulan data, analisis data dan latar belakang lokasi kajian. Bab kempat hingga keenam adalah bertujuan menjawab semua persoalan kajian khusus untuk merealisasikan objektif kajian khusus ini. Bab ketujuh pula pengkaji akan menjawab persoalan kajian umum untuk menepati objektif kajian umum kajian ini. Seterusnya, bad kelapan adalah membentangkan rumusan, implikasi, dan kesimpulan kajian serta mengusulkan cadangan bagi meningkatkan dan memantapkan semangat serta pengetahuan berkenaan perpaduan dalam kalangan guru di Malaysia.

1.8 Rumusan

Bab ini membincangkan secara teliti dan terperinci mengenai permasalahan dan kepentingan kajian. Perbincangan terperinci terhadap permasalahan kajian dapat membantu pengkaji menerangkan kepada kerajaan dan masyarakat tentang kepentingan kajian ini dijalankan. Selain itu, bab ini juga turut menjelaskan objektif kajian, batasan dan skop kajian dan organisasi penulisan. Penulisan bab ini dapat membantu pengkaji menjalankan penyelidikan dengan lebih efektif dengan menfokus kepada aspek-aspek yang ingin dikaji.

© COPYRIGHT

UPM

145

RUJUKAN

Buku Dan Jurnal

Abd. Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim dan Nurliana Suhaini. (2017). Realiti Kepelbagaian Kaum Ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal Sains Sosial, 2: 1-24.

Abdul Aziz Rahman, Abdul Razaq Ahmad, Jalaluddin, Abdul Malek dan Mohd. Mahzan, Awang. (2016). Penglibatan Sosial dan Pembudayaan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Tidak Formal dalam Kalangan Penduduk Bandar Putrajaya. Kajian Malaysia, 34(2): 75-100.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahim Bin Hamdan dan Ismail Fauzi Bin Jamaludin. (2010). Tahap Perpaduan Pelbagai Kaum Dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. (Laporan Penyelidikan Tindakan yang tidak diterbitkan). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdullah Taib. (1984). Integrasi dan Polarisasi MahasiswaUniversiti di Malaysia. (Laporan Teknikal, Biro Perundingan dan Penyelidikan yang tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdurrahman An-Nahlawi. (1995). Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah dan Masyarakat. Jakarta: Penerbit Gema Insani.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Malaysia: Quantum Books.

Adamyan. (2016, September 13). Rasis: Puncanya Parti Tak Berasaskan Kaum, Berlumba Main Isu Perkauman. Mykmu. Net. Dipetik pada 1 April 2018 dari http://www.mykmu.net/2016/09/rasis-puncanya-parti-tak-berasaskan-kaum-berlumba-main-isu-perkauman/

Adler, P.A. & Adler P. (1988). The Carpool: A socializing Adjunct To The Educational

Dokumen terkait