• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah Daerah Petaling, Selangor, Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah Daerah Petaling, Selangor, Malaysia"

Copied!
54
0
0

Teks penuh

(1)UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI POLITIK DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN ETNIK DI SEKOLAH DAERAH PETALING, SELANGOR, MALAYSIA. YONG HIE HIE. FEM 2019 14.

(2) PM. IG. H. T. U. PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI POLITIK DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN ETNIK DI SEKOLAH DAERAH PETALING, SELANGOR, MALAYSIA. R. Oleh. ©. C. O. PY. YONG HIE HIE. Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah Disember 2018.

(3) HAK CIPTA. PM. Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk tanpa had teks, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta. Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. Hak Cipta © Universiti Putra Malaysia.

(4) Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah. PM. PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI POLITIK DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN ETNIK DI SEKOLAH DAERAH PETALING, SELANGOR, MALAYSIA. Oleh. Disember 2018. U. YONG HIE HIE. H. T. Pengerusi : Dr. Ku Hasnita Binti Ku Samsu, PhD Fakulti : Fakulti Ekologi Manusia. ©. C. O. PY. R. IG. Sekolah merupakan antara institusi penting yang berupaya membantu pembentukan perpaduan etnik melalui proses sosialisasi yang melibatkan pelbagai agen seperti guru dan rakan sebaya. Dalam konteks ini, guru merupakan agen yang lebih berautoriti, sekali gus dapat memberi impak yang lebih positif ke arah pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Para guru terutamanya di peringkat sekolah rendah merupakan agen sosialisasi politik yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang terdiri daripada kepelbagaian etnik, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang mewujudkan provokasi perkauman serta melakukan pengasingan pelajar mengikut etnik, latar belakang ekonomi dan agama agar pelajarnya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, dan sebahagiannya juga mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang akan mempengaruhi persepsi guru dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah, menentukan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah dan menganalisis faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Kaedah kualitatif melalui teknik perbincangan kumpulan berfokus (FGD- Focus Group Discussion) telah dijalankan bagi mencapai objektif kajian melibatkan tiga kumpulan guru yang terdiri daripada guru Melayu, Cina dan India. Mereka merupakan guru sekolah rendah yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah Petaling, Selangor. Melalui teknik tersebut, perbualan peserta dirakamkan melalui video rakaman dan ditranskrip secara verbatim. Data telah dianalisis untuk mengenal pasti tema dan kategori bagi menjawab persoalan kajian. Selain itu, temu bual daripada pakar sosiologi dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Petaling (PPDP) dilakukan untuk menyokong data FGD. Hasil kajian menunjukkan proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang mempengaruhi persepsi guru dalam pemupukan i.

(5) ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. perpaduan etnik di sekolah melibatkan enam perkara, iaitu: i) persepsi guru terhadap proses sosialisasi politik; ii) persepsi guru terhadap kepentingan perpaduan; iii) persepsi guru terhadap kaedah pemupukan perpaduan; iv) persepsi guru terhadap sistem pentadbiran sekolah; v) persepsi guru terhadap sikap negatif individu; dan vi) persepsi guru terhadap isu agama dan politik. Selain itu, dapatan kajian ini memaparkan lima kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah, iaitu: i) pergaulan antara etnik; ii) penerapan nilai murni; iii) aktiviti sambutan perayaan pelbagai etnik; iv) makanan dan pakaian tradisional etnik; dan v) dialog perpaduan. Hasil kajian ini juga menunjukkan tiga faktor utama yang dianggap sebagai penghalang guru dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah turut dikenal pasti, iaitu: i) faktor sikap; ii) faktor sistem pentadbiran sekolah; dan iii) faktor luaran. Menerusi hasil kajian, faktor yang disebabkan sikap terdapat tiga, iaitu: i) sikap negatif individu; ii) guru tidak mementingkan bahasa Melayu; dan iii) guru kurang keyakinan untuk membincangkan isu perpaduan. Manakala faktor yang disebabkan oleh sistem pentadbiran sekolah adalah seperti: i) pengasingan guru dalam dua sesi persekolahan; ii) pengelompokan guru mengikut mata pelajaran; dan iii) penumpuan sekolah yang lebih kepada sukatan pelajaran kurikulum. Akhir sekali ialah faktor luaran yang telah dikenal pasti dalam kajian ini adalah media massa dan ahli politik. Dalam keseluruhan kajian, hasil kajian menunjukkan terdapat empat peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah, iaitu i) pemangkin perpaduan etnik; ii) suri teladan; iii) pendidik asas perpaduan kepada pelajar; dan iv) sumber utama ilmu kebudayaan etnik.. ii.

(6) Abstract of thesis presented to the Senate of University Putra Malaysia in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy. PM. ROLE OF TEACHERS AS AN AGENT OF POLITICAL SOCIALIZATION IN PROMOTING ETHNIC UNITY AT PETALING DISTRICT SCHOOL, SELANGOR, MALAYSIA. By. December 2018. U. YONG HIE HIE. H. T. Chairman : Dr. Ku Hasnita Binti Ku Samsu, PhD Faculty : Faculty of Human Ecology. ©. C. O. PY. R. IG. A school has been reckoned as one of the important institution that aids in promoting ethnic unity through socialization processes that involve agents, such as teachers and peers. In this context, teachers are the agents who have authority in delivering positive impacts in promoting ethnic unity in schools. Teachers, especially in the primary school level, are the important socialization agents in uniting multiracial students, thus create the awareness among the younger generation about their responsibilities to be good citizens. Nevertheless, some teachers seem to spark racial provocations and segregations among students based on race, economic background, and religion to achieve good results in examinations, and partly ignore their role as a political socialization agent in promoting ethnic unity among the students. Therefore, this study had been carried out to identify the important role of teachers as the agent of political socialization in promoting unity of ethnic. Besides, this study had been carried out to analyse the processes of political socialization that can affect teachers’ perceptions in promoting unity of ethnic in schools to specify the methods used by teachers in sowing the values of unity in schools and analyse barriers being faced by teachers as a political socialization agent in promoting unity of ethnic in schools. As such, the qualitative method using Focus Group Discussion (FGD) was performed to meet the objectives of this study. Three groups of teachers comprise the Malays, Chinese and Indians who are still serving in National Schools (SK), Chinese National-type Schools (SJKC) and Tamil National-type Schools (SJKT) in Petaling district, Selangor have been selected for the study. Through this technique, the participants’ conversations were recorded and transcribed in verbatim. Analysis process was started as soon as the data was collected to find the themes and categories to answer the research questions. In addition, interviews from sociologist experts and Petaling district education officer (PPDP) are conducted to support FGD data. The outcomes from the study reveals that the processes of political socialization that can affect teachers’ perceptions in promoting unity of ethnic at schools, namely as: i) teachers’ perceptions on the processes of political socialization; ii) teachers’ perceptions on important of unity; iii) teachers’ perceptions on method of fostering unity; iv) teachers’ perceptions in school iii.

(7) ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. administration system; v) teachers’ perceptions on individual’s attitudes and also vi) teachers’ perceptions on religious and political issues. Besides, the results of this study also showed the five methods that were used by teachers in sowing the values of unity in school are: i) regardless of ethnicity; ii) the application of positive attribute; iii) activities in conjunction of festival celebration; iv) ethnic food and clothing; and v) unity dialogue. The results of this study also showed that three main barriers facing by the teachers in promoting unity of ethnic at schools had been identified and consolidated namely as: i) attitudes factor; ii) school administration systems factor; and iii) externals factor. Through the results of this study, the three factors caused by attitudes, namely as: i) individual negative attitudes; ii) lack interest in Malay language; and iii) teachers’ lack of confidence when discussing any unity issues. While the factors caused by the school administration system are: i) separation of teachers in two sessions schooling; ii) grouping of teachers according to subjects; and iii) over focused to curriculum syllabus. Finally, the external factors that have been identified in this study are influenced from mass media and politicians. Overall of this study, the results identified that there are four main important roles of teachers as the agent of political socialization in promoting unity of ethnic, which are: i) ethnic unity catalyst; ii) role models; iii) educator of the foundation on unity to students; and iv) the main source of ethnic culture.. iv.

(8) PENGHARGAAN. H. T. U. PM. Akhirnya kesabaran dan kegigihan, saya berupaya menyempurnakan penyelidikan ini. Cabaran untuk memahami dan menyerap ilmu dalam penyelidikan ini agak sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, Foo Kim Sing kerana memberi sokongan kepada saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anak-anak tersayang Colman Foo Junn Leh, Anson Foo Junn You dan Claudia Foo Yenn Xin, terima kasih kerana memahami kesusahan saya sepanjang pengajian PhD saya. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa dan adik-beradik saya yang sering memberi sokongan kepada saya sepanjang pengajian saya. Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penyeliaan tesis iaitu Dr Ku Hasnita Binti Ku Samsu, Prof. Madya Dr Adlina Binti Ab Halim, Dr Mohd Daud Bin Awang dan Dr Zatul Himmah Binti Adnan yang banyak memberi dorongan dan bimbingan tentang ilmu dalam penulisan tesis saya ini. Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan kehidupan kalian.. ©. C. O. PY. R. IG. Terima kasih semua!. v.

(9) ©. T. H. IG. R. PY. O. C. U. PM.

(10) Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penyelia adalah seperti berikut:. PM. Ku Hasnita Ku Samsu, PhD Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Pengerusi). T. O. PY. R. IG. Zatul Himmah Adnan, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Ahli). H. Mohd. Daud Awang, PhD Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Ahli). U. Adlina Hj. Ab. Halim, PhD Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (Ahli). C. __________________________ ROBIAH BINTI YUNUS, PhD Profesor Dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia. ©. Tarikh:. vii.

(11) Perakuan Pelajar Siswazah:. H. T. U. PM. Saya memperakui bahawa:  tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli;  setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas;  tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain;  hak milik intelek dan hak cipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;  kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam bentuk bertulis, catakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;  tiada plagiat atau pemalsuan/ fabrikasi data dalam tesis ini, dan integrity ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis telah diimbaskan dengan pengesanan plagiat.. IG. Tandatangan: ________________________. ©. C. O. PY. R. Nama dan No. Matrik: Yong Hie Hie (GS30034). viii. Tarikh: _________________.

(12) Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan:. PM. Dengan ini, diperakukan bahawa:  penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami;  tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) telah dipatuhi.. Tandatangan : ___________________ Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan : Prof. Madya Dr Adlina Hj. Ab. Halim___________. H. T. U. Tandatangan : ____________________ Nama Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan : Prof. Madya Dr. Ku Hasnita Ku Samsu_____. Tandatangan : ____________________ Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan : Dr Zatul Himmah Adnan. ©. C. O. PY. R. IG. Tandatangan : _______________________ Nama Ahli Jawatankuasa Penyeliaan : Prof. Madya Dr Mohd. Daud Awang ________. ix.

(13) ISI KANDUNGAN. Halaman i iii v vi viii xiv xv xvi xvii. U. PM. ABSTRAK ABTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN. H. PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Definisi Istilah 1.4.1 Peranan 1.4.2 Ilmu Perpaduan 1.4.3 Proses Sosialisasi Politik 1.4.4 Agen Sosialisasi Politik 1.4.5 Perpaduan 1.4.6 Persepsi 1.4.7 Sikap 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Batasan dan Skop Kajian 1.7 Organisasi Penulisan 1.8 Rumusan. O. PY. R. IG. 1. T. BAB. ©. C. 2. SOROTAN KAJIAN LEPAS 2.1 Pendahuluan 2.2 Sosialisasi Politik 2.3 Kepentingan Proses Sosialisasi Politik Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik 2.4 Agen Sosialisasi Politik Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik 2.4.1 Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi Politik Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik Di Sekolah 2.5 Persepsi Guru Terhadap Perpaduan Etnik 2.6 Kaedah Penerapan Ilmu Perpaduan Oleh Guru 2.7 Faktor Penghalang Perpaduan Etnik x. 1 3 8 8 8 9 10 10 11 13 13 14 15 16 16. 17 17 20 21 22 24 27 30.

(14) 2.7.1. METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Kajian Rintis 3.4 Pengumpulan Data 3.4.1 Kaedah Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion) 3.4.2 Temu bual 3.5 Analisis Data 3.6 Latar Belakang Lokasi kajian 3.6.1 Pemilihan Lokasi Kajian 3.6.2 Pemilihan Informan 3.6.3 Pemilihan Guru Sekolah Rendah 3.7 Rumusan. 40 40 41 41. 42 43 43 44 46 47 49 49. IG. PENGARUH PROSES SOSIALISASI POLITIK TERHADAP PERSEPSI GURU DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN ETNIK DI SEKOLAH 4.1 Pendahuluan 4.2 Proses Sosialisasi Politik Yang Dilalui Oleh Guru Yang Akan Mempengaruhi Persepsi Guru Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik Di Sekolah 4.2.1 Persepsi Guru Terhadap Proses Sosialisasi Politik 4.2.2 Persepsi Guru Terhadap Kepentingan Perpaduan 4.2.3 Persepsi Guru Terhadap Kaedah Pemupukan Perpaduan 4.2.4 Persepsi Guru Terhadap Sikap Negatif Individu 4.2.5 Persepsi Guru Terhadap Sistem Pentadbiran Sekolah 4.2.6 Persepsi Guru Terhadap Isu Agama Dan Ahli Politik 4.3 Perbincangan 4.4 Rumusan. ©. C. O. PY. R. 4. H. T. U. 3. 31 32 34 39. PM. 2.8 2.9. Sikap Negatif Individu 2.7.1.1 Prejudis Kerangka Teori Rumusan. 5. KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MENERAP ILMU PERPADUAN DI SEKOLAH 5.1 Pendahuluan 5.2 Kaedah Guru Dalam Penerapan Ilmu Perpaduan Di Sekolah 5.2.1 Pergaulan Antara Etnik 5.2.2 Penerapan Nilai Murni xi. 50. 50 51 53 56 61 63 65 68 70. 71 71 72 74.

(15) FAKTOR PENGHALANG GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI POLITIK DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN ETNIK DI SEKOLAH 6.1 Pendahuluan 6.2 Faktor Penghalang Guru Sebagai Agen Sosialisasi Politik Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik Di Sekolah 6.2.1 Sikap 6.2.1.1 Sikap Negatif Individu 6.2.1.2 Guru Tidak Mementingkan Bahasa Melayu 6.2.1.3 Guru Kurang Keyakinan Untuk Membincangkan Isu Perpaduan 6.2.2 Sistem Pentadbiran Sekolah 6.2.2.1 Pengasingan Guru Dalam Dua Sesi Persekolahan 6.2.2.2 Pengelompokan Guru Mengikut Mata Pelajaran 6.2.2.3 Penumpuan Sekolah Yang Lebih Kepada Sukatan Pelajaran Kurikulum 6.2.3 Faktor Luaran 6.2.3.1 Media Massa 6.2.3.2 Ahli Politik 6.3 Perbincangan 6.4 Rumusan. 87. 87 89 89. PY. R. IG. H. T. U. 6. 77 80 82 84 86. PM. 5.3 5.4. 5.2.3 Aktiviti Sambutan Perayaan Pelbagai Etnik 5.2.4 Makanan Dan Pakaian Tradisional Etnik 5.2.5 Dialog Perpaduan Perbincangan Rumusan. PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI POLITIK DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN ETNIK DI SEKOLAH 7.1 Pendahuluan 7.2 Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi Politik Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik Di Sekolah 7.2.1 Pemangkin Perpaduan Etnik 7.2.2 Suri Teladan 7.2.3 Pendidik Asas Perpaduan Kepada Pelajar 7.2.4 Sumber Utama Ilmu Kebudayaan Etnik 7.3 Perbincangan 7.4 Rumusan. ©. C. O. 7. xii. 95 97 101 101 105 107 109 109 112 113 115. 116 116 118 121 124 127 130 132.

(16) RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 8.1 Pendahuluan 133 8.2 Rumusan 133 8.3 Implikasi 136 8.4 Cadangan 138 8.4.1 Cadangan Kepada Penyelidikan Akan Datang 139 8.4.2 Cadangan Kepada Penggubal Dasar, Pihak Sekolah, Media Massa dan Masyarakat 139 8.4.2.1 Cadangan Kepada Penggubal Dasar 139 8.4.2.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah Di Daerah Petaling 141 8.4.2.3 Cadangan Kepada Media Massa 142 8.4.2.4 Cadangan Kepada Masyarakat Di Daerah Petaling 142 8.5 Kesimpulan 143. H. ©. C. O. PY. R. IG. RUJUKAN LAMPIRAN BIODATA PELAJAR SENARAI PENERBITAN. T. U. PM. 8. xiii. 145 163 173 174.

(17) SENARAI JADUAL. Jadual. Profil Informan Berdasarkan Tiga Kumpulan Etnik. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. 3.1. Populasi Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik, Guru dan Pelajar Di Peringkat Sekolah Rendah Mengikut Daerah, Selangor.. 7. U. 1.1. PM. Halaman. xiv. 48.

(18) SENARAI RAJAH. PM. Halaman. Rajah. 2.1. Kerangka Teori. 2.2. Kerangka Kajian. 3.1. Aliran Proses Analisis Data Kaedah Perbandingan Konstan. 44. 4.1. Proses Sosialisasi Politik Yang Dilalui Oleh Guru Yang Mempengaruhi Persepsi Guru Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik Di Sekolah. 51. Kaedah Yang Digunakan Oleh Guru Untuk Menerapkan Ilmu Perpaduan Di Sekolah. 72. Faktor Penghalang Guru Sebagai Agen Sosialisasi Politik Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik Di Sekolah. 88. Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi Politik Dalam Pemupukan Perpaduan Etnik Di Sekolah. 118. U. T. ©. C. O. PY. R. 7.1. H. 6.1. 38. IG. 5.1. 37. xv.

(19) SENARAI SINGKATAN. Sekolah Kebangsaan. SJKC. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. SJKT. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia. FGD. Perbicangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion). UA. Universiti Awan. IPTS. Institusi Pengajian Tinggi Swasta. PPDP. Pejabat Pendidikan Daerah Petaling. PPD. Pejabat Pendidikan Daerah. JPNS. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. ICT. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology). KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. U. T. H. IG. R. Program Latihan Khidmat Negara. ©. C. O. PY. PLKN. PM. SK. xvi.

(20) SENARAI LAMPIRAN. Lampiran. 163. 2. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada JKEUPM. 164. 3. Borang B1-Penerangan Dan Persetujuan Responden. 165. 4. Soalan Temu bual Dalam Perbincangan Kumpulan Berfokus. 167. 5. Soalan Temu bual Kepada Pakar Sosiologi Dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Petaling. T. U. Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. ©. C. O. PY. R. IG. H. 1. PM. Halaman. xvii. 171.

(21) BAB 1. 1.1. PM. PENGENALAN. Pendahuluan. IG. H. T. U. Kekuatan dan keharmonian sesebuah negara adalah tertakluk kepada keutuhan semangat perpaduan setiap kumpulan etnik tentang nilai patrotisme, toleransi dan sikap hormat-menghormati tanpa mengira etnik dan agama. Sehubungan itu, perpaduan dalam masyarakat telah menjadi agenda utama negara kita yang mempunyai kepelbagaian etnik sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 (Hussaini, 2009). Mengikut Shamsul (2012), perpaduan yang diidamkan oleh masyarakat sekarang masih belum wujud dan hanya merupakan suatu cita-cita, idaman dan harapan yang terus-menerus diperjuangkan. Dengan kata lain, konflik, pergeseran dan pertelingkah dalam kalangan etnik masih boleh berlaku dan perundingan merupakan cara yang paling berkesan bagi menyelesaikan konflik dalam kalangan etnik ini. Hal ini kerana kerana perundingan adalah cara untuk mengelakkan tragedi rusuhan etnik seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan perpaduan etnik dalam masyarakat majmuk di negara ini adalah penting untuk meningkat dan memantapkan semangat perpaduan supaya tragedi rusuhan etnik seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi.. O. PY. R. Proses memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia seharusnya bermula dari peringkat awal persekolahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Pendidikan pada peringkat awal persekolahan itu merupakan asas kepada pembinaan sesuatu bangsa. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan politik negara, iaitu satu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa. Dalam konteks ini, pembinaan negara bangsa oleh pihak sekolah dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan, iaitu penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol dan ritual negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaaan, rukun negara dan perayaan hari kemerdekaan. Usaha ini hanya ingin melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dalam kalangan etnik di masyarakat.. ©. C. Kanak-kanak yang berasal dari latar belakang sosial dan etnik yang berbeza akan berkumpul bersama di sekolah dan berkongsi pengalaman serta belajar nilai kerjasama antara satu sama lain (Janmaat dan Mons, 2011). Semasa kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan berhadapan dengan proses berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan personaliti yang berbeza. Pada mulanya, kebanyakan kanak-kanak tidak suka berinteraksi dengan rakan-rakan yang berbeza etnik. Derman (2005) menyatakan bahawa kebiasaan kanak-kanak menilai seseorang adalah menerusi warna kulitnya manakala Rohaty et al. (2011) melihat kanak-kanak menilai seseorang berdasarkan bangsa, masa dan sejarah. Pemikiran mereka masih mentah dan perlu dibimbing serta diberi tunjuk ajar oleh guru berkenaan kemahiran ilmu dan kaedah berinteraksi secara tepat yang wujud antara etnik di negara kita (Dani, 2010). Shamsul et al. (2003) pula berpendapat bahawa semakin kerap 1.

(22) PM. seseorang kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak yang berlainan etnik, semakin rapat hubungan di antara mereka. Hal ini kerana apabila kedua-dua kumpulan etnik yang berlainan latar belakang kerap berinteraksi ataupun mempunyai hubungan yang baik, peluang untuk mereka memahami antara satu sama yang lain adalah tinggi.. PY. R. IG. H. T. U. Sekolah pula memainkan peranan yang penting untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian etnik di samping dapat menjalinkan hubungan baik serta saling bertoleransi antara etnik (Mior Khairul, 2011). Teo (2009) dan Lee (2009) juga berpendapat bahawa sekolah merupakan institusi terbaik untuk memupuk perpaduan dalam kalangan golongan muda. Menurut Lee (2009), usaha untuk menerapkan nilai murni dan objektif yang berkaitan dengan perpaduan harus dimulakan pada peringkat sekolah rendah lagi supaya sekolah dapat melahirkan generasi yang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap pembinaan perpaduan negara. Namun, beberapa kajian lepas telah mendedahkan sebahagian besar guru kurang menerapkan nilai murni kepada pelajar di dalam bilik darjah (Wan Hasmah, 2002). Guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menyebarkan nilai murni terutamanya dalam aspek perpaduan etnik dengan alasan masa tidak mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran harian mereka. Menurut Zakaria et al. (1996) bahawa pendidikan menjadi tidak bermakna dan sempurna jika tidak ada aktiviti penerapan nilai murni. Keadaan ini akan menyebabkan ilmu tentang perpaduan etnik di Malaysia tidak dapat disampaikan dengan baik kepada pelajar sedangkan guru merupakan salah satu daripada agen transformasi perpaduan negara. Hal ini telah dibuktikan dengan hasil kajian daripada Fatimah (2011) bahawa hampir 90% pelajar dari sekolah dan universiti hanya mengetahui berkenaan kebudayaan mereka sendiri. Manakala kajian Zainudin et al. (2016) juga menunjukkan mahasiswa pada masa kini agak jarang mengambil berat tentang perayaan etnik lain kerana mereka kurang pengetahuan atau tidak tahu langsung sambutan perayaan etnik lain. Sehubungan itu, kekurangan ilmu mengenai kebudayaan etnik lain akan menjejaskan persefahaman dan toleransi antara etnik. Hal ini juga mudah melemahkan semangat perpaduan antara etnik serta mencetuskan pertelingkahan atau pergaduhan antara etnik.. ©. C. O. Guru merupakan agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik negara yang penting untuk mendidik pelajar mengenai perpaduan serta menekankan aspek keharmonian dan hubungan antara etnik di Malaysia. Tugas guru bukan hanya sebagai pendidik tetapi mereka juga berperanan sebagai agen perpaduan dan integrasi yang dapat memupuk pelajar dengan semangat cinta akan tanah air. Dalam konteks ini, guru sebagai agen sosialisasi politik dalam aspek perpaduan perlu melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti atau program perpaduan yang sesuai kepada golongan muda supaya memberi sumbangan kepada mereka tentang kepentingan perpaduan etnik secara maksimum (Esah, 2004). Oleh itu, proses sosialisasi politik dalam pemupukan semangat perpaduan etnik harus bermula dari bangku sekolah bagi mencetuskan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan perpaduan etnik. Amir (2004) menyatakan bahawa seseorang pelajar akan mempunyai impak sosialisasi yang positif dalam hubungan etnik jika mereka mendapatkan pendidikan awal di sekolah yang mempunyai kepelbagaian etnik. Dengan kata lain, pelajar terutamanya di peringkat sekolah rendah mempunyai pengetahuan yang rendah mengenai budaya etnik lain. Namun, aktiviti berinteraksi dalam kalangan pelajar akan bertambah apabila mereka dibimbing oleh guru di sekolah. Secara tidak langsung, pergaulan mereka akan menjadi 2.

(23) lebih luas dengan kepelbagaian etnik di sekitar mereka. Keadaan ini akan merapatkan lagi hubungan antara mereka.. Pernyataan Masalah. PY. 1.2. R. IG. H. T. U. PM. Guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik perlu sentiasa peka terhadap sensitiviti masyarakat kepelbagaian etnik dan berusaha merealisasikan matlamat kerajaan untuk meningkatkan serta memantapkan semangat perpaduan rakyat. Namun, guru pada masa kini guru didapati kurang kemahiran untuk melatih atau menyampaikan budaya berkenaan etnik lain kepada pelajar. Mereka juga dikatakan tiada keberanian menceritakan budaya etnik lain kerana ditakuti akan menyentuh isuisu yang sensitif etnik (Anuar, 2008). Hal ini kerana kerana kebanyakan guru kurang keyakinan dan risau kerana kekurangan pengetahuan tentang budaya etnik lain serta kurang didedahkan dengan sensitiviti budaya kepelbagaian etnik. Akibatnya, guru tersebut tidak berani untuk memberi keterangan tentang budaya etnik lain kerana bimbang menyentuh sensitiviti etnik lain dan menyinggung perasaan etnik lain. Punca guru menghadapi masalah ini disebabkan program pendidikan guru pada masa kini kurang memberi pendedahan terhadap budaya kepelbagaian etnik dengan pengalaman persekitaran yang berbeza berbanding latar belakang mereka (Tarc, 2013). Pendedahan guru kepada kepelbagaian budaya adalah terhad jika program pendidikan guru mengehadkan pengalaman bakal guru dalam sempadan institusi dan konteks budaya mereka (Yasmin dan Najeemah, 2016). Pendedahan kepada kepelbagaian budaya yang terhad telah mengakibatkan guru kurang keyakinan untuk menyampaikan pengetahuan budaya etnik lain kepada pelajar di dalam kelas. Oleh itu, guru berperanan sebagai penyebar nilai, norma dan perilaku politik tentang aspek perpaduan yang berprofesional perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu perpaduan sebelum guru tersebut dapat mendidik dan melahirkan warganegara yang menepati cita-cita negara (Ponder, 1971).. ©. C. O. Menurut Ashari Che Mat (1999) guru memainkan peranan penting dalam mencapai kemerdekaan negara dan sebagai pemimpin di desa serta kawasan pedalaman. Sebelum kemerdekaan, guru berperanan aktif dalam menyebarkan kepentingan kemerdekaan dan kemajuan serta ilmu perpaduan etnik kepada pelajar. Namun, pada masa kini isu perpaduan etnik semakin dilupakan ekoran kemakmuran yang dikecapi hasil pertumbuhan ekonomi negara yang pesat serta iklim politik yang stabil.. Kini, kebanyakan guru didapati hanya memfokuskan kepada skop akademik atau peperiksaan sepenuhnya untuk memastikan pelajar mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sahaja sehingga mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi politik dalam pembinaan negara bangsa. Guru telah mengabaikan peranan mereka dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi serta sehati sejiwa kepada pelajar di sekolah. Umpamanya Rukun Negara merupakan salah satu panduan ke arah pembinaan negara bangsa. Kebanyakan guru hanya memberikan ilmu tentang Rukun Negara kepada pelajar tanpa memberi penjelasan yang selanjutnya tentang objektif Rukun Negara. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat kebanyakan masyarakat hanya mengenal lima prinsip Rukun Negara tetapi tidak menghayati matlamat prinsip-prinsip tersebut (Ishak Sairozi, 2018). Tambahan pula, semakin ramai pelajar terutamanya 3.

(24) PM. pelajar sekolah menengah sudah melupakan pengenalan Rukun Negara dan juga tidak memahami cara untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian (Kalithasan Muniandy, 2017). Dapatan kajian Rohaizahtulamni et al. (2013) juga menunjukkan belia Melayu lebih memahami serta menghayati Rukun Negara berbanding etnik lain dan secara umumnya menunjukkan bahawa tahap pemahaman belia adalah tinggi. Walau bagaimanapun, kajian beliau juga menunjukkan tahap penghayatan terhadap Rukun Negara dalam kalangan belia masih berada pada tahap sederhana. Generasi muda kini seharusnya lebih prihatin serta menghayati falsafah dan kelima-lima elemen dalam Rukun Negara untuk memastikan bangsa Malaysia lebih bersatu padu dalam membentuk jati diri nasional dan tamadun Malaysia.. IG. H. T. U. Guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah sepatutnya sentiasa menonjolkan sikap yang adil dan saksama terhadap semua pelajar tanpa mengira etnik. Namun, masih terdapat segelintir guru yang melakukan pengasingan pelajar mengikut etnik, sosioekonomi dan agama demi pencapaian keputusan yang baik (Chiam, 2002). Hasil kajian Johari dan Nik Selma (2010) juga mendapati segelintir guru hanya memberi perhatian kepada pelajar yang berasal daripada etnik yang sama, agama ataupun pelajar yang memiliki status sosioekonomi tinggi. Menurut kajian Vishalache Balakrishnan (2013), masalah diskriminasi etnik juga wujud dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) antara fasilitator dengan pelatih. Hal ini telah mengakibatkan polarisasi antara pelajar ataupun generasi muda yang berlainan etnik terus wujud di peringkat sekolah menengah, seterusnya membawa ke Institusi Pengajian Tinggi dan juga tempat kerja.. ©. C. O. PY. R. Walaupun hampir enam dekad Malaysia mencapai kemerdekaan, Malaysia masih berhadapan dengan isu yang boleh menggugat perpaduan etnik. Isu ini masih wujud bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga dalam kalangan pendidik di sekolah terutamanya sekolah rendah. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat masalah melibatkan etnik telah berlaku di Gelang Patah, Johor pada tahun 2013 apabila seorang guru Cina mengeluarkan kata-kata kesat yang menunjukkan kebencian terhadap etnik tertentu (Saifulizam, 2013). Pada tahun 2016 pula, seorang guru besar menunjukkan sikap perkauman terhadap guru Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor (Zulkifli, 2016). Seterusnya, Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2017) telah menunjukkan purata indeks keseluruhan perpaduan antara guru dan pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi. Isu ini membimbangkan kerana sekolah rendah merupakan peringkat yang paling penting dan sesuai untuk menyatupadukan pelajar daripada pelbagai latar belakang dan etnik. Kajian lepas dan pelbagai pihak juga bersetuju pendidikan awal yang meliputi peringkat sekolah rendah dan pra sekolah merupakan peringkat yang sangat penting untuk memupuk nilai perpaduan dalam kalangan pelajar (Jalal Ali 2018; Muhamad Aimy 2017; Tonbuloğlu, Aslan & Aydin 2016; Ashley dan Trisha, 2013; Rohaty, Salasiah dan Elis, 2011; Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2010). Pepatah Melayu ada menyatakan, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ini bermaksud jika hendak mengajar atau mendidik anak-anak biarlah semasa usia mereka masih kecil kerana apabila mereka telah dewasa sukar untuk anak itu untuk menerima teguran atau didikan. Guru pula memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Elemen perpaduan merupakan salah satu unsur penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai. Ini jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: 4.

(25) PM. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”. IG. H. T. U. Satu daripada aspek penting yang jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu ialah pemupukan insan bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Jadi, Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang dapat mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama, saling menghormati antara satu sama yang lain untuk mencapai perpaduan kaum selain memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik. Oleh itu, seseorang guru seharusnya merealisasi dan menghayati pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan meningkatkan dan memantapkan semangat perpaduan dalam kalangan etnik di sekolah. Para guru haruslah mengelakkan diri mereka daripada terlibat dengan isu perkauman demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Justeru, guru yang memperlihatkan sikap negatif yang membabitkan isu perkauman di sekolah sebenarnya telah menjejaskan hasrat murni falsafah pendidikan kebangsaan untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat dan negara.. ©. C. O. PY. R. Dari aspek psikologi politik, tempoh masa yang paling penting untuk menerapkan sikap dan tingkah laku politik ke dalam diri seseorang individu adalah pada zaman kanak-kanak dan remaja (Highton dan Wolfinger, 2001; Kinder, 2006). Pada masa kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun, ketaatan dan hormat-menghormati dalam masyarakat telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan sesebuah komuniti adalah kesan daripada pembangunan ilmu politik (Niemi dan Sobieszek, 1977). Kajian barubaru ini telah mendapati bahawa kanak-kanak pada tahun pertama di sekolah rendah yang belum mahir dalam huruf dan nombor sudah dapat mengiktirafkan masalah politik dan isu-isu yang berorientasi politik berstruktur (Van Deth, Abendschon dan Vollmar, 2011). Kajian Bartels dan Jackman (2014) pula menunjukkan bahawa kanakkanak bermula pada usia tujuh tahun sudah mempunyai kepekaan yang tinggi mengenai pembelajaran ilmu politik sehingga mereka pada usia tujuh belas tahun. Menurut Sears dan Levy (2003), generasi muda yang belum membangunkan lagi sikap politik mereka adalah lebih mudah dipengaruhi oleh fakor luar. Perubahan yang tidak seimbang terhadap peribadi, sosial, budaya dan sejarah pada zaman kanak-kanak dapat mempengaruhi corak sikap dan tingkah laku politik mereka (Neundorf dan Smets, 2017). Dalam konteks ini, guru merupakan agen sosialisasi politik yang paling efektif dalam mensosialisasikan pelajar di sekolah (Kang dan Lang, 1978). Hal ini kerana guru berperanan sebagai suri teladan kepada pelajar di sekolah. Menurut Maccoby (2015) kanak-kanak lebih gemar meniru tingkah laku orang dewasa yang dianggap paling berpengaruh seperti guru. Menurut Bandura (1973) pula, seseorang individu akan mempelajari sesuatu tingkah laku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang itu sebagai model tingkah laku mereka. Oleh itu, sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru merupakan cermin kepada pelajarnya. Pelajar 5.

(26) akan mencontohi segala sikap dan tingkah laku guru melalui pemerhatian seharian mereka di sekolah.. H. T. U. PM. Selain itu, penyebaran ilmu dalam konteks kepelbagaian budaya oleh guru juga penting dalam pemupukan perpaduan etnik ke arah pembinaan negara bangsa. Menurut Marisca et al. (2014), guru sebagai agen sosialisasi politik dapat menanam nilai sosial dalam diri pelajar seperti demokrasi, persamaan, toleransi, kefahaman budaya, hormatmenghormati dan kerjasama antara satu etnik dengan etnik yang lain melalui ilmu kepelbagaian budaya. Menurut Tengku Nor Rizan et al. (2014) sikap positif atau negatif guru dalam penyebaran ilmu kebudayaan etnik akan menentukan sejauh mana tahap pencapaian kepelbagaian budaya di sekolah. Namun, pertembungan kepelbagaian kebudayaan etnik akan berlaku sekiranya seseorang guru memberi pengajaran yang tidak sesuai dengan latar belakang pelajar yang berlainan etnik di dalam kelas. Guru memberi pengajaran yang berunsur negatif dalam penyebaran ilmu kebudayaan etnik di sekolah berupaya menjejaskan semangat perpaduan seterusnya pembinaan negara bangsa di sekolah. Jika keadaan begini tidak dibendung, maka tidak mustahil peristiwa 13 Mei, 1969 1akan berulang.. PY. R. IG. Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, timbul persoalan tentang peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Adakah para guru menghayati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara yang menjadi sebagai panduan, pegangan dan asas dalam mendidik pelajar yang berbilang etnik di sekolah? Permasalahan proses sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah perlu diberi perhatian serius memandangkan guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi politik dalam aspek perpaduan etnik (Esah, 2004). Sehubungan itu, senario yang diterangkan wajar dikaji memandangkan Malaysia telah merdeka selama 61 tahun.. ©. C. O. Walaupun kebanyakan pengkaji yang lepas pernah melakukan kajian tentang proses sosialisasi guru di sekolah (Kallestad, 2000); sosialisasi guru permulaan di sekolah rendah (Rosli dan Wan Hasmah, 2007); sikap guru pelatih terhadap kepelbagaian budaya (Mariscal et al., 2014); ataupun kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya (Tengku Nor Rizan et al., 2014) tetapi belum ada kajian yang dijalankan bagi melihat peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan yang lebih terperinci di dalam sesebuah daerah dalam negara. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada sekolah rendah di daerah Petaling, Selangor sebagai tempat kajian. Petaling merupakan sebuah daerah yang termaju kerana daerah ini pesat dengan perkembangan kemudahan infrastruktur dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and 1. Peristiwa 13 Mei 1969 ialah satu rusuhan etnik yang berlaku di antara orang Melayu dan Cina yang disertai juga oleh orang India yang berlaku di Kuala Lumpur. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum pada 1969. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen perkauman menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya dan keadaan ini telah menaikkan semangat prasangka dalam kalangan etnik di Malaysia. Tragedi ini telah menjadikan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia (Mohd. Safar Hasim, 1986).. 6.

(27) PM. Communication Technology) atau ICT. Selain itu, daerah Petaling dipilih sebagai lokasi kajian kerana daerah tersebut terletak di tengah-tengah bandar yang mempunyai populasi penduduk yang paling tinggi dan pesat serta mempunyai pelbagai kumpulan etnik jika dibandingkan dengan daerah lain di Selangor. Menurut Kamaruddin (2002), peristiwa Kampung Medan, iaitu pergaduhan beramai-ramai antara kumpulan etnik Melayu dan India di Petaling Jaya Selatan pada 4 hingga 8 Mac 2001 tercetus berpunca daripada populasi penduduk yang berbilang etnik, berbilang kelas dan mempunyai perbezaan latar belakang sosioekonomi di daerah Petaling, Selangor. Jadual 1.1 menunjukkan populasi penduduk mengikut kumpulan etnik, guru dan pelajar di peringkat sekolah rendah di daerah Selangor.. U. Jadual 1.1: Populasi Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik, Guru Dan Pelajar Di Peringkat Sekolah Rendah Mengikut Daerah, Selangor.. Guru. Pelajar. 4,592 6,137 1,913 5,740 2,067 2,344 9,204 1,220 1,719. 68,892 96,239 23,810 90,357 26,934 27,958 148,617 11,188 24,021. T. Penduduk Cina India 1,727 180 351,048 111,786 23,176 31,580 219,945 161,807 38,095 33,165 18,537 30,135 564,253 189,378 20,072 3,976 30,328 27,796. IG. R. Gombak Hulu Langat Hulu Selangor Klang Kuala Langat Kuala Selangor Petaling Sabak Bernam Sepang. Bumiputera 132,288 576,591 130,711 381,328 137,624 146,554 850,230 76,941 128,206. Lain-lain 324 11,328 783 4,060 871 388 13,143 140 1,083. H. Daerah. (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).. ©. C. O. PY. Berdasarkan jadual 1.1, daerah Petaling menunjukkan populasi penduduk, guru dan pelajar yang paling tinggi jika berbanding dengan daerah lain di Selangor. Daerah Petaling juga merangkumi bilangan etnik utama yang tinggi dan daerah tersebut merupakan satu kawasan yang dapat menghimpunkan masyarakat daripada kepelbagaian etnik. Oleh itu, tahap penyatuan kepelbagaian etnik dijangka lebih terserlah berbanding dengan daerah lain di Selangor. Memandangkan daerah Petaling mempunyai kepelbagaian kumpulan etnik dan budaya, adakah guru di daerah Petaling mampu menjadi agen sosialisasi politik dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya? Adakah guru di daerah Petaling mampu memastikan pelajar mereka memahami tujuan pembinaan negara bangsa? Oleh itu, fenomena ini merupakan sesuatu yang signifikan untuk dikaji oleh pengkaji terhadap golongan guru di sekolah rendah kerana mereka merupakan agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik yang paling asas dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini memfokuskan kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Oleh itu, persoalan kajian adalah seperti berikut:. 7.

(28) Persoalan Kajian Utama. PM. Sejauh manakah guru berperanan sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah?. Persoalan Kajian Khusus. Objektif Kajian. H. 1.3. T. U. 1. Bagaimana proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru mempengaruhi persepsi mereka dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah? 2. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah? 3. Apakah faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasis politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah?. IG. Objektif Umum:. Menerokai peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah.. R. Objektif Khusus:. O. PY. 1. Menganalisis proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang mempengaruhi persepsi guru dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah. 2. Menentukan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah. 3. Menerokai faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah.. Definisi Istilah. ©. C. 1.4. Bahagian ini membincangkan definisi secara konseptual bagi istilah yang digunakan dalam kajian ini.. 1.4.1 Peranan. Menurut Ralph (2006), peranan merujuk kepada tingkah laku dan sikap yang difikirkan dan dimiliki bersama oleh suatu kumpulan masyarakat supaya individu dilihat sebagai bertindak secara konsisten ketika melaksanakan pelbagai komponen peranan tunggal 8.

(29) H. 1.4.2 Ilmu Perpaduan. T. U. PM. dan tidak konsisten apabila gagal berbuat demikian. Collins (1982) pula menyatakan peranan adalah “satu set tingkah laku yang berkaitan dengan tugas tertentu atau fungsi sosial.” Peranan tidak hanya menyatakan idea mengenai pola tingkah laku dan set harapan. Malah, peranan juga boleh dilihat sebagai persepsi tentang diri, moral, penyebab, keterasingan, dan sebagainya yang dapat dihubungkan dengan budaya masyarakat (George, 1987). Peranan juga ditakrifkan sebagai aspek status dinamik, yang menegaskan bahawa setiap status dalam masyarakat mempunyai peranan yang tertentu dan setiap peranan akan mewakili statusnya (Linton, 1936). Oleh itu, peranan dalam kajian ini merujuk kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah, iaitu guru sebagai pemangkin perpaduan etnik, guru sebagai suri teladan kepada pelajar, guru sebagai pendidik asas perpaduan kepada pelajar dan guru juga merupakan sumber utama ilmu kebudayaan etnik di sekolah. Menurut Lewin (1996), guru berperanan dalam mengembangkan kemahiran pelajar yang akhirnya dapat berkhidmat dalam masyarakat selepas persekolahan. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberi dorongan dan galakkan kepada pelajar supaya melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan, bersikap taat setia, dan bertanggungjawab serta mencetuskan kesedaran pelajar terhadap matlamat masyarakat di sekolah.. ©. C. O. PY. R. IG. Secara umumnya, ilmu perpaduan merupakan pengetahuan tentang perpaduan etnik. Nilai murni dalam aspek semangat bermasyarakat, hormat-mengormati, bertolak ansur, tolong-menolong dan kerjasama merupakan salah satu ilmu yang dapat mencetus dan menyedari pelajar tentang kepentingan perpaduan etnik melalui pendidikan Moral di sekolah. Contohnya, cerita rakyat yang terkandung dalam “Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia” cukup kaya dengan nilai murni yang dapat membentuk tingkah laku dan moral seseorang individu (Mohd. Firdaus dan Nasirin, 2017). Oleh itu, penerapan nilai murni oleh guru di sekolah penting sebagai penggerak utama dalam pembinaan insan. Menurut Wan Abdul Kadir (1992), nilai murni sebagai unsur abstrak dalam budaya yang memainkan peranan penting untuk menentukan perlakuan anggota masyarakat. Nilai murni juga dapat mencetuskan ketelusan diri seseorang individu (Mohd Firdaus dan Normaliza, 2014). Penghayatan nilai murni pula merupakan satu dasar yang boleh memberikan keseimbangan dalam pembangunan ekonomi dan sosial dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia (Zaliza & Norlin 2009). Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Jadi, pelajar harus memahami nilai murni yang diajar di sekolah, sekali gus mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.. Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara etnik dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, elemen kewarganegaraan dan sivik penting diperkenalkan melalui mata pelajaran Sejarah dan Moral. Penerapan elemen-elemen kewarganegaraan dan sivik yang merangkumi perkongsian sejarah negara, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa depan, kesetiaan, tanggungjawab warganegara dan keterikatan emosi kepada negara perlu dilaksanakan oleh guru dengan berkesan dengan tujuan untuk membentuk warganegara yang berketrampilan dan bermaklumat serta menyumbang semangat perpaduan etnik di sekolah dan juga masyarakat. Seterusnya, Rukun Negara juga perlu dihayati oleh guru dan pelajar. Guru sebagai agen pembinaan negara bangsa perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Guru perlu mengajar amalan murni dan nilai 9.

(30) PM. patriotik kepada pelajar berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara demi memperkukuhkan perpaduan etnik. Oleh yang demikian, ilmu perpaduan dapat diterap secara langsung ke dalam jiwa para pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.. IG. 1.4.3 Proses Sosialisasi Politik. H. T. U. Dalam konteks kajian ini, ilmu perpaduan merujuk kepada guru sebagai agen sosialisasi politik yang penting dalam menyatupadukan pelajar daripada kepelbagaian etnik seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara melalui mata pelajaran Sejarah dan Moral. Guru sekolah rendah merupakan orang yang berperanan penting untuk menyampaikan ilmu perpaduan kepada pelajar di sekolah (Ashley & Trisha 2013). Menurut Marisca, Corredor dan Cabezas (2014), guru sebagai agen sosialisasi politik dapat menanam nilai sosial dalam diri pelajar seperti demokrasi, persamaan, toleransi, kefahaman budaya, hormat-menghormati dan kerjasama antara satu etnik dengan etnik yang lain. Oleh itu, guru perlu sentiasa menerapkan nilai murni daripada kepelbagaian etnik di dalam bilik darjah supaya pelajar dapat mengenali dan memahami budaya kepelbagaian etnik di Malaysia.. ©. C. O. PY. R. Langton (1969) merujuk proses sosialisasi politik sebagai cara masyarakat menyalurkan budaya politik dari satu generasi ke generasi lain. Manakala Easton dan Dennis (1969) menjelaskan proses sosialisasi politik sebagai satu proses pengekalan kepercayaan politik dan orientasi individu atau masyarakat dalam sistem politik. Pernyataan ini memantapkan lagi pernyataan Dawson dan Prewitt (1969) yang menegaskan bahawa proses sosialisasi politik adalah sebagai cara bagi meneruskan orientasi dan pegangan politik kepada generasi baharu. Pelaksanaan ini dijalankan menerusi institusi-institusi formal seperti persekolahan dan institusi tidak formal seperti ahli keluarga dan rakan sebaya. Selain itu, proses ini digerakkan oleh agen-agen masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media massa. Rush and Althoff (1971) serta Rush (1992) menegaskan bahawa proses sosialisasi politik adalah satu proses yang menjadikan seseorang itu mengenali sistem politik yang kemudiannya menentukan persepsi-persepsi individu tersebut terhadap politik dan reaksi-reaksinya terhadap fenomena politik yang berlaku. Hal ini ditentukan oleh faktor sosial, ekonomi dan persekitaran budaya sesebuah masyarakat, pengalaman berinteraksi dan personaliti individu. Dalam konteks kajian ini, proses sosialisasi politik merujuk kepada peranan guru dalam pemindahan ilmu politik dalam aspek perpaduan kepada pelajar bagi memupuk perpaduan etnik seterusnya ke arah pembinaan negara bangsa di sekolah.. 1.4.4 Agen Sosialisasi Politik. Agen sosialisasi politik ialah individu atau kelompok individu yang mampu memupuk kesedaran politik. Kesedaran politik dapat dipupuk melalui empat agen sosialisasi yang utama, iaitu ibu bapa dan keluarga, rakan sebaya, media massa dan juga pendidikan di sekolah. Kesedaran politik boleh diperoleh melalui proses pembelajaran iaitu sosialisasi politik (Jaros, 1973 dan Sigel, 1965). Dalam proses sosialisasi politik, 10.

(31) PM. pemindahan ilmu politik dalam aspek perpaduan oleh agen sosialisasi politik akan berlaku kepada seseorang dalam komunitinya. Kesedaran politik dalam aspek perpaduan akhirnya dapat mewujudkan semangat perpaduan etnik untuk memenuhi keperluan dalam sesebuah komuniti terhadap perpaduan etnik. Dalam konteks kajian ini, guru merupakan agen sosialisasi politik utama dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah demi menjayakan matlamat negara dalam pembinaan negara bangsa.. 1.4.5 Perpaduan. IG. H. T. U. Secara umumnya, perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Mohd. Salleh (2006) pula mengatakan perpaduan merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, budaya dan bahasa yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus tetapi yang dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Perpaduan dikatakan adalah suatu proses bagi merapatkan kumpulan masyarakat atau etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya dan sosial ke arah satu unit bagi membentuk identiti kebangsaan. Walau bagaimanapun, Noor Risma (2006) dan Alsagoff (1984) melihat perpaduan masyarakat dan negara merupakan satu perkara yang sangat sukar dilakukan kerana berkaitan dengan tingkah laku individu, perasaan, psikologi, pemikiran dan sistem nilai masyarakat.. ©. C. O. PY. R. Pada zaman kini, kebanyakan negara terdiri daripada masyarakat yang majmuk disebabkan imigrasi rakyat dari seluruh dunia. Umpamanya, Amerika Syarikat merupakan salah sebuah negara yang memiliki jumlah etnik dan budaya yang terbanyak di dunia akibat imigrasi secara besar-besaran rakyat dari pelbagai negara. Golongan imigran yang terdiri daripada etnik Hisponik, Natherland, Indian, Cina dan sebagainya berasimilasi dengan penduduk asal Amerika Syarikat seterusnya membentuk masyarakat yang lebih kompleks. Begitu juga dengan negara Eropah, tahap segregasi dalam masyarakatnya adalah tinggi (Musterd, 2005). Umpamanya negara Britain dikategorikan sebagai ‘super-diversity’, iaitu jumlah etnik dan budaya yang berlainan terlalu padat (Steven, 2007). Imigrasi secara besar-besaran rakyat dari seluruh dunia juga menyebabkan masyarakat Eropah terlalu ‘pelbagai’ sehingga berlakunya fenomena masyarakat untuk membezakan imigran terutamanya mengenai isu seperti bahasa, agama, kehidupan keluarga, penerimaan dalam awam dan diskriminasi berdasarkan etnik serta alasan lain yang tidak boleh diterima (Grillo, 2007). Kepelbagaian etnik dalam masyarakat telah memberi tekanan kepada semua pihak untuk merancang dan mengelakkan berlakunya konflik etnik. Menurut Niessen (2000) dan Santiago et al. (2012), sesebuah bandar yang berkepelbagaian etnik perlu menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan meningkatkan kesepaduan sosial dalam masyarakatnya. Hal ini kerana pencapaian kesepaduan dalam sosial adalah diperlukan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi tekanan dengan kewujudan kepelbagaian etnik dalam masyarakat. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada kepelbagaian etnik, iaitu majoritinya terdiri daripada etnik Melayu, Cina, 11.

(32) PM. India dan minoriti daripada etnik lain. Menurut laporan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (2016), Malaysia terdiri daripada 68.6% populasi penduduk Malaysia terdiri daripada etnik Melayu manakala 23.4% daripada populasi penduduk Malaysia pula terdiri daripada etnik Cina; hanya 7.0% daripada populasi penduduk Malaysia terdiri daripada etnik India dan 1.0% daripada populasi penduduk Malaysia terdiri daripada etnik lain. Setiap etnik tersebut mempunyai ideologi, kebudayaan, agama, bahasa, cara pendidikan, gaya berfikir, corak pekerjaan tersendiri dan tempat tinggal yang berlainan.. H. T. U. Menurut Teo Kok Seong (2009), sebenarnya hubungan antara etnik di Malaysia hanya retorik walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 61 tahun. Hal ini kerana sifat mencurigai antara etnik masih wujud dalam diri mereka dan faktor ini telah menjadikan hubungan antara etnik hanya baik di luar dan tidak menyeluruh. Dengan kata lain, semangat perpaduan etnik memang wujud tetapi hanya di peringkat luaran dan tidak ada interaksi yang sebenar antara satu sama lain demi mengekalkan keadaan aman dan stabil dalam masyarakat. Sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan antara etnik yang disebabkan perbezaan sosial yang sedia ada dalam masyarakat majmuk ini, rusuhan etnik tetap akan mudah tercetus.. PY. R. IG. Manakala, Shamsul (2012) mengutarakan hujah bahawa keadaan yang dinikmati oleh sebilangan besar anggota masyarakat majmuk di dunia ialah ‘kesepaduan sosial’, iaitu negara yang menikmati kesepaduan sosial yang berdasarkan perundingan, tolak ansur dan persetujuan antara pelbagai kumpulan etnik, biarpun setiapnya bebas untuk menyuarakan kepentingan masing-masing. Istilah ‘kesepaduan sosial’ adalah dipopularkan oleh Emile Durkheim berdasarkan pemikirannya terhadap sosial implikasi pemodenan (Jenson, 1998). Menurut pendapat Jespersen dan Pittelkow (2005), keadaan kesepaduan sosial merupakan prasyarat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat. Segregasi sosial etnik akan memberi kesan negatif kepada perkembangan kesepaduan sosial (Kempen dan Ozuekren, 1998). Hanya adanya ikatan yang rapat antara etnik yang dapat menjamin status kesepaduan sosial (Sune, 2010). Oleh itu, kesepaduan sosial juga dianggap sebagai prasyarat untuk keselamatan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya (ERICarts, 2008).. ©. C. O. Menurut Frank dan Mike (2011), salah satu cara untuk perkongsian identiti masyarakat bersama adalah melalui pembinaan satu dimensi budaya yang dapat mempromosikan kesepaduan sosial, iaitu mengutamakan pendekatan proaktif untuk melebihkan interaksi dalam kalangan populasi yang pelbagai, menekankan nilai bersama dan semangat perpaduan yang dapat mewujudkan identiti yang dikongsi. Kebanyakan sarjana juga menganggap kesepaduan sosial merupakan matlamat atau cara untuk mengembangkan suatu masyarakat majmuk (Novy et al., 2012). Tahap kepercayaan dalam masyarakat merupakan prasyarat kepada kesepaduan sosial (Sune, 2010). Dalam kajian Novy et al. (2012), tahap kepercayaan dan toleransi antara etnik yang tinggi mengakibatkan persepsi konflik antara etnik kelihatan lebih rendah di sesebuah negara berbanding dengan tempat lain. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati negara Nordik merupakan negara yang paling berkesepaduan sosial di dunia kerana pada kebanyakan pengukuran tahap kesepaduan sosial, negara Nordik mendapat skor yang sangat tinggi berbanding dengan negara lain.. 12.

(33) PM. Dalam konteks kajian ini, perpaduan etnik di sekolah penting untuk mencapai matlamat dalam pembinaan negara bangsa. Proses sosialisasi politik yang akan memberi kesan kepada semangat perpaduan etnik dan seterusnya mencapai matlamat pembinaan negara bangsa oleh guru di sekolah. Menerusi kajian ini, proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang akan mempengaruhi persepsi guru dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Selain itu, kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah; dan juga faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam pemupukan perpaduan etnik di sekolah perlu dianalisiskan dan ditentukan oleh pengkaji untuk mencapai objektif-objektif kajian.. U. 1.4.6 Persepsi. O. PY. R. IG. H. T. Gibson et al. (1989) merujuk persepsi sebagai suatu proses kognitif yang digunakan oleh seseorang individu untuk membuat tafsiran dan memahami dunia di sekitarnya. Beliau juga menjelaskan bahawa persepsi merupakan suatu proses yang dapat memberikan makna terhadap sesuatu perkara yang berada dalam lingkungan seseorang individu. Menurut Bimo (1969), persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri individu yang dimulai dengan diterimanya rangsangan, sampai rangsangan itu disedari dan difahami oleh individu sehingga individu dapat mengenal dirinya sendiri dan keadaan sekitarnya. Persepsi merupakan sesuatu yang tidak boleh diperhatikan secara nyata dan melibatkan psikologi tentang pemikiran seseorang. Persepsi seseorang mudah dipengaruhi oleh nilai dan emosi. Persepsi seseorang individu sangat dipengaruhi oleh pengetahuan yang sebelumnya bersumber dari pengalamannya pada masa lalu dan juga pemerhatiannya yang berbentuk dorongan, kepentingan atau minat dan matlamat (Robbins dan Timothy, 2007). Dalam konteks kajian ini, persepsi guru tentang perpaduan etnik ialah berdasarkan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dengan kata lain, seseorang guru mempunyai peluang yang banyak untuk bergaul dengan masyarakat daripada kepelbagaian etnik di dalam dan di luar kawasan sekolah. Secara tidak langsung, apa proses sosialisasi yang dilalui oleh guru tersebut akan memberi kesan kepada dirnya, iaitu personaliti individu dalam membentuk pengetahuan, nilai dan sikap guru tersebut terhadap perpaduan etnik. Ketiga-tiga elemen dari personaliti individu iaitu pengetahuan, nilai dan sikap yang akan membentuk pengalaman dan seterusnya membentuk persepsi seseorang guru.. ©. C. 1.4.7 Sikap. Menurut Allport (1935), sikap ialah satu kesediaan mental dan saraf yang tersusun melalui pengalaman, mendorong satu arah ataupun mempengaruhi secara dinamik tindak balas individu terhadap semua objek dan situasi yang berkaitan dengannya. Gibson et al. (1989) pula merumuskan sikap sebagai perasaan positif atau negatif atau keadaan mental yang selalu disiapkan, dipelajari dan diaturkan melalui pengalaman yang dapat mempengaruhi respon seseorang terhadap orang lain, objek ataupun keadaan. Pada pendapat Ainon (1997), sikap ialah suatu keadaan mental di mana seseorang itu sentiasa bersiap sedia untuk bertindak balas berdasarkan nilai-nilai peribadi seseorang itu sendiri. Menurut beliau lagi, tindak balas yang ditunjukkan itu boleh menjadi positif ataupun negatif. Kesediaan itu sentiasa ada pada diri individu dan akan ditunjukkan pada bila-bila masa. Berdasarkan pengertian dan interprestasi tentang 13.

(34) 1.5. PM. sikap di atas, dapat dirumuskan bahawa sikap adalah satu proses mental yang bersifat fikiran, perasaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu objek, aspek atau sistuasi tertentu. Sikap seseorang individu juga dapat dipengaruhi oleh ahli keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya (Gibson et al., 1989). Dalam konteks kajian ini, sikap negatif yang bakal dibincangkan adalah menyentuh tentang sikap prejudis.. Kepentingan Kajian. T. U. Kajian ini penting untuk menerokai peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Menerusi kajian ini, pengkaji juga akan menganalisis proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang akan mempengaruhi persepsi guru dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah; menentukan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah dan menerokai faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah.. PY. R. IG. H. Secara keseluruhan, pengkaji berharap dapat menyumbangkan maklumat penting ke dalam bidang sosialisasi politik. Berdasarkan hasil kajian ini, proses sosialisasi politik yang telah berlaku di sekolah dapat menentukan persepsi dan reaksi guru terhadap politik terutamanya dalam aspek pemupukan perpaduan etnik di sekolah. Seterusnya, proses sosialisasi politik yang dapat memberi kesan yang positif dalam pembinaan negara bangsa patut dipelihara dan dilatih secara meluas dalam pendidikan sivik dan Sejarah. Manakala proses sosialisasi politik yang memberi kesan yang negatif kepada perpaduan etnik serta pembinaan negara bangsa haruslah disingkirkan dengan merancangkan pendekatan dan aktiviti yang sesuai menerusi pendidikan sivik dan Sejarah.. ©. C. O. Pengkaji berharap sedikit sebanyak hasilan kajian ini dapat menyumbangkan maklumat kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling (PPDP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengesan mekanisme yang paling sesuai agar dapat diaplikasikan dalam peningkatan tahap perpaduan etnik di sekolah. Hasil kajian ini dapat memberi suatu gambaran yang sebenar tentang faktor penghalang pemupukan perpaduan yang berlaku di sekolah dan mungkin juga berlaku dalam masyarakat. Maklumat ini penting dalam membantu pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP dan KPM untuk mengenal pasti faktor penghalang guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan yang berlaku di sekolah dan seterusnya merancang pendekatan dan aktiviti yang sesuai untuk membantu guru untuk menerapkan ilmu politik dalam aspek perpaduan kepada pelajar dengan lebih berkesan terutamanya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, maklumat tersebut juga dapat dimanfaat oleh pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP dan KPM untuk menambahbaik dan mengemaskini pendekatan dan aktiviti tentang perpaduan etnik dari semasa ke semasa.. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat mencetuskan kesedaran dalam kalangan guru tentang kepentingan perpaduan etnik kepada semua lapisan masyarakat. Kempen dan program tentang perpaduan etnik yang dirancang dan dijalankan oleh para guru dalam 14.

(35) memupuk perpaduan etnik di sekolah telah dikenal pasti. Seterusnya, hasil kajian dijangkakan dapat menambahbaik lagi kaedah guru untuk menerapkan ilmu perpaduan dalam kalangan pelajar terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Batasan dan Skop Kajian. IG. 1.6. H. T. U. PM. Akhir sekali, dapatan kajian ini mempunyai sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan bidang perpaduan, terutamanya kepada pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). JPNIN merupakan satu agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Dapatan kajian ini boleh memberi manfaat kepada perkembangan bidang sosiologi politik memandangkan wujudnya penemuan baharu yang dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap perpaduan dan faktor penghalang perpaduan etnik yang berlaku di sekolah dan mungkin juga berlaku dalam masyarakat. Dari segi kaedah, cadangan intervensi yang disarankan dalam kajian ini memberi implikasi kepada kaedah untuk membantu guru dan pihak pentadbir sekolah sama ada memantapkan kaedah yang sedia ada atau mewujudkan kaedah baru yang sesuai dengan keperluan semasa. Selain itu, kajian ini juga dilihat dapat memenuhi keperluan semasa malah ilmu tersebut juga boleh dikembang dan dimanfaatkan oleh para pengkaji lain dalam bidang ini.. ©. C. O. PY. R. Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Kajian ini hanya berfokus kepada guru di daerah Petaling, Selangor bagi tujuan memudahkan pengkaji mendapat dan mengumpulkan data yang diperlukan dalam kajian yang dirancang. Informan dalam kajian ini ialah guru sekolah rendah yang terdiri daripada guru Melayu, Cina dan India di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan India (SJKT). Perbincangan dalam kajian ini hanya memberi fokus kepada aspek peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah, menganalisis proses sosialisasi politik yang dilalui oleh guru yang akan mempengaruhi persepsi guru dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah; menentukan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerap ilmu perpaduan di sekolah dan menerokai faktor penghalang kepada guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Hasil kajian ini bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan informan semasa perbincangan kumpulan berfokus. Keputusan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru di seluruh daerah Selangor. Walaupun begitu, kajian ini masih boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP, KPM dan juga JPNIN dalam mengenal pasti peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik di sekolah. Selain itu, pihak sekolah di daerah Petaling, PPDP, KPM dan juga kerjasama dengan JPNIN boleh membuat perancangan komperehensif dalam meningkatkan ataupun mengubahsuaikan program dan aktiviti tentang perpaduan etnik yang sedia ada di sekolah untuk tujuan memberi kesedaran tentang kepentingan semangat perpaduan etnik. Manakala para guru juga dapat disedarkan tentang kepentingan peranan penting guru sebagai agen sosialisasi politik dalam aspek pembinaan bangsa negara.. 15.

(36) 1.7. Organisasi Penulisan. PM. Penulisan kajian ini dibahagikan kepada tujuh bab. Bab pertama merupakan bab pendahuluan ataupun pengenalan yang membincangkan permasalahan kajian, objektif kajian, definisi istilah, kepentingan kajian, batasan kajian, skop kajian dan organisasi penulisan kajian. Bab ini merupakan bahagian yang agak penting kerana berdasarkan perbincangan, bab inilah yang membolehkan pengkaji meneruskan penulisan dan perkembangan untuk bab-bab lain.. Rumusan. PY. 1.8. R. IG. H. T. U. Bab kedua akan menfokuskan aspek literatur. Dalam bab ini, literatur ditulis dan dibincang berdasarkan kepada kajian lepas sama ada kajian dalam negara ataupun kajian luar negara berpandukan kepada persoalan kajian dan objektif kajian yang dibentuk. Perkara yang dibincangkan dalam literatur ini merangkumi sosialisasi politik, kepentingan proses sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik, agen sosialisasi politik dalam memupuk perpaduan etnik, persepsi guru terhadap perpaduan etnik, kaedah penerapan ilmu perpaduan oleh guru dan faktor penghalang perpaduan etnik di sekolah. Bab ketiga akan ditumpukan kepada aspek metodologi kajian iaitu pengkaji akan membincangkan bagaimanakah kajian ini dijalankan. Bab ini merangkumi aspek reka bentuk kajian, kajian rintis, pengumpulan data, analisis data dan latar belakang lokasi kajian. Bab kempat hingga keenam adalah bertujuan menjawab semua persoalan kajian khusus untuk merealisasikan objektif kajian khusus ini. Bab ketujuh pula pengkaji akan menjawab persoalan kajian umum untuk menepati objektif kajian umum kajian ini. Seterusnya, bad kelapan adalah membentangkan rumusan, implikasi, dan kesimpulan kajian serta mengusulkan cadangan bagi meningkatkan dan memantapkan semangat serta pengetahuan berkenaan perpaduan dalam kalangan guru di Malaysia.. ©. C. O. Bab ini membincangkan secara teliti dan terperinci mengenai permasalahan dan kepentingan kajian. Perbincangan terperinci terhadap permasalahan kajian dapat membantu pengkaji menerangkan kepada kerajaan dan masyarakat tentang kepentingan kajian ini dijalankan. Selain itu, bab ini juga turut menjelaskan objektif kajian, batasan dan skop kajian dan organisasi penulisan. Penulisan bab ini dapat membantu pengkaji menjalankan penyelidikan dengan lebih efektif dengan menfokus kepada aspek-aspek yang ingin dikaji.. 16.

(37) RUJUKAN. Buku Dan Jurnal. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. Abd. Aziz A’zmi, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim dan Nurliana Suhaini. (2017). Realiti Kepelbagaian Kaum Ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal Sains Sosial, 2: 1-24. Abdul Aziz Rahman, Abdul Razaq Ahmad, Jalaluddin, Abdul Malek dan Mohd. Mahzan, Awang. (2016). Penglibatan Sosial dan Pembudayaan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Tidak Formal dalam Kalangan Penduduk Bandar Putrajaya. Kajian Malaysia, 34(2): 75-100. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahim Bin Hamdan dan Ismail Fauzi Bin Jamaludin. (2010). Tahap Perpaduan Pelbagai Kaum Dalam Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. (Laporan Penyelidikan Tindakan yang tidak diterbitkan). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Abdullah Taib. (1984). Integrasi dan Polarisasi MahasiswaUniversiti di Malaysia. (Laporan Teknikal, Biro Perundingan dan Penyelidikan yang tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdurrahman An-Nahlawi. (1995). Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah dan Masyarakat. Jakarta: Penerbit Gema Insani. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Malaysia: Quantum Books. Adamyan. (2016, September 13). Rasis: Puncanya Parti Tak Berasaskan Kaum, Berlumba Main Isu Perkauman. Mykmu. Net. Dipetik pada 1 April 2018 dari http://www.mykmu.net/2016/09/rasis-puncanya-parti-tak-berasaskan-kaumberlumba-main-isu-perkauman/ Adler, P.A. & Adler P. (1988). The Carpool: A socializing Adjunct To The Educational Experience. Childhood Socialization. Handel, G. (ed.). New York: Aldine De Gruyter. Adu-Febiri, F. (2011). Inviting Emotions, Morals and Spirit into our Classrooms: A Sociological Perspective on the Human Factor Model of Education. Review of Human Factor Studies, 17(1):40-89. Afriliani, K.K. dan Cholisin, M.S. (2017). Persepsi Guru Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan Tentang Pendidikan Kewarganegaraan Bersifat Multidimesional Di SMA Negeri Se-Kota Purwokerto. Jurnal Pendidikan Kewarganegaraan dan Hukum, 546-561. Ahmad Ali Seman, Abdul Razaq Ahmad, Zahara Aziz dan Ahmad Rafaai Ayudin. (2011). The effectiveness of Teaching and Learning History Based On Multicultural Towards National Integration In Malaysia. Procedia Computer Sciences, 3:1588-1596. Ahmad Ali Seman, Abdul Razaq Ahmad, Abdul Aziz Abdul Rahman, Warti Binti Kimi dan Noria Munirah Yakub. (2015). Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education. Peranan Guru dan Pelajar Dalam Membentuk Hubungan Etnik Di Sekolah. Bangi: UKM. 145.

(38) ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. PM. Ahmad Fawzi Mohd. Basri. (1997). Pembinaan Negara-Bangsa Dan Pencapaian Masa Kini. In Mohd. Yaakub Hj. Johari, Chang Shui Kiong dan Mary Sintoh (Eds.), Agenda Pembinaan Negara Bangsa Malaysia Dalam Era Kebangkitan Asia (pp. 39-47). Sabah: Institut Kajian Pembangunan. Ainon Mohd. Abdullah Hassan. (1997). Memahami Psikologi Berfikir. T.T.P: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Allport, G.W. (1954). The Nature of Prejudice. Cambridge, MA: Perseus Books. Allport, G.W. (1935) Attitudes. In: Murchison, C. (Ed.). Handbook of Social Psychology (p. 798-844). Worcester, Mass: Clark University Press. Alsagoff Sharifah Alwiah. (1984). Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia. Al-Abrasyi Athiyyah (1974). Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Abd. Ghani H. Bustami dan Johar Bahri L.I.S. Jakarta: Bulan Bintang. Aminudin Mansor (2017). Mantapkan Integrasi Nasional Dalam Pendidikan. Pendidik, 114: 16-17. Amir Hassan Dawi. (2004). Hubungan Etnik Di Dalam Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Etnografi Habitus dan Modal Budaya Di Kalangan Pelajar Berlainan Etnik. (belum diterbitkan). Tesis Doktor Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anne, M. P. & Rosary, V. L. (1993). An Examination of Teaching as a Practical Political Activity. Curriculum Inquiry, 23(2): 155-173. Anne Muhammad. (2018, Mei 18). Siasatan Pada Najib Tambah Keyakinan Pelabur? Malaysia Kini. Dipetik pada 19 Ogos 2018 dari https://www.malaysiakini.com/news/425648 Anuar. (2008, Disember 7). Tingkatkan Integriti Sekolah Kebangsaaan. Utusan Online. Dipetik pada 13 Jun 2015 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1207&pub=Utusan_Ma laysia&sse=Rencana&pg=re_08.htm Argidag, O., Merry, M.S. & Houtte, M.V. (2016). Teachers’ Understanding of Multicultural Education and the Correlates of Multicultural Content Integration in Flanders. Sage Journals, 48(6): 556-582. Argyle, M. (1991). Cooperation: The Basis of sociability. Florence, KY: Taylor & Frances/ Routledge. Ashari Che Mat. (1999, November 29). Peranan Guru Dulu dan Sekarang. Utusan Online. Dipetik pada 12 April 2014 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1129&pub=utusan_mal aysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_03.htm Arnold, M. (1971). Schools And Socialization. Harmondsworth: Penguin. Ashley, K.S. dan Trisha, D.S. (2013). Motivation Among Public Primary School Teachers In Mauritius. International Journal of Educational Management. 27(4): 446-464. Asmawati Hamzah, Sharifah Norhaidah Syed Idrus dan Zakiah Mohamad Ashari. (2009). Peranan aktiviti Bermain dalam Merangsang Dimensi Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah. Pendidikan Awal Kanak-kanak, DP. 9(2):8088. Azarudin Awang, Che Zuina Binti Ismail dan Wahairi Mahmud. (2017). Isu-isu Pemakanan Halal: Kajian Kes Dalam Hubungan Komuniti Saudara Baru Dan Bukan Muslim Di Negeri Terengganu. Journal of Islamic Soscial Sciences and Humanities, 11(OKt): 139-153. 146.

Referensi

Dokumen terkait

Adapun pada peneliti tersebut terdapat persamaan dan perbedaan dengan peneliti yang dilakukan penelitian yang bersangkutan dengan permasalahan yang sama, persamaannya adalah

Pembuatan mikrokapsul MUF dilakukan dengan metode in-situ polimerisasi SDGD VXKX Û& pH 3, waktu homogenisasi 30 menit, dan waktu mikroenkapsulasi 2 jam dengan bahan yang

Anak usia dini di RA pada umumnya sangat aktif, mereka memiliki penguasaan terhadap tubuhnya dan sangat menyukai kegiatan yang dilakukan sendiri. Oleh karena itu,

Al-Imam Abi Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’î, Al-Umm , Juz.. terjadi karena ucapan, oleh karena itu terjadi dengan telah diucapkan oleh suami dan tidak memerlukan ucapan

Dipilih model studi kasus karena peneliti melakukan proses konseling kepada perempuan korban kekerasan, melalui proses konseling yang dilakukan kepada perempuan korban

Dan untuk mengukur efektif atau tidaknya pengelolaan persediaan penjualan spare parts PT.Lautan Berlian Utama Motor (LBUM) tbk Cabang Palembang adalah dengan membuat

Tingkat kebisingan yang dihasilkan oleh mesin diesel dengan murni bahan bakar solar ( single fuel ) terlihat lebih tinggi pada keseluruhan pembebanan yang diberikan dari pada sistim