• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEDIAAN AWAL 25 Hari Sebelum Tanam

 Mengira keperluan baja dan

coco peat.

 Membuat pesanan pembelian baja mengikut keperluan.  Membuat pesanan pembelian

coco peat.

 Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi sahaja.

 Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat

moss, dulang semaian ’plug’,

kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai bersalut, hand

sprayer, racun serangga dan

kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain.

PENYEMAIAN BENIH 20 Hari Sebelum Tanam  Menyediakan dulang semaian.

 Mengisi dulang semaian dengan medium

percambahan peat moss.  Melembapkan medium

percambahan.

 Merawat anak benih dengan racun kulat ’Thiram’.

 Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1 lubang 1 plug).  Menyemai biji benih (1 biji

dalam 1 lubang).

 Menutup lubang berisi biji benih.

 Menyembur dulang semaian berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand

sprayer.

 Menutup dulang semaian dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium

kering. PENYEDIAAN TAKUNG PEMBESARAN 19 Hari Sebelum Tanam  Membersihkan takung pembesaran.

 Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih.

 Memastikan pam kecil akuarium berfungsi dengan baik.

 Menetukan alat pengatur masa pam akuarium boleh dihidupkan dengan

menjadualkan 4 – 6 kali sehari (boleh berubah

mengikut keadaan, jenis dan umur tanaman). PENIMBANGAN BAJA 18 Hari Sebelum Tanam  Menimbangkan baja

menggunakan formulasi yang betul.

 Membancuh baja stok.  Gunakan tong biru (tebus

guna) muatan 100 liter.

PEMBESARAN ANAK BENIH 16 Hari Hingga 1 Hari Sebelum Tanam

 Membuka plastik yang menutup dulang semaian.  Memindahkan dulang

semaian ke dalam takung pembesaran.

 Memasang alat pengatur masa dan pam akuarium dihidupkan.

 Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5

 Memerhatikan pertumbuhan anak pokok.

 Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak.

 Membuat kawalan segera sekiranya terdapat tanda-tanda kerosakan. PENYEDIAAN BEG TANAMAN 20 Hari Hingga 5 Hari Sebelum Tanam

 Membilas coco peat.  Mengetoskan coco peat.  Menimbangkan coco peat 2 –

 Mengisi coco peat ke dalam beg tanaman.

 Mengangkut beg-beg berisi

coco peat ke dalam rumah

tanaman.

 Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm antara baris.

 Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg.

 Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat.

 Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg tanaman.

PENANAMAN 0 Hari

 Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman.

 Mengorek lubang 4 cm x 4 cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih.

 Mencabut anak benih dengan cermat dengan memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan cara ini

ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang plug.

 Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan.

 Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar.

berhampiran dengan pangkal anak pokok.

 Mencucuk bilah-bilah buluh hampir kepada anak benih.  Mengikat anak benih pada

bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh tegak.

1 Hari Dan 2 Hari Selepas Tanam

 Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan perosak seperti belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan.

 Memastikan tidak ada pokok yang tercabut disebabkan oleh binatang.

 Memastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok.

 Menghidupkan pam sekali pada awal pagi.

 Pastikan bahawa medium tanaman tidak terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman. Sekiranya ini berlaku, tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg

tanaman) menggunakan pisau kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika air bertakung, pokok akan mati.

PENYELIAAN SELEPAS MENANAM

3 Hari Selepas Tanam

 Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati perlu diganti. Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang baru keran ditakuti pokok yang mati tersebut telah dihinggapi penyakit.  Melarutkan baja stok ke

dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5  Menghidupkan pam,

memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari.

4 Hari Hingga 7 Hari Selepas Tanam

 Menghidupkan pam pada awal pagi. Pemberian larutan baja masih 1 kali sehari.  Memeriksa setiap pokok

pada awal pagi.

Memerhatikan tanda-tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak.  Sekiranya terdapat pokok

yang layu pada awal pagi, periksa medium tanamannya.  Sekiranya kering,

kemungkinan alat penitisnya telah tercabut atau

tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan cuci saambil mengetukkannya pada benda keras agar bahan-bahan yang menyekat pengaliran larutan baja akan terkeluar.

7 Hari Selepas Tanam

 Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2 kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang.  Tetapi sekiranya keadaan

cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh ditangguhkan.

10 Hari Hingga 35 Hari

Selepas Tanam

 Membuang tunas air atau tunas ketiak supaya pokok kekal mengeluarkan satu batang utama sahaj sehingga cabang utama keluar.

PENGURUSAN PENYAKIT DAN

SERANGGA PEROSAK 7 Hari Dan 17 Hari Selepas Tanam

 Membuat rawatan

pencegahan penyakit akar

’Pythium’.

 Larutkan racun kulat Previcur

N sebanyak 10 ml atau Foli-R-Fos sebanyak 13 ml ke

dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok.

 Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh

diberikan 2 jam selepas rawatan ini dilakukan.

8 Hari Hingga 180 Hari Selepas Tanam

 Memeriksa setiap pokok pada awal pagi.

Memerhatikan tanda-tanda serangan penyakit atau serangga perosak.  Memeriksa pucuk-pucuk

pokok untuk mengesan serangan hama dan juga kutu trips. Lihat di bawah daun-daun di bahagian pertengahan (2/3bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih

(white fly). Serangan ulat

pelombong daun jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua.  Memeriksa sistem fertigasi

agar sentiasa berfungsi dengan baik.

20 Hari Selepas Tanam

 Memacak dua batang

panjang, 180 cm kayu (2.5cm x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang baris paip pembahagi (membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong pokok cili.

MENGIKAT POKOK

30 Hari Selepas

Tanam Hingga 150 Hari

 Mengikat dahan-dahan pokok cili pada tali atau dawai

penyokong bagi

mengelakkan dahan-dahan daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan). Ia dilakukan berterusan apabila perlu.

25 Hari Selepas Tanam Dan Seminggu Sekali

 Membilas medium tanaman dengan air bersih iaitu dengan memberikan air tanpa baja kepada semua pokok mengikut kekerapan yang sedia ada.

 Ini bertujuan untuk membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman bagi mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh menyebabkan pokok mati. MEMBILAS MEDIUM TANAMAN 28 Hari Selepas Tanam  Menambahkan kekerapan penitis larutan baja kepada 4 kemudian menjadi 5

seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran pokok. MEMBANTU PENDEBUNGAAN 25 Hari Selepas Tanam Hingga Tamat Projek

 Bunga-bunga cili mesti menjalani proses

pendebungaan sebelum menjadi buah.

 Pendebungaan sendiri sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti seranggan atau angin jika menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis seranggan ini.

 Pendebungan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili.

 Alat penggetar bunga (pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh digunakan.

 Penggetaran tangkai-tangkai bunga hanya akan berkesan sekiranya dilakukan antara

pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang. MEMETIK BUAH 55 Hari Selepas Tanam Dan Selang 3 Hari

 Memetik buah cili masak.  Membuat penggredan buah

cili

 Memasarkan buah cili

MENAMATKAN TANAMAN 150 Hari Selepas Tanam Atau Apabila Sesuai

 Memetik buah cili yang masak termasuk juga yang hijau.

 Mengasingkan yang masak dengan yang hijau.

 Mencabut semua pokok bersama akar dan

memusnahkan semuanya.

7.3.10 Penuaian

Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30 – 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merah dan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantung kepada jenis kultivar yang ditanam.

Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segar ialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untuk diproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialah apabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tangan bersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasil dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.

7.3.11 Pengendalian Lepas Tuai

Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukan termasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan pembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perlu dilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas.

Penyahhijauan

Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan cara mendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam pada suhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %. Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam.

Penggredan

Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz, tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakit atau perosak.

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredan berdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematangan ini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan, iaitu :

INDEKS

Dokumen terkait