• Tidak ada hasil yang ditemukan

al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Siddiq al-Ghumari (1338 - 1418 H)

Pada tahun 1965, beliau berhijrah dari Syria ke Arab Saudi dan mengajar di Universiti Islam al-Imam Muhammad ibn

13. al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Siddiq al-Ghumari (1338 - 1418 H)

Beliau ialah al-‘Allamah al-Muhaddith al-Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari al-Hasani, salah seorang ulama besar hadis dari Tonjah, Maghribi (Morocco). Beliau lahir pada tahun 1338 H dan wafat pada tahun 1418 H dalam usia hampir 80 tahun. Seluruh hidupnya penuh dengan pengabdian, subur dengan cahaya iman dan ilmu, dipenuhi dengan tugasan mengajar, mengkaji, mengarang, memberi fatwa dan pengajian umum kepada masyarakat. Pendek kata, seluruh hidupnya telah diwakafkan untuk berkhidmat kepada ilmu dan agama sehinggalah ke akhir hayatnya. Beliau mulai menimba ilmu dari bapanya sendiri dan dari ulama Maghribi pada masa itu. Kemudian selepas kewafatan bapanya, beliau telah pergi ke Kaherah, Mesir pada tahun 1355 H. Beliau telah menimba ilmu dari ulama al-Azhar yang masyhur seperti Syeikh ‘Abdul Mu‘ti al-Syarsyimi, Syeikh Muhammad Izzat, Syeikh ‘Abdul Salam Ghunaim ad-Dimyati, Syeikh Mahmud al-Imam, dan lain-lain. Beliau juga belajar dari abang-abangnya sendiri, al-Sayyid Ahmad dan al-Sayyid ‘Abdullah pelbagai bidang ilmu, khususnya bidang ilmu hadis. Antara guru-gurunya yang lain; Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad Ghazi Hindi Makki, ‘Allamah ‘Abd Baqi Laknawi, Syeikh Muhammad Raghib Tabbakh, Syeikh Badr Din Hasani, Syeikh Muhammad Khidr Husayn, ‘Allamah Muhammad Zahid Kawthari, al-‘Allamah Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani, Syeikh ‘Umar bin Hamdan Mahrisi, Syeikh Yusuf bin Isma‘il Nabhani, al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani dan ramai lagi.

Sebagaimana abangnya, minatnya begitu cenderung terhadap bidang hadis. Beliau telah mempelajari hadis secara langsung dari guru-gurunya, membaca dan menelaah banyak kitab hadis, dan menyalin semula banyak kitab hadis dengan tangannya sendiri. Setelah usaha gigih dan tekun selama bertahun-tahun, pengetahuannya yang luas mengenai hadis tidak lagi dapat disangkal dan dipertikaikan. Hasil karya beliau berjumlah lebih dari 100 buah kitab di dalam pelbagai bidang, terutama hadis, fekah dan tasauf. Antaranya: Bulugh al-Amani min Mawdu‘at al-Shaghani, Takhrij Ahadith Kitab al-Ba‘th (oleh Ibn Abi Dawud), Al-Bahith ‘an ‘Ilal al-Ta‘n fi al-Harith, Kitab al-Arba‘in al-‘Aziziyyah, Al-Sawanih, Al-Nafhat Ilahiyah fi Syarh Wasiyyah al-Siddiqiyyah, Al-Fatawa, Al-Mustadrak ‘ala Musnad ‘Umar ibn ‘Abd ‘Aziz (oleh Baghandi), Tadhkirah Ahadith al-Mawdu‘ah wallati La Asla Lah, Al-Ibda‘ fi Zikri Adillah Matn Abi Syuja‘, Mafatih al-Zuhban li Tartib Ahadith Tarikh Asbahan, Ta‘rif Mu’tasi bi Ahwal Nafsi (biografi beliau sendiri), Mu‘jam al-Syuyukh dan lain-lain. (‘Abd al-Latif Jassus, h. 80-97)

Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf;

i. Raf‘ al-‘Alam bi Takhrij Ahadith Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam. Beliau mentakhrijkan hadis-hadis kitab Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam oleh Imam Ibn ‘Ajibah al-Hasani, beliau adalah datuknya sebelah ibu. ii. Al-Ta‘attuf fi Takhrij Ahadith al-Ta‘arruf. Beliau

mentakhrijkan hadis-hadis kitab al-Ta‘arruf li Mazhab Ahl al-Tasawwuf oleh Imam al-Kalabazi.

iii. Al-Bughyah fi Tartib Ahadith al-Hilyah. Beliau menyusun hadis-hadis kitab Hilyah Awliya’ oleh al-Hafiz Abu Nu‘aim al-Asbahani mengikut huruf abjad. iv. Juz’ fihi al-Ahadith al-Marfu‘ah min al-Arba‘in min Riwayah al-Sufiyyah. Beliau mengasingkan hadis-hadis yang terdapat di dalam Kitab al-Arba‘in fi

Syuyukh al-Sufiyyah oleh Imam Abu Sa‘d al-Malini (w. 412H).

v. Al-Mustakhraj ‘ala Ahadith al-Risalah al-Qusyairiyyah. Beliau membawakan sanad penuh bagi hadis-hadis yang terdapat di dalam Risalah al-Qusyairiyyah. Namun, beliau hanya sampai kepada bab al-Raja’ sahaja (lebih kurang satu perempat kitab). (‘Abd al-Latif Jassus, h. 81-94)

PENUTUP

1. Melalui huraian di atas, dapat kita lihat dengan jelas tentang kepentingan kerjasama dan integrasi antara disiplin hadis dan disiplin tasawuf. Kedua-duanya saling perlu memerlukan, lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana kesempurnaan yang benar-benar mutlak hanya khusus milik Allah dan kitab-Nya, al-Quran al-Karim. Kita sebagai hamba-Nya adalah makhluk yang kerdil dan tidak harus bersikap meninggi diri. Betapa tinggi sekali pun seseorang itu dalam sesuatu bidang ilmu, pasti ada sedikit kekurangan dalam menguasai bidang ilmu yang lain.

2. Sebaiknya bagi para pelajar dan pembaca kitab tasawuf menggunakan khidmat yang telah digemblengkan oleh para ulama hadis bagi mengenal pasti kedudukan hadis-hadis yang terdapat di dalamnya. Terutama karya-karya takhrij hadis yang masih wujud dan tersebar sehingga kini. Tanpa menafikan ada kitab yang masih belum disusun lengkap, atau hanya diketahui rekod namanya sahaja dan tidak diketahui keberadaannya, atau telah pun hilang ditelan zaman. Ini memerlukan usaha-usaha baru yang positif bagi menyambungnya, menyempurnakannya atau menggantikannya. Jadual berikut adalah rumusan kitab-kitab tasawuf yang telah ditakhrijkan atau diberikan khidmat berdasarkan kajian di atas;

Bil. Kitab Tasawuf Pentakhrij Catatan 1 Ihya’ ‘Ulum al-Din

oleh Imam al-Ghazali. 1. Hafiz al-‘Iraqi Dicetak. 2. al-Hafiz Murtadha al-Zabidi Dicetak. 3. Syeikh Burhan al-Din al-Sayyadi 2 Bidayah al-Hidayah

oleh Imam al-Ghazali.

al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha 3 Minhaj al-‘Abidin

oleh Imam al-Ghazali.

al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha 4 ‘Awarif al-Ma‘arif

oleh Imam al-Suhrawardi 1. al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha 2. al-Hafiz Ahmad al-Ghumari Dicetak. 5 al-Nasihah al-Kafiyah oleh Imam Zarruq. 1. al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha 2. Syeikh Abu al-Hasan al-Huraisyi 6 Kitab al-Arba‘in

oleh Imam al-Sulami.

al-Hafiz al-Sakhawi

7 al-Ghunyah oleh Imam ‘Abd al-Qadir al-Jailani al-Hafiz al-Sakhawi Belum sempurna. 8 al-Tariqah al-Muhammadiyyah oleh al-Barkawi

Syeikh ‘Ali bin Hasan al-Hanafi 9 al-Maktubat oleh Imam al-Sirhindi 1. al-Muhaddith ‘Abd al-Ghani al-Dihlawi 2. al-Muhaddith Muhammad Sa‘id al-Madrasi 10 al-Luma‘ oleh Imam

al-Tusi al-Muhaddith Muhammad al-Hafiz al-Tijani Dicetak. 11 Risalah al-Mustarsyidin oleh Imam al-Muhasibi. al-Muhaddith ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah Dicetak. 12 Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam oleh Imam Ibn ‘Ajibah

al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Siddiq al-Ghumari 13 al-Ta‘arruf li

Mazhab Ahl al-Tasawwuf oleh Imam al-Kalabazi al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Siddiq al-Ghumari Dicetak.

3. Para ulama hadis kini wajar disaran agar dapat memberikan khidmat mereka secara ikhlas kepada kitab-kitab tasawuf yang belum ditakhrijkan hadis-hadisnya atau meneruskan tugas

menyempurnakan kerja-kerja ulama sebelumnya yang masih tergendala. Tugas ini mesti dilaksanakan secara saksama, jujur dan amanah. Ini bagi memudahkan masyarakat pembaca mengetahui status hadis-hadis yang terdapat di dalamnya dan mempraktikkan kaedah yang sesuai dalam berinteraksi dengannya.

4. Terdapat kitab-kitab tasawuf yang telah ditahkik, disenggara dan diterbitkan oleh ilmuwan kini yang mana usaha-usaha mereka patut dipuji. Namun yang mendukacitakan, terdapat di antara mereka yang bukan ahlinya, malah mereka yang memusuhi ahli tasawuf dan membawa agenda tertentu. Lantaran itu, kekeliruan dan salah faham yang ditimbulkan oleh mereka kepada masyarakat Islam lebih banyak berbanding penjelasan dan pemurnian. Sikap ‘biadap’ seperti ini boleh dianggap sebagai satu jenayah ilmu dan wajar dihentikan segera. Kebanyakan ulama telah pun bersepakat bahawa tasawuf merupakan suatu disiplin ilmu yang muktabar di dalam Islam.

5. Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din merupakan kitab terunggul dan terbesar di antara kitab-kitab tasawuf. Justeru, banyak tumpuan yang diberikan oleh para ulama terhadapnya. Banyak kitab tasawuf yang disusun kemudian hanya memetik hadis-hadisnya daripada kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din ini. Kewujudan hadis-hadis yang dikritik di dalamnya tidak mengurangkan asas kepentingannya bagi para murid atau salik yang hendak mendekatkan diri kepada Allah SWT.

RUJUKAN

- ‘Abd Halim Mahmud, 1973. Ustaz Sa’irin Harith al-Muhasibi, Mesir: Dar al-Kutub al-Hadithah.

- ‘Abd al-Latif Jassus, 2014. Najm min A‘lam ‘Ulama’ al-Salaf, Tangier, Morocco: Saliki Akhawain.

- Haji Khalifah, 1994. Kasyf al-Zunun. Beirut: Dar al-Fikr. - ‘Abd al-Hayy al-Hasani, 1999. Nuzhah al-Khawatir, Beirut:

Dar Ibn Hazm.

- Ibn ‘Ata’illah, 1992. Lata’if al-Minan. Kaherah: Dar al-Maarif. - Ibn Fahd, Taqiy al-Din. 1998. Lahz al-Alhaz bi Dhayl Tabaqat

al-Huffaz. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

- Ibn Jawzi, 1989. Talbis Iblis. Beirut: Dar Maktabah al-Hayah.

- Ibn Kathir, 1989. al-Bidayah wa al-Nihayah. cet. 5. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

- al-‘Iraqi, al-Mughni `an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar.

- Kahhalah, ‘Umar bin Reda. Mu‘jam al-Mu’allifin.

- Kattani, Muhammad ibn Ja‘far. 1993. Risalah al-Mustatrafah, Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.

- Kattani, ‘Abd Hayy, 1982. Fihris Faharis wa al-Athbat. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.

- Laknawi, ‘Abd Hayy. 1987. Raf‘ wa Takmil fi Jarh wa Ta‘dil, c. 3. Halab: Maktab Matbu‘at al-Islamiyyah.

- Mahmud Sa‘id Mamduh, 1986. Is‘af al-Mulihhin bi-Tartib Ahadith Ihya’ ‘Ulum Din. Beirut: Dar Basya’ir al-Islamiyyah.

- Mahmud Sa‘id Mamduh, 2009, Tazyin al-Alfaz bi Tatmim Zuyul Tazkirah al-Huffaz, Kaherah: Dar al-Basa’ir.

- Mahmud Sa‘id Mamduh, 2001, Musamarah al-Siddiq bi Ba‘d Ahwal Ahmad ibn al-Siddiq, al-Maktabah al-Makkiyyah. - Mahmud Sa‘id Mamduh, 2013, Tasynif Asma‘ bi Syuyukh

al-Ijazah wa al-Sama‘, t.p.

- Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, 1998. al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith, Kaherah: Dar al-Hadith.

- Muhasibi, Harith ibn Asad. 1988. Risalah al-Mustarsyidin, c. 5, tahkik : ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Halab : Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah & Kaherah : Dar al-Salam. - Murtadha al-Zabidi, 1989. Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. Beirut:

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

- Muslim, 2006. Sahih Muslim. Riyadh: Dar Tibah. - al-Sakhawi, al-Daw’ al-Lami‘ fi A‘yan al-Qarn al-Tasi‘. - Sakhawi, 1988. Takhrij Arba‘in Sulamiyyah fi

al-Tasawwuf. Beirut: al-Maktab al-Islami.

- al-Sya‘rani, 2005. Lawaqih al-Anwar al-Qudsiyyah fi al-‘Uhud al-Muhammadiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. - al-Subki, Taj al-Din. Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra,

- al-Tusi, 1960. al-Luma‘, ditahkik oleh Dr. ‘Abd al-Halim Mahmud dan Taha ‘Abd Baqi Surur. Mesir: Dar Kutub al-Hadithah.

- al-Zahabi, 1985, Siyar A`lam al-Nubala`, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

- al-Zahabi. 2000. al-Muqizah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith, tahkik : ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Kaherah : Dar al-Salam. - Zirikli, Khayr Din, 2002, A‘lam, cet. 15, Beirut: Dar

Dokumen terkait