KHIDMAT ULAMA HADIS TERHADAP KITAB-KITAB TASAWUF
Mohd. Khafidz Soroni Jabatan al-Quran dan al-Sunnah,
KUIS
Abstrak
Terdapat banyak karya yang telah disusun mengenai disiplin tasawuf di sepanjang sejarah Islam. Di antaranya, terdapat karya-karya yang dianggap sebagai sumber rujukan penting bagi disiplin tasawuf kerana susunan perbahasannya yang sistematik dan mengemukakan dalil-dalil di dalam perbincangannya. Namun, ulama hadis melihat dalil-dalil hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab berkenaan tidak semata-mata dipilih daripada hadis-hadis yang sahih, bahkan turut dimuatkan hadis-hadis yang tidak sahih. Justeru, muncul sebahagian ulama yang mengkritik kitab-kitab tersebut, bahkan menolaknya. Manakala sebahagian ulama lagi masih melihat kepentingan kitab-kitab berkenaan dan telah memberikan khidmat mereka terhadapnya, sama ada dengan mentakhrijkan hadis-hadis yang terdapat di dalamnya, mengindeks hadis-hadis tersebut atau mengemaskinikannya dan sebagainya. Artikel ini akan membincangkan secara ilmiah tentang khidmat yang telah diberikan oleh ulama hadis kepada kitab-kitab tasawuf bagi
membuktikan tentang kepentingan kerjasama dan integrasi antara disiplin hadis dan disiplin tasawuf di dalam pengajian Islam.
MUKADIMAH
Di sepanjang sejarah Islam, terdapat banyak karya yang telah disusun mengenai disiplin tasawuf dengan berbagai tahapnya, sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Di antaranya, terdapat karya-karya susunan ulama tasawuf yang dianggap sebagai sumber rujukan penting dalam disiplin ini kerana mengemukakan dalil-dalil di dalam perbincangannya. Meskipun demikian, karya-karya ini tidak terlepas daripada kritikan ulama hadis kerana mereka melihat dalil-dalil hadis yang terdapat di dalamnya tidak hanya terbatas kepada hadis sahih sahaja, bahkan turut diguna pakai hadis yang tidak mencapai syarat sahih.Malah, ada sebahagian mereka yang mengkritik dengan keras dan menolaknya. Bagaimanapun, kebanyakan para ulama secara umum memberi sambutan yang baik terhadap karya-karya ini dan kritikan-kritikan tersebut tidak mengurangkan sedikit pun nilai ilmiahnya. Ini kerana inti pati karya-karya berkenaan telah pun dipasak dengan dalil-dalil al-Quran dan sunnah yang jelas. Manakala hadis-hadis yang dikritik itu hakikatnya bukanlah yang dijadikan dasar atau asas utama dalam penghuraian di dalam disiplin tersebut. Melihat kepada kepentingannya, sebahagian ulama hadis telah memberikan khidmat mereka kepada karya-karya ini, sama ada dengan mentakhrijkan hadis-hadisnya, mengindeks hadis-hadisnya dan sebagainya. Usaha mereka telah menambahkan lagi nilai terhadap karya-karya ini dan menjadikannya lebih lengkap. Secara tidak langsung, ia membuktikan kepentingan kerjasama dan integrasi antara disiplin hadis dan disiplin tasawuf kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.Tidak benar jika ada yang
mendakwa, satu disiplin ilmu sahaja sudah memadai dan mampu untuk memenuhi semua keperluan dalam agama.
ANTARA AHLI HADIS DAN AHLI SUFI
Sejak kurun kedua Hijrah, golongan orang soleh (atau ahli sufi) sudah dilihat bersifat tasahul (longgar) dalam meriwayatkan hadis-hadis Nabi SAW. Misalnya, kritikan ahli hadis-hadis terhadap golongan orang soleh ini dapat dilihat pada kata-kata Imam Yahya bin Sa‘id al-Qattan, kata beliau:
حف مينححلِاَّصلا مرم ن ْملَ
مش
ْي
حف ْمُهْ نحم مبمذْكمأ ٍء
. حثيحدمْلِا
Kami tidak pernah melihat orang-orang soleh dalam sesuatu perkara, ada yang lebih berdusta daripada mereka dalam bab hadis.1
Meskipun kata-kata ini agak tajam, namun Imam Muslim mengulas: “Beliau menyatakan, pendustaan itu meniti di bibir mereka, namun mereka bukannya sengaja untuk berdusta”.2 menerangkan maksudnya: “Ini boleh membawa dua maksud/takwil, salah satunya ialah: mereka berbaik sangka dengan orang yang menyampaikannya kepada mereka, sedang mereka tidak dapat membezakan antara yang sahih dan yang daif. Dan kedua: yang dimaksudkan itu ialah orang yang menisbahkan diri kepada sifat soleh, sedangkan ia bukanlah orang yang soleh. Kalaulah ia orang yang soleh, nescaya ia akan berhati-hati dengan hadisnya dan takut berlaku penyelewengan...”
1Muslim, 2006. Sahih Muslim. Riyadh: Dar Tibah, no. Hadith 10.
2 Al-Hafiz Zain al-Din al-‘Iraqi, al-Ba‘ith ‘ala al-Khalas min Hawadith
al-Qussas, 806H; yang mengkritik setengah ahli sufi telah dijawab pula
oleh Syeikh ‘Ali bin Muhammad Ibn Wafa al-Maliki al-Syazili, al-Ba‘ith
Menurut Imam as-Sya‘rani: “Aku mendengar syeikh kami, Syeikhul Islam Zakariyya [al-Ansari]
للها هحمر
berkata: Sesungguhnya setengah muhaddithin mengatakan: ‘Orang yang paling dusta ialah para solihin’, adalah kerana kesejahteraan batin mereka begitu mengatasi sehingga mereka sentiasa bersangka baik dengan orang dan menyangka bahawa mereka itu tidak akan berdusta ke atas Rasulullah SAW. Maka, yang mereka maksudkan dengan ‘para solihin’ itu ialah golongan ahli ibadah yang tidak mempunyai penguasaan dalam ilmu balaghah. Justeru, mereka tidak dapat membezakan antara kalam kenabian dan yang selainnya, berbeza dengan para arifin. Sesungguhnya hal yang demikian tidaklah tersembunyi bagi mereka. Sehinggakan setengah mereka dapat mengenali suara baginda yang mulia berbanding yang lainnya dari balik hijab kerana ia adalah daripada bauan wangi Rasulullah SAW. Dan sesungguhnya Allah Taala telah mengurniakanku dapat membezakan kalam kenabian berbanding yang lainnya dari sudut kemanisan susunan bahasa yang ilmi, kerana tidak ada seorang pun yang mampu menandingi kefasihan Rasulullah Boleh jadi seseorang sahabat itu mendengar sesuatu daripada Rasulullah SAW, namun ia terlepas mengingati sesetengah lafaz, sedangkan maknanya jelas di dalam hatinya, lantas ia pun menyempurnakan hadis tersebut kepada kita dengan lafaznya sendiri. Namun, aku masih dapat mengenalinya dengan sebab kerapuhan susunan bahasanya. Boleh jadi juga setengah muhaddithin menyangka bahawa hadis tersebut adalah palsu. Walhal pemalsuan itu berlaku hanya pada satu lafaz atau yang seumpamanya, sedangkan asal hadis adalah sahih daripada Rasulullah SAW. Justeru, pelajarilah wahai saudaraku, ilmu hadis agar kamu dapat keluar dari terjerumus melakukan pendustaan ke atas Rasulullah SAW, walaupun tanpa niat.ملعأ لىاعت للهاو
”.3
3 Imam as-Sya‘rani juga dilihat agak tegas dalam hal periwayatan hadis
al-Secara umum, golongan orang soleh atau ahli sufi ini bukanlah golongan yang sengaja berdusta ke atas Rasulullah SAW. Para ulama sufi juga mempunyai beberapa metode periwayatan yang mungkin setengahnya tidak dipersetujui oleh para pengkritik
Qudsiyyah fi ‘Uhud Muhammadiyyah. Beirut: Dar Kutub
al-‘Ilmiyyah.: “Termetri perjanjian am ke atas kita daripada Rasulullah SAW agar kita tidak sambil lewa dalam meriwayatkan hadis, bahkan kita hendaklah memeriksa setiap hadis yang kita riwayatkan daripada Rasulullah SAW. Janganlah kita meriwayatkan daripada baginda melainkan jika kita mempunyai riwayat yang sahih dengannya. Kata Sayyidi ‘Ali al-Khawwas ىلاعت الله همحر: “Tidak sepatutnya bagi seorang faqih meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sebuah hadis melainkan jika ia mempunyai suatu tanda dengannya yang dapat diketahui melaluinya bahawa hadis itu adalah daripada sabdaan Rasulullah SAW, sama ada melalui jalan periwayatan atau pun melalui pertanyaannya sendiri kepada Nabi SAW mengenai hadis berkenaan dan kata baginda: ‘Ia adalah daripada sabdaanku’, secara yaqazah dan musyafahah. Ini semua bagi hadis yang daif melalui jalan periwayatan. Adapun hadis yang sahih dan baik melalui jalan muhaddithin, maka tidak perlu lagi bertanya kepada baginda SAW mengenainya”. Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya yang paling banyak terjerumus dalam mengkhianati perjanjian ini ialah golongan mutasawwifah yang tidak mempunyai penguasaan yang mantap di jalan ini. Maka, boleh jadi mereka meriwayatkan daripada Rasulullah SAW sesuatu yang bukan daripada sabdaan baginda kerana ketiadaan zauq dan kemampuan mereka membezakan antara kalam kenabian dan kalam yang selainnya. Sekiranya mereka itu dari kalangan para arifin, nescaya mereka dapat mengenali kalam kenabian itu dan dapat membezakannya daripada yang lain. Sesungguhnya sinaran cahaya kenabian itu tidak tersembunyi bagi orang yang ada cahaya di dalam hatinya. Aku pernah mendengar setengah mereka menghikayatkan kata-kata Abu Muhammad al-Kattani: ‘Aku telah melihat Nabi SAW, lalu aku berkata kepada baginda: Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah untukku agar Dia tidak mematikan hatiku. Lantas sabda baginda: Ucapkanlah setiap hari 40 kali: (تنأ لاإ هلإ لا مويق اي يح اي).’ Dan ia merupakan mimpi sahaja, namun tiba-tiba orang tersebut meriwayatkannya daripada baginda secara keliru bahawa baginda SAW telah mengatakannya kepada para sahabatnya dan (konon) telah diriwayatkan pula daripadanya oleh para imam huffaz. Ia merupakan suatu kekeliruan yang teruk. Kalaulah tidak aku yang memberitahunya hal tersebut, nescaya ia tidak mengetahuinya.”
seperti; harus meriwayatkan hadis secara makna sahaja kerana tidak wajib meriwayatkan hadis secara literal, harus menerima matan hadis yang zahirnya tidak bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan ijmak, hadis daif itu lebih utama berbanding pandangan akal dan juga qiyas, harus meriwayatkan hadis daif di dalam perkara selain daripada akidah dan ahkam, harus bersangka baik dengan para ulama yang telah merekodkan hadis-hadis berkenaan di dalam kitab-kitab mereka, dan sebagainya.
KITAB-KITAB TASAWUF DAN PANDANGAN
TERHADAPNYA
Berikut antara tokoh-tokoh sufi yang mana karya-karya mereka menjadi rujukan di dalam ilmu tasawuf, serta ulasan yang perlu mengenai karya-karya tersebut;
1. Imam al-Harith al-Muhasibi (w. 243H)
Beliau ialah Imam Abu ‘Abd Allah, Harith bin Asad al-Muhasibi. Antara tokoh sufi besar dari kalangan Salaf, dan alim dalam ilmu usul, tasawuf, muamalat dan lain-lain. Beliau lahir di Basrah dan meninggal dunia di Baghdad, Iraq. Beliau adalah guru kebanyakan penduduk Baghdad di zamannya. Beliau telah menyusun banyak karya berkaitan kezuhudan, usul al-din, kritikan terhadap Muktazilah, Rafidah dan lain-lain, ahkam dan sebagainya yang berjumlah sekitar 200 buah kitab. Antara karya-karya beliau; Adab Nufus, Syarh Ma‘rifah, Ba‘th wa Nusyur, Ri‘ayah li Huquq Allah ‘azza wajalla, Mu‘atabah Nafs, Kitab al-Tawahhum, Risalah al-Mustarsyidin dan lain-lain.4
4 al-Zirikli, Khayr al-Din, 2002, al-A‘lam, cet. 15, Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin, 31-88.
Pengaruh karya al-Muhasibi amat besar terhadap penulisan ulama tasawuf yang datang kemudian. Menurut al-‘Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari: “Pengaruh Imam al-Muhasibi ke atas Imam al-Ghazali amat besar. Sesungguhnya al-Ghazali telah memerapkan kitab al-Ri‘ayah ke dalam kitabnya al-Ihya’.” (Mukadimah Risalah al-Mustarsyidin oleh Syeikh Abu Ghuddah, h. 17)
Oleh kerana perbezaan aliran, karya-karya beliau pernah dikritik oleh sebahagian ahli hadis yang melihat segala ilmu itu hanya pada hadis dan sebarang penggunaan akal dalam mengembangkannya merupakan satu kesalahan. Imam Abu Zur‘ah al-Razi pernah ditanya tentang al-Harith al-Muhasibi dan kitab-kitabnya, lalu jawabnya kepada si penanya: “Waspadalah kamu terhadap kitab-kitab ini. Ia adalah kitab-kitab-kitab-kitab bidaah dan sesat. Hendaklah kamu berpegang dengan athar (hadis), sesungguhnya kamu akan menemui di dalamnya apa yang sudah mencukupi buatmu”. Ada pula yang membalas: “Dalam kitab-kitab ini terdapat ‘ibrah (pengajaran)”. Lantas katanya: “Siapa yang tiada baginya ‘ibrah pada Kitab Allah, maka tiada baginya ‘ibrah pada kitab-kitab ini. Apakah sampai kepada kamu bahawa Sufyan, Malik dan al-Awza‘i pernah mengarang kitab-kitab seperti ini tentang lintasan hati dan waswas? Alangkah cepatnya orang menuju kepada bidaah!” Imam Ahmad juga mengkritik al-Harith kerana beliau memasuki perbincangan ilmu kalam dan mengarang kitab mengenainya. (lihat Mukadimah Risalah al-Mustarsyidin oleh Syeikh Abu Ghuddah, h. 20-24)
Menurut Prof. Dr. ‘Abd Halim Mahmud, meskipun Imam al-Muhasibi bukan seorang mujtahid mutlak, namun beliau adalah mujtahid di dalam bidang kepakarannya (‘Abd al-Halim Mahmud, h. 140-141). Ini membuktikan bahawa perselisihan tentang manhaj ilmu tasawuf bukanlah sesuatu yang baru. Tidak semestinya kritikan pihak lawan diterima bulat-bulat tanpa menilainya dengan
ukuran yang saksama, adil dan seimbang berdasarkan keluasan neraca syarak.
Menurut Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, antara kritikan lain terhadap karya Imam al-Muhasibi ialah terdapatnya sejumlah hadis daif dan sedikit hadis mawdu’ yang dijadikan dalil. Sikap tasahul (longgar) ini turut mempengaruhi Imam Abu Talib al-Makki di dalam kitab Qut al-Qulub, Imam al-Ghazali di dalam kitab al-Ihya’ dan pengarang-pengarang kitab tasawuf yang lain. Namun secara umum, isi karya beliau masih tidak terkeluar dari jalan al-Quran, sunnah dan athar sahabat RA. Kata Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah: “Saya tidak melihat al-Muhasibi menulis atau bercakap melainkan pada perkara yang ada tuntutan amal di bawahnya”.5 2. al-Hakim al-Tirmizi (w. 320H)
Beliau ialah Abu ‘Abd Allah, Muhammad bin ‘Ali bin al-Hasan bin Bisyr al-Hakim al-Tirmizi. Seorang ahli sufi dan alim dalam ilmu hadis, usul dan lain-lain. Beliau dari kalangan penduduk Tirmiz, namun mereka kemudian mengusirnya keluar dari Tirmiz disebabkan sebahagian pandangannya yang tidak dipersetujui oleh mereka. Beliau kemudian berpindah ke Balakh dan menerima sambutan yang baik daripada penduduknya. Ketika itu, beliau telah berusia sekitar 90 tahun. Antara karya-karya beliau; Nawadir Usul fi Ahadith Rasul, Furuq, Riyadah, Adab Nafs, al-Manahi, al-Solat wa Maqasiduha, al-Masa’il al-Maknunah, al-‘Aql wa al-Hawa, Khatam al-Awliya’, dan lain-lain. (al-Zirikli, 6/ 272) Imam al-Syazili dan muridnya, Imam al-Mursi amat mengkagumi al-Hakim al-Tirmizi dan kata-kata beliau di sisi mereka mempunyai kedudukan yang amat istimewa sekali.6
5 Syeikh Abu Ghuddah, Mukadimah Risalah al-Mustarsyidin oleh, 25-26)
3. Imam Abu Nasr al-Sarraj (w. 378H)
Beliau ialah Abu Nasr, ‘Abd Allah bin ‘Ali al-Tusi al-Sarraj. Seorang yang alim lagi zuhud. Beliau merupakan syeikh golongan sufiyyah yang berpegang teguh dan berjalan di atas jalan sunnah. Antara karya beliau ialah kitab al-Luma‘, sebuah kitab rujukan yang penting di dalam ilmu tasawuf.7
4. Imam al-Kalabazi (w. 380H)
Beliau ialah Abu Bakr, Muhammad bin Ibrahim bin Ya‘qub al-Kalabazi al-Bukhari. Beliau adalah daripada penduduk Bukhara dan termasuk dalam kalangan para huffaz hadis. Antara karya beliau; Bahr al-Fawa’id atau Ma‘ani al-Akhbar yang mengandungi 592 buah hadis, al-Ta‘arruf li Mazhab Ahl al-Tasawwuf dan lain-lain.8
5. Imam Abu Talib al-Makki (w. 386H)
Beliau ialah Abu Talib, Muhammad bin ‘Ali bin ‘Atiyyah al-Harithi al-Makki. Seorang yang zuhud dan faqih. Beliau adalah daripada penduduk al-Jabal, yang terletak di antara Baghdad dan Wasit. Beliau mula dikenali di Makkah. Kemudian beliau berpindah ke Basrah, namun dituduh berfahaman Muktazilah. Seterusnya beliau tinggal di Baghdad dan menyampaikan ilmunya di sana sehinggalah meninggal dunia. Antara karya beliau; Qut al-Qulub, ‘Ilm al-Qulub, Arba‘un Hadithan dan lain-lain.9
Kata Imam as-Syazili: “Hendaklah kalian membaca al-Qut, sesungguhnya ia adalah makanan asas”. Kata beliau lagi: “Kitab
7 al-Zirikli, Khayr al-Din, 2002, al-A‘lam, cet. 15, Beirut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin, 4:104
8 Ibid, 5:295 9 Ibid, 6: 274.
Ihya’ mewariskan kepadamu ilmu, manakala kitab al-Qut mewariskan kepadamu nur”.10
6. Imam Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami (325 - 412H)
Beliau ialah Abu ‘Abd al-Rahman, Muhammad bin al-Husain bin Muhammad bin Musa al-Azdi al-Sulami al-Naysaburi. Lahir dan meninggal dunia di Naysabur. Beliau adalah syeikh golongan sufiyyah di zamannya. Beliau telah mengarang lebih daripada 100 buah kitab. Antaranya; Haqa’iq al-Tafsir, Tabaqat al-Sufiyyah, Manahij al-‘Arifin, al-Futuwwah, Adab al-Suhbah, ‘Uyub al-Nafs wa Mudawatuha, Adab al-Sufiyyah, al-Arba‘un fi al-Tasawwuf dan lain-lain. (al-Zirikli, 6/ 99).
Al-Hafiz al-Zahabi menyifatkannya sebagai: “al-Imam, al-Hafiz, al-Muhaddith, Syaikh Khurasan, Kabir al-Sufiyyah”. (al-Zahabi 1985, 17/ 247). Antara tuduhan berat terhadap beliau ialah memalsukan hadis, namun tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali kerana dilihat adanya unsur cemburu. Kata Khatib al-Baghdadi: Muhammad bin Yusuf al-Naysaburi al-Qattan pernah berkata kepadaku: “al-Sulami seorang yang tidak thiqah dan dia memalsukan hadis untuk golongan sufiyyah”. Namun, Khatib al-Baghdadi menyebut: “Kedudukan Abu ‘Abd al-Rahman di sisi orang negerinya adalah tinggi, di samping itu beliau merupakan seorang yang teliti serta periwayat hadis.” Al-Taj al-Subki mengulas: “Kata-kata al-Khatib padanya itulah yang benar, dan Abu ‘Abd al-Rahman merupakan seorang yang thiqah dan kritikan padanya itu tidak perlu diambil kira sama sekali”. (al-Subki, 3/61)
7. Imam Abu Sa‘d al-Malini (w. 412H)
Beliau ialah Abu Sa‘d, Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin ‘Abdullah al-Ansari al-Harawi al-Malini. Seorang ahli hadis dan ahli sufi. Banyak melakukan pengembaraan dalam menuntut ilmu. Beliau berasal dari Harah dan wafat di Mesir. Antara karya beliau; Kitab Arba‘in fi Syuyukh Sufiyyah, Mu’talaf wa al-Mukhtalaf dan lain-lain.11
8. Imam Abu Nu‘aim al-Asbahani (336 - 430H)
Beliau ialah Abu Nu‘aim, Ahmad bin ‘Abdullah bin Ahmad al-Asbahani. Seorang ahli hadis lagi hafiz dan juga ahli sufi. Lahir dan wafat di Asbahan. Antara karya beliau; Hilyah al-Awliya’ wa Tabaqat al-Asfiya’ (dalam 10 juzuk), Ma‘rifah al-Sahabah, Dala’il al-Nubuwwah, Zikr Akhbar Asbahan, dan sebagainya.12
Antara karya beliau yang menjadi rujukan dalam disiplin tasawuf ialah Hilyah al-Awliya’ wa Tabaqat al-Asfiya’ dan Kitab al-Arba‘in ‘ala Mazhab al-Mutahaqqiqin min al-Sufiyyah, yang menerangkan 40 usul golongan sufi berdasarkan dalil hadis dan athar.
9. Imam al-Qusyairi (376 - 465H)
Beliau ialah Abu al-Qasim, ‘Abd al-Karim bin Hawazin bin ‘Abd al-Malik bin Talhah al-Naysaburi al-Qusyairi, nisbah kepada Bani Qusyair ibn Kaab. Beliau adalah Syeikh Khurasan di zamannya. Seorang yang zuhud dan alim mengenai ilmu agama. Tinggal di Naysabur sehinggalah beliau meninggal dunia. Sultan Alab Arsalan amat menghormati dan memuliakannya. Antara karya beliau;
11 al-Zirikli, Khayr al-Din, 2002, al-A‘lam, 1: 211. 12 Ibid, 1: 157.
Taysir fi Tafsir atau Tafsir Kabir, Lata’if Isyarat dan al-Risalah al-Qusyairiyyah.13
Kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah sentiasa dibaca dan ditelaah sepanjang zaman. Antaranya seperti yang dapat dilihat pada cerita Syeikh Makin al-Din al-Asmar katanya: “Aku pernah hadir di Mansurah (Mesir) di sebuah khemah yang di dalamnya ada Syeikh Imam Mufti al-Anam ‘Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam, Syeikh Majduddin bin Taqiyyuddin ‘Ali bin Wahb al-Qusyairi al-Mudarris, Syeikh Muhyiddin Ibn Suraqah, Syeikh Majduddin al-Akhmimi dan Syeikh Abu al-Hasan as-Syazili,
مهنع للها يضر
, dan Risalah al-Qusyairi sedang dibacakan kepada mereka. Mereka semua bercakap memberi ulasan, sedangkan Syeikh Abu al-Hasan diam sahaja sehinggalah mereka semua selesai berkata-kata. Lalu mereka berkata: “Ya sayyidi, kami ingin sekali mendengar daripadamu”. Jawab beliau: “Kamu semua adalah pemuka-pemuka dan pembesar-pembesar zaman ini, dan cukuplah kamu semua sudah pun bercakap”. Balas mereka: “Tidak boleh tidak, kami ingin mendengar daripadamu”. Lalu syeikh pun diam seketika. Kemudian, beliau pun berbicara dengan rahsia-rahsia yang ajaib dan ilmu-ilmu yang tinggi. Lantas, Syeikh ‘Izz al-Din pun bangun serta keluar daripada ruang khemah dan meninggalkan tempatnya seraya berkata: “Dengarlah kamu sekalian kata-kata yang jarang didengar lagi baru munculnya daripada Allah!”.14
13 Ibid, 4: 57.
10. Imam al-Ghazali (450 - 505H)
Beliau ialah Abu Hamid, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tusi. Seorang alim dan sufi terulung yang terkenal dengan gelaran Hujjah al-Islam. Lahir dan wafat di Tus, Khurasan. Beliau pernah mengembara ke Naysabur, Baghdad, Hijjaz, Syam dan Mesir. Beliau telah mengarang kira-kira 200 buah kitab, antaranya; Ihya’ ‘Ulum Din, Tahafut Falasifah, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, al-Munqiz min al-Dalal, Bidayah al-Hidayah, Jawahir al-Quran, Fada’ih al-Batiniyyah, Minhaj al-‘Abidin, Iljam ‘Awwam ‘an ‘Ilm Kalam, Mustasfa min ‘Ilm Usul, al-Wajiz, al-Wasit, al-Basit, Yaqut al-Ta’wil fi Tafsir al-Tanzil dan lain-lain.15
Kitab beliau, Ihya’ ‘Ulum al-Din merupakan karyanya yang paling masyhur dan dikagumi oleh ramai orang sepanjang zaman. Meskipun demikian, ia juga tidak terlepas daripada kritikan. Antara kritikan terhadap kitab tersebut;
- Kata al-Hafiz Ibn al-Jawzi (w. 597H): “Beliau memenuhi kitabnya dengan hadis-hadis yang batil yang beliau tidak tahu kebatilannya”.16
- Imam Zahabi (w. 748H) menyebut: “Adapun kitab al-Ihya’, maka terdapat di dalamnya sejumlah hadis-hadis yang batil. Terdapat juga di dalamnya kebaikan yang banyak, kalaulah bukan kerana apa yang terkandung di dalamnya daripada adab, resam dan kezuhudan yang diambil daripada golongan hukama’ dan ahli sufi yang menyeleweng...”.17
- Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) menyatakan: “Adapun yang dianggap aib pada al-Ihya’ ialah disebabkan kelemahan sebahagian hadis-hadisnya, ini kerana
15 al-Zirikli, Khayr al-Din, 2002, al-A‘lam, 7: 22.
16 Ibn al-Jawzi, 1989. Talbis Iblis. Beirut: Dar Maktabah al-Hayah, 190.
Ghazali diketahui beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis”.18
- Imam Ibn Kathir (w. 774H) berkata: “Di dalamnya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu”19
al-Hafiz Murtadha al-Zabidi di dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin telah memberikan beberapa faktor keuzuran mengapa hal ini berlaku. Antaranya yang dapat dirumuskan:
- Harus meriwayatkan hadis secara makna sahaja kerana meriwayatkan hadis secara literal tidaklah wajib baginya. - Terdapat perselisihan ulama mengenai al-jarh wa al-ta‘dil
pada para perawi hadis dan ini menyebabkan berlakunya perbezaan pandangan dalam menghukum sesuatu hadis. - Matan hadis-hadis berkenaan tidak bercanggah dengan
al-Quran, sunnah dan juga ijmak.
- Hadis daif lebih utama berbanding pandangan akal dan qiyas.
- Hadis-hadis tersebut tidak masyhur disebut-sebut sebagai palsu di zamannya kecuali yang zahirnya jelas bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan ijmak.
- Harus meriwayatkan hadis daif di dalam bab selain daripada akidah dan ahkam.
- Bersangka baik dengan para ulama yang telah merekodkan hadis-hadis berkenaan di dalam kitab-kitab mereka, yang mana beliau telah menukilkannya daripada kitab-kitab tersebut.20
Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, bilangan hadis-hadis dalam Ihya’ `Ulum al-Din ialah 4,848 buah hadis.21 Ini berpandukan
18 al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/249
19 Ibn Kathir, 1989. Bidayah wa Nihayah. cet. 5. Beirut: Dar Kutub al-‘Ilmiyyah, 12: 214
20 Murtadha Zabidi, 1989. Ithaf Sadah Muttaqin. Beirut: Dar Kutub al-‘Ilmiyyah, 1: 65-69.
21 Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, 1998. al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith, Kaherah: Dar al-Hadith.
kepada indeks Is‘af Mulihhin bi-Tartib Ahadith Ihya’ ‘Ulum al-Din susunan Dr. Mahmud Sa‘id Mamduh yang menyusun semula hadis-hadis yang ditakhrij oleh al-Hafiz al-‘Iraqi (w. 806H) dalam al-Mughni `an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar. Bilangan tersebut belum termasuk sejumlah kecil hadis yang tidak ditakhrijkan oleh al-‘Iraqi.
Jika Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) mengira sebanyak 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya.22 Maka, bakinya sebanyak 3,905 hadis masih mempunyai sanad antara sahih, hasan dan daif. Jumlah ini masih dianggap jumlah yang besar. Malah, antara 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya oleh Taj al-Din al-Subki itu ada yang ditemukan sanadnya kemudian oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dan al-Hafiz Murtadha al-Zabidi. Walaupun statusnya juga ada yang diperselisihkan antara sahih, hasan, daif atau mawdu‘. (Lihat: Dr. Muhammad ‘Aqil Mahdali, Imam Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith)
Keupayaan Imam al-Ghazali memuatkan lebih 4,800 buah hadis di dalam kitabnya menunjukkan pengetahuannya yang luas tentang teks hadis. Boleh dikatakan, tidak ada kitab tasawuf yang mengandungi jumlah hadis sebanyak itu. Dakwaan bahawa Imam al-Ghazali hanya menceduk hadis-hadis tersebut daripada kitab-kitab fiqh dan tasawuf barangkali dapat dipertikaikan. Ini mengukuhkan pendapat bahawa beliau juga telah memetik hadis-hadisnya secara langsung daripada sumber-sumber hadis itu sendiri (Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, h. 74 & 118).
Sewajarnya setiap pembaca kitab Ihya’ `Ulum al-Din berhati-hati dalam memetik hadis-hadisnya dan menelitinya menerusi takhrij al-Hafiz al-`Iraqi dan al-al-Hafiz Murtadha al-Zabidi. Hakikatnya, sebahagian besar hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din adalah sahih
dan hasan, serta daif yang dapat diterima dalam bab fada’il amal (kelebihan-kelebihan amalan). Bukan kesemuanya atau sebahagian besarnya hadis daif dan munkar seperti yang dibayangkan oleh sesetengah orang. Imam al-Ghazali sewajarnya lebih diberi keuzuran kerana konsep kitab Ihya’ `Ulum al-Din ialah fada’il amal, bukannya ahkam atau akidah. Sekurang-kurangnya hadis daif masih dapat diamalkan dalam bab fada’il amal. Berbanding setengah ulama yang menyusun kitab ahkam atau akidah, tetapi memuatkannya dengan hadis-hadis yang daif dan munkar.
11. Imam ‘Abdul Qadir al-Jailani (471 - 561H)
Beliau ialah Abu Muhammad, ‘Abd al-Qadir bin Musa bin ‘Abd Allah bin Janki Dusat Hasani Jailani/ atau Kailani/ atau al-Jili. Salah seorang tokoh sufi besar, pembangun Tariqat Qadiriyyah. Lahir di Jailan dan kemudian berpindah ke Baghdad pada tahun 488H. Beliau berguru dengan ramai guru fiqh, tasawuf dan lain-lain sehinggalah beliau berkelayakan untuk mengajar dan berfatwa di Baghdad pada tahun 528H. Beliau juga terkenal dengan majlis-majlis ceramahnya yang luar biasa dan meninggal dunia di Baghdad. Antara karya beliau; al-Ghunyah li Talib Tariq al-Haqq, al-Fath al-Rabbani, Futuh al-Ghaib, Jala’ al-Khatir dan lain-lain. (al-Zirikli, 4/ 47)
12. Imam as-Suhrawardi (539 - 632 H)
Beliau ialah Abu Hafs, ‘Umar bin Muhammad bin ‘Abd Allah bin ‘Amuyah al-Qurasyi al-Taymi al-Bakri al-Suhrawardi. Seorang faqih mazhab Syafi‘i, mufassir dan sufi. Lahir di Suhraward dan meninggal dunia di Baghdad. Beliau merupakan Syeikh Syuyukh Baghdad di zamannya. Khalifah pernah menghantarnya sebagai utusan ke beberapa negara. Antara karya beliau; ‘Awarif al-Ma‘arif, Nughbah al-Bayan fi Tafsir al-Quran, Jazb al-Qulub ila
Muwasalah al-Mahbub, Masyyakhah dan lain-lain. (al-Zirikli, 5/ 62)
Ulasan Umum:
Demikian sebahagian tokoh-tokoh penting yang mana kitab-kitab mereka telah mewarnai dan mencorakkan disiplin tasawuf di dalam pengajian Islam. Sebahagiannya dianggap kitab-kitab penting yang menjadi rujukan asas dalam ilmu tasawuf. Tanpa menafikan bahawa masih banyak lagi di sana kitab-kitab lain yang menjadi rujukan, namun sesetengahnya mempunyai aras yang agak tinggi seperti kitab-kitab Syeikh Ibn ‘Arabi (560 - 638H).23
Meskipun disiplin tasawuf diiktiraf dalam kerangka Ahlus Sunnah wal Jamaah, namun kritikan-kritikan daripada aliran yang berbeza masih tetap berterusan. Misalnya, Syeikh Ibn Taimiyyah, al-Zahabi serta yang mengikuti mereka hinggalah ke hari ini, meskipun tidak menolak semua ahli sufi, namun mereka mengkritik keras ahli sufi yang dilihat oleh mereka sebagai sesat, seperti Syeikh Ibn ‘Arabi dan yang seumpamanya.
Al-Hafiz al-Zahabi (w. 748H) dalam al-Mizan mengulas: “Manakah orang yang seumpama al-Harith? Bagaimanakah kalau Abu Zur‘ah melihat karangan-karangan orang mutaakhirin seperti al-Qut oleh Abu Talib (al-Makki)? Manakah kitab yang seumpama al-Qut? Bagaimanakah kalau dia melihat kitab Bahjah al-Asrar
23 Nama penuhnya Muhyi al-Din Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad ibn
al-‘Arabi al-Hatimi al-Ta’i al-Andalusi. Terkenal dengan nama Ibn ‘Arabi (tanpa al-) dan digelar al-Syaykh al-Akbar. Lahir di Mursiah, Andalus. Beliau telah mengembara ke Syam, Rom, Iraq dan Hijjaz. Akhirnya tinggal di Dimasyq dan meninggal dunia di sana. Beliau telah mengarang kira-kira 400 buah kitab. Antaranya: Futuhat Makkiyyah, Fusus
al-Hikam, Ruh al-Quds, Syarh Asma’ Allah al-Husna, al-Yaqin dan lain-lain.
oleh Ibn Jahdham dan Haqa’iq al-Tafsir oleh al-Sulami, nescaya akan terbanglah jiwanya. Bagaimanakah kalau dia melihat karangan-karangan Abu Hamid (al-Ghazali) mengenainya, di samping banyaknya hadis-hadis palsu yang terdapat di dalam al-Ihya’? Bagaimanakah kalau dia melihat kitab al-Ghunyah oleh Syeikh ‘Abdul Qadir (al-Jailani)? Bagaimanakah kalau dia melihat Fusus al-Hikam dan al-Futuhat al-Makkiyyah (oleh Ibn ‘Arabi)? Bahkan... tatkala al-Harith merupakan lisan kaum sufi pada zaman itu, orang yang sezaman dengannya adalah seribu imam dalam bidang hadis, di kalangan mereka ada seumpama Ahmad bin Hanbal dan Ibn Rahuyah. Dan tatkala yang menjadi imam-imam hadis adalah seumpama Ibn al-Dakhmisi dan Ibn Syahanah, qutb para arifin pula adalah seperti pengarang kitab al-Fusus (Ibn ‘Arabi) dan Ibn Sab‘in...”
Imam Laknawi dalam Raf‘ wa Takmil fi Jarh wa al-Ta‘dil memberi komentar terhadap pendirian al-Hafiz al-Zahabi seperti berikut: “Antaranya ialah hukum daif (jarh) al-Zahabi dalam kitab al-Mizan, Siyar A‘lam al-Nubala’ dan lain-lain karya beliau terhadap ramai ahli sufi dan wali-wali ummah. Maka, janganlah kamu mengambil kira dengannya selagi kamu tidak menemui ada selain beliau dari kalangan tokoh-tokoh yang sederhana dan imam-imam yang adil bersetuju dengannya. Demikian kerana telah diketahui dengan adat kebiasaan al-Zahabi - disebabkan kehidupan zuhudnya, sifat warak dan berhati-hatinya yang tinggi, serta jauhnya beliau dari pancaran cahaya-cahaya tasawuf dan ilmu ladunni - beliau mencela tokoh-tokoh besar ahli sufi yang murni dan agak sempit pertimbangannya untuk memuji kumpulan yang terselamat ini, sebagaimana yang tidak lagi tersembunyi pada sesiapa pun yang telah menelaah kitab-kitabnya. Hal ini juga telah dinyatakan oleh Mu’arrikh ‘Abdullah bin As‘ad Yafi‘i al-Yamani dalam Mir’ah al-Jinan pada banyak tempat di dalam kitabnya… Ini disokong lagi oleh kata-kata ‘Abdul Wahhab Sya‘rani dalam Yawaqit wa Jawahir fi Bayan ‘Aqa’id
al-Akabir: Di samping, al-Hafiz al-Zahabi termasuk dalam kalangan orang yang paling mengingkari Syeikh Muhyiddin Ibn al-‘Arabi dan juga kumpulan ahli sufi, beliau dan Ibn Taimiyyah.”
Kewujudan hadis-hadis yang dikritik dalam kitab-kitab tasawuf pula hakikatnya tidak mengurangkan sedikit pun kepentingan dan nilai ilmiahnya kerana inti pati kitab-kitab berkenaan telah dipasak dengan dalil-dalil umum yang kukuh daripada al-Quran dan hadis. Tambahan pula, banyak hadis yang dikritik itu bukanlah hujah utama di dalam topik-topik yang dibicarakan di dalam kitab-kitab berkenaan. Jika ada hadis lemah yang dijadikan sandaran dalil sekali pun, ia masih boleh digantikan dengan hadis lain yang lebih kuat. Maka, kedudukan kitab-kitab tersebut sebagai sumber rujukan utama dan penting di dalam disiplin tasawuf masih kukuh dan releven.
Justeru, amat wajar kita berhati-hati dan berfikir dengan dalam sebelum bebas mengkritik. Al-Hafiz Zahabi sendiri di dalam al-Muqizah menukilkan daripada Imam Ibn Daqiq al-‘Id (w. 702H) katanya: “Antaranya – dalam meneliti hukum jarh – ialah perselisihan yang berlaku antara ahli tasawuf dan ahli ilmu zahir. Pernah berlaku antara mereka pergeseran yang menyebabkan kritikan sebahagian mereka pada sebahagian yang lain. Kerumitan ini tiada yang akan dapat terlepas daripadanya kecuali orang alim yang bersedia lengkap dengan sokongan-sokongan syariat. Saya tidak bataskan hal itu hanya pada pengetahuan tentang ilmu furu‘ (cabang-cabang ilmu) kerana kebanyakan hal ehwal golongan yang hak dari kalangan ahli sufi tidak memadai semata-mata ilmu furu‘ untuk membezakan yang haknya dari yang batilnya. Bahkan, tidak boleh tidak perlu mengetahui kaedah-kaedah usul, membezakan antara yang wajib dan harus serta antara yang mustahil secara akal dan mustahil secara adat. Dan ia merupakan suatu tahap yang berbahaya, kerana orang yang mencela ahli sufi yang hak itu akan termasuk dalam hadis: ‘Barangsiapa yang memusuhi seorang
wali-Ku, maka sesungguhnya ia telah mencabar-Ku untuk berperang...’. Manakala orang yang meninggalkan dari mengingkari perkara batil yang ia dengar daripada sesetengah mereka pula bermakna ia meninggalkan amalan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran...”.
KHIDMAT ULAMA HADIS TERHADAP KITAB-KITAB TASAWUF
Kritikan yang selalu ditujukan kepada kitab-kitab tasawuf ialah terdapat banyak hadis-hadis daif, tiada asal dan palsu di dalamnya. Atas konsep bersangka baik, hadis-hadis di dalam karya-karya tersebut juga terus ‘mengalir’ ke dalam karya-karya tasawuf yang dikarang sesudahnya. Hal ini telah mendorong sebahagian ulama yang mempunyai kepakaran hadis untuk memberikan khidmat mereka kepada karya-karya berkenaan, khususnya dalam usaha mentakhrijkan hadis-hadis yang terdapat di dalamnya serta menjelaskan kedudukannya. Antara yang dapat disenaraikan berdasarkan kajian dan penelitian ialah;
1. al-Hafiz al-‘Iraqi (725 - 806H)
Beliau ialah al-Hafiz Abu al-Fadl, ‘Abd al-Rahim bin al-Husain bin ‘Abd al-Rahman al-‘Iraqi. Salah seorang daripada huffaz hadis besar. Lahir di Irbil dan kemudian mengikut bapanya berpindah ke Mesir. Beliau pernah mengembara ke Hijjaz, Syam dan Palestin. Kemudian kembali ke Mesir dan meninggal dunia di Kaherah. Antara karya beliau; al-Alfiyyah fi Mustalah al-Hadith, syarahnya Fath al-Mughith, al-Tahrir fi Usul al-Fiqh, Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid dan lain-lain. (al-Zirikli, 3/ 344)
Beliau telah mentakhrijkan hadis-hadis kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din oleh Imam al-Ghazali dalam tiga versi;
i. versi detail yang dinamakan Ikhbar al-Ahya’ bi Akhbar al-Ihya’ atau at-Takhrij al-Kabir di dalam 4 jilid. Diselesaikan drafnya pada tahun 751H.
ii. versi sederhana yang dinamakan al-Kasyf al-Mubin ‘an Takhrij Ihya’ ‘Ulum al-Din. Namun, beliau hanya sempat menulis sedikit sahaja daripadanya.
iii. versi ringkas yang dinamakan Mughni `an Haml Asfar fi Asfar fi Takhrij ma fi Ihya’ min al-Akhbar. (Ibn Fahd, h. 150)
Versi ringkas itu yang sering dicetak bersama-sama dengan kitab Ihya’.24 Beliau telah menyandarkan setiap hadis kepada sumber asalnya serta menyatakan kedudukannya sama ada sahih, hasan, daif, bukan hadis dan sebagainya. Takhrij al-‘Iraqi amat memberi manfaat kepada penelaah kitab Ihya’ bagi mengenal pasti status hadis-hadisnya. Ada juga hadis-hadis yang tidak dapat ditakhrijkan oleh beliau. Muridnya, al-Hafiz Ibn Hajar telah mentakhrijkan hadis-hadis tersebut di dalam sebuah kitab khusus. (Haji Khalifah, Kasyf al-Zunun). Begitu juga al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha di dalam kitabnya Tuhfah al-Ahya’ bi ma Fata min Takharij Ahadith al-Ihya’.
Takhrij ‘Iraqi juga telah diringkaskan oleh Imam Taqiy Din al-Hisni al-Dimasyqi (752 - 829 H),25 sebagaimana yang disebut oleh
24 Selain dicetak bersama-sama kitab al-Ihya’, takhrij al-‘Iraqi turut
diterbitkan secara berasingan berserta takhrij Taj al-Din al-Subki dan takhrij Murtadha al-Zabidi oleh Mahmud al-Haddad al-Misri di dalam 7 juzuk dan dicetak oleh Dar al-‘Asimah pada tahun 1408H. Juga diterbitkan secara berasingan oleh Maktabah Tabariyyah, Riyadh pada tahun 1995 di dalam 3 jilid, termasuk satu jilid fihris dengan disenggara oleh Asyraf ‘Abd al-Maqsud. Bilangan hadis-hadisnya ialah 4,613.
25 Beliau ialah Taqiy Din, Abu Bakr bin Muhammad bin ‘Abd
Ibn Qadi Syahbah dalam Tabaqat al-Syafi‘iyyah (4/77): “Beliau telah meringkaskan Takhrij Ahadith al-Ihya’ di dalam satu jilid”. Manakala Syeikh Zayn Din Ibn Syaykh Khalil Qabuni al-Dimasyqi (w. 869H) telah membuat hasyiah (anotasi) terhadap takhrij tersebut.
2. al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha (802 - 879H)
al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha al-Hanafi al-Misri merupakan antara tokoh besar dalam mazhab Hanafi. Beliau lahir dan wafat di Kaherah, Mesir. Antara karya beliau; Taj Tarajim fi ‘Ulama’ al-Ahnaf, Taqwim al-Lisan, Nuzhah al-Ra’id fi Adillah al-Fara’id, Syarh Mukhtasar al-Manar dan sebagainya. (al-Zirikli, 5/ 180)
Beliau agak prolifik dalam mentakhrijkan hadis-hadis pelbagai kitab ilmiah, termasuk sejumlah karya tasawuf. Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf ialah mentakhrijkan hadis-hadis kitab berikut;
i. Kitab Bidayah al-Hidayah oleh Imam al-Ghazali. ii. Kitab Minhaj al-‘Abidin oleh Imam al-Ghazali. iii. Tuhfah Ahya’ bi ma Fata min Takharij Ahadith
al-Ihya’.
iv. Kitab ‘Awarif al-Ma‘arif oleh Imam al-Suhrawardi (al-Daw’ al-Lami‘, 6/186)
v. Kitab al-Nasihah al-Kafiyah oleh Imam Zarruq al-Fasi, tokoh besar sufi yang sezaman dengan beliau. (al-Kattani, al-Risalah al-Mustatrafah, Fihris al-Faharis 1/343)
dunia di Dimasyq. Seorang faqih mazhab Syafii, lagi seorang yang warak. Beliau telah mengarang banyak karya yang bermanfaat, antaranya;
Kifayah al-Akhyar, Daf‘ Syubah Man Syabbaha wa Tamarrada wa Nasaba Zalik ila al-Imam Ahmad, Tanbih al-Salik ‘ala Mizan al-Mahalik, Qam‘ al-Nufus dan lain-lain. (al-Zirikli 2/69)
Bagaimanapun, kebanyakan kitab tersebut hanya dapat diketahui judulnya sahaja dan belum dapat ditelaah kerana masih belum diterbitkan.
3. al-Hafiz al-Sakhawi (831 - 902H)
Beliau ialah Muhammad bin ‘Abd Rahman bin Muhammad al-Sakhawi, nisbah kepada Sakha, sebuah kampung di Mesir. Seorang ahli hadis dan ahli sejarah yang masyhur. Lahir di Kaherah dan wafat di Madinah. Beliau telah mengarang lebih kurang 200 buah karya. Antaranya; al-Daw’ al-Lami‘ fi A‘yan al-Qarn al-Tasi‘, Syarh Alfiyyah Hadith, Maqasid Hasanah, Qawl al-Badi‘, al-Jawahir al-Mukallalah fi al-Akhbar al-Musalsalah dan lain-lain. (al-Zirikli, 6/ 194)
Beliau telah mentakhrijkan hadis-hadis kitab al-Arba‘in oleh Imam Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami. Beliau memberinya judul Takhrij al-Arba‘in al-Sulamiyyah fi al-Tasawwuf. Berdasarkan penelitian penulis, hasil rumusan takhrij al-Sakhawi adalah seperti berikut;
Bil. Status Jumlah
1 Hadis bersanad sahih (boleh dijadikan hujah)
6
2 Hadis bersanad hasan dan hasan li-ghairih (boleh dijadikan hujah)
16
3 Hadis bersanad daif (boleh dalam bab fada’il amal dan seumpamanya)
11
4 Hadis bersanad sangat daif 2 5 Hadis berkemungkinan palsu 2
6 Athar (sebagai riwayat sampingan/sokongan)
3
Jumlah 40
Al-Sakhawi turut merekodkan di dalam kitabnya al-Daw’ al-Lami‘ fi A‘yan al-Qarn al-Tasi‘ (8/16) bahawa beliau ada mentakhrijkan hadis-hadis kitab al-Ghunyah yang dinisbahkan kepada Imam ‘Abd al-Qadir al-Jailani dan diberi judul al-Bughyah. Namun, beliau hanya baru menulis sedikit sahaja daripadanya. Ertinya kitab ini belum diselesaikan dan kemungkinan beliau meninggal dunia sebelum sempat menyempurnakannya.
4. Syeikh ‘Ali bin Hasan al-Hanafi (Ulama Kurun Ke-11) Nama Syeikh ‘Ali bin Hasan bin Sadaqah Misri, Yamani al-Hanafi memang jarang didengari dan hanya sedikit maklumat yang diketahui. Beliau merupakan imam Masjid Muhammad Agha dan terkenal dengan panggilan Imam Biram Basya. Salah seorang tokoh ulama dalam kurun ke-11 Hijrah.
Beliau telah mentakhrijkan hadis-hadis kitab Tariqah Muhammadiyyah karangan Syeikh Muhammad bin Bir‘ali al-Barkawi.26 Kitab takhrijnya diberi judul Idrak al-Haqiqah fi Takhrij
Ahadith al-Tariqah. Beliau telah menyelesaikannya pada tahun 1050H. Meskipun penulis belum dapat menelaah kitab ini, namun kata-kata Haji Khalifah: “Ia merupakan kitab yang berfaedah dan
26 Beliau ialah Muhammad bin Bir‘ali al-Barkawi al-Hanafi, yang masyhur
dengan panggilan Birkali (929 - 981H). Seorang ahli sufi, faqih, mufassir dan muhaddith. Beliau telah menghasilkan banyak kitab seperti
al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi al-Maw‘izah, Syarh Lubb al-Albab, Dafi‘ah al-Mubtadi‘in, Inqaz al-Halikin, al-Arba‘un fi al-Hadith dan
lain-lain. (Kahhalah, 9/123-124). Kitabnya al-Tariqah al-Muhammadiyyah amat terkenal dan telah diulas oleh ramai ulama.
bermanfaat”, menunjukkan ia sebuah kitab yang baik. (Haji Khalifah, 2/ 1112)
5. Syeikh Abu al-Hasan al-Huraisyi (1042 - 1143H)
Syeikh Abu Hasan, ‘Ali bin Ahmad bin Muhammad Maliki al-Huraisyi al-Fasi. Lahir di Fas, Maghribi, kemudian berpindah ke Madinah dan meninggal dunia di sana. Antara karya beliau; Syarh Syifa’, Syarh Muwatta’, Ikhtisar Nafh Tayyib, Ikhtisar al-Isabah, Ikhtisar al-La’ali’ al-Masnu‘ah dan lan-lain. (al-Zirikli, 4/ 259)
Syeikh Abu al-Hasan al-Huraisyi telah mentakhrijkan hadis-hadis kitab al-Nasihah al-Kafiyah oleh Imam Zarruq al-Fasi. Maklumat mengenai kitab ini amat terhad. Bagaimanapun, menurut Imam Muhammad bin Ja‘far Kattani (w. 1345H) di dalam kitab al-Risalah al-Mustatrafah (h. 190): “... Tetapi kebanyakan rujukan beliau di dalam kitab tersebut hanyalah kepada dua kitab al-Jami‘ susunan al-Suyuti (iaitu al-Jami‘ al-Kabir dan al-Jami‘ al-Saghir)”. Bermakna takhrij hadis yang dibuat hanya merujuk kepada sumber-sumber sekunder dan bukannya terus kepada sumber-sumber-sumber-sumber primer.
6. Syeikh Burhan al-Din al-Sayyadi (1096 - 1146 H)
Beliau ialah Burhan al-Din, Husayn bin ‘Abd al-‘Allam bin ‘Abdullah al-Rib‘i al-Sayyadi. Lahir dan membesar di Basrah, Iraq. Kemudian berpindah ke Baghdad pada tahun 1113H. Seorang alim yang terkenal di zamannya sebagai soleh dan sufi. Antara karya beliau; al-Itqan fi ‘Ilm Tajwid al-Quran, al-Sirat al-Aqwam tentang Israk dan Mikraj, Halah Ahl al-Haqiqah dan lain-lain. (al-Zirikli 2/241)
Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf ialah mentakhrijkan hadis-hadis kitab Ihya’ ‘Ulum Din oleh Imam al-Ghazali. Namun, al-Zirikli hanya menyebut judulnya demikian; Takhrij Ahadith al-Ihya’ dan tidak diketahui sebarang maklumat lanjut mengenainya, apakah ia ringkasan atau saduran daripada takhrij al-‘Iraqi atau sebuah karya takhrij yang berasingan?
7. al-Hafiz Murtadha al-Zabidi (1145 - 1205 H)
Beliau ialah al-Hafiz Abu al-Fayd, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Husaini al-Zabidi, yang digelar Murtada. Beliau berasal dari Wasit, Iraq. Lahir di Belgram, India, dan membesar di Zabid, Yaman. Kemudian berpindah ke Hijjaz dan akhirnya beliau menetap di Mesir. Namanya masyhur menjadi sebutan orang di zamannya. Beliau telah meninggal dunia di Mesir disebabkan penyakit taun. Selain bahasa Arab, beliau mahir berbahasa Turki dan Parsi. Seorang alim ensiklopedik yang telah menyusun banyak karya bemutu, seperti Taj al-‘Arus, ‘Uqud al-Jawahir al-Munifah fi Adillah Mazhab al-Imam Abi Hanifah, Hikmah al-Isyraq ila Kuttab Afaq, Bulghah Arib fi Mustalah Athar Habib, ‘Iqd al-La’ali’ al-Mutanathirah fi al-Ahadith al-Mutawatirah dan lain-lain. (al-Zirikli, 7/ 70)
Beliau telah membuat takhrij yang lebih luas terhadap kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din dalam kitabnya Ithaf al-Sadah al-Muttaqin fi Syarh Ihya’ ’Ulum al-Din. Ia merupakan sebuah kitab yang besar, terdiri daripada 14 jilid. Di dalamnya, beliau membawakan takhrij al-‘Iraqi terlebih dahulu dan kemudian mengiringinya dengan takhrij tambahan atau perbincangan sokongan daripada beliau yang adakalanya agak panjang. Usaha beliau amat banyak memberi manfaat dan faedah yang besar. Justeru, mereka yang mahu menilai
hadis-hadis al-Ihya’ dengan lebih mendalam, tidak memadai baginya hanya dengan melihat takhrij al-‘Iraqi sahaja.
8. al-Muhaddith ‘Abd al-Ghani al-Dihlawi (1235 - 1296 H) Beliau ialah ‘Abd Ghani bin Abi Sa‘id bin Ahmad bin ‘Abd al-Ahad al-‘Umari al-Mujaddidi al-Dihlawi al-Madani. Lahir dan membesar di Delhi, India. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah pada tahun 1272H dan wafat di sana pada tahun 1296H. Beliau banyak menghabiskan masanya meriwayatkan dan memperdengarkan kitab-kitab hadis, terutama al-Kutub al-Sittah. Antara karya beliau; Injah al-Hajah ‘an Sunan Ibn Majah, Khulasah al-Jawahir al-‘Ulwiyyah dan sebagainya.
Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf ialah mentakhrijkan hadis-hadis kitab datuknya, Maktubat Imam al-Rabbani al-Sirhindi. (al-Kattani, Fihris al-Faharis 1982; 2/ 758-762). Kahhalah merekodkan judulnya sepertimana berikut; Risalah fi Takhrij Ahadith Maktubat al-Imam al-Rabbani. (Kahhalah 5/ 274)
9. al-Muhaddith Muhammad Sa‘id al-Madrasi (1247 - 1314H) Beliau ialah al-Mufti Muhammad Sa‘id bin Sibghah Allah Muhammad Ghawth al-Syafi‘i al-Madrasi. Lahir di Madras, India dan wafat di Haiderabad, India. Antara guru-guru beliau; bapanya sendiri, Syeikh Sibghah Allah, al-Qadi Irtida ‘Ali al-Kubamawi, Syeikh Muhammad Muzhir al-‘Umari al-Dihlawi dan lain-lain. Beliau gemar menghimpunkan kitab-kitab nadir dan tekun menelaahnya. Antara karya beliau; al-Tanbih ‘ala al-Tanzih, Hidayah Thiqat ila Nisab Zakat, Nur Karimatain fi Raf‘ al-Yadain bayn al-Khutbatain, Takhrij Ahadith al-Atraf dan lain-lain, dalam bahasa Arab, Parsi dan Urdu. (al-Hasani, 1999; 8/1359)
Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf ialah mentakhrijkan hadis-hadis kitab Maktubat Imam Rabbani al-Sirhindi dan memberikannya judul Tasyyid al-Mabani fi Takhrij Ahadith Maktubat al-Imam al-Rabbani.
10. Al-Hafiz Ahmad al-Siddiq al-Ghumari (1320 - 1380H) Beliau ialah Hafiz Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Siddiq Ghumari Hasani, anak sulong dari tujuh orang anak al-Sayyid Muhammad bin al-Siddiq yang kesemua mereka menjadi ulama hebat.27 Beliau membesar dan mempelajari asas ilmu di Tonjah, Maghribi (Morocco). Kemudian beliau pergi ke Mesir, berguru dengan ulama al-Azhar yang masyhur seperti Syeikh Muhammad Imam bin Ibrahim al-Saqa, Syeikh Muhammad bin Salim al-Syarqawi, Syeikh Ahmad Nasr al-‘Idwi al-Maliki, Syeikh Muhammad Ibrahim Samaluti dan Syeikh Muhammad Bakhit Muti‘i. Antara guru-gurunya yang lain; Syeikh ‘Umar Hamdan al-Mahrisi, Syeikh Muhammad bin Ja‘far al-Kattani, dan lain-lain yang berjumlah lebih dari 100 orang.
Beliau telah menyusun lebih dari 150 buah karya, antaranya; Fath al-Wahhab bi Takhrij Ahadith Musnad al-Syihab, al-Mudawi li ‘Ilal al-Jami‘ wa Syarhay al-Munawi, al-Ishab fi al-Mustakhraj ‘ala Musnad al-Syihab, Hidayah al-Rusyd fi Takhrij Ahadith Ibn Rusyd, Tashil Sabil Muhtazi fi Ikhtisar wa Tartib Sunan Tirmizi, al-Mustakhraj ‘ala al-Syama’il al-Muhammadiyyah, Ibraz al-Wahm Maknun min Kalam Ibn Khaldun, Amali Husainiyyah, Mughir ‘ala Ahadith Mawdu‘ah fi Jami‘ Saghir, al-Isyraf bi Takhrij al-Arba‘in al-Musalsalah bi al-Asyraf dan
27 Mereka ialah seperti berikut ; al-Sayyid Ahmad, al-Sayyid ‘Abdullah,
al-Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, al-Sayyid ‘Abdul Hayy, al-Sayyid Zamzami, al-Sayyid Ibrahim dan al-Sayyid Hasan.
sebagainya. Beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 1380H. (Mahmud Sa‘id Mamduh 2009, h. 92-95)
Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf ialah mentakhrijkan hadis-hadis kitab‘Awarif al-Ma‘arif di dalam dua versi;
i. Versi detail yang diberi judul: ‘Awatif al-Lata’if fi Takhrij Ahadith ‘Awarif al-Ma‘arif. Diselesaikan pada tahun 1374H. Jumlah keseluruhan hadisnya ialah 586 buah hadis.
ii. Versi ringkas yang diberi judul: Ghunyah al-‘Arif bi Takhrij Ahadith ‘Awarif al-Ma‘arif. Beliau berharap versi ringkas ini dapat dicetak sebagai nota kaki kitab ‘Awarif al-Ma‘arif bagi memudahkan pembaca. (Mahmud Sa‘id Mamduh 2001, h. 87-88)
11. al-Muhaddith Muhammad al-Hafiz al-Tijani (1315 - 1398H) Beliau ialah al-Muhaddith as-Sufi Syeikh Muhammad al-Hafiz bin ‘Abd al-Latif bin Salim al-Tijani al-Maliki al-Husaini. Lahir di daerah al-Manufiyah, Mesir pada tahun 1315 H. Beliau telah menuntut ilmu dengan ramai orang guru. Antara nama-nama yang masyhur; Syeikh Yusuf al-Dijwi, Syeikh Salamah al-‘Azami, Syeikh Alfa Hasyim Fawti Madani, Syeikh Ahmad bin ‘Ayyasyi Sukairij Tijani, Syeikh Muhammad bin Ibarhim al-Samaluti, Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari, Syeikh Ahmad al-Ghumari, Syeikh ‘Abd al-Sattar al-Dihlawi, Syeikh ‘Umar Hamdan al-Mahrisi, Syeikh ‘Alawi al-Maliki, Syeikh Muhammad ‘Abd al-Baqi al-Laknawi, Syeikh Badr al-Din al-Hasani, Syeikh Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani, dan lain-lain.
Beliau pernah mengembara ke Hijjaz, Sudan, Maghribi dan Syam. Di setiap tempat yang dikunjungi, beliau akan menziarahi perpustakaannya dan menyalin banyak manuskrip hadis. Beliau
banyak menghabiskan masanya mengumpul, membaca, menelaah, mentahkik dan mencetak kitab-kitab hadis. Antara karya beliau; Tartib wa Taqrib Musnad Imam Ahmad, Tartib Zakha’ir al-Mawarith, Ta‘aqqubat ‘ala Istidrakat al-Zahabi ‘ala al-Hakim (tidak sempurna), Rasul al-Islam wa Risalatuhu al-Jami‘ah, Sunnah al-Rasul
ﷺ
dan sebagainya. Perpustakaan peribadinya merupakan antara perpustakaan yang terbesar di Kaherah, Mesir. Beliau turut membukanya kepada para pelajar dan pengkaji. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1398H. Dengan kewafatannya, sanad hadis di Mesir menjadi rendah kerana beliau merupakan khatimah al-musnidin (penutup para musnid) di Mesir. (Mahmud Sa‘id Mamduh 2013, 2/241-249)Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf;
i. Tartib Takhrij Ahadith al-Ihya’. Beliau menyusun semula hadis-hadis kitab Ihya’ oleh Imam al-Ghazali menurut huruf abjad dan meletakkan di hadapan setiap hadis takhrij Hafiz Murtada al-Zabidi. Namun, hanya jilid pertama sahaja yang telah dicetak. (Mahmud Sa‘id Mamduh 2013, 2/244) ii. Takhrij Ahadith al-Luma‘ oleh Imam al-Tusi. Takhrij
beliau telah dicetak sebagai lampiran di bahagian akhir kitab al-Luma‘ yang ditahkik oleh Dr. ‘Abd al-Halim Mahmud dan Taha ‘Abd al-Baqi Surur pada tahun 1960. Jumlah keseluruhan hadisnya termasuk yang berulang-ulang ialah 379 buah hadis.
12. al-Muhaddith ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (1336 -
1417H)
Beliau ialah Syeikh Abu Zahid, ‘Abd al-Fattah ibn
Muhammad ibn Basyir Abu Ghuddah al-Halabi al-Hanafi.
28Beliau berketurunan daripada Sayidina Khalid ibn al-Walid
r.a. Beliau dilahirkan di Halab, Syria pada tahun 1336 H.
Beliau membesar dan menerima pendidikan awalnya di Halab
bermula dengan Madrasah ‘Arabiyyah Islamiyyah
al-Khassah ketika usianya 8 tahun. Kemudian menyambung ke
Madrasah Khusruwiyyah (kemudian dinamakan
al-Thanawiyyah al-Syar‘iyyah).
Antara guru-guru beliau ialah;
Syeikh Muhammad Raghib al-Tabbakh, Syeikh ‘Isa ibn
Hasan al-Bayanuni, Syeikh Muhammad Najib Siraj al-Din,
Syeikh Ibrahim Salqini, Syeikh Ahmad ibn Muhammad
al-Kurdi, Syeikh Ahmad ibn Muhammad al-Zarqa dan anak
beliau, Syeikh Mustafa al-Zarqa.
Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir. Antara guru-guru beliau di Mesir ialah: Syeikh ‘Isa ibn Yusuf Mannun, Syeikh Yusuf al-Dijwi, Syeikh ‘Abd al-Ghani ‘Abd al-Khaliq, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh ‘Abd al-Wahhab Khallaf, Syeikh Muhammad Abu Zuhrah, Syeikh ‘Abd al-Halim Mahmud, Syeikh Muhammad al-Khidr Husayn, Syeikh Mustafa Sabri, Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari, Syeikh ‘Abd Allah
28 Mahmud Sa‘id Mamduh (1998), al-Syadha al-Fawwah fi Akhbar
Sayyidi Syeikh ‘Abd al-Fattah. t.n.: Dar al-Imam al-Tirmidhi, h. 4.
Muhammad ‘Abd Allah Al Rasyid (1999), Imdad al-Fattah bi Asanid wa
Marwiyyat Syeikh ‘Abd al-Fattah. Riyadh: Maktabah al-Imam al-Syafi‘i,
h. 10. Aboghodda.com, http://www.aboghodda.com/ar_birth.htm, 1hb. Disember 2004.
ibn Siddiq Ghumari, Syeikh Ahmad ibn ‘Abd Rahman al-Banna, Syeikh Ahmad ibn Muhammad Syakir dan lain-lain.
Pada tahun 1965, beliau berhijrah dari Syria ke Arab Saudi
dan mengajar di Universiti Islam al-Imam Muhammad ibn
Su‘ud, Riyadh. Selepas bersara, beliau banyak menghabiskan
masa untuk ilmu sehingga menjejaskan penglihatan matanya.
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1417H dalam usia
80 tahun.
29Beliau telah menghasilkan hampir 100 buah
karya, antaranya: Mas’alah Khalq al-Qur’an wa Atharuha fi
Sufuf Ruwah wa Muhaddithin, Lamahat min Tarikh
al-Sunnah wa ‘Ulum al-Hadith, Al-Jam‘ wa al-Tartib li Ahadith
Tarikh al-Khatib, Umara’ al-Mu’minin fi al-Hadith, Al-Isnad
min al-Din, Safhah Musyriqah min Tarikh Sama‘at al-Hadith
‘ind al-Muhaddithin, Al-Sunnah al-Nabawiyyah wa Bayan
Madluliha al-Syar‘i,
Tahqiq Ismay al-Sahihayn wa Ism Jami‘
Tirmidhi, Safahat min Sabr ‘Ulama’ ‘ala Syada’id
‘Ilm wa Tahsil, Al-‘Ulama’ ‘Uzzab Alladhin Atharu
‘Ilm ‘ala Zawaj, Tarajim Sittah min Fuqaha’ ‘Alam
Islami fi Qarn Rabi‘ ‘Asyar, Qimah Zaman ‘ind
al-‘Ulama’, Min Adab al-Islam, Al-Rasul al-Mu‘allim wa
Asalibih fi al-Ta‘lim dan lain-lain.
Antara khidmat yang beliau berikan kepada kitab tasawuf;
i. Tartib Takhrij Ahadith al-Ihya’, beliau menyusun semula hadis-hadis kitab al-Ihya’ yang ditakhrij oleh al-Hafiz al-‘Iraqi. Kitab ini ada disebut dalam senarai karya-karya beliau, namun ianya tidak dicetak sehingga kini.
ii. mentahkik dan mentakhrij hadis-hadis Risalah al-Mustarsyidin oleh Imam al-Muhasibi. Kitab senggaraan beliau ini menerima sambutan yang amat baik sehingga telah diulang cetak berkali-kali.
13. al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Siddiq al-Ghumari (1338 - 1418 H)
Beliau ialah al-‘Allamah al-Muhaddith al-Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari al-Hasani, salah seorang ulama besar hadis dari Tonjah, Maghribi (Morocco). Beliau lahir pada tahun 1338 H dan wafat pada tahun 1418 H dalam usia hampir 80 tahun. Seluruh hidupnya penuh dengan pengabdian, subur dengan cahaya iman dan ilmu, dipenuhi dengan tugasan mengajar, mengkaji, mengarang, memberi fatwa dan pengajian umum kepada masyarakat. Pendek kata, seluruh hidupnya telah diwakafkan untuk berkhidmat kepada ilmu dan agama sehinggalah ke akhir hayatnya.
Beliau mulai menimba ilmu dari bapanya sendiri dan dari ulama Maghribi pada masa itu. Kemudian selepas kewafatan bapanya, beliau telah pergi ke Kaherah, Mesir pada tahun 1355 H. Beliau telah menimba ilmu dari ulama al-Azhar yang masyhur seperti Syeikh ‘Abdul Mu‘ti al-Syarsyimi, Syeikh Muhammad Izzat, Syeikh ‘Abdul Salam Ghunaim ad-Dimyati, Syeikh Mahmud al-Imam, dan lain-lain. Beliau juga belajar dari abang-abangnya sendiri, al-Sayyid Ahmad dan al-Sayyid ‘Abdullah pelbagai bidang ilmu, khususnya bidang ilmu hadis. Antara guru-gurunya yang lain; Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad Ghazi Hindi Makki, ‘Allamah ‘Abd Baqi Laknawi, Syeikh Muhammad Raghib Tabbakh, Syeikh Badr Din Hasani, Syeikh Muhammad Khidr Husayn, ‘Allamah Muhammad Zahid Kawthari, al-‘Allamah Muhammad ‘Abd al-Hayy al-Kattani, Syeikh ‘Umar bin Hamdan Mahrisi, Syeikh Yusuf bin Isma‘il Nabhani, al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani dan ramai lagi.
Sebagaimana abangnya, minatnya begitu cenderung terhadap bidang hadis. Beliau telah mempelajari hadis secara langsung dari guru-gurunya, membaca dan menelaah banyak kitab hadis, dan menyalin semula banyak kitab hadis dengan tangannya sendiri. Setelah usaha gigih dan tekun selama bertahun-tahun, pengetahuannya yang luas mengenai hadis tidak lagi dapat disangkal dan dipertikaikan. Hasil karya beliau berjumlah lebih dari 100 buah kitab di dalam pelbagai bidang, terutama hadis, fekah dan tasauf. Antaranya: Bulugh al-Amani min Mawdu‘at al-Shaghani, Takhrij Ahadith Kitab al-Ba‘th (oleh Ibn Abi Dawud), Al-Bahith ‘an ‘Ilal al-Ta‘n fi al-Harith, Kitab al-Arba‘in al-‘Aziziyyah, Al-Sawanih, Al-Nafhat Ilahiyah fi Syarh Wasiyyah al-Siddiqiyyah, Al-Fatawa, Al-Mustadrak ‘ala Musnad ‘Umar ibn ‘Abd ‘Aziz (oleh Baghandi), Tadhkirah Ahadith al-Mawdu‘ah wallati La Asla Lah, Al-Ibda‘ fi Zikri Adillah Matn Abi Syuja‘, Mafatih al-Zuhban li Tartib Ahadith Tarikh Asbahan, Ta‘rif Mu’tasi bi Ahwal Nafsi (biografi beliau sendiri), Mu‘jam al-Syuyukh dan lain-lain. (‘Abd al-Latif Jassus, h. 80-97)
Antara khidmat yang beliau berikan kepada karya tasawuf;
i. Raf‘ al-‘Alam bi Takhrij Ahadith Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam. Beliau mentakhrijkan hadis-hadis kitab Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam oleh Imam Ibn ‘Ajibah al-Hasani, beliau adalah datuknya sebelah ibu. ii. Al-Ta‘attuf fi Takhrij Ahadith al-Ta‘arruf. Beliau
mentakhrijkan hadis-hadis kitab al-Ta‘arruf li Mazhab Ahl al-Tasawwuf oleh Imam al-Kalabazi.
iii. Al-Bughyah fi Tartib Ahadith al-Hilyah. Beliau menyusun hadis-hadis kitab Hilyah Awliya’ oleh al-Hafiz Abu Nu‘aim al-Asbahani mengikut huruf abjad. iv. Juz’ fihi al-Ahadith al-Marfu‘ah min al-Arba‘in min Riwayah al-Sufiyyah. Beliau mengasingkan hadis-hadis yang terdapat di dalam Kitab al-Arba‘in fi
Syuyukh al-Sufiyyah oleh Imam Abu Sa‘d al-Malini (w. 412H).
v. Al-Mustakhraj ‘ala Ahadith al-Risalah al-Qusyairiyyah. Beliau membawakan sanad penuh bagi hadis-hadis yang terdapat di dalam Risalah al-Qusyairiyyah. Namun, beliau hanya sampai kepada bab al-Raja’ sahaja (lebih kurang satu perempat kitab). (‘Abd al-Latif Jassus, h. 81-94)
PENUTUP
1. Melalui huraian di atas, dapat kita lihat dengan jelas tentang kepentingan kerjasama dan integrasi antara disiplin hadis dan disiplin tasawuf. Kedua-duanya saling perlu memerlukan, lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana kesempurnaan yang benar-benar mutlak hanya khusus milik Allah dan kitab-Nya, al-Quran al-Karim. Kita sebagai hamba-Nya adalah makhluk yang kerdil dan tidak harus bersikap meninggi diri. Betapa tinggi sekali pun seseorang itu dalam sesuatu bidang ilmu, pasti ada sedikit kekurangan dalam menguasai bidang ilmu yang lain.
2. Sebaiknya bagi para pelajar dan pembaca kitab tasawuf menggunakan khidmat yang telah digemblengkan oleh para ulama hadis bagi mengenal pasti kedudukan hadis-hadis yang terdapat di dalamnya. Terutama karya-karya takhrij hadis yang masih wujud dan tersebar sehingga kini. Tanpa menafikan ada kitab yang masih belum disusun lengkap, atau hanya diketahui rekod namanya sahaja dan tidak diketahui keberadaannya, atau telah pun hilang ditelan zaman. Ini memerlukan usaha-usaha baru yang positif bagi menyambungnya, menyempurnakannya atau menggantikannya. Jadual berikut adalah rumusan kitab-kitab tasawuf yang telah ditakhrijkan atau diberikan khidmat berdasarkan kajian di atas;
Bil. Kitab Tasawuf Pentakhrij Catatan 1 Ihya’ ‘Ulum al-Din
oleh Imam al-Ghazali. 1. Hafiz al-‘Iraqi Dicetak. 2. al-Hafiz Murtadha al-Zabidi Dicetak. 3. Syeikh Burhan al-Din al-Sayyadi 2 Bidayah al-Hidayah
oleh Imam al-Ghazali.
al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha
3 Minhaj al-‘Abidin oleh Imam al-Ghazali.
al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha
4 ‘Awarif al-Ma‘arif oleh Imam al-Suhrawardi 1. al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha 2. al-Hafiz Ahmad al-Ghumari Dicetak. 5 al-Nasihah al-Kafiyah oleh Imam Zarruq. 1. al-Hafiz Qasim bin Qutlubugha 2. Syeikh Abu al-Hasan al-Huraisyi 6 Kitab al-Arba‘in
oleh Imam al-Sulami.
al-Hafiz al-Sakhawi
7 al-Ghunyah oleh Imam ‘Abd al-Qadir al-Jailani al-Hafiz al-Sakhawi Belum sempurna. 8 al-Tariqah al-Muhammadiyyah oleh al-Barkawi
Syeikh ‘Ali bin Hasan al-Hanafi 9 al-Maktubat oleh Imam al-Sirhindi 1. al-Muhaddith ‘Abd al-Ghani al-Dihlawi 2. al-Muhaddith Muhammad Sa‘id al-Madrasi 10 al-Luma‘ oleh Imam
al-Tusi al-Muhaddith Muhammad al-Hafiz al-Tijani Dicetak. 11 Risalah al-Mustarsyidin oleh Imam al-Muhasibi. al-Muhaddith ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah Dicetak. 12 Iqaz al-Himam fi Syarh al-Hikam oleh Imam Ibn ‘Ajibah
al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Siddiq al-Ghumari 13 al-Ta‘arruf li
Mazhab Ahl al-Tasawwuf oleh Imam al-Kalabazi al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz al-Siddiq al-Ghumari Dicetak.
3. Para ulama hadis kini wajar disaran agar dapat memberikan khidmat mereka secara ikhlas kepada kitab-kitab tasawuf yang belum ditakhrijkan hadis-hadisnya atau meneruskan tugas
menyempurnakan kerja-kerja ulama sebelumnya yang masih tergendala. Tugas ini mesti dilaksanakan secara saksama, jujur dan amanah. Ini bagi memudahkan masyarakat pembaca mengetahui status hadis-hadis yang terdapat di dalamnya dan mempraktikkan kaedah yang sesuai dalam berinteraksi dengannya.
4. Terdapat kitab-kitab tasawuf yang telah ditahkik, disenggara dan diterbitkan oleh ilmuwan kini yang mana usaha-usaha mereka patut dipuji. Namun yang mendukacitakan, terdapat di antara mereka yang bukan ahlinya, malah mereka yang memusuhi ahli tasawuf dan membawa agenda tertentu. Lantaran itu, kekeliruan dan salah faham yang ditimbulkan oleh mereka kepada masyarakat Islam lebih banyak berbanding penjelasan dan pemurnian. Sikap ‘biadap’ seperti ini boleh dianggap sebagai satu jenayah ilmu dan wajar dihentikan segera. Kebanyakan ulama telah pun bersepakat bahawa tasawuf merupakan suatu disiplin ilmu yang muktabar di dalam Islam.
5. Kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din merupakan kitab terunggul dan terbesar di antara kitab-kitab tasawuf. Justeru, banyak tumpuan yang diberikan oleh para ulama terhadapnya. Banyak kitab tasawuf yang disusun kemudian hanya memetik hadis-hadisnya daripada kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din ini. Kewujudan hadis-hadis yang dikritik di dalamnya tidak mengurangkan asas kepentingannya bagi para murid atau salik yang hendak mendekatkan diri kepada Allah SWT.
RUJUKAN
- ‘Abd Halim Mahmud, 1973. Ustaz Sa’irin Harith al-Muhasibi, Mesir: Dar al-Kutub al-Hadithah.
- ‘Abd al-Latif Jassus, 2014. Najm min A‘lam ‘Ulama’ al-Salaf, Tangier, Morocco: Saliki Akhawain.
- Haji Khalifah, 1994. Kasyf al-Zunun. Beirut: Dar al-Fikr. - ‘Abd al-Hayy al-Hasani, 1999. Nuzhah al-Khawatir, Beirut:
Dar Ibn Hazm.
- Ibn ‘Ata’illah, 1992. Lata’if al-Minan. Kaherah: Dar al-Maarif. - Ibn Fahd, Taqiy al-Din. 1998. Lahz al-Alhaz bi Dhayl Tabaqat
al-Huffaz. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
- Ibn Jawzi, 1989. Talbis Iblis. Beirut: Dar Maktabah al-Hayah.
- Ibn Kathir, 1989. al-Bidayah wa al-Nihayah. cet. 5. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
- al-‘Iraqi, al-Mughni `an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar.
- Kahhalah, ‘Umar bin Reda. Mu‘jam al-Mu’allifin.
- Kattani, Muhammad ibn Ja‘far. 1993. Risalah al-Mustatrafah, Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.
- Kattani, ‘Abd Hayy, 1982. Fihris Faharis wa al-Athbat. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.
- Laknawi, ‘Abd Hayy. 1987. Raf‘ wa Takmil fi Jarh wa Ta‘dil, c. 3. Halab: Maktab Matbu‘at al-Islamiyyah.
- Mahmud Sa‘id Mamduh, 1986. Is‘af al-Mulihhin bi-Tartib Ahadith Ihya’ ‘Ulum Din. Beirut: Dar Basya’ir al-Islamiyyah.
- Mahmud Sa‘id Mamduh, 2009, Tazyin al-Alfaz bi Tatmim Zuyul Tazkirah al-Huffaz, Kaherah: Dar al-Basa’ir.
- Mahmud Sa‘id Mamduh, 2001, Musamarah al-Siddiq bi Ba‘d Ahwal Ahmad ibn al-Siddiq, al-Maktabah al-Makkiyyah. - Mahmud Sa‘id Mamduh, 2013, Tasynif Asma‘ bi Syuyukh
al-Ijazah wa al-Sama‘, t.p.
- Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, 1998. al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith, Kaherah: Dar al-Hadith.
- Muhasibi, Harith ibn Asad. 1988. Risalah al-Mustarsyidin, c. 5, tahkik : ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Halab : Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah & Kaherah : Dar al-Salam. - Murtadha al-Zabidi, 1989. Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
- Muslim, 2006. Sahih Muslim. Riyadh: Dar Tibah. - al-Sakhawi, al-Daw’ al-Lami‘ fi A‘yan al-Qarn al-Tasi‘. - Sakhawi, 1988. Takhrij Arba‘in Sulamiyyah fi
al-Tasawwuf. Beirut: al-Maktab al-Islami.
- al-Sya‘rani, 2005. Lawaqih al-Anwar al-Qudsiyyah fi al-‘Uhud al-Muhammadiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. - al-Subki, Taj al-Din. Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra,
- al-Tusi, 1960. al-Luma‘, ditahkik oleh Dr. ‘Abd al-Halim Mahmud dan Taha ‘Abd Baqi Surur. Mesir: Dar Kutub al-Hadithah.
- al-Zahabi, 1985, Siyar A`lam al-Nubala`, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
- al-Zahabi. 2000. al-Muqizah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith, tahkik : ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah. Kaherah : Dar al-Salam. - Zirikli, Khayr Din, 2002, A‘lam, cet. 15, Beirut: Dar