• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alatan tangan dan mesin

Dalam dokumen REKA BENTUK & TEKNOLOGI (Halaman 63-73)

DAN PEMBELAJARAN

1. Alatan tangan dan mesin

BIL ALATAN FUNGSI CARA PENGGUNAAN

1

Nama:Pembaris Keluli.

Mengukur dan memindahkan jarak.

1. Letakkan pembaris keluli di atas permukaan yang hendak diukur dengan lurus.

2. Tandakan ukuran yang hendak dibuat pada bahan kerja.

2

Nama :Pita Pengukur

Mengukur jarak yang

lebih panjang. Tarik pita mengikut ukuran yang diperlukan. Tanda ukuran pada bahan.

3

Nama: Pensel Tukang Kayu

Menanda dan membuat garisan pada bahan.

Letak mata pensel rapat pada pembaris dan tandakan atau gariskan pada bahan.

4 Nama : Sesiku L x Menguji ketepatan sudut 90°. x Menguji kerataan permukaan bahan. x Membuat garisan bersudut tepat.

x Rapatkan badan sesiku L ke bahagian sisi kayu.

x Gariskan bahagian yang hendak diukur dengan pensel.

5

Nama: Gergaji Puting

Memotong kayu bersaiz kecil dan membuat tanggam.

Letakkan mata gergaji atas garisan yang telah ditandakan. Mulakan menggergaji dengan cara menarik mata gergaji. Gunakan

keseluruhan mata gergaji untuk proses menggergaji.

6

Nama:Tukul Warrington

Menukul paku panel. Gunakan bahagian muka rata untuk paku kecil dan kepala lintang dibahagian bersudut atau sempit.

7

Nama:

Tukul Kuku Kambing

Menukul dan

mencabut paku. Gunakan bahagian muka rata untuk memaku dan bahagian kuku untuk mencabut paku.

8

Nama:Gerimit

Membuat lubang kecil. Letak mata gerimit pada tanda tepat 90° dan tekan kuat sambil memutar hingga mendapat kedalaman lubang yang mencukupi.

9.

Nama : Pelucut wayar

Melucutkan penebat

wayar. Cengkam hujung mata pelucut pada wayar dan tarik pelucut wayar sehingga penebat wayar terputus.

10.

Nama : Pemotong sisi

Memotong wayar dan kaki komponen elektronik.

Kepit hujung pemotong sisi, pada wayar atau kaki komponen .hingga putus.

11.

Nama : gergaji rencong manual (manual mitre

saw)

Memotong kayu bersaiz kecil dengan pelbagai sudut.

Letakkan mata gergaji atas garisan yang telah ditandakan. Mulakan menggergaji dengan cara menarik mata gergaji. Gunakan

keseluruhan mata gergaji untuk proses menggergaji.

Bahan pengikat dan pencantum

Paku

1. Paku digunakan untuk mencantum dan memasang kepingan kayu. 2. Paku diperbuat daripada keluli lembut.

3. Dua jenis paku yang biasa digunakan ialah: a) Paku kepala rata

b) Paku Panel

4. Paku kepala rata digunakan untuk kerja am dalam pembinaan berasaskan kayu dan membuat perabot.

5. Tukul kuku kambing untuk mengetuk paku kepala rata.

6. Paku panel digunakan dalam kerja untuk memaku papan lapis 7. Tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku paku panel. 8. Kepala paku panel dibenamkan ke dalam kayu untuk tujuan kemasan 9. Saiz paku ditentukan oleh panjang batangnya.

kepala

batang panjang mata

paku kepala rata paku panel cara memaku

Skru

1. Skru diperbuat daripada keluli lembut, kuprum, atau loyang. 2. Skru digunakan untuk mengikat kepingan kayu atau logam.

3. Skru dipasang menggunakan pemutar skru rata atau pemutar skru Phillips. 4. Skru yang biasa digunakan ialah skru kepala benam dan skru kepala bulat. 5. Cengkaman skru lebih kuat berbanding dengan paku.

Jenis skru benam sendiri

Glu

1. Glu digunakan untuk mencantum bahan projek supaya kukuh dan ketat. 2. Terdapat tiga jenis glu, iaitu:

x Glu sentuh digunakan untuk mencantum dua bahan yang berlainan jenis seperti kayu dan logam.

x Glu PVA (polyvinylacetate) digunakan dengan meluas untuk cantuman kayu. Glu PVA mudah digunakan, tetapi tidak kalis air

x Glu panas digunakan untuk mencantum dua bahan yang sama atau berlainan. Rod glu dicairkan menggunakan hot glue gun

Bol dan nat

1. Bol dan nat digunakan untuk mengikat dua bahagian secara sementara. 2. Diperbuat daripada keluli lembut .

3. Saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batangnya. 4. Nat biasanya terdapat dalam dua bentuk.

a) Nat segi empat

b) Nat segi enam (heksagon)

Lampiran 1 NAMA MURID : ________________________________

NAMA PROJEK : ________________________________ TEMA : ________________________________ LEMBARAN KERJA : ALATAN TANGAN

BIL ALATAN KEGUNAAN

1 Nama:... Nama:... ... ... 2 Nama:... ... ... 4 Nama:... ... ... 6 Nama:... ... ... 8 Nama:... ... ...

Lampiran 2 Nama murid : __________________________________________________

Kelas : ____________________________ Nama projek : ____________________________ 1. Namakan jenis pengikat pada rajah di bawah

a) ______________________ b) ______________________

c) ______________________ d) ______________________

e) ______________________ f) ______________________

2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

a) Paku digunakan untuk ____________________ dua keping papan b) Tukul warrington digunakan mengetuk paku ____________________ c) Paku panel sesuai digunakan untuk memaku ____________________

TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK

MASA 60 minit

STANDARD KANDUNGAN

4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.

4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual 2. Mengukur, menanda dan memo tong bahan dengan

kaedah yang betul dan ukuran yang tepat.

RINGKASAN Murid dapat menyediakan bahan dan alatan untuk melakukan

aktiviti mengukur, menanda dan memotong bahan dengan cara yang betul .

KEMAHIRAN 1. Mengenalpasti bahan dan alatan tangan

2. Mengukur dengan tepat menggunakan pembaris keluli dan pita ukur.

3. Menanda garisan bersudut tepat menggunakan sesiku L. 4. Memotong kayu dengan tepat menggunakan gergaji puting/

gergaji rencong manual. ELEMEN MERENTAS

KURIKULUM

1. Keusahawanan

(EK 1) - Berorientasikan Pencapaian 2. Kreativiti dan Inovatif

3. Nilai Murni – mengamalkan langkah keselamatan BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Pita mengukur 2. Pembaris keluli 3. Sesiku L 4. Gergaji puting

5. Gergaji rencong manual 6. Kayu beroti

7. Pensel

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set induksi

Guru menggunakan pengetahuan sedia ada murid berkaitan alatan tangan pada pelajaran yang lepas.

Langkah 1

1. Murid merujuk kepada manual untuk menyediakan bahan pada yang dikehendaki.

2. Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat projek.

Langkah 2

1. Murid menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan. 2. Murid melakukan aktiviti mengukur kayu menggunakan

pembaris keluli/pita ukur.

3. Murid menanda garis bersudut tepat menggunakan sesiku L.(HOTS – mengaplikasi)

4. Guru menunjukkan cara memotong kayu dengan menggunakan gergaji putting/gergaji rencong manual 5. Murid melakukan kerja memotong pada kayu yang telah

ditanda. Penutup

Guru membuat rumusan pada semua hasil kerja murid Penyelenggaraan bengkel –

x murid membersihkan bengkel, menyimpan,

membersihkan alatan dan menyimpan bahan projek. Nota:

Guru boleh mengumpulkan bahan murid untuk disambung

pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja pada murid

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid sudah mempelajari kemahiran proses sains iaitu mengukur menggunakan nombor dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi

REFLEKSI

Dalam dokumen REKA BENTUK & TEKNOLOGI (Halaman 63-73)

Dokumen terkait