• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS DATA

Dalam dokumen Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan (Halaman 51-60)

Pengenalan

Bab ini akan membentangkan hasil analisis yang diperolehi dari data borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden yang terbabit. Data-data yang telah dianalisi akan dikemukakan di dalam bentuk geraf, carta pai dan jadual. Satu kesimpulan akan dibuat di akhir analisis sebelum pengesyoran yang dirasakan penting di dalam menangani aspek keselamatan di tapak pembinaan.

6.1 Keputusan

Sebanyak 30 respoden telah dikemukakan borang kaji selidik dan hasil maklum balas adalah amat memberangsangkan iaitu 100%. Sebanyak 19 responden telah memberi maklum balas di dalam masa seminggu iaitu sebanyak 70% dan selebihnya iaitu 11 responden atau 30% memberi maklum balas di dalam masa satu hari atau dua hari.

Responden dari agensi kerajaan yang telah dikemukakan boring kaji selidik adalah dari Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pemaju dari Johor Bahru ialah Bayu Bay Development Sdn. Bhd. dan MK Land Holding Bhd. di Kuala Lumpur. Sementara responden dari pihak Jurutera Perunding, Kontraktor dan para pekerja pembinaan adalah sebanyak 53% peratus atau 16 dari kesemua 30 responden.

Jadual 6.0 : Responden Yang Terlibat

Responden Bilangan % Pihak Berkuasa 2 6.7 Pemaju/Klien 2 6.7 Jurutera Perunding 5 16.7 Kontraktor 10 33.3 Pekerja Pembinaan 11 36.7 JUMLAH 30 100 Analisis Data

Data dari borang kaji selidik dianalisis mengikut objektif yang telah dikenal pasti yang telah dikupas di dalam Bab 1 dan Bab 2 iaitu mengenalpasti kepentingan keselamatan di tapak pembinaan, faktor-faktor yang menghalang kejayaan

6.2.1 Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan

Gambarajah 6.2.1: Peratusan Responden Mengenai Kepentingan Keselamatan

Daripada Gambarajah 6.2.1, 60 peratus responden telah memberi maklum balas bahawa kepentingan keselamatan di tapak bina adalah untuk mengelak kemalangan. 23.3 peratus pula memberitahu bahawa keselamatan itu penting kerana ianya dapat meminimumkan kos pembinaan. Menghindar dari kerosakkan harta benda pula sebanyak 10 peratus dan akhir sekali keselamatan itu penting di dalam meningkatkan produktiviti di tapak sebanyak 6.7 peratus.

Kepentingan keselamatan di tapak pembinaan adalah sangat penting kerana ianya dapat mengelakkan dan mengurangkan kebarangkalian timbulnya kemalangan dan penyakit kepada pekerja. Dengan itu, para pekerja dapat menjalankan kerja dengan lebih selesa serta dapat menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.

Kepentingan keselamatan bertujuan untuk memastikan kelancaran kerja yang licin di tapak bina. Ini kerana apabila berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini, maka kerja di tapak bina akan tertangguh disebabkan penyiasatan terhadap tempat

60% 23%

10% 7%

Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan

Mengelakkan Kemalangan Meminimakan Kos Pembinaan Mengelakkan Kerosakkan Harta Benda Memaksimum Produktiviti

pembinaan dan soal siasat terhadap pekerja oleh pihak berkuasa. Kos pembinaan dapat diminimumkan sekiranya kos –kos tersembunyi seperti ini dapat dielakkan.

Kepentingan keselamatan juga dapat merangsang produktiviti pekerja dan

menjimatkan kos. Apabila pekerja mengetahui bahawa tempat kerja adalah selamat dan selesa untuk bekerja maka ini akan menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dan sekali gus menjimatkan kos kerana kerja dapat dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan.

Kepentingan keselamatan juga sangat penting didalam menjaga harta benda di tapak pembinaan seperti mesin dan jentera, papan tanda amaran, peralatan keselamatan seperti topi keselamatan, kasut keselamatan, kaca mata keselamatan dan sebagainya. Sekiranya aspek ini ditekankan kepada para pekerja dan pihak pengurusan tapak, maka semua peralatan dapat digunakan dengan lebih lama dan semua kos yang diperlukan untuk menggantikannya dengan yang baru dapat dielakkan.

Kepentingan keselamatan dapat merangsang produktiviti pekerja dan menjimatkan kos. Apabila pekerja mengetahui bahawa tempat kerja adalah selamat dan selesa untuk bekerja maka ini akan menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dan sekali gus menjimatkan kos kerana kerja dapat dilakukan dalam masa yang telah

ditetapkan.

6.2.2 Faktor-faktor Yang Menghalang Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan di Tapak Pembinaan

Gambarajah 6.2.2 : Peratusan Responden Tentang Faktor-faktor Yang Menghalang Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan Di Tapak pembinaan.

Daripada Gambarajah geraf di atas, 50 peratus responden mengatakan bahawa sikap pihak pengurusan tapak adalah penyumbang atau faktor utama menghalang kejayaan keselamatan di tapak pembinaan. Lemahnya tindakan dari pihak berkuasa telah dikatakan sebagai faktor menghalang perlaksaan keselamatan di tapak dengan 27 peratus. 3 peratus mengatakan disebabkan kempen atau pelan keselamatan yang tidak efektif. Manakala 7 peratus dan 3 peratus mengatakan bahawa ianya disebabkan oleh ketiadaan kursus dan latihan tentang keselamatan dan seorang pegawai keselamatan yang bertauliah tidak disediakan.

Majikan adalah di dapati cuai kerana gagal mengambil langkah-langkah keselamatan atas keselamatan pekerja, menyediakan sistem kerja dan gagal untuk menjaga atau membaiki brek keselamatan jenangkut-susun dan sebagainya dengan baik. Majikan berkewajipan untuk berjaga-jaga yang munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk kegunaan pekerja-pekerjanya, dan

menyelenggarakannya supaya berada di dalam keadaan baik.

Pihak Berkuasa seperti JKKP dan NIOSH adalah antara Pihak Berkuasa yang

bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak di tapak pembinaan yang ingkar untuk mematuhi undang-undang dan peraturan serta

0% 10% 20% 30% 40% 50% 1 Faktor

Faktor-faktor Yang Menghalang Kejayaan Perlaksanaan Keselamatan Di Tapak Pembinaan

Sikap Pihak Pengurusan Tindakan Lemah Dari Pihak Berkuasa Pelan Keselamatan Yang Tidak Efektif Tiada Kursus Dan Kempen Keselamatan Tiada Pegawai

akta yang sedia termaktub mengenai keselamatan di tapak pembinaan. Kelemahan Pihak Berkuasa mengambil tindakan akan menyebabkan phak pengurusan tapak akan memandang ringan aspek keselamatan di tapak, justeru menyebabkan

pekerja-pekerja pembinaan akan bekerja di persekitaran yang boleh mengancam diri dan nyawa mereka.

Satu pelan keselamatan yang efektif seharusnya disediakan oleh pihak pengurusan tapak (kontraktor) yang mematuhi undang-undang dan akta yang telah digubal supaya ia akan dapat menolong mereka dalam menangani masalah

kemalangan di tempat kerja.

Pelan keselamatan tapak seharusnya berdasarkan polisi keselamatan syarikat, dan mestilah mematuhi garis panduan dan undang-undang yang sedia ada mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja. Kontraktor seharusnya mengambil kira kehendak pembinaan dan keselamatan dan kesihatan di tapak Kontraktor seharusnya

memberitahu klien tentang aspek keselamatan dan kesihatan yang dikehendaki dari mereka. Kontraktor seharusnya dapat melihat bahaya yang mungkin ekoran dari isu keselamatan dan kesihatan Kontraktor wajar melakukan penyiasatan keadaan tapak dengan terperinci dan mengambil semua informasi yang bersangkutan keselamatan dan kesihatan. Pihak kontraktor mesti mengadakan rundingan dengan mereka yang mempunyai pengalaman berkaitan dan tahu dengan keadaan tapak.

Ketiadaan seorang pegawai keselamatan yang bertauliah dan pakar akan

menyebabkan aspek keselamatan yang telah dirancang oleh pihak pengurusan akan terbantut dan akhirnya menemui kegagalan. Oleh sebab itu setiap tapak pembinaan sememangnya perlu diwajibkan menagadakan atau menyediakan seorang pegawai keselamatan supaya kebajikan setiap pekerja diberi perhatian sewajarnya,

mengurangkan kos pembinaan, mengelakkan keosakkan harta benda dan dapat meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat.

Jadual 6.2.3 : Peratus Responden Tentang Pihak-pihak Yang Terlibat Di Tapak Pembinaan

Pihak-pihak Yang Terlibat Peratus

Pihak Berkuasa 50 Pemaju/Klien 100 Jurutera Perunding 100 Kontraktor 100 Pekerja Pembinaan 100 __________________________________________________________________

Jadual di atas menunjukkan peratusan pihak-pihak yang terlibat di tapak pembinaan hasil dari maklum balas oleh responden. 50 peratus responden menyatakan Pihak Berkuasa adalah pihak yang terlibat di tapak pembinaan. Manakala bagi

Pemaju/Klien, Jurutera Perunding, Kontraktor dan pekerja pembinaan menunjukkan penglibatan 100 peratus di tapak pembinaan.

Pihak Berkuasa adalah pihak yang bertanggungjawab memastikan perlaksanaan keselamatan di tapak pembinaan dengan memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan tapak (kontraktor) yang melanggar undang-undang dan akta yang ada mengenai aspek keselamatan di tapak pembinaan seperti JKKP dan KKP.

Pemaju/klien pula ada tanggungjawab tentang aspek keselamatan di tapak pembinaan kerana mereka merupakan pemilik projek yang dijalankan. Sebagai pemilik, mereka semestinya ingin melihat projek mereka dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan seperti yang tercatat di dalam dokumen kontrak. Dengan menitikberatkan aspek keselamatan di tapak bina, tiada kemalangan akan berlaku, justeru tiada masa yang akan terbuang akibat projek dihentikan untuk tujuan siasatan oleh pihak berkuasa. Sekiranya tiada kemalangan di tapak, projek mereka kemungkinan akan

dapat disiapkan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan dan ini akan menguntungkan mereka sendiri.

Jurutera memainkan peranan dengan memastikan semua aspek keselamatan

dijalankan di tapak supaya projek dapat disiapkan seperti jadual dan ini secara tidak langsung akan menaikkan nama mereka di mata pemaju/klien. Jika ini terjadi, banyak projek akan mereka perolehi di masa-masa hadapan.

Kontraktor adalah pihak yang terlibat secara langsung dengan imlimentasi aspek keselamatan di tapak pembinaan. Sekiranya mereka gagal mematuhi undang-undang dan akta mengenai aspek keselamatan, mereka boleh dikenakan denda dan ini akan meningkatkan kos pembinaan di tapak. Kemalangan yang menimpa pekerjanya akan menimbulkan banyak masalah seperti kos siasatan, bayaran pampasan, kos perubatan dan tindakan mahkamah sekiranya kes kemalangan tersebut di bawa ke muka

pengadilan. Oleh itu, mereka wajar menyediakan kelengkapan dan peralatan keselamatan untuk pekerja mereka suapaya tiada tindakan oleh Pihak Berkuasa ke atas mereka.

Para pekerja industri pembinaan merupakan aset bagi para majikan. Mereka juga seharusnya memainkan peranan mereka dengan mematuhi aspek keselamatan yang telah disediakan oleh pihak majikan mereka. Mereka perlu insaf untuk menjaga keselamatan sendiri dari risiko kecederaan atau kematian kerana yang akan

menanggung akibat dari malapetaka yang berlaku adalah diri mereka sendiri jika cuai di dalam kerja masing-masing. Mereka juga wajar memastikan persekitaran kerja mereka adalah selamat kerana persekitaran yang selesa dan selamat akan

meningkatkan moral mereka sendiri.

6.3 Rumusan Bab

Setelah semua data-data telah dianalisis, satu rumusan dapat dibuat iaitu aspek keselamatan sememangnya amat penting dilaksanakan di setiap tapak pembinaan. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan dari kemalangan malah dapat

meminimumkan kos pembinaan, menyelamatkan harta benda dari kerosakkan dan meningkatkan produktiviti syarikat. Justeru, memang wajarlah aspek keselamatan diambilberat oleh semua pihak yang terlibat dengan industri pembinaan.

BAB 7

Dalam dokumen Kepentingan Keselamatan Di Tapak Pembinaan (Halaman 51-60)

Dokumen terkait