• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS FOREX

Dalam dokumen teknik mm.pdf (Halaman 58-81)

ANALISIS FOREX

Pengenalan mengenai Analisis,

Penggunaannya serta

BAB 6 – ANALISIS FOREX

Pengenalan : Analisis Forex

Sebelum memulakan sebarang trade, anda perlu mengenali dan memahami dua jenis analisis iaitu ‘Technical Analysis’ dan ‘Fundamental Analysis’ (Analisis Teknikal dan Analisis Asas).

Analisis Fundamental (Asas) - adalah cara anda menganalisis sesuatu mata wang dari sudut ekonomi, politik, penjualan (import/export), kadar faedah (interest rate) serta bencana alam dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kenaikan dan penurunan sesuatu mata wang.

Salah satu contoh mudah adalah seperti Trade deficit (defisit dagangan) dan trade

surplus (lebihan dagangan). Trade deficit berlaku apabila sesebuah negara

mengimport lebih dari mengeksport. Negara-negara akan mengalami defisit apabila membeli/mengimport produk-produk dari luar dan menjual mata wang mereka secara berlebihan. Ini akan melemahkan ekonomi negara itu sendiri. Oleh itu tindakan perlu diambil untuk menguatkan semula mata wang tersebut. Caranya adalah dengan menaikkan Interest Rate (kadar interest). Apabila data ekonomi yang melibatkan Interest Rate diumumkan, akan berlaku pergerakan mata wang yang aktif dan mengubah trend mata wang tersebut secara drastik.

Trade Surplus pula berlaku apabila Export Dagangan Negara melebihi Import. Trade surplus menyebabkan negara menjual/mengeksport produk-produk ke luar negara

dengan membeli mata wang asing yang secara tidak langsung akan menguatkan ekonomi negara tersebut. Oleh itu, untuk mengimbangkan ekonomi, kadar faedah perlu diturunkan dan menjadikan mata wang tersebut lebih stabil.

1. DATA EKONOMI GLOBAL (FUNDAMENTAL ANALYSIS)

Data-data ekonomi boleh juga anda dapati di http://www.forexfactory.com . Kebanyakan trader forex akan mengikuti perkembangan data ekonomi ini untuk menentukan sama ada pergerakan mata wang akan berbentuk Bullish (Naik=Buy) atau Bearish (Turun=Sell). Kebiasaannya, sebelum data dikeluarkan / diumumkan, pasaran akan tenang sedikit sementara menunggu arah trend seterusnya. Hal ini akan cuba dihuraikan nanti secara terperinci untuk lebih difahami.

Contoh:

Tarikh dan Waktu Data Ekonomi akan diumumkan

Mata wang. Contohnya Australia Dollar (AUD), Swiss Franc (CHF).

Kadar Kekuatan Sesuatu Data. Merah menunjukkan Data yang penting, kuat pengaruhnya ke atas perubahan harga mata wang. Kemungkinan besar mengubah arah trend mata wang tersebut. Warna Oren- kekuatan yang sederhana, sedikit sebanyak menjadikan pasaran forex menjadi aktif. Warna Kuning, data yang tidak kuat.

Jenis-jenis data yang diumumkan.

Maklumat mengenai data-data tersebut. (Detail information). Carta/graf Data yang diumumkan pada bulan sebelumnya Data yang sebenar

diumumkan. Kuat atau Lemah sesuatu mata wang dapat dinilai pada data ekonomi yang diumumkan. Sekiranya nombor pada data itu kurang daripada yang dijangka, bermakna mata wang tersebut adalah lemah.

Data ekonomi yang dijangka akan keluar (diumumkan).

Perhatikan pergerakan semasa Data NFP (Non-Farm Payroll) diumumkan pada 5 June, 2009. NFP adalah statistik yang dikaji, direkod, dan dilaporkan oleh Bureau

of Labor Statistic AS bertujuan untuk memberi gambaran mengenai jumlah gaji

pekerja-pekerja di AS dalam pelbagai bidang perniagaan melainkan: 6. Pekerja-pekerja disektor kerajaan

7. Pekerja di rumah

8. Pekerja di organisasi-organisasi ‘non-profit’ 9. Pekerja ladang.

Laporan NFP yang dikeluarkan termasuklah anggaran jumlah jam bekerja dan jumlah pendapatan untuk semua pekerja yang tidak termasuk dalam senarai di atas. Jumlah NFP ini meliputi 80% daripada pekerja yang menyumbang kepada

Gross National Product (Pendapatan Kasar Negara). Ia membantu kerajaan dan

pakar-pakar ekonomi untuk menentukan keadaan ekonomi negara dan meramalkan aktiviti ekonomi di masa hadapan.

Data NFP diumumkan pada HARI JUMAAT PERTAMA SETIAP BULAN.

Mata wang yang terlibat adalah USD, dan pair yang terlibat adalah seperti GBP/USD, USD/JPY, EUR/USD, USD/CAD dan beberapa lagi mata wang yang melibatkan USD.

Kerap kali berlaku ‘spring’ di mana harga memecut naik (mungkin sekali gus melebihi 100 pip), dan kemudian menjunam turun dengan banyak juga. Ini berlaku disebabkan ramai trader akan menjual/membeli pada masa yang sama apabila mendapat tahu data ekonomi yang diumumkan tidak menyebelahi trade mereka. Cuba perhatikan tempoh sebelum data diumumkan, pergerakan GBPUSD adalah mendatar (‘sideway’). Kemudiannya pada pukul 8:30 malam, setelah data NFP diumumkan, carta menunjukkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 220 pip , dan kemudiannya menjunam sebanyak 285 pip.

Contoh yang terbaik, adalah seperti NFP yang berlaku 5hb Jun, 2009. Data ekonomi yang diumumkan pada pukul 8.30 malam, menunjukkan kekuatan ekonomi untuk mata wang USD. Data yang dijangka ialah -520K, tetapi data sebenar yang diumumkan adalah lebih kuat iaitu -345k (Nombor dengan tanda negatif- semakin kecil nombor, semakin besar kekuatannya). Kenaikan yang besar itu memberi tekanan yang kuat kepada para trader yang sudah membeli mata wang USD ketika itu, oleh itu mereka harus menjualnya semula. Jadi, akibatnya ialah penurunan yang mendadak pula. Penurunan bagi pair GBP/USD menunjukkan kekuatan USD apabila data diumumkan. Jika anda berminat untuk menggunakan data ekonomi ini sebagai salah satu cara untuk menganalisis pasaran, anda boleh gunakan beberapa panduan yang akan disenaraikan di penghujung buku ini nanti.

GBP/USD TF15, 5 Jun

anda tidak begitu memahami bagaimana analisis teknikal ini dijalankan, berikut adalah contoh mudah untuk membantu anda memahaminya.

Katakanlah anda ke pusat membeli-belah, untuk membeli sepasang kasut. Anda pergi ke beberapa buah kedai kasut dan membuat perbandingan harga, kualiti dan keselesaan kasut. Akhir sekali anda membuat keputusan untuk membeli kasut setelah berpuas hati dengan penyelidikan anda itu. Itu adalah Analisis Fundamental.

Tetapi seandainya anda pergi ke pusat membeli-belah dan duduk memerhati bilangan pelanggan keluar masuk sesebuah kedai kasut, dan anda terus memerhati untuk beberapa ketika. Akhirnya anda dapati ramai pelanggan masuk ke kedai tersebut keluar dengan belian mereka. Dari situ, anda berasa puas hati dan terus memilih untuk turut memasuki kedai tersebut serta membeli kasut yang anda inginkan. Itulah contoh mudah yang dinamakan Analisis Teknikal.

Setelah memerhati keadaan pasaran sesuatu pair mata wang, anda mencuba pula teknik-teknik lain dengan menggunakan beberapa indikator (petunjuk) untuk melihat trend pair tersebut. Indikator-indikator tersebut hanya membantu membuktikan sama ada pemerhatian anda betul atau salah sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk membuka post atau tidak.

Indikator Teknikal adalah indikator yang hanya memberi petunjuk kepada seseorang trader tentang arah pergerakan harga, berdasarkan patern(corak) pergerakan harga. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menjangka apa yang akan berlaku terhadap setiap mata wang yang diperdagangkan. Ada beberapa indikator yang perlu anda ketahui bagi menyokong keputusan anda semasa trade nanti.

Setiap forex trader ada cara teknikal tersendiri. Ada juga yang mengolah teknik-teknik trader lain dan menyesuaikannya untuk diri sendiri. Saya juga pernah membeli beberapa teknik yang dijual oleh trader lain untuk dicuba dan diubah suai mengikut kehendak sendiri. Tetapi, yang lebih penting, anda mencuba teknik – teknik ini dan memilih satu yang sesuai untuk anda gunakan selalu.

i) STOCHASTIC

Menggunakan Stochastic sebagai indikator membabitkan signal-signal berikut:

Garisan Stochastic bersilang — menunjukkan perubahan trend berlaku. Bacaan Stochastic melebihi level 80 — pair mata wang telah overbought,

Stochastic berada di level 80 — trend menaik yang kuat.

Stochastic keluar dari level 80 dan menurun – mungkin hanya akan retrace sedikit ataupun mula menukar trend kepada menurun.

Bacaan Stochastic di bawah level 20 — pair mata wang telah oversold,

Stochastic berada di level 20 — downtrend yang kuat,

Garisan Stochastic telah keluar dari level 20 — mungkin hanya akan retrace sedikit atau menukar arah kepada Uptrend.

Contoh di atas adalah contoh stochastic yang paling mudah -hanya perlu buka/tutup trade apabila dua garisan telah bertemu di hujung atas atau di hujung bawah garisan (overbought/oversold).

Bagi Meta4, klik Insert –> Indicator >Custom –> Stochastic seperti yang tertera pada gambar di atas.

Apabila kotak ‘custom indicator’ muncul, klik pada ‘Inputs’, kemudiannya klik pada ‘Value’ default value adalah 5,3,3. Anda boleh menggunakan ‘default value’ ini untuk scalping. Sebaik-baiknya, anda cuba tukarkan nilai-nilai ini sehingga ia memberi makna kepada anda. (Tip: Cuba set pada 10,5, 3 kerana dengan nilai-nilai ini, dua garisan stocastic akan bersilang di garisan-garisan 80 dan 30. Ini menunjukkan ‘overbought’ dan ‘oversold’, serta selari dengan pergerakan naik turun harga mata wang. )

Kemudiannya, pada kotak custom indicator itu juga, klik Levels kemudian Add. Masukkan 80, 20, dan 50 sebagai level.

Carta anda beserta Stochastic akan kelihatan seperti berikut: [Type a quote from the document or th

ii) MOVING AVERAGE (MA)

Buka post BUY apabila telah masuk Zon ‘Oversold’ atau SELL apabila telah masuk Zon ‘Overbought’.

Moving Average(MA) adalah indikator yang paling banyak digunakan oleh trader-trader forex. Ia sangat senang untuk dibaca pada carta.

Moving Average menunjukkan pergerakan purata harga pada satu-satu masa dan memberi gambaran yang jelas mengenai trend dan kecenderungan sesuatu mata wang, sama ada akan berlaku downtrend atau sebaliknya.

a. Bagaimana menggunakan Moving Average (MA)

Moving Average adalah indikator untuk menunjukkan trend pair mata wang. Ia dapat menentukan:

1. Hala tuju harga - menaik, menurun, atau tetap (sideways). 2. Lokasi harga – kalau atas dari MA –BUY, bawah MA - SELL.

3. Masa sesuai untuk buka post atau tutup post. 4. Mudah menentukan paras (level) harga Support/Resistance.

Kolejforex.com

Moving average memudahkan kita melihat pergerakan mata wang dengan lebih jelas

b. Jenis-jenis Moving Averages

i. SMA - Simple Moving Average – menunjukkan purata harga pada sesuatu

masa.

ii. EMA - Exponential Moving average – memberi keutamaan pada data-data

terkini, oleh itu harga bertindak lebih laju dari SMA.

iii. WMA - Weighted Moving Average – memberi keutamaan pada data-data

terkini dan bukannya data-data yang lama.

c. Setting-setting yang selalu digunakan dalam Forex

- 200 EMA dan 200 SMA

- 100 SMA - 50 SMA - 34 SMA

- 20 EMA dan 20 SMA - 10 EMA dan 10 SMA

iii) ZIGZAG

Satu lagi indikator yang dapat menunjukkan pergerakan turun naik harga dengan baik ialah Zigzag. Zigzag digunakan untuk membentuk corak turun-naik (berbukit) harga dengan membentuk paten segitiga. Bentuk zigzag adalah seperti yang anda lihat di bawah:

Zigzag boleh digunakan untuk meramal naik/turun untuk jangka masa akan datang. Ia dibentuk dengan menyambungkan harga terendah kepada harga

tertinggi untuk tempoh tertentu. Apabila harga mencecah harga ramalan tertinggi, harga akan turun sehingga harga terendah untuk tempoh berkenaan. Post dibuka apabila garisan zigzag mencecah harga terendah (beli) dan harga tertinggi (jual). Perbezaan harga untuk M5 adalah lebih kecil, jadi untuk frame ini, TP perlulah lebih kecil ataupun gunakan teknik scalping.

Jika anda lihat pada frame M30, segitiga yang terbentuk adalah lebih besar dan untuk jangkamasa lebih panjang. Jika anda set TP untuk post anda, 10-20 pip masih boleh dipungut. Bagi setiap penurunan harga pada frame M15 atau M5, zigzag pada frame M30 akan menunjukkan candle (lilin) turun harga tetapi harga akan kembali naik sehingga mencecah harga tertinggi (resistance) untuk tempoh frame itu. Begitu juga sebaliknya.

Walau bagaimanapun, bucu atas atau bawah segitiga yang terbentuk mempunyai hadnya. Ia mungkin berulang sebanyak tiga kali dan kemudian memecahkan harga

support atau resistance dan kemudian akan membentuk segitiga-segitiga yang

baru, iaitu dengan harga-harga tertinggi dan terendah yang baru. Peluang untuk anda mengumpul pip ialah apabila harga semasa menjadi harga resistance atau

Kebiasaannya apabila tiga segi terbentuk yang mempunyai ‘double top’ atau ‘double bottom’ (dua high atau dua low), peningkatan atau penurunan pada mata wang akan menjadi lebih besar.

iV) PARABOLIC

Parabolic Sars adalah indicator yang menunjukkan arah trend sesuatu pair. Sekiranya titik-titik parabolic sar berada di atas pada carta candlestick, ia menunjukkan pergerakan downtrend begitu juga jika titik-titik parabolic berada di bawah candlestick, pergerakan harga adalah uptrend.

Untuk setup Parabolic Sars pada Meta4.

 Klik pada Insert – Indicator – Common – Parabolic  Apabila kotak custom indicator muncul, klik Inputs dan

pastikan Value pada Step adalah 0.02 dan maximum adalah 0.2. klik OK.

Tip-tip yang berguna sekiranya menggunakan parabolic sar.

Tip 1: Apabila titik-titik parabolic mempunyai jarak yang besar antara satu sama lain, ia menunjukkan kekuatan pada sesuatu mata wang tersebut. Sekiranya anda terlewat untuk memula trade anda, adalah lebih baik tidak membuka sebarang post semasa jarak di antara titik-titik tersebut jauh. Sebaik-baiknya tunggulah peluang lain.

Tip 2: Parabolic SAR tidak begitu efektif sekiranya digunakan sendirian.

Gunakannya bersama beberapa indikator lain untuk menyokong dan membuktikan keputusan anda.

v) MACD

Untuk menggunakan MACD sebagai indicator, signal-signal berikut harus ada:

Garisan MACD bersilang— trend bertukar

MACD histogram di atas garisan ‘0' — market sedang BULLISH/ UPTREND , jika di bawah, market BEARISH (DOWNTREND).

MACD histogram melepasi garisan ‘0’ — mengesahkan trend semasa yang kuat. Semakin banyak bar-bar histogram itu, maka semakin kuat trend pada masa itu.

Default value pada MACD iaitu 12,26, 9 adalah bersesuaian untuk MACD kerana ia

selalunya tidak banyak ‘false signal’ yang terjadi pada default ini.

MACD adalah perbezaan antara Moving Average yang Perlahan (slow) dan Laju (fast) iaitu 12EMA dan 26EMA. Contoh seperti diagram di bawah.

Cara membaca MACD dan kedua-dua EMA di atas:

o Apabila dua garisan EMA bersilang, berlaku perubahan trend

o Apabila MACD telah melepasi garisan ‘0’ ia menguatkan teori EMA bahawa trend sedang berubah

o Apabila kedua-dua indicator telah menunjukkan trend, bolehlah membuka post atau menutup post yang masih ada.

Setup RSI pada Metatrader sama seperti indikator- indikator lain.

Insert-> Indicator –> Custom –> RSI

Nilai default RSI sebanyak 14 sesuai digunakan untuk semua Time Frame pada Metatrader. Untuk menukar value RSI, klik pada Value dan tukarkan kepada nilai yang anda inginkan. Cuba tukar nilai ini beberapa kali untuk menyesuaikannya dengan teknik trading anda. Klik pada Levels dan tekan ADD untuk menambah level 70,50, dan 30.

Untuk menggunakan RSI sebagai indicator, signal-signal berikut harus ada:

 RSI bergerak melebihi level 50 — trend menaik (Uptrend), bawah 50 trend turun— downtrend.

RSI berada di atas level 70 — pasaran telah overbought. RSI berada seketika di level 70 — uptrend yang makin kuat.

RSI keluar dari level 70 — akan berlaku downtrend , atau sekurang-kurangnya berlaku retracement.

 Sama seperti RSI di bawah 30: bawah 30 — pasaran telah oversold,

berada seketika di level 30 — downtrend masih kuat,

keluar ke atas dari level 30 — akan berlaku uptrend, atau sekurang-kurangnya berlaku retracement.

vii) FIBONACCI RETRACEMENT

Penggunaan RSI

Fibonacci atau Fibo diperkenalkan oleh seorang Matematik Italy bernama Leonardo Pissano Fibonacci pada tahun 1240. Mengikut kajian beliau, beberapa nombor mempunyai kelebihan tersendiri kerana mempunyai peranan penting dalam kehidupan.

Konsep teknik Fibonacci digunakan untuk menganggarkan tahap Support/Resistance pergerakan harga. Mengikut pengiraan Fibo, terdapat nisbah-nisbah khas yang terbentuk mengikut lumrah alam, yang boleh digunakan untuk membantu menganggar point-point support dan resistance. Nombor-nombor Fibonacci ialah 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, dan seterusnya. Turutan ini dihasilkan dengan mencampurkan dua nombor dalam turutan tersebut untuk mendapatkan nombor berikutnya (1+ 1, 1+2, 2+3, ...) Nisbah Fibo pula diperolehi

dengan membahagikan satu nombor Fibo dengan nombor

berikutnya(55/89=0.618). Level-level Fibonacci Retracement yang yang telah ditetapkan adalah pada tahap-tahap 0.382 (38.2%), 0.500 (50%) dan 0.618 (61.8%).

Di antara jenis Fibo yang paling kerap digunakan ialah Fibonacci Retracement – bagi mencari tahap/harga retracement dan support dalam sesuatu trend menaik/menurun. Indikator ini menggunakan satu garisan menegak yang dilukis dengan menyambungkan harga tertinggi kepada harga terendah sesuatu pair bagi satu tempoh trend sebelumnya. Beberapa garisan mendatar pula dilukis bersudut tepat pada garisan menegak tadi pada paras-paras 23.6%, 38.2%, 50% 61.8 %, 78.4% dan 100%. Pada permulaan trend, paras 23.6% akan digunakan sebagai tahap resistance. Tetapi jika harga terus naik melebihi paras ini, 38.2% pula akan digunakan sebagai tahap resistance. Tahap 23.6% tadi kini menjadi tahap support pula. Jika harga terus naik ke tahap 50%, tahap 38.2% pula menjadi point support. Satu yang perlu diingat, Fibo tidak digunakan untuk menentukan trend keseluruhan harga, tetapi hanya tahap support dan resistance sesuatu trend kerana kerapkali ia menepatii anggaran dan ramalan trader.

Bagi Meta4, satu garisan trend akan dilukis menghubungkan harta tertinggi kepada harga terendah. Secara automatik pula, pengiraan dilakukan oleh platform dan garisan melintang dilukis bagi menandakan tahap-tahap Fibo.

Untuk setup Fibonacci Retracement di Metatrader

Klik pada butang ini untuk mendapat Fibonacci Retracement

Contoh Fibonacci Retracement:

Time frame yang sesuai untuk Fibonacci digunakan adalah pada 1jam.

Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik yang lain boleh dipraktikkan. Tujuan saya perkenalkan beberapa teknik yang mudah adalah kerana sepanjang pengalaman saya dalam dunia forex ini, walaupun secanggih mana indikator yang kita gunakan, teknik ‘basic’ iaitu menggunakan MA, RSI, serta Stochastic jugalah yang lebih mudah dan berkesan. Pada pandangan saya, ketiga-tiga indikator ini amat berguna dalam membantu anda membuat keputusan sama ada untuk membuka atau menutup post.

BAB 7

ANALISIS TEKNIKAL DAN

STRATEGI/TIP

Menggunakan analisis teknikal

serta strategi & tip-tip

Dalam dokumen teknik mm.pdf (Halaman 58-81)

Dokumen terkait