Ikan
Tahap : 1 Pelajaran : 10 Tema: Rumah Saya Topik : Huruf Jj
Tempoh : Minimum 30 minit untuk setiap sesi / 5 sesi untuk setiap minggu Standard Pembelajaran:
BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila terhadap cerita BM 1.4.2 Berinteraksi menggunakan ayah mudah untuk meluahkan perasaan BM 2.2.3 Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar
BM 3.2.3 Menyalin perkataan
BM 3.2.6 Meluahkan idea dalam bentuk lukisan, simbol dan tulisan
Bahan Bantu Mengajar:
Perisian Komputer Multimedia BM LEARNING BOX
Buku Aktiviti BM LEARNING BOX
Kad Imbasan
Komponen Penting
Kemahiran Aktiviti Lain-lain
Persediaan Pengajaran
1. Perisian Komputer Multimedia BM LearningBox telah disediakan.
2. Kad Imbasan.
3. Buku Teks dan Buku Aktiviti disediakan.
4. Bahan untuk ditunjukkan seperti jari, jagung, jeli, jingga 5. Rujukan lain yang mengenai huruf ‘j’.
Bunyi Huruf Kesedaran Fonemik
1. Memperkenalkan huruf J.
2. Belajar bunyi huruf j - /j/.
3. Jelaskan bunyi /j/ untuk jagung.
4. Menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan.
5. Ulangi bunyikan huruf J.
Cerita Pendekatan Dengar Tutur
1. Mendengar cerita “Jagung dan Jeli”.
2. Membaca ayat-ayat yang dipamerkan.
3. Ulangi ayat-ayat yang dibaca.
Pemahaman Kemahiran Menjawab
1. Memperkukuh kemahiran bersoal jawab.
2. Apakah yang emak masak di dapur? (Emak masak jagung di dapur.)
3. Apakah warna jeli? (Jeli berwarna jingga.) Pembelajaran
Kognitif
Mengira
Buku Teks m/s 27
1) Guru menanya soalan, kemudian murid menjalankan aktiviti mewarna.
Soalan: Berapakah jagung yang terdapat di dalam periuk?
(Tiga)
Soalan: Adakah kamu suka makan jeli? (Ya, saya suka makan jeli.)
Kosa Kata Perkembangan Bahasa
1. Menunjukkan perkataan yang bermula dengan huruf J yang terdapat dalam perisian.
Kad perkataan,
2. Murid membaca dengan sebutan yang jelas.
3. Guru menjelaskan setiap maksud perkataan tersebut.
Aktiviti Berkumpulan – Permainan Music Chair (i) Murid menyanyi lagu bersama-sama sambil
mengedarkan belon secara bergilir-gilir.
(ii) Lagu diberhentikan secara tiba-tiba. Murid yang memegang belon akan memilih satu kad perkataan dan membaca dengan kuat.
belon
Pertuturan Kemahiran bertutur
1. Murid boleh menjawab soalan “Apakah warna kegemaran kamu?” (“Warna kegemaran saya ialah…….”)
Aktiviti Think-Pair-Share
(i) Guru boleh meminta murid mengeluarkan pensel warna dan murid-murid memilih satu warna yang paling disukai.
(ii) Murid-murid dikehendaki mencari kawan yang memilih warna yang sama dan dijadikan satu kumpulan.
(iii) Murid-murid akan tampil ke hadapan dengan ahli kumpulan sendiri dan memberitahu murid lain “Warna kegemaran saya ialah……”
Bacaan Kemahiran Membaca
1. Membaca bacaan yang terdapat dalam perisian komputer.
2. Pastikan murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang jelas.
3. Mengamalkan cara membaca yang betul.
Penulisan Kemahiran Menulis
1. Pastikan murid memegang alat tulis dengan cara yang betul.
2. Menulis huruf Jj dengan betul mengikut lakaran titik huruf yang dibekalkan.
Aktiviti Berpasangan
2 orang dalam 1 kumpulan, saling menulis huruf Jj pada tapak tangan kawannya.
Imbas Kembali
Kemahiran Ingatan
1. Menyebut perkataan yang telah dipelajari sebelum guru menunjukkan gambar.
2. Murid boleh berfikir perkataan lain yang bermula dengan huruf J.
Pengukuhan dan
Pemulihan
1. Melengkapkan aktiviti-aktiviti Pelajaran 10 pada m/s 19 dan 20.
Penutup 1. Merumus pelajaran
2. Memberi pujian atas usaha murid.
Tahap : 1 Pelajaran : 11 Tema: Rumah Saya Topik : Huruf Kk
Tempoh : Minimum 30 minit untuk setiap sesi / 5 sesi untuk setiap minggu Standard Pembelajaran:
BM 1.3.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi suku kata awal yang sama dalam perkataan
BM 1.4.1 Mendengar dan menyebut ayat mudah secara bertatasusila BM 2.2.3 Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar BM 2.3.1 Membunyikan suku kata terbuka
BM 3.2.6 Meluahkan idea dalam bentuk lukisan, simbol dan tulisan Bahan Bantu Mengajar:
Perisian Komputer Multimedia BM LEARNING BOX
Buku Aktiviti BM LEARNING BOX
Kad Imbasan Komponen
Penting
Kemahiran Aktiviti Lain-lain
Persediaan Pengajaran
1. Perisian Komputer Multimedia BM LearningBox telah disediakan.
2. Kad Imbasan.
3. Buku Teks dan Buku Aktiviti disediakan.
4. Bahan untuk ditunjukkan seperti kaki, kasut, katak, kuning 5. Rujukan lain yang mengenai huruf ‘k’.
Bunyi Huruf Kesedaran Fonemik
1. Memperkenalkan huruf K.
2. Belajar bunyi huruf k - /k/.
3. Jelaskan bunyi /k/ untuk kucing.
4. Menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan.
5. Ulangi bunyikan huruf k.
Cerita Pendekatan Dengar Tutur
1. Mendengar cerita “Jiran Amir, Ah Chong”.
2. Membaca ayat-ayat yang dipamerkan.
3. Ulangi ayat-ayat yang dibaca.
Pemahaman Kemahiran Menjawab
1. Memperkukuh kemahiran bersoal jawab.
2. Adakah badan Ah Chong tinggi dan kurus ? (Ya, badan Ah Chong tinggi dan kurus.)
3. Apakah warna kasut Ah Chong? (Kasut Ah Chong berwarna kuning.)
Soalan Tambahan
4. Adakah kamu kenal jiran kamu?
5. Jika ada, siapakah nama mereka?
Kosa Kata Perkembangan Bahasa
1. Menunjukkan perkataan yang bermula dengan huruf K yang terdapat dalam perisian.
2. Murid membaca dengan sebutan yang jelas.
3. Guru menjelaskan setiap maksud perkataan tersebut.
Membanding dan Membeza
Aktiviti membulat huruf K dan k yang betul.
Aktiviti – MIX N MATCH
Lembaran kerja K, kad suku kata
(i) Cantumkan kad suku kata yang diberi oleh guru dan membina perkataan yang betul.
(ii) Murid membunyikan siri perkataan yang mempunyai suku kata awal yang sama.
Pertuturan Kemahiran bertutur
1. Murid boleh menjawab soalan
(i) Siapakah nama jiran kamu? (Nama jiran saya…..) (ii) Apakah yang kamu selalu main dengan jiran? (Kami
bermain….) Bacaan Kemahiran
Membaca
1. Membaca bacaan yang terdapat dalam perisian komputer.
2. Pastikan murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang jelas.
3. Mengamalkan cara membaca yang betul.
Buku Teks m/s 29
Murid menjalankan aktiviti mewarna.
Penulisan Kemahiran Menulis
1. Pastikan murid memegang alat tulis dengan cara yang betul.
2. Menulis huruf Kk dengan betul mengikut lakaran titik huruf yang dibekalkan.
Aktiviti berkumpulan - Formations
Murid dibahagikan kepada kumpulan, dan menjalankan aktiviti pasukan membentuk huruf K dengan baring di atas lantai.
Imbas Kembali
Kemahiran Ingatan
1. Menyebut perkataan yang telah dipelajari sebelum guru menunjukkan gambar.
2. Murid boleh berfikir perkataan lain yang bermula dengan huruf K.
Pengukuhan dan
Pemulihan
1. Melengkapkan aktiviti-aktiviti Pelajaran11 pada m/s 21 dan 22.
Penutup 1. Merumus pelajaran
2. Memberi pujian atas usaha murid.
ka sut
ka ki
ka tak
ku ning
a
K k
K
K K k k
k
Tahap : 1 Pelajaran : 12 Tema: Rumah Saya Topik : Huruf Ll
Tempoh : Minimum 30 minit untuk setiap sesi / 5 sesi untuk setiap minggu Standard Pembelajaran:
BM 1.2.4 Mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila terhadap cerita
BM 1.3.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi suku kata awal yang sama dalam perkataan
BM 2.2.3 Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar BM 2.3.3 Membaca perkataan dengan suku kata terbuka KV+KV BM 3.2.2 Menulis huruf besar dengan cara yang betul
Bahan Bantu Mengajar:
Perisian Komputer Multimedia BM LEARNING BOX
Buku Aktiviti BM LEARNING BOX
Kad Imbasan Komponen
Penting
Kemahiran Cadangan Aktiviti Lain-lain
Persediaan Pengajaran
1. Perisian Komputer Multimedia BM LearningBox telah disediakan.
2. Kad Imbasan.
3. Buku Teks dan Buku Aktiviti disediakan.
4. Bahan untuk ditunjukkan seperti lobak, lada, lembu, labu.
5. Rujukan lain yang mengenai huruf ‘l’.
Bunyi Huruf Kesedaran Fonemik
1. Memperkenalkan huruf L.
2. Belajar bunyi huruf l - /l/.
3. Jelaskan bunyi /l/ untuk lori.
4. Menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan.
5. Ulangi bunyikan huruf L.
Cerita Pendekatan Dengar Tutur
1. Mendengar cerita “Di Gerai Sayur-sayuran”.
2. Membaca ayat-ayat yang dipamerkan.
3. Ulangi ayat-ayat yang dibaca.
Pemahaman Kemahiran Menjawab
1. Memperkukuh kemahiran bersoal jawab.
2. Apakah yang dibawa oleh emak Amir? (Emak Amir membawa sebuah bakul.)
3. Apakah yang Amir suka makan? (Amir suka makan labu.) Soalan Tambahan
4. Selain daripada labu, apakah sayur-sayuran yang pernah kamu nampak di pasar?
Pembelajaran
Kognitif Mengira
Buku Teks m/s 33 1) Guru menanya soalan.
a) Di manakah tempat yang ditunjukkan dalam gambar ini? (padang)
b) Apakah binatang yang ditunjukkan dalam gambar ini? (lembu dan arnab)
c) Berapakah batang lobak yang terdapat dalam
Gambar
gambar ini? (Empat batang) 2) Murid menjalankan aktiviti padanan.
Lukisan dan Kraf – Teknik Kolaj
(i) Sediakan gambar bentuk lobak merah.
(ii) Guru membekalkan cebisan kertas warna.
(iii) Murid menampal cebisan kertas warna pada gambar yang diberi.
Kosa Kata Perkembangan Bahasa
1. Menunjukkan perkataan yang bermula dengan huruf L yang terdapat dalam perisian.
2. Murid membaca dengan sebutan yang jelas.
3. Guru menjelaskan setiap maksud perkataan tersebut.
Aktiviti berkumpulan- PLACEMAT (i) Perkataan dan placemat disediakan.
(ii) Murid-murid dikehendaki memilih seorang ketua untuk mendapatkan gambar daripada cikgu.
(iii) Ahli kumpulan akan melekat gambar yang telah diberi pada placemat masing-masing.
Placemat dan gambar
Pertuturan Kemahiran bertutur
1. Murid boleh menjawab soalan “Apakah sayur yang kamu sukan makan?” (Saya suka makan……”)
Aktiviti berpasangan
Murid boleh bertanya kepada rakan di sebelah dengan soalan yang sama.
Bacaan Kemahiran Membaca
1. Membaca bacaan yang terdapat dalam perisian komputer.
2. Pastikan murid membaca dengan sebutan dan intonasi yang jelas.
3. Mengamalkan cara membaca yang betul.
Penulisan Kemahiran Menulis
1. Pastikan murid memegang alat tulis dengan cara yang betul.
2. Menulis huruf Ll dengan betul mengikut lakaran titik huruf yang dibekalkan.
3. Menulis huruf besar dan kecil di udara.
Aktiviti Berkumpulan – Permainan Mencari Huruf (i) Guru sembunyikan huruf L di sekeliling kelas.
(ii) Murid diberikan kad perkataan secara rawak yang kehilangan huruf L.
(iii) Murid dikehendaki mencari huruf dan menampal huruf pada ruangan yang diberi.
(iv) Murid membaca perkataan yang dipegang.
Kad
1. Menyebut perkataan yang telah dipelajari sebelum guru menunjukkan gambar.
2. Murid boleh berfikir perkataan lain yang bermula dengan huruf L.
Pengukuhan dan
Pemulihan
1. Melengkapkan aktiviti-aktiviti Pelajaran 12 pada m/s 23 dan 24.
Penutup 1. Merumus pelajaran
2. Memberi pujian atas usaha murid.