• Tidak ada hasil yang ditemukan

bahan mati

Dalam dokumen Muallij dan MakhlukHalus (Halaman 74-82)

ILMU SALAH

Bahan 2 bahan mati

Bahan mati ialah seperti kaca, miang buluh, duri, rambut, paku, bulu anjing hitam dan serbuk mayat. Bahan-bahan ini diadun atau digu na mengikut jenis niat menghancurkan mangsa.Simpton santau dari jenis ini menghampiri simptom santau bahan binatang iaitu:

1. Batuk yang berterusan 2. Alahan kepada cuaca sejuk

3. Anggota badan terasa pedih seperti dicucuk atau dihiris. 4. Sesak nafas dan sempit dada

5. Kebas di bahagian betis

6. Sakit atau bengkak di bahagian tapak kaki atau anggota badan 7. Kehilangan darah (leukemia)

8. Hilang ingatan

9. Terasa ada makhluk bergerak dalam badan. 10. Letih, pucat dan lesu.

Santau Angin

Santau jenis ini adalah yang paling merbahaya.Kebiasaannya, kesan santau ini akan matang dalam masa 2 tahun dan boleh membawa maut. Namun begitu, urusan maut adalah urusan Allah S.W.T. Jika Allah S.W.T tidak mengizinkan, maka, walau apa jua jenis santau yang diberi, ianya tidak membawa kesan atau mudharat. Santau angin hanya di lakukan dari kalangan bomoh santau yang tinggi kebatinannya dan rapat dengan jin.Hal berkawan atau memelihara jin ini amat perlu bagi Pengamal Santau.Ini kerana, tugas membawa bahan santau secara jarak jauh dilakukan oleh jin tersebut.Jin santau ini harus diberi makan dan tempat tinggal sebagai syarat persahabatan. Selain itu, pengamal santau perlu melakukan perkara yang mensyirikkan Allah seperti tidak boleh berkawan dengan orang alim dan menjauhi solat.Pengamal santau juga perlu melepaskan santaunya dalam tempoh tertentu seperti dalam sebulan, dalam setahun atau beberapa tahun. Jika tidak melepaskan santau dalam tempoh yang ditetapkan, santau amalannya akan memakan diri sendiri.

SUSUK

Takrif bahasa

Asal usul kata Susuk adalah dari istilah Jawa. Maksud susuk dalam istilah jawa ialah tangkal, azimat atau pergantungan yang boleh memberi kebaikan ataupun menolak

75

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

bala. Susuk yang diistilah dalam istilah Jawa adakalanya dikalung di leher, lengan atau dibawa. Namun begitu, masyarakat Nusantara hari ini mengenali susuk sebagai amalan memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Bahan yang digunakan bergantung kepada kehendak pemakai susuk.

Hukum Memakai Susuk

Amalan memakai susuk tergolong dalam Syirik Akhbar iaitu percaya kehebatannya selain dari Allah S.W.T.Jika dinyatakan ianya adalah syirik, maka bolehlah dikatakan bahawa individu yang memakai susuk adalah kufur. Sepertimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Dawud, Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya jampi2, azimat, dan tiwalah adalah syirik”

Sejarah Susuk

Susuk sudah pun diamalkan sejak dari zaman Nabi Musa A.S lagi. Diwaktu itu, bahan susuk yang digunakan adalah dari jenis kumbang hidup yang dimasukkan melalui hidung untuk kelihatan muda.Namun begitu, susuk jenis ini hanya boleh diguna apabila mahu keluar dari rumah.Pemakai susuk akan kelihatan tua jika tidak kemana-mana.

Jenis-jenis Susuk

Pemakaian susuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:- a. Susuk Nyata

b. Susuk Ghaib

a.Susuk Nyata

Susuk nyata adalah melibatkan penggunaan beberapa bahan yang dimasukkan ke dalam badan individu bagi mendapatkan dan menyakini kesan tertentu.Antaranya ialah 1.Susuk Emas (paling popular-untuk pengasihan)

2.Susuk Berlian (kos mahal) 3.Susuk Mutiara (suara merdu) 4.Susuk Geliga buaya (nafsu) 5.Susuk Besi / Beruang (kebal)

6.Susuk Bunga (pengasihan-kononnya akan keluar 40 hari sebelum mati) 7.Susuk Tulang Manusia (kononnya boleh nampak alam ghaib)

8.Susuk Buluh Perindu (suara merdu & pengasihan) 9.Susuk Bulu Rusa (untuk semangat waja diri) 10.Susuk Raksa (kebal besi)

b.Susuk Ghaib

76

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

1.Susuk haram

Pemakaian susuk jenis ini tidak melibatkan pengisian bahan dalam anggota badan.Tetapi lebih kepada penggunaan amalan yang memerlukan kerjasama jin dalam mencapai maksud tertentu.Pemakai susuk jenis ini perlu melakukan ritual tertentu untuk mendekatkan diri dengan jin susuk.

2.Susuk halal

Susuk halal adalah penglibatan doa dan amalan bersumberkan Al-Quran dan Hadis.Setiap kehendak yang diingini disertakan dengan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Tujuan Susuk

Masih ramai individu yang tidak peka dengan syariat Islam bahawa memakai susuk itu adalah HARAM. Susuk diyakini dapat memenuhi permintaan berikut

1.Pemanis dan Seri wajah 2.Pelaris diri

3.Pelaris Perniagaan 4.Kebal

5.Mencantikkan payudara atau kemaluan lelaki 6.Hebat dalam hubungan seksual

7.Memulihkan dara

8.Menundukkan musuh atau binatang 9.Pendinding diri

10.Menjadikan suara merdu 11.Mengikat kasih sayang 12.Menjadi muda

1.Pemanis dan Seri wajah

Susuk jenis ini biasanya dipakai di wajah iaitu di dahi, antara 2 kening, pipi, atas bibir dan dagu.Umumnya, susuk emas dan berlian dipakai untuk tujuan ini.

2.Pelaris diri

Susuk jenis ini dipakai untuk menjadi popular. Kebanyakkan artis dan golongan pelacur menggunakan susuk untuk tujuan ini. Susuk jenis ini dipakai di bahagian muka dan beberapa anggota badan.

3.Pelaris Perniagaan

Susuk ini digunakan untuk menyakinkan pembeli bila berurusan. Para pelanggan yang berurusan dengan pemakai susuk jenis ini akan terpukau seterusnya membeli barangan yang yang ditawarkan.

77

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Susuk kebal amnya dipakai oleh ahli senibeladiri dan turut dipakai oleh ketua-ketua gangster. Tujuan memakai susuk ini adalah untuk mengelak rasa sakit bila dipukul, ditetak atau ditembak pihak lawan.

5.Mencantikkan payudara atau kemaluan lelaki

Kegunaan susuk untuk menegangkan payudara bagi wanita yang lazimnya sudah berumur tetapi masih ingin kelihatan muda. Bagi lelaki pula, susuk digunakan untuk menampakkan saiz alat kemaluan kelihatan besar, tegang dan padat.Susuk jenis ini banyak dipakai oleh golongan gigolo yang ingin dipuji bila bersama wanita.

6.Hebat dalam hubungan seksual

Susuk dipakai pada alat kemaluan menjadikan pemakainya hebat dalam ‘bertarung’. 7.Memulihkan dara

Bagi perempuan yang sudah terlanjur, pemakaian susuk jenis ini menjadikan daranya pulih kembali dan menutup kisah silam pada pasangan.

8.Menundukkan musuh atau binatang

Susuk jenis ini amnya dipakai oleh masyarakat nomad atau orang asli. Hal ini kerana persekitaran kehidupan mereka berkait rapat dengan hutan belantara yang mana mereka mungkin berdepan dengan binatang buas atau musuh pihak lain.

9.Pendinding diri

Susuk jenis ini lebih kepada perisai sewaktu bertempur seperti menjadi halimunan apabila bertarung atau punyai kelebihan bila mahu melarikan diri.

10.Menjadikan suara merdu

Susuk jenis ini biasanya diguna pakai oleh golongan penyanyi untuk memukau para pendengar.

11.Mengikat kasih sayang

Pasangan yang mengalami masalah kasih sayang ataupun kuat cemburu akan menggunakan susuk untuk mengikat pasangannya dari mencari pasangan lain.

12.Menjadi muda

Susuk jenis ini menjadikan pemakainya kelihatan muda walaupun sudah berumur lanjut.

Pantang Pemakai Susuk

Sebelum memakai susuk, para pemakai susuk harus bersetuju mengamalkan beberapa pantang larang untuk mengelak dari susuk yang dipakai menjadi tawar. Pantang juga harus dipatuhi bagi mengelak kesan yang buruk ke atas pemakai.

Pantang larang yang perlu dipatuhi adalah:- 1. Larangan memakan pisang emas

78

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

2. Larangan memakan buah kundur

3. Larangan memakan makanan bercucuk seperti sate 4. Larangan lalu di bawah jemuran kain basah

5. Larangan memakan labu

6. larangan memakan buah atau daun kelor 7. Larangan melihat bulan penuh dengan niat

8. Larangan melihat cermin dalam masa tempoh tertentu 9. Larangan menghadiri majlis pengebumian

10. Larangan diketuk dengan senduk

11. Larangan mengoyak atau memotong daun palas

Risiko Pemakai Susuk

Pemakai susuk akan berhadapan dengan seksaan atau azab yang pedih ketika nazak jika susuk yang d ipakai tidak dibuang. Susuk kebiasaannya hanya boleh dibuang oleh bomoh yang memakai susuk atau mereka yang arif dalam perubatan membuang susuk. Jika bomoh susuk tersebut meninggal, pemakai susuk akan mendapat kesukaran ketika nazak kerana jin berdamping yang berada pada susuktersebut tidak mahu berpisah dari badan.

Kesimpulan Memakai Susuk

Susuk hanya aktif dengan bantuan jin.Sebenarnya, para pemakai susuk tertipu dengan ilmu susuk itu sendiri. Mereka meyakini bahawa dengan memakai bahan susuk, maka keinginan mereka akan tercapai atas kehebatan bahan yang diguna. Sebenarnya, bahan susuk yang dipakai tidak mempunyai kehebatan. Yang menjadikan kehebatan itu adalah dakyah tipu daya jin kepada pemakainya.

HISTERIA

Histeria adalah gerak laku atau perbuatan diluar kawalan batas normal kehidupan manusia.Individu yang terkena serangan histeria akan berkelakuan seperti orang kurang siuman dan tindakannya berada di luar kawalan serta susah dijangka dengan logik akal.

Punca Histeria

Serangan histeria berlaku kerana dua faktor iaitu:- 1.Masalah psikologi

2.Masalah gangguan jin

1.Masalah psikologi

Individu yang mempunyai banyak masalah at au tekanan dalam kehidupan boleh diserang histeria.Antara punca masalah histeria adalah:-

79

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

a. Masalah perhubungan seperti:- 1. Putus cinta

2. Dibenci keluarga 3. Perceraian 4. Perbalahan.

5. Cinta tidak bersahut

6. Hubungan dengan masyarakat b. Tekanan kerja seperti:-

1. Pelajar yang sering dimarahi guru

2. Permusuhan sahabat di sekolah antara pelajar 3. Pekerja yang dimarahi majikan

4. Tekanan kerja yang bertimbun 5. Majikan yang dipulau pekerja 6. Masalah kenaikan pangkat 7. Diturunkan pangkat

c. Masalah kehidupan

1. Masalah kemampuan sara diri 2. Masalah hutang

3. Masalah pengangguran 4. Masalah kesihatan 5. Masalah kerjaya

2.Masalah gangguan Jin

Histeria akibat gangguan jin lazimnya disangkal oleh golongan sains. Namun begitu, kenyataan statistik kes menunjukkan bahawa majoriti gangguan histeria adalah berpunca dari gangguan jin. Seperti yang diterangkan dalam bab pengenalan alam jin, sesungguhnya jin adalah musuh nyata dalam mengganggu kehidupan normal manusia.Namun begitu, kebanyakkan kes yang dialami oleh penulis dalam menangani kes histeria adalah kerana berpunca daripada kesilapan manusia mengganggu kaum jin yang menyebabkan mereka marah lalu merasuk ke dalam jasad manusia.

Antara punca gangguan adalah:-

1. Tempat kediaman asal jin diambil tanpa kebenaran dengan mendirikan bangunan, perumahan, pusat pengajian ataupun pusat ekonomi.

2. Tempat kediaman jin diganggu seperti membuang kotoran, memotong pokok tempat mereka bermain, membakar kawasan mereka seperti aktiviti pembukaan hutan, membuang air kecil dan mencurahkan air panas.

3. Menyakiti jin tanpa disedari seperti memijak, membakar atau menindih mereka.

4. Kebisingan manusia menyebabkan jin tidak selesa berada dikediaman mereka.Kes ini pernah dihadapi penulis ketika merawat pelajar histeria disebuah kolej di pantai timur semenanjung Malaysia.

80

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Jin akan merasuk ke dalam jasad manusia dan terus ke bahagian otak. Ketika ini, semua gerakan dan perlakuan dikawal oleh jin yang berada di otaknya.Antara tanda-tanda serangan histeria ini adalah:-

1- Berlaku secara berkumpulan

2- Mangsa tiba-tiba mengamuk, menjerit, murung, menangis atau sawan tanpa sebab 3- Kebiasaannya, mangsa akan menggigil kesejukkan

4- Mangsa juga berkelip dan menelan air liur dengan laju.

5- Mangsa histeria akan menunjukkan identiti jin dalam badan sebagai contoh jika jin itu sudah tua, maka perlakuan mangsa seakan-akan orang yang sudah berumur. Adakalanya, mangsa boleh bercakap dalam bahasa asing dan itu adalah bahasa

perantaraan yang digunakan oleh jin tersebut di alam mereka.

ILMU SALAH

Ilmu salah adalah amalan atau perilaku menyimpang yang boleh menghadirkan jin dan syaitan secara sedar atau tidak. Kebanyakkan kes yang pernah dihadapi penulis menunjukkan bahawa pesakit ilmu salah ini tidak mengetahui bahawa mereka didampingi kaum jin.

Faktor daripada kehadiran jin kepada penuntut ilmu salah ini adalah seperti berikut:- 1. Amalan yang dituntut memang diketahui penuntut untuk

bersahabat dengan jin. Kebiasaannya dipanggil ‘akuan’.

2. Amalan yang dituntut tidak diketahui boleh menghadirkan jin. 3. Guru yang mempunyai jin mengarahkan kepada jin supaya berdamping penuntut tanpa diketahui penuntut.

4. Guru alam ghaib – Kononnya datang secara zahir atau mimpi mengajarkan beberapa amalan tertentu. Sebenarnya dia adalah jin.

Kebanyakkan pesakit ilmu salah ini belajar daripada amalan berikut.Namun, bukan semua amalan ini adalah ilmu salah. Ilmu salah ini terjadi dengan wujudnya penyimpangan amalan dan punyai unsur mensyirikkan Allah S.W.T

Contoh amalan yang boleh menjadi ilmu salah ialah, Ilmu senibeladiri, Ilmu perubatan, mistik, Ilmu mengurut, Ilmu membidan, Ilmu pengasih, Ilmu kebal, Ilmu susuk, Ilmu pukau, Ilmu tenaga batin, Ilmu toyol, Ilmu pendinding, Ilmu hiburan tradisional, Ilmu tarekat sesat, dan Ilmu pemagar

81

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Bab 3

Muallij

Klinik muallij

http://klinik-muallij.blogspot.com

oleh: Mustakim bin Mohd Najib

82

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

MUALLIJ

Dalam dokumen Muallij dan MakhlukHalus (Halaman 74-82)

Dokumen terkait