• Tidak ada hasil yang ditemukan

TANDA-TANDA ADANYA PENYAKIT KETURUNAN

Dalam dokumen Muallij dan MakhlukHalus (Halaman 67-71)

ILMU SALAH

TANDA-TANDA ADANYA PENYAKIT KETURUNAN

Terdapat tanda-tanda orang yang mempunyai keturunan daripada pembela atau orang yang bersahabat dengan Jin, walaupun mereka tidak mengalami penyakit dan sebab-sebab seperti yang telah dinyatakan di atas. Sebagai panduan, kebiasaannya orang yang ada penyakit keturunan itu akan mengalami salah satu atau kesemua daripada tanda-tanda di bawah, antaranya:

a. Mudah terkena Rasukan b. Cemburu

c. Iri hati

d. Jahat Sangka

e. Selalu mimpikan orang minta adakan jamuan atau makan f. Panas Baran

g. Was-was dalam melakukan pekerjaan h. Suka berkelahi / bergaduh

i. Ada halangan dan sekatan dalam pekerjaan

Pengkelasan Keturunan.

1. Secara ringkasnya kebanyakan daripada keturunan-keturunan di bawah kadang-kala bersahabat atau membela Jin, demi untuk mencapai hasrat dan membantu pekerjaan mereka dalam masyarakat. Keturunan-keturunan tersebut antaranya ialah:

a. Keturunan Raja b. Keturunan Panglima c. Keturunan Tok Bomoh d. Keturunan Mudim e. Keturunan Mak Andam

f. Keturunan Syed Malam Jumaat g. Keturunan Hulubalang

h. Keturunan Mak Bidan

i. Keturunan Penjaga Kampung

j. Keturunan Guru latihan pertahanan diri. 2. Gila.

Gila yang diakibatkan oleh rasukan Jin ini terdapat berbagai-bagai jenis. Antara yang sering terjadi ke atas orang-orang Melayu ialah

i. Gila Babi atau gila yang seumpamanya.

Penyakit gila babi sering di kaitkan dengan babi sebab, apabila didatangani penyakit tersebut, pesakit itu suka menyondol nyondol seperti Babi dan jika dibiarkan mereka akan masuk kedalam air dan besar kemungkinan akan mati lemas. Penyakit gila seperti ini kebiasaannya ada kaitan dengan keturunan atau saka baka yang berpunca dari

68

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

kerasukan Jin. Biasanya benih manusia jenis ini sudah bercampur dengan benih Jin keturunannya semasa jatuh benih ketika si ibu dan bapa melakukan persetubuhan. Walaupun mereka telah membaca doa seperti yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w, namun oleh kerana Jin tersebut telah sedia ada dalam diri orang tersebut melalui saka baka dan keturunan tadi, maka Jin atau saka baka tadi tidak mudah meninggalkan mereka, melainkan saka-baka atau Jin tersebut telah di buang dari keluarga tersebut. Maka hasil dari situ lah terdapat ramai dari kalangan orang Melayu yang mendapat anak yang cacat luar biasa, gila dan sebagainya.

ii. Gila Mereyam

Gila mereyam sering berlaku ke atas perempuan-perempuan yang baru lepas bersalin. Orang sering mengaitkan gila mereyam disebabkan oleh batu meriyam yang tidak masuk kembali pada tempat asalnya. Mengikut Sinseh Cina batu meriyam itu di kenali sebagai Black Stone atau batu Hitam yang menurut mereka , apabila batu itu naik ke kepala akan menyebabkan seseorang perempuan menjadi gila. Gila yang disebabkan oleh batu meriyam ini paling ringan ialah perempuan berkenaan akan suka berbedak atau bersolek, walaupun baru melahirkan anak dan berkelakuan luar biasa. Antara yang paling teruk ialah mereka sanggup memukul orang atau lari dari rumah dan berkeliaran di atas jalan-jalan raya atau merayau-rayau di merata tempat. (Gila ini biasanya tiada kaitan dengan Jin)

iii. Gila Isim

Gila Isim adalah disebabkan orang tersebut beramal dengan ayat-ayat yang di terima tanpa melalui guru. Punca gila ini adalah panas yang disebabkan oleh khadam penjaga ayat tersebut daripada gulungan Jin yang menggangunya. Gila jenis ini sering berlaku kepada mereka yang menuntut sesuatu ilmu atau beramal dengan sesuatu ilmu tanpa salasilah yang sahih, iaitu tanpa melalui guru yang muktabar sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

iv. Gila Kena Rasuk / Gila akibat Sihir.

Kedua-dua jenis gila di atas adalah disebabkan Jin samada Jin yang di suruh oleh tuannya atau Jin yang tidak bertuan. Kadang-kadang mereka yang terkena jenis ini agak aggresif dan suka memukul orang jika di ganggu atau cuba di ubati.

PUKAU

Tanda-tanda:

1. Mengantuk yang melampau 2. Pening serta-merta tanpa sebab

3. Bercakap perkara sumbang tanpa kawalan 4. Pendiam tanpa sebab

69

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

6. Berjalan tanpa arah tuju

7. Melihat wajah yang hodoh menjadi cantik atau sebaliknya 8. Merasa kasihan yang melampau

9. Hilang ingatan 10. Gila

11. Nafsu memucak tanpa sebab Kaedah Sihir:

1. Melalui Renungan mata 2. Melalui perbualan 3. Melalui gambarajah

4. Melalui pembacaan (sms / artikel) 5. Makanan atau minuman

6. Melalui rokok 7. Melalui bunga 8. Melalui pakaian

9. Melalui bahan cenderamata

SAKA

Takrif Bahasa: Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, takrif SAKA terbahagi kepada 3 iaitu:

Saka 1: katanama = pusaka, peninggalan, warisan, tirkah, wasiat

Saka 2 : katanama = leluhur, keturunan, darah, anak, bangsa, keluarga, gengsi, kaum kerabat, bani, banu, benih, zuriat, muwalat, baka, suku-sakat, belahan, kulawangsa, darah, famili, kaum, kulasentana.

Saka 3: adjektif = tidak subur, usang, kersang, kersul, kering;(antonim) subur.

Selain takrif yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, masyarakat Melayu amnya menakrifkan makna SAKA seperti berikut:

a)Saka = Pusaka

b)Saka = lelulur drpd sebelah emak, pangkat turun-temurun c)Saka = tanah yang tidak subur

d)Saka = tiang seri.

Takrif pada pandangan Perubatan Islam = SAKA adalah pendamping samada dari syaitan dan jin kafir atau dari jin Islam.

Bagaimana Mendapat SAKA

SAKA boleh diperolehi melalui perjanjian ‘akuan’ antara manusia dan jin. Pada permulaan mendapatkan SAKA, individu itu harus mempelajari dan mengamal

70

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

beberapa amalan tertentu sebagai syarat persetujuan menghadirkan jin. Setelah bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan jin, maka jin tersebut akan mengikut arahan tuannya untuk pelbagai kepentingan dan kerja.

Tujuan SAKA

Amnya, masyarakat dahulu dipandang mulia sekiranya mempunyai kehebatan dalam ilmu kebatinan atau ilmu ghaib. Jika difikirkan secara logik akal, mana mungkin orang lama dahulu-kala boleh membuka tanah berekar-ekar secara solo dengan hanya alatan tradisional dalam masa yang singkat. Pada waktu ini, bantuan SAKA diperlukan untuk memudahkan kerja.

Tujuan SAKA adalah untuk: 1. Kebal

Jin SAKA digunakan untuk menghalang badan dari tusukan atau tikaman senjata. 2. Kekuatan

Jin SAKA akan membantu pemilik SAKA menjadi handal dalam senibeladiri atau mampu mengangkat barang-barang berat seperti kayu balak atau tiang seri. Kekuatan pemilik SAKA juga boleh menakutkan manusia dan binatang buas.

3. Pekerjaan

Jin SAKA disuruh melakukan pekerjaan sepertimana manusia dalam pandangan batin seperti membuat rumah, berkebun, membuka tanah, menangkap ikan, mencari harta karun atau memelihara haiwan ternakan.

4. Pengasihan

Jin SAKA diguna untuk merasuk individu yang ingin dimiliki supaya jatuh kasih pada pemilik SAKA. Adakalanya jin SAKA menjadikan pemiliknya nampak cantik dan anggun di depan orang ramai.

5. Menjaga Rumah

Jin SAKA disuruh menjaga rumah dari ancaman musuh atau bencana alam seperti ribut taufan, banjir atau gempa bumi.

6. Menjaga Keluarga

Jin SAKA diberi arahan supaya menjaga keturunan dari ancaman musuh. 7. Perubatan

Jin SAKA diguna untuk membantu menyembuhkan penyakit. Kaedah ini adakalanya dilakukan secara ‘menurun’ atau dikenali sebagai Tannasukh Arwah.

8. Mengambil Upah

71

Panduan Merawat Sihir Untuk Muallij Muda

Dalam dokumen Muallij dan MakhlukHalus (Halaman 67-71)

Dokumen terkait