• Tidak ada hasil yang ditemukan

University of Malaya

BAB 3 BENTUK DAN JENIS KATA ADJEKTIF DALAM MAJALAH

IMPIANA

3.1 Pendahuluan

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu terbina melalui proses pembentukan yang pelbagai. Terdapat perkataan yang bersifat tunggal dan perkataan yang terbentuk menerusi tiga proses, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Hal ini turut terjadi pada kata adjektif. Ada kata adjektif yang terdiri daripada kata tunggal dan ada yang terbentuk menerusi tiga proses di atas.

Kata adjektif mempunyai empat bentuk, iaitu kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif majmuk, dan kata adjektif ganda. Golongan kata adjektif dikatakan tidak mempunyai subgolongan yang ketara; namun begitu, menurut Nik Safiah Karim et. al., (2010:226), kata adjektif mempunyai sembilan jenis. Penjenisan ini dilakukan berdasarkan kriteria makna. Sembilan jenis kata adjektif tersebut ialah kata adjektif sifatan atau keadaan, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan, dan pancaindera.

Pelbagai bentuk kata adjektif dapat dihasilkan menerusi proses pembentukan kata. Proses tersebut ialah pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Melalui proses pembentukan kata ini terhasil bentuk kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, kata adjektif ganda dan kata adjektif majmuk. Dalam bab ini akan dikenal pasti bentuk kata adjektif (para 3.2) dan jenisnya (para 3.3) yang terdapat dalam majalah Impiana.

University of Malaya

3.2 Bentuk Kata Adjektif

Dalam bahagian ini akan dibincangkan bentuk kata adjektif dalam majalah Impiana. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga bentuk kata adjektif yang ditemui, iaitu kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan dan kata adjektif majmuk. Ketiga-tiga bentuk kata ini dilihat menepati piawaian Tatabahasa Dewan.

3.2.1 Kata Adjektif Tunggal

Kata adjektif tunggal ialah kata dasar yang tidak melalui proses-proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Bentuk kata ini terdiri daripada hanya satu perkataan. Kata adjektif tunggal digunakan dalam ayat sebagai predikat dan juga sebagai penerang kata nama.

Kata adjektif tunggal yang ditemui dalam majalah Impiana terdiri daripada dua jenis, iaitu (a) kata adjektif tunggal jati bahasa Melayu dan (b) kata adjektif yang dipinjam daripada bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Jumlah keseluruhan kedua-dua jenis kata adjektif yang ditemui ialah 269 kata.

3.2.1.1 Kata Adjektif Tunggal Jati

Hasil kajian menunjukkan jumlah keseluruhan bentuk kata adjektif tunggal jati dalam bahan kajian yang ditemui ialah 223 kata daripada keseluruhan 269 bentuk kata yang ditemui dengan peratusannya 82.90 %. Jumlah ini berdasarkan analisis ke atas 163 halaman dalam majalah Impiana. Jumlah ini juga merupakan antara jumlah tertinggi bagi kesemua bentuk kata adjektif yang telah dikenal pasti. Yang berikut ialah beberapa

1. ringkas 6. cukup 11. selesa 16. cantik 2. baru 7. ramai 12. sedikit 17. luas 3. bijak 8. sesuai 13. indah 18. empuk 4. mudah 9. mewah 14. lama 19. erat 5. banyak 10. santai 15. besar 20. gusar

Di atas merupakan antara bentuk kata adjektif tunggal jati yang mempunyai kekerapan yang tinggi dalam bahan yang dikaji dan disusun bermula dengan kekerapan paling tingggi sehingga paling rendah. Perkataan ringkas merupakan kata adjektif tunggal jati yang mempunyai kekerapan yang paling tertinggi, iaitu sebanyak 37 kali, diikuti oleh perkataan baru sebanyak 27 kali kekerapan dan perkataan bijak sebanyak 25 kali. Bagi contoh tiga terakhir di atas, perkataan empuk hadir sebanyak tiga kali, diikuti dengan perkataan erat sebanyak dua kali dan perkataan gusar dengan satu kali kekerapan. Ini merupakan antara contoh kata yang paling rendah kehadirannya.

3.2.1.2 Kata Adjektif Tunggal Pinjaman

Kata adjektif tunggal pinjaman ialah kata adjektif dalam bahasa Melayu yang telah dipinjam daripada bahasa lain. Jumlah kata adjektif tunggal pinjaman yang telah ditemui ialah sebanyak 46 kata dengan peratusan sebanyak 17.10 %. Di bawah disenaraikan sebahagian kata adjektif tunggal pinjaman yang telah ditemui:

1. moden 6. elegan

2. unik 7. istimewa

3. eksklusif 8. dramatik

4. klasik 9. neutral

5. kontemporari 10. antik

Kesemua kata adjektif tunggal pinjaman yang disenaraikan di atas merupakan perkataan yang tinggi kekerapannya dan disusun mengikut jumlah kekerapan. Jumlah paling tertinggi bagi kekerapan penggunaan bentuk kata adjektif jenis ini ialah pada perkataan moden dengan jumlah 34 kali kekerapan. Kemudian diikuti dengan perkataan unik dengan jumlah 20 kali dan seterusnya perkataan eksklusif sebanyak 13 kali. Empat perkataan daripada jenis bentuk kata ini telah dikenal pasti hadir dengan kekerapan pengulangan penggunaannya sebanyak 1 kali. Perkataan yang dimaksudkan ialah artistik, efisien, komersil dan seksi. Namun begitu, terdapat sebanyak 20 perkataan yang dikenal pasti tidak mengalami sebarang pengulangan kehadirannya dan perkataan-perkataan ini diklasifikasikan sebagai perkataan-perkataan yang paling rendah kekerapan penggunaannya.

Secara keseluruhannya, jumlah kata adjektif tunggal jati dilihat mengatasi jumlah kata adjektif tunggal pinjaman dengan perbezaan sebanyak 177 kata dengan peratusan sebanyak 65.80 %. Bentuk kata adjektif tunggal ini juga merupakan antara bentuk kata yang paling tinggi kehadirannya dalam majalah Impiana dengan jumlah 269 kata daripada jumlah keseluruhan bentuk kata adjektif yang ditemui, iaitu sebanyak 372 kata atau 72.31%.

3.2.1.3 Unsur yang Diterangkan oleh Kata Adjektif Tunggal

Fungsi kata adjektif adalah untuk menerangkan kata nama. Agak menarik juga jika

University of Malaya

adjektif tunggal, iaitu kata adjektif tunggal jati dan kata adjektif tunggal pinjaman, yang berfungsi menerangkan unsur kata nama yang hadir bersama dengannya.

Yang berikut ialah contoh-contoh frasa nama dengan kata adjektif tunggal jati dan kata adjektif tunggal pinjaman yang menerangkannya. Penyusunan jenis frasa nama yang diterangkan oleh kata adjektif turut mengambil kira jumlah kehadiran, iaitu bermula dengan yang paling banyak sehingga yang paling sedikit.

(i) Frasa Nama Tentang Aksesori Kediaman

Perkataan ‘aksesori’, menurut Kamus Dewan (2007:26), membawa maksud sesuatu yang bersifat tambahan kepada sesuatu benda dan bukan sesuatu yang sememangnya ada padanya. Perkataan ‘kediaman’ pula merupakan istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi menggambarkan rumah atau tempat tinggal. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa aksesori kediaman di sini membawa maksud sesuatu tambahan yang digunakan khusus bagi sesebuah kediaman dengan tujuan utamanya untuk memperindah dan melangkapkan lagi keadaan sesebuah rumah.

Frasa nama tentang aksesori kediaman terbahagi kepada tiga jenis, iaitu aksesori kediaman yang utama, diikuti dengan dua jenis aksesori kediaman tambahan, iaitu aksesori hiasan dalaman kediaman dan aksesori hiasan luaran kediaman.

Di bawah ialah contoh frasa nama tentang aksesori kediaman yang mengandungi kata adjektif tunggal jati. Frasa ini terbentuk dengan unsur kata nama daripada aksesori kediaman dengan kata adjektif tunggal jati yang bertindak sebagai penerang. Jumlah kehadiran bagi frasa nama ini adalah sebanyak empat.

Jadual 3.1 : Frasa Nama Tentang Aksesori Kediaman

Dokumen terkait