• Tidak ada hasil yang ditemukan

BIDANG-BIDANG PENGAJIAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN

Dalam dokumen STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN (Halaman 99-105)

infostruktur harus dipertingkatkan secara berterusan dan harus ada agenda untuk berdaya saing dan juga menerajui inovasi dan ciptaan

BIDANG-BIDANG PENGAJIAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN

93

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

LAMPIRAN 6

BIDANG-BIDANG PENGAJIAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN

Menyedari bahawa pendidikan melibatkan pelbagai bidang yang amat luas dan pendidikan guru meliputi keseluruhan tempoh kerjaya guru, program-program dalam bidang pendidikan harus memberi tumpuan kepada kedua-dua aspek pendidikan guru dan sains disiplin pendidikan. Pertama, pendidikan guru menyediakan guru scholar dengan teras penting pengetahuan pendidikan dan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional dalam disiplin pengetahuan mata pelajaran sekolah yang spesifik. Kedua, sebagai tambahan kepada kemahiran mengajar bagi mata pelajaran sekolah yang spesifik, sains pendidikan bertujuan untuk menyediakan guru scholar dengan tahap profesionalisme, pengetahuan, dan kefahaman yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional yang berkesan.

Latihan guru dan sains pendidikan di Malaysia boleh dikategorikan kepada beberapa tahap, iaitu sijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran. Pada setiap tahap, program pendidikan dibahagikan kepada kursus-kursus teras dan elektif serta kursus wajib. Standard program ini menyediakan keperluan minimum Standard Asas yang perlu dipenuhi oleh PPT pada setiap tahap (butir-butir kandungan program dapat dilihat dalam reka bentuk dan penyampaian program di halaman XX). PPT, walau bagaimanapun, dijangka akan melampaui Standard Asas untuk mencapai Standard Tinggi.

Dokumen ini merangkumi pelbagai subjek dalam bidang pendidikan guru dan sains pendidikan. Walaupun terdapat lima Komponen Disiplin Pendidikan, satu cara alternatif untuk melihat program-program dalam pendidikan guru dan sains pendidikan, sebagai contoh, adalah dengan mengkategorikannya kepada 5 struktur, iaitu pengajaran dan latihan, sains pendidikan, latihan untuk guru-guru prasekolah, latihan untuk guru-guru dengan pengkhususan subjek, dan latihan untuk guru-guru mata pelajaran vokasional. Menyedari kepentingan pelbagai disiplin korpus pengetahuan, pelbagai jenis korpus bersama atau badan pengetahuan, seperti sains dengan pendidikan, agama dengan pendidikan, perniagaan dengan pendidikan, dan sebagainya adalah ditekankan. Berikut adalah penerangan ringkas sub bidang dalam setiap domain;

94

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

1. Pengajaran dan latihan untuk Pendidikan Matematik

Mata pelajaran yang disediakan dalam pengajaran dan latihan bertujuan menyediakan pengetahuan yang sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik kepada pelajar. Ia merangkumi enam disiplin khusus pengetahuan, iaitu pendidikan matematik dan sains, psikologi pendidikan, asas pendidikan, pengurusan pendidikan, perancangan dan dasar, teknologi pendidikan, dan bimbingan dan kaunseling.

2. Pendidikan Matematik dan Sains

Memberi tumpuan kepada kedua-dua pengetahuan disiplin dan pengetahuan dan kemahiran pedagogi dalam pengajaran matematik dan sains. Guru pelatih perlu dilatih dalam kedua-dua pengetahuan latar belakang matematik dan pendidikan guru matematik, pendidikan sains dan pendidikan guru sains;

lebih-lebih lagi hubungan timbal-balik antara sains, teknologi dengan masyarakat ditekankan. Mata pelajaran yang biasanya terlibat adalah pendidikan matematik, pendidikan guru matematik, pendidikan sains, pendidikan guru sains, sains, teknologi dan masyarakat serta pendidikan alam sekitar.

3. Psikologi Pendidikan

Bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan am dan teori-teori mengenai bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa belajar, dan mengembangkan ilmu pengetahuan pelajar dari segi perbezaan individu, dinamik bilik darjah dan pembolehubah pembelajaran, dan untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran pelajar mengenai isu-isu dan teori yang diaplikasikan dalam kaunseling sekolah, pendidikan khas, dan pendidikan pintar-cerdas dan berbakat. Kursus-kursus dalam psikologi pendidikan secara amnya meliputi psikologi pendidikan, pendidikan khas, pendidikan kaunseling, dan pendidikan pintar-cerdas dan berbakat.

4. Asas Pendidikan

Bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran penting yang diperlukan untuk menjadi guru-guru profesional. Kursus-kursus ini biasanya terdiri daripada sosiologi pendidikan, pendidikan sains sosial, falsafah pendidikan dan pendidikan nilai.

95

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

5. Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan

Memberi tumpuan kepada isu-isu umum mengenai pengurusan, perancangan dan pentadbiran pendidikan dengan penekanan dalam pentadbiran K-12, pentadbiran pintar-cerdas dan berbakat, dan pentadbiran pendidikan tinggi.

Selain itu, dasar-dasar dan perancangan pendidikan merentasi seluruh disiplin dan kepimpinan dalam pendidikan disediakan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman guru scholar mengenai konsep-konsep pengurusan pendidikan dan kepimpinan pendidikan yang berkesan, dan untuk membangunkan pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan serta pengurusan organisasi yang berkesan.

6. Teknologi Pendidikan

Bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mereka bentuk, melaksana dan menilai inisiatif media dan teknologi dalam pendidikan. Kursus-kursus umumnya meliputi teknologi pengajaran, pembelajaran berasaskan web, pembelajaran berasaskan projek, reka bentuk modul pengajaran, pembelajaran mudah alih, e-pembelajaran dan pendidikan multimedia.

7. Bimbingan dan Kaunseling

Menyediakan program-program komprehensif yang terdiri daripada pengetahuan am dan isu dalam kaunseling kepada program kaunseling dalam bidang-bidang tertentu. Ia bertujuan untuk menyokong dan memudahkan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan dan kerjaya pelajar. Kursus-kursus ini biasanya merangkumi kaunseling sekolah, kaunseling, kaunseling vokasional dan kaunseling kerjaya.

8. Sains Pendidikan

Sains pendidikan menyediakan pengetahuan dan kemahiran profesional yang luas dalam pendidikan. Ia dibahagikan kepada 3 sub-bidang pengajian, iaitu penilaian pendidikan, pengujian dan pengukuran, kurikulum dan pengajaran, pendidikan perbandingan dan antarabangsa.

9. Pentaksiran, Pengujian dan Pengukuran Pendidikan

Memberi tumpuan kepada isu-isu umum pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan, dan teknik-teknik tertentu dalam pengujian dan pengukuran, serta isu-isu spesifik dalam pentaksiran baharu dan integrasi teknologi dalam

96

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

pentaksiran, dan juga menyediakan strategi alternatif pengukuran prestasi pembelajaran pelajar.

10. Kurikulum dan Pengajaran

Menyediakan pengetahuan asas dan idea dalam perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian kurikulum. Pengetahuan yang penting dan kemahiran dalam pedagogi dan andragogi, isu-isu kurikulum dalam pengetahuan pelbagai disiplin, pendidikan perbandingan dan antarabangsa, dan kajian kurikulum masa depan disediakan untuk menawarkan konsep-konsep yang komprehensif dan pemahaman kurikulum.

Sebagai tambahan, isu-isu kurikulum dalam pendidikan lanjutan dan kokurikulum, dan pendidikan jarak jauh juga diberi penekanan.

11. Latihan untuk Guru Prasekolah

Latihan untuk guru-guru prasekolah memberi tumpuan kepada pengetahuan am dan isu-isu dalam pendidikan awal kanak-kanak, yang dibahagikan kepada tiga bidang pengajian, iaitu pendidikan awal kanak-kanak, numerasi dan literasi.

12. Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Bertujuan untuk menyediakan guru-guru pelajar dengan kefahaman dan pengetahuan yang mendalam mengenai bagaimana kanak-kanak membesar dan berkembang bagi membimbing anak-anak muda yang mempunyai latar belakang sosial dan budaya yang berbeza supaya mempunyai perkembagan yang sesuai dalam bahasa, literasi dan kemahiran. Mata pelajaran dalam bidang ini termasuklah pendidikan awal kanak-kanak, numerasi dan literasi.

13. Latihan untuk Guru-guru dengan Pengkhususan Mata Pelajaran

Latihan guru dalam mata pelajaran khusus menumpukan kepada menyediakan guru scholar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran disiplin tertentu. Ia merangkumi lima sub-bidang pengajian, iaitu pendidikan seni dan kemanusiaan, pendidikan bahasa dan literasi, pendidikan kesihatan, pendidikan perniagaan dan pendidikan khas.

14. Pendidikan Seni dan Kemanusiaan

Menangani isu-isu dari segi amalan dan teori pendidikan dalam pendidikan seni dan moral. Ia termasuk pendidikan seni, pendidikan Islam, pendidikan

97

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

moral, pendidikan sivik, pendidikan kewarganegaraan, pendidikan geografi, pendidikan Al-Quran, pendidikan sejarah, dan pendidikan khas.

15. Pendidikan Bahasa dan Literasi

Memberi tumpuan kepada teori-teori umum dan isu-isu dalam pendidikan bahasa, seperti bahasa, pendidikan membaca, pendidikan dwibahasa/tiga bahasa, untuk melahirkan graduan yang mahir dan berpengetahuan mengenai isu-isu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Khususnya, program ini harus memberi tumpuan dalam pendidikan Bahasa Inggeris, Arab dan Melayu.

Program khusus bagi pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga disediakan.

16. Pendidikan Kesihatan

Bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan umum dan isu-isu kesihatan individu dan komuniti, dan untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip sains tingkah laku dan sosial untuk menggalakkan perubahan tingkah laku dan sosial berkaitan dengan kesihatan.

17. Pendidikan Perniagaan

Bertujuan untuk menyediakan pelajar-pelajar supaya menjadi usahawan yang berpengetahuan dan pesaing yang mahir dalam dunia perniagaan. Program ini memberi tumpuan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan pengiraan yang merupakan satu bahagian penting bagi sesuatu perniagaan, dan pengetahuan umum amalan perniagaan. Ia meliputi kursus-kursus seperti perakaunan dan ekonomi.

18. Pendidikan Khas

Menangani isu-isu umum mengenai teori-teori dan amalan, struktur dan proses kognitif, pemilihan tingkah laku, konstruk hilang upaya, kajian keluarga dan perkembangan kanak-kanak, dan lain-lain. Bidang-bidang tertentu dalam pendidikan khas memberi tumpuan kepada gangguan tingkah laku (contohnya autisme, gangguan emosi), buta, kerosakan visual, pekak dan pendengaran.

98

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

19. Latihan untuk Guru-guru Mata Pelajaran Vokasional

Latihan untuk guru-guru mata pelajaran vokasional menyediakan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang komprehensif dalam menyediakan guru-guru dalam latihan kokurikulum dan vokasional. Ia termasuk sains sukan, pendidikan vokasional dan teknikal, dan pendidikan kejuruteraan.

20. Sains Sukan

Memberi tumpuan dalam menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan pemahaman sains sukan dan membangunkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran pendidikan jasmani.

21. Pendidikan Vokasional dan Teknikal

Bertujuan untuk menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran profesional dalam mengajar disiplin-disiplin tertentu, termasuk pendidikan kemahiran hidup, pendidikan keusahawanan, pendidikan pertanian, dan pembelajaran dan pengajaran ekonomi rumah tangga.

22. Kejuruteraan dan pendidikan

Bertujuan untuk menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran profesional dalam pengajaran disiplin-disiplin tertentu, termasuk pendidikan kemahiran hidup, pendidikan keusahawanan, pendidikan pertanian, dan pembelajaran dan pengajaran ekonomi rumah tangga.

Nota:

Contoh-contoh di atas merupakan subjek pendidikan yang ditawarkan oleh sesebuah Fakulti Pendidikan di Universiti Awam di Malaysia. Pelbagai Pengetahuan Kandungan lain, Pedagogi Kandungan, kandungan Pengetahuan Profesional boleh ditawarkan oleh PPT yang dianggap sesuai untuk minat, keperluan, keupayaan guru scholar, serta perubahan dan kemajuan yang diperlukan oleh usaha pendidikan.

99

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

LAMPIRAN 7

Dalam dokumen STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN (Halaman 99-105)

Dokumen terkait