• Tidak ada hasil yang ditemukan

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN"

Copied!
117
0
0

Teks penuh

(1)

STANDARD PROGRAM:

PENDIDIKAN

(2)

Agensi Kelayakan Malaysia

Tingkat 14, Blok B, Menara PNKS-PJ No. 17, Jalan Yong Shook Lin 46050 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Tel +603-7968 7002 Faks +603-7956 9496 Emel [email protected] Laman Web www.mqa.gov.my

 Agensi Kelayakan Malaysia 2016 ISBN:

Semua terbitan Agensi boleh didapati di laman web: www.mqa.gov.my

(3)

ISI KANDUNGAN

Prakata i

Singkatan iii

1.

PENGENALAN 1

2.

MATLAMAT PROGRAM

15

3.

HASIL PEMBELAJARAN

23

4.

REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM

29

5.

PENILAIAN PEMBELAJARAN PELAJAR

42

6.

PEMILIHAN PELAJAR

47

7.

STAF AKADEMIK

51

8.

SUMBER PENDIDIKAN

55

9.

PEMANTAUAN DAN SEMAKAN PROGRAM

64

10.

KEPIMPINAN, GOVERNAN DAN PENTADBIRAN

67

11.

PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN

72

Kesimpulan

76

Lampiran

Lampiran 1- Sampel Penamaan Program

80

Lampiran 2 - Perbandingan antara Kawalan Kualiti dengan Peningkatan Kualiti

85

Lampiran 3 - Carta Alir Dimensi Standard Program Pendidikan

86

Lampiran 4 - Kerangka Konseptual Standard Program Pendidikan

87

Lampiran 5 - Mata Pelajaran Sekolah di Malaysia Mengikut Tahap

88

Lampiran 6 - Bidang Pengajian dalam Program Pendidikan

92

Lampiran 7 - Nota tentang Jam Kredit

98

Lampiran 8 - Empat Peringkat Penyampaian Kurikulum yang Berkesan

100

Lampiran 9 - Senarai Ahli Panel

101

Rujukan 102

Glosari

106

(4)

i

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

PRAKATA

Agensi Kelayakan Malaysia, sebagai organisasi tunggal jaminan kualiti pendidikan tinggi negara, memudah cara kualiti melalui pembangunan dokumen jaminan kualiti. Dokumen-dokumen ini ialah Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), Kod Amalan, Garis Panduan Amalan Baik dan Standard Program, di mana kesemuanya mesti digunakan sebagai rujukan dalam menjalankan program akademik di Malaysia.

Standard Program dibangunkan untuk menyediakan garis panduan spesifik kepada pemberi dalam bidang tertentu atau kursus pengajian tertentu bagi memenuhi keperluan KKM. Standard ini, jika diikuti dengan bijak, membolehkan pembangunan dan pengekalan kualiti program pendidikan di Malaysia, seterusnya meningkatkan kualiti kebolehpasaran dan mobiliti graduan.

Standard Program Pendidikan dirumuskan untuk menggalakkan pembangunan program akademik dalam bidang Pendidikan daripada tahap Sijil ke tahap PhD. Ini termasuk garis panduan spesifik tentang matlamat dan objektif program, hasil pembelajaran program, reka bentuk program, kriteria kemasukan, penilaian pembelajaran pelajar, staf akademik, sumber pendidikan dan penambahbaikan kualiti berterusan.

Dokumen Standard Program Pendidikan (PSE) ini dibangunkan dari kebijaksanaan, pengalaman serta nilai-nilai profesional dan kesarjanaan merentasi masa dan masyarakat. Kelebihannya ialah kerana ia diambil dari kerja-kerja lain di bidang serta dari tradisi ilmu tempatan. Dokumen ini mengandungi prinsip dasar, kriteria, prosedur, cadangan, serta pengalaman amalan terbaik, idea maya dan cadangan yang praktikal.

Diharapkan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) akan mendapat faedah dari

penggunaan program standard ini yang akan memanfaatkan guru scholar

(5)

ii

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

dan juga generasi pelajar yang dijangka berperanan sebagai warga nasional dan global.

Pendidikan mempunyai pihak berkepentingan yang kuat dari segi politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan. Pada peringkat global, terdapat juga pihak berkepentingan seperti World Bank, OECD, ASEM, ASEAN dan badan profesional. Isu kualiti adalah isu global. Apabila pelbagai pemegang kepentingan terlibat, dan berunding, mereka mencari titik persamaan dan telah pengetahuan mendalam mengenai kebijaksanaan untuk kualiti di dalam membina negara membangunkan orang mereka dan memperbaiki potensi generasi akan datang.

Standard Program Pendidikan juga memfokuskan idea baru dan berwaspada terhadap keusangan pengetahuan. Pembaharuan Profesional berterusan, ditanda aras dengan Profesion lain, kreativiti dan inovasi dan keusahawanan sebagai matlamat yang didorong menjadi tabiat manusia.

Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli panel dan pegawai-pegawai MQA yang telah memberikan sumbangan yang bermakna dan memperuntukkan masa mereka dalam merealisasikan pembangunan Standard Program Pendidikan.

Tahniah.

DATO' PROF. DR. RUJHAN BIN MUSTAFA

Ketua Pegawai Eksekutif

Agensi Kelayakan Malaysia

(6)

iii

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

SINGKATAN

1. CIEEE Council on International Educational Exchange 2. COPIA Kod Amalan Audit Institusi

3. COPPA Kod Amalan Akreditasi Program

4. INQAAHE International Network of Quality Assurance Agencies in Higher Education

5. JK Jaminan Kualiti

6. KPTM Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia 7. MOOC Massive Open Online Courses

(Kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besar- besaran)

8. MQA Agensi Kelayakan Malaysia 9. KKM Kerangka Kelayakan Malaysia

10. NCATE National Council for the Accreditation of Teacher Education

11. PIPK Penjanaan Ilmu Pacuan Komuniti 12. PPB Pembangunan Profesional Berterusan 13. PPT Pemberi Pendidikan Tinggi

14. PSELT Pedagogy Standards for English Language Teaching

15. RPdP Ruang Pengajaran & Pembelajaran 16. SKM Sijil Kemahiran Malaysia

17. SP Standard Program

18. SPK Sistem Pengurusan Kandungan 19. SPM Sijil Pelajaran Malaysia

20. SPP Standard Program: Pendidikan

21. SPPemb Sistem Pengurusan Pembelajaran

22. STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

23. STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(7)

1

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

1. PENGENALAN

“Sebahagian besar daripada apa yang bakal diharungi pelajar dalam kehidupan mereka melibatkan pengetahuan dan teknologi yang belum diketahui. Sekolah yang terbaik mengamalkan keserakanan dan kolaborasi. Pengajaran yang baik merupakan

usaha berpasukan.”

~ Linda Darling Hammond

Latar Belakang: Konteks Sejarah, Sosial dan Falsafah

Dalam masyarakat tradisional, keluarga menyediakan pendidikan untuk anak-anak mereka melalui pembelajaran antara generasi. Hari ini, negara menyediakan pendidikan untuk warganya melalui pelbagai jenis institusi pendidikan dan latihan.

Pendidikan dan latihan guru ditawarkan melalui pelbagai kaedah, tahap dan pengkhususan. Provisi pendidikan semakin bertambah dengan munculnya teknologi pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa berkembang dan canggih. Sebagai contoh, konsep e-pembelajaran kini merupakan amalan biasa dan inovasi Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) yang baharu semakin banyak diterima pakai sebagai teknologi konvensional dalam pendidikan. Kursus dalam talian terbuka secara besar- besaran (Massive Open Online Courses - MOOC) kini sedang meningkatluaskan pengaruh strategiknya di seluruh dunia.

Provisi pendidikan pada asasnya adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Provisi asas ini adalah dari segi infrastruktur pendidikan: bangunan sekolah dengan prasarana dan kemudahan, bilik darjah, perpustakaan dan sumber pembelajaran, padang permainan, gimnasium atau kemudahan rekreasi seperti kolam renang. Peruntukan kualitatif adalah termasuk aspek seperti guru dan pentadbir contoh yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman, kurikulum yang relevan, kaedah pengajaran- pembelajaran yang berkesan, pengajaran dan pembelajaran yang terkini, bahan- bahan, dan strategi penilaian yang sah, boleh dipercayai dan holistik. Semua provisi ini harus memenuhi standard kualiti kebangsaan dan antarabangsa dan perlu ditambah baik secara berterusan. Kriteria yang biasanya digunakan untuk menilai provisi ini adalah akses, ekuiti, kecekapan, kualiti, kerelevanan, kekinian, kreativiti dan inovasi.

Apabila negara semakin maju, pendidikan seharusnya menyediakan sumber manusia yang diperlukan oleh semua sektor sosio-ekonomi masyarakat. Pelaburan dalam

(8)

2

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

pendidikan telah menjadi prasyarat untuk pembangunan negara. Pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan merangkumi pemupukan potensi, kecekapan, bakat dan kecerdasan rakyat untuk mewujudkan rakyat yang bijaksana dan bertanggungjawab yang terlibat dalam proses demokrasi masyarakat. Dengan kemahiran dan kecekapan yang diperoleh, lepasan sekolah dijangka akan diambil bekerja dan mempunyai kemahiran keusahawanan, bagi mengalami kemuliaan kerja yang produktif dan bermakna di samping menyumbang kepada masyarakat.

Di Malaysia hari ini, program Pendidikan yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru, fakulti pendidikan dan universiti pendidikan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kesemuanya menyediakan sumber yang mencukupi dan kakitangan yang cekap dan berkelayakan untuk menjalankan program berkenaan. Program juga disediakan untuk pentadbir dan pemimpin pendidikan untuk memperoleh kemahiran pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Standard Program: Pendidikan ini memberi panduan dalam pembentukan program pendidikan di Malaysia untuk memenuhi dan melangkaui standard profesion keguruan.

Malaysia melabur sumber yang banyak dalam semua tahap sistem pendidikannya.

Pelaburan ini telah membantu meletakkan pendidikan di Malaysia sebagai salah satu sistem pendidikan yang utama di dunia, menanda aras dirinya terhadap sistem terbaik negara lain, dan mengukur kemajuannya bersandarkan kriteria dan standard global.

Dalam dua dekad yang lalu, penekanan adalah pada pendidikan tinggi Penekanan masa kini memberi tumpuan kepada prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mengiktiraf generasi pelajar muda sebagai aset negara yang paling berharga.

Apabila warga guru dididik ke peringkat tertinggi profesionalisme, mereka pula akan mendidik golongan muda dan menyediakan peluang pendidikan sebaik yang mungkin kepada golongan muda. Dengan pendidikan berkualiti untuk semua, negara akan menjana rakyat yang berpengetahuan dan pekerja berpengetahuan yang berkemahiran tinggi.

Komitmen Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup, hanya boleh dicapai apabila rakyatnya berpeluang mendapat pendidikan sepanjang hayat. Dalam komuniti dan di tempat kerja, baik pekerja mahupun majikan akan terus menjadi pemelajar yang memperoleh lebih banyak pengetahuan dan kecekapan yang sesuai bagi kerja serta kehidupan mereka. [Rakyat terpelajar yang terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat serta pembangunan peribadi dan profesional

(9)

3

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

berterusan akan menjadi yakin, dengan harga diri yang tinggi dan kukuh, serta kompetitif pada peringkat global].

Pendidikan memperoleh korpus pengetahuan daripada disiplin pengetahuan lain dalam bidang sastera dan sains. Disiplin teras sains pendidikan termasuk falsafah pendidikan, psikologi, sosiologi, dasar pendidikan, pengurusan dan kepimpinan.

Seperti disiplin pengurusan, disiplin pendidikan merupakan disiplin hibrid utama, bergabung jalin secara multidisiplin dan transdisiplin dengan disiplin pengetahuan tradisional yang lain. Kadang-kadang terdapat pertindihan kandungan antara disiplin- disiplin ilmu pendidikan. Sebagai contoh, kod atau tajuk subjek yang berbeza digunakan oleh pelbagai institusi untuk kursus yang mungkin mengandungi isi pelajaran yang sama. Subjek seperti pendidikan perbandingan, pendidikan antarabangsa, pendidikan global atau sejarah dan falsafah pendidikan mungkin digunakan silih berganti atau dengan perbezaan substantif diskret dan perbezaan metodologi. Standard Program Pendidikan ini tidak menetapkan penamaan program tetapi ia mencadangkan beberapa amalan baik dalam menyatakan penamaan. Contoh penamaan program pendidikan yang ditawarkan di Malaysia adalah di Lampiran 1.

Peranan Kritikal dan Strategik Pendidikan: Kepentingan Standard Program Pendidikan

Matlamat Malaysia untuk menjadi pusat pendidikan serantau memerlukan pembentukan dan pembangunan guru berkualiti yang ditanda aras dengan standard guru antarabangsa. Semua pelan strategik kebangsaan menekankan pendidikan dan pembangunan serta kemampanan modal insan untuk mencapai ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi dan masyarakat maju yang berpendapatan tinggi. Kejayaan aspirasi ini bergantung kepada pendidikan guru yang berkesan dan penyampaian pendidikan berkualiti di semua institusi pendidikan di negara ini.

PSE ini mengandungi kriteria dan prosedur jaminan kualiti bagi pendidikan guru di Malaysia. Ia menyediakan garis panduan bagi Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) untuk mereka bentuk dan menyampaikan program-program yang relevan untuk melahirkan pendidik profesional untuk sekolah dan institusi pendidikan pada semua tahap. Ia juga bertujuan untuk digunakan oleh PPT sebagai panduan penilaian kendiri untuk penambahbaikan kualiti program secara berterusan. Dokumen ini juga berfungsi sebagai rujukan bagi penilai dalam pengiktirafan dan akreditasi program. Ia adalah rangka rujukan untuk memastikan PPT menangani isu-isu relevan yang berkaitan

(10)

4

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

dengan program Pendidikan melalui kaedah yang bersandarkan kepada maklumat yang berwibawa.

Selain memenuhi tujuannya sebagai standard untuk merangka dan membentuk program pendidikan guru, PSE juga berusaha untuk menarik perhatian kepada, dan dengan itu merangsang perbincangan tentang perkara-perkara dan isu-isu pendidikan yang masih belum diterokai dan ditangani. Wacana intelek tersebut seharusnya menjana celik akal untuk peningkatan standard yang dibangunkan dalam dokumen PSE ini.

Pembinaan PSE ini dipandu oleh "Kod Amalan Jaminan Kualiti IPTA di Malaysia", yang dibangunkan oleh Jabatan Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2008) dan "Pengiktirafan Antarabangsa Pendidikan Guru" yang dibangunkan oleh Pusat Jaminan Kualiti dalam Pendidikan Antarabangsa, CQAIE (http://www.cqaie.org), dan Majlis Negara bagi Akreditasi Pendidikan Guru (NCATE), Amerika Syarikat.

Standard Unit untuk NCATE, misalnya, memberi tumpuan kepada kerangka konsep, pengetahuan, pengetahuan kandungan, kemahiran, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan dan kemahiran pedagogi dan profesional, dan tabii profesional, sistem pentaksiran dan penilaian unit, pengalaman lapangan dan amalan klinikal, kepelbagaian kelayakan staf, prestasi dan pembangunan, dan unit governan dan sumber-sumber. PSE ini juga mendapat maklumat daripada sumbangan rangkaian Agensi Jaminan Kualiti Antarabangsa dalam Pendidikan Tinggi International Network of Quality Assurance Agencies in Higher Education,INQAAHE (sumber:

http://www.INQAAHE.org)

PSE ini menyediakan garis panduan tentang reka bentuk dan penyampaian kurikulum serta hal-hal bukan kurikulum seperti pemilihan pelajar, staf akademik dan sumber pendidikan. Ia bertujuan untuk meminimumkan kawalan kualiti dan meningkatkan prinsip jaminan kualiti, dasar dan proses-proses dalam pendidikan guru untuk membina dan memampankan budaya kualiti (Lampiran 2). Pengenalan dan edaran PSE bermakna tanggungjawab dan akauntabiliti yang lebih besar kepada PPT dalam mewujudkan dan memastikan standard akademik dan profesional serta menggalakkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran yang berkualiti. Di samping itu, langkah-langkah perlu diambil ke arah penambahbaikan yang berterusan dan kemampanan keberkesanan pengalaman pembelajaran guru-scholar pra- perkhidmatan dan dalam-perkhidmatan serta pemimpin pendidikan. Berdasarkan tradisi pengetahuan profesion keguruan dan cabaran pembangunan pengetahuan,

(11)

5

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

perlu ada pembinaan semula, definisi semula dan pengakuan bahawa guru dan pendidik, sebenarnya adalah pekerja pengetahuan yang paling awal. Untuk menekankan realiti ini dan memupuk budaya pengetahuan berterusan dan kepimpinan pembelajaran dalam kalangan guru dan pendidik, kami menerima pakai konsep guru scholar yang akan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran seluas hidup serta pembangunan profesional yang berterusan yang sesuai dengan profesion tersebut.

Konseptualisasi Standard Program: Pendidikan

Pemacu pembangunan transformatif ke arah peningkatan kualiti - seperti yang dibayangkan sebagai peringkat yang terdiri daripada Input, Proses, Produk dan Hasil seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 3 - membentuk asas bagi konsep piawaian dalam PSE ini.

Dengan menggunakan pendekatan integratif dan multidisiplin, PSE menyemak semula bidang tumpuan kualiti dan kecemerlangan dalam pendidikan dengan tujuan memperbaiki dan menyelaraskannya untuk memenuhi keperluan negara yang ditanda aras dengan amalan baik antarabangsa. Oleh itu, proses kualiti tersebut diorientasikan ke arah kemungkinan masa depan bagi mewujudkan salah satu sistem pendidikan yang terbaik, menetapkan batu loncatan kecemerlangan yang baharu.

Suatu program pendidikan yang berpandukan PSE ini dijangka menghasilkan guru scholar yang cekap, beretika, menguasai realiti terdekat dan setempat, berorientasikan global, dan berkelayakan profesional. PSE ini perlu disokong oleh agenda pembangunan sahsiah dan atribut positif guru seperti yang digariskan oleh falsafah, visi, misi, matlamat dan nilai-nilai teras PPT.

Artikulasi agenda pendidikan berkualiti memberi implikasi bahawa asas-asas sudah tersedia dan sistem ditetapkan akan menjadi kompetitif. Keyakinan pihak awam yang lebih tinggi terhadap sistem pendidikan Malaysia, dan pembangunan institusi-institusi pendidikan bertaraf dunia akan direalisasikan apabila standard tertinggi profesion pendidikan (pengajaran) diterima pakai dan dijadikan telus. Pelaksanaan berkesan PSE akan menjana bilangan guru scholar dan pendidik yang mencukupi untuk menyediakan kepimpinan bagi generasi pemelajar masa kini dan akan datang, dan menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan bagi program-program pendidikan. Semua ini boleh menyumbang kepada kemunculan bidang baharu ilmu pendidikan, meningkatkan kapasiti institusi-

(12)

6

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

institusi pendidikan, tahap keupayaan profesional yang lebih tinggi dan sebagai batu loncatan baharu dalam landskap pendidikan.

PSE ini bertujuan memupuk pembangunan bilangan pendidik yang mencukupi yang merupakan connoisseurs atau pakar pendidikan dan penyumbang sepanjang hayat.

Tanggapan kualiti melibatkan keseluruhan sistem pengurusan yang bertekad untuk mengekalkan dan meningkatkan kualiti dan standard pengajaran, kesarjanaan, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Ia juga didedikasikan untuk peningkatan pengalaman pembelajaran pelajar yang berkesan dan menghasilkan pendidik yang akan seterusnya membangunkan lagi budaya kualiti sistem pendidikan. PSE terdiri daripada prinsip dan aktiviti yang sistematik yang diperlukan bagi memberi keyakinan bahawa agenda kualiti ditangani dalam pendidikan guru, di institusi-institusi pendidikan dan dalam sistem pendidikan secara keseluruhannya. Standard tersebut meliputi standard bagi pendidikan guru, dan pembangunan profesional dalam bidang sains pendidikan, dalam pelbagai peranan dan konteks (termasuk pentadbiran sekolah, kaunseling, kejurulatihan sukan, dan penganjuran aktiviti ko-kurikulum). Dijangkakan bahawa penggunaan PSE yang konsisten dan berfokus secara langsung akan memperbaiki kehidupan pemelajar, pembangunan profesional pendidik, inspirasi rakan sekerja dan rakan sebaya, dan juga akan meningkatkan lagi taraf profesion keguruan.

Tujuan dokumen PSE ini adalah untuk memberi garis panduan berhubung kait dengan pembangunan dan pelaksanaan program-program pendidikan, Dengan itu, adalah penting bahawa dokumen ini dibaca bersama dengan dokumen-dokumen jaminan kualiti dan kerangka dasar yang lain. Antara dokumen-dokumen utama berkait dengan dasar kualiti yang seharusnya mengiringi PSE adalah seperti berikut:

i. Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

ii. Kod Amalan Akreditasi Program (The Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA)

iii. Kod Amalan Audit Institusi (The Code of Practice for Institutional Audit, COPIA)

iv. Garis Panduan Amalan Baik (Guidelines to Good Practices, GGP) v. Standard Guru Malaysia (Malaysian Teacher Standards, MTS) vi. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

vii. Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa ( ELTC)

viii. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM)

(13)

7

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

ix. Standard Program: Pendidikan Awal Kanak-kanak

x. Karya seminal yang sangat besar pengaruhnya mengenai Standard, seperti Standard Pendidikan dan Ujian Psikologi (Persatuan Penyelidikan

Pendidikan Amerika, Persatuan Psikologi Amerika dan Majlis Kebangsaan Pengukuran dalam Pendidikan, 1999).

xi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 -2025 (Pendidikan Tinggi)

Pernyataan khusus mesti dibuat mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), serta inti pati dan semangat sebelas anjakan dan enam aspirasi, untuk mentransformasi sistem pendidikan. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa universiti-universiti Malaysia terlibat dalam penarafan universiti dunia. Oleh itu, menuntut penggunaan standard dan kriteria yang diterima pakai pada peringkat dunia. Sistem sekolah Malaysia juga ditanda aras berdasarkan pengukuran antarabangsa seperti Trend Pengajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan akan datang, satu program bagi penglibatan Malaysia secara rasmi, iaitu Kemajuan dalam Pengajian Literasi Antarabangsa (PIRLS). Untuk tujuan perbandingan, penambahbaikan yang berterusan dan untuk menjadi mahir dengan protokol PSE ini, pemimpin-pemimpin PPT dipelawa untuk membaca standard program pendidikan dan kod standard prestasi di negara- negara lain. Berdasarkan pengalaman dan maklum balas tentang kesesuaian dan kerelevanannya, kriteria dan standard yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah tertakluk kepada semakan semula, penambahbaikan dan pengubahsuaian. Semua PPT wajar mengambil bahagian dan terlibat aktif dalam inisiatif dan agenda peningkatan kualiti ini.

Adalah dijangkakan bahawa PSE ini akan mentransformasi budaya kualiti pendidikan guru di Malaysia dan membolehkan guru-guru merentasi setiap lapisan generasi untuk mendidik pelajar generasi masa depan secara berkesan, membina dan mengilhamkan.

Kami juga percaya bahawa sumbangan berterusan oleh para pendidik dan PPT akan meningkatkan profesionalisme berasaskan pengetahuan, dan memastikan profesion keguruan menjadi salah satu profesion yang memberi sumbangan yang paling besar dan dihormati masyarakat.

(14)

8

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

Teras Disiplin Badan Pengetahuan Pendidikan

Pada tahun 2011, MQA memperkenalkan satu dasar untuk meningkatkan protokol jaminan kualiti standard program dengan mengenal pasti teras badan pengetahuan dalam setiap disiplin (Lihat Lampiran 4). Hala tuju dasar ini merupakan suatu tugas yang mencabar dan menarik, kerana disiplin pendidikan adalah luas, holistik dan pluralistik.

Untuk memastikan bahawa tugas membangunkan PSE adalah relevan, praktikal dan terurus, lima komponen teras badan pengetahuan dalam pendidikan dikenal pasti seperti berikut:

i. Komponen asas pendidikan ii. Komponen amalan profesional

iii. Komponen kandungan mata pelajaran sekolah iv. Komponen elektif pendidikan

v. Komponen pengkhususan pendidikan

(Sila ambil perhatian bahawa komponen wajib merentas universiti adalah keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk semua program ijazah. Kursus Pendidikan Umum termasuk Bahasa Melayu Komunikasi, Pengajian Malaysia, Kemahiran Pembentangan dan Keusahawanan.)

PSE ini menerima pakai lima komponen di atas di samping mengiktiraf bahawa terdapat cara lain untuk mengkonsepsikan badan pengetahuan dalam pendidikan dan komponen-komponen ini bukannya saling eksklusif.

Terdapat kursus-kursus Wajib yang dikehendaki oleh Kerajaan atau oleh sesebuah PPT. Atas sebab-sebab kepentingan negara atau kepentingan pelajar-pelajar tersebut, pelbagai kursus dijadikan wajib. Terdapat juga Kursus Teras PPT seperti Bahasa Melayu, Pengajian Malaysia, Pengajian Islam/Moral, Sains Sosial/

Kemanusiaan/Liberal Arts, Ko-Kurikulum/Saintifik, Literasi/Bahasa, Kemahiran Komunikasi dan Pembangunan Bakat. Mulai tahun 2014 Mata Pelajaran Wajib [Mandatory Subjects] digantikan dengan Mata Pelajaran Umum (General Subjects )

(15)

9

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

Ciri ‘kurikulum gelungan’ dalam badan pengetahuan pendidikan dapat dilihat melalui pelbagai konsepsi penguasaan berterusan dan kumulatif disiplin pendidikan pada peringkat sijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran.

i. Komponen Asas Pendidikan

Komponen asas pendidikan adalah teras badan pengetahuan bagi disiplin pendidikan.

Badan pengetahuan untuk asas pendidikan adalah:

a. sejarah pendidikan b. falsafah pendidikan c. psikologi pendidikan

d. sosiologi/antropologi pendidikan

e. pendidikan perbandingan, antarabangsa dan global.

ii. Komponen Amalan Profesional

Komponen amalan profesional berlandaskan ‘dimensi klinikal’ di mana ahli profesion dikehendaki menguasai kemahiran, alat, konsep dan aplikasi sains dan seni profesion keguruan. Komponen ini biasanya dianggap sebagai bidang pedagogi dan pengajaran-pembelajaran/pengajaran. Kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian adalah teras generik yang boleh diaplikasikan untuk semua tahap pendidikan, semua pengkhususan subjek dan kepada semua guru pelatih yang bakal menjadi guru-scholar.

Komponen amalan profesional termasuk latihan mengajar, bilik darjah olok-olok, simulasi, main peranan, pengajaran mikro dan latihan amali dalam makmal pengajaran dan sekolah makmal. Komponen penting dalam teras amalan profesional generik merupakan sebagai guru sandaran, internship atau praktikum di tempat kerja yang berkaitan dalam atau luar organisasi pendidikan dan latihan.

(Sila ambil perhatian bahawa dalam semua profesion (misalnya, Perubatan dan Undang-undang) ‘Amalan Profesional’ bererti amalan dalam dunia kerja, dan istilah ini tidak terhad kepada Amalan Profesional dalam program pengajian untuk memperoleh kemahiran untuk memasuki profesion.)

iii. Komponen Kandungan Mata Pelajaran Sekolah

Komponen kandungan mata pelajaran sekolah meliputi semua mata pelajaran sekolah yang ditawarkan dalam kurikulum sekolah pada semua tahap persekolahan. Biasanya, guru dijangka menguasai sekurang-kurangnya dua bidang mata pelajaran sebagai

(16)

10

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

pengkhususan mereka. Dengan penguasaan dalam kandungan bidang pengetahuan mata pelajaran sekolah, guru seharusnya mempunyai keyakinan membimbing pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap, cara pemikiran bagi mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains, mata pelajaran vokasional dan teknikal, sains kesihatan dan sains sukan, sains rumah tangga, sejarah, geografi, pengajian Islam dan pendidikan moral. Sebagai contoh, mata pelajaran sekolah di Malaysia pada tahap menengah rendah ialah mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup, Biologi, Kimia, Fizik, Pengajian Islam, Bahasa Tamil, Bahasa Cina; Mata Pelajaran Pilihan: Bahasa Cina, Bahasa Arab Komunikasi Asas, Bahasa Arab Komunikasi Tinggi, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Adalah dicadangkan bahawa kandungan mata pelajaran sekolah disaling rujuk dan dikaitkan dengan mata pelajaran akademik disiplin teras dalam pelbagai bidang program ijazah yang ditawarkan oleh PPT. Sebagai contoh, kandungan teras akademik mata pelajaran yang diajar pada tahap menengah dalam sistem sekolah Malaysia (seperti yang disenaraikan di Lampiran 5) akan diperoleh daripada kursus- kursus program ijazah yang ditawarkan oleh pelbagai fakulti dan jabatan universiti.

Penguasaan mata pelajaran pengkhususan sekolah lazimnya berlaku sama ada sebelum mengikuti pengajian dalam program pendidikan guru atau secara serentak dengan menguasai korpus teras pengetahuan akademik dan pengetahuan profesional, kemahiran yang relevan, dan sikap positif profesion keguruan. Dalam kes pertama, bakal guru scholar yang mengikuti pengajian akan memperoleh kelayakan dalam bidang-bidang disiplin akademik yang spesifik dan kemudian mendaftar untuk Diploma Pendidikan. Dalam kes kedua bakal guru scholar yang mengikuti pengajian pula akan memperoleh dan menguasai mata pelajaran pengkhususan sekolah secara serentak dengan teras badan pengetahuan - profesion keguruan seperti ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Sarjana Muda Matematik (atau Sains) dengan Pendidikan, Sarjana Muda TMK dan Pendidikan, Sarjana Muda Pengajian Islam dan Pendidikan, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, PSE tidak menetapkan badan pengetahuan untuk pelbagai bidang mata pelajaran akademik dan sekolah.

(17)

11

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

iv. Komponen Elektif Pendidikan

Komponen Elektif pendidikan meliputi pelbagai kursus yang ditawarkan pada semua tahap kelayakan. Badan pengetahuan elektif pendidikan, merangkumi kedua-dua pengetahuan dengan disiplin pendidikan dan juga berkaitan mata pelajaran tambahan yang boleh diajar oleh guru di sekolah serta mata pelajaran generik lain yang tidak berkaitan secara langsung dengan pengetahuan pendidikan atau bidang-bidang mata pelajaran sekolah.

Terdapat dua jenis kursus elektif:

A] Kursus elektif jenis pertama merupakan kursus berkaitan dengan Disiplin Pendidikan, mungkin bukan dalam bidang pengajian bakal guru scholar; terdapat kes di mana graduan dalam major Kemanusiaan dan Sains Sosial berminat dengan kursus elektif Sains (dengan prasyarat atau tanpa prasyarat) dan sebaliknya. Elektif dalam kategori ini mungkin memerlukan pengajian yang lebih mendalam dan lanjut dalam kursus seperti berikut: Pembangunan dan Penilaian Kurikulum; Pendidikan Psikologi Lanjutan; Asas Pendidikan Lanjutan; Bahasa Perancis atau Bahasa Cina Pertengahan atau Lanjutan; atau Pendidikan Etnografi. Elektif jenis ini juga merujuk kepada mata pelajaran tambahan yang guru berijazah telah kuasai dan berkelayakan untuk mengajar di sekolah-sekolah. Sebagai contoh, seorang bakal guru scholar dengan pengkhususan Pendidikan Sains Rendah boleh mengambil Pendidikan Jasmani sebagai elektif atau minor.

B] Kursus Elektif jenis kedua merupakan elektif yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan Disiplin Pendidikan tetapi ditawarkan oleh Universiti (atau Institusi Rakan yang diiktiraf) dan merupakan mata pelajaran yang diminati oleh bakal guru scholar, misalnya: Kesusasteraan Rusia; Sejarah Asia Tenggara; Golf; Tenis; atau Pengajian Gender. Elektif sedemikian bertindak sebagai satu bentuk pengayaan dan pembangunan peribadi berterusan bagi bakal guru scholar tersebut.

v. Komponen Pengkhususan Pendidikan

Komponen pengkhususan pendidikan boleh jadi pengkhususan pada tahap prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan menengah lanjutan, pendidikan tinggi atau tahap pendidikan yang berterusan. Teras pengkhususan boleh dalam bidang asas, bidang pedagogi dan penilaian, bidang mata pelajaran sekolah atau dalam elektif, atau di luar bidang asas, teras profesional generik, teras elektif ataupun bidang mata pelajaran sekolah.

(18)

12

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

Teras pengkhususan boleh jadi, misalnya, Pengajaran Bahasa dan Linguistik, Pengajaran Matematik dan Sains, Sejarah, Geografi, Pengajian Islam, Teknologi Pendidikan, Pendidikan Guru, Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Dewasa, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Penyelidikan Pendidikan, Pengajian Kreativiti dan Inovasi, atau Pendidikan Khas untuk orang kurang upaya dan yang terintang, yang berbakat dan pintar. Selain itu, pengkhususan boleh, misalnya dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, Teknologi Pendidikan, Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Pendidikan Khas, Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Pendidikan Islam/Pendidikan Agama, Pendidikan Bahasa dan Literasi, Pendidikan Matematik dan Sains, Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kaunseling atau Pendidikan Dewasa. Pengkhususan mungkin disusun mengikut tahap pengkhususan atau pengkhususan mata pelajaran. Contoh bidang pengajian dalam program pendidikan ditunjukkan dalam Lampiran 6.

Pemimpin pemikiran pendidikan, sarjana, dan penyelidik yang bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan kurikulum untuk pedagogi, andragogi dan penilaian boleh, misalnya, memilih mana-mana teras badan pengetahuan dan memilih untuk memberi tumpuan, mengulas lebih lanjut dan meningkatkan teras yang dikenal pasti sebagai bersesuaian dengan tahap pendidikan, di mana pengetahuan yang diperoleh boleh diaplikasikan dalam penyelesaian masalah dan juga dalam mencetuskan inovasi dan kreativiti.

Nota: PPT perlu mengambil perhatian bahawa mungkin terdapat pertindihan pada tahap kursus, tema, topik, subtopik, konsep dan teori serta buku-buku rujukan yang digunakan. Sesetengah pertindihan adalah perlu dan sebagai pengukuhan dan mungkin pertindihan disengajakan dan bersebab. Walau bagaimanapun, PPT mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa sumber berharga dari segi masa dan kepakaran yang penting dan bernilai diuruskan secara berhemah dan sepatutnya tidak ada pertindihan yang tidak sengaja atau pertindihan yang disebabkan oleh kurangnya penelitian.

Disiplin Pendidikan dan Standard Pendidikan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, adalah ditegaskan bahawa matlamat PSE adalah untuk menyediakan garis panduan kepada PPT untuk melahirkan pendidik dan jurulatih bagi institusi-institusi pendidikan dari tahap prasekolah hingga ke tahap

(19)

13

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

pengajian tinggi. Ia bertujuan digunakan sebagai panduan penilaian kendiri bagi program-program pendidikan sesebuah PPT. Ia juga merupakan satu manual garis panduan untuk tujuan pengiktirafan dan akreditasi program. Kriteria dan standard yang dikenal pasti dan dijana tertakluk pada penambahbaikan dan pengubahsuaian berterusan berdasarkan maklum balas yang diterima dan kemajuan serta perkembangan dalam bidang ini.

Pembangunan pendidikan kontemporari mengiktiraf korpus pengetahuan bersifat kepelbagaian disiplin yang membawa kepada kemunculan pelbagai jenis ijazah dan anugerah yang melangkaui sempadan pengetahuan tradisional sebagai contoh sains dengan pendidikan, agama dengan pendidikan dan perniagaan dengan pendidikan.

Tidak kira kepelbagaian disiplin yang ada, kurikulum program pendidikan tetap mengambil kira tahap pendidikan yang sesuai dan keperluan teras disiplin pendidikan tersebut. PSE ini menyediakan garis panduan dalam sembilan bidang penilaian dalam Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) yang merangkumi:

i. Visi, misi, matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran;

ii. Reka bentuk dan penyampaian kurikulum;

iii. Penilaian pelajar;

iv. Pemilihan dan khidmat sokongan pelajar;

v. Staf akademik;

vi. Sumber pendidikan;

vii. Pemantauan dan semakan program;

viii. Kepimpinan, governans dan pentadbiran; dan ix. Penambahbaikan kualiti berterusan.

Tahap Pengajian

PSE menerangkan tahap standard yang berbeza yang membawa kepada penganugerahan kelayakan, iaitu Sijil (Tahap 3 Kerangka Kelayakan Malaysia, KKM), Diploma (Tahap 4, KKM), Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, KKM), Sijil Pascasiswazah, Diploma Pascasiswazah dan Ijazah Sarjana (Tahap 7, KKM) dan Ijazah Kedoktoran (Tahap 8, KKM).

Penawaran Program

Terdapat pelbagai cara program pendidikan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebagai contoh, terdapat program pendidikan stand-alone, pendidikan dengan major dan minor, dan gabungan pendidikan dengan disiplin-disiplin lain.

(20)

14

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

i. Program Stand-alone

Cth. Sijil Pendidikan Prasekolah, Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak, Diploma Pendidikan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Sijil Siswazah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tertiari, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Pendidikan Sekolah Rendah, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Diploma Pascasiswazah Pengajaran Pengajian Tinggi, Sarjana Pendidikan, Sarjana Sastera dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.

ii. Pendidikan dengan Disiplin Utama lain

Cth. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bioteknologi), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua [TESL]) dan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Matematik Pendidikan Rendah).

iii. Gabungan Pendidikan dengan Disiplin-disiplin lain

Cth. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pendidikan); Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Pendidikan), Ijazah Sarjana Muda Sains (Pendidikan) dan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi (Pendidikan).

(21)

15

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

2. MATLAMAT PROGRAM

“Matlamat, objektif dan hasil pembelajaran sesuatu program menggambarkan apa yang ia inginkan pelajar capai. Adalah penting ini dinyatakan dengan jelas dan

dimaklumkan kepada pelajar dan pihak berkepentingan yang lain”.

(COPPA, 2008)

Visi, misi dan nilai-nilai teras program pendidikan adalah berasaskan kepada aspirasi negara dan kod profesion perguruan. Matlamat dan objektif utama sesuatu program pendidikan adalah untuk melahirkan bakal guru scholar, pengurus dan pentadbir pendidikan, dan profesional pendidikan lain yang berwibawa pada semua tahap pendidikan. Institusi pendidikan guru menawarkan program yang menyediakan kelayakan yang sesuai bagi memastikan pendidik dan guru scholar yang kompeten dan berpengetahuan mencukupi sebagai anggota tenaga kerja Malaysia. Kakitangan yang terlatih dalam sektor pendidikan boleh secara langsung menyumbang ke arah pembangunan berterusan sistem pendidikan dan ke arah merealisasikan visi dan misi membina sebuah negara yang maju, berdaulat, mampu memberi sumbangan dan aman.

Semua objektif program perlu sejajar dengan lapan domain hasil pembelajaran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM):

i. Pengetahuan;

ii. Kemahiran praktikal;

iii. Kemahiran dan tanggungjawab sosial;

iv. Nilai, sikap dan profesionalisme;

v. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;

vi. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;

vii. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan viii. Kemahiran mengurus dan keusahawanan.

Walaupun lapan domain ini adalah asas sejagat untuk membina dan mengukuhkan hasil pembelajaran, terdapat domain lain yang menyokong hasil pembelajaran.

Pendidik boleh secara kreatif menggunakannya serta domain lain untuk memastikan program yang ditawarkan memenuhi standard tertinggi seperti yang dihasratkan.

Dengan berbuat demikian, pendidik dan pemberi program pendidikan akan mengaplikasikan prinsip fleksibiliti dan penambahbaikan berterusan, dalam

(22)

16

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

mengetengahkan penemuan dan celik akal baharu dalam bidang pengetahuan yang ditawarkan tanpa menjejaskan kualiti, standard dan usaha menuju kecemerlangan.

Standard Program Pendidikan (PSE) ini juga mengambil kira dan dibangunkan berasaskan Standard Guru Malaysia, SGM (2009). PSE merangkumi kekuatan pengetahuan yang diperoleh dan pengalaman pendidikan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pengetahuan yang sentiasa mengalami evolusi serta pengalaman yang disumbangkan oleh pendidik yang bekerja di universiti dan institusi pengajian tinggi.

SGM digubal khusus untuk menangani kompetensi profesional guru dan untuk mengenal pasti kesediaan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi bagi memastikan kompetensi guru yang dikehendaki tercapai. Kerangka ini merangkumi misi negara, falsafah pendidikan negara, falsafah pendidikan guru, kod profesion keguruan, etika kerja di Kementerian Pendidikan/Sistem Pendidikan, kelayakan masuk program, latihan, kolaborasi, infrastruktur dan infostruktur serta jaminan kualiti.

Standard ini meliputi secara terperinci nilai-nilai profesional profesion, pengetahuan dan kefahaman, dan kompetensi dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pengguna PSE ini boleh merujuk kepada SGM serta bahan-bahan berkaitan yang diterbitkan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa Inggeris (PSELT) memberi rujukan yang berguna kepada bakal guru scholar dan PPT kerana PSELT membina satu garis panduan Amalan Profesional. Standard ini membolehkan bakal guru scholar untuk mengenal pasti keperluan latihan dan pembangunan profesional berterusan dengan mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan. Enam dimensi standard yang dikenal pasti untuk Pengajaran Bahasa Inggeris (yang berkaitan dengan pengajaran dalam subjek lain) adalah seperti berikut:

i. Profisiensi;

ii. Kurikulum Bahasa Inggeris;

iii. Pelajar;

iv. Metodologi;

v. Pengurusan; dan vi. Penilaian.

Setiap dimensi mempunyai satu set standard primer dan sekunder yang tersendiri.

Diadaptasi daripada Queensland Standards (Department of Education, 2002),

(23)

17

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

standard PSELT dibentangkan dengan menggunakan Protokol berikut: Tajuk Standard, Pemerihal Standard; Pernyataan; Petunjuk; Threshold Level; Threshold Plus; Pengetahuan Asas dan Kemahiran yang penting; dan Glosari.

Pemberi program pendidikan digalakkan untuk berusaha ke arah pembangunan akademik dan profesional setiap bakal guru scholar dalam program pendidikan semasa menyediakan program-program pendidikan ini dari segi tahap, mod dan pendekatan penawaran program. (Rujuk Lampiran 6).

SIJIL (Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia, KKM)

Suatu program pendidikan pada tahap sijil bertujuan untuk menyediakan pemelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program sijil juga bertujuan untuk memberikan pendidikan dan latihan asas melalui pendekatan teradun termasuk pengetahuan praktikal dalam pengendalian sekolah, tadika dan pusat bimbingan/tuisyen serta kefahaman awal teori yang mendasarinya.

Objektif program pada tahap sijil adalah untuk mendidik dan melatih bakal guru scholar supaya menjadi graduan yang dapat:

i. memperoleh kefahaman pengetahuan asas subjek tertentu;

ii. mengaplikasikan pengetahuan kandungan pedagogi subjek tertentu dalam konteks pengajaran-pembelajaran;

iii. memperoleh, menghayati dan mengaplikasikan kemahiran umum pengajaran dan pembelajaran;

iv. memperoleh, menghayati dan mengaplikasikan nilai dan amalan profesional yang positif; dan

v. membangunkan pengetahuan am dan bakat serta potensi individu sepenuhnya secara berterusan dan inkremental.

DIPLOMA (Tahap 4, KKM)

Suatu program pendidikan pada tahap diploma bertujuan untuk menyediakan bakal guru scholar dengan pengetahuan meluas dan kemahiran peringkat pertengahan ke tinggi serta autonomi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Program peringkat Diploma juga berhasrat untuk menyediakan pendidikan dan latihan meluas dengan pendekatan pembangunan teradun yang merangkumi pengetahuan pengurusan dan pentadbiran dalam pengendalian sekolah, tadika dan pusat latihan dengan pemahaman yang sentiasa mengalami evolusi mengenai teori yang mendasari disiplin pendidikan.

(24)

18

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

Objektif program pada tahap diploma ini adalah untuk mendidik dan melatih pelajar- pelajar supaya menjadi bakal guru scholar yang dapat:

i. mengaplikasikan pengetahuan berasas luas tentang subjek tertentu dan kemahiran praktikal dalam persekitaran pendidikan;

ii. berkomunikasi, menerajui, melibatkan diri dan menyumbang secara berpasukan dalam tugas penyelesaian masalah dalam persekitaran pendidikan;

iii. menggunakan maklumat dengan berkesan dan memperoleh kemahiran pentadbiran yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan;

iv. membangunkan pengetahuan am dan bakat individu dan potensi peribadi sepenuhnya secara berterusan dan inkremental; dan

v. menjadi komited sepenuhnya terhadap profesion dan membangunkan tanggungjawab terhadap masyarakat.

IJAZAH SARJANA MUDA (Tahap 6, KKM)

Suatu program pendidikan pada tahap sarjana muda bertujuan menyediakan para bakal guru scholar dengan pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dan pada masa yang sama memupuk kapasiti autonomi profesional dan intelektual yang tinggi, keupayaan menyesuaikan diri dan serba boleh dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program sedemikian juga berhasrat untuk memberi pendidikan dan latihan lanjutan dengan pendekatan yang teradun yang merangkumi pengetahuan pengurusan dan pentadbiran dalam pengendalian sekolah, tadika dan pusat bimbingan/tuisyen, berdasarkan kefahaman teori yang mendasari pendidikan.

Program ijazah juga bertujuan melahirkan pendidik mahir yang mampu berhadapan dengan cabaran yang dihadapi sepanjang pengalaman mereka dalam mengajar, mengurus dan menyelia pelajar, bagi membiasakan mereka dengan pengetahuan yang berkaitan, sesuai dan berasaskan penyelidikan yang penting dalam bidang- bidang pendidikan yang berbeza.

Objektif program pada tahap sarjana muda ini adalah untuk mendidik dan melatih bakal guru scholar yang dapat:

i. memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan yang koheren dan terperinci dan memahami nilai asas dan prinsip rangka kerja kurikulum yang relevan dalam sistem persekolahan;

(25)

19

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

ii. memperoleh dan mengaplikasikan kefahaman konseptual kepelbagaian latar belakang, personaliti pelajar, kerumitan proses pendidikan daripada pendidikan awal kanak-kanak ke tahap tertinggi pendidikan;

iii. meneroka dan mewujudkan peluang dan kemungkinan dalam melaksanakan program pendidikan yang inovatif, relevan, dan mendemonstrasikan, menegakkan serta menghargai etika dan kod profesional amalan dan nilai profesion keguruan;

iv. memulakan dan memupuk hubungan yang positif dan produktif dengan keluarga dan masyarakat serta menunjukkan keupayaan untuk melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan sumbangan sepanjang hayat;

v. memperoleh, mengaplikasikan dan melaksanakan tindakan kepimpinan profesional selaras dengan tanggungjawab yang diberikan atau dimulakan oleh guru scholar profesional;

vi. secara berterusan dan inkremental dalam membangunkan pengetahuan am, bakat dan personaliti individu sepenuhnya; dan

vii. membangun dan mengasah kompetensi penyelidikan, kreativiti, inovasi dan reka cipta.

SIJIL DAN DIPLOMA PASCASISWAZAH (Tahap 7, KKM)

Suatu program pendidikan pada tahap sijil atau diploma pascasiswazah bertujuan untuk membolehkan para graduan memperoleh kelayakan dengan korpus pengetahuan dan kompetensi yang menghubungkan kelayakan sarjana muda dengan kelayakan sarjana. Secara kolektif, sijil dan diploma pascasiswazah bertujuan untuk menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran lanjutan dalam bidang pembangunan pendidikan terpilih dan berfokus bagi membolehkan bakal guru scholar menangani tuntutan perkembangan baharu dalam bidang pendidikan.

Objektif program pada tahap sijil dan diploma pascasiswazah ini adalah untuk mendidik dan melatih bakal guru scholar yang dapat:

i. menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka bekerja dengan berkesan dalam pelbagai persekitaran pendidikan;

ii. memupuk celik akal berdasarkan maklumat, kesedaran, minat dan komitmen kepada matlamat dan nilai yang wujud dalam teori dan amalan pendidikan dalam pelbagai konteks persekitaran pendidikan;

iii. komited dalam meningkatkan standard pendidikan dan menggunakan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik untuk

(26)

20

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

melaksanakan kurikulum yang relevan dengan keperluan pelajar dalam persekitaran pendidikan tertentu;

iv. menunjukkan kapasiti untuk refleksi dan analisis kritikal amalan bakal guru scholar itu sendiri dan menjangka serta menggunakan inovasi untuk pembangunan profesional berterusan; dan

v. membangunkan pengetahuan am dan bakat individu yang pelbagai serta potensi mereka sepenuhnya secara berterusan dan inkremental.

IJAZAH SARJANA (Tahap 7, KKM)

Suatu program pendidikan pada tahap sarjana bertujuan menyediakan para graduan dengan pengetahuan lanjutan dalam bidang khusus pendidikan, dengan arah dan laluan yang jelas untuk memperoleh, menjana, meningkatkan, mengasah pengetahuan dan kemahiran, sambil membuat kaitan bersilang dengan disiplin ilmu yang lain seperti ilmu kemanusiaan, sains sosial dan sains fizikal.

Objektif program pada tahap sarjana adalah khusus untuk mendidik dan melatih bakal guru scholar yang dapat:

i. membuat pertimbangan tentang teori dan amalan yang relevan dan menunjukkan kemampuan untuk menghasilkan pengetahuan yang baharu dan kreatif untuk menjadi profesional yang berkesan dan berinspirasi;

ii. menganalisis secara kritikal dan mensintesis kefahaman sumber mereka sendiri tentang pengetahuan profesional dan amalan profesional yang matang untuk menyelesaikan masalah signifikan;

iii. merancang dan melaksanakan projek-projek inovatif, inisiatif penyelidikan dan menulis disertasi, tesis dan laporan untuk tujuan pembangunan dan pengaplikasian pengetahuan untuk manfaat profesion dan masyarakat secara keseluruhannya;

iv. menunjukkan kebolehan dalam menjana dan menyampaikan pengetahuan secara berkesan melalui amalan pembelajaran sepanjang hayat, pembelajaran seluas hidup, pembelajaran secara mendalam dan sumbangan sepanjang hayat;

v. memimpin dan mengambil bahagian dalam penjanaan pengetahuan dan memperjuangkan hak harta intelek dan pengiktirafan karya asli orang lain, menghindarkan daripada plagiat dan penyelewengan akademik yang lain; dan vi. memperoleh pengetahuan am dan membangunkan pelbagai pengkhususan

pendidikan, bakat dan potensi individu.

(27)

21

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

Nota:

Beberapa universiti di Malaysia telah mula menawarkan program ijazah M.Phil dalam pendidikan. Biasanya M.Phil dalam pendidikan ialah program ijazah penyelidikan dengan tempoh pengajian antara 12 hingga 24 bulan untuk pengajian sepenuh masa dan 24 hingga 28 bulan untuk pengajian separuh masa. Panjang tesis adalah lebih kurang 50,000 patah perkataan. Tesis M.Phil memperkayakan ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan melalui analisis, aplikasi, penjelasan, ulasan dan tafsiran badan pengetahuan spesifik yang berkenaan. Tahap pencapaian ijazah M.Phil adalah tahap 7, KKM. (PSE ini tidak merangkumi M.Phil).

IJAZAH KEDOKTORAN (Tahap 8, KKM)

Program pendidikan pada tahap Doktor Falsafah bertujuan untuk membolehkan para graduan menjadi pemimpin pendidikan teladan, pembuat dasar, pengamal, penyelidik pendidikan dan pemimpin pemikiran. Program ini juga bertujuan menyediakan para graduan dengan keupayaan untuk menjalankan penyelidikan ilmiah dan berada dalam barisan hadapan bidang pengkhususan mereka; menjadi pihak rujukan dan pakar yang berwibawa sebagai pendidik profesional yang akan memudah cara penjanaan dan perkembangan pengetahuan dan menetapkan tahap profesionalisme yang paling tinggi. Program kedoktoran wajib menyumbang kepada kedua-dua pembangunan kesarjanaan individu dan pembangunan komuniti pembelajaran, yang melibatkan sekolah, institusi lepasan sekolah menengah, tempat kerja, dan organisasi-organisasi berasaskan komuniti. Atribut graduan pemegang ijazah kedoktoran, termasuk penguasaan pelbagai disiplin dan kecerdasan serta mod berfikir dalam konteks pendidikan dan bukan pendidikan, dan kefahaman yang mendalam dan luas mengenai pelbagai budaya dan diversiti. Graduan-graduan sedemikian juga akan mempunyai pengetahuan dan keupayaan intelek untuk melibatkan diri dalam dialog antara budaya dan antara disiplin, memahami secara mendalam pelbagai mazhab pemikiran sosial dan pendidikan, dan menyumbang secara bermakna kepada penyelesaian masalah pendidikan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Objektif program pada peringkat doktor falsafah ini adalah untuk mendidik dan melatih bakal guru scholar yang dapat:

i. berkembang dan menjadi pendidik profesional yang ulung dan berpengalaman yang dapat membuat pertimbangan tentang teori dan amalan yang relevan serta berupaya menghasilkan pengetahuan baharu dan relevan melalui penyelidikan;

(28)

22

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

ii. mensintesis dan menilai pengetahuan dan amalan profesional serta mengaplikasikan pengetahuan sedemikian untuk menyelesaikan masalah yang signifikan;

iii. memulakan dan menginovasi projek-projek bebas dan aktiviti-aktiviti penyelidikan bagi tujuan membina dan mengaplikasikan pengetahuan untuk manfaat komuniti setempat, komuniti kebangsaan dan komuniti global;

iv. menyertai wacana ilmiah dan menyebarkan pengetahuan melalui penerbitan dan jurnal serta cara penyebaran pengetahuan yang lain dalam dunia akademik dan bukan akademik; dan

v. membangunkan kepakaran dalam pengajaran, bimbingan dan pementoran dan membina kredibiliti untuk menjadi model teladan dalam konteks pendidikan yang sesuai.

(29)

23

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

3. HASIL PEMBELAJARAN

"Pembelajaran dan pengetahuan yang kita miliki, adalah, walaupun pada tahap paling tinggi, tetapi sedikit sahaja berbanding dengan apa yang kita tidak ketahui".

~ Plato

"Kualiti program akhirnya akan ditentukan oleh keupayaan pelajar melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diharapkan dalam masyarakat. Hal ini memerlukan satu pernyataan jelas tentang hasil pembelajaran yang diharap dicapai oleh pelajar tersebut" (COPPA, 2010, ms. 17). Hasil pembelajaran ini secara kumulatif harus mencerminkan lapan domain hasil pembelajaran yang signifikan bagi Malaysia (Kerangka Kelayakan Malaysia, KKM, 2007, Perenggan 15).

Program pendidikan perlu sejajar dengan lapan domain KKM dan dalam lingkungan pengetahuan, khususnya ilmu pengetahuan disiplin pendidikan. Terdapat persamaan dalam tumpuan isi kandungan tentang pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap berkaitan bidang pendidikan, pada pelbagai tahap pensijilan (daripada sijil hingga kedoktoran), Walau bagimanapun, isi kandungan sedemikian mungkin berbeza dari segi keluasan, kedalaman, pengalaman dan kesignifikanannya. Kriteria keluasan, kedalaman dan tahap kesukaran serta kerumitan, biasanya ditentukan oleh masa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran; tahap autonomi dan intelektual berhemah yang lebih tinggi; jangkaan kedalaman pembacaan, pemikiran, wacana dan penyelidikan; keaslian hasil kerja yang dijangka dapat dihasilkan; dan peruntukan jam kredit. Oleh itu ditegaskan sekali lagi bahawa korpus pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperoleh oleh semua guru scholar dalam profesion keguruan adalah sama, tetapi perbezaan dalam kepintaran profesional, secara kumulatif, hanya dari segi kedalaman, keluasan, pengalaman, pengkhususan dan kepentingan.

Matlamat dan hasil yang diharapkan daripada kelayakan pendidikan yang tertentu akan diartikulasi dan digambarkan dalam kurikulum program dan dalam pelbagai pendekatan dan model penilaian. Peruntukan jam kredit, masa kelas dan pembelajaran pelajar mempengaruhi tahap penguasaan pelbagai subjek oleh guru scholar tersebut. Matlamat berikut merupakan contoh matlamat yang sesuai bagi tahap kelayakan yang berlainan.

(30)

24

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

SIJIL

Pada akhir program, guru scholar berupaya:

i. menunjukkan pengetahuan asas dan pemahaman tentang struktur, kandungan dan metodologi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran;

ii. menunjukkan kemahiran praktikal asas yang boleh diaplikasikan dalam persekitaran pendidikan;

iii. menjelaskan kesedaran yang mendalam tentang kepentingan pendidikan dalam masyarakat;

iv. menunjukkan nilai dan sikap profesional yang sewajarnya serta amalan profesionalisme;

v. menunjukkan bukti kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan yang mencukupi;

vi. mengaplikasi kemahiran asas penyelesaian masalah dan kaedah saintifik untuk menyelesaikan masalah pendidikan;

vii. mengenal pasti dan mengkategorikan maklumat untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;

viii. menunjukkan kemahiran pengurusan, keusahawanan dan ICT asas yang berkaitan dengan pembangunan peribadi dan institusi; dan

ix. membangunkan pengetahuan am ensiklopedik dan bakat serta potensi individu yang pelbagai secara berterusan dan inkremental.

DIPLOMA

Pada akhir program guru scholar berupaya:

i. menunjukkan pengetahuan berasas luas tentang struktur, kandungan dan metodologi pengajaran yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar;

ii. mengaplikasi kemahiran praktikal lanjutan dalam persekitaran pendidikan;

iii. menunjukkan tanggungjawab terhadap keperluan pendidikan dalam masyarakat;

iv. menunjukkan komitmen terhadap nilai profesional, sikap dan profesionalisme;

v. menunjukkan kemahiran berkomunikasi yang kompeten dan berhemah, kepimpinan, dan kerja berpasukan;

vi. mengaplikasi kaedah penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan pemikiran kreatif dalam pelbagai persekitaran pendidikan;

vii. mengaplikasi dan menganalisis maklumat untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam persekitaran pendidikan;

(31)

25

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

viii. menunjukkan kemahiran pengurusan, keusahawanan dan ICT yang berkaitan dengan pembangunan peribadi dan institusi;

ix. mengembangkan pengetahuan am ensiklopedik dan bakat individu yang pelbagai, serta potensi masing-masing sepenuhnya secara berterusan dan inkremental; dan

x. terlibat secara aktif dalam memberi sumbangan kepada pembangunan komuniti melalui pertubuhan profesional atau organisasi sukarela.

IJAZAH SARJANA MUDA

Pada akhir program guru scholar berupaya :

i. menganalisis dan membangunkan pemahaman struktur, kandungan dan metodologi yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar dalam subjek yang spesifik, aktiviti dan program merentas kurikulum, dan menangani cabaran dalam keseluruhan kurikulum sekolah;

ii. berfungsi secara berkesan mengaplikasi pelbagai falsafah yang mendasari pendidikan dan kemahiran praktikal pada tahap dan persekitaran pendidikan yang berbeza;

iii. secara kompeten, kreatif dan inovatif mempromosikan penggunaan korpus pengetahuan profesion keguruan dan protokol amalan kualiti dalam persekitaran pendidikan serta menangani konteks kepelbagaian budaya pelajar secara sensitif, berkesan dan berhemah untuk memupuk pembelajaran, dan bakat serta potensi pelajar;

iv. memenuhi keperluan standard pengajaran profesional yang termaktub pada semua tahap (sekolah, kolej, universiti dan organisasi pembelajaran lain);

v. mengaplikasikan pengetahuan kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan berupaya berkerja secara berkolaborasi dan berdikari untuk menyelesaikan masalah dalam persekitaran pendidikan yang berbeza;

vi. menunjukkan ciri kepimpinan profesional yang sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan;

vii. mengaplikasikan secara berhemah kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik serta kesedaran tentang peranan penyelidikan melalui penguasaan pengetahuan dan pemahaman dalam amalan profesional mereka yang sentiasa berevolusi;

viii. muhasabah dan belajar daripada pengalaman mereka sendiri dalam usaha untuk maju dan memacu pembelajaran mereka ke hadapan, misalnya, dengan menggunakan teori konstruktivisme;

(32)

26

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

ix. menunjukkan kemahiran pengurusan, keusahawanan dan ICT serta responsif kepada perubahan perihal pendidikan sebagai disiplin akademik dan profesional;

x. membangunkan pengetahuan am ensiklopedik dan bakat individu yang pelbagai dan potensi ke tahap yang paling tinggi secara berterusan dan inkremental;

xi. terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui pertubuhan profesional atau organisasi sukarela; dan

xii. menunjukkan keupayaan penyelidikan, kreativiti, inovasi dan reka cipta.

SIJIL PASCASISWAZAH DAN DIPLOMA PASCASISWAZAH Pada akhir program ini, guru scholar berupaya:

i. menunjukkan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka bekerja dengan berkesan dalam pelbagai persekitaran pendidikan;

ii. memupuk perkembangan celik akal berdasarkan maklumat yang berwibawa dalam konteks budaya, sosial, politik, ekonomi dan agama di mana persekolahan berlangsung;

iii. menunjukkan kesedaran, minat dan komitmen terhadap matlamat dan nilai yang wujud dalam teori dan amalan pendidikan;

iv. komited untuk meningkatkan standard pendidikan dan menambah baik kemajuan pelajar;

v. menunjukkan keupayaan untuk menggunakan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik dalam melaksanakan kurikulum yang relevan dengan keperluan pelajar dalam mana-mana persekitaran pendidikan;

vi. menunjukkan kapasiti untuk muhasabah dan analisis secara kritikal amalan mereka sendiri dan untuk pembangunan profesional mereka sendiri secara berterusan;

vii. menunjukkan kefahaman tentang dunia yang sedang berubah dan memupuk perkembangan minda profesional yang mampu secara objektif menimbang, membuat keputusan, menjangka dan menampung inovasi;

viii. membangunkan pengetahuan am ensiklopedik dan bakat serta potensi yang pelbagai secara berterusan dan inkremental;

ix. membangunkan kepakaran pengajaran, bimbingan dan pementoran dan membina kredibiliti untuk menjadi model teladan dalam konteks pendidikan yang berkaitan; dan

(33)

27

STANDARD PROGRAM: PENDIDIKAN

x. terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui pertubuhan profesional atau organisasi sukarela lain.

IJAZAH SARJANA

Pada akhir program guru scholar berupaya:

i. mengaplikasi dan mengintegrasi pengetahuan yang berkaitan dengan isu penyelidikan semasa dalam bidang pengajian tertentu;

ii. mengaplikasi teknik penyelidikan untuk memperoleh, mentafsir dan memperluas pengetahuan pendidikan dalam bidang-bidang pengajian;

iii. menunjukkan keupayaan untuk berkomunikasi, memimpin dan bekerjasama dalam membina pengetahuan baharu;

iv. mengsintesis pengetahuan lanjutan dan melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dan kaedah saintifik;

v. menunjukkan keupayaan dan kecenderungan untuk bekerja sebagai pendidik profesional dalam usaha membina komuniti pembelajaran pada masa hadapan;

vi. mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan secara profesional dan beretika; dan

vii. membangunkan pengetahuan am ensiklopedik dan bakat serta potensi individu yang pelbagai secara berterusan, inkremental dan kumulatif.

IJAZAH KEDOKTORAN

Pada akhir program guru scholar wajib berupaya:

i. menunjukkan kefahaman sistematik dan pemahaman yang mendalam mengenai bidang pengajian spesifik;

ii. menunjukkan ketrampilan sebagai penyelidik, dan kemahiran untuk menyelia projek penyelidikan;

iii. menganalisis, menilai dan mensintesis idea baharu dan kompleks secara kritikal;

iv. menunjukkan pemikiran kritikal, kreatif dan analitikal serta kemahiran penyelesaian masalah secara berkesan;

v. meluaskan sempadan ilmu pengetahuan melalui penjelasan gagasan idea yang mendalam bagi sesuatu bidang dan penjanaan ilmu pengetahuan dalam bidang pengajian:

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian menunjukkan, secara keseluruhan terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara bakal guru Fizik lelaki dan perempuan dimana tahap pengetahuan bakal guru Fizik lelaki

Guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam kemahiran pergerakan dan

Guru yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan berdasarkan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam tahap dua memberikan penekanan yang lebih mendalam kepada kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran, membaca dan memahami

Matlamat program Asasi STEM ini adalah untuk menyediakan bakal pelajar pra- siswazah UMT dengan pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya dalam bidang STEM untuk

Mengenal pasti tahap kesediaan meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap Guru Pendidikan Khas di PPKI sekolah menengah dalam pelaksanaan Program Transisi Kerjaya bagi Murid Berkeperluan

Tahap pengetahuan guru tentang pengurusan sosioemosi murid autisme Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan guru berada pada tahap sederhana dalam mengenal pasti tahap kemahiran

Objektif kajian dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru khas masalah pembelajaran dari segi pengetahuan, kemahiran dan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dalam