TEMA : TENAGA DALAM KEHIDUPAN BIDANG PEMBELAJARAN : 1 KEELEKTRIKAN
BIDANG PEMBELAJARAN : 2 PENJANAAN ELEKTRIK
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti
Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.1
Memahami penjanaan tenaga elektrik.
Meneroka laman sesawang atau mengadakan lawatan ke stesen jana kuasa untuk mengumpul dan mentafsir data berikut:
a) Pelbagai jenis generator iaitu termal, hidroelektrik,disel, nuklear dan turbin gas. b) Penjanaan tenaga elektrik
dalam pelbagai jenis stesen jana kuasa.
c) Sumber tenaga alternatif, contoh: tenaga solar dan biojisim.
Membincangkan persamaan dan perbezaan dalam penjanaan tenaga elektrik pelbagai jenis stesen jana kuasa.
Menjalankan aktiviti tentang penggunaan tenaga solar menggunakan alat seperti kotak solar atau sel solar (sel fotovolta).
Murid boleh:
menyenaraikan pelbagai jenis generator.
memerihalkan penjanaan tenaga elektrik daripada pelbagai jenis stesen jana kuasa.
membanding dan membezakan penjanaan tenaga elektrik antara pelbagai jenis stesen jana kuasa.
memberi contoh sumber tenaga altenatif.
biomass –biojisim
Objektif
Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.2
Memahami transfomer.
Membina sebuah transfomer ringkas dan mengkaji struktur fizikalnya. Menjalankan aktiviti untuk
menunjukkan fungsi transfomer ringkas.
Mengumpul dan mentafsir data mengenai prinsip kerja transfomer injak naik dan transfomer injak turun. Membincangkan transfomer injak naik dan injak turun dari aspek:
a) Persamaan dan perbezaan. b) Kegunaan dalam penghantaran
dan pengagihan elektrik.
Murid boleh:
mengenal pasti pelbagai bahagian transfomer.
memerihalkan bagaimana transfomer berkerja.
membanding dan membezakan transfomer injak naik dengan transfomer injak turun.
memerihalkan peranan transfomer dalam penghantaran dan pengagihan elektrik.
step-down transformer –
transformer injak turun
step-up transformer –
transformer injak naik
distribution - pengagihan transmission - penghantaran 2.3 Menganalisa penghantaran elektrik dan sistem pengagihan.
Memerhati model atau carta dan membincangkan sistem penghantaran dan pengagihan elektrik termasuk Rangkaian Grid Nasional, stesen transformer, lapangan suis, pencawang masuk utama dan pencawang bahagian.
Mengumpul dan mentafsir data tentang Rangkaian Grid Nasional Malaysia.
Murid boleh:
menyusun mengikut urutan komponen dalam sistem penghantaran dan pengagihan elektrik.
memerihalkan fungsi komponen sistem penghantaran dan pengagihan elektrik.
memerihalkan bagaimana tenaga elektrik dihantar dan diagihkan dari stesen jana kuasa kepada pengguna.
national grid network –
rangkaian grid nasional
switch zone –lapangan suis
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti
Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.4 Memahami bekalan elektrik dan sistem pendawaian di rumah.
Mengumpul dan mentafsir data mengenai bekalan tenaga elektrik di rumah.
Mengkaji dan membincangkan perkara berikut:
a) Sistem pendawaian elektrik di rumah termasuk kotak fius, suis utama, pemutus litar, wayar hidup, wayar neutral, wayar bumi dan meter elektrik.
b) Kod warna antarabangsa. Menjalankan aktiviti untuk: a) mengkaji struktur dan reka
bentuk plug 3 pin,
b) melengkapkan pendawaian plug 3-pin.
Murid boleh:
menyatakan nilai voltan utama.
menyatakan jenis arus elektrik.
mengenal pasti jenis arus elektrik yang dibekalkan ke rumah.
menyatakan jenis pendawaian elektrik.
mengenal pasti pelbagai bahagian sistem pendawaian elektrik.
memerihalkan fungsi pelbagai bahagian sistem pendawaian elektrik.
memerihalkan pendawaian plug 3-pin. Jenis pendawaian termasuklah pendawaian fasa tunggal dan pendawaian tiga fasa. Pendawaian tiga fasa diterangkan secara ringkas.
circuit breaker –pemutus litar
earth wire –dawai bumi
mains switch –suis sesalur
Objektif
Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.5
Menganalisa kos
penggunaan tenaga elektrik.
Memeriksa pelbagai peralatan elektik rumah untuk mengumpul dan mentafsir data tentang kuasa, voltan dan kadar arus.
Mengira jumlah pengaliran arus yang mengalir melalui peralatan elektrik di rumah.
Membincangkan hubung kait antara penggunaan tenaga elektrik, kuasa dan masa.
Menjalankan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah untuk mengenal pasti kos penggunaan tenaga elektrik dalam sebulan.
Murid boleh:
menyatakan kadar kuasa dan voltan peralatan elektrik di rumah.
mengirakan jumlah arus yang mengalir melalui peralatan elektrik.
mengingatkan kembali hubungan antara
penggunaan tenaga elektrik, kuasa dan masa.
menyelesaikan masalah dengan mengira kos penggunaan elektrik. Formula berikut diperkenalkan: Kuasa= Voltan x Arus
P = V x I
Tenaga (kWh) =
Kuasa (kW) x
Masa (j)
appliance – peralatan power –kuasa 2.6 Memahami fungsi fius dan wayar bumi.Membincangkan perkara berikut: a) Jenis fius.
b) Nilai fius.
c) Fungsi fius dalam sistem pendawaian elektrik.
d) Peranan dawai bumi dalam sistem pendawaian elektrik.
Menjalankan aktiviti untuk mengkaji kejadian litar pintas.
Menjalankan aktiviti untuk menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik yang berbeza.
Murid boleh:
mengenal pasti pelbagai jenis fius.
menyatakan nilai fius.
memerihalkan fungsi fius dalam sistem pendawaian elektrik.
menentukan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik.
memerihalkan peranan dawai bumi dalam sistem
pendawaian elektrik
short circuit –litar pintas
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti
Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.7 Menilai kepentingan langkah berjaga-jaga dalam penggunaan elektrik.
Mengumpul dan mentafsir data tentang perkara berikut:
a) Punca kemalangan elektrik. b) Langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kemalangan elektrik.
c) Ciri keselamatan di rumah untuk mengelak berlakunya kemalangan elektrik.
Membincangkan keperluan langkah berjaga-jaga dalam penggunaan elektrik.
Murid boleh:
menyatakan langkah keselamatan yang perlu diambil apabila
menggunakan elektrik.
memerihalkan langkah yang perlu diambil apabila berlakunya
kemalangan yang melibatkan elektrik,
mewajarkan keperluan adanya langkah keselamatan dan ciri keselamatan di rumah bagi
mengelakkan kemalangan elektrik.
Ciri keselamatan berikut perlu dinyatakan:
i. Miniature Circuit Breaker (MCB), ii. Earth Leakage
Circuit Breaker
(ELCB).
safety precautions –
langkah-langkah keselamatan
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti
Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.8 Menilai kepentingan memulihara elektrik.
Mengumpul dan mentafsir data tentang aktiviti yang
menyebabkan pembaziran elektrik.
Membincangkan cara memulihara elektrik.
Menjalankan projek tentang kecekapan tenaga.
Membincang dan mewajarkan keperluan memulihara elektrik. Menjalankan sumbangsaran mengenai masalah yang akan dihadapi oleh negara jika berlakunya kekurangan elektrik.
Murid boleh:
mengenal pasti aktiviti yang menyebabkan pembaziran elektrik.
memerihalkan cara memulihara elektrik.
mewajarkan keperluan memulihara elektrik.
meramalkan masalah yang akan dihadapi oleh negara jika
berlakunya kekurangan elektrik.
Pelabelan jumlah penggunaan tenaga pada peralatan untuk mempertingkatkan penggunaan tenaga secara cekap harus diperkenalkan. wastage –pembaziran energy efficiency – kecekapan tenaga