Pepatah berkata “Politics makes strange bedfellows,”
bermakna pendirian politik boleh mengumpulkan pelbagai jenis manusia yang tidak punya apa-apa persamaan yang lain. Walaupun begitu, penagihan jadikan kami istimewa.
Cerita-cerita peribadi kami mungkin berbeza dalam corak perseorangan tetapi kesimpulannya kami semua berkongsi satu perkara yang sama. Penyakit atau gangguan yang sama ini adalah penagihan. Kami tahu benar tentang dua perkara yang membentuk penagihan sebenar: keinginan dan kedorongan. Keinginan – pemikiran tetap yang membawa kami semula setiap masa kepada dadah pilihan kami, atau sebarang gantian kepadanya, untuk menggapai semula keseronokan dan keselesaan yang pernah kami rasa.
Kedorongan – sebaik saja kami mulakan proses dengan satu tiub, sebiji pil, atau segelas minuman keras, kami tidak lagi boleh berhenti dengan kuasa keinginan kami sendiri. Oleh sebab kepekaan tubuh kami terhadap dadah, kami memang dicengkam satu keadaan kemusnahan oleh satu kuasa yang lebih besar daripada kami.
Ketika kami tiba di penghujung jalan, kami akhirnya mendapati bahawa kami gagal untuk bertanggungjawab sebagai seorang manusia, samada dengan atau tanpa dadah, kami semua hadapi serba salah yang sama. Apa lagi yang boleh kami lakukan? Nampaknya wujud pilihan ini: samada teruskan juga seberapa baik yang kami mampu ke arah penghujung yang pahit – penjara, institusi atau maut – atau cari saja cara hidup yang baru. Dalam beberapa tahun yang berlalu, hanya sedikit saja penagih-penagih yang dapat pilihan terakhir ini. Mereka yang menagih hari ini lebih bernasib baik. Buat pertama kali dalam keseluruhan sejarah manusia, satu cara yang mudah telah membuktikan keberkesannya dalam kehidupan ramai penagih. Ianya tersedia untuk kami semua. Ini adalah satu program kerohanian yang mudah, bukan keagamaan. Ia dikenali sebagai Narcotics Anonymous.
Apabila penagihan saya membuatkan saya rasa tidak berupaya, tidak berguna dan mahu menyerah diri sekitar
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 100
lima belas tahun lepas,* N.A. masih belum wujud. Saya menemui A.A., dan di dalam Persaudaraan itu saya juga telah berjumpa dengan penagih-penagih yang telah jumpa jawapan kepada masalah mereka melalui program tersebut. Walaubagaimanapun, kami tahu masih ramai yang sedang menuju ke arah kekecewaan, penghinaan dan maut, kerana mereka gagal samakan diri mereka dengan penagih-penagih arak di A.A. Mereka lihat dari segi gejala-gejala yang jelas, bukannya dari segi perasaan yang mendalam, di mana memahami perasaan sesama sendiri menjadi satu terapi mujarab kepada semua manusia yang menagih. Bersama beberapa orang penagih dan ahli-ahli A.A. yang ada kepercayaan jitu terhadap kami dan program tersebut, pada Julai 1953 kami telah menubuhkan apa yang kini dikenali sebagai Narcotics Anonymous. Kami rasa kini seseorang penagih mampu mencari dari mula satu bentuk pengenalan sebagaimana yang dia perlukan untuk meyakinkan dirinya bahawa dia boleh kekal bersih, melalui contoh manusia lain yang telah pulih bertahun-tahun lamanya.
Sepanjang tahun-tahun yang berlalu, ini telah terbukti. Bahasa tanpa perkataan yang meliputi pengiktirafan, kepercayaan serta pegangan, yang kami panggil memahami perasaan sesama sendiri ini telah mencipta satu persekitaran di mana kami boleh merasakan waktu, menyentuh kenyataan dan mengenalpasti nilai-nilai rohani yang telah lama hilang daripada ramai di kalangan kami. Dalam program kepulihan kami, kami berkembang dari segi jumlah dan kekuatan. Tidak pernah ada sebegini ramai penagih bersih, yang buat pilihan mereka sendiri dan berada di kalangan sebuah masyarakat yang bebas, yang mampu berjumpa setiap kali mereka mahu, untuk mengekalkan kepulihan mereka dengan mencipta kebebasan.
Penagih-penagih mengatakan semua ini tidak mungkin berjaya. Kami percaya kepada perjumpaan-perjumpaan terbuka yang telah dirancang, tidak lagi menyorok seperti yang dicuba oleh kumpulan-kumpulan lain. Kami percaya ini berbeza daripada kaedah-kaedah lain yang telah dicuba oleh mereka yang mencadangkan pengunduran panjang dari masyarakat. Kami rasakan semakin cepat seseorang penagih menghadapi masalahnya dalam kehidupan seharian, semakin cepat pula dia mampu
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 101
menjadi seorang rakyat yang produktif. Lambat laun, kami akan terpaksa juga berdiri atas kaki kami sendiri dan hadapi penghidupan dalam erti kata hidup sebenarnya.
Jadi kenapa tidak bermula dari awalnya?
Disebabkan ini, sudah tentu, ramai yang menagih semula dan ramai pula yang sesat sepenuhnya. Walaupun begitu, ramai juga yang tinggal dan ramai yang datang semula selepas mereka hadapi halangan mereka.
Rahmatnya, ramai yang kini ahli kami telah lama menjauhkan diri daripada dadah dan lebih mampu membantu saudara-saudara baru. Sikap mereka, yang berlandaskan nilai-nilai kerohanian dari langkah-langkah dan tradisi-tradisi kami adalah kuasa bertenaga yang mempertingkatkan dan menyatukan program kami. Kini kami tahu masanya telah tiba untuk tidak lagi bertolak ansur terhadap penipuan yang ketinggalan zaman, “Sekali jadi penagih, selama-lamanya jadi penagih.” Kami boleh pulih.
*Ditulis pada tahun 1965
Kepulihan bermula dengan penyerahan diri. Bermula dari titik itu, setiap dari kami diingatkan sehari yang bersih adalah sehari dalam kemenangan. Di Narcotics Anonymous, sikap, fikiran dan tindakan kami berubah. Kami mula sedar kami bukanlah orang asing dan mula memahami dan terima siapa diri kami.
Selama wujudnya manusia, penagihan juga telah wujud. Bagi kami, penagihan adalah satu keinginan untuk mengguna dadah yang sedang hancurkan kami, yang diikuti pula oleh dorongan yang memaksa kami meneruskannya. Menjauhi dadah sepenuhnya adalah landasan kepada cara hidup baru kami.
Pada waktu silam, tiada harapan buat seorang penagih. Di Narcotics Anonymous, kami belajar berkongsi kesepian, kemarahan dan ketakutan yang dirasakan dan tidak dapat dikawal oleh setiap penagih. Pemikiran-pemikiran lama kami yang telah mendatangkan masalah kepada kami. Kami tidak ada penyesuaian ke arah pemenuhan, sebaliknya kami hanya tumpukan kepada kekosongan dan kekarutan daripada semua itu. Kami tidak berdaya untuk berhadapan dengan kejayaan, jadi kegagalan jadi cara hidup kami. Dalam kepulihan, kegagalan hanya satu halangan sementara, bukannya cantuman-cantuman dalam ikatan yang tidak boleh dihuraikan. Kejujuran, berfikiran terbuka dan kerelaan hati untuk berubah adalah sikap-sikap baru yang membantu kami
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 102
mengaku kesalahan-kesalahan kami dan meminta pertolongan.
Kami tidak lagi terpaksa bertindak melawan sifat sebenar kami dan lakukan perkara-perkara yang kami tidak mahu lakukan.
Kebanyakan penagih menolak kepulihan, dan program yang kami tawarkan menghalang mereka daripada mengguna. Jika saudara-saudara baru memberitahu kami mereka boleh terus mengguna dadah dalam mana-mana bentuk dan tidak menderita dari apa-apa kesan buruk, ada dua cara bagaimana kami boleh melihatnya. Kemungkinan pertama, mereka bukan penagih.
Kedua, penyakit mereka masih belum jelas kepada mereka dan mereka masih menafikan penagihan mereka. Penagihan dan penarikan memutarbelit fikiran yang boleh diterima akal, dan saudara-saudara baru selalunya tumpukan kepada perbezaan, bukannya persamaan. Mereka cari cara-cara untuk menyangkal bukti-bukti penagihan atau tidak melayakkan diri mereka untuk kepulihan.
Ramai di antara kami yang buat perkara yang sama ketika kami masih baru, jadi bila kami bekerja dengan orang lain kami cuba untuk tidak berkata atau melakukan apa-apa yang akan berikan mereka alasan untuk terus mengguna. Kami tahu betapa kejujuran dan memahami sesama sendiri itu sangat penting.
Penyerahan diri sepenuhnya adalah kunci kepada kepulihan, dan menjauhi sepenuhnya adalah satu-satunya perkara yang telah berkesan untuk kami. Dalam pengalaman kami, tiada seorang penagih pun yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada program ini telah gagal mencari kepulihan.
Narcotics Anonymous adalah satu program kerohanian, bukannya keagamaan. Setiap penagih bersih adalah satu keajaiban, dan mengekalkan keajaiban ini adalah satu proses kesedaran, penyerahan diri dan pertumbuhan yang berterusan.
Bagi seorang penagih, tidak mengguna adalah satu keadaan yang tidak normal. Kami belajar untuk hidup bersih. Kami belajar untuk jujur terhadap diri sendiri dan untuk berfikir tentang buruk baiknya sesuatu perkara. Pada mulanya, kami sukar membuat keputusan. Sebelum kami jadi bersih, kebanyakan daripada tindakan kami dipandu oleh keinginan. Hari ini, kami tidak lagi dikurung di dalam pemikiran sebegini. Kami telah bebas.
Dalam kepulihan kami, kami dapati sangat penting untuk terima kenyataan. Sebaik saja kami boleh lakukan ini, kami tidak lagi perlu untuk mengguna dadah sebagai satu usaha untuk mengubah tanggapan kami. Tanpa dadah, kami ada peluang untuk mula berfungsi sebagai manusia-manusia berguna, sekiranya kami terima diri kami dan juga dunia seadanya. Kami belajar bahawa
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 103
sengketa adalah sebahagian daripada kenyataan, dan kami belajar cara-cara baru untuk menyelesaikannya, bukannya lari daripadanya. Ia adalah sebahagian daripada dunia yang nyata.
Kami belajar untuk tidak terlalu mengharukan ketika berada dalam masalah. Kami berhadapan dengan apa yang ada pada tangan kami, dan cuba untuk tidak memaksa sebarang penyelesaian. Kami telah belajar betapa jika satu penyelesaian itu tidak praktikal, ia tidak berbentuk kerohanian. Pada masa lampau, kami jadikan keadaan-keadaan mudah kepada masalah; kami tukarkan busut kepada gunung. Pemikiran-pemikiran baik kami telah membawa kami ke sini. Dalam kepulihan, kami belajar untuk bergantung kepada satu Kuasa lain yang lebih Berkuasa daripada kami. Kami tidak ada segala jawapan atau penyelesaian, namun kami boleh belajar untuk hidup tanpa dadah. Kami boleh kekal bersih dan menikmati penghidupan, jika kami ingat untuk hidup
“Hanya untuk Hari Ini.”
Kami tidak bertanggungjawab di atas penyakit kami, hanya bertanggungjawab di atas kepulihan kami. Ketika kami mula melaksanakan apa yang kami pelajari, hidup kami menjadi bertambah baik. Kami pohon pertolongan daripada penagih-penagih yang sedang menikmati kehidupan yang bebas dari keinginan untuk mengguna dadah. Kami tidak perlu memahami program ini supaya ianya berkesan. Apa yang kami perlu lakukan hanyalah mengikut arahan.
Kami memperolehi kelegaan melalui Dua Belas Langkah, yang sangat penting untuk proses kepulihan, kerana ia adalah cara hidup yang baru dan berbentuk kerohanian yang membenarkan kami mengambil bahagian dalam kepulihan kami sendiri.
Sejak hari pertama, Dua Belas Langkah telah jadi sebahagian daripada hidup kami. Pada mulanya, kami mungkin dipenuhi perasaan-perasaan negatif, dan hanya membenarkan Langkah Pertama menyerap masuk. Kemudian, kami mula kurang ketakutan dan boleh menggunakan alat-alat ini sepenuhnya agar membawa manfaat yang lebih besar. Kami sedar bagaimana perasaan-perasaan lama dan ketakutan adalah gejala-gejala penyakit kami. Kebebasan yang sebenar kini mungkin dicapai.
Ketika kami sedang pulih, kami dapat pandangan baru tentang jadi bersih. Kami menikmati perasaan terbebas dan kebebasan daripada keinginan untuk mengguna. Kami dapati setiap orang yang kami jumpa ada sesuatu yang ditawarkan. Kami mampu menerima sebagaimana kami mampu memberi. Hidup boleh jadi satu pengembaraan yang baru kepada kami. Kami mula mengenali kebahagiaan, kegembiraan dan kebebasan.
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 104
Tidak ada sebarang penagih contoh yang kian pulih. Apabila dadah pergi dan penagih melaksanakan program ini, perkara-perkara yang indah terjadi. Impian-impian yang hilang bangun semula dan peluang-peluang baru muncul. Kerelaan hati kami untuk berkembang secara rohani membuatkan kami terapung.
Apabila kami melaksanakan tindakan-tindakan dalam Langkah-langkah itu, keputusannya adalah satu perubahan dalam keperibadian kami. Tindakan-tindakan kami yang sebenarnya penting. Kami biarkan hasil-hasilnya ditentukan oleh Yang Lebih Berkuasa.
Kepulihan menjadi satu proses berhubung; kami hilang ketakutan menyentuh dan disentuh. Kami pelajari bagaimana satu pelukan ringkas dan penyayang boleh membawa perubahan yang besar kepada dunia apabila kami rasa keseorangan. Kami rasa kasih sayang dan persahabatan yang sebenar.
Kami tahu kami tiada daya upaya di atas satu penyakit yang tidak boleh diubati, kian parah dan boleh membawa maut. Jika tidak dihentikan, ia akan bertambah buruk sehinggalah kami mati.
Kami tidak boleh berhadapan dengan keinginan dan dorongan.
Satu-satunya cara hanyalah berhenti mengguna dan belajar bagaimana untuk hidup. Apabila kami rela untuk mengikuti langkah ini dan mengambil kesempatan daripada bantuan yang tersedia untuk kami, satu kehidupan yang baru mungkin terjadi untuk kami. Dalam cara ini, kami boleh pulih.
Hari ini, mempereratkan dalam kasih sayang Persaudaraan ini, kami akhirnya boleh melihat seorang insan lain dengan kedua mata kami sendiri dan bersyukur di atas siapa diri kami.
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 105