LANGKAH KELIMA
“Kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri sendiri dan seseorang lain, tentang punca sebenarnya kesalahan diri kami.”
Langkah Kelima adalah kunci kepada kebebasan. Ia membenarkan kami hidup bersih pada waktu ini. Berkongsi sifat-sifat sebenar kesalahan-kesalahan kami membebaskan kami untuk
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 40
hidup. Selepas mengambil Langkah Keempat dengan lengkap, kami berhadapan dengan kandungan-kandungan menyelidik senarai moral diri kami. Kami diberitahu jika kami menyimpan kesalahan-kesalahan ini dalam diri kami, ia akan membawa kami semula kepada penggunaan. Berpegang kepada masa silam akan lambat laun menyakitkan kami dan menghalang kami daripada mengambil bahagian dalam penghidupan baru kami. Jika kami tidak jujur sewaktu mengambil Langkah Kelima, kami akan dapat keputusan-keputusan negatif sama yang dibawa oleh ketidakjujuran masa lampau.
Langkah Kelima mencadangkan kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri kami sendiri, dan kepada orang lain tentang punca sebenar kesalahan diri kami. Kami lihat kepada kesalahan-kesalahan kami, memeriksa corak kelakuan kami, dan mula nampak peningkatan-peningkatan penyakit kami dengan lebih mendalam. Kini, kami duduk bersama orang lain dan berkongsi menyelidik senarai moral diri kami secara lantang.
Yang Lebih Berkuasa akan bersama kami ketika kami ambil Langkah Kelima. Kami akan menerima pertolongan dan jadi bebas untuk berhadapan dengan diri kami dan juga manusia lain.
Mungkin nampak seolah-olah tidak perlu untuk kami mengakui punca-punca sebenar kesalahan kami kepada Yang Lebih Berkuasa. “Tuhan memang tahu semua itu,” kami beri alasan.
Walaupun Dia sudah tahu, pengakuan ini harus datang dari mulut kami agar ia menjadi benar-benar berkesan. Langkah Kelima bukanlah sekadar satu bacaan lisan ke atas Langkah Keempat.
Selama bertahun-tahun, kami mengelak daripada melihat diri kami yang sebenarnya. Kami malu terhadap diri sendiri dan rasa sungguh terasing dari dunia luar. Oleh kerana kini kami telah perangkap bahagian yang memalukan dari masa silam kami, kami boleh singkirkan ia terus dari hidup kami jika kami berhadapan dengannya dan mengaku. Akan jadi satu kemalangan sekiranya kami hanya menulisnya tapi kemudiannya menyimpannya dalam laci. Kesalahan-kesalahan ini membesar dalam kegelapan, dan akan mati jika disuluh dengan cahaya pendedahan.
Sebelum kami datang ke Narcotics Anonymous, kami rasa tiada siapa faham tentang perkara-perkara yang telah kami lakukan. Kami takut sekiranya kami dedahkan diri kami seperti adanya, kami akan ditolak dengan mudah. Kebanyakan penagih rasa tidak selesa tentang ini. Kami kenalpasti yang kami tidak bersikap pengharapan yang tinggi ke atas diri sendiri kerana berfikiran sebegitu. Saudara-saudara ahli kami memahami kami.
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 41
Kami harus berhati-hati memilih orang yang bakal dengar Langkah Kelima kami. Kami harus pastikan yang mereka tahu apa yang kami sedang buat dan kenapa kami buat semua itu.
Walaupun tidak wujud sebarang peraturan ketat tentang orang pilihan kami, penting untuk kami percaya kepada orang itu.
Hanya keyakinan penuh ke atas ketelusan dan kerahsiaan orang itu yang akan membuatkan kami rela untuk melengkapkan langkah ini. Ada di antara kami yang ambil Langkah Kelima bersama seorang yang tidak dikenali, namun ada pula yang lebih selesa memilih seorang ahli Narcotics Anonymous. Kami tahu yang seorang penagih akan kurang berkecenderungan untuk menghakimi kami dengan niat jahat dan salah faham.
Sebaik saja kami telah buat pilihan dan bersendirian bersama orang itu, kami teruskan langkah ini dengan galakan mereka. Kami mahu jadi tepat, jujur dan lengkap, atas kesedaran yang ini adalah soal hidup dan mati.
Ada di antara kami yang menyembunyikan sebahagian daripada masa silam dalam usaha untuk mencari jalan mudah menghadapi perasaan-perasaan dalaman kami. Kami mungkin fikir kami sudah lakukan secukupnya dengan menulis tentang masa silam kami. Kami tidak boleh lakukan kesilapan ini. Langkah ini akan mendedahkan maksud-maksud dan tindakan-tindakan kami. Kami tidak boleh harapkan perkara-perkara ini terdedah dengan sendirinya. Keseganan kami lambat laun akan diatasi, dan kami boleh mengelak perasaan bersalah kemudian hari.
Kami tidak boleh menangguh. Kami harus tepat. Kami mahu ceritakan kebenaran mudah dan mutlak, seberapa cepat yang boleh. Memang wujud bahaya yang kami akan memperbesarkan kesalahan-kesalahan kami. Sama juga bahayanya jika kami memperkecil atau menghurai alasan tentang bahagian kami dalam keadaan-keadaan silam. Lagi pun, kami boleh menerima diri kami seadanya
Penagih-penagih berkecenderungan untuk jalani penghidupan rahsia. Selama beberapa tahun, kami sembunyikan keyakinan diri yang rendah di sebalik penampilan-penampilan palsu yang diharapkan dapat membohongi orang lain. Malangnya, kami lebih membohongi diri sendiri. Walaupun kami kerap nampak menarik dan yakin pada luaran kami, kami sebenarnya menyorokkan seorang yang menggigil dan tidak yakin di dalam diri kami. Topeng-topeng ini harus dilepaskan. Kami kongsi menyelidik senarai moral diri ini sebagaimana ia ditulis, tanpa melompat mana-mana bahagian. Kami terus mendekati langkah ini dengan kejujuran dan dengan keberanian sehinggalah kami
Teks Dasar
Dilarang diedarkan diluar Persaudaraan NA Page 42
selesai. Memang jadi satu kelegaan yang besar bila kami dapat membongkar semua rahsia-rahsia kami dan juga dapat berkongsi beban masa silam kami.
Selalunya, sewaktu kami berkongsi langkah ini, pendengar juga akan berkongsi cerita mereka. Kami sedar yang kami bukanlah istimewa. Kami lihat melalui penerimaan orang yang kami percayai bahawa kami boleh diterima seadanya.
Kami mungkin tidak berupaya untuk mengingati setiap kesalahan-kesalahan lama kami. Walaupun begitu, kami cuba lakukan usaha yang paling baik. Kami mula rasa perasaan-perasaan peribadi tulen yang berasaskan kerohanian. Jika dulu kami hanya ada amali-amali kerohanian, kini kami mula bangkit dengan hakikat kerohanian. Penyelidikan awal ke atas diri kami ini selalunya mendedahkan corak-corak tingkahlaku yang kami tidak berapa suka. Walaupun begitu, menghadapi corak-corak tersebut dan mengeluarkannya kepada umum akan memungkinkan kami menghadapinya secara membina. Kami tidak boleh lakukan perubahan-perubahan ini secara bersendirian. Kami perlukan pertolongan Tuhan, sebagaimana kami memahamiNya, dan juga pertolongan Persaudaraan Narcotics Anonymous.