• Tidak ada hasil yang ditemukan

Boleh SMS asal tak rosak bahasa

Dalam dokumen Assignment 1 -Bahasa Siber Dan SMS (Halaman 32-36)

Apabila e-mel gunakanlah bahasa yang bertatasusila dan indah

Oleh

Mohd Gani Ahmad Penulis tamu

TEMAN saya, Encik Safuwan, melahirkan kekhuatirannya yang amat sangat akan kelakonan berbahasa Melayu anaknya yang sedang menuntut di menengah satu.Menurutnya, si anak terjejas kerana sering menggunakan bahasa SMS atau khidmat pesanan ringkas.Beliau khuatir kebiasaan menyingkat-nyingkatkan ejaan akan menjejas kelakonan anaknya berbahasa ketika mengarang dan menjawab soalan; terutama sekali pada masa menghadapi ujian semester dan peperiksaan hujung tahun. Kekhuatiran beliau itu dapat difahami. Memang dalam menghadapi ujian dan peperiksaan, seseorang calon itu tidak ada masa berfikir lama. Senjata yang ada ialah kebiasaan berbahasa yang harus diluahkan dalam kertas jawapan sahaja. Biasanya, calon tidak sempat berfikir panjang, jadi tabiat dan kebiasaanlah yang akan menguasai minda ketika menjawab soalan.

Awal Januari 2010, saya menghubungi Encik S Johari melalui telefon bimbitnya, namun saya tidak menerima jawapan. Jadi, saya pun menghantar SMS melalui telefon bimbitnya itu, beliau juga tidak menjawabnya. Apabila beliau menemui saya di rumah keesokan harinya, beliau berkata: 'Saya tidak suka di-SMS. Tak fahamlah saya akan bahasa SMS. Saya lebih selesa bercakap melalui telefon. Sebenarnya, SMS atau Short Message Service atau terjemahan dalam bahasa Melayunya, Khidmat Pesanan Ringkas. Namun saya lebih selesa dengan istilah yang diguna pakai oleh Dr Asmah H Omar, dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, iaitu Sistem Mesej Singkat, yang dapat mengekalkan kependekan SMS. Dari sudut bahasa Melayu memang banyak kosa kata yang boleh diringkaskan ejaannya. Sejak dulu lagi, pengguna bahasa Melayu yang kreatif sifatnya telah banyak membina kekata singkat yang boleh diguna pakai dan sesuai dengan laras SMS ini. Dari sudut ilmu bahasa; ada istilah yang disebut klitik: Aku menjadi ku; engkau menjadi kau; kamu menjadi mu. Kependekan lain: itu menjadi tu; ini menjadi ni; doktor menjadi dok; profesor menjadi prof dan tuan menjadi tn. Umpamanya kekata yang selama ini disebut singkat: Tidak dijadikan tak; hendak disebut nak; emak menjadi mak, ayah menjadi yah; bapa menjadi pa atau bapak menjadi pak; datuk menjadi tuk dan yang sebagainya.

Sejak tahun 1950-an pula, pengguna bahasa Melayu dan Indonesia banyak mencipta akronim: Menteri luar menjadi menlu; cerita pendek menjadi cerpen; encik guru menjadi cikgu, dan dalam laras SMS-nya pula dieja cg sahaja. Dalam panduan penggunaan kependekan yang terdaftar dalam Kamus Dewan atau Kamus Besar Bahasa Indonesia; kependekan ini merupakan kependekan baku: Sebagai menjadi sbg; dengan menjadi dgn; dan lain-lain menjadi dll; peribahasa menjadi prb; untuk menjadi utk; yang menjadi yg; sejenis menjadi sj; dalam menjadi dlm. Dari menjadi dr; daripada menjadi drpd; dan sebagainya menjadi dsb; kepada menjadi kpd; lawan menjadi lwn; misalnya menjadi mis.

Pada pendapat saya, semua kependekan ini bolehlah dijadikan panduan atau dasar untuk mencipta kependekan yang lain ketika ber-SMS. Antara formula yang nampaknya wajar ialah perkataan yang berhuruf lima boleh digugurkan huruf vokal, antara contohnya: balik dan bilik menjadi blk; kolek menjadi klk; pasir dan pasar menjadi psr; kasar menjadi ksr; dasar menjadi dsr; datar menjadi dtr; gitar menjadi gtr; sukar menjadi skr; cinta menjadi cnt; gemar menjadi gmr; geram dan garam menjadi grm.

SMS merupakan fenomena baharu diperkenal kepada masyarakat dunia; sekitar tiga dekad yang lalu, maka timbullah beberapa masalah yang dihadapai penggunanya. Para ahli bahasa Melayu telah mengorak langkah dengan mengadakan beberapa kali seminar mengenainya. Hasilnya sebuah buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah disusun oleh Zaidi bin Ismail, 2008, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Memang bahasa SMS ini agak menyulitkan tetapi berbentuk kreatif, menjana minda untuk berfikir dan lebih peribadi sifatnya. Yang penting ialah sikap pengguna bahasa sendiri; yang harus meningkatkan pengetahuan tentang bahasa laras komunikasi ini dan berhati-hatilah ber-SMS supaya tidak merosakkan bahasa. Apabila bere-mel atau menulis surat melalui elektronik/komputer, yang lebih luas ruangannya, kita harus kembali menggunakan bahasa yang benar, berkesan, bertatasusila dan indah; dan tidak lagi menyingkat-nyingkatkan ejaan perkataan seperti ketika ber-SMS.

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

“Facebook, Twitter Ancam Bahasa Melayu”

Posted on the September 20th, 2010 under Sosial, Tempatan by admin

Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook dan Twitter telah „mengancam‟ penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan masyarakat hari ini.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung di kalangan pengguna laman web sosial.

“Sehubungan itu, DBP mempergiatkan usaha untuk menggalakkan dan menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini, termasuk mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) pada Oktober setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai majlis pelancaran BBK peringkat negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Jiso berkata BBK merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat pelbagai kaum di negara ini tentang kepentingan bahasa kebangsaan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera.

Sementara itu, Setiausaha kerajaan negeri Sarawak, Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani menyifatkan penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial merupakan satu cabaran dan rintangan memartabatkan bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu turut berdepan dengan cabaran dalam bahasa , seperti bahasa-bahasa yang lain. Sehubungan itu, kita perlu mempergiatkan usaha untuk memupuk dan mempromosikan penggunaan bahasa Melayu agar ia (bahasa pasar) tidak mengambil alih kepentingan bahasa Melayu,” katanya.

Sempena sambutan BBK peringkat negeri, Morshidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa BBK 2010 Kebangsaan berkata DBP Sarawak akan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera selama sebulan dengan penglibatan seluruh lapisan masyarakat pada Oktober ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijadual melancarkan BBK peringkat negeri Sarawak pada 1 Okt di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk Syarahan Eksekutif bertajuk “Kebudayaan dan Kesusasteraan Dalam Pembinaan Modal Insan Cemerlang”, Malam Senandung Puisi 1Malaysia, Sayembara Bahasa

Berirama, pementasan teater, khemah Bahasa dan kuiz BBK di Radio Televisyen Malaysia (RTM), katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti akan diadakan di peringkat daerah, termasuk Bejemok Bahasa di Samarahan, Berambih Bahasa di Sri Aman, Pededun Bahasa di Mukah, Bedudun Bahasa di Limbang, dan Pameran BBK di Miri.

–Bernama

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan SMS, laman sembang internet ancaman kepada bahasa

Posted on Tuesday, January 05 @ 03:59:27 PST by tokdalang

Oleh Hariyati Ariffin

KEWUJUDAN media baru khususnya khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sembang maya (chatting) menggabungkan teknologi internet, audio visual dan telefon, memberi kemudahan kepada masyarakat pelbagai lapisan untuk berinteraksi dan menyampaikan maklumat serta memudahkan kehidupan seharian mereka.

Namun, ia tidak dapat lari daripada disalahgunakan segelintir masyarakat sehingga menyebabkan berlakunya jenayah siber yang secara tidak langsung merendahkan maruah budaya, bahasa dan jati diri serta pembinaan negara bangsa kerana ketaksuban terhadap ciptaan ajaib di alaf ini.

Dalam penulisan SMS dan laman sembang maya adalah tergolong dalam media baru yang dikatakan menjadi cara hidup paling popular masyarakat masa kini untuk berinteraksi dan bersosial, yang boleh dilakukan di mana saja.

SMS misalnya, tidak dinafikan sebagai medium yang bukan saja cepat, malah mudah dan amat senang untuk menyampaikan maklumat. Ia menjadi budaya baru masyarakat masa kini tidak kira yang tua atau muda.

Namun, kita terlepas pandang mengenai isu bahasa, khususnya di negara kita yang digunakan dalam menyampaikan maklumat berkenaan. Jika dilihat dan dikaji secara serius dari segi penggunaan bahasanya, ia merosakkan kemurnian bahasa sehingga ada kalanya apabila ayat yang terlalu diminimumkan itu dihantar melalui SMS menjadi kurang difahami atau disalah tafsirkan maksudnya.

Satu kajian kes yang diambil di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (FKPM UiTM) mengenai salah tafsir menerima maklumat SMS daripada seorang pensyarah sehingga menyebabkan pelajar tidak menghadiri kelas. Pelajar menghantar SMS kepada pensyarah mengenai kelas pada hari berkenaan. SMSnya berbunyi begini: "Encik, ari ni ada kelas di DK 2 kan… jam 8 pagi'. Jawapan pensyarah selalunya pendek dan berbunyi begini: Ya…btl"

Tafsiran yang dibuat pelajar mengenai SMS itu ialah 'Ya, kelas tu batal', sedangkan maksud pensyarah ialah beliau mengiyakan soalan pelajar tadi. Dengan tafsiran kelas dibatalkan, akhirnya bila pensyarah datang kelas jam 8 pagi, seorang pelajar pun tiada dalam kelas kerana SMS disampaikan pada semua rakan sekelas, mengatakan pensyarah membatalkan kelas pada hari itu.

Banyak kes mengenai salah tafsir SMS ini. Namun keghairahan menggunakan SMS sebagai aliran berkomunikasi masa kini untuk menyampaikan maklumat dan pesanan menyebabkan masyarakat tidak berapa menghiraukan masalah yang bakal timbul kerana kesilapan tafsir atau maknanya.

Pensyarah Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Siti Rohana Mohd Thani berkata SMS secara terang merosakkan penggunaan bahasa bukan saja daripada segi ejaan, malah sudut nahu dan terminologi bahasa itu sendiri.

Beliau berkata, daripada sudut bahasa umpamanya ejaan aku menjadi ko, pergi dipendekkan menjadi 'g' saja, puan di tulis 'pn', pun juga 'pn'. Banyak lagi perkataan yang dieja secara ringkas dan mengelirukan. Malah ada juga perkataan

dipendekkan yang hanya difahami di kalangan golongan tertentu.

Siti Rohana berkata, walaupun secara umumnya ayat pendek dan akronim yang dicipta `pakar' bahasa, SMS sudah diterima pakai umum, namun keterbiasaan menulis secara ringkas dan pendek akan membuat masyarakat, khususnya pelajar dan murid tidak mahir mengeja sesuatu perkataan dengan betul.

Bukan itu saja, katanya, masyarakat juga menjadi kurang mahir untuk menulis. Jika ia menjadi budaya yang diterima pakai semua golongan, beliau bimbang golongan pelajar dan murid, khususnya terpengaruh menulis dalam bentuk SMS dalam kerja sekolah dan tugasan di universiti. Lebih membimbangkan jika bahasa SMS menular pula kepada penulisan rasmi. Beliau berkata, adalah penting masyarakat mengagungkan bahasa dan menggunakan bahasa lisan dan penulisan dengan betul kerana bahasa adalah jiwa bangsa dan bila kita lalai mengenai maruah bahasa yang menjadi kebanggaan bangsa, kita akan lupa asal usul kita.

"Pepatah ada mengatakan 'bahasa menunjukkan bangsa' dan apabila rosak bahasa itu rosaklah juga bangsanya. Jika gejala ini tidak dibendung dan tidak dipandang serius pihak tertentu, khususnya Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

berkaitan. Jika tidak, umumnya malas menulis dan tidak akan berminat dalam bidang penulisan lagi dan tidak mustahil bahasa mungkin tidak lagi dipandang sebagai sesuatu nilai budaya dan akan terus tenggelam menjadi sebuah sejarah saja," katanya.

Sementara itu dalam kertas kerja bertajuk 'Perkembangan Pesat Media Alternatif: Cabaran dan Ancaman Dalam

Pembentukan dan Pemupukan Jati Diri' yang ditulis Mohd Yusof Othman dari Institut Islam Hadari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan, bahasa bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, malah ia jauh daripada itu.

Mohd Yusof berpendapat bahasa adalah pembentuk budaya, pembangunan citra, pembina sahsiah diri dan jati diri. Kertas kerja itu juga menyentuh bahawa media alternatif atau media baru ini tidak dinafikan amat penting dalam membentuk perspektif dan minda masyarakat awam, tetapi sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan penuh berhemah dan penuh amanah serta kejujuran demi menyampaikan maklumat, ia akan menjana lebih banyak kemusnahan daripada kebaikan. Dalam kaitan yang sama Dr Rahmat Ghazali, pensyarah Kewartawanan FKPM, UiTM Shah Alam bersetuju SMS atau yang dipanggil ayat dan perkataan kontot ini secara terang merosakkan kemurnian bahasa Melayu. Beliau mengambil contoh perkataan 'Assalammualaikum' yang di pendekkan menjadi 'Ass' dan 'Salam'. Jika dilihat secara maknanya ia sudah lari daripada maksud sebenar. Selain itu perkataan dari sudut maknanya juga mencemar kemuliaan agama.

Namun begitu beliau berkata perkataan 'Ass' dan 'salam' adalah perkataan pendek bagi 'assalammualaikum' dan nampak kurang sesuai dari segi maknanya. Namun yang jelasnya ia diterima pakai masyarakat masa kini khususnya dalam bahasa SMS dan laman sembang maya.

Seperti Rohana, Dr Rahmat juga bersetuju bahawa kebimbangan pendidik dan pengkaji bahasa sekarang ialah penularan gaya menulis SMS dan 'chatting' dalam penulisan rasmi khususnya kepada pelajar dan murid. Beliau berkata kebiasaan menggunakan perkataan pendek dan akronim di dalam SMS memungkinkan ia menular dalam penulisan khas terutama dalam tugasan dan kerja sekolah pelajar. Sebagai pensyarah kewartawanan beliau juga amat bimbang fenomena memendekkan ayat ini menular di kalangan pelajar dalam bidang penulisan yang secara langsung akan mengurangkan kualiti penulisan dan kecekapan mengeja.

Menyentuh mengenai laman sembang maya pula Dr Rahmat, berkata laman sembang maya amat membebaskan penulisan sosial dengan erti kata lain kebebasan untuk menulis apa saja dalam ruang sembang maya itu tanpa ada tapisan. Katanya, aspek penulisan sosial ini dilihat amat tidak sihat jika bahasa dan cara berkomunikasi melalui maya terlalu bebas

membicarakan pelbagai persoalan tanpa had. Amat ketara ialah perbincangan mengenai seks yang terlalu bebas dalam ruang sembang maya serta penggunaan perkataan kurang manis yang menjadi kebiasaan kepada pengguna laman sembang maya.

Dr Rahmat juga berpendapat penulisan sosial ini secara tidak langsung akan mengundang pada gejala kurang sihat yang berleluasa seperti seks bebas, pergaulan bebas dan masalah pembuangan anak. Katanya, rata-rata penyembang di dalam laman sembang maya ini, menggunakan laman itu untuk bersosial dan tidak mustahil segelintir cuba mengambil

kesempatan terhadap laman ini untuk tujuan tertentu.

Beliau berkata, kajian yang dibuat seorang pelajar kewartawanan FKPM UiTM Shah Alam mengenai laman sembang maya dalam Yahoo messenger mendapati ada satu trend ketara terhadap eksploitasi seks dalam ruang itu.

Katanya, ruang sembang dan laman bersosial seperti Friendster, facebook, adalah wadah pengiklanan untuk mengiklankan diri dan lebih bersifat menawarkan diri untuk tujuan tidak sihat seperti seks. Beliau berkata daripada kajian itu mendapati 62 peratus penyembang adalah lelaki yang memberi nombor telefon untuk dihubungi bagi tujuan bersosial dan selebihnya adalah perempuan. Dr Rahmat juga berkata kajian itu mendapati 45 peratus chatters atau penyembang suka

membicarakan mengenai seks.

Kesimpulannya, tidak dinafikan kemunculan media baru khususnya SMS dan laman sembang maya membawa satu fenomena baru dalam cara berkomunikasi. Kemudahan ini membolehkan manusia semakin bebas membicarakan pelbagai isu dan mudah untuk disampaikan dalam waktu yang singkat dan memberi manfaat kepada masyarakat untuk bersosial dengan lebih mudah. Natijahnya kesan daripada teknologi baru yang disalahgunakan ini bukan saja menggadaikan maruah bahasa tetapi juga menjatuhkan harga diri bangsa Melayu

Oleh itu, sudah tiba masanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Pendidikan dan kepemimpinan tertinggi duduk semeja membincangkan mengenai kes terpencil yang menjadi akar umbi kepada jenayah siber, merosakkan bahasa, penyalahgunaan media baru dan masalah lain yang boleh menjurus kepada masalah

pembinaan jati diri dan pembinaan negara bangsa. B/H

Penulis ialah pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

Dalam dokumen Assignment 1 -Bahasa Siber Dan SMS (Halaman 32-36)

Dokumen terkait