• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment 1 -Bahasa Siber Dan SMS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assignment 1 -Bahasa Siber Dan SMS"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

PENGENALAN

SMS atau khidmat pesanan ringkas dan Chatting di laman sosial seperti Yahoo Messenger, Facebook, Skype

dan Twitter adalah antara fenomena kegilaan masyarakat masa kini. Masyarakat tidak kira dari pelbagai

kelompok usia, menggunakan teknologi ini untuk bersosial dan menyampaikan maklumat selaras dengan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi zaman ini. Kewujudan media baru yang menggabungkan

teknologi Internet, audiovisual dan telefon ini bukan sahaja memberi banyak kemudahan untuk

menyampaikan maklumat dan bersosial, malah hubungan dan interaksi diseluruh pelusuk dunia dapat

dijalinkan dengan mudah ,cepat dan pantas. Namun disebalik keghairahan masyarakat menggunakan

teknologi baru ini, suatu perkara yang mungkin terlepas pandang ialah adab sopan, kemurnian dan kesantunan

bahasa dalam proses berkomunikasi. Sejajar dengan budaya Melayu yang sentiasa mementingkan serta

menjaga adap, sopan dan ketertiban dalam berkomunikasi bahasa SMS dan chatting dilihat sebagai menolak

kemurnian bahasa. Melalui bahasa SMS dan chatting yang dikontotkan dan penggunaan akronim serta cara

berkomunikasi yang amat ringkas kadangkala boleh menyebabkan kekeliruan dan memberi tafsiran berbeza

dari seorang pengirim kepada penerima mesej. Semua ini mengundang kepada pencemaran bahasa Melayu.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah

globalisasi. Kamus Dewan, mendefinisikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan

mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era

globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif

walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan. Bahasa Melayu juga

tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana

perkembangan ini membawa kepada penggunaan laman maya dan telefon bimbit secara berleluasa dan ini

membawa kepada perbualan secara maya atau chatting dan penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat

yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan tetapi sebenarnya

(2)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Kesantunan Berbahasa

Secara umumnya komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan dan tulisan.

Komunikasi lisan ialah komunikasi yang terjadi apabila adanya pertuturan antara dua individu atau lebih

manakala komunikasi tulisan pula ialah komunikasi yang melibatkan media perantara sama ada media cetak

ataupun media elektronik. Antara bentuk media cetak ialah yang biasa digunakan dalam komunikasi tulisan

termasukah risalah, akhbar, majalah dan buku. Media elektroniknya pula seperti laman sosial dan blog, serta

khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bahasa ialah sistem komunikasi yang diwujudkan oleh manusia untuk memudahkan mereka berinteraksi

antara satu sama lain secara berkesan. Dalam setiap bahasa di dunia ada diwujudkan pelbagai aturan dan

peraturan untuk dipatuhi dan diamalkan oleh penuturnya. Antara aturan dalam bahasa termasuklah sistem

sapaan yang diamalkan oleh masyarakat bahasa. Salah satu aspek penting dalam sistem sapaan ialah

kesantunan berbahasa.

Kamus Dewan mendefinisikan kata santun sebagai “halus (budibahasa atau budi pekerti), beradab, sopan”.

Oleh itu kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti atau kesopanan.

Kesantunan bahasa scara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,

memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan kepada lawan bicaranya.

Prof. Emerius Dato‟ Dr Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia Dan Santun Bahasa (2002) meumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu :

1) Peraturan linguistik

2) Peraturan sosiolinguistik, dan

3) Peraturan pragmatic

Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan ini secara besepadu menjadi asas kesantunan bahasa. Penggunaan

(3)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Terdapat kajian yang memperlihatkan bahawa banyak yang tidak mengendahkan kesantunan bahasa semasa

menulis berbanding dengan semasa bercakap. Situasi ini terjadi kerana untuk berlaku sopan semasa menulis,

kita perlulah menyusun kata-kata sopan dan menggunakan strategi-strategi linguistik tertentu. Hal ini

dikatakan lebih mudah dilakukan dalam bahasa lisan. Atas sebab inilah kesantunan bahasa melalui siber dan

sistem pesanan ringkas (SMS) kurang diamalkan oleh pengguna mengakibatkan pencemaran bahasa berlaku.

Budaya Dan Bahasa

Era teknologi maklumat adalah pemangkin kepada pembangunan dan menjadi satu keperluan bagi setiap

individu. Penggunaan internet dan telefon bimbit kini dijadikan sebagai alat pemudah cara serta satu cara

hidup. Masyarakat Melayu juga tidak ketinggalan dalam perkembangan positif ini. Kini terdapat banyak

lelaman di internet mengenai pengajian Melayu. Dunia Melayu di internet semakin meluas. Perkembangan

positif ini terus mengisi ruang siber melalui e-mel dan chat sebagai wahananya. Penggunaan kedua-dua unsur

wahana ini dalam bahasa Melayu secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu kerana pada

masa sekarang telah ramai pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan komunikasi ini. Kesan

penggunaan yang serba mudah dan serba luas ini, banyak istilah baru terhasil sebagai kemudahan ekspresi.

Misalnya perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a'kum (assalamualaikum), w'lam (wa'alaikumsalam),

dowang (mereka), wokay (baiklah), tipon (telefon) dan persal (mengapa).

Perkembangan ini sangat menarik jika ditinjau dari aspek pelestarian bahasa. Ia membuktikan kedinamikan

bahasa Melayu yang kekal relevan dalam zaman siber ini. Ini merupakan satu sikap positif dan terpuji. Bahasa

Melayu tetap digunakan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan perbualan. Namun demikian

manipulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu

sendiri akibat dari pencemaran bahasa. Kesan jangka panjang terhadap bahasa Melayu tidak seindah

perkembangan ini. Jika dibiarkan sahaja, pencemaran bahasa akan menjadi satu kebiasaan. Sekiranya

konvensi menerima kebiasaan ini bagi pengunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang

(4)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian

dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terselah dan kekal relevan. Biarlah ia berkembang mengikut tempat

dan penggunaannya.

Bahasa Dalam Komunikasi Siber

Mulai tahun 1975, komputer peribadi mula diperkenalkan dan digunakan untuk menulis dan mencetak sahaja.

Sekitar tahun 1985, usaha ke arah pembangunan sistem komunikasi moden berjaya memperkenalkan sistem

internet. Daripada itu komunikasi baru pun lahir dan terciptalah wadah komunikasi yang digelar “alam siber”.

Media siber atau disebut juga media baharu merupakan media yang paling popular kini. Perkembangannya

adalah seiring dengan perkembangan internet. Media siber terdiri dari pelbagai media yang terdapat dalam

internet, baik media rasmi mahupun tidak rasmi seperti laman web, portal dan blog serta laman sosial seperti

Facebook, Yahoo Mesengger, Myspace, Twitter, Skype dan Friendster. Melalui media ini pelbagai maklumat

dapat disebarkan secara interaksi maya ke seluruh dunia dalam masa yang singkat dan murah. Penggunaan

siber yang meluas diseluruh dunia melibatkan penggunaan pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu dan

tahap atau kualiti bahasa yang digunakan juga adalah pelbagai seperti bahasa baku, bahasa perbualan, dialek

dan bahasa rojak. Bahasa baku biasanya digunakan dalam media rasmi terutamanya dalam laman web rasmi

organisasi atau institusi, baik kerajaan mahupun swasta seperti Radio Televisyen Malaysia, TV3, Berita

Harian, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perpustakaan Negara.

Bahasa perbualan, dialek, dan bahasa rojak merupakan bahasa yang tidak baku dan basahan sifatnya. Bahasa

ini lazimnya digunakan dalam blog peribadi dan laman sosial. Penggunaan bahasa dalam media ini sukar

dikawal kerana tiada peraturan bahasa yang mengikat penggunaan bahasa dalam media ini. Kualiti

penggunaan bahasa banyak bergantung pada kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa pengguna media

tersebut. Sifat media siber yang pantas dan segera, menyebabkan ada aspek tertentu yang tidak diberikan

(5)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

soal kebenaran dan kepalsuan maklumat memerlukan kebijaksanaan yang tinggi daripada pengguna internet.

Begitu juga dari segi penggunaan bahasa Melayu, baik ejaan mahupun tatabahasanya. Dalam media siber juga

munculnya golongan yang dianggap sebagai “wartawan atau penulis segera”. Mereka menyalurkan idea melalui penggunaan bahasa Melayu yang kurang sempurna dan tanpa pengalaman atau pengetahuan dalam

menyampaikan sesuatu maklumat.

Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber, sememangnya tiada undang-undang khusus yang boleh

digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tiada

sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap “pesalah bahasa”, sekurang-kurang “pesalah bahasa” itu boleh

dipantau dan diberikan nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang

tidak sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kasar atau kesat untuk mengatakan

pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun laman sosial. Penggunaan bahasa dalam media siber ini

sememangnya turut melambangkan citra bangsa dan ketamadunan sesebuah negara. Media siber yang luas

penyebarannya itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan maklumat dan hal-hal yang

bermanfaat untuk kebaikan bersama. Secara umumnya, penggunaan bahasa dalam media siber boleh

ditingkatkan dari semasa ke semasa dari segi kualitinya melalui bantuan dan bimbingan secara berhemah dan

konsisten oleh pihak-pihak yang arif tentang bahasa. Media siber yang bersifat fungsional dan memiliki

kelebihan tersendiri, seperti “sunting segera” memungkinkan pembetulan dapat dilakukan dalam jangka masa

singkat dan mudah seandainya penulis berkenaan benar-benar ingin berusaha memelihara kemurnian bahasa

Melayu yang digunakan.

Bahasa yang digunakan dalam komunikasi siber tidak terhad kepada satu bahasa sahaja, misalnya bahasa

Inggeris seperti yang digambarkan oleh banyak pihak. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa

Inggeris dalam komunikasi siber, adalah tinggi, namun bahasa-bahasa lain, sama ada bahasa besar (misalnya

bahasa antarabangsa atau dunia seperti bahasa Sepanyol) ataupun kecil (misalnya dialek, seperti dialek

(6)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

multilingualisme (keanekabahasaan) adalah dasar penggunaan bahasa yang terdapat dalam komunikasi siber.

Selain multilingualisme ini, penggunaan bahasa dalam media siber ini ikut mengundang wacana atau

perbincangan awam tentang impak negatif, yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Antara topik penting

dalam wacana ini ialah kehilangan penggunaan huruf besar, penyalahgunaan (atau kreativiti dalam

penggunaan) tanda baca, ejaan yang salah (atau bergaya seperti „kum untuk asalamualaikum dalam bahasa

Melayu) dan segala macam yang lainnya.

Perbuatan memendekkan kata-kata atau pun ayat sering melahirkan makna yang berbeza jika dinilai oleh

"seorang bukan siber" yakni mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan alam internet. Bagi "orang-orang siber" pula, bahasa yang diubahsuaikan itu akan menjadi satu kebiasaan sehinggakan terbawa-bawa kepada

perbualan ataupun penulisan di luar alam siber iaitu di alam realiti. Misalnya terdapat kata gantinama yang

telah diubahsuaikan menjadi dowrang (mereka), sayer (saya), dier (dia), korang (kamu), nko (engkau) dan

nyer (nya), nie (ini). Begitu juga dengan kata tanya yang diubahsuaikan menjadi asal (mengapa), biler (bila),

camner (bagaimana), maner ( mana) dan naper (kenapa). Amat menyedihkan pula istilah-istilah agama seperti

dipermainkan misalnya alah (Allah), A'kum (Assalamualaikum) dan w'lam (Wa'alaikumsalam).

Keadaan ini selanjutnya membawa kepada terhasilnya ayat-ayat tidak gramatis kerana menyeleweng daripada

hukum-hakam tatabahasa. Misalnya ayat-ayat - "Leh sayer kenal2 dengan awak?" (Bolehkah saya berkenalan

dengan awak), "A'kum semuer. Kat maner nie? " (Assalamualaikum semua. Awak berada di mana?), "Skang nie pon dah ader benda tuu." (Sekarang ini pun sudah ada alat itu).

Situasi itu menjadi genting apabila pengguna-pengguna internet gagal membezakan penggunaan bahasa di

internet dan di luar internet. Ini berlaku apabila mereka menggunakan istilah, pemendekan dan ayat-ayat di

ruang siber dalam perbualan sesama teman dan guru. Masalah pemahaman akan timbul kerana komunikasi

menjadi kurang jelas. Namun kesan yang amat ditakuti adalah penyelewengan bahasa semakin berleluasa dari

alam maya ke alam realiti. Pada pragmatiknya, kita dapat melihat satu percubaan menarik dalam penggunaan

(7)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

luar kawalan. Pada tahap permulaan berlaku pemendekan istilah yang masih mudah difahami seperti tak

(tidak), saja (sahaja), duk (duduk), gini (begini), gitu (begitu), mau (mahu) dan reti (mengerti). Pada tahap

pertengahan pula berlaku penyerapan kata kepada bahasa lisan seperti digunakan dalam perbualan biasa

misalnya amik (ambil), antar (hantar), bace (baca), mane (mana), same (sama), kecik (kecil), ape (apa) dan

hotak (otak). Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata, mungkin dengan tujuan meriahkan

suasana perbualan atau sekadar menambahkan kemesraan misalnya caye (percaya), camni (macam ini), camtu

(macam itu), teypon (telefon), keng-kawan (kawan-kawan), cedap (sedap), amik atti (ambil hati), pompan (perempuan) dan mepek (merepek).

Kemudian lahir kata-kata bersifat irama seperti seryuz (serius), lepaz (lepas), wajibz (wajib), sayer (saya),

biler (bila), kiter (kita), jumper (jumpa), luper (lupa) dan nyer (nya). Proses pelahiran istilah internet bahasa

Melayu mencapai kematangan apabila istilah spesifik berputik seperti om (orang), ngan (dengan), je (sahaja),

ur (awak), lak (pula), kerker (ketawa kecil), hmmm (sedang berfikir) dan ha x 9999999 (ketawa terbahak-bahak). Akhir sekali lahir penggunaan simbol-simbol seperti :) (mimik muka senyuman), :( atau (mimik muka sedih / masam), :P (mimik muka yang mengejek), :))) (mimik muka sedang ketawa), :O (mimik muka terkejut) dan n (menandakan berakhirnya perbualan).

Demikian proses evolusi bahasa Melayu internet. Sejarah menonjolkan betapa bahasa Melayu telah

berkembang daripada status kuno kepada moden setelah melalui beberapa proses penyerapan daripada

bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina dan Inggeris. Proses peristilahan telah berjaya memartabatkan bahasa-bahasa Melayu

agar tidak beku, sebaliknya terus dinamis. Alaf baru ini meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke

peringkat maya. Bahasa Melayu Internet tidak perlu melalui proses peristilahan ataupun konstruksi kata dan

ayat oleh pakar bahasa. Kini istilah-istilah baru dapat dihasilkan oleh orang perseorangan. Pengikirafan

diberikan atas dasar musyawarah iaitu difahami dan digunakan secara konvensi oleh pengguna-pengguna

(8)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa Dalam Komunikasi SMS (Short Messaging Sevices)

Sistem Pesanan Ringkas atau lebih dikenali dengan singkatan SMS (short message service) merupakan satu

khidmat yang begitu popular dikalangan pengguna telefon selular di Malaysia. SMS telah dilancarkan secara

komersial di negara ini untuk pertama kalinya pada tahun 1995 dan terus berkembang sehingga kini. Pada

peingkat awal perkembangannya, SMS hanya dapat dibaca melalui skrin telefon dan dikirimkan dari satu

telefon ke satu telefon yang lain. Ia seterusnya berkembang menjadi dari telefon ke skrin televisyen dan yang

terkini ke skrin komputer melalui khidmat interaktif internet secara dua hala melalui laman sosial Facebook

atau Twitter. Ini sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat, saban tahun memasarkan produk seperti

Blackberry dan iPhone yang membolehkan pengguna mengakses internet, e-mail, BBM (Blackberry

Messenger) dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan

pengguna media ini berinteraksi sesama mereka, aspek bahasa telah diabaikan.

Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saluran SMS. Bahasa

SMS boleh dikategorikan sebagai bahasa tidak baku kerana mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa

Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah atau dialek. Selain itu penggunaan singkatan, gabungan kata,

simbol emotikon dan kaomoji juga digunakan dalam bahasa SMS yang mana ianya memberi impak yang

tidak elok kepada perkembangan bahasa Melayu.

Bila dilihat secara terperinci, bahasa SMS sebenarnya mempengaruhi kehidupan kita seharian kerana hampir

setiap penduduk mempunyai sekurang-kurang satu telefon bimbit tidak mengira usia. Di zaman ini juga ramai

anak-anak yang masih bersekolah rendah malah yang masih tadika juga mempunyai telefon bimbit dan

berhubung melalui SMS. Ada yang lebih gemar menghantar mesej ringkas ini berbanding berbual di telefon.

Ada yang begitu sibuk menaip kekunci telefon bimbit tidak mengira tempat termasuklah di masjid! Ada yang

menggunakan SMS untuk melamar dan bercerai!

Dalam kaitan yang sama bahasa SMS yang sentiasa di ekonomikan kerana ruang menerima pesanan ringkas

(9)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

meminimum perkataan yang akan dihantar untuk mengurangkan kos yang dicas. Sekaligus jika di lihat dari

sudut terminologi bahasa dan nahu ianya secara terang menjadi satu kesalahan bahasa. Apatah lagi jika

menggunakan pengekronim bahasa seperti OMG, ASAP yang kadangkala tidak difahami akan membawa

maksud yang berlainan dan disalahtafsirkan oleh penerima mesej berkenaan. Bahasa SMS yang menggunakan

kod sama seperti kod BRAILE untuk orang cacat penglihatan dan kod MORSE untuk telegraf. Apakah kod

BRAILE dan kod MORSE merosakkan bahasa baku sedangkan ianya juga simbol dan singkatan perkataan,

serta melanggar peraturan nahu? Ia boleh merosakkan bahasa baku kalau ia digunakan dalam konteks

komunikasi rasmi seperti dalam surat, buku, akhbar, karangan dan media cetak yang rasmi. Tetapi jika ianya

hanya digunakan dalam konteks telefon bimbit, komunikasi tidak formal atau tidak rasmi atau komunikasi di

antara orang yang boleh memahami kod yang diberikan. maka ianya tidak wajar dianggap sebagai

merosakkan bahasa baku. Apatah lagi kalau bahasa SMS itu dipengaruhi oleh faktor fizikal telefon bimbit di

mana ruang penulisan mesej hanya terhad kepada 160 aksara (huruf) bagi sesuatu mesej dan dipengaruhi oleh

faktor ekonomi, di mana setiap satu mesej dikenakan bayaran tertentu. Maka rugilah bagi seseorang yang

menghantar satu mesej tetapi dihantar dua kali dan membayar cas dua kali sedangkan ia boleh menghantar

mesej yang sama sekali gus dengan memendekkan perkataan dan menggunakan simbol dalam mesejnya.

Lantaran, proses singkatan perkataan, penggunaan simbol seperti emotikon, kaomoji dan kod tertentu dalam

SMS adalah satu yang mesti berlaku dan dianggap satu yang semulajadi.

Kini bahasa SMS seperti diterima pakai walaupun jika dibaca mengikut ejaan, ia bukan bahasa kita langsung.

Contohnya: “Ko katne?” (kau ada di mana?), “mn ko nk gi? (ke mana kau mahu pergi?) “xde sbb I nak

pegi” (tidak ada sebab untuk saya pergi), “camne blh jd?” (macam mana boleh terjadi?) dan banyak lagi

contoh yang menyeramkan. Hairannya bahasa ini lebih luas digunakan berbanding bahasa rasmi kita dan ini

jugalah yang membimbangkan sesetengah pakar bahasa dan ahli akademik. Mereka merasakan bahasa SMS

sebagai pencemar bahasa. Belum mampu mereka mengatasi masalah penggunaan bahasa pasar dan rojak, kini

(10)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Bahasa SMS dan chatting ini sememangnya sudah diterima pakai oleh umum, namun dari sudut bahasa, ianya

secara tidak langsung menolak kemurnian bahasa itu sendiri. Umpamanya jika seseorang bertanya kepada

pengirim mesej dengan berbunyi begini: `Ni sape ek' atau `mane ko dapat no aku ni' secara intonasinya jika di

terjemahkan dalam bahasa lisan sudah terlalu kasar bunyinya. Malah amat tidak sopan lagi bila pensyarah

menerima mesej yang kurang manis bunyinya seperti ini.

`ni sape ni ek'

Melalui SMS itu jelas menunjukkan sikap kurang ajar yang ada dalam diri seorang pelajar berkenaan, namun

disebalik tafsiran berkenaan mungkin pelajar itu tidak bermaksud untuk bersikap kurang ajar. Salah tafsir atau

maksud yang tidak sampai kerana ayat yang terlalu pendek juga berlaku. Mengambil contoh kejadian di

FKPM (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam) iaitu apabila seorang pensyarah

menerima mesej dari pelajarnya dan dia menjawab mesej berkenaan dengan begitu pendek sehingga

menyebabkan kekeliruan kerana salah pentafsiran terhadap mesej berkenaan. Mesej berbunyi begini:

`Encik ari ni klas jam 8 pg di DK 16 kan...'

Jawab pensyarah:

Ya...btl'

Apa yang terjadi apabila pensyarah tiba dikelas seorang pelajar pun tidak menghadiri kelas pagi itu.

Rupa-rupanya pelajar mentafsirkan mesej pensyarah sebagai Ya Batal... Senario ini adalah antara masalah

pentafsiran dan salahfaham mesej kerana ayat yang dihantar terlalu pendek dan adakalanya kurang difahami

penerima. Selain itu, bahayanya bahasa SMS ini bila tulisan dan ayatnya tidak menggambarkan maksud

sebenar dan boleh disalahertikan. Contohnya, “Aku geram betul dengan dia ni” yang mungkin mempunyai

dua maksud yang berbeza sama ada sedang marah terhadap seseorang atau „mengidamkan‟ seseorang. Itulah

sebabnya, bahasa SMS bila dibawa ke mahkamah atas kes jenayah atau ugut, boleh diulas dan dianalisis

(11)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Siti Rohana Mohd Thani, pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, mengatakan bahasa

SMS dan chatting yang sentiasa memendekkan ayat akan membuat masyarakat tidak lagi tahu mengeja

perkataan yang sebenarnya. Jika ianya menjadi budaya yang diterima pakai semua golongan, beliau bimbang

golongan pelajar dan murid-murid sekolah khususnya akan terpengaruh menulis dalam bentuk SMS dan

chatting dalam kerja sekolah dan tugasan di Universiti. Rohana juga berkata jika gejala ini tidak dibendung

dan tidak dipandang serius oleh pihak tertentu khususnya DBP dan kementerian yang berkenaan kemungkinan

pelajar akan malas menulis dan tidak akan berminat dalam bidang penulisan lagi.

SMS mengundang kreativiti penciptaan perkataan. Salah satu kreativiti ini ialah penggunaan homophone atau

perkataan yang mempunyai persamaan bunyi. Di dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang dicipta

berdasarkan bunyi sesuatu, misalnya:

mengetok, berasal dari bunyi ketok pada pintu atau kayu= tok tok tok berdetik, berasal dari bunyi detikan jam = tik, tik, tik

rintik, berasal dari bunyi jatuhan hujan pada atap = tik tik tik

Ejaan melampau dan ejaan kreatif dalam SMS

Yang boleh merosakkan bahasa juga ialah kerana ejaan melampau dan bukanya singkatan SMS ialah

dier = dia giler = gila

Ada perkataan yang disingkatkan tetapi mempunyai ejaan melampau :

saper = siapa “cni” = sini” “cna”=sana

Tetapi „cni‟ boleh dianggap bahasa kolokial yang mencerminkan hubungan intim antara pengguna. Maka „cni‟

(12)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Penggunaan singkatan

Lima kategori singkatan yang boleh diterima pakai adalah singkatan lazim, singkatan gugur vokal atau

konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan perwakilan bunyi dan singkatan kata ganda, sementara dua

kategori lagi boleh mencemar bahasa.

1) Pengguguran huruf vokal dalam perkataan, samada pada sukukata awal atau sukukata akhir serta huruf

konsonan. Contohnya makan = mkn, sekolah = skolah, sklah, berjalan = brjln. kasut = ksut. kabinet = kbnet.

kereta = kreta, (keta, gugur huruf konsonan), dan kerusi = krusi

Mengikut sejarah perkembangan bahasa, huruf vokal datang kemudian daripada huruf konsonan. Malah

perkataan yang dieja dengan konsonan boleh berdiri sendiri dan boleh difahami oleh penuturnya. hal ini bukan

sahaja berlaku dalam bahasa Inggeris tetapi juga dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi di

awal sejarah Melayu.

Di dalam tulisan jawi, perkataan dieja dengan menggunakan huruf konsonan. Huruf vokal tidak begitu

dominan dalam penulisan jawi kecuali huruf “alif‟, “wau” dan “ya”. Tulisan jawi berasal dari tulisan bahasa Arab. Di dalam bahasa Arab, terdapat penanda atau harakat yang merupakan simbol bermakna seperti baris

atas (berbunyi „a‟, baris bawah (berbunyi „ie‟), baris depan (berbunyi „u‟), baris dua atas (berbunyi „an‟) , baris dua bawah (berbunyi „en‟), baris dua depan (berbunyi „un‟) dan simbol syaddah atau berganda. Simbol ini boleh didapati di dalam kitab suci Al-Qur‟a tetapi di dalam tulisan jawi bahasa Melayu; simbol ini tidak

kelihatan tetapi pembaca atau penutur bahasa Melayu yang boleh memahami jawi faham akan cara sebutan

sesesuatu perkataan itu. Misalnya:

“makan” dieja dengan “mim” “kaf” “nun” “jalan” dieja dengan “jim” “lam” “nun” “mereka” dieja dengan “mim” “ra” “kaf”

Seseorang yang boleh membaca tulisan jawi lazimnya memahami sesuatu perkataan walaupun tidak ada

(13)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

baru. Dalam ertikata lain, pengguguran huruf vokal dalam bahasa SMS yang digunakan secara tidak rasmi dan

untuk tujuan komunikasi peribadi tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.

Penggunaan huruf vokal sebenarnya bertujuan mengindahkan bahasa dan membantu meningkatkan

keberkesanan dalam komunikasi. Bayangkan jika tidak ada huruf vokal seperti a, e, i, o. u, mungkin kita tidak

dapat bezakan beberapa perkataan seperti di bawah ini kecuali ia ditulis dalam konteks ayat yang jelas.

rmh = rumah atau rumah? blk = bilik atau balik? ktk = ketuk atau katak?

2) Akronim, iaitu perkataan yang dpendekkan dengan mengambil satu huruf atau satu sukukata atau gabungan huruf yang mewakili sesuatu perkataan atau frasa. khususnya organisasi, nama orang, jawatan, nama jawatan, nama tempat. Lazimnya, akronim ini sudah diterima pakai dalam kamus atau akhbar tempatan. Jika akronim digunakan dalam bahasa SMS, maka ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.

Contohnya:- :-

1. Nama organisasi

MAIS – Majlis Agama Islam Selangor KUIS – Kolej Ugama Islam Selangor MAS – Malaysia Airline Systems

AROBA – Ampang Road Old Boys‟ Association

2. Nama Kementerian

KP – Kementerian Pelajaran JPM – Jabatan Perdana Menteri PDRM – Polis DiRaja Malaysia

3. Nama jawatan

PM – Perdana Menteri Pres. – Presiden SU – Setiausaha Timb. – Timbalan KSU – Ketua Setiausaha

(14)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

4. Nama orang (jarang berlaku)

TM – Tun Mahathir Mohamad DSAI – Dato‟ Seri Anwar Ibrahim TGNA – Tuan Guru Nik Aziz

Di dalam bahasa Inggeris terdapat satu bentuk akronim yang menarik tetapi jarang digunakan dalam kod

bahasa SMS bahasa Melayu. Ia terdiri dari beberapa huruf yang dipendekkan. Contohnya :-

BTW = by the way HAND = have a nice day IMHO = in my humble opinion F2T = free to talk

FYI = for your information SIT = stay in touch

Terdapat beratus lagi akronim seperti ini dalam bahasa Inggeris yang terkumpul dalam chat dan forum. Ia

kemudiannya diimport ke dalam bahasa SMS. Malah penggunaan akronim seperti ini telah diguna bersama

dalam bahasa Melayu melalui komunikasi lisan dan SMS. Kini di dalam kod bahasa bahasa Melayu sudah

terdapat beberapa perkataan seperti:

TK = terima kasih

AKUM, SLM = assalamualaikum

3) Gabungan sukukata dari beberapa perkataan yang dijadikan singkatan dan digunakan dalam SMS. Sebahagian perkataan ini telah diterima sebagai bahasa baku dan pastinya ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa Melayu. Tetapi apabila ia digunakan dalam SMS, sebahagian pengguna akan tetap menggurkan huruf vokalnya. Misalnya:

pawagam = panggung wayang gambar, ditulis pwgm, pwgam dalam SMS kugiran = kumpulan gitar rancak, ditulis kgran, kgrn dalam SMS

tandas = tempat najis disimpan, di tulis tnds dalam SMS jam = jalan matahari, ditulis jm dalam SMS

(15)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Terdapat juga perkataan lain yang digabungkan sukukatanya tetapi gabungan ini dibuat secara konsisten. Misalnya

balora = balai orang ramai, ditulis blora, blra dalam SMS

Di negara kita, tidak banyak perkataan yang dipendekkan melalui gabungan ini, walaupun ia suatu yang kreatif tetapi harus terkawal.

4) Perkataan kata ganda yang didapati dalam bahasa SMS. Mislanya: tiba-tiba = tetiba, ttba, tiba2, tba2

Perkataan ini menarik perhatian kerana terdapat beberapa perkataan berganda dalam bahasa Melayu.

Contohnya kadang-kadang, masing-masing, kadang-kadang = kadang2, kdg2, kupu-kupu = kupu2, kpu2

5) Perkataan yang berdasarkan kepada kolokial, iaitu ejaan dan bunyi perkataan yang lazim di dapati dalam

bahasa lisan. Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek hubungan intim dan kadangkala berbunyi

pelat seperti di bawah ini:

amek = ambil gi = pergi

camne = macam mana jom = mari

cite,ceta = cerita ko = kaukorang = (kau orang) kamu

cni = sini nek = naik

Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek dialek atau bahasa daerah ialah:

p, pi = pergi (Kedah) boh = cukup (Kelantan) mote = rambutan (Kelantan) poi = pergi (Negeri Sembilan)

Merujuk kepada kategori ini, jika perkataan ini digunakan dalam bahasa SMS, ia tidak boleh dianggap sebagai

(16)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

6) Perkataan SMS yang melampau. Perkataan dalam kategori ini bukan singkatan atau kependekan atau

ringkasan tetapi perkataan yang dieja dengan gaya sendiri dan menyalahi sistem ejaan asal. Malah perkataan

ini menjadi panjang dari perkataan yang asal. Contohnya :

giler = gila, boleh ditulis sebagai “gla” atau dikekalkan bagi mengelak ia membawa maksud gula = gla

namer = nama, boleh ditulis sebagai “nma” jadik = jadi, boleh ditulis sebagai “jd” nasik = nasi, boleh ditulis sebagai “nsi”

dier = dia, boleh dikekalkan kerana terlalu pendek untuk dipendekkan lagi

Tetapi ada juga perkataan dalam kategori ini tidak berubaha dari segi bilangan huruf dalam perkataan tetapi salah ejaan. Contohnya :

gune = guna kejer = kerja die = dia mate = mata

Perkataan seperti di atas ini kelihatan seperti ada unsur kreativiti dalam bahasa SMS tetapi ia tidak merosakkan jati diri dalam bahasa SMS itu sendiri; apatah lagi kalau ia digunakan dalam tulisan rasmi, ia akan merosakkan bahasa Melayu baku. Ia bukan singkatan ejaan.

7) Singkatan yang diMelayukan. Kategori perkataan ini boleh dianggap lebih rosak dari bahasa rojak dan boleh membawa kepada proses pidgin, di mana bahasa asal bercampur aduk dan diMelayukan menjadi satu bahasa lain yang melanggar sistem nahu, ejaan, dan semantik . Jika ia dibiarkan berleluasa dalam bahasa SMS seperti boleh mentranformasikan bahasa pidgin kepada bahasa Kreol.

Kita boleh lihat ungkapan ini di dalam bahasa SMS:

Sy lebiu, Ilebiu = Saya love you, I love you Dia gi ofis, dia g opis = dia pergi office/pejabat

aku kol ko nanti = aku call engkau nanti, aku telefon engkau nanti babai = bye-bye, selamat jalan/tinggal

(17)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Kalau kita lihat beberapa perkataan di atas yang diMelayukan dan ada yang dipendekkan. Perkataan seperti ini sebenarnya boleh mencemarkan jati diri bahasa Melayu dan merosakkan bahasa baku jika tidak dikawal kreativiti pengguna dalam menggunakan bahasa Melayu. Kita boleh meMelayukan perkataan luar jika memang jelas kita tidak perkataan yang membawa maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Misalnya:

innovative, innovation = innovatif, inovasi positive = positif

carbon dioxide = karbon dioksida,

Banyak lagi perkataan dari bahasa Inggeris yang dipinjam dan diserap dalam bahasa Melayu setelah dibahaskan oleh pakar bahasa dan akhirnya menjadi satu konvension untuk diterima pakai dalam bahasa baku dan dimasukkan daftar perkataan dalam kamus DBP.

Oleh itu, menukar “office” kepada “opis” atau “ofis” adalah tidak wajar kerana kita sudah perkataan “pejabat” dalam bahasa Melayu yang boleh diringkaskan dalam bahasa SMS sebagai “pjbt”. Begitu juga dengan perkataan lain yang termasuk dalam kategori ke lapan ini.

8) Perkataan dalam bahasa SMS yang membawa makna baru dalam komunikasi tidak rasmi. Lazimnya

perkataan ini digunakan oleh kanak-kanak dan remaja. Perkataan ini melanggar sistem nahu, ejaan dan semantik perkataan sedia ada. Misalnya bapak giler, boring giler, ooohhh bapak terror.

Perkataan “bapak” di sini bermaksud “teramat sangat” bukan “bapa” yang kita faham dari sudut

kekeluargaan kemungkinnan perkataan “bapak” dipinjam maksudnya kerana konotasi “bapa” membawa

ciri-ciri ketua, pemimpin, yang memutuskan, dan yang lebih tahu. Begitu juga dengan perkataan seperti di bawah

yang lari dari ejaan dan semantiknya. Contohnya ; korang summer = kamu semua, x yah ko nk cari glemor =

tak payahlah kamu nak cari glamour/kemasyuran

Kategori ini boleh merosakkan bahasa baku dan sudah pasti mengikis jati diri bahasa Melayu.

9) Kod bahasa SMS yang menggunakan symbol, emotikon, kaomoji serta representasi yang mengambarkan konotasi bunyi dan perasaan. Misalnya terdapat bahasa SMS yang menggambarkan bunyi dan seperti :-

Muaah = Mencium Waa, wargh = Menangis Eeeeee = Menjerit

(18)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Hmmmm.. = berfikir

Hehe/haha/keh keh = ketawa

Dan terdapat emotikon seperti di bawah ini terdiri dari simbol yang menjadi representasi kepada sesuatu makna sesuatu:

[:-)] Gembira [:-(] Hairan

[:-(] Sedih [:-&] Kelu Lidah

[:-D] Ketawa [:-(] Amat Sedih

[:-] Marah [:-X] Bibir terkunci

[;-)] Bergurau, kenyi mata [X=] Harapan, doa

[:-V] Menjerit [:-P] Mengejek

[:-*] Ciuman [:'-(] Menangis

[-O] Menguap [:-/] Ragu-ragu

[:-o] Terkejut [:-] Bosan, tidak peduli [:-Q] Saya tidak faham [:-Y] Komen Sampingan

Kalau di buang braket ini [ ], maka emotikon di atas akan bertukar menjadi simbol visual yang menggambarkan perasaan pada wajah; misalnya :-) = Gembira , :-( = Sedih . :-D = Ketawa

Kaomoji pada peringkat awalnya, merupakan emotikon yang berkembang dalam komunikasi siber di Jepun. Tidak seperti emotikon lainnya, kaomoji cenderung lebih mudah difahami oleh penutur kerana menggunakan

tanda baca atau huruf yang sangat umum. Walau bagaimanapun, kaomoji tetap berfungsi sebagai medium

komunikasi yang akan mewakili ekpresi perasaan penutur yang digambarkan melalui simbol. Dalam situasi

ini, penyingkatan tetap wujud dan kaomoji digunakan untuk menyatakan keadaan emosi tertentu seseorang

ketika berhubung. Contoh kaomoji :-

(^_^) Gembira

(-_-;) Sedih atau menangis

(T_T) Merajuk atau kecewa

(19)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Perkataan atau istilah khusus untuk mewakili perasaan, digantikan dengan simbol tertentu untuk memudahkan

komunikasi kerana dunia siber itu sendiri berorientasikan imej segera, cepat dan mudah, tanpa mengambil kira

kedudukan penggunaan bahasa, khususnya bahasa Melayu.

Terdapat banyak lagi emotikon yang tidak disenaraikan di sini tetapi ia adalah suatu yang lazim di kalangan

pengguna yang berkomunikasi dalam chat dan forum. Penggunaan emotikon dalam Internet telah diimport ke

dalam bahasa SMS. Inilah antara keunikan dan kreativiti dalam bahasa SMS. Ia memberikan satu bentuk

literasi visual bukan teks yang boleh difahami oleh penggunanya. Begitu juga dengan perkataan yang dieja

dalam pelbagai bentuk dalam bahasa SMS sebenarnya hanya sesuai dalam konteks komunikasi bahasa SMS.

Ia tidak boleh digunakan dalam bahasa rasmi atau bahasa baku dalam penulisan rasmi. Sekiranya ia digunakan

dalam penulisan rasmi, maka barulah boleh kita katakan bahawa ia boleh mencemarkan bahasa baku.

Kalau dalam komunikasi lisan, samada interpersonal atau pengucapan awam, terdapat dua bentuk bahasa yang

digunakan iaitu bahasa lisan (verbal) dan bahasa badan (non verbal seperti gestures, postures dsb). Begitu juga

dalam bahasa SMS terdapat simbol dan emotikon dalam bahasa SMS yang mewakili sesuatu makna dalam

mesej yang disampaikan.

Pencemaran Bahasa Siber Dan Sms

Pensyarah Kewartawanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, Dr Rahmat

Ghazali menegaskan bahawa kewujudan media baru adalah penciptaan teknologi terkini yang memudahkan

untuk berinteraksi dengan cepat diserata pelusok dunia. Ianya dilihat sebagai satu perkembangan teknologi

terkini yang sangat memberi manafaat kepada manusia sejagat. Namun beliau juga berpendapat terdapat sudut

negatif dalam media baru khususnya sms dan ruang sembang maya atau chatting ini. Beliau berpendapat

penggunaan ayat-ayat yang tidak ditapis dan ayat sosial yang sewenang-wenangnya digunakan dalam internet

dan sms mencemarkan budaya Melayu yang terkenal dengan bahasa yang indah dan berlapik. Beliau memberi

komen mengenai bahasa dalam ruangan chatting yang kadangkalanya amat keterlaluan sehingga terlalu bebas

(20)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

dalam internet ini katanya membuatkan penyembang dengan berani menulis kata-kata yang kurang manis dan

tidak bersopan dalam ruang sembang maya. Beliau mengatakan penggunaan bahasa yang kurang bersopan

secara tidak langsung mencemarkan budaya berkomunikasi dikalangan masyarakat Melayu.

Penggunaan bahasa rasmi atau tidak rasmi menerusi internet dan SMS perlu dititik beratkan. Dalam bahasa

rasmi, struktur ayat dan nahu dijaga dengan kemas. Dalam bahasa tidak rasmi atau tidak formal, terdapat

kelonggaran dalam struktur ayat dan nahu apabila seseorang berkomunikasi samada secara lisan atau tulisan.

Dalam bahasa tidak rasmi, terdapat 3 pola:

a. bahasa alih kod (code switching)

b. bahasa rojak (mixed code)

c. bahasa slanga atau bahasa basahan atau dialek

Apakah ketiga-tiga pola itu berlaku dalam bahasa rasmi melalui tulisan? Jika tidak berlaku, apakah wajar kita

menghukum bahasa SMS sebagai bahasa yang boleh merosakkan bahasa baku sedangkan ia berlaku dalam

bentuk bahasa tidak rasmi.

Terdapat beberapa contoh bahasa yang sering digunakan semasa berkomunikasi sekaligus mencemarkan

bahasa itu sendiri samada melalui siber atau SMS.

1) Bahasa alih kod

Bahasa alih kod (code switching) tidak sama dengan bahasa rojak. Bahasa alih kod ialah bahasa yang

bercampur dengan lebih dari satu bahasa dan bahasa yang tidak banyak melanggar peraturan nahu,

struktur ayat dengan mengunnakan frasa, unit, dan ungkapan yang boleh dijangka (predictable). Ia

digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi.

Bahasa alih kod adalah lebih baik sedikit dari bahasa rojak kerana ia dapat menjimatkan ruang dan

(21)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

biasa didengari semasa perbualan tidak rasmi dan dilihat pada bahasa SMS. Ianya suatu trend yang

lazim tetapi tidak digalakkan kerana untuk jangka panjang ia boleh menjejaskan keberkesanan dalam

komunikasi lisan samada rasmi atau tidak rasmi. Apabila sesuatu perbuatan itu menjadi tabiat, maka

sukar bagi pengamal itu untuk meninggalkannya.

Contohnya:-

I want to go sanalah = (Saya hendak pergi ke sanalah)

“I want to go” adalah satu frasa, unit yang ditulis dalam bahasa Inggeris di mana perkataan dalam unit

ini tidak terpisah dari bahasa yang sama; “sanalah” juga adalah satu frasa atau unit dalam bahasa

Melayu yang mana perkataan ‟sana” dan “lah” tidak terpisah oleh bahasa Inggeris.

Tht prnces is bad, suka kcu org = (Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang)

“Tht princess is bad” adalah satu frasa, unit; “suka kcu org” adalah satu frasa atau unit.

2) Bahasa rojak

Bahasa rojak bererti bahasa yang bercampur aduk dengan lebih dari daripada satu bahasa dan bahasa

yang melanggar peraturan nahu, struktur ayat serta diluar jangkaan bahasa yang baik (unpredictable).

Ia digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi. Kamus Dewan

mendifinisikan bahasa rojak sebagai bahasa percakapan yang bercampur aduk. Sedar atau tidak,

masyarakat di Malaysia sendiri memandang enteng akan penggunaan bahasa rojak kerana ia seperti

sudah menjadi satu identiti, atau gaya percakapan yang lebih bersifat Malaysia. Kenapa begitu?

Kerana Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, agama dan bahasa. Penggunaan bahasa

yang bercampur ini merupakan hasil daripada percantuman kaum-kaum di Malaysia sendiri.

Contoh bahasa rojak :

I kan nak go sanalah = (Saya hendak pergi ke sanalah)

Pu3 2 kn x senonoh, suka kcu ppl = (Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang) 2nang dier ni bks bfrn bdk 2 = (Tunang dia ini bekas kawan lelaki budak itu)

(22)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Kamus Dewan edisi Keempat mendefinisikan “basahan” ialah sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Malah, penggunaan perkataan basahan sendiri dalam peribahasa membawa takrifan sesuatu

perkara yang sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik. Biasanya, bahasa

basahan yang digunakan ialah bahasa pasar, dialek, dan bahasa yang bercampur. Jadi, bahasa basahan

merupakan penggunaan bahasa seharian atau bahasa pasar yang sepatutnya merupakan satu kesalahan,

tetapi masyarakat tidak lagi menganggapnya sebagai satu kesalahan kerana sudah menjadi kelaziman

bagi mereka.

Isu dan Permasalahan Bahasa Di Ruang Siber Dan SMS

1) Penggunaan internet dan SMS adalah secara globalisasi di mana penggunaan pelbagai bahasa

digunakan termasuklah bahasa Melayu. Kepelbagaian bahasa ini kadang kala menyebabkan

pencemaran bahasa apabila bahasa yang pelbagai diadukkan menjadi satu. Contohnya bahasa Melayu

bercampur dengan bahasa Inggeris “Cyg, blh i jumpe u tonite?”

2) Penggunaan bahasa yang tidak seragam kerana penduduk negara ini terdiri dari pelbagai kaum.

3) Penjimatan ekonomi atau kos kerana penggunaan ruang yang terhad untuk penghantaran SMS dengan

kadar cas berbeza menyebabkan pengguna lebih gemar menggunakan singkatan perkataan.

4) Penggunaan bahasa ringkas atau singkatan dan bahasa rojak membawa implikasi besar dalam

kehidupan manusia kerana ia membabitkan komunikasi harian serta membabitkan jati diri setiap

bangsa diwakili. Pakar bahasa dan motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata bahasa ringkas dan rojak

digunakan lebih meluas berbanding bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran

kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa terutama bahasa

Melayu yang memiliki tatabahasa dan frasa lebih tersusun. Bahasa singkatan menjadi amalan harian

memandangkan ia sentiasa didengar, dilihat dan dipertontonkan terutama dalam teknologi semasa.

Amalan seharian yang diguna pakai ini menjadi ikutan remaja diperturunkan daripada ibu bapa

(23)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

5) Remaja akan sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat setiap hari

termasuk penggunaan bahasa ketika mereka menggunakan teknologi seperti ruang sembang siber,

SMS dan blog. Secara tidak langsung ia mempengaruhi komunikasi secara maya apabila pengguna

mahu menggunakan bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain.

6) Penggunaan ayat dalam ruang sembang siber seperti Yahoo Messenger, GoogleTalk dan MSN

Messenger mengurangkan pengayaan bahasa dalam jiwa remaja. Boleh dikatakan teknologi

memperkenalkan bahasa yang kurang tersusun dari segi tatabahasa, frasa dan banyak aspek lain

memandangkan ia tidak diambil berat dalam bidang terbabit. Penggunaan bahasa SMS dan chatting

menjadikan remaja kita kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa Melayu yang memiliki

tatabahasa dan frasa tersusun. Ini juga boleh mempengaruhi gaya perbualan terutamanya remaja

sehinggakan sudah hilang sopan dan lenggoknya

7) Menggunakan singkatan atau gabungan kata.

Contohnya on9 (online), gudn8 (good night), 2moro (tomorrow), korang (engkau orang), sapa (siapa),

otw (on the way), b4 (before), wat per (buat apa), camne (macamana), kalo (kalau).

8) Menggunakan bahasa rojak atau pasar, slanga dan dialek yang menyebabkan pencemaran bahasa.

Tanpa disedari akibat terlalu biasa dengan perbualan harian di ruang siber, pelajar yang

mengaplikasikan bahasa teknologi malas untuk mengarang esei panjang apabila merasakan ia

menyusahkan mereka. Kadangkala mengarang esei menggunakan bahasa siber atau sms yang banyk

menggunakan singkatan. Ini juga berkaitan dengan pengaruh dari rakan sebaya teutamanya remaja

kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri. Maka, mereka lebih mudah menerima

dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka kerana ingin dikatakan

mengikut arus, „trend‟ dan tidak dilabel sebagai kuno atau berada di zaman ais.

9) Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak, SMS, bahasa lucah dan sebagainya adalah

mereka yang kurang kesedaran, kurang teliti dan peka dengan bahasa yang digunaka semasa

(24)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

orang yang mempunyai pendidikan tinggi juga sering melakukan perkara yang sama. Selalunya

mereka ini menulis hanya berdasarkan penggunaan bahasa harian mereka terutamanya bahasa basahan

iaitu bahasa pasar.

10) Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber dan SMS, sememangnya tiada undang-undang khusus

yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang

berkenaan. Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap “pesalah bahasa”, sekurang-kurangnya “pesalah bahasa” itu boleh dipantau dan diberikan nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti

penggunaan bahasa kesat dan kasar untuk mengatakan pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun

laman sosial. Mereka perlu sedar bahawa kebebasan itu bukanlah kebebasan mutlak. Pengguna media

siber juga terikat dengan peraturan atau akta tertentu, seperti Akta Multimedia, ISA dan OSA.

11) Penulis blog dan pengendali laman web kerap menjadi tumpuan kerana keteledoran mereka bertindak

melanggar hukum dan susila masyarakat. Artis di negara kita juga tidak dapat mengelak diri daripada

perang siber yang dapat mengancam masa depan mereka. Ini terjadi akibat penyebaran fitnah, memaki

individu tertentu dan hasutan kepada masyarakat menerusi laman sosial mahupun di blog. Bagi

sesetengah individu, kehadiran media siber boleh dianggap “bagai si bisu yang mendapat suara”.

Mereka menulis apa-apa sahaja dan mengekspresikan segala cerita dan rasa dalam diri tanpa berfikir

panjang.

Kesan Pencemaran Bahasa Di Ruang Siber Dan SMS

1) Pencemaran bahasa Melayu terutamanya di kalangan remaja yang banyak mrggunakan perkhidmatan

sms dan internet akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi kian terhakis.

2) Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan dan menjatuhkan martabat bahasa itu

sendiri.Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan

(25)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

3) Apabila bahasa rosak dan tercemar tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi

akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk

memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi

akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi

sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.

4) Persepsi buruk akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa Melayu.

Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di

laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk

terhadap bahasa tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan

ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan

minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah

negara.

5) Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan

perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang

individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang

lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi „trend‟ dalam

perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan berbaur lucah

tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang

bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak

yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan

berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan

minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial

juga turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.

6) Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –

(26)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan

penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa

yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja

menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita

sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti

bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat

sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair

Langkah-langkah untuk Menangani Masalah

1) Pengetahuan dan kemahiran komputer perlu disebarkan dengan meluas dalam kalangan generasi muda

dan semua lapisan masyarakat. Ini boleh dilakukan dengan bermula di sekolah dengan cara

menanamkan rasa cinta kepada bahasa Melayu. Cara yang paling berkesan adalah melalui

e-pembelajaran iaitu kaedah dan pendekatan e-pembelajaran menggunakan komputer, dalam talian,

internet, perisian, telesidang dan sebagainya yang mencorakkan budaya belajar yang dinamik dan

tidak lagi terikat dengan sistem konvensional yang amat bergantung kepada guru dan bilik darjah.

2) Koridor raya Multimedia sebagai penggerak kemajuan dan revolusi multimedia termasuk teknologi

maklumat dan komunikasi, perlu bersifat optimis dan mempunyai dedikasi bagi mengangkat

kedudukan dan meningkatkan peranan bahasa Melayu dalam dunia siber. Ini boleh dilestarikan

melalui penyebaran maklumat melalui 7 bidang utama aplikasi Koridor Raya Multimedia yang

meliputi kerajaan elektronik,pendidikan (sekolah bestari), kesihatan (teleperuatan), Kementerian

Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (laman web perdagangan antarabangsa), pemasaran tanpa

sempadan, Keenterian Sains dan Alam Sekitar(penyelidikan dan pembangunan), dan kad pelbagai

guna (perbankan).

3) Perisian komputer perlu dimajukan dalam bahasa Melayu bagi mengisi agenda pembangunan negara

(27)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

yang telah mencapai taraf kemajuan yang pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi seperti

Jepun, Korea, China, Perancis, dan Jerman.

4) Penggubalan dan pelaksanaan dasar yang menyeluruh dapat mencorakkan penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa siber.

5) Mewujudkan rangkaian pengkomputeran yang menggunakan bahasa Melayu seperti membina dan

membangunkan laman web, internet, e-mel dan perisian analisis data yang mesra pengguna dan

rangkaian yang mudah di akses dalam bahasa Melayu.

6) Pemodenan bahasa Melayu sebagai bahasa komersial dan bahasa teknologi maklumat dan komunikasi

perlu dibuat bagi memperkaya dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu sesuai dengan era siber.

7) Peranan guru sebagai pendidik supaya menanamkan rasa cinta pada bahasa dan memberi penekanan

kepada pelajar supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi dalam

penggunaan komunikasi lisan sehari-hari atau semasa berkomunikasi melalui siber atau SMS.

8) Demi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat kepada pentingnya penggunaan bahasa yang betul,

pihak-pihak yang berkuatkuasa haruslah sentiasa menganjurkan dan mengadakan seminar-seminar,

bengkel, ceramah dan forum kepada masyarakat dan pelajar khususnya agar kesedaran dan

tanggungjawab sentiasa tertanam pada setiap individu masyarakat. Seminar ataupun bengkel-bengkel

haruslah mengandungi pengisisan di mana masyarakat didedahkan dengan contoh-contoh dan

jenis-jenis kesalahan bahasa yang sering dilakukan dengan harapan agar kesalahan-kesalahan bahasa

tersebut dapat dielakkan. Aktiviti-aktiviti seperti ini pastinya akan membuka mata dan ruang minda

masyarakat untuk lebih mencintai bahasa kita dan menghargainya.

9) Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan pihak-pihak berwajib adalah perlu dan penting dalam

menangani masalah pencemaran bahasa yang semakin menular. Namun begitu, tanpa penglibatan

penuh dan sokongan padu daripada setiap individu masyarakat pastinya usaha yang dijalankan oleh

pihak tertentu adalah sia-sia. Oleh itu, setiap individu juga berperanan penting dalam menangani

(28)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

meletakkan tanggungjawab di bahu sebelah pihak sahaja dan menonton tanpa berbuat apa-apa. Adalah

tanggungjawab seseorang individu itu untuk memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tiada

kesalahan bahasa yang dilakukan. Penting untuk berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu ayat atau

perkataan. Hal ini dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan bahasa yang salah dan turut

memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat amnya.

Rumusan

Bahasa ialah sistem komunikasi yang diwujudkan oleh manusia untuk memudahkan mereka berinteraksi

antara satu sama lain secara berkesan. Penggunaan bahasa pula secara umumnya dapat dibahagi kepada dua

suasana atau urusan iaitu rasmi dan tidak rasmi. Terdapat kajian yang memperlihatkan bahawa banyak yang

tidak mengendahkan kesantunan bahasa semasa menulis berbanding dengan semasa bercakap. Ini dapat dilihat

melalui kesantunan bahasa yang semakin hilang melalui komunikasi melalui siber dan SMS. Kesantunan amat

penting tidak kira di mana individu itu berada kerana setiap anggota masyarakat di dunia ini pasti

menganggap kesantunan yang diamalkan mencerminkan budaya sesuatu masyarakat. Hakikatnya hubungan

antara bahasa dengan komunikasi tiada sempadan. Tanpa bahasa, komunikasi tidak dapat dilakukan dan tanpa

keperluan untuk berkomunikasi, bahasa menjadi tidak beguna. Yang paling penting adalah keberkesanan

komunikasi itu sendiri. Pada era teknologi ini, komunikasi menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi

maya seperti internet dan penggunaan SMS melalui telefon bimbit. Namun begitu ada antara pengguna yang

tidak menggunakan teknologi yang ada ini dengan cara yang betul dan mengakibatkan pencemaran bahasa

dan ini tidak baik untuk generasi akan datang kerana akan merosakkan bahasa dan mereka tidak akan

mengenali bahasa Melayu sebagai bahasa yang indah. Generasi akan datang perlu dipupuk dengan perasaan

cintakan bahasa supaya Bahasa Melayu akan terus kekal seperti kata peribahasa “tak lapuk dek hujan dan tak

(29)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Rujukan

Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan.(2007).Santun Berbahasa.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Penyelidikan Bahasa.(2008). Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa

Melayu.Kualalumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka

Evelyn Lim.(2005). “Jom, C U mlm ni”.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

Indirawati Zahid(2005)Kesantunan Berbahasa.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa

Nuraiji Yusoff, Hishamudin Isam, Faizah Ahmad, Phat a/l Awang Deng, Rohaya Md. Ali, Nor Hafizah Ibrahim, Mashetoh Abd. Mutalib, Yusniza Yaakub. (2007). Bahasa Melayu untuk pengurusan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Nuriah Mohamed. (1998). Sosiolinguistik bahasa Melayu di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan, Universiti Utara Malaysia. (2007). Siri Modul Kendiri PJJ

Bahasa Melayu Pengurusan. Sintok: Pengarang.

Raminah Hj. Sabran, & Rahim Syam. (1985). Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rozita Radhiah Said(2010)Bahasa Dalam Komunikasi SMS.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa

Teo Kok Seong(2010)Bahasa Dalam Komunikasi Siber.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa

Teo Kok Seong. (2003). Bentuk panggilan sebagai penyataan hubungan sosial. Dalam Pelita Bahasa, 15 (2), 12-14

(30)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

LAMPIRAN

(31)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

Kembali angkat martabat bahasa Melayu

2011/03/14

PENERIMAAN bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sebagai antara bahasa utama di dunia jelas terlihat dengan penyertaan masyarakat dunia mewakili 54 negara dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM), edisi kelima tahun ini.

Lebih membanggakan lima negara baru iaitu Slovenia, Estonia, Finland, Tajikistan dan Latvia memasuki senarai peserta terbaru.

Perkembangan ini membuatkan hati saya berasa bangga namun apa yang menyedihkan rakyat negara kita seakan cuba meminggirkan peranan bahasa kita yang pernah menjadi lingua franca pedagang di zaman keagungan Kesultanan Melaka.

Dalam zaman siber ini, penggunaan bahasa Melayu yang mengikut tatabahasa mahupun nahunya semakin dihakis oleh bahasa slanga dalam sistem pesanan ringkas (SMS). Laman sosial yang semakin ramai ahlinya turut terkena tempias „gejala‟ bahasa ringkas.

Sepatutnya bahasa ringkas ini tidak digalakkan dikarang di dalam laman sosial mahupun telefon bimbit hingga menghilangkan makna dan mencetuskan perbalahan sehingga ada yang membuat laporan polis.

Orang Inggeris pasti marah jika kita menulis ucapan terima kasih atau „thank you‟ sebagai „TY‟ saja. Mereka lebih selesa menyebut perkataan „thanks‟ secara ringkas, kerana maknanya hampir kepada bunyinya. Dalam SMS, kita pasti terkilan apabila pesanan panjang yang dihantar hanya dijawab „k atau tq‟ saja, seolah-olah si penerima tidak menghormati individu yang menghantar pesanan itu.

Apa yang pasti jika peserta pidato melawat ke beberapa negeri di negara ini, mereka pasti pening melihat ada papan tanda yang mempunyai empat bahasa. Seolah-olah bahasa rasmi negara ini ada empat bahasa.

Sebaiknya sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengiktiraf Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan dan menerima sebulat suara dan hati bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi kita. Jika semua pihak asyik ingin mempolitikkan segala isu, kita risau suatu hari nanti semua bangsa dan etnik ingin bahasa mereka turut terpapar di setiap papan tanda.

Penggunaan bahasa rasmi amat perlu, kerana ia bukan saja dapat difahami secara menyeluruh malah banyak kos menulis papan tanda bakal dibelanjakan semata-mata untuk memuaskan hati semua bangsa dan etnik.

Biarkan bahasa Malaysia menjadi bahasa rasmi negara, kerana bahasa kita diiktiraf oleh masyarakat dunia sejak zaman-berzaman. Jangan disebabkan politik dan kemodenan teknologi maklumat bahasa Melayu dinodai dan dijadikan persaingan.

Jika orang asing boleh mempelajari bahasa Melayu, malahan berpidato dalam bahasa ibunda kita mengapa ada yang menganggap bahasa kita boleh sesuka hati diringkaskan. Hormatilah bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Gunakan bahasa Melayu untuk perkara rasmi. Jika ingin gunakan bahasa Melayu gunakan dengan betul.

AZIANA MOHAMAD ARIPIN, Banting, Selangor.

(32)

SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan

28 Jun 2010

EKSTRA!

PERISTIWA BAHASA

Boleh SMS asal tak rosak bahasa

Apabila e-mel gunakanlah bahasa yang bertatasusila dan indah

Oleh

Mohd Gani Ahmad Penulis tamu

TEMAN saya, Encik Safuwan, melahirkan kekhuatirannya yang amat sangat akan kelakonan berbahasa Melayu anaknya yang sedang menuntut di menengah satu.Menurutnya, si anak terjejas kerana sering menggunakan bahasa SMS atau khidmat pesanan ringkas.Beliau khuatir kebiasaan menyingkat-nyingkatkan ejaan akan menjejas kelakonan anaknya berbahasa ketika mengarang dan menjawab soalan; terutama sekali pada masa menghadapi ujian semester dan peperiksaan hujung tahun. Kekhuatiran beliau itu dapat difahami. Memang dalam menghadapi ujian dan peperiksaan, seseorang calon itu tidak ada masa berfikir lama. Senjata yang ada ialah kebiasaan berbahasa yang harus diluahkan dalam kertas jawapan sahaja. Biasanya, calon tidak sempat berfikir panjang, jadi tabiat dan kebiasaanlah yang akan menguasai minda ketika menjawab soalan.

Awal Januari 2010, saya menghubungi Encik S Johari melalui telefon bimbitnya, namun saya tidak menerima jawapan. Jadi, saya pun menghantar SMS melalui telefon bimbitnya itu, beliau juga tidak menjawabnya. Apabila beliau menemui saya di rumah keesokan harinya, beliau berkata: 'Saya tidak suka di-SMS. Tak fahamlah saya akan bahasa SMS. Saya lebih selesa bercakap melalui telefon. Sebenarnya, SMS atau Short Message Service atau terjemahan dalam bahasa Melayunya, Khidmat Pesanan Ringkas. Namun saya lebih selesa dengan istilah yang diguna pakai oleh Dr Asmah H Omar, dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, 2008, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, iaitu Sistem Mesej Singkat, yang dapat mengekalkan kependekan SMS. Dari sudut bahasa Melayu memang banyak kosa kata yang boleh diringkaskan ejaannya. Sejak dulu lagi, pengguna bahasa Melayu yang kreatif sifatnya telah banyak membina kekata singkat yang boleh diguna pakai dan sesuai dengan laras SMS ini. Dari sudut ilmu bahasa; ada istilah yang disebut klitik: Aku menjadi ku; engkau menjadi kau; kamu menjadi mu. Kependekan lain: itu menjadi tu; ini menjadi ni; doktor menjadi dok; profesor menjadi prof dan tuan menjadi tn. Umpamanya kekata yang selama ini disebut singkat: Tidak dijadikan tak; hendak disebut nak; emak menjadi mak, ayah menjadi yah; bapa menjadi pa atau bapak menjadi pak; datuk menjadi tuk dan yang sebagainya.

Sejak tahun 1950-an pula, pengguna bahasa Melayu dan Indonesia banyak mencipta akronim: Menteri luar menjadi menlu; cerita pendek menjadi cerpen; encik guru menjadi cikgu, dan dalam laras SMS-nya pula dieja cg sahaja. Dalam panduan penggunaan kependekan yang terdaftar dalam Kamus Dewan atau Kamus Besar Bahasa Indonesia; kependekan ini merupakan kependekan baku: Sebagai menjadi sbg; dengan menjadi dgn; dan lain-lain menjadi dll; peribahasa menjadi prb; untuk menjadi utk; yang menjadi yg; sejenis menjadi sj; dalam menjadi dlm. Dari menjadi dr; daripada menjadi drpd; dan sebagainya menjadi dsb; kepada menjadi kpd; lawan menjadi lwn; misalnya menjadi mis.

Pada pendapat saya, semua kependekan ini bolehlah dijadikan panduan atau dasar untuk mencipta kependekan yang lain ketika ber-SMS. Antara formula yang nampaknya wajar ialah perkataan yang berhuruf lima boleh digugurkan huruf vokal, antara contohnya: balik dan bilik menjadi blk; kolek menjadi klk; pasir dan pasar menjadi psr; kasar menjadi ksr; dasar menjadi dsr; datar menjadi dtr; gitar menjadi gtr; sukar menjadi skr; cinta menjadi cnt; gemar menjadi gmr; geram dan garam menjadi grm.

SMS merupakan fenomena baharu diperkenal kepada masyarakat dunia; sekitar tiga dekad yang lalu, maka timbullah beberapa masalah yang dihadapai penggunanya. Para ahli bahasa Melayu telah mengorak langkah dengan mengadakan beberapa kali seminar mengenainya. Hasilnya sebuah buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah disusun oleh Zaidi bin Ismail, 2008, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Memang bahasa SMS ini agak menyulitkan tetapi berbentuk kreatif, menjana minda untuk berfikir dan lebih peribadi sifatnya. Yang penting ialah sikap pengguna bahasa sendiri; yang harus meningkatkan pengetahuan tentang bahasa laras komunikasi ini dan berhati-hatilah ber-SMS supaya tidak merosakkan bahasa. Apabila bere-mel atau menulis surat melalui elektronik/komputer, yang lebih luas ruangannya, kita harus kembali menggunakan bahasa yang benar, berkesan, bertatasusila dan indah; dan tidak lagi menyingkat-nyingkatkan ejaan perkataan seperti ketika ber-SMS.

Referensi

Dokumen terkait

(4) Siswa terkadang ribut sendiri waktu guru menerangkan atau mengajar. Dalam proses belajar mengajar guru matematika seharusnya mengerti bagaimana memberikan stimulus sehingga

[r]

1) Panjang lengan, merupakan unsur paling penting saat melakukan passing, karena sesuai dengan konsep biomekanika jika tuas semakin panjang maka jika dilakukan untuk memukul

Kegiatan  pendukung  dalam  penyelesaian  peraturan  perundang­undangan  telah  terealisasi  secara  keseluruhan  dari  yang  direncanakan .  Hal  ini  disebabkan 

r tudib&h y4 brjdi drm !ru*4a h sft jtu tduqa.

Dari hasil penelitian ini penulis bisa mengambil kesimpulan bahwa (1). Metode tafsir yang dipakai oleh M. Quraish Shihab sesuai dengan konsepnya al- Farmawi, meskipun pada

Mikro Teaching merupakan mata kuliah dengan bobot 1 SKS. Mikro Teaching adalah latihan mengajar yang dilakukan mahasiswa di kelas dibawa bimbingan Dosen

Dalam Tugas Akhir ini, akan direalisasikan perangkat lunak untuk menampilkan data rata-rata pemakaian bandwidth dari CC-Cutter dalam bentuk halaman web, agar users dapat dengan