Jadual 4.21 : Faktor Pengurusan Pentadbiran
5.7 Cadangan Kajian
Berdasarkan analisis kajian yang telah dilakukan, rata–rata menunjukkan bacaan yang sangat positif dari semua responden. Bacaan puratan min menunjukkan bacaan yang tinggi dimana ia menunjukkan responden sangat berpuas hati dengan apa yang dipersoalkan oleh pengkaji.
Namun begitu berdasarkan hasil kajian ini, menunjukkan bahawa item kemudahan persediaan makmal di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, berada pada nilai min terendah iaitu (min = 3.34, sp = 0.74). Hal ini demikian adalah kerana tidak kesemua makmal amali membekalkan penyediaan makmal yang canggih. Oleh itu, pihak pengurusan sewajarnya untuk lebih bekerja keras dalam menaik tarafkan kesemua makmal–makmal amali supaya pelajar akan berasa selesa sewaktu belajar di dalam kelas amali. Ini disokong oleh Hopland O. (2013) yang menyatakan dalam melahirkan sebuah persekitaran yang efektif di dalam kelas memerlukan kelengkapan peralatan alat bantu mengajar yang sempurna. Sebagai penambah baikan mungkin pihak
85
pengurusan boleh cuba untuk mendapatkan tajaan luar atau lebih banyak mendedahkan pelajar–pelajar kepada pertandingan dalam kursus yang kurang mendapat peruntukan untuk penambah baikkan makmalnya.
Begitu juga dengan item iklim efektif di dalam kelas yang menunjukkan bacaan purata min terendah iaitu (min = 3.48, sp = 0.75). Iklim merupakan suasana yang sepatutnya dijadikan sebagai satu pembantu untuk memudahkan guru dalam sesi pembelajaran dalam melahirkan minat pelajar untuk kekal fokus dalam kelas tersebut. Daripada hasil dapatan kajian ini menunjukkan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, kurang mengamalkan atau membentuk iklim kelas yang kondusif.
Ini mungkin kerana faktor guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, lebih tertumpu kepada kaedah pengajaran yang sama. Walaupun guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, ini kebanyakkannya menyediakan kaedah pengajaran yang berpusat kan pelajar namun mungkin kerana teknik yang digunakan adalah sama, tiada kepelbagaian dalam penyampaian dan tiada penggunaan model pengajaran yang bersesuaian. Seperti yang dinyatakan oleh Lewis (2011), guru yang terbaik seharusnya membuat kelas pembelajaran dan pengajaran yang lebih kepada berpusatkan pelajar kerana pelajar hanya mampu memberikan tumpuan pada kelas verbal selama tidak lebih dari 15 minit sahaja. Penggunaan model pengajaran dan kaedah pengajaran yang pelbagai sangatlah digalakkan.
86
Selain itu, daripada dapatan kajian menunjukkan item pelajar akan menyiapkan semua tugasan yang diberikan secepat mungkin dengan bacaannya ialah (min = 3.75, sp = 0.77) adalah terendah di dalam faktor daripada sikap pelajar. Pelajar seperti ini seharusnya diberi lebih perhatian oleh guru supaya motivasi diri mereka tidak makin rendah dan jatuh. Ini boleh menyebabkan pelajar tersebut hilang fokus dan minat dalam meneruskan pelajarannya. Dalam kondusi ini, guru harus memainkan peranan penting bagi meningkatkan semula motivasi diri pelajar tersebut dan sering membuat pantauan terhadapnya agar pelajar ini tidak ketinggalan dan tercicir di dalam kelas dan pelajarannya.
Untuk tambahan, pihak SMKN 27, Jakarta, Indonesia, boleh juga menganjurkan program kolaborasi dengan Kolej Vokasional Malaysia untuk saling bekerjasama dan berkongsi pendapat dalam melahirkan kaedah dan teknik pengajaran kursus kemahiran dengan lebih berkesan. Disamping itu, mereka boleh menganjurkan pertandingan piala pusingan untuk menilai tahap kecemerlangan dan hasil pelajar– pelajar dari sekolah masing–masing bagi meningkatkan kualiti pelajar–pelajar.
87 5.8 Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, menunjukkan faktor–faktor yang membawa kepada kecemerlangan sebuah sekolah adalah saling berkaitan antara guru, pelajar dan pengurusan sekolah. Namun memandangkan tunjang asas didalam sesebuah sekolah adalah guru, maka dapatan kajian lebih banyak menunjukkan kepentingan guru dalam menghasilkan pelajar–pelajar yang cemerlang. Ini kerana, guru adalah penyampai dan pembekal ilmu kepada pelajar. Cara penyampaian ilmu tersebut sangat penting supaya pelajar dapat menerima segala ilmu untuk dipraktikan semasa amali. Maka, guru yang bagus adalah guru yang sentiasa bersedia untuk mengajar dan mempunyai ilmu dalam pengajaran beliau serta memiliki pelbagai kaedah dalam penyampaian pengajarannya.
Manakala, pengurusan adalah pembekal utama dalam melengkapkan kelangkapan pembelajaran pelajar–pelajar di sekolah. Jika pengurus gagal dalam membekalkan keperluan pelajar, maka pelajar tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan proses menimba ilmu itu akan terbatas. Hasilnya, pelajar gagal untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam pelajarannya.
Begitu juga dengan pelajar, pelajar seharusnya punyai sikap, minat dan motivasi diri yang tinggi untuk mempelajari kursus kemahiran ini. Ini kerana, kursus ini memerlukan menelitian dan kesungguhan dalam mempelajarinya. Tanpa minat pelajar tidak akan dapat menghasilkan suatu produk atau prestasi yang baik.
88 BIBLIOGRAFI
Adoniou, M. (2015). Asia-Pacific Journal of Teacher Teacher knowledge : a complex tapestry, (July).
Alimul Hidayat, Aziz. (2009). Metode Penelitian Keperawatan dan Tekhnik Analisis Data. : Salemba Medika.
Arifin, H. M. (2014). The Influence of Competence, Motivation, and Organisational Culture to High School Teacher Job Satisfaction and Performance. International Education Studies, 8(1), pp : 38–45.
Airball. (2010). Re: Risk taking in the classroom. Capaian daripada laman http://chronicle.com/forums/index.php/topic,65556.0.html
Azizi Yahaya, dan Nadia Farhana Mohammad Zabidi. (2005). Kualiti diri guru pelatih berdasarkan teori.
Azizi Yahaya, et al (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Chow, C. W., Shields, M. D., dan Wu, A. (1999). The importance of national culture in the design of and preference for management controls for multi-national operations, 24, pp : 441–461.
Clotfelter, Charles T., Helen F. Ladd, Jacob L. Vigdor, and Justin Wheeler. 2007. “High-Poverty Schools and the Distribution of Teachers and Principals.” CALDER Working Paper 1. Washington, DC: The Urban Institute.
89
Gay, G. (2002). Aacte Outstanding Writing Award Recipient Preparing for Culturally Responsive Teaching. Journal of Teacher Education, 53(2).
Garet, M. S., Porter, a. C., Desimone, L., Birman, B. F., dan Yoon, K. S. (2001). What Makes Professional Development Effective? Results From a National Sample of Teachers. American Educational Research Journal.
Alexander, P. (2008). Charting the course for the teaching profession: The energizing and sustaining role of motivational forces. Learning and Instruction, 18, pp : 483– 491.
Halim, L., Abdullah, S. I. S. S., dan Meerah, T. S. M. (2014). Students’ Perceptions of Their Science Teachers' Pedagogical Content Knowledge. Journal of Science Education and Technology, 23(2), pp : 227, Jakarta, Indonesia , –237.
Harris, J., Mishra, P., dan Koehler, M. (2008). Teachers’ Technological Pedagogical Content Knowledge and Learning Activity Types: Curriculum-Based Technology Integration Reframed. Journal of Research on Technology in Education, 41(4), pp : 393–416.
Hopland, A.O., (2011). “School facilities and student achievements: Evidence from the TIMSS” Unpublished draft
Isa, N., Machmudi, M., Shihah, M. A. I., dan Abdullah, H. J. (2013). Pembelajaran Berasaskan Projek : Takrifan , Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah, 2(1), pp : 181–194.
90
Jia, Q. (2010). A brief study on the implication of constructivism teaching theory on classroom teaching reform in basic education. International Education Studies, 3(2), pp : 197–200. Capaian daripada laman
http://journal.ccsenet.org/index.php/ies/article/view/5888
O. Hopland, A. (2013). School Facilities and Student Achievement in Industrial Countries: Evidence from the TIMSS. International Education Studies, 6(3), 162–171. Capaian daripada laman http://doi.org/10.5539/ies.v6n3p162
Spillane, J. P. (2015). Managing instructional quality and leading instructional improvement: Engaging with the essence of school improvement. Australian Educational Leader, 37(1), pp : 18-22
Lewis, L., dan Kaplan, J. (2000). Condition of America ’ s Public School Facilities : 1999 Condition of America ’ s Public School Facilities : 1999, (June).
Lunenburg, F. C., dan Irby, B. J. (2011). Instructional Strategies to Facilitate Learning. International Journal of Educational Leadership Prepa- Ration, 1– 12. Capaian daripada laman http://eric.ed.gov/?id=EJ974330
Mishra, P., dan Koehler, M. J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: A framework for teacher knowledge. Teachers College Record.
M. C Ricklefs (2008). Sejarah Indonesia Modern 1200 – 2008. Pt. IKrar.
Melly Sri Sulastri Rifai,(2007) ”Suatu Tinjauan Historis Prospektif Tentang Perkembangan Kehidupan Dan Pendidikan Keluarga” Dalam Jalaludin Rakhmat (Eds), Keluarga Muslim Dalam Masyarakat Modern. Bandung.
91
Pedota, P. J. (2015). How Can Student Success Support Teacher Self-Efficacy and Retention? The Clearing House: A Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas, 88(2), pp : 54–61.
Sarimah, I., dan Farawahida, Y. (2008). Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Johor.
Schmidt, D. A., Baran, E., Thompson, A. D., Mishra, P., Koehler, M. J., dan Shin, T. S. (2009). Technological pedagogical content knowledge (TPACK): The development and validation of an assessment instrument for preservice teachers. Journal of Research on Technology in Education, 42(2), pp : 123–149.
Schmidtke, C. (2010). Math and Science Instructors’ Perceptions of Their American Indian Students at a Sub-Baccalaureate Technical College: A Delphi Study. Journal of Career and Technical Education, 25(2), 8–23. Capaian daripada laman http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=truedandb=ericdanAN=EJ93109 3dansite=ehost-live
Spear-Swerling, L., dan Cheesman, E. (2012). Teachers’ knowledge base for implementing responseto - intervention models in reading. Reading and Writing: An Interdisciplinary Journal, 25(7), pp : 1691–1723.
Soedijarto (2007). Menuju Pendidikan Nasional Yang Releven Dan Bermutu : Kumpulan Tulisan Tentang Pemikiran Dan Usaha Meningkatkan Kualiti Dan Perkaitan Pendidikan Kebangsaan. Balai Pustaka 1989, pp : 204 – 232.
Shuls, J. V, dan Trivitt, J. R. (2015). Teacher Qualifications and Productivity in Secondary Schools. Journal of School Choice, 9(1), pp : 49–70.
92
Titik Handayani. (2008). Kebangkitan Nasional dan Pembanggunan Manusia: Sebuah Catatan Kristis. Masyarakat Indonesia Majalah Ilmu – Ilmu Sosial Indonesia. Jilid XXX1V, No. 2, pp : 125-211.
Tan Tai dan Ariffin, (2015). Penilaian Perlaksanaan Program Pendidikan Di SMT/SMV/KV. FP. UTM Johor.
Turner, J. E., Waugh, R. M., Summers, J. J., dan Grove, C. M. (2009). Implementing high-quality educational reform efforts: An interpersonal circumplex model bridging social and personal aspects of teachers’ motivation. In P. A. Schutz dan M. Zembylas (Eds.), Advances in teacher emotion research. London: Springer. Pp : 253–27, Jakarta, Indonesia , 2.
Iptek, J., dan Lipi, R. (2015). Rencana Strategis, 1–6. Capaian dari laman http://doi.org/351.077 Ind r
Yildiz, N. G. (2015). Teacher and Student Behaviors in Inclusive Classrooms. Educational Sciences: Theory dan Practice, 15(1), pp : 177–184.
Wong, A., Chong, S., Choy, D., dan Lim, K. M. (2012). Investigating changes in pedagogical knowledge and skills from pre-service to the initial year of teaching. Educational Research for Policy and Practice, 11, pp : 105–117.
Zuhao Wang, Shaohui Chi, Kaiyan Hu dan Wenting Chen (2013). Chemistry Teachers’ And Application of Models. Springer Science Business Media New York : J. Sci Educ Technol, 23, pp : 211 – 226.
93 LAMPIRAN
Kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia ,
Gambaran 1.1: Kejayaan SMKN 27, Jakarta, Indonesia di ASEAN Skill Competation 2013
Gambaran 1.2: SMKN 27, Jakarta, Indonesia memenangi tempat Juara dalam KOMBI
94
MoU di antara SMKN 27, Jakarta, Indonesia , bersama Badan Luar
Gambaran 1.3: SMKN 27, Jakarta, Indonesia menjuari pertandingan WSC di Jerman
95 Suasana di dalam kelas Tata Busana
Gambaran 2.2 : MOU SMKN 27, Jakarta, Indonesia bersama Syarikat Toyota
96 Suasana di dalam kelas Tata Boga
Suasana di dalam kelas Tata Kecantikan
Gambaran 4.1 : Susana kelas amali masakan
97
Sesi Temu Ramah Bersama Kaki Tangan Pendidik di SMKN 27
Hasil Kerja Pelajar-Pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia
Gambaran 6.2 : Penghargaan kepada kepala SMKN 27, Jakarta, Indonesia Indonesia