• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN KES TERHADAP PENGARUH GURU PELAJA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN KES TERHADAP PENGARUH GURU PELAJA"

Copied!
97
0
0

Teks penuh

(1)

1 BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menurut sejarah, negara Indonesia merupakan sebuah negara pengeluar dan pembekal bahan mentah yang sangat diingini oleh kuasa-kuasa besar dunia. Kedudukannya yang hampir dengan negara-negara pembekal bahan mentah yang lain seperti Tanah Melayu dan Singapura telah menyebabkan kuasa-kuasa besar ini ingin menguasai negara tersebut. Oleh sebab itu negara ini telah dijajah oleh kuasa Eropah yang telah membawa kesan yang besar kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran negaranya.

(2)

2

Akibat daripada penjajahan kuasa asing yang begitu lama, telah meninggalkan serba sedikit kesan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Indonesia. Begitu juga dalam bidang pendidikan, praktik penjajahan yang dilakukan oleh bangsa asing dimulakan dengan tahap kebodohan dalam bidang pendidikan atau disebut education destruct, ini yang dinyatakan oleh Titik Handayani, (2008). Dalam penulisan beliau menceritakan kepayahan rakyat Indonesia dalam memperjuangkan pendidikan di negara itu.

Namun atas kegigihan kementerian pendidikan dan kebudayaan Indonesia telah membuat pembaharuan dalam sistem pendidikan mereka. Di Indonesia semua penduduk wajib mengikuti program pendidikan dasar selama sembilan tahun, enam tahun di sekolah dasar dan tiga tahun di sekolah menengah. Sistem pendidikan Indonesia telah terbahagi kepada tiga jalur utama iaitu fomal, tidak formal dan informal. Pendidikan Indonesia juga dibahagi kepada empat peringkat, iaitu anak usia dini (pendidikan tadika), dasar (pendidikan rendah), menengah (pendidikan menengah), atas (pendidikan menengah atas) dan tinggi (pendidikan tinggi).

(3)

3

menjadikan pelajar–pelajar Indonesia lebih berkemahiran tinggi dalam sessuatu

bidang terutama bidang perkhidmatan.

Soedijarto (2007), sejarah kewujudan pendidikan kesejahteraan keluarga (PKK) adalah berpunca daripada pertumbuhan masalah dalam permasalahan kekeluargaan di Indonesia. Selain itu, sewaktu pemerintahan Presiden Sukarno, terdapat Rencana Pembanggunan Jangka Menengah Nasional (RPJMN) tahun 2004– 2009, yang menetapkan beberapa tujuan untuk menaikkan tahap negara Indonesia dalam senarai hasil pembanggunan manusia (Human Development Report) dari United Development Programme (UNDP).

Dalam laporan ini telah merekodkan Indonesia berada pada senarai tercorot berbanding dengan negara–negara jirannya seperti Malaysia, Singapura dan lain–lain. Oleh hal itu, Indonesia telah telah merencanakan matlamat yang akan dicapai pada tahun 2015. Salah satu darinya adalah dalam sektor pendidikan untuk tujuan “mencapai pendidikan dasar untuk semua”. Salah satu targetnya ialah pencapaian

prestasi pendidikan di tingkat sekolah menengah sebanyak 100% pada tahun 2015 (Iptek, 2015).

(4)

4

selaras dengan program tunggal tersebut. Ini penting bagi memastikan setiap pengajaran yang diberikan adalah hampir sama dan tidak bercanggah atau mempunyai perbezaan yang ketara.

Di Indonesia sejak 19 kemudian tahun 1993 lagi bidang PKK telah berdiri sebagai organisasi profesional dengan menggunakan nama Ikatan Sarjana Ilmi Kesejahteraan Keluarga Indonesia (ISIKKI) yang berpusat di . PKK merupakan sebuah badan organisasi yang menekankan tentang Melly (2007), menyatakan organisasi ini berperanan untuk membantu dalam meningkatkan kualiti sumber manusia dan keluarga. Ia juga punyai tujuan yang tersendiri seperti:

1.1.1. Meningkatkan kualiti taraf hidup warga Indonesia melalui keluarga sejahtera agar melahirkan warga yang produktif, keperibadian yang baik, bertaqwa dan terhindar dari kemiskinan.

1.1.2. Sebagai media komunikasi, saling memberi infomasi dalam bidang pengetahuan, kejuruan, keterampilan, pendidikan / latihan, teknologi, program dan aktiviti di antara badan organisasi Home Economics.

(5)

5

Hasil daripada pandangan dan sokongan dari semua pihak telah menempatkan program PKK ini sebagai suatu program pendidikan yang bertaraf sama penting seperti program perubatan, pendidikan dan kejuruteraan di Indonesia. Ini kerana, Indonesia berpendapat program PKK ini mampu meningkatkan taraf kehidupan Indonesia dari segi penguasaan bidang–bidang kemahiran yang menjadi sumber pendapatan warganya. Contoh seperti kemahiran menjahit, kecantikan, dan penyediaan makanan.

Berbanding dengan sistem pendidikan di Malaysia, tidak banyak jauh bezanya cuma tahap perubahan yang buat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agak perlahan. KPM telah membuat transformasi untuk mengubah dasar kokurikulum sekolah vokasional kepada kolej vokasional (KV) bagi merombak semula semua kurikulum pengajaran dan pembelajaran di KV. Oleh sebab itu, pada tahun 2013 KPM telah menaik tarafkan secara berperingkat daripada sekolah vokasional kepada kolej vokasional. Namun, pertikaian masih berlaku apabila buah mulut mempersoalkan sejauh mana kemampuan pelajar KV untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lepasan institusi pengajian tinggi (IPT).

(6)

6

Berlainan dengan struktur pengajian di Indonesia, kerana di Indonesia pelajar cemerlang akan dimasukkan ke sekolah berkemahiran seperti Sekolah Menengah Kejuruan Negeri.

1.2 Penyataan Masalah

Sekolah Menengah Kejuruan Negeri (SMKN) 27, Jakarta, Indonesia , merupakan salah satu daripada sekolah kejuruan yang terhebat di Indonesia. Pencapaian yang diperoleh oleh sekolah ini sangat membanggakan dan kejayaan demi kejayaan yang dilakukan oleh pelajarnya sangat bermutu sehingga mereka mampu melayakkan diri ke pertandingan peringkat antarabangsa. Setiap kejayaan pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , dapat dilihat dari setiap pencapaian dalam pertandingan (rujuk lampiran).

Pengkaji memilih SMKN 27, Jakarta, Indonesia , sebagai sekolah kajian adalah kerana sekolah ini memperoleh kejayaan yang cemerlang antaranya ialah beberapa kali memenangi peringkat juara dalam program anjuran tempatan dalam jurusan penyediaan dan pengendalian makanan di serata Indonesia pada tahun 2010, 2011 dan 2013 (rujuk lampiran).

Lanjutan daripada kemenangan–kemenangan itu, SMKN 27, Jakarta,

(7)

7

penjagaan kulit, dandanan rambut, penyediaan makanan dan kecantikan. LKS merupakan suatu pertandingan yang diadakan di Sekolah Menengah Pertama dan Sekolah Menengah Atas Indonesia bagi melihat prestasi pelajar di setiap sekolah. Bagi juara akan mewakili negara untuk ke peringkat ASEAN pula.

Prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar SMKN 27, Jakarta, sungguh tidak mengecewakan kerana pada peringkat antarabangsa SMKN 27, Jakarta, Indonesia, telah mewakili Indonesia dalam World Skill Competation (WSC) bagi jurusan tata kecantikan. Pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , juga telah mencipta sejarah dengan menjuarai Asean Skill Competation (ASC) dalam jurusan penyediaan makanan pada tahun 2012. Manakala pada tahun 2013 pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia , telah menjadi wakil Indonesia untuk menyertai pertandingan World Skill Competation (WSC) sekali lagi di Jerman dalam jurusan penyediaan makanan.

Berbeza dengan pencapaian Kolej Vokasional di Malaysia. Walaupun pertubuhan kolej vokasional di Malaysia merupakan suatu pembaharuan baru dalam struktur pendidikan Malaysia, namun ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan kegagalan kolej vokasional untuk mencapai taraf dan pencapaian yang sama tanding dengan SMKN di Indonesia. Hasil produk yang dilahirkan dari kolej vokasional adalah hampir sama dengan SMKN. Melahirkan pelajar–pelajar yang berkemahiran dalam bidang–bidang yang telah ditetapkan. Namun pencapaian pelajar kolej vokasional

(8)

8

Selain itu, kesan daripada pelbagai pencapaian yang diperoleh oleh pelajar–

pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia ini, pihak sekolah telah menerima tajaan dan bantuan dari segi pembekalan peralatan makmal dan penyediaan makmal yang cukup dan lengkap. Setelah menggondol banyak kemenagan, SMKN 27, Jakarta, Indonesia , menerima tawaran Memorandum Of Understanding (MoU) dengan perusahaan asal Negara Korea iaitu CheilJedang (CJ) yang merupakan anak perusahaan yang bertanggungjawab dalam bahagian makanan dan teknologi dari CJ group. Bentuk kerjasama yang dilakukan ialah menyediakan dapur dan tenaga pengajar yang mengikut standard internasional. Hasil pelajar dari SMKN 27, Jakarta, Indonesia, yang telah menunjukan prestasi yang cemerlang akan diserap ke dalam CJ company.

(9)

9 1.3 Objektif Kajian

Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, tidak jauh bezanya jika dibandingkan dengan Kolej Vokasional di Malaysia. Setiap program yang ditawarkan hampir sama dan silibus yang diajar juga tidak jauh bezanya. Oleh itu, pengkaji ingin membuat kajian terhadap:

1.3.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan guru–guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, terhadap aliran pendidikan di sekolah kejuruan.

1.3.2 Mengenal pasti tahap keyakinan guru–guru mengajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dalam aliran pendidikan di sekolah kejuruan.

1.3.3 Mengenal pasti faktor–faktor kejayaan pelajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia.

(10)

10 1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Sejauh manakah pengetahuan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dalam mengajar mata pelajaran di sekolah tersebut?

1.4.2 Adakah tahap keyakinan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, mempengaruhi ketika mengajar mata pelajaran di sekolah tersebut?

1.4.3 Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan guru dalam melahirkan pelajar–pelajar yang cemerlang?

1.4.4 Apakah faktor yang mempengaruhi kecemerlangan para pelajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, dalam mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa?

(11)

11 1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mendapat maklumat sebenar berkaitan dengan faktor sama ada guru, pelajar atau pengurusan sekolah yang membawa kepada kejayaan sekolah kejuruan SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Hasil daripada kajian ini dapat memberikan maklumat tentang faktor-faktor yang telah membawa kejayaan kepada Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia tersebut.

Tambahan pula, secara tidak langsung hasil daripada kajian ini dapat memberikan input kepada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia terutama kepada pensyarah–pensyarah dan pelajar–pelajar program Ijazah Pendidikan

Sains Rumahtangga berkenaan faktor–faktor yang membawa kecemerlangan sekolah kejuruan sehingga mampu ke peringkat antarabangsa.

Justeru itu, daripada kajian ini juga dapat memberikan maklumat mengenai pengetahuan sedia ada yang harus ada dalam setiap guru–guru di Sekolah Menengah

(12)

12

Hal ini dapat membantu Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, terutama dalam bidang pendidikan untuk mengenal pasti faktor yang membawa kecemerlangan dan kejayaan pelajar dalam sesebuah institusi pendidikan itu. Secara tidak langsung, maklumat seperti ini dapat membantu pihak sekolah kejuruan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, untuk menguruskan hal kepentingan dan keperluan pelajar yang juga merupakan memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.

Selain itu juga, dapatan kajian ini dapat membantu guru mata pelajaran atau guru kelas untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara berkesan kepada pelajar. Hal ini kerana guru telah mengetahui tahap penguasaan atau kemahiran asas yang harus ada pada seseorang guru tersebut sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran. Secara tidak langsung, sesi ini akan menjadi lebih lancar setelah kajian ini dilakukan kerana dapatan daripada kajian ini juga telah mengenal pasti tahap keyakinan guru tersebut dalam mengendalikan kelas atau mata pelajaran yang diajar.

(13)

13

Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat digunakan oleh pihak tertentu dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan kepelbagaian persepsi negatif guru–guru terhadap faktor yang membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah.

1.6 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau adakah guru, pelajar atau pihak pengurasan merupakan faktor dalam mengecapi suatu kejayaan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Batasan atau sample kajian ini terhad kepada lokasi, sample, tajuk, masa dan sumber kewangan yang ditetapkan. Kajian yang akan dijalankan ini tertumpu kepada guru, pelajar dan pengurusan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.

Beberapa batasan kajian yang dikenalpasti oleh penyelidik:-

1.6.1 Sampel Kajian

(14)

14 1.6.2 Tempoh Kajian

Jangkaan masa keberadaan pengkaji di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, untuk melaksanakan kajian ini adalah kurang dari seminggu. Pengkaji perlu ke tempat kajian untuk melihat dan mendapatkan hasil kajian itu sendiri dengan menjalankan temu bual secara berhadapan dengan guru, pelajar dan pihak pengurusan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia.

1.6.3 Limitasi Tempat

Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, menjadi pusat kajian pengkaji untuk kajian ini kerana pencapaian sekolah tersebut yang sungguh membanggakan dalam bidang kecantikan, pengendalian makanan dan busana pakaian.

1.6.4 Pemilihan Respondan

(15)

15 1.7 Definisi Konsep dan Operasional

Definisi konsep ialah gambaran secara umum dan menyeluruh di mana ianya mengandungi maksud daripada maksud dan konsep istilah tersebut. Tambahan lagi, definisi konsep ini merupakan definisi yang disepakati oleh ramai pihak dan telah dibakukan dalam kamus bahasa, bersifat formal dan mempunyai pengertian yang bersifat abstrak (Hidayat, 2009).

Manakala definisi operasional merupakan definisi sesuatu istilah yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan istilah tersebut kepada respondan, pembolehubah yang dikaji dalam kajian yang dijalankan. dalam erti kata lain, definisi ini memberikan gambaran tentang suatu konsep yang hendak diuji itu boleh dimanipulasikan. Definisi setiap istilah ini adalah perlu kerana penggunaannya dalam kajian ini mungkin berbeza-beza dan antara istilah–istilah tersebut ialah:

1.7.1 Faktor

(16)

16 1.7.2 Pengetahuan

Pengetahuan yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah meliputi tahap pendidikan para guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, samada setiap dari kalangan guru mereka memiliki tahap pendidikan yang tinggi atau sederhana. Ini penting kerana, segala ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru mereka menunjukkan tahap pengetahuan guru mereka kepada pelajar– pelajar.

1.7.3 Keyakinan

Setiap individu punyai tahap keyakinan yang berbeza dan punyai cara penyampaian maklumat yang berlainan. Guru harus memiliki kemahiran penyampaian yang baik supaya pelajar dapat menyerap semua ilmu yang disampaikan. Namun sejauh mana tahap keyakinan guru tersebut mampu menarik minat pelajar untuk kekal fokus didalam kelas dan mampu menyampaikan maklumat dengan tepat tanpa ragu–ragu serta mendapat kepercayaan daripada pelajar untuk terus belajar dengannya.

1.7.4 Kaedah Mengajar

(17)

17

digunakan oleh guru untuk pastikan pelajar memahami apa yang dipelajari.

1.7.5 Sekolah Kejuruan

Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia, merupakan sebuah sekolah menengah yang tertumpu kepada pengajaran kemahiran yang menawarkan kursus seperti pengendalian makanan, busana pakaian, kecantikan dan banyak lagi. Sekolah ini menyerupai seperti kolej vokasional di Malaysia. Serta modul pengajaran mereka juga tidak banyak jauh bezanya dengan kita.

1.7.6 Tata Busana

Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang rekaan fesyen, menjahit, dan semua yang berkaitan dengan busana. (rujuk lampiran)

1.7.7 Tata Boga

(18)

18 1.7.8 Tata kecantikan

Ia merupakan satu kursus yang ditawarkan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, meliputi pengajian tentang kecantikan muka, rawatan muka, solekan dan semua yang berkaitan tentang pengurusan kecantikan diri. (rujuk lampiran)

1.7.9 Pentadbiran

(19)

19 1.8 Kerangka Konseptual Kajian

(20)

20 1.9 Rumusan

Secara kesimpulannya, bab 1 ini merumuskan tentang pengenalan atau latar belakang tentang kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji secara keseluruhannya. Ia menerangkan tentang tajuk serta tujuan pengkaji melaksanakan kajian ini. Kajian yang dilaksanakan haruslah berfokuskan dimana melibatkan sample atau populasi kajian bagi mendapatkan data. Selain itu juga, dari bab ini memberi penerangan seba sedikit tentang istilah bahasa yang akan diguna pakai sepanjang dalam kajian ini bagi memudahkan pengkaji serta pembaca untuk membuat rujukan tentang senario permasalahan yang berkaitan.

(21)

21 BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tujuan utama kajian sorotan literatur adalah untuk membantu pembaca dalam memahami seluruh badan penyelidikan yang ada pada topik yang cuba pengkaji kupaskan. Daripada soroton literatur ini pengkaji boleh membuat perbandingan dan perbezaan sama ada hasil daripada kajian–kajian lepas menyokong atau menolak hasil kajian ini. Menurut Ellen A. (2011), hasil daripada kajian literature akan memberi maklumat kepada pembaca mengenai kekuatan dan kelemahan kajian itu. Ia ditakrifkan oleh konsep memberi panduan atau tumpuan topikal.

Beberapa kajian literatur akan dikaji semula berdasarkan kajian–kajian lepas dan akan dibandingkan dengan hasil daripada dapatan kajian pengkaji di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Setiap sorotan literatur akan di olah dan dibandingkan untuk melihat samada terdapat perbezaan, perubahan atau persamaan hasil kajian ini dengan hasil kajian–kajian lepas yang dapat menyokong

(22)

22

Setiap kolej vokasional harus menilai tahap pendidikan di kolej berkenaan supaya sama tanding dengan sekolah kejuruan di Indonesia agar dapat melahirkan pelajar–pelajar yang sama taraf dengan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengupas dan membincangkan faktor–faktor yang boleh membawa kepada kejayaan pada sesebuah sekolah kemahiran tersebut. Sorotan kajian ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti yang berikut:

(23)

23

Manakala menurut teori environmentalisma yang diperkenalkan oleh T. O’Riordan (1976) menerangkan faktor persekitaran mampu memberi pengaruh kepada

perubahan dan perspektif seseorang itu. Pelajar memerlukan kelas dan makmal yang sempurna dari segi kelengkapan peralatan dan bilangan yang cukup supaya semua pelajar dapat menggunakan alatan tersebut tanpa perlu berebut dengan pelajar lain.

2.2 Tahap Pengetahuan Guru

Sebagai seorang insan yang bergelar dirinya guru haruslah memiliki tahap pengetahuan dan ilmu yang meluas dan banyak dalam banyak bidang dan dalam pelbagai cara. Misty Adoniou (2015), telah membentangkan konsep pengetahuan guru yang menyediakan rangka kerja untuk menggambarkan kerumitan pengetahuan guru. Kerangka kerja ini menerangkan tiga cara untuk mengetahui iaitu mengetahui bagaimana, mengapa dan apa. Setiap guru sepatutnya mampu memberikan penjelasan bagi setiap soalan yang akan diajukan oleh para pelajarnya dengan betul dan tepat.

Pengetahuan yang meluas yang dimiliki oleh seorang guru mampu memberikan banyak faedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun amali. Menurut Hills (2015), pengetahuan guru terdiri daripada kedua–dua

(24)

24

Di Arkansas, guru diberi peluang untuk mengajar sambil belajar, setelah guru tersebut tamat pengajian, guru akan diserap terus menjadi pendidik dan daripada kes ini guru dapat menimba sambil memberi pengetahuan guru kepada pelajar–pelajarnya secara lebih efektif (Feistritzer dan Chester, 2000). Kini alternatif seperti ini dikekalkan di sana dan guru akan memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dalam mendidik.

Apabila tahap pengetahuan seseorang guru tersebut pada tahap yang sama sahaja tanpa ada inisiatif lain untuk menambahkan pengetahuan, maka guru tersebut tidak dapat memberikan pengajaran yang baik kepada pelajar kerana zaman kian perubah, pelajar memerlukan pendedahan pengetahuan yang terkini supaya tidak ketinggalan zaman, (Ladd dan Vigdor, 2010). Ini memberi kesan bukan sahaja kepada tahap pengetahuan guru malah pelajar juga. Guru seharusnya memperluaskan tahap pengetahuan mereka supaya dapat memberikan contoh yang terbaik kepada pelajar. Kesannya, pelajar akan lebih mampu berfikir diluar kotak dan maju kehadapan.

(25)

25

Dalam silibus pembelajaran untuk menjadi seorang guru, akan diberikan pengetahuan tentang penyediaan kaedah mengajar sebagai mempelbagaikan lagi cara penyampaian ilmu kepada pelajar. Ini penting untuk mengekalkan momentum pelajar sewaktu sesi P & P di dalam kelas. Pendedahan pedagogi penting kepada guru untuk menyumbang kepada pengajaran yang berkesan di dalam kelas (Halim, 2014).

Guru berinovasi untuk menghasilkan rancangan pengajaran kerana ingin meningkatkan pembelajaran pelajar serta mengelakkan dari bosan ketika mengajar (Wendy Emo 2015). Kemahiran seperti ini harus ada dalam diri setiap guru kerana untuk menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Tidak cukup sesi P & P hanya bersandarkan pada buku teks semata–mata. Guru yang mempunyai kemahiran yang

tinggi mampu mengendalikan sebuah kelas dengan berhemah dan terkawal.

2.3 Tahap Keyakinan Guru

Terdapat banyak cabaran untuk menjadi guru yang terbaik pada masa kini dengan dugaan yang pelbagai dari segi sikap pelajar dan masalah sosial kini. Seorang guru harus sentiasa bersedia dan berfikiran terbuka untuk memperoleh perhatian daripada pelajar–pelajar. Dalam kajian Brodie (2006), juga menyatakan walaupun

(26)

26

Guru merupakan seorang pendidik yang akan berdiri dihadapan pelajar–pelajar

yang mempunyai pelbagai latar belakang, sikap, masalah, dan pelbagai lagi. Setiap pelajar juga mempunyai persepsi dan tahap kemampuan yang tersendiri. Jadi sebagai seorang guru tahap keyakinan untuk mengajar dan berdiri dihadapan pelajar amatlah penting. Ini bagi menunjukkan diri guru tersebut bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk memulakan suatu sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Menurut Frederick C. L (2011), bagi memulakan suatu kelas guru seharusnya menyediakan suatu set induksi bagi memberikan masa kepada pelajar untuk lebih bersedia sebelum memulakan suatu kelas. Set induksi boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk penyampaian seperti menyanyi, permainan, teka teki dan pelbagai lagi. Suatu set dilaksanakan mengikut kreativiti seseorang guru tersebut sebelum memulakan sesi kelas.

(27)

27

Menurut Frederick C. (2011), kajian beliau menyatakan sikap guru yang ditunjukkan oleh guru mampu memberi kesan kepada cara pengajaran dan pencapaian pelajar. Guru yang berkeyakinan dalam mendidik dapat mengajar pelajarnya dengan baik dan pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran. Keyakinan seorang guru dapat diterapkan dengan memberi pendedahan kepada guru pelatih sejak dari latihan mengajar lagi.

Selain itu, guru dapat membina keyakinan sewaktu sesi pengajaran apabila guru tersebut mencapai tahap kepuasan dalam mengajar, (Muhammad Arifin, 2014). Dalam kajian ini akan menunjukkan sejauh mana keyakinan guru mampu memberikan kesan terhadap kejayaan pencapaian pelajar dan kesan kepada gaya pembelajaran guru itu sendiri sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas atau makmal.

2.4 Faktor Kejayaan Pelajar

2.4.1 Guru

(28)

28

mengajar yang berkualiti adalah kunci faktor pencapaian pelajar di sekolah ( Clotfelter, Ladd, dan Vigdor 2007).

Menurut Gay (2000), kejayaan pelajar adalah bergantung kepada cara dan teknik pengajaran yang dibawa oleh guru tersebut. Guru yang bijak akan lebih perihatin dan pandai menarik perhatian pelajar – pelajar sewaktu berada di dalam kelas. Apabila pelajar dapat memberi tumpuan di dalam kelas, maka pelajar akan lebih mudah faham dalam pengajaran yang di sampaikan oleh guru tersebut. Selain itu, pelajar akan lebih melibatkan diri dalam aktivti yang dijalankan oleh guru seperti aktiviti dalam kumpulan, perbincangan, dan banyak lagi.

Jika seorang guru tersebut menjalankan pengajian secara berpusatkan pelajar, guru tersebut harus lebih peka dan tahu apa yang diperlukan oleh pelajar tersebut untuk melaksanakan tugasan yang diberi, guru tidak seharusnya beranggapan pelajar tersebut akan berubah dengan sendirinya (Aragon, 2002).

Dalam melahirkan pelajar yang minat untuk belajar, guru akan menyediakan suatu set pengajaran yang proaktif dimana pelajar–pelajar

(29)

29

Menurut hasil kajian Carsten Schmidtke (2010), keadaan persekitaran sewaktu sesi kelas dijalankan bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar tetapi guru harus bijak dan tahu bagaimana untuk membuat kelas tersebut lebih ceria dan menarik.

Cara dan teknik mengajar guru penting kepada pemahaman pelajar–pelajar. Tahap kefahaman pelajar dapat dinilai setelah sesi kelas hampir tamat dengan memberikan ujian secara terus dan dinilai. Jika pelajar dapat menyelesaikan permasalahan yang diberikan, maka ia menunjukkan guru tersebut telah berjaya melaksanakan dan mewujudkan sebuah kelas yang berkesan.

2.4.2 Infrastruktur Sekolah

(30)

30

Menurut Scheider, M. (2010) menyatakan faktor kemudahan kelengkapan makmal di sekolah memberi kesan kepada produktiviti dari segi kehadiran pelajar dan guru ke sekolah dan mampu meningkatkan tahap akademik pelajar dan kejayaan sekolah tersebut. Permasalahan yang ditimbulkan dalam kajian ini memberikan jalan penyelesaian untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dan sekolah dari segi akademik pelajar-pelajar.

Kelengkapan peralatan makmal di sekolah bukan sahaja memainkan peranan penting dalam sesi pembelajaran dan pengajaran malah faktor penyelenggaraan setiap peralatan juga penting bagi mengekalkan kondusi dan memberi keselesaan serta kemudahan kepada semua pelajar–pelajar untuk menggunakannya (Alexander D. 2014). Kondusi kelengkapan peralatan makmal di sekolah–sekolah serata Amerika dikaji untuk menentukan sejauh mana sesebuah sekolah tersebut dapat memberikan kesan positif kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajarnya.

(31)

31

peralatan makmal berfungsi dengan baik dan dapat digunakan pada waktu yang sepatutnya dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Hasilnya guru dan pelajar dapat menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna tanpa sebarang masalah kerosakan alatan, (John Ralph, 2014).

Dalam melahirkan sebuah persekitaran yang efektif di dalam kelas memerlukan kelengkapan peralatan alat bantu mengajar yang sempurna, (Hopland O., 2013). Kajian beliau menyatakan faktor persekitaran memberikan kesan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini berlaku kerana tumpuan pelajar dapat difokuskan sewaktu pelajar berkenaan membuat latihan amali dengan menggunakan sendiri alat-alat yang disediakan. Oleh itu, peralatan makmal haruslah sentiasa berada di dalam keadaan baik dan lengkap.

(32)

32 2.4.3 Sikap Pelajar

Pengetahuan tidak dapat dimiliki dengan hanya menimba tanpa menghayati setiap inti pati yang dipelajari. Menurut Sheau (2012), kejayaan seseorang boleh dicapai dengan adanya motivasi diri dan sokongan ibu bapa dalam aspek pembelajaran. Kajian ini menunjukkan pelajar–pelajar harus punyai sikap ingin belajar itu secara sendiri supaya tahap kesanggupan pelajar itu mendorong pelajar berkenaan untuk terus belajar walau terpaksa bersusah payah.

Tanpa minat adalah sukar untuk seseorang itu menghabiskan pengajiannya dengan cemerlang. Apa yang kerap berlaku di alam persekolahan adalah sikap pelajar yang sekadar hendak lulus bagi mengelakkan diri daripada terkandas (Hairunnaja, 2006). Individu yang bermotivasi pencapaian tinggi suka mencari cabaran dan bersaing untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik dalam memperolehi kepuasaan kejayaannya. Menurut Azizi (2005), aspek motivasi diri adalah tenaga yang mengangkat diri ke tahap yang diingini sendiri.

(33)

33

Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi akan meletakkan sepenuhnya usaha untuk mendapatkan sasaran yang terbaik dalam pencapaian akademik mereka. Kesan sampingan daripada motivasi pelajar ini dapat meningkatkan sekali gus tahap pencapaian sekolah berkenaan.

2.5 Peranan Pengurusan Sekolah

Pihak pengurusan sekolah juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah sekolah yang berdaya saing. Ini dibuktikan daripada hasil kajian Carsten Schmidtke (2010), yang menyatakan pihak pengurusanan juga harus lebih bersifat kreatif dan memberi sokongan yang sepatutnya dalam melahirkan suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar–pelajar. Ini penting kerana ia boleh memberi kesan yang positif kepada pembanggunan prestasi pelajar–pelajar. Tidak

kira dari segi kemudahan makmal, kelas dan penginapan pelajar tersebut. Pihak pengurusan seharusnya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.

(34)

34

jahitan seperti mesin jahit, kelengkapan mengajar, dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kelas jahitan.

Walau bagaimanapun, pengetua sekolah adalah sebagai kepala yang harrus lebih memainkan peranan dalam melaksanakan tugas untuk meningkatkan taraf sekolah tersebut tidak kira dari segi infrastuktur atau pencapaian pelajar–pelajar

sekolahnya, (Anderson, 2003). Ini kerana, segala pembelajaan dan pembekalan untuk melengkapkan suatu kelas harus melalui persetujuan pengetua sekolah terlebih dahulu. Kelengkapan ini haruslah sempurna supaya semangat pelajar tidak cepat luntur dan berasa bosan ketika berada di dalam kelas. Selain itu, jika semua peralatan kelengkapan adalah lengkap akan tidak berlaku sebarang masalah kekurangan alatan atau perebutan alatan di makmal. Guru juga dapat memberi tunjuk ajar dengan lebih berkesan kepada pelajarnya.

(35)

35

Melalui kajian yang dijalankan oleh Lusike (2006) terhadap pengajian ICT di sekolah Kenya, guru dan pihak pengurusanan beranggapan penggunaan komputer disana sangat diperlukan, oleh sebab itu pihak pengurusanan harus menyediakan lebih banyak komputer supaya guru dapat memberi pendedahan dan penyebaran ilmu yang lebih mudah dan cepat. Setiap pihak dalam sektor pendidikan harus peka dan tahu tindakan yang harus diambil bagi menyelesaikan setiap permasalah yang timbul dengan segera dan tepat.

2.6 Rumusan

(36)

36 BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan, pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk memecahkan sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan kajian ialah untuk memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan. Objektif menjalankan kegiatan pengumpulan data dalam setiap kajian adalah untuk melihat hubungan kait antara penyataan masalah dengan hasil kajian yang dilakukan (Bjorn B. Schmidt, 2010). Metodologi yang digunakan pula memerlukan teknik yang bersistematik bagi menepati kehendak ilmiah, kaedah saintifik dan mempunyai kualiti. Dalam bab ini akan membincangkan tatacara melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Menetapkan kaedah kajian sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains.

(37)

37

kesahihan tentang kejayaan pencapaian para pelajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, sumber dari pihak yang boleh dipercayai diperlukan seperti media massa, internet, dan buku-buku jurnal hasil kajian para pengkaji yang lepas.

Selain itu, kajian ini lebih memfokuskan kepada pendekatan kaedah yang bersifat kuantitatif, walaubagaimanapun pengkaji juga akan menggunakan satu lagi kaedah tambahan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu. Namun begitu kajian ini hanya menggunakan pendekatan kaedah kajian yang bersifat kuantitatif. Kaedah tambahan yang dimaksudkan merupakan seakan kaedah kualitatif tetapi ia tidak digunakan secara sepenuhnya, ia hanya digunakan sekadar untuk memudah cara pengkaji semasa menjalankan kajian sahaja.

3.1.1 Pendekatan Kuantitatif

Kuantitatif ialah satu usaha membentuk prinsip dan peraturan umum yang menendalikan realiti sosial sebagai objektif dan terpisah atau tidak berkaitan dengan individu, ( Rohana Yusof, 2003:146)

3.1.2 Pendekatan Kualitatif

(38)

38 3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian direka untuk meninjau dan melihat sejauh mana guru, para pelajar dan pengurusan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, memberi kesan terhadap pencapaian sekolah tersebut. Menurut Kerlinger (1973) reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan suatu pengkajian untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan kajian. Kajian ini merupakan kajian inferential yang boleh digeneralisasikan untuk tempat-tempat lain pada kes yang sama. Data diperoleh melalui soal selidik berbentuk temu ramah secara bersemuka dan soal selidik skala likert. Maklumat yang diterima ditafsirkan secara kuantitatif. Selain dari memfokus kajian kepada tahap pengetahuan dan keyakinan guru terhadap aliran pendidikan kejuruan, kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pencapaian prestasi sekolah ini seperti kelengkapan peralatan praktikal di dalam makmal dan bantuan pengurusan makmal di sana.

(39)

39 3.3 Populasi Dan Persampelan Kajian

Populasi dikenali sebagai satu set ciri-ciri yang mempunyai cerapan atau unjuran ke atas sekumpulan individu atau objek yang dicerap (Mohd. Masjid Konting, 2011). Setiap individu atau objek yang dicerap itu mestilah mempunyai ciri sifat yang sama walaupun mempunyai perbezaan dari segi aspek lain.

Kajian ini menggunakan kaedah persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau data yang berkaitan dengannya. Persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data kajian yang melibatkan suatu jalan penyelesaian masalah dan iainya perlu dikenal pasti dengan teliti dan tepat. Justeru itu, dalam menyelesaikan suatu fenomena ia memerlukan masa yang panjang, maka ianya perlu melibatkan keseluruhan individu atau objek yang dicerap dalam populasi.

Sehubungan dengan itu, respondan utama kajian adalah terdiri daripada guru-guru, pelajar-pelajar dan pihak pengurusan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Di sekolah ini para pelajar menerima pendidikan kemahiran seakan sama dengan pendidikan vokasional di Malaysia.

Respondan kajian berjumlah seorang pihak pengurusan sekolah, 9 orang dari kalangan guru–guru dan 60 orang pelajar–pelajar yang sedang menuntut di Sekolah

(40)

40

menjadi respondan untuk mengenal pasti faktor–faktor yang membawa kepada

kejayaan sekolah tersebut. Manakala, 9 orang guru yang merupakan guru–guru yang mengajar mata pelajaran tata busana, tata kecantikan dan tata boga.

Selain itu, pengambilan 60 orang pelajar yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata boga (masakan), 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata busana (fesyen) dan 20 orang pelajar dari aliran kemahiran tata kecantikan (kosmitologi). Kumpulan pelajar ini dipilih kerana pengkaji ingin mengkaji faktor yang mendorong para pelajar untuk mendapat pencapaian yang terbaik bagi meningkatkan nama dan prestasi Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Selain itu juga, guru- guru dan pelajar-pelajar ini dipilih sebagai respondan kerana mereka memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh penyelidik di mana mereka sedang mengikuti kursus yang berkenaan di sekolah tersebut.

(41)

41 3.4 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Sekolah ini dipilih sebagai lokasi kajian kerana mempunyai prestasi dan pencapaian pelajar yang cemerlang di peringkat antarabangsa dalam kemahiran tata boga, tata kecantikan dan tata busana. Selain itu juga lokasi ini dipilih kerana bagi meneruskan impak hasil daripada lawatan para pelajar pengajian sains rumahtangga yang telah dijalankan di sekolah ini pada bulan Febuari 2015 yang lalu. Hal ini juga dapat memberikan peluang kepada pengkaji untuk mengenengahkan dan mengupas rahsia dan faktor-faktor yang boleh didapati daripada hasil kajian kes ini bagi memberikan nilai tambah pada rancangan pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.

3.5 Instrumen Kajian

(42)

42 3.5.1 Soal Selidik

Soal selidik ini adalah hasil daripada pengubahsuaian yang dilakuakn pengkaji daripada tesis-tesis terdahulu. Sebelum instrumen soal selidik ini diedarkan kepada respondan, iainya perlu disemak dan disahkan oleh pensyarah yang berkaitan dan berpengalaman dalam bidang yang dikaji untuk mendapatkan kesahan kandungan kajian supaya selaras dengan objektif kajian yang telah dibentuk. Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu:

BAHAGIAN A : Latar Belakang Respondan

(43)

43

BAHAGIAN B : Item-item bagi aspek Faktor Kejayaan Sebuah Sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia (Guru)

Soalan yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kepada keyakinan dan tahap pengurusan guru dalam menguruskan suatu kelas dan sesi pembelajaran dan pengajaran selain langkah pengurusan dan pengendalian pelajar–pelajarnya di SMKN 27, Jakarta, Indonesia. Bilangan item bagi temua bual yang dijalankan keatas guru ialah sebanyak tujuh (7) dimana setiap satu item mempunyai lima (5) pilihan jawapan yang hampir dengan jawapan yang akan diberikan oleh guru sewaktu sesi temu ramah. Setiap item yang terdapat dalam instrumen soal selidik temu ramah ini dibentuk berdasarkan item yang dibuat berdasarkan teori–teori pengajaran dan setiap jawapan bagi setiap item tersebut dibentuk mengikut skala likert.

BAHAGIAN B : Item–Item Bagi Aspek Faktor Kejayaan Sebuah Sekolah SMKN 27, Jakarta, Indonesia (Pelajar)

(44)

44

(5) item yang dikenalpasti. Responden diminta untuk menjawab setiap item yang terdapat dalam setiap aspek permasalahan yang dikaji mengikut situasi atau keadaan yang pernah dilalui.

3.5.2 Temubual

Penerangan yang lebih mendalam dapat diperolehi melalui temu bual. Dalam penyelidikan ini, temu bual tidak berstruktur dengan guru-guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang salah silah budaya pendidikan di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, sendiri. Rakaman audio turut dibuat semasa sesi temu bual dilancarkan.

3.5.3 Pemerhatian

(45)

45

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Kesahan merujuk kepada suatu ujian yang menilai sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan bidang atau tajuk penyelidik. Dengan erti kata lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya atau yang sepatutnya yang hendak diukur.

Bagi mendapatkan kesahan dalam kajian ini, pengkaji mendapatkan pemeriksaan dan kesahan instrumen daripada pakar dalam bidang yang dikaji iaitu pensyarah yang mengajar dalam bidang Sains Rumahtangga (SRT) sebelum instrumen tersebut diedarkan kepada responden. Sebelum itu, penyelidik perlu menyerahkan instrumen ini kepada penyelia untuk disemak secara keseluruhan sebelum mendapat pengesahan daripada pensyarah yang bertanggungjawab untuk memberi kesahan terhadapt soal selidik dan temu bual yang akan dijalankan kepada responden. Kesahan kajian ini sangat penting bagi mengelakkan tiada sebarang masalah kekeliruan yang akan timbul dan memastikan soalan yang dibentuk menepati dan mudah difahami oleh respondan.

(46)

46

kebolehpercayaan ini untuk melihat sejauh mana kebolehpercayaan sesuatu item yang dikaji.

Pengkaji telah mendapatkan kebolehpercayaan hasil kajian rintis temu bual daripada guru di Kolej Vokasional Dato’ Undang Muhd Sharip, Rembau, Negeri

Sembilan. Serta pengkaji telah mendapatkan pengesahan sebelum menjalankan kajian di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, daripada guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, itu sendiri. Hasil daripada kajian rintis menunjukkan guru-guru faham tentang apa yang akan dipersoalkan kerana penggunaan bahasa akan menjadi permasalahan dalam sesi temu bual akibat peralehan Bahasa Melayu kepada Bahasa Indonesia.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

(47)

47

Kemudian, pengkaji harus mendapatkan dahulu kebenaran daripada pihak SMKN 27, Jakarta, Indonesia, untuk menjalankan kajian kes ini di sana. Setelah pihak SMKN 27, Jakarta, Indonesia, memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian kes ini, borang soal selidik diedarkan kepada respondan yang disasarkan iaitu pelajar-pelajar di mana hanya perlu menandakan (/) pada setiap item mengikut skala yang dinyatakan. Manakala temu ramah pula akan dijalankan dengan merekod hasil temu bual bersama guru-guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia untuk dijadikan bahan rujukan kepada kajian yang dilakukan. Seterusnya, kajian pemerhatian akan dilaksanakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar SMKN 27, Jakarta, Indonesia, di dalam kelas.

3.8 Analisis Data

(48)

48 3.9 Rumusan

(49)

49 BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor–faktor yang membawa kepada kejayaan kepada sekolah menengah kejuruan negeri 27, Jakarta, Indonesia, samada guru, pelajar atau pihak pengurusan yang sewajarnya memainkan peranan penting di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi. Seramai 70 orang responden telah terlibat dalam menjayakan kajian ini. 60 orang responden terdiri daripada para pelajar– pelajar dari jurusan kecantikan, masakan dan jahitan. Serta pengkaji juga mendapatkan seorang responden dari kalangan pihak pengurusan iaitu pengetua Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia itu sendiri.

Dalam bab ini, hasil kajian yang menjawab kepada objektif–objektif kajian akan diberi penekanan. Analisis dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu analisis latar belakang responden, analisis faktor tahap pengetahuan dan tahap keyakinan guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, terhadap aliran pendidikan di sekolah kejuruan serta analisis tahap kesediaan dan minat pelajar–pelajar terhadap aliran yang diambil di

(50)

50

Seterusnya, data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS 21.0). Semua data yang diambil di sekolah berkenaan telah direkodkan dan dipaparkan dalam bentuk jadual.

Hasil dapatan kajian diperoleh berdasarkan dua borang soal selidik yang berlainan dimana satu borang untuk edaran kepada guru-guru dan satu borang untuk edaran kepada pelajar–pelajar. Didalam setiap borang soal selidik berkenaan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A (Latar Belakang Respondan), Bahagian B (Faktor–Faktor Kejayaan Sekolah).

4.2 Latar Belakang Responden

(51)

51 4.2.1 Jantina

Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina.

Jantina Kekerapan (N) Peratus (%)

Lelaki 8 11.4

Perempuan 62 88.6

Jumlah 70 100%

Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina iaitu responden perempuan adalah seramai 62 orang (88.6%) manakala lelaki 8 orang (11.4%), ini menunjukkan jumlah kekerapan keseluruhan jantina ialah 70 orang (100%). Bilangan ini meliputi bilangan dari kalangan reponden pelajar–pelajar dan guru–guru yang telah menjalani kajian ini di SMKN 27, Jakarta, Indonesia.

4.2.2 Agama

Jadual 4.2 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Agama.

Jantina Kekerapan (N) Peratus (%)

Islam 65 92.9

Lain-lain 5 7.1

(52)

52

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kategori agama di mana secara keseluruhannya menunjukkan responden bagi kajian ini adalah dari kalangan beragama islam iaitu seramai 65 orang (92.9%) dan 5 orang sahaja (7.1%) adalah beragama lain–lain.

4.2.3 Kursus yang Diambil

Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus yang Diambil Oleh Pelajar

Nama Kursus Kekerapan (N) Peratus (%)

Pengurusan Makanan 20 33.3

Seni Kecantikan 20 33.3

Fesyen 20 33.3

Jumlah 60 100%

Jadual 4.3 menunjukkan bahawa jumlah kekerapan adalah sebanyak 60 orang

(53)

53 4.2.4 Jawatan

Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jawatan

Jawatan Kekerapan (N) Peratus (%)

Guru 10 14.3

Pelajar 60 85.7

Jumlah 70 100%

Jadual 4.4 menunjukkan jumlah keseluruhan taburan kekerapan adalah 70 orang responden yang terdiri daripada 10 orang (14.3%) guru dan selebihnya adalah pelajar–pelajar dari SMKN 27, Jakarta, Indonesia iaitu seramai 60 orang (85.7%)

pelajar.

4.2.5 Kursus yang Diajar

Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus yang Diajar Oleh Guru

Nama Kursus Kekerapan (N) Peratus (%)

Pengurusan Makanan 3 33.3

Seni Kecantikan 3 33.3

Fesyen 3 33.3

(54)

54

Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan bagi kajian ini hanyalah terdiri daripada tiga jenis kursus sahaja iaitu dari pengurusan makanan, seni kecantikan dan fesyen. Masing–masing mewakilkan seramai 3 orang (33.3%) guru untuk menjadi responden kajian ini.

4.2.6 Tahap Kelulusan

Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Tahap Kelulusan Oleh Guru

Graduan Kekerapan (N) Peratus (%)

Kolej Swasta 2 20

Universiti 8 80

Jumlah 10 100%

Jadual 4.6 menunjukkan bacaan kekerapan bagi tahap kelulusan guru–guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia , . Ia menunjukkan seramai 8 orang (80%) guru disini

(55)

55 4.2.7 Tempoh Pengalaman Mengajar

Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden dalam Tempoh Pengalaman Mengajar Oleh Guru

Tahun Kekerapan (N) Peratus (%)

10 – 20 5 50

20 – 30 5 50

Jumlah 10 100%

Jadual 4.7 menunjukkan kekerapan bagi tempoh pengalaman mengajar yang dilalui oleh guru. Ia menunjukkan bacaan dan peratusan yang sama iaitu sebanyak 5 (50%).

4.3 Analisis Persoalan Kajian

Analisis data ini dibuat berdasarkan kepada persoalan persoalan kajian dan huraian adalah berpandukan item-item yang diperoleh daripada soalan yang terdapat dalam soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.

Bahagian B dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada guru terdapat tujuh pecahan iaitu tanggapan guru terhadap kebolehan pelajar, langkah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, ciri–ciri guru, kesan ibu bapa kepada

(56)

56

pengetahuan dan kesediaan guru-guru tersebut untuk mengajar dalam kursus yang telah ditetapkan.

Manakala pada bahagian B dalam soal selidik yang diberikan kepada para pelajar terdapat bahagian yang telah dipecahkan kepada empat (4) faktor di mana kesemua faktor tersebut dicampurkan dalam satu jadual. Antara faktor-faktor yang dipersoalkan kepada pelajar adalah seperti faktor daripada guru, faktor kemudahan kesediaan makmal amali, faktor daripada sikap pelajar itu sendiri dan faktor pengurusan pentadbiran di sekolah itu sendiri.

Bagi menganalisis nilai peringkat tahap kepada kedua-dua soal selidik ini, tahap min dirujuk dalam jadual 4.6 dari sumber Levin dan Rubin (2000).

Jadual 4.8 : Pembahagian Tahap Min

Skala Min Tahap Min

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

(57)

57

Setiap min dalam soal selidik akan dinilai menggunakan tiga tahap penilaian min iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Bagi tahap min rendah iaitu pada skala 1.00– 2.33 di kategorikan sebagai skor 1,manakala skor 2 iaitu pada tahap min sederhana pada skala 2.34–3.67 dan skor 3 mewakili bacaan tahap min tinggi iaitu pada skala 3.68–5.00.

Jadual 4.9 : Faktor yang mempengaruhi kejayaan sebuah Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dari pandangan guru.

Bil Faktor Min Tahap Faktor

4. Kesan ibu bapa kepada kejayaan pelajar

4.44 Tinggi

5. Iklim efektif di dalam kelas 3.48 Sederhana 6. Guru lahirkan iklim yang ceria 3.92 Tinggi

7. Sikap positif guru 2.92 Sederhana

(58)

58

min terendah iaitu 3.48 dan 2.92. selain itu menunjukkan purata bacaan min yang tinggi dari skala 3.92 sehingga 4.92. Nilai min yang tinggi bagi semua aspek ini menunjukkan guru–guru mempunyai peranan yang tinggi kepada faktor kejayaan sekolah.

Jadual 4.10 : Faktor yang mempengaruhi kejayaan sebuah Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, dari pandangan pelajar.

Bil Faktor Min Tahap Faktor

Kejayaan

1. Guru 3.78 Tinggi

2. Kemudahan persediaan makmal amali 3.34 Sederhana

3. Sikap pelajar sendiri 4.01 Tinggi

4. Pengurusan pentadbiran 3.33 Sederhana

(59)

59

4.3.1 Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Sebuah Sekolah dari Kalangan Guru

Pada bahagian ini data berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia, dari kalangan para guru dianalisis untuk mendapatkan min dan sisihan piawai. Guru–guru diwakili dari setiap matapelajaran yang akan dikaji oleh pengkaji.

Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Sebuah Sekolah dari Kalangan Guru

Jadual 4.11 : Tanggapan guru terhadap kebolehan pelajar pada peringkat awal pelajar tersebut memasuki kelas

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Pelajar seharusnya mengetahui tentang mata pelajaran

yang akan mereka pelajari sebelum memasuki kelas.

4.00 1.63

2. Pelajar seharusnya mengetahui tentang mata pelajaran yang akan mereka pelajari sebelum memasuki kelas.

4.20 1.48

3. Guru seharusnya sentiasa bersedia membantu pelajar – pelajar dalam pelajaran dan memberikan bimbingan yang terbaik.

4.20 1.48

4. Guru harus menyediakan ujian tambahan dan ujian penilaian yang kerap untuk menilai peningktan prestasi pelajarnya.

4.50 0.98

5. Guru harus membuat langkah–langkah alternatif supaya pelajar tidak mudah putus asa jika gagal.

4.40 1.27

(60)

60

Jadual 4.11 di atas menunjukkan nilai bacaan min dan sisihan piawai bagi faktor tanggapan guru terhadap kebolehan pelajar pada peringkat awal pelajar tersebut memasuki kelas. Nilai min tertinggi adalah 4.50 dengan nilai sisihan piawainya ialah 0.98 yang ditunjukkan dari item guru harus menyediakan ujian tambahan dan ujian pennilaian yang kerap untuk menilai peningkatan prestasi pelajarnya. Manakala bacaan min bg item pelajar seharusnya mengetahui tentang mata pelajaran yang akan mereka pelajari sebelum memasuki kelas ialah yag terendah iaitu sebanyak 4.00 dengan nilai sisihan piawainya 1.63.

Jadual 4.12 : Langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru untuk menjadikan sesi P & P lebih berkesan.

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Guru harus mempunyai sidang rancangan pengajaran

yang lengkap sebelum memulakan sesi P & P.

4.60 1.27

2. Guru seharunya menggunakan sumber yang pelbagai dan selalu mencari bahan baru untuk merancang dan menstruktur sidang pengajaran.

5.00 -

3. Guru harus menjalankan penilaian yang berterusan supaya dapat kenal pasti pelajar yang lemah.

5.00 -

4. Guru sepatutnya menilai pembelajaran menggunakan pelbagai sumber dan bukti.

5.00 -

5. Guru sepatutnya sentiasa bersedia untuk mengajar dan memberi pendedahan ilmu dari luar buku teks.

5.00 -

(61)

61

Jadual 4.12 menunjukkan hasil dapatan kajian guru–guru dalam faktor

langkah–langkah yang perlu diambil oleh guru untuk menjadikan sesi P & P lebih berkesan di dalam kelas. Hasilnya menunjukkan terdapat empat (4) daripada lima (5) item yang memiliki nilai bacaan min tertinggi iaitu 5.00 dengan nilai sisihan piawainya olah kosong (0.00). Manakala item yang menunjukkan nilai bacaan min terendah iaitu sebanyak 4.60 dengan nilai sisihan piawainya 1.27, Jakarta, Indonesia, ialah item guru harus mempunyai sidang rancangan pengajaran yang lengkap sebelum memulakan sesi P & P.

Jadual 4.13 : Ciri-ciri guru yang mampu menyumbang kepada kejayaan pelajar

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Guru harus membuat hubungan yang baik dengan pelajar–

pelajar untuk melahirkan rasa hormat pelajar kepada guru.

4.60 0.97

2. Guru harus punyai kemahiran dalam memotivasikan pelajar dan tahu membimbing pelajar untuk meminati bidang yang diceburi.

4.40 1.27

3. Guru harus memahami sikap setiap pelajarnya supaya guru dapat memberi tunjuk ajar dan contoh yang mudah difahami oleh pelajar.

4.50 1.27

4. Guru harus menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut dan lebih berfikiran meluas supaya dapat menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan sewaktu sesi P & P dijalankan.

4.60 0.97

5. Guru sepatutnya memiliki penampilan yang kemas dan cara mengajar yang tersendiri supaya pelajar akan lebih

(62)

62

berminat untuk mendekati dan mengikuti pengajaran guru tersebut.

PURATA 4.52 1.15

Jadual 4.13 menunjukkan ciri–ciri guru yang mampu menyumbang kepada

kejayaan pelajar–pelajar di Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia. Hasil bacaan min kajian menunjukkan terdapat dua (2) item yang memiliki nilai min tertinggi iaitu sebanyak 4.60 dan nilai sisihan piawainya ialah 0.97 dan item berkeaan ialah guru harus membuat hubungan yang baik dengan pelajar – pelajar untuk melahirkan rasa hormat pelajar kepada guru dan item guru harus menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut dan lebih berfikiran meluas supaya dapat menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan sewaktu sesi P & P dijalankan. Manakala nilai min terendah ialah 4.40 dan nilai sisihan piawainya ialah 1.27, Jakarta, Indonesia , iaitu bagi item guru harus punyai kemahiran dalam memotivasikan pelajar dan tahu membimbing pelajar untuk meminati bidang yang diceburi.

Jadual 4.14 : Dengan mengadakan sesi sua temu guru bersama ibu bapa pelajar mampu memberikan kesan positif kepada kejayaan pelajar

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Guru harus kerap saling berhubungan dengan ibu bapa

untuk memberi tahu perkembangan anak–anak mereka di dalam kelas dan sekolah.

4.60 0.70

2. Guru seharusnya sering menghubungi ibu bapa pelajar setiap kali pelajar melakukan kesalahan di sekolah.

4.40 1.27

3. Guru dan ibu bapa seharusnya saling bekerjasama menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar.

(63)

63

4. Ibu bapa dapat mengetahui setiap perkembangan anak– anak mereka sewaktu di sekolah.

4.60 0.70

5. Guru dapat bekerjasama dengan ibu bapa dalam membentuk akhlak dan pembelajaran pelajar – pelajar tidak kira di sekolah mahupun di rumah.

4.20 1.32

PURATA 4.44 1.05

(64)

64

Jadual 4.15 : Guru mampu melahirkan iklim yang efektif di dalam kelas

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Guru sepatutnya menyediakan sebuah iklim bilik darjah

yang selesa, ceria dan disukai oleh pelajar.

3.00 2.10

2. Guru seharusnya mewujudkan sebuah rasa

bermasyarakat dan kepunyaan dalam bilik darjah.

3.30 1.90

3. Guru harus sediakan sedikit peraturan di dalam bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan dengar kata.

3.20 2.00

4. Guru sepatutnya lebih bersifat tegas sewaktu sesi P & P tetapi mesra dengan pelajar untuk memperoleh hati pelajar dalam minat belajar.

4.30 3.00

5. Guru harus punyai personaliti yang menarik supaya pelajar tidak bosan didalam kelas dan mengajar pelajar tata tertib yang sopan dan saling menghormati di dalam kelas.

3.60 1.65

PURATA 3.48 2.13

(65)

65

Jadual 4.16 : Guru dapat melahirkan iklim yang ceria di dalam bilik darjah

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Guru bukan sahaja mengajar tetapi pandai berhibur dan

menghiburkan hati pelajar di dalam kelas untuk mengelakkan pelajar bosan.

4.10 1.40

2. Guru harus bijak mewujudkan suasana yang kreatif supaya pelajar tidak tidur sewaktu sesi P & P dijalankan.

3.70 1.90

3. Guru harus bijak untuk membangunkan kemahiran– kemahiran yang ada untuk pelajar.

3.80 1.80

4. Guru harus punyai sedikit sifat jenaka supaya pelajar berasa terhibur dan tidak bosan.

4.10 1.40

5. Guru harus mengenengahkan pelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar–pelajar.

3.90 1.52

PURATA 3.92 1.60

(66)

66

Jadual 4.17 : Guru boleh menunjukkan sikap yang positif kepada pelajar

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Guru harus berlaku jujur, menepati janji, amanah dan

ikhlas dalam perkataan dan perbuatan yang ditonjolkan pada pelajar

4.00 1.10

2. Guru harus memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang sentiasa dalam keadaan yang terkawal semasa bersama pelajar-pelajar.

3.90 1.20

3. Guru harus sentiasa berperwatakan yang menarik, teratur dan sensitif pada perubahan setiap pelajar-pelajarnya.

4.20 0.80

4. Guru berlaku adil dan tidak berat sebelah sewaktu mengajar di dalam kelas.

4.10 0.90

5. Guru mengambil berat tentang semua pelajar–pelajarnya dan kenal pasti pelajar yang berisiko tinggi untuk gagal dalam pelajarannya.

3.80 1.23

PURATA 4.00 1.05

(67)

67

4.3.2 Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Sesebuah Sekolah dari Kalangan Pelajar

Pada bahagian ini data berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi daya kesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran para pelajar dianalisis untuk mendapatkan bacaan min dan sisihan piawai.

Jadual 4.18 : Faktor daripada Guru

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Saya menyukai cara penyampaian guru ketika di dalam

kelas.

4.00 0.58

2. Saya memahami apa yang diajar oleh guru. 3.80 0.70 3. Guru memberi bimbingan yang berkesan kepada saya

dalam mata pelajaran yang saya ambil.

4.32 0.65

4. Saya berasa bosan jika guru sering memberikan latihan amali sewaktu sesi pembelajaran.

2.60 1.18

5. Saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas kerana guru mengajar dengan penuh keyakinan.

4.18 0.53

PURATA 3.78 0.73

(68)

68

Jadual 4.19 : Faktor Kemudahaan Persediaan Makmal Amali

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Saya dapat menjalani pembelajaran dengan selesa

kerana mempunyai kemudahan makmal yang lengkap.

3.98 1.00

2. Saya sukar menggunakan kemudahan makmal yang disediakan.

2.23 0.79

3. Saya berasa lebih bersemangat untuk belajar kerana kemudahan makmal yang moden dan canggih.

4.40 0.59

4. Kemudahan alatan makmal banyak membantu saya dalam menjalani latihan amali.

4.03 0.55

5. Saya tidak memahami kelas amali kerana tidak mahir untuk menggunakan kemudahan makmal yang disediakan.

2.10 0.75

PURATA 3.34 0.74

(69)

69

Jadual 4.20 : Faktor daripada Sikap Pelajar sediri

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Saya menyukai mata pelajaran berkaitan teknikal dan

kerja amali.

4.58 0.62

2. Saya belum bersedia untuk membuat fesyen/solekan/makanan yang baru.

3.22 1.18

3. Saya meminati kursus ini selepas menghadiri kursus ini. 4.03 0.82 4. Saya akan menyiapkan semua tugasan yang diberikan

secepat mungkin.

3.75 0.77

5. Saya suka membuat lakaran idea tentang rekaan pakaian/menu masakan/solekan yang saya impikan.

4.47 0.57

PURATA 4.01 0.80

(70)

70

Jadual 4.21 : Faktor Pengurusan Pentadbiran

No. Item Min Sisihan

Piawai 1. Pihak pengurusan sekolah menyediakan keperluan

pelajar dengan sempurna.

4.02 1.16

2. Pengetua sekolah pernah bermesra dengan pelajar– pelajar.

3.52 1.20

3. Saya percaya bahawa pengetua boleh memainkan peranan sebagai pembentuk pelajar cemerlang.

3.92 0.93

4. Saya suka dengan kecekapan pengurusan sekolah dalam mengendalikan hal pentadbiran sekolah.

4.13 0.77

5. Pengetua perlu berperanan memastikan segala tenaga dan usaha guru-guru digembleng dengan menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program

pendidikan yang berkesan.

4.15 0.58

PURATA 3.95 0.93

(71)

71 BAB 5

PERBINCANGAN, IMPLIKASI & CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Bahagian ini membincangkan mengenai hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji berdasarkan analisis kajian daripada bab 4. Dalam bab sebelum ini, hasil dapatan kajian dinyatakan secara menyeluruh dan akan dibincangkan di dalam bahagian ini berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Pengkaji juga akan mengemukakan cadangan penambah baikkan yang berkaitan supaya kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada penyelidik akan datang. Kupasan daripada bahagian ini adalah meliputi perbincangan daripada hasil kajian, rumusan kajian, cadangan kajian dan kesimpulan.

5.2 Rumusan Kajian

(72)

72

pelajar dan pengurusan, namun sebenarnya ketiga–tiga organisasi ini saling berkait

rapat. Tanpa salah satu daripadanya maka tidak akan dapat melahirkan sebuah sekolah yang berjaya dari segi akademik dan prestasinya.

5.3 Dapatan Kajian

Dapatan utama kajian ini disusun mengikut latar belakang responden, kajian kes terhadap pengaruh guru, pelajar atau pengurusan sebagai faktor kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan 27, Jakarta, Indonesia, bagi mata pelajaran kulinari, kecantikan dan busana pakaian.

5.4 Maklumat Latar Belakang Responden

(73)

73

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, bilangan responden dari kalangan guru diambil secara rawak dengan bilangan yang sama iaitu seramai tiga (3) orang daripada setiap kursus. Ini bagi memberikan kesaksamaan dalam peluang setiap guru bagi setiap kursus. Manakala seramai 20 orang responden dari kalangan pelajar telah diambil dari setiap kursus bagi mendapatkan respon yang saksama dan adil.

5.5 Perbincangan

Dapatan kajian dan perbincangan dikemukan berdasarkan objektif kajian, kajian literatur dan pendekatan teori dirumuskan seperti yang berikut:-

5.5.0 Pendahuluan

Daripada dapatan kajian ini, terdapat lima persoalan kajian yang akan dirungkai dalam mengenalpasti pengaruh terhadap faktor kejayaan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 27, Jakarta, Indonesia, termasuklah tahap pengetahuan guru, tahap keyakinan guru, faktor kejayaan pelajar dan tahap pengalibatan pengurusan sekolah. Dapatan kajian ini dikaji dengan melihat min yang tertinggi bagi setiap faktor–faktor yang mempengaruhi gaya pengajaran

(74)

74

5.5.1 Sejauh manakah pengetahuan guru dalam mengajar pelajaran di sekolah?

Hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan 80 % kalangan guru yang mengajar di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, mempunyai latar belakang berpendidikan bertaraf universiti. Manakala, pengaruh pengalaman yang cukup lama juga memainkan peranan dalam melahirkan guru yang berjaya dan mampu memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar.

Walaupun dapatan kajian bagi faktor pengalaman guru mengajar menunjukkan kekerapan dan peratus yang sama namun ia cukup untuk membuktikan pengalaman sangat memainkan peranan yang penting dalam penghasilan guru yang berkualiti. Dapatan peratusan guru mengikut pengalaman mengajar adalah dalam lingkungan 10 sehingga 30 tahun. Ia merupakan suatu jangka masa yang lama untuk seseorang guru menimba pengalaman sebagai seorang guru yang mengharungi pelbagai permasalahan dalam pendidikan.

(75)

75

rata-rata guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, mempunyai pengalaman yang sangat lama dalam lingkungan 10 hingga 30 tahun mendidik dalam bidang yang mereka kursuskan.

5.5.2 Adakah tahap keyakinan guru di sekolah mempengaruhi ketika mengajar?

Bagi dapatan kajian terhadap tahap keyakinan guru menunjukkan bacaan nilai min yang tinggi kesemuanya kecuali faktor iklim efektif di dalam kelas (min = 3.48) yang menunjukkan bahawa guru-guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, sememangnya mempunyai keyakinan yang tinggi disebabkan oleh ilmu pengetahuan, kemahiran yang tinggi disamping sokongan daripada pihak pengurusan sekolah. Guru-guru sememangnya dihantar berkursus di dalam dan di luar negara.

(76)

76

Ini sependapat dengan apa yang dinyatakan oleh Frederick C. (2011), di dalam kajian beliau ada menyatakan sikap guru yang ditunjukkan oleh guru mampu memberikan kesan kepada cara pengajaran dan pencapaian pelajar. Penyataan ini bertepatan dengan hasil kajian ini kerana dapatan kajian juga menunjukkan bacaan tertinggi daripada item guru sepatutnya sentiasa bersedia untuk mengajar dan memberikan pendedahan ilmu dari luar buku teks (min = 5, sp = 0). Ini disokong juga oleh Muhammad Arifin (2014) dalam kenyataan beliau yang menerangkan guru dapat membina keyakinan sewaktu sesi pengajaran apabila guru tersebut mencapai tahap kepuasan dalam mengajar. Hal ini berlaku di SMKN 27, Jakarta, Indonesia, kerana didapati guru menggunakan kaedah dan alat bantu mengajar yang sangat lengkap dan pelajar mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru di SMKN 27, Jakarta, Indonesia.

Referensi

Dokumen terkait

Kesejahteraan sosial masyarakat kawasan kajian telah mencapai kepada tahap yang agak baik daripada aspek sosial dan fizikal hasil daripada penambahan kemudahan

Ekoran daripada faktor perbezaan individu tersebut, pengkaji telah mendapat idea untuk membuat kajian bagi mengenal pasti gaya pembeiajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan

Majoriti pelajar berpendapat ke semua faktor yang dikaji di dalam kajian ini iaitu diri sendiri, ibu bapa, pengaruh rakan dan media massa merupakan penyumbang kepada

Hasil daripada kajian ini mendapati secara amnya penggunaan E-Dagang di kalangan pelajar adalah tinggi, namun peratus penglibatan diri di dalam perniagaan atas talian adalah

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau hubungan di antara mata pelajaran pengajaran mikro dengan tahap keyakinan mengajar dalam kalangan pelajar Sarjana PTV..

Oleh itu, kajian ini adalah penting bagi pengkaji mengambil pengalaman daripada satu komuniti Orang Asli yang berjaya dengan keterbukaan minda mereka terhadap

Hasil daripada kajian ini, pengkaji menjangkakan akan dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran profesional yang diperlukan guru dalam melaksanakan pentaksiran dan

Hasil kajian mendapati pelajar KPTM Bangi mempunyai tahap pengetahuan agama yang sangat baik 88.75%, amalan agama yang sangat baik 56% dan sikap yang baik 72.5%.. Justeru, tahap