• Tidak ada hasil yang ditemukan

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

Dalam dokumen buku mmi 2 pengurusan final (Halaman 161-168)

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI POLISI PENGURUSAN SEKOLAH DAN PROGRAM KHAS

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1. Waktu Pengurusan Kelas (WPK), Planner Murid dan Jadual Waktu Kerja Rumah

Pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan waktu pengurusan kelas (WPK) yang digandingkan bersama dengan planner murid dan jadual waktu kerja rumah. Waktu Pengurusan Kelas adalah pada 7.30 hingga 8.00 pagi, dari hari Selasa hingga Jumaat selama 2 jam seminggu. Waktu Pengurusan Kelas diambil lima minit setiap waktu dan dihimpunkan. Secara logiknya, apabila guru masuk ke dalam kelas, guru perlu mengambil masa untuk menguruskan kelas. Kadangkala guru mungkin mengambil masa lebih daripada lima minit untuk menguruskan bilik darjah. Oleh yang demikian, WPK dapat mengawal guru daripada menggunakan waktu PdP untuk kerja-kerja perkeranian

M u k a S u r a t | 154 sama ada perkeranian mingguan, bulanan ataupun tahunan kerana tugas tersebut telah distruktur secara berterusan sepanjang tahun. Apabila guru masuk ke dalam kelas, proses PdP dilaksanakan serta merta. WPK ini akan dikendalikan oleh guru kelas atau guru tingkatan untuk menguruskan perkara-perkara berikut:

(a) menguruskan data berkaitan akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid (HEM),

(b) menyemak planner murid,

(c) menyelesaikan hal-hal berkaitan prestasi akademik,

(d) memastikan murid-murid telah melengkapkan kerja rumah,

(e) memastikan murid membuat pembacaan untuk Program Nilam (selected classes),

(f) membimbing murid untuk Program Organic Farming (selected classes ikut giliran) (Organic Farming adalah untuk memupuk soft skills berkaitan dengan alam sekitar),

Semasa WPK ini, aktiviti murid akan menjurus kepada:

(a) mengumpul semua kerja rumah yang patut dihantar setiap hari berdasarkan jadual kerja rumah setiap kelas,

(b) murid melengkapkan kerja rumah (jika masih tidak lengkap),

(c) membuat pembacaan untuk Program Nilam, dan

(d) berinteraksi dengan guru untuk menyelesaikan masaalah berkaitan akademik.

WPK ini diwujudkan untuk disesuaikan dengan planner murid. Planner murid ini diambil dan diadaptasikan dari sebuah sekolah di London semasa menjalani Kursus di King’s College, London. Apabila murid menggunakan planner, murid secara tidak langsung diajar untuk

M u k a S u r a t | 155 menganalisis dan sintesis semasa membuat perancangan akademik. Sehubungan dengan itu, terdapat unsur-unsur penerapan kemahiran berfikir dan pengurusan masa yang berkesan. Aspek-aspek ini merupakan added value kepada kualiti pembelajaran murid. SMK Raja Perempuan telah melaksanakan program ini bermula tahun 2010, 2011, dan 2012. Pemantauan program ini diletakkan dibawah barisan Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran.

2. Students Voice Committee

Pihak pengurusan sekolah juga telah mewujudkan Badan Kepimpinan Murid iaitu,Students Voice Committee dengan tujuan mendidik murid untuk bersuara bagi mendapatkan hak mereka dalam proses PdP yang berkualiti. Setiap kelas akan diwakili oleh seorang murid yang akan menyatakan ketidakpuashatian tentang hak yang patut diperoleh. Pihak pengurusan sekolah akan bermesyuarat dengan badan kepimpinan ini bertujuan untuk mendengar dan mengambil tindakan yang sewajarnya serta merasionalkan atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Students Voice Committee ini juga telah diadaptasi daripada amalan yang telah dilaksanakan oleh Wellington High School For Girls, di Surrey, United Kingdom (UK). Program ini melatih murid untuk menjadi lebih kritis, berfikiran terbuka, berkomunikasi secara berkesan, dan menggalakkan perbincangan secara berhemah untuk menyelesaikan sebarang isu.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan dengan kualiti pengajaran guru, maka penilaian kepada pengajaran guru menggunakan instrumen yang spesifik oleh murid yang terlibat akan dilaksanakan setelah guru tersebut dimaklumkan. Hasil dapatan akan dianalisis dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Students Voice. Melalui

M u k a S u r a t | 156 program seperti ini tindak tanduk proses pengajaran guru dapat dikawal oleh sistem dan guru akan sentiasa alert dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Oleh yang demikian, MMI dapat berlaku dan begitu juga kualiti PdP dapat dibudayakan .

3. Waktu Kokurikulum

SMK Raja Perempuan telah meletakkan perjumpaan kokurikulum dan sukan sebanyak 29 minggu (7 bulan). Daripada 29 minggu, perjumpaan yang wajib bagi aktiviti kokurikulum dan sukan ialah sebanyak 10 minggu untuk setiap persatuan dan kelab, unit beruniform, dan kelab permainan bagi membolehkan mereka mencapai 50% wajaran markah jika kehadiran mereka penuh. Perjumpaan kokurikulum yang selebihnya digunakan untuk Bengkel Mata Pelajaran dan Klinik Mata Pelajaran. Hal ini,merupakan strategi untuk top up masa instruksional yang formal di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung walaupun sekolah aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan aktiviti kluster, pihak pengurusan masih mengambil peluang untuk memberikan fokus kepada instruction.

Bengkel Mata Pelajaran akan diadakan setiap kali selepas ujian dan peperiksaan. Semua murid dilatih semula cara mengunakan scoring rubric bagi instrumen ujian dan peperiksaan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran mereka melalui penilaian kendiri dengan bimbingan guru mata pelajaran. Klinik Mata Pelajaran lebih berfokus kepada murid-murid kritikal yang mempunyai masalah yang sama melibatkan konstruk-konstruk tertentu yang perlu diberikan perhatian untuk lulus dalam peperiksaan awam. Tiada Guru di SMK Raja Perempuan dibenarkan mengadakan kelas tambahan, mereka hanya dibenarkan mengadakan bengkel ataupun klinik. Sukatan pelajaran

M u k a S u r a t | 157 perlulah dirancang dengan telilti dan dilaksanakan waktu PdP yang formal menggunakan pelbagai pendekatan.

Waktu kokurikulum ini juga digunakan untuk mengadakan seminar atau bengkel seperti teknik menjawab soalan awam, motivasi, kerjaya serta seminar. Semua aspek ini adalah penting dalam membangunkan keberhasilan pembelajaran murid.

4. Waktu Raptai Majlis Sekolah

Pengurusan Majlis Sekolah perlu dirancang dengan teliti dan setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) Kecil dalam Jawatankuasa Majlis Sekolah perlu mempunyai (SOP) untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan bagi mengawal kualiti majlis dan MMI. Dengan cara begini waktu raptai dapat dipendekkan. Selalunya, raptai yang pertama hanya menggunakan separuh hari sahaja. Jika raptai yang pertama diadakan sebelum rehat maka selepas rehat waktu PdP mestilah berlangsung seperti dalam jadual. Manakala raptai yang kedua,iaitu raptai penuh diadakan pada hari PdP pendek iaitu sama ada hari Khamis ataupun Jumaat. Dengan cara ini, guru-guru akan memikirkan cara terbaik dalam masa yang singkat untuk menghasilkan kualiti dan focus mereka kepadainstructional time, instruksional process tidak diganggu oleh majlis-majlis ini.

5. Kesimpulan

Kepimpinan sekolah perlulah sensitif tentang isu MMI di sekolah. WPK penting sebagai satu cara untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan dengan murid yang kadangkala boleh mengganggu PdP guru didalam kelas. Malahan, WPK juga dapat memberikan manfaat kepada

M u k a S u r a t | 158 keperluan peribadi murid dalam merancang kerja-kerja harian yang perlu diselesaikan sepanjang masa persekolahan dan juga waktu-waktu tertentu apabila murid itu berada di rumah. Dalam kesibukan pengurusan kokurikulum, penglibatan murid dalam aktiviti berbentuk akademik juga perlu diselit oleh kepimpinan sekolah dalam MMI untuk menyediakan peluang kepada murid bagi mendapatkan pembelajaran yang bermakna dan boleh meningkatkan pencapian prestasinya. Pengurusan sekolah perlu sedar bahawa dalam mengendalikan majlis- majlis keraian,situasi ini banyak mengganggu masa instruksional. Oleh itu, pengurusan yang terancang dan bersistematik dapat melindung masa instruksional. Manakala Student Voice Committee boleh membantu murid dan guru dalam menilai kebolehan menyampai dan menerima sesuatu bidang dengan lebih berkesan semasa PdP. Diharapkan masalah-masalah yang dihadapi boleh disampaikan melalui komuniti tersebut supaya PdP dapat yang dilaksanakan dan diubahsuai mengikut keperluan murid.

SYOR

Waktu Pengurusan Kelas perlu dijadikan satu rutin dalam menyelesaikan kerja- kerja perkeranian bagi menguruskan kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah murid. Tugasan ini mengambil tempoh yang agak lama dan jika tidak ditadbir urus dengan baik boleh mengganggu masa instruksional. Selain itu, kebolehan mentadbir hal-hal berkaitan dengan majlis-majlis keraian sekolah, kokurikulum dan Students Voice Committee boleh dijadikan satu agenda dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan sekolah. Perkara tersebut juga menggalakkan PdP yang bermakna demi MMI.

M u k a S u r a t | 159 Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia , (2011)

Sapone, C.O ( Winter 1985 ), “Curriculum: The Baisi for Instructional

M u k a S u r a t | 160

PROGRAM RELIEF BERKESAN

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Dalam dokumen buku mmi 2 pengurusan final (Halaman 161-168)