• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYELESAIAN ISU

Dalam dokumen buku mmi 2 pengurusan final (Halaman 134-140)

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN

PENYELESAIAN ISU

1. Jumlah masa murid hadir ke sekolah berjaya ditangani

(a) Kepung ponteng Kaedah pelaksanaan:

 Pentadbir menganalisis kehadiran murid mengikut bulan  Murid yang tidak hadir melebihi 10 hari akan dirujuk kepada

kaunselor

 Murid dipanggil mengikut tingkatan dan diberi taklimat kesan ponteng

 Murid menjalani sesi kaunseling berkelompok

 Kehadiran murid berkenaan dicatat setiap hari di bilik kaunselor

 Jika tidak hadir murid diminta memberikan dokumen tunjuk sebab

 Sekiranya tidak hadir 3 hari berturut-turut akan diberi sesi kaunseling individu

 Pemantauan berterusan akan terus dilakukan

M u k a S u r a t | 127

(b) Menyelesaikan masalah ‘guru tiada’.

i. Modul Jadual Ganti Berfokus Sekolah melaksanakan:

 Modul yang dilaksanakan di sekolah ini bermatlamatkan isu, ‘guru tiada’ di sekolah atau di dalam bilik darjah, agar masa instruksional murid di dalam bilik darjah tidak terganggu. Pelaksanaan modul guru ganti bagi guru yang menghadiri urusan luar sekolah yang tarikhnya diketahui terlebih awal.

 Catatan : Buku log keluar masuk guru dan bahan/modul yang disediakan, dicatat dalam buku log bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan.

 Di sekolah ini juga, pelaksanaan ‘jual beli’ waktu

pengajaran di dalam kelas berlaku dengan baik apabila guru-guru bertugas di luar sekolah. Guru-guru sendiri mempunyai rasa tanggungjawab dalam memastikan PdP tetap berlaku walaupun mereka tiada di sekolah. Tarikh urusan rasmi dimaklumi lebih awal bagi guru yang terlibat.

Guru rancang, sediakan bahan/modul PdP untuk kelas yang ditinggalkan Bahan mencukupi, dilabel ikut mata pelajaran dan kelas, diserah pada Guru

Kanan

Guru ganti mengambil bahan dari bilik Guru Kanan

Modul dilaksanakan dalam waktu ganti, dikumpul, dan diserahkan kepada guru mata pelajaran untuk tindakan selanjutnya.

M u k a S u r a t | 128 Pihak pengurusan akan dimaklumkan tentang pelaksanaan ‘jual beli’ waktu pengajaran tersebut. ii. Modul Siap Siaga

Modul ini diguna pakai apabila ‘guru tiada’ atau ‘murid tiada’

Kaedah pelaksanaan Modul Siap Siaga

 Modul disediakan oleh panitia mata pelajaran masing- masing.

 Modul disimpan dalam rak yang disediakan oleh pihak pengurusan.

 Guru ganti atau wakil murid di dalam kelas berkenaan akan mendapatkan modul daripada pihak pengurusan.  Tugasan dilaksanakan oleh murid berdasarkan modul

yang dilaksanakan.

 Pencapaian prestasi murid direkodkan.

 Guru mata pelajaran menganalisis pencapaian murid dan melakukan penambahbaikan.

iii. Program Guru Muda

Program dilaksanakan apabila guru ditugaskan secara

adhoc oleh pihak atasan.

Kaedah pelaksanaan Program Guru Muda:

 Kelayakan guru muda dalam kalangan murid dikenal pasti berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir Tahun.  Pemilihan guru muda dilakukan bersama-sama guru

dan murid.

 Kaunselor membimbing murid tentang prosedur/tugas Guru Muda.

M u k a S u r a t | 129  Persediaan bahan dengan bimbingan guru mata

pelajaran.

 Pencapaian prestasi rakan direkodkan setelah tamat masa PdP.

 Borang penilaian Guru Muda diedarkan kepada murid dan diserahkan kepada guru mata pelajaran.

 Guru mata pelajaran melaksanakan analisis dan penambahbaikan.

iv. Program Teach To Teach

Program ini khusus untuk guru bukan opsyen yang bertujuan untuk memastikan:

 guru tersebut mendapat bimbingan daripada guru-guru berpengalaman bagi melonjakkan potensi dan pembangunan profesional masing-masing.

Mentor dipilih untuk membimbing guru berkenaan dari segi:

 sukatan pelajaran dan huraian sukatan  buku panduan guru

 perancangan tahunan dan persediaan mengajar harian  sumber PdP

 pengurusan bilik darjah  refleksi

 pengelolaan kurikulum Peranan panitia mata pelajaran:

 Pengajaran mikro. Guru-guru didedahkan kepada teknik pengajaran mata pelajaran bukan opsyen.

M u k a S u r a t | 130  Pencerapan rakan sebaya. Kemahiran PdP guru-guru bukan opsyen akan ditingkatkan apabila dicerap atau mencerap.

 Bengkel Penataran Kertas Jawapan murid dilaksanakan.

 Bimbingan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM).  Membina modul bersama-sama mentor.

(c) Situasi-situasi Lain

i. Kesediaan dan keberkesanan guru melaksanakan PdP serta kesediaan murid belajar.

 Tiada masalah kerana budaya cemerlang guru dan murid sudah sebati.

ii. Guru dan murid dipanggil ke pejabat.

 Janji temu ditetapkan selepas waktu persekolahan. iii. Pengumuman melalui pembesar suara dan siaran pengetua.

 Pengumuman ditetapkan hanya waktu rehat sahaja, siaran maklumat dicetak dan diedarkan.

iv. Aktiviti sukan sekolah atau sukantara.  Dilaksanakan pada waktu petang.

SYOR

Bersandarkan ciri-ciri kepimpinan instruksional yang dimiliki pengetua iaitu mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PdP untuk membangunkan profesional guru, interpersonal yang mantap, dan memotivasikan guru-guru bagi menerapkan semangat kerja sepasukan. Pelaksanaan program-program pembangunan murid pula berjaya menjana kecemerlangan murid-murid

M u k a S u r a t | 131 sekolah ini. Keprofesionalisme guru-guru dapat direalisasikan melalui penghayatan visi dan matlamat yang jelas bagi menjamin keunggulan peribadi, keberhasilan kerja, komunikasi berkesan, dan berpotensi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Hasilnya sekolah ini telah berjaya MMImelalui pendekatan-pendekatan realistik seperti yang diutarakan. Keputusan Peperiksaan Awam sentiasa mendahului sekolah-sekolah harian biasa di Daerah Kota Setar malah beberapa buah sekolah kluster daerah-daerah lain di negeri Kedah. Kecemerlangan sekolah juga terserlah melalui penglibatan aktif murid-murid dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat tertinggi dan pembangunan sahsiah murid sentiasa terpelihara.

Masa instruksional dapat dilaksanakan apabila semua pihak bertanggungjawab melaksanakan serta merealisasikan tugas masing-masing dan menyokong semua program melindungi masa instruksional. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memastikan murid disediakan peluang pembelajaran yang optimum dan berkesan dapat direalisasikan.

Rujukan

Robiah Sidin.(1994).Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan, Kuala Lumpur :Penerbit Fajar Bakti.

McBeath.J. and Mortimore.P. (2001). Improving School Effectiveness: Open University Press.

Dr Haji Ishak bin Sin, Jilid 14.Bil.02.Disember 2004Pengurusan dan Pendidikan,

Mok Soon Sang. (2000).Ilmu Pendididkan KPLI Semester 1 dan 2

Bahan dari internet : deriakacamata blog spot.com/2008/11/Guru-guru Tiada di Sekolah pada Masa Persekolahan.

M u k a S u r a t | 132 Bahan persembahan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah

2012

Surat Pekeliling Ikhtisas

MEMAKSIMUMKAN WAKTU PdP

Dalam dokumen buku mmi 2 pengurusan final (Halaman 134-140)