Mengikut laporan kajian sya,analisis data telah dibuat hasil daripada kajian hasil borang soal selidik yang telah menggunakan kaedah skala likert secara deskriptif untuk analisis data daripada soal selidik laporan kajian. Berikutnya ialah penghasilan data mengikut skala yang diberi :
SANGAT TIDAK SETUJU SKALA 1
TIDAK SETUJU SKALA 2
TIDAK PASTI SKALA 3
SETUJU SKALA 4
SANGAT SETUJU SKALA 5
Borang soal selidik telah dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian telah disemak dan dijawab oleh pengusaha,pekerja dan juga para pengunjung di lading strawberi, Taman Agro Al-Mashoor,Cameron Highlands,Pahang. Maklumat yang diberi adalah amat berfaedah dan telah membolehkan saya menghasilkan kajian yang berguna bagi saya dan juga mereka yang terlibat secara lansung mahupun secara tidak langsung.
Bahagian A Latar belakang responden
produk buah strawberi
Bahagian C Impak penggunaan sains dan teknologi
5.0. DAPATAN KAJIAN. 5.1. ANALISIS BAHAGIAN A. 5.1.1. UMUR RESPONDEN. R aj a h
5.1.1 : Demografi berdasarkan umur responden. 27% 33% 30% 10%
UMUR RESPONDEN
20 - 29 30-39 40-49 50 & keatas1 Frekuensi = 1 Responden Sumber : Hasil kajian soal selidik Jadual 5.1.1 :Bilangan Responden yang Dipilih Secara Rawak Berdasarkan Umur.
Umur Responden Frekuensi Peratusan %
20 - 29 8 26.67 %
30 - 39 10 33.33 %
40 - 49 9 30 %
50 & ke atas 3 10 %
Carta pai dan Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan umur. Didapati bahawa responden 30-39 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangan seramai 10 orang dewasa iaitu 33.33% dan diikuti dengan bilangan seramai 9 orang dewasa dalam lingkungan umur 40-49 tahun iaitu sebanyak 30.0%. Seterusnya diikuti dengan 8 orang yang berumur Antara 20-29 tahun sebanyak 26.67%. Manakala responden yang paling kurang sebanyak 3 orang responden yang berumur 50 tahun dan ke atas yang peratusannya sebanyak 10.0 % sahaja dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Menurut kajian saya, didapati bilangan responden yang berumur 30 hingga 39 tahun yang memberi respond yang banyak. Hal ini demikian kerana peringkat umur sebegini yang bekerja telah mempunyai pengetahuan yang lebih luas. Faktor ini mendorong mereka untuk mengenali pengaplikasian sains dan teknologi dengan lebih terperinci.
Selain itu, golongan ini juga mempunyai pengalaman jangka panjang. Oleh hal yang demikian, ianya memudahkan saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih relevan kerana mereka lebih berpengetahuan tentang semua kaedah malahan manfaat yang diperoleh daripada penggunaan sains dan teknologi yang mereka telah mereka gunakan untuk penghasilan sesuatu produk. Ini memudahkan saya untuk mendapatkan respond yang banyak dalam kategori umur yang tersebut.
5.1.2. JANTINA RESPONDEN
5.1.2 : Bilangan Responden berdasarkan Jantina
Jantina Frekuensi Peratusan %
Lelaki 18 60%
Perempuan 12 40%
Jumlah 30 100%
5.1.2 : Demografi berdasarkan jantina responden
60% 40%
JANTINA RESPONDEN
Lelaki Perempuan
1 Frekuensi = 1 Responden Sumber: Kajian hasil soal selidik.
Carta pai dan jadual di atas menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Dalam kajian ini majoriti responden ialah lelaki iaitu lebih ramai berbanding dengan responden perempuan.. Hal ini demikian kerana responden lelaki lebih mengenali pengaplikasian sains dan teknologi dalam pertanian berbanding dengan jantina perempuan. Responden lelaki seramai 18 orang iaitu sebanyak 60.0% manakala responden perempuan seramai 12 orang yang sama dengan sebanyak 40.0%.
Menurut kajian saya,lelaki lebih ramai berbanding dengan perempuan kerana kini golongan lelaki lebih berminat terhadap bidang kemahiran sebegini malahan ilmu yang dimiliki oleh mereka terlalu banyak tentang sains dan teknologi yang digunakan.Perempuan
kurang mengenali bidang sains dan teknologi kerana kebanyakkannya lebih berminat bekerja di pejabat dan menghadap komputer. Tetapi golongan lelaki lebih berpengalaman berbanding perempuan kerana bidang sebegini melibatkan kemahiran seseorang dan lelaki lebih berminat pada bidang kemahiran sebegini. Contohnya,pemprosesan produk jem,aiskrim,krim kek dan lain-lain mampu membantu meningkatkan kemahiran seseorang.Kemahiran yang berbeza ini selalunya dimiliki oleh lelaki kerana minat mereka terhadap bidang kemahiran pengendalian setiap teknologi yang ada.. Jadi, dalam kajian saya responden yang paling banyak memberi respons adalah golongan lelaki.
5.1.3 : Demografi berdasarkan bangsa responden
Bangsa Frekuensi Peratusan %
Melayu 12 40%
Cina 10 33.33%
India 8 26.67%
Jumlah 30 100
5.1.3 : Demografi berdasarkan bangsa responden
40% 33% 27%
BANGSA RESPONDEN
Melayu Cina India 1 Frekuensi = 1 Responden Sumber: Kajian hasil soal selidik.Carta pai dan Jadual 3 menunjukkan jumlah untuk kategori setiap bangsa responden. Hasil kajian mendapati bangsa melayu merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 12 orang yang mewakili 40.0%. Hal ini terjadi kerana aktiviti pertanian ini merupakan aktiviti utama bangsa melayu sejak dahulu lagi sebagai sumber pencarian bagi menampung keperluan harian. Selain itu, diikuti dengan bangsa cina iaitu seramai 10 orang dan mewakili
sebanyak 33.33% yang telah memberi kerjasama dengan baik dalam kajian ini dan bangsa india seramai 8.0% yang mewakili sebanyak 26.67% yang membantu dalam hasil kajian ini.
Bangsa cina mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang tinggi oleh itu tidak hairanlah jika bangsa cina menjadi bangsa kedua terbanyak dalam kajian ini kerana kemahiran mereka yang mampu menaiktarafkan sesuatu hasil pertanian kepada beberapa jenis produk yang baharu sekaligus dapat meningkatkan pendapatan diri dan Negara.Manakala bangsa india merupakan bangsa paling sedikit dalam kajian ini kerana kemahiran atau minat mereka terhadap pengaplikasian sains dan teknologi terhadap pertanian strawberi ini amatlah kurang.
5.1.4 TARAF PENDIDIKAN
Taraf Pendidikan Frekuensi Peratusan %
Sekolah Rendah 0 0
SPM 6 20 %
Ijazah 12 40 %
Lain-lain 2 6.67 %
Jumlah 30 100
5.1.4 : Demografi berdasarkan taraf pendidikan responden
20%
33% 40%
7%
TARAF PENDIDIKAN RESPONDEN
Sekolah Rendah SPM STPM / Diploma Ijazah Lain-lain 1 Frekuensi = 1 Responden Sumber: Kajian hasil soal selidik.
Carta pai dan jadual di atas telah menunjukkan bahawa majoriti responden yang terdapat dalam hasil kajian yang dilakukan ini adalah seramai 12 orang yang mewakili 40 % kerana pengetahuan yang dimiliki oleh mereka berdasarkan kelulusan taraf pendidikan mereka iaitu peringkat ijazah. Seterusnya,diikuti dengan responden berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) atau Diploma seramai 10 0rang yang mewakili sebanyak 33.33% dimana responden pada peringkat sebegini masih lagi dalam proses mengenali pengaplikasian sains dan teknologi pertanian dalam penghasilan produk-produk buah strawberi.
Tidak ketinggalan juga, responden pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) merupakan responden yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang kemahiran sains dan teknologi tetapi mereka hanya seramai enam orang dan mewakili sebanyak 20 %. Selain itu, taraf pendidikan lain-lain tersebut ialah peringkat ijazah sarjana seramai 2 orang sahaja yang mewakili sebanyak 6.67 %. Mereka ini adalah golongan pengkaji asal buah strawberi yang telah di perkenalkan di Cameron Highland malah mempunyai pelbagai pengetahuan yang luas tentang buah strawberi yang dikaji semenjak mereka mula berjinak-jinak dalam dunia pertanian buah strawberi ini.
5.1.5 PEKERJAAN RESPONDEN
Pekerjaan Frekuensi Peratusan %
Sektor Awam 17 57%
Sektor Swasta 13 43%
5.1.5 Demografi berdasarkan pekerjaan responden 57% 43%
PEKERJAAN RESPONDEN
SEKTOR AWAM SEKTOR SWASTA1 Frekuensi = 1 Responden Sumber: Kajian hasil soal selidik.
Carta pai dan jadual 5 diatas menunjukkan bilangan responden berdasarkan sektor pekerjaan yang diceburi.Kategori pekerjaan sektor awam merupakan majoriti dalam kajian ini seramai 17 orang yang mewakili 57%. Hal ini demikian kerana mereka lebih banyak pengalaman tentang kajian ini kerana ianya mempunyai kelebihan tempat yang strategik dan kelebihan kewangan dalam membangunkan kawasan pertanian sendiri. Seterusnya,diikuti pekerjaan sektor swasta seramai 13 orang dan mewakili sebanyak 43%. Responden ini hanyalah diwakili oleh golongan bekas-bekas pelajar yang lepasan universiti didalam bidang pertanian yang mula berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan pertanian ini.
Bidang pertanian ini merupakan bidang yang paling luas dalam pengaplikasian sains dan teknologi kerana terhasilnya pelbagai produk hiliran yang berbentuk kesihatan untuk kegunaan para pembeli tanpa mengira peringkat umur mahupun jantina. Oleh itu,manfaat sains dan teknologi dalam pertanian ini merupakan satu cara baru untuk proses pengeluaran produk mengikut permintaan ramai.
5.2. ANALISIS BAHAGIAN B.
Dalam bahagian B ini, iaitu dalam borang soal selidik telah membincangkan tentang aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi.Kategori tersebut adalah seperti berikut:
5.2 1. Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah strawberi di Cameron Highlands.
Jadual 6 : Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilam produk buah strawberi.
. BIL (R) ( % ) BIL (R) (%) BIL (R) (%) BIL (R) (%) BIL (R) (%) 1. Mempercepatkan proses pengeluaran. 0 0.0 0 0.0 2 6.7 17 56.7 11 36.7 3
2. Tenaga pekerja yang berpengetahuan luas.
0 0.0 0 0.0 3 10.0 13 43.3 14 46.7 2 3. Menghasilkan kualiti
buah yang baik.
0 0.0 2 6.7 5 16.7 12 40.0 11 36.7 2
4. Mengikut spesifikasi teknologi masa kini.
0 0.0 0 0.0 0 0.0 10 33.3 20 66.7 3 5. Modal yang amat besar
dalam penghasilan produk.
0 0.0 0 0.0 0 0.0 13 43.3 17 56.7 3
6. Fungsi yang berbeza. 0 0.0 0 0.0 0 0.0 14 46.7 16 53.3 3 7. Pemprosesan menjadi lebih mudah 0 0.0 2 6.7 1 3.3 9 30.0 18 60.0 3 8. Mengembangkan produk buah strawberi. 0 0.0 0 0.0 0 0.0 19 63.3 11 36.7 3 9. Latar belakang yang
berbeza. 0 0.0 4 15.3 5 16.7 15 50.0 6 20.0 3 10. Nutrient mengikut pertumbuhan pokok. 0 0.0 0 0.0 7 23.3 11 36.7 12 40.0 2
Rajah 5.2.1: Demografi Responden Aplikasi Sains dan Seknologi dalam penghasilan buah strawberi
0 20 40 60 80 100 120
Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah starwberi
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
P er at us b ila ng an r es po nd en
1 Frekuensi = 1 Responden Sumber: kajian hasil soal selidik. Buah strawberi merupakan lambang atau identiti kepada Cameron Highland yang mana perlu dipertahankan dari generasi ke generasi yang akan datang. Menurut kajian saya yang dijalankan di kawasan Kampung Taman Sedia,Cameron Highlands telah didapati semua responden yang saya jumpa sangat positif terhadap pengaplikasian sains dan teknologi dalam menghasilkan buah strawberi yang mampu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
Saya telah mengemukakan beberapa soalan tentang pengaplikasian sains dan teknologi yang digunakan oleh mereka dalam penghasilan buah strawberi. Ramai responden telah memberi sambutan yang baik terhadap kajian saya dan sangat bekerjasama dengan saya. Dalam kajian saya didapati majoriti responden bersetuju bahawa teknologi moden ini mampu mempercepatkan proses iaitu seramai 17 orang responden telah bersetuju kepada pendapat tersebut mewakili sebanyak 56.7%. Manakala hanya seramai 11 responden sahaja yang sangat bersetuju dengan pendapat tersebut yang bersama dengan sebanyak 36.7%. Didapati bahawa hanya seramai 2 responden sahaja yang tidak pasti mengenai pendapat di atas kerana mereka kurang pengetahuan mengenai aplikasi sains dan teknologi yang digunakan dalam menghasilkan buah strawberi.
Walaupun buah strawberi ini telah lama dikenali di Cameron Highland, namun aplikasi sains dan teknologi ini mula dikenali sejak beberapa tahun yang lepas malahan mampu melahirkan tenaga pekerja yang berpengetahuan luas tentang pengaplikasi sains dan teknologi yang digunakan. Selepas kajian soal selidik habis dijalankan didapati bahawa seramai 14 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak 46.7%. Manakala, seramai 13 orang responden hanya bersetuju dengan pendapat saya mewakili sebanyak 43.3%. Namun, hanya 3 responden yang tidak pasti dengan pendapat saya iaitu sebanyak 10.0%.
Selain itu, hasil daripada kajian saya, didapati bahawa sebanyak 66.7% golongan responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut dengan seramai 20 orang dan hanya 33.3% iaitu seramai 10 orang telah bersetuju bahawa sains dan teknologi yang terhasil kini telah mengikut spesifikasi perkembangan masa kini setanding dengan perkembangan arus teknologi negara luar untuk memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti tersendiri.
Seterusnya, modal yang amat besar diperlukan dalam penghasilan produk tersebut.Pendapat ini telah pun dipersetujui oleh 17 orang responden yang mewakili 56.7% ini bermaksud pengaplisian sains dan teknologi yang dicipta untuk menghasilkan buah
strawberi ini merupakan salah satu kaedah yang bermutu tinggi dan 13 orang responden yang berada di skala (4) yang mewakili sebanyak 43.3% yang hanya bersetuju terhadap pendapat diatas.
Pengaplikasian yang diciptakan ini mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza supaya para pekerja mempunyai kemahiran yang tertentu.Apabila kemahiran yang ada ini mengikut fungsi setiap teknologi berkenaan maka kemahiran para pekerja tersebut dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Menurut kajian saya didapati sebanyak 53.3% responden iaitu sebanyak 16 bilangan orang yang sangat bersetuju dengan pendapat tersebut manakala 14 orang responden iaitu sebanyak 46.7% hanya bersetuju dengan pendapat diatas kerana setiap proses penghasilan memerlukan teknologi yang berbeza fungsi.
Dengan adanya pengaplikasian sains dan teknologi ini maka pemprosesan produk menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi-teknologi yang ada ini. Didapati seramai 18 orang responden sangat bersetuju terhadap pendapat yang dikemukan yang mewakili sebanyak 60.0% manakala 9 orang responden hanya bersetuju dan mewakili sebanyak 30.0%. Tetapi hasil kajian yang dilakukan ini hanya seorang responden tidak pasti terhadap pemprosen produk iaitu sebanyak 3.3% dan 2 orang lagi responden yang mewakili sebanyak 6.7% tidak bersetuju terhadap pendapat yang diberi.
Seterusnya, teknologi yang digunakan amat berpotensi mengembangkan buah strawberi.Hasil kajian saya menyatakan bahawa seramai 11 orang responden mewakili sebanyak 36.7% telah membuktikan bahawa pendapat tersebut adalah benar. Manakala seramai 19 orang responden yang sama dengan peratusannya sebanyak 63.3% telah hanya bersetuju dengan pendapat saya. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka yang bersetuju terhadap pendapat tersebut ialah mereka yang yakin terhadap pengaplisian sains dan teknologi yang dicipta khas untuk penghasilan buah strawberi tersebut dan membolehkan produk buah strawberi tersebut berkembang.
Selain itu, pengaplikasian sains dan teknologi dalam pertanian ini juga mempunyai latar belakang yang berbeza majoritinya hanya bersetuju terhadap pendapat yang diberi iaitu seramai 15 orang yang mewakili sebanyak 50.0% diikuti dengan 20.0% iaitu seramai 6 orang yang sangat bersetuju. Hal ini kerana mereka yang bersetuju ini mengetahui bahawa setiap teknologi yang digunakan berasal daripada pelbagai jenis bahan yang berbeza dan mempunyai tahap kualiti yang tersendiri.Manakala seramai 5 orang responden tidak pasti dengan pendapat tersebut dan 4 orang responden tidak bersetuju terhadap pendapat tersebut yang mewakili 16.7% dan15.3% kerana mereka kurang pengetahuan tentang teknologi-teknologi tersebut.
Menurut hasil pendapatan kajian saya, seramai 12 orang responden yang mewakili 40.0% telah sangat besetuju bahawa nutrient yang terhasil dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Ada juga golongan yang hanya setuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak 36.7% orang bersamaan dengan 10 orang responden. Ini jelas membuktikan nutrient yang terhasil itu masih ada tetapi dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Hanya seramai 7 orang responden tidak pasti terhadap kenyataan tersebut mewakili 23.3%. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi-teknologi moden ini masih mampu menghasilkan pelbagai nutrient yang menjamin kesihatan pengguna.
Rajah 5.2.2: Min Graf Bar Aplikasi Sains dan Teknologi dalam penghasilan buah strawberi
Rajah di atas menunjukkan Purata Min keseluruhan terhadap pengaplikasian yang digunakan dalam penghasilan buah strawberi di Cameron Highland. Berpandukan rajah diatas terdapat persamaan min purata iaitu sebanyak 3 untuk pendapat pertama, keempat,kelima,keenam,ketujuh,kelapan,kesembilan. Ini membuktikan bahawa teknologi-teknologi yang digunakan ini mempunyai pelbagai kegunaan yang mampu mendatangkan manfaat. Pengaplikasian yang dihasilkan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi strawberi dengan kepelbagaian kegunaan utuk kebaikan kesihatan seluruh masyarakat.
Kepelbagaian teknologi untuk penghasilan buah strawberi ini menjadi salah satu faktor kewujudan pelbagai manfaat buah tersebut. Buah strawberi yang terhasil mempunyai kandungan nutrient yang berbeza kerana kawalan nutrient dilakukan mengikut setiap pertumbuhan pokok.
Bagi pendapat yang kedua, minnya adalah 2 kerana ada segelintir responden yang tidak pasti bahawa pengaplikasian sains dan teknologi ini mampu melahirkan tenaga pekerja yang berpengetahuan luas terhadap teknologi-teknologi yang digunakan untuk penghasilan produk.Hal ini jelas menunujukkan bahawa teknologi yang digunakan ini mampu melahirkan tenaga pekerja yang berpengetahuan terhadap teknologi-teknologi serba moden kini.
Akhir sekali, purata min yang ketiga dan kesepuluh juga adalah sebanyak 2. Sebahagian responden masih tidak pasti terhadap pengaplikasian sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi ini sebenarnya masih dapat menghasilkan kualiti buah yang baik serta nutrient yang mencukupi untuk setiap isi pokok walaupun kandungan nutrient itu dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Oleh hal yang demikian pendapat ini tetap masih diterima penuh oleh ramai pihak kerana mereka melihat dan merasai produk-produk yang dihasilkan daripada buah strawberi masih mempunyai kualiti yang baik dan menjamin kesihatan pengguna lain.
5.3. ANALISIS BAHAGIAN C.
Dalam bahagian C, iaitu dalam borang soal selidik telah mengkaji impak aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi.
5.3.1 : Pendapat tentang impak aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi adalah seperti berikut:
Jadual 5.3.1 : Pendapat tentang impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk buah strawberi.
Bil Item soalan Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 Min
Bil (R) % Bil (R) % Bil (R) % Bil (R) % Bil (R) % 1. Menghasilkan pelbagai produk
yang berkualiti
0 0 0 0 0 0 7 23.3 23 76.7 4
2. Mengeluarkan produk mengikut permintaan
0 0 0 0 0 0 13 43.3 17 56.7 3
3. Menjamin kesihatan pengguna 0 0 0 0 0 0 20 66.7 10 33.3 3 4. Khasiat yang terhasil tiada
perbezaan
1 3.3 2 6.7 0 0 7 23.3 20 66.7 3
5. Mendapat tempat dipasaran 0 0 0 0 0 0 12 40.0 18 60.0 3
6. Peluang pekerjaan semakin luas 0 0 0 0 3 10 13 43.3 14 46.7 2 7. Meningkatkan pendapatan diri
atau pengeluar
0 0 1 3.3 4 13.3 14 46.7 11 36.7 2
8. Kemahiran para pekerja dapat ditingkatkan
0 0 0 0 5 16.7 15 50.0 10 33.3 3
9. Produk yang diyakini khasiatnya 0 0 0 0 7 23.3 13 43.3 10 33.3 2 10. Meningkatkan pengeluaran
produk
0 0 0 0 8 26.7 12 40.0 10 33.3 2
buah strawberi 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
Impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk buah strawberi
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
P er at us b ila ng an r es po nd en
Teknologi yang digunakan mampu menghasilkan pelbagai impak kepada produk yang dihasilkan serta ekonomi semasa pengeluar. Pengaplikasian sains dan teknologi ini juga sebenarnya mendidik pengetahuan serta kemahiran yang dimiliki oleh seseorang manusia.Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.
Menurut kajian saya terdapat pendapat yang telah saya beri kepada 30 orang responden dan telah mendapat sambutan yang agak baik. Antara pendapat saya yang pertama ialah impak aplikasi sains dan teknologi ini mampu menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti. Pendapat ini telah dipersetujui oleh semua responden tetapi ada yang setuju dan ada yang sangat bersetuju dengan jumlah responden iaitu seramai 7 orang responden hanya bersetuju yang mewakili sebanyak 23.3% dan 23 orang responden iaitu sebanyak 76.7% sangat bersetuju terhadap pendapat yang diberi.
Pendapat seterusnya,teknologi yang digunakan ini juga dapat mengeluarkan produk mengikut permintaan.Pendapat ini hanya dipersetujui seramai 13 orang responden iaitu sebanyak 43.3%. Responden seterusnya seramai 17 orang yang mewakili sebanyak 56.7% sangat bersetuju terhadap pendapat tersebut dan mereka percaya bahawa pengaplikasian sains dan teknologi ini memberi impak yang positif terhadap produk yang dihasilkan.
Selain itu, seramai 20 orang responden hanya bersetuju dengan pendapat bahawa pengaplikasian sains dan tekonologi dapat menjamin kesihatan pengguna iaitu mewakili sebanyak 66.7% daripada keseluruhan bilangan responden. Manakala bilangan yang lain iaitu sebanyak 10 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak 33.3%. Ini menunjukkan teknologi moden ini masih mampu menghasilkan produk yang menjamin kesihatan pengguna.
Seramai 1 orang daripada 30 responden telah tidak bersetuju dengan pandapat saya iaitu khasiat yang terhasil tiada perbezaan manakala seramai 2 orang responden juga kurang setuju dengan pandangan saya yang mewakili sebanyak 6.7% dan 7 orang responden hanya 23.3% hanya bersetuju kerana mereka mempunyai pengetahuan yamg luas tentang teknologi tersebut dan 20 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tesebut yang mewakili sebanyak 66.7%. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa kemajuan teknologi ini masih mampu mengekalkan khasiat asal yang dimiliki oleh buah tersebut.
Seterusnya, produk hiliran yang terhasil ini mampu mendapat tempat dipasaran, jumlah responden seramai 12 orang responden hanya bersetuju mewakili sebanyak 40.0%. Malahan ada juga golongan yang sangat setuju dengan pendapat tersebut iaitu seramai 18 orang responden yang peratusannya sebanyak 60.0%. Majoriti bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pengetahuan yang dimiliki oleh mereka serta pengalaman yang dimiliki oleh responden-responden tersebut.
Antara impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk tersebut ialah kesihatan para pengguna menjadi lebih baik kerana kandungan khasiat yang tinggi dalam buah strawberi tersebut menyebabkan buah strawberi ini mendapat permintaan tinggi di pasaran serata negeri. Antara contoh khasiat buah strawberi ini ialah ia mampu mencegah penyakit kanser,selsema,pneumonia,malaria kerana hasil daripda vitamin yang ada dalam buah tersebut. Jadi,tidak hairanlah jika produk-produk hiliran buah strawberi ini terus mendapat tempat dihati ramai.
Semakin banyak teknologi moden dicipta dan diguna pakai oleh semua bidang perniagaan,peluang pekerjaan juga semakin luas. Hal ini demikian kerana teknologi yang dicipta dan digunakan untuk penghasilan setiap produk-produk hiliran memerlukan tenaga manusia dalam siap kemahiran. Pendapat ini semakin kukuh kerana persetujuan majority para responden yang memberi kerjasama dalam kajian yang dijalankan ini. Seramai 13 orang responden yang mewakili sebanyak 43.3% bersetuju dam 14 orang responden iaitu sebanyak 46.7% sangat bersetuju dengan pendapat tersebut kerana mereka lebih percaya bahawa teknologi yang diciptakan untuk penghasilan produk-produk tersebut akan membuka peluang pekerjaan yang sangat kepada para graduan atau sesiapa yang mempunyai kemahiran tinggi dalam pengendalian teknologi ini. Walaubagaimanapun, hanya sekumpulan kecil ini sahaja yang tidak pasti dengan pendapat tersebut iaitu seramai 3 orang responden mewakili 10%.
Tidak ketinggalan juga, kemahiran para pekerja juga dapat ditingkatkan apabila wujudnya pengaplikasian sains dan teknologi ini dalam menghasilkan produk-produk hiliran buah strawberi. Oleh itu,seramai 15 orang responden hanya bersetuju dan 10 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut dan masing-masing mewakili 50.0% dan 33.3% pada pendapat yang diberi tetapi terdapat 5 orang responden yang mwakili sebanyak 16.7%