• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SC DAN TEKNOLO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KERJA KURSUS PENGAJIAN AM SC DAN TEKNOLO"

Copied!
56
0
0

Teks penuh

(1)

APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KESAN DALAM PENGHASILAN BUAH STRAWBERI DI TAMAN AGRO AL-MASHOOR,KAMPUNG TAMAN SEDIA

CAMERON HIGHLANDS,PAHANG.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pengaplikasian sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah strawberi di Taman Agro Al-Mashoor,Kampung Taman Sedia,Cameron Highlands,Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi di Taman Agro AL-Mashoor,Kampung Taman Sedia,Cameron Highlands,Pahang dan mengkaji impak sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi di Taman Agro Al-Mashoor,Kampung Taman Sedia,Cameron Highland,Pahang. Lokasi kajian ini dijalankan di sekitar Kampung Taman Sedia,Cameron highlands,Pahang. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik,temubual,rujukan dan pemerhatian. Seramai 30 orang responden telah disoal selidik mengikut beberapa kriteria. Dapatan kajian mendapati bahawa pengaplikasian sains dan teknologi ini mempunyai kebaikan dalam penanaman buah strawberi untuk produk hilirannya kepada seluruh masyarakat tanpa mengira usia kerana khasiat yang dimiliki oleh produk tersebut berdasarkan permintaan semasa produk tersebut.Kesimpulannya, kajian ini telah membantu pengkaji dan masyarakat lain dalam memperolehi pelbagai info terhadap sains dan teknologi yang dapat memberi pelbagai manfaat kepada semua.

(2)

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan keizinannya dan berkat usaha diri sendiri saya berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan juga guru mata pelajaran saya sendiri. Buat diri sendiri saya berbangga kerana mampu menghadapi masalah masa kerana pelbagai tugasan yang terpaksa dijalankan dalam masa yang sama.

Seterusnya,kepada kedua ibubapa saya iaitu Encik Amir Bin Umar dan Pn. Norhayati Binti Mat Sam terima kasih yang tidak terhingga kerana berkat doa serta restu kalian saya mampu menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kerana sanggup berkorban dalam pelbagai segi hanya demi memudahkan saya melakukan kajian yang diberi. Kepada saudara mara yang jauh diperantauan bantuan kali amat saya hargai kerana pelbagai info-info yang banyak mendorong semangat saya meneruskan kajian ini.

Selain itu,buat semua guru matapelajaran Pengajian Am segulung apresiasi khas buat kalian kerana sanggup memberi tunjuk ajar bagi menjayakan kajian ini terutamanya kepada Cikgu Chandran guru pengajian am saya yang tidak lokek akan ilmu yang dimiliki oleh beliau demi memastikan yang terbaik buat anak didiknya dalam penyiapan kajian ini. Inshaallah kajian ini akan jadi kajian yang terbaik buat semua yang tidak lokek membantu.

Akhir sekali,buat Dato’ Haji Syed Abdul Rahman terima kasih kerana sudi meluangkan masa yang agak lama untuk memastikan kesempurnaan kajian saya ini. Tanpa bantuan beliau kajian ini tidak akan menjadi realiti seperti yang diharapkan.

(3)
(4)

5.1 Demografi Responden 12-21 5.2 Aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi 22-28 5.3 Impak aplikasi sains dan teknologi penghasilan produk buah strawberi 29-36 6.0 Rumusan dan Kesimpulan

6.1 Soalan sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi 37-38 6.2 Impak aplikasi sains dan teknologi penghasilan produk buah strawberi 39-40 6.3 Kesimpulan 41

7.0 Bibliografi 42

(5)

1.0 PENGENALAN

Perkataan sains berasal dari bahasa latin ” scientia ” yang bererti pengetahuan. berdasarkan webster new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang melingkupi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya didapatkan dan dibuktikan melalui metode ilmiah. Sains dalam hal ini merujuk kepada sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang terjadi di alam. pengertian sains juga merujuk kepada susunan pengetahuan yang orang dapatkan melalui metode tersebut atau bahasa yang lebih sederhana, sains adalah cara ilmu pengetahuan yang didapatkan dengan menggunakan metode tertentu.

Teknologi berasal daripada perkata techne yang bererti yang bererti cara dan logos yang bererti pengetahuan. Jaques Ellul mengertikan teknologi sebagai keseluruhan metode yang secara rasional mengarah dan memiliki ciri efisiensi.Teknologi adalah kaedah saintifik untuk mencapai tujuan praktikal. Secara ringkasnya,teknologi ini memudahkan individu untuk melakukan kerja dengan mudah dan cepat. Contohnya, mesin cetak,telefon bimbit dan komputer. Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunan. Perkataan sains berasal daripada bahasa Latin bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Sains bermula dengan pengalaman dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan. Sains bertujuan untuk memahami dunia di sekeliling kita. Teknologi mengikut takrifan pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan,mesin,bahan dan proses untuk selesaikan masalah. Teknologi ini juga sering berkait rapat dengan rekaan dan ‘gadget’ menggunakan prinsip sains dan proses terkini.

(6)

Di Malaysia,Strawberi merupakan buah-buahan yang beriklim sederhana terutamanya di Cameron Highlands.Pengeluaran Strawberi dalam bentuk buah segar mampu mencecah Antara RM60 juta hingga RM70 juta setahun.Faktor iklim sederhana iaitu 15 hingga 24 darjah celcius menjadikan Cameron Highlands amat sesuai dengan penanaman dan penghasilan buah tersebut.Seramai 52 orang pekebun yang terlibat dengan penanaman strawberi di kawasan seluas 30 hektar.Teknik Fertigasi merupakan teknik yang paling sesuai untuk penanaman buah Strawberi kerana ianya tidak mempunyai masalah dengan kesuburan tanah malah suatu sistem yang tidak memerlukan kawasan yang begitu luas.Selain itu,bagi meningkatkan pendapatan serta kepelbagaian kegunaan buah tersebut, produk hiliran telah dihasilkan daripada buah strawberi tersebut malah mampu mencecah pendapatan sehingga RM 40 juta setahun.

(7)

Buah Strawberi mempunyai pelbagai manfaat yang sangat luar biasa untuk kesihatan. Buah Strawberi dikenal sebagai buah yang paling popular di dunia, hal tersebut kerana buah strawberi memiliki rasa yang lazat dan juga bentuk yang menarik. Buah Strawberi dikayakan dengan berbagai mineral, vitamin, dan antioksidan, yang semuanya mudah diserap oleh tubuh. Strawberi mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, B5, B6, C, beta -karoten, asam folat, kalsium, magnesium, potassium, sodium dan besi. Kandungan vitamin C dalam buah strawberi sangat tinggi maka tidak hairanlah jika buah strawberi mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara menyeluruh sekaligus membantu tubuh melawan penyakit seperti selsema,kanser dan lain-lain.Buah Strawberi juga dikenalpasti mampu mengatasi berbagai macam masalah kesihatan seperti pneumonia, malaria dan sembelit, Kadar vitamin C yang tinggi dalam buah strawberi dapat membantu tubuh menyerap zat besi dari makanan dan membantu dalam meningkatkan kadar vitamin dan zat besi dalam tubuh, sehingga dapat mencegah anemia. Strawberi juga membantu menjaga kesihatan pencernaan, menurunkan kolesterol dan menurunkan kadar glukosa.

(8)

Selain itu,buah strawberI ini dapat menjaga kesihatan Jantung kerana Anti - oksidan yang ditemukan dalam buah strawberi merupakan gabungan antara vitamin C dan anthocyanidins yang dapat membantu melindungi arteri dari kerosakan, serta mencegah pembentukan bekuan darah dalam saluran darah. Seterusnya,dapat menjaga kesihatan kulit daripada memberi kesan buruk radikal bebas.Vitamin C dan antioksidan yang hadir dalam buah strawberi mampu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas pada kulit dan tubuh. Radikal bebas terjadi selama proses transformasi makanan menjadi tenaga. Radikal bebas mempercepatkan proses penuaan dan vitamin C efektif dalam menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas tersebut.Untuk mencegah kesan buruk dari radikal bebas anda dapat menggunakan 1 senduk teh madu dan 2 senduk teh krim susu dengan dicampur strawberi yang ditumbuk. Setelah itu anda dapat menggunakannya pada seluruh wajah dan juga bahagian leher selama kira-kira 20 minit. Kemudian setelah selesai cuci dengan air bersih dan keringkan.

Kekayaan khasiat nutrisi yang tinggi dalam buah strawberri menyebabkan buah strawberi ini mampu menjaga kesihatan tulang manusia kerana buah strawberi ini mengandungi kira-kira 21% kalsium dan juga vitamin K yang membantu mempertahankan kepadatan tulang. Siapa sangka buah strawberi ini juga telah membuktikan bahawa ianya juga membantu para pesakit menurunkan kadar kolesterol dalam badan dalam pelbagai peringkat umur kerana mempunyai nutirisi yang sejenis dengannya yang berperanan untuk mencegah daripada berbagai-bagai jenis kategori penyakit dan mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dengan melawan oksiden low density lipo (LDL).

(9)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini berdasarkan kajian saya ialah untuk:

2.1 Mengenalpasti aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi di Taman Agro Al-Mashoor,Kampung Taman Sedia, Cameron Highland,Pahang.

(10)

3.0 PETA

3.1 PETA NEGERI PAHANG

Gambar rajah 3.1 : Peta Negeri Pahang.

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaaan Melayu Melaka,wilayah bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk alam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majaphit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun ke-16 Masihi,pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor,sempadan Negeri Pahang Darul Makmur di sebelahnya samapi ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu sempadan ke baratnya sampai ke Rembau,Selangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.

(11)

Kuantan,Pekan,Rompin,Cameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

3.2 PETA DAERAH

Gambar rajah 3.2 : Peta Daerah Cameron Highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal disemenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

(12)

diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation dan pelbagai tanaman yang memberi daya tarikan kepada pengunjung.

3.3 PETA LOKASI KAJIAN

Gambar rajah 3.3 : Peta lokasi kajian

Taman Sedia adalah penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands. Dibuka secara bergotong royong oleh beberapa orang melayu pada tahun 1959 sebelum dimajukan sebagai sebuah perkampungan oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) pada tahun 1969.Kampung Taman Sedia mempunyai sebanyak 48 lot yang mempunyai keluasan 0.25 ekar setiap satu dan kini masih dihuni oleh sebilangan peneroka asalnya. Idris Osman, 76, merupakan antara individu pertama yang mula meneroka Kampung Taman Sedia. Kawasan ini merupakan sebuah hutan belukar. Kemudian, satu jawatankuasa seramai lapan orang yang terdiri daripada ketua kadi, guru besar, ketua polis daerah dan sebagainya dibentuk untuk berbincang cara-cara untuk meneroka kawasan tersebut.

(13)

bunga-bungaan yang dimiliki golongan para bunian yang dikelilingi dengan padang rumput dan pokok renek yang tumbuh dan menjalar disamping alur sungai yang amat jernih malah terdapat hidupan liar seperti rusa yang menghuni menjadikan taman ini telah tersedia dari dahulu dan namanya juga diangkat dengan KAMPUNG TAMAN SEDIA.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,metodologi mmembawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan dan disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah bualan,teknik,gaya ragam,rentak,corak dan sistem. Penyelidikan juga ditakrifkan sebagai perbuatan menyelidik,memeriksa penyelidikan dengan teliti dan cermat. Bahagian ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian,sampel kajian,cara pengumpulan maklumat,memproses dan mempersembahkan data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian lapangan dan merupakan satu rujukan mengenai perkara-perkara berkaitan dengan persampelan,pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah strawberi di Taman Agro Al-Mashoor,Cameron Highland,Pahang dan juga mengkaji impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk buah strawberi di kawasan yang sama.

4.2 SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel unutuk kajian ini ini dilakukan melalui soal selidik secara rawak mudah dan melibatkan 30 orang responden di Kampung Taman Sedia,Cameron Highlands,Pahang. Bilangan sampel ini bersesuaian dengan kajian kuantitatif.

4.3 SOAL SELIDIK (KAEDAH KUANTITATIF)

(14)

yang merangkumi lima aras iaitu 5-sangat setuju,4-setuju,3-tidak pasti,2-tidak setuju dan 1-penghasilan produk buah strawberi. Dengan ini saya telah mendapat beberapa bukti dan bahan-bahan yang sesuai bagi membolehkan saya untuk menjalankan tugasan saya.

4.4.2 KAEDAH RUJUKAN

Kaedah ini telah membantu saya dalam memperolehi beberapa maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Cara ini paling mudah kerana maklumat yang

diperlukan telah sedia ada. Pengkaji menggunakan kaedah

rujukan,buku,kamus,internet,akhbar,jurnal dan kajian lapangan.

4.4.3 KAEDAH TEMUBUAL

(15)

4.4.4 SOAL SELIDIK

Dengan menghantar borang soal selidik saya telah mendapat balasan yang sangat baik daripada bilangan responden yang telah dipilih dan melayan saya dengan sangat baik. Kesan daripada pengedaran borang soal selidik adalah untuk mendapatkan sedikit pandangan daripada mereka yang bekerja dan mengusahakan penanaman dan penghasilan produk buah strawberi. Dengan berbuat demikian,saya telah mendapat banyak maklumat berkenaan buah strawberi. Kaedah ini telah mebuahkan hasil yang baik terutamanya kepada pengusaha dan pekerja yang sudi meluangkan masa mereka untuk kajian saya ini.

4.5 CARA ANALISIS DATA

Mengikut laporan kajian sya,analisis data telah dibuat hasil daripada kajian hasil borang soal selidik yang telah menggunakan kaedah skala likert secara deskriptif untuk analisis data daripada soal selidik laporan kajian. Berikutnya ialah penghasilan data mengikut skala yang diberi :

Borang soal selidik telah dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian telah disemak dan dijawab oleh pengusaha,pekerja dan juga para pengunjung di lading strawberi, Taman Agro Al-Mashoor,Cameron Highlands,Pahang. Maklumat yang diberi adalah amat berfaedah dan telah membolehkan saya menghasilkan kajian yang berguna bagi saya dan juga mereka yang terlibat secara lansung mahupun secara tidak langsung.

Bahagian A Latar belakang responden

(16)

produk buah strawberi Jadual 5.1.1 :Bilangan Responden yang Dipilih Secara Rawak Berdasarkan Umur.

(17)

Carta pai dan Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan umur. Didapati bahawa responden 30-39 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan bilangan seramai 10 orang dewasa iaitu 33.33% dan diikuti dengan bilangan seramai 9 orang dewasa dalam lingkungan umur 40-49 tahun iaitu sebanyak 30.0%. Seterusnya diikuti dengan 8 orang yang berumur Antara 20-29 tahun sebanyak 26.67%. Manakala responden yang paling kurang sebanyak 3 orang responden yang berumur 50 tahun dan ke atas yang peratusannya sebanyak 10.0 % sahaja dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Menurut kajian saya, didapati bilangan responden yang berumur 30 hingga 39 tahun yang memberi respond yang banyak. Hal ini demikian kerana peringkat umur sebegini yang bekerja telah mempunyai pengetahuan yang lebih luas. Faktor ini mendorong mereka untuk mengenali pengaplikasian sains dan teknologi dengan lebih terperinci.

(18)

5.1.2. JANTINA RESPONDEN

Carta pai dan jadual di atas menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Dalam kajian ini majoriti responden ialah lelaki iaitu lebih ramai berbanding dengan responden perempuan.. Hal ini demikian kerana responden lelaki lebih mengenali pengaplikasian sains dan teknologi dalam pertanian berbanding dengan jantina perempuan. Responden lelaki seramai 18 orang iaitu sebanyak 60.0% manakala responden perempuan seramai 12 orang yang sama dengan sebanyak 40.0%.

(19)

kurang mengenali bidang sains dan teknologi kerana kebanyakkannya lebih berminat bekerja di pejabat dan menghadap komputer. Tetapi golongan lelaki lebih berpengalaman berbanding perempuan kerana bidang sebegini melibatkan kemahiran seseorang dan lelaki lebih berminat pada bidang kemahiran sebegini. Contohnya,pemprosesan produk jem,aiskrim,krim kek dan lain-lain mampu membantu meningkatkan kemahiran seseorang.Kemahiran yang berbeza ini selalunya dimiliki oleh lelaki kerana minat mereka terhadap bidang kemahiran pengendalian setiap teknologi yang ada.. Jadi, dalam kajian saya responden yang paling banyak memberi respons adalah golongan lelaki.

(20)

5.1.3 : Demografi berdasarkan bangsa responden

Bangsa Frekuensi Peratusan %

Melayu 12 40%

Cina 10 33.33%

India 8 26.67%

Jumlah 30 100

5.1.3 : Demografi berdasarkan bangsa responden

40%

33% 27%

BANGSA RESPONDEN

Melayu Cina India

1 Frekuensi = 1 Responden Sumber: Kajian hasil soal selidik.

(21)

sebanyak 33.33% yang telah memberi kerjasama dengan baik dalam kajian ini dan bangsa india seramai 8.0% yang mewakili sebanyak 26.67% yang membantu dalam hasil kajian ini.

Bangsa cina mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang tinggi oleh itu tidak hairanlah jika bangsa cina menjadi bangsa kedua terbanyak dalam kajian ini kerana kemahiran mereka yang mampu menaiktarafkan sesuatu hasil pertanian kepada beberapa jenis produk yang baharu sekaligus dapat meningkatkan pendapatan diri dan Negara.Manakala bangsa india merupakan bangsa paling sedikit dalam kajian ini kerana kemahiran atau minat mereka terhadap pengaplikasian sains dan teknologi terhadap pertanian strawberi ini amatlah kurang.

5.1.4 TARAF PENDIDIKAN

Taraf Pendidikan Frekuensi Peratusan %

Sekolah Rendah 0 0

SPM 6 20 %

(22)

Ijazah 12 40 %

Lain-lain 2 6.67 %

Jumlah 30 100

5.1.4 : Demografi berdasarkan taraf pendidikan responden

(23)

Tidak ketinggalan juga, responden pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) merupakan responden yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang kemahiran sains dan teknologi tetapi mereka hanya seramai enam orang dan mewakili sebanyak 20 %. Selain itu, taraf pendidikan lain-lain tersebut ialah peringkat ijazah sarjana seramai 2 orang sahaja yang mewakili sebanyak 6.67 %. Mereka ini adalah golongan pengkaji asal buah strawberi yang telah di perkenalkan di Cameron Highland malah mempunyai pelbagai pengetahuan yang luas tentang buah strawberi yang dikaji semenjak mereka mula berjinak-jinak dalam dunia pertanian buah strawberi ini.

5.1.5 PEKERJAAN RESPONDEN

Pekerjaan Frekuensi Peratusan %

Sektor Awam 17 57%

Sektor Swasta 13 43%

(24)

5.1.5 Demografi berdasarkan pekerjaan responden

57% 43%

PEKERJAAN RESPONDEN

SEKTOR AWAM SEKTOR SWASTA

1 Frekuensi = 1 Responden Sumber: Kajian hasil soal selidik.

(25)

Bidang pertanian ini merupakan bidang yang paling luas dalam pengaplikasian sains dan teknologi kerana terhasilnya pelbagai produk hiliran yang berbentuk kesihatan untuk kegunaan para pembeli tanpa mengira peringkat umur mahupun jantina. Oleh itu,manfaat sains dan teknologi dalam pertanian ini merupakan satu cara baru untuk proses pengeluaran produk mengikut permintaan ramai.

5.2. ANALISIS BAHAGIAN B.

Dalam bahagian B ini, iaitu dalam borang soal selidik telah membincangkan tentang aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan buah strawberi.Kategori tersebut adalah seperti berikut:

5.2 1. Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah strawberi di Cameron Highlands.

Jadual 6 : Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilam produk buah strawberi.

(26)

. BIL

(27)

0

Jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk buah starwberi

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5

(28)

Saya telah mengemukakan beberapa soalan tentang pengaplikasian sains dan teknologi yang digunakan oleh mereka dalam penghasilan buah strawberi. Ramai responden telah memberi sambutan yang baik terhadap kajian saya dan sangat bekerjasama dengan saya. Dalam kajian saya didapati majoriti responden bersetuju bahawa teknologi moden ini mampu mempercepatkan proses iaitu seramai 17 orang responden telah bersetuju kepada pendapat tersebut mewakili sebanyak 56.7%. Manakala hanya seramai 11 responden sahaja yang sangat bersetuju dengan pendapat tersebut yang bersama dengan sebanyak 36.7%. Didapati bahawa hanya seramai 2 responden sahaja yang tidak pasti mengenai pendapat di atas kerana mereka kurang pengetahuan mengenai aplikasi sains dan teknologi yang digunakan dalam menghasilkan buah strawberi.

Walaupun buah strawberi ini telah lama dikenali di Cameron Highland, namun aplikasi sains dan teknologi ini mula dikenali sejak beberapa tahun yang lepas malahan mampu melahirkan tenaga pekerja yang berpengetahuan luas tentang pengaplikasi sains dan teknologi yang digunakan. Selepas kajian soal selidik habis dijalankan didapati bahawa seramai 14 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak 46.7%. Manakala, seramai 13 orang responden hanya bersetuju dengan pendapat saya mewakili sebanyak 43.3%. Namun, hanya 3 responden yang tidak pasti dengan pendapat saya iaitu sebanyak 10.0%.

Selain itu, hasil daripada kajian saya, didapati bahawa sebanyak 66.7% golongan responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut dengan seramai 20 orang dan hanya 33.3% iaitu seramai 10 orang telah bersetuju bahawa sains dan teknologi yang terhasil kini telah mengikut spesifikasi perkembangan masa kini setanding dengan perkembangan arus teknologi negara luar untuk memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti tersendiri.

(29)

strawberi ini merupakan salah satu kaedah yang bermutu tinggi dan 13 orang responden yang berada di skala (4) yang mewakili sebanyak 43.3% yang hanya bersetuju terhadap pendapat diatas.

Pengaplikasian yang diciptakan ini mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza supaya para pekerja mempunyai kemahiran yang tertentu.Apabila kemahiran yang ada ini mengikut fungsi setiap teknologi berkenaan maka kemahiran para pekerja tersebut dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Menurut kajian saya didapati sebanyak 53.3% responden iaitu sebanyak 16 bilangan orang yang sangat bersetuju dengan pendapat tersebut manakala 14 orang responden iaitu sebanyak 46.7% hanya bersetuju dengan pendapat diatas kerana setiap proses penghasilan memerlukan teknologi yang berbeza fungsi.

Dengan adanya pengaplikasian sains dan teknologi ini maka pemprosesan produk menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi-teknologi yang ada ini. Didapati seramai 18 orang responden sangat bersetuju terhadap pendapat yang dikemukan yang mewakili sebanyak 60.0% manakala 9 orang responden hanya bersetuju dan mewakili sebanyak 30.0%. Tetapi hasil kajian yang dilakukan ini hanya seorang responden tidak pasti terhadap pemprosen produk iaitu sebanyak 3.3% dan 2 orang lagi responden yang mewakili sebanyak 6.7% tidak bersetuju terhadap pendapat yang diberi.

(30)

Selain itu, pengaplikasian sains dan teknologi dalam pertanian ini juga mempunyai latar belakang yang berbeza majoritinya hanya bersetuju terhadap pendapat yang diberi iaitu seramai 15 orang yang mewakili sebanyak 50.0% diikuti dengan 20.0% iaitu seramai 6 orang yang sangat bersetuju. Hal ini kerana mereka yang bersetuju ini mengetahui bahawa setiap teknologi yang digunakan berasal daripada pelbagai jenis bahan yang berbeza dan mempunyai tahap kualiti yang tersendiri.Manakala seramai 5 orang responden tidak pasti dengan pendapat tersebut dan 4 orang responden tidak bersetuju terhadap pendapat tersebut yang mewakili 16.7% dan15.3% kerana mereka kurang pengetahuan tentang teknologi-teknologi tersebut.

Menurut hasil pendapatan kajian saya, seramai 12 orang responden yang mewakili 40.0% telah sangat besetuju bahawa nutrient yang terhasil dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Ada juga golongan yang hanya setuju dengan pendapat tersebut iaitu sebanyak 36.7% orang bersamaan dengan 10 orang responden. Ini jelas membuktikan nutrient yang terhasil itu masih ada tetapi dikawal mengikut pertumbuhan pokok. Hanya seramai 7 orang responden tidak pasti terhadap kenyataan tersebut mewakili 23.3%. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi-teknologi moden ini masih mampu menghasilkan pelbagai nutrient yang menjamin kesihatan pengguna.

(31)
(32)

Rajah di atas menunjukkan Purata Min keseluruhan terhadap pengaplikasian yang digunakan dalam penghasilan buah strawberi di Cameron Highland. Berpandukan rajah diatas terdapat persamaan min purata iaitu sebanyak 3 untuk pendapat pertama, keempat,kelima,keenam,ketujuh,kelapan,kesembilan. Ini membuktikan bahawa teknologi-teknologi yang digunakan ini mempunyai pelbagai kegunaan yang mampu mendatangkan manfaat. Pengaplikasian yang dihasilkan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi strawberi dengan kepelbagaian kegunaan utuk kebaikan kesihatan seluruh masyarakat.

Kepelbagaian teknologi untuk penghasilan buah strawberi ini menjadi salah satu faktor kewujudan pelbagai manfaat buah tersebut. Buah strawberi yang terhasil mempunyai kandungan nutrient yang berbeza kerana kawalan nutrient dilakukan mengikut setiap pertumbuhan pokok.

Bagi pendapat yang kedua, minnya adalah 2 kerana ada segelintir responden yang tidak pasti bahawa pengaplikasian sains dan teknologi ini mampu melahirkan tenaga pekerja yang berpengetahuan luas terhadap teknologi-teknologi yang digunakan untuk penghasilan produk.Hal ini jelas menunujukkan bahawa teknologi yang digunakan ini mampu melahirkan tenaga pekerja yang berpengetahuan terhadap teknologi-teknologi serba moden kini.

(33)

5.3. ANALISIS BAHAGIAN C.

Dalam bahagian C, iaitu dalam borang soal selidik telah mengkaji impak aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi.

5.3.1 : Pendapat tentang impak aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi adalah seperti berikut:

Jadual 5.3.1 : Pendapat tentang impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk buah strawberi.

Bil Item soalan Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 Min

Bil 1. Menghasilkan pelbagai produk

yang berkualiti 7. Meningkatkan pendapatan diri

atau pengeluar

(34)

buah strawberi

Impak penggunaan teknologi moden dalam penghasilan produk buah strawberi

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5

P

(35)

Teknologi yang digunakan mampu menghasilkan pelbagai impak kepada produk yang dihasilkan serta ekonomi semasa pengeluar. Pengaplikasian sains dan teknologi ini juga sebenarnya mendidik pengetahuan serta kemahiran yang dimiliki oleh seseorang manusia.Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.

Menurut kajian saya terdapat pendapat yang telah saya beri kepada 30 orang responden dan telah mendapat sambutan yang agak baik. Antara pendapat saya yang pertama ialah impak aplikasi sains dan teknologi ini mampu menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti. Pendapat ini telah dipersetujui oleh semua responden tetapi ada yang setuju dan ada yang sangat bersetuju dengan jumlah responden iaitu seramai 7 orang responden hanya bersetuju yang mewakili sebanyak 23.3% dan 23 orang responden iaitu sebanyak 76.7% sangat bersetuju terhadap pendapat yang diberi.

Pendapat seterusnya,teknologi yang digunakan ini juga dapat mengeluarkan produk mengikut permintaan.Pendapat ini hanya dipersetujui seramai 13 orang responden iaitu sebanyak 43.3%. Responden seterusnya seramai 17 orang yang mewakili sebanyak 56.7% sangat bersetuju terhadap pendapat tersebut dan mereka percaya bahawa pengaplikasian sains dan teknologi ini memberi impak yang positif terhadap produk yang dihasilkan.

(36)

Seramai 1 orang daripada 30 responden telah tidak bersetuju dengan pandapat saya iaitu khasiat yang terhasil tiada perbezaan manakala seramai 2 orang responden juga kurang setuju dengan pandangan saya yang mewakili sebanyak 6.7% dan 7 orang responden hanya 23.3% hanya bersetuju kerana mereka mempunyai pengetahuan yamg luas tentang teknologi tersebut dan 20 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tesebut yang mewakili sebanyak 66.7%. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa kemajuan teknologi ini masih mampu mengekalkan khasiat asal yang dimiliki oleh buah tersebut.

Seterusnya, produk hiliran yang terhasil ini mampu mendapat tempat dipasaran, jumlah responden seramai 12 orang responden hanya bersetuju mewakili sebanyak 40.0%. Malahan ada juga golongan yang sangat setuju dengan pendapat tersebut iaitu seramai 18 orang responden yang peratusannya sebanyak 60.0%. Majoriti bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pengetahuan yang dimiliki oleh mereka serta pengalaman yang dimiliki oleh responden-responden tersebut.

(37)

Semakin banyak teknologi moden dicipta dan diguna pakai oleh semua bidang perniagaan,peluang pekerjaan juga semakin luas. Hal ini demikian kerana teknologi yang dicipta dan digunakan untuk penghasilan setiap produk-produk hiliran memerlukan tenaga manusia dalam siap kemahiran. Pendapat ini semakin kukuh kerana persetujuan majority para responden yang memberi kerjasama dalam kajian yang dijalankan ini. Seramai 13 orang responden yang mewakili sebanyak 43.3% bersetuju dam 14 orang responden iaitu sebanyak 46.7% sangat bersetuju dengan pendapat tersebut kerana mereka lebih percaya bahawa teknologi yang diciptakan untuk penghasilan produk-produk tersebut akan membuka peluang pekerjaan yang sangat kepada para graduan atau sesiapa yang mempunyai kemahiran tinggi dalam pengendalian teknologi ini. Walaubagaimanapun, hanya sekumpulan kecil ini sahaja yang tidak pasti dengan pendapat tersebut iaitu seramai 3 orang responden mewakili 10%.

Tidak ketinggalan juga, kemahiran para pekerja juga dapat ditingkatkan apabila wujudnya pengaplikasian sains dan teknologi ini dalam menghasilkan produk-produk hiliran buah strawberi. Oleh itu,seramai 15 orang responden hanya bersetuju dan 10 orang responden sangat bersetuju dengan pendapat tersebut dan masing-masing mewakili 50.0% dan 33.3% pada pendapat yang diberi tetapi terdapat 5 orang responden yang mwakili sebanyak 16.7% tidak pasti terhadap pendapat tersebut.

(38)

Akhir sekali,pengaplikasian sains dan teknologi ini mampu meningkatkan pengeluaran produk dari semasa ke semasa. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah responden yang menyokong pendapat tersebut iaitu seramai 12 orang yang hanya bersetuju iaitu mewakili sebanyak 40.0% dan 10 orang responden sangat bersetuju terhadap pendapat yang diberi mewakili sebanyak 33.3%.Walhal selebihnya iaitu 8 orang reponden yang mewakili sebanyak 26.7% tidak pasti terhadap pendapat tersebut kerana kekurangan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sebegini.

(39)
(40)

Jadual diatas menunjukkan purata min bagi keseluruhan impak pengaplikasian sains dan teknologi dalam penghasilan produk buah strawberi di Cameron Highlands. Bilangan responden yang menyetujui atau mendapat purata min 4 ialah bagi pendapat tentang menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti. Majoriti purata min adalah sebanyak 3 untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan manfaat produk serta kandungan khasiatnya dan kemahiran para pekerja. Seterusnya, purata min yang berjumlah 2 adalah berkaitan dengan peluang pekerjaan yang semakin luas,dapat meningkatkan pendapatan diri atau pengeluar berserta produk yang diyakini khasiatnya dan dapat meningkatkan pengeluaran produk.

Teknologi ini menunjukkan impak yang positif terhadap kesihatan para pengguna. Hal ini kerana teknologi moden ini masih mementingkan kualiti serta khasiatnya agar permintaan produk ini tidak terus terus merosot. Oleh itu,jelaslah menunjukkan bahawa impak teknologi ini tidak memberikan kesan negatif terhadap pengguna kerana majoriti para responden memberi kenyataan yang mereka bersetuju jika teknologi ini diteruskan dalam penghasilan produk-produk tertentu akan datang.

(41)

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini telah mengumpulkan data bagi memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.

6.1 SOALAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN BUAH STRAWBERI.

Dapatan kajian mendapati bahawa teknologi yang digunakan merupakan salah satu pengaplikasian yang dapat mempercepatkan proses pengeluaran. Hal ini kerana teknologi ini sebenarnya telah dicipta khas untuk memudahkan para pekerja dalam mengawalnya kerana mesin-mesin ini mempunyai kelebihan mengikut fungsi-fungsi tersendiri.

Seterusnya, Sains dan teknologi ini ini juga memerlukan tenaga pekerja yang berpengetahuan luas dalam tersebut kerana pengendalian ini memerlukan pengetahuan yang luas malah dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui proses praktikal yang dilakukan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa pengetahuan dalam bidang ini amatlah penting agar kualiti dan khasiat produk terjamin.

Sistem Fertigasi dalam penanaman buah strawberi ini sebenarnya merupakan salah satu teknologi yang digunakan untuk mendapatkan kualiti buah yang baik. Hal ini demikian kerana kualiti itu amatlah penting terhadap buah strawberi agar-agar khasiat buah itu tidak terjejas.

Di samping itu,teknologi moden yang diciptakan ini sebenarnya mengikut spesifikasi perkembangan teknologi-teknologi masa kini. Oleh itu tidak hairanlah jika setiap produk yang dihasilkan itu mampu memenuhi citarasa para pengguna.

(42)

Seterusnya, setiap teknologi yang digunakan ini mempunyai fungsi-fungsi yang berbeza dalam proses penghasilan produk hiliran buah strawberi. Hal ini kerana setiap teknologi melalui proses yang berbeza untuk menghasilkan produk tersebut.

Tidak ketinggalan juga,pemprosesan produk ini menjadi lebih mudah kerana kecanggihan teknologi yang digunakan. Hal ini kerana, setiap teknologi itu telah diaplikasi daripada pelbagai sudut ke arah pemodenan bagi memantapkan lagi proses tersebut.

Bagi soalan seterusnya teknologi yang digunakan berpotensi menghasilkan buah yang mempunyai satu daya tarikan tersendiri. Hal ini demikian kerana buah-buah tersebut telah melalui satu kaedah sains yang mampu mempelbagaikan lagi jenis buah strawberi tersebut.

Kepelbagaian aplikasi sains dan teknologi kerana latar belakang yang berbeza. Oleh itu tidak hairanlah jika setiap buah yang terhasil berbeza rasa,warna dan juga saiz kerana hasil pracampuran tersebut.

(43)

6.2 IMPAK APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN PRODUK BUAH STRAWBERI.

Dapatan kajian mendapati bahawa impak aplikasi sains dan teknologi ialah dapat menghasilkan pelbagai produk buah yang berkualiti kepada pengguna.Hal ini kerana, buah strawberi ini mempunyai pelbagai kadar vitamin yang mampu mencegah pelbagai penyakit sama ada kronik atau pun tidak.

Seterusnya, hasil daripada pengaplikasian ini ianya juga mampu mengeluarkan produk mengikut permintaan yang diingini.Hal ini kerana aplikasi sains dan teknologi yang pelbagai ini menyebabkan permintaan pelanggan tersebut mudah dipenuhi dalam masa yang ditetapkan.

Justeru, aplikasi ini sebenarnya telah menghasilkan pelbagai produk yang menjamin kesihatan pengguna. Oleh itu,produk hiliran buah strawberi ini telah dipelbagaikan kerana kandungan khasiat yang dimiliki.

Di samping itu, khasiat yang terhasil masih sama walaupun penggunaan teknologi yang berbeza. Hal ini kerana para pengusaha dan tenaga pekerja melakukan ketelitian sebelum produk-produk tersebut dipasarkan agar mendapat rspon yang positif daripada pengguna.

Selain itu, disebabkan kualiti khasiat itu tetap sama menyebabkan produk yang dipasarkan semakin mendapat tempat dipasaran. Hal ini dilihat apabila dari semasa ke semasa pendapatan keuntungan semakin meningkat kerana permintaan yang semakin mendapat sambutan itu.

(44)

Aplikasi sains dan teknologi membantu meningkatkan pendapatan diri atau pengeluar hasil daripada keuntungan yang diperolehi dari semasa ke semasa. Ekonomi ini memerlukan peningkatan yang positif agar pendapatan tenaga pekerja tidak terjejas dan pendapatan yang diperoleh berdasarkan kekuatan kemahirn amsing-masing.

Selain itu,kemahiran para pekerja dapat ditingkatkan melalui pengaplikasaian sains dan teknologi yang ada di tempat tersebut. Hal ini demikian kerana setiap hari mereka akan melakukan pekerjaan pengendalian yang sama mengikut bidang yang dimiliki setiap pekerja.

Seterusnya, pengaplikasian ini menyebakan produk ini menjadi sejenis produk yang diyakini mempunyai khasiat yang terbaik kerana berdasarkan respon yang diberi pelanggan sungguh positif menyebabkan produk hiliran buah strawberi ini sentiasa menjadi daya tarikan ramai.

(45)

6.3 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, sistem fertigasi yang digunakan dan pelbagai teknologi lain ini hasil penggunaan pelbagai percampuran jenis baja menjadikan buah strawberi ini mempunyai pelbagai jenis rasa yang dapat meningkatkan kualiti buah strawberi serta produk hiliran yang dihasilkan. Melalui dapatan kajian ini, didapati kebanyakkan penduduk dan pelancong lebih gemar dengan sejenis buah strawberi yang brsaiz sederhana dan mempunyai rasa masam kerana buah tersebut akan dicampur dengan produk hiliran lain sebelum dimakan. Sistem fertigasi ini dapat membantu sejenis baka yang berkualiti tinggi dan kadar nutrient yang baik sesuai dengan suhu di kawasan sekitar penanaman buah strawberi tersebut.

Selain itu, tempat yang sememangnya menjadi daya tarikan pelancong pelbagai peringkat umur ini telah menjadikan memakan atau membeli buah strawberi sebagai salah satu aktivit wajib kerana buah strawberi yang dihasilkan ini mempunyai vitamin yang tinggi malah elok untuk pelbagai peringkat umur sementelah di tempat kajian tersebut mereka telah menghasilkan prouk hiliran hasil daripada buah strawberi yang berbagai seperti aiskri,jem coklat,jus dan produk yang lain.

(46)

7.0 BIBLIOGRAFI

7.1 Kamus dan Ensiklopedia

Kamus Dewan 2004, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.2 Suratkhabar

 Ahmad Syakir Sazili “Berbudi kepada Tanah Tinggi” dalam Kosmo,22 November 2009.

7.3 Sumber Manusia

 Dato’ Haji Syed Abdul Rahman,68 Tahun,bekas pegawai MARDI dan Pengasas Taman Agro Al-Mashoor.

7.4 Internet

 Aplikasi Sains dan Teknologi

http://myagrotechnologytransformation.blogspot.my/2015/03/jenis- jenis-tanaman-utama-di-malaysia.html?m=1

 Kebaikan teknologi pertanian

http://pengajianam2u.forumotion.net/t71-kebaikan-teknologi-pertanian

7.5 Jurnal

(47)

8.0 LAMPIRAN

Foto 1 : Strawberi berserta jem coklat dan aiskrim perisa strawberi buatan sendiri.

(48)

Foto 3 : Pengkaji bersama Pengasas ladang strawberi Taman Agro Al-Mashoor iaitu Dato’ Haji Syed Abdul Rahman.

(49)

Foto 5 : Acar buah strawberi merupakan salah satu produk hiliran ladang tersebut.

(50)

Foto 7 : Buah strawberi yang ditanam menggunakan baja foska dan hasil campuran baja-baja lain.

(51)

Foto 9 : kaunter pembayaran yang memaparkan antara produk hiliran yang dihasilkan oleh mereka.

(52)
(53)
(54)
(55)
(56)

Gambar

Gambar rajah 3.1 : Peta Negeri Pahang.

Referensi

Dokumen terkait

Daripada keseluruhan 16 orang yang pernah dan masih melibatkan diri dalam pekerjaan formal, didapati 12 orang responden sudah berkahwin (Jadual 1). Seramai sembilan orang

Namun begitu, kebanyakan daripada responden turut bersetuju dan sangat bersetuju, di mana masing-masing mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 46% (23 orang)

Seramai 5 responden telah memilih kategori Sangat Setuju bersamaan dengan 0!C baha&a jumlah kerusi dan meja di bilik darjah mereka sangat men$ukupi. Kategori Setuju

Dalam melaksanakan kajian , pengkaji menggunakan borang soal selidik bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada penduduk Taman Dato’

Jumlah kematian etnik Melayu bagi kumpulan umur 30-49 tahun adalah lebih tinggi daripada kumpulan umur 20-39 tahun, iaitu 4709 orang , begitu juga jumlah kematian etnik

Hasil daripada item soalan 1 menunjukkan faktor yang mempengaruhi perubahan aktiviti sosial konsumer di Malaysia adalah kerana majoriti konsumer sangat setuju iaitu seramai 14 responden

Secara keseluruhan, kebanyakan penduduk Orang Asli dari kedua-dua kampung ini, iaitu 25.86% daripada responden bersetuju bahawa mereka sumber pendapatan mereka telah merosot, pada masa

Sebanyak 21 orang atau 32.81% responden tidak pasti dengan ketetapan Undang-undang Keluarga Islam dalam hal poligami manakala seramai 18 orang atau 28.13% responden tidak bersetuju