• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: HUBUNGAN INSAN DENGAN TUHAN DALAM AGAMA KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA (UQI11202) SEMESTER 2, SESI 2020/2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK: HUBUNGAN INSAN DENGAN TUHAN DALAM AGAMA KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA (UQI11202) SEMESTER 2, SESI 2020/2021"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK:

HUBUNGAN INSAN DENGAN TUHAN DALAM AGAMA KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA

(UQI11202)

SEMESTER 2, SESI 2020/2021

SEKSYEN 37

KUMPULAN 2

NAMA PELAJAR 1. SITI AINA NATASHA BINTI MOHD YUTI (K) (AB200010) 2. NABILAH BINTI MAT JIDIN (AB200054)

3. NURUL AIN NABILA BINTI MUHAMMAD (AB200080) 4. NURUL ALIAH FARISYAH BINTI HALIM (DE200118) 5. CHAN YET SHI (AP200429)

6. NG E NEE (AP200399) 7. LIM JIA YING (AP200181) 8. YIAW XIN YUE (AP200133) NAMA PENSYARAH DR. SITI MARPUAH

TARIKH HANTAR 7/6/2021

(2)

BIODATA AHLI KUMPULAN

Nama No. Matrik No. Kad Pengenalan

Tempat Tarikh Lahir Kursus/Program

Fakulti No Hp Alamat Email Alamat rumah Nama ibubapa No Telefon (H/P)

ibubapa Pekerjaan ibubapa

Moto Hidup

(3)

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan 1-2

1.2 Latar belakang masalah kajian 3

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Kepentingan Kajian 4

2.0 Tinjauan Literatur

2.1 Toleransi Sosio Agama dan Etnik 5-6

3.0 Metadologi/ Kaedah Kajian 7

4.0 Pembentangan Dapatan dan Huraian

4.1 Dapatan Demografi Kajian 8-11

4.2 Dapatan Kajian Objektif 1 12-14

4.3 Dapatan Kajian Objektif 2 15-18

4.4 Dapatan Kajian Objektif 3 19-21

5.0 Kesimpulan/ Rumusan 22-23

6.0 Rujukan/ Citation 24

7.0 Bahan Rujukan/ Bibliografi 25

8.0 Lampiran 26-27

(4)

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masyarakat Malaysia bolah dikatakan masyarakat yang hidup dengan berbilang agama, bangsa dan budaya. Namun kehidupan ini diamalkan dalam kehidupan yang aman dan damai di samping mengekalkan kegemilangan masing-masing. Masyarakat majmuk ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang akan dicontohi oleh masyarakat antarabangsa kerana mengamalkan kehidupan yang baik dan mampu untuk membawa negara ke arah yang lebih harmoni. Walau bagaimanapun kemajmukan dapat dikuatkuasakan dalam misi meraih pembangunan negara untuk mencapai sasaran atau tujuan dalam mencapai negara maju ke arah mencapai status negara maju. Dalam keadaan sekarang dapat dilihat dalam aspek agama di antara Islam dan bukan Islam menghubungkan situasi dalam hubungan antara agama.

Agama boleh dikatakan situasi yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia dan pada zaman kini. Ini kerana, agama bukan sahaja membawa diri dalam mengenal Tuhan tetapi juga kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik saling melengkapi antara dengan yang lain sehingga etnik dikategorikan dalam agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan budaya dengan cara hidup yang aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Namun, mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik.

Agama adalah satu ciri penting dalam kehidupan seharian manusia kerana apabila tiada agama akan menyebabkan runtunya keperibadaian seseorang serta bangsa dan negara. Bangsa dan negara telah diteguhkan di atas kebenaran yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama ini akan lahirlah bangsa dan negara sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Kaum di Malaysia telah menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme, Konfucianisme, Hinduisme, Kristian dan sebagainya. Pegangan agama dapat membentuk tindakan seseorang untuk membuat kebaikan dan mengelak dari melakukan perbuatan jahat serta mengenali pahala dan dosa.

Perlembagaan Persekutuan memperkukuhkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh dilaksanakan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Ini akan membolehkan

(5)

2

setiap individu berpegang kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran tersebut. Tindakan ketidaksamaan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama tidak dibenarkan sama sekali. Walaupun apa jua agama yang dianuti, percaya akan kewujudan Tuhan merupakan rukun sebagai anak Malaysia.

Agama Islam dimaksudkan sebagai kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ajaran ini berbeza dengan pegangan masyarakat Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga abad ke-13 yang sebelum ini menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan. Dalam agama Islam, al- Quran dijadikan sebagai asas dan sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis. Dua lagi sumber yang turut menjadi rujukan untuk memahami agama Islam ialah Ijmak Ulama dan Qiyas. Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman. Aspek kepercayaan dalam agama Islam merupakan perkara asas yang wajib dituntut dan dipercayai oleh setiap individu muslim. Keimanan dan kepercayaan ini merupakan asas kepada kebenaran yang mutlak dan bukannya kepada kesesatan atau kebatilan.

(6)

3 1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Pengkaji menjalankan kajian ini dengan menggunakan kajian secara lapangan. Namun, pengkaji menggunakan auto generate yang disediakan dalam Google Form dan diagihkan kepada responden untuk mendapatkan data.

Kajian ini dijalankan kerana pengkaji harus mengkaji kepentingan hubungan antara Tuhan dan insan. Kajian ini penting kerana agama memainkan peranan yang penting dalam kehidupan insan. Agama dapat menpengaruhi perlakuan seseorang dan menyebabkan mereka lebih mempercayai kepada Tuhan. Oleh itu, hubungan antara insan dan Tuhan akan rapat serta keamanan masyarakat dapat dijalin dengan baik.

Selain itu, kajian ini untuk mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap Agama. Kajian ini penting bagi masyarakat supaya lebih memahami tentang tahap pengetahuan setiap insan terhadap Agama. Oleh itu, tahap pengetahuan bagi setiap insan terhadap agama Islam dan Kristian akan meningkat.

Di samping itu, pengkaji perlu mengenalpasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu. Kajian ini penting untuk memberikan masyarakat memahami tentang kesan positif agama terhadap insan jika seseorang beragama yang tinggi dan sempurna.

Masyarakat juga akan dapat belajar untuk berfikir sebelum bertindak demi menjaga kesejahteraan masyarakat dengan melalui agama. Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan dengan lancar untuk mendapatkan hasil kajian yang lengkap dan sempurna.

1.3 Objektif Kajian

1. Menerangkan kepentingan hubungan tuhan dengan insan 2. Mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama

3. Mengenalpasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu

(7)

4 1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerimaan mahasiswa dan mahasiswi yang menududuki Kampus di UTHM terhadap hubungan insan dengan Tuhan dalam Agama . Penerimaan mereka dapat diketahui dengan melihat kepada kaedah kuantitatif tinjauan yang lebih bersifat objektif iaitu menggungakan borang soal selidik berbentuk google form dan diagihkan kepada mereka.

Di atas kesedaran itu, pengkaji merasakan bahawa pengkajian secara menyeluruh (walaupun tidak sempurna) haruslah dilaksnakan untuk melihat cara terbaik demi meningkatkan lagi tentang kefahaman hubungan insan dengan Tuhan dalam Agama kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Apabila kajian dijalankan dan dilaksanakan, pengkaji serta pelbagai pihak dan institusi yang terlibat boleh menerangkan kepentingan hubungan tuhan dengan insan, mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadp agama dan mengenalpasti impak positif memepercayai agama yang dianuti terhadap individu. Keadaan ini menjadikan para pengkaji boleh lebih memahami tentang tajuk ini dan ilmu pengetahuan kita akan meeningkat. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada mana-mana pihak yang berminat menyelidik atau memahami kajian ini seterusnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam kandungan kajian ini terdapat banyak maklumat boleh dipelajari dan dikaji. Seterusnya, kajian seperti ini akan memberikan gambar yang lebih jelas mengenai tajuk kajian. Oleh itu, kepentingan kajian yang diperolehi adalah seperti berikut:

i. Membantu ibu bapa atau penjaga dan guru-guru untuk menerangkan kepentingan hubungan tuhan dengan insan kepada anak-anaknya atau pelajar agar mereka lebih memahami tentang hubungan tuhan dengan insan dan hubungan tuhan dengan insan akan menjadi lebih rapat.

ii. Membantu untuk mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama.

Apabila tahap pengetahuan setiap insan meningkat, ini dapat membentuk setiap insan menjadi orang yang lebih baik.

iii. Membantu untuk mengenalpasti impak positif memepercayai agama yang dianuti terhadap individu agar setiap individu boleh melahirkan diri sebagai orang yang baik.

(8)

5

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Ulasan tentang literatur adalah berkaitan dengan dimana bahagian yang menghuraikan tentang kajian-kaijan yang dilakukan berdasarkan kepada bahan rujukan antaranya ialah jurnal, buku, majalah, keratan akhbar, bahan media massa dan bahan bercetak seterusnya bahan-bahan yang berkaitan yang lain. Tinjuan literatur ini diguna pakai untuk lebih memahami setiap kajian yang dibuat dengan menghuraikan segala dapatan dan ulasan yang terdapat berdasarkan kajian- kajian dahulu.

2.1 Toleransi Sosio Agama dan Etnik

Toleransi yang dimaksudkan disini ialah dengan kehendak sendiri tanpa paksaan iaitu tidak mempedulikan sesuatu langkah terhadap perkara yang tidak dibenarkan, di mana ia membawa pengertian kepada kebebasan terhad dan kebebasan bersyarat (Adeney, 1926). Toleransi yang menampakkan diri dengan melibatkan tingkah laku, pandangan, perbuatan dan kepercayaan (Ferrar, 1976). Selain itu, sesuatu polisi atau perbuatan terhadap sesuatu yang tidak di terima, tetapi tidak ditolak secara serta merta (Laursen, 2005). Dimensi sosial ialah salah satu daripada pelbagai ukuran yang hendak di kaji demi memfokuskan kepada agama. Menurut A.T Talib, (2012) tolenrasi agama ialah tingkah laku atau bersedia untuk menerima agama lain demi mengamalkan dalam mana-mana masyarkat tanpa sebarang unsur prejudis, demi menggapai kemakmuran dalam kehidupan bermasyarakat. Tambahan beliau, tolenrasi agama tidak membawa kepada memperhatikan agama lain juga betul, tetapi untuk memberi hak kepada penganut agama lain demi mengamalkan agama masing-masing.

Toleransi beragama sering diamalkan di Malaysia bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menerangkan “setiap manusia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4),16 mengembangkan agamanya”.

Daripada peruntukan ini, dapat dilihat umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing tertakluk kepada syarat bahawa tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam. Menurut Khadijah Mohd Khambali & Mohd Herzali, (2008) Islam hanya untuk diiktiraf wujudnya agama-agama lain di dunia ini sebagai suatu sunnatullah dan tidak mengakui kebenaran doktrin dan falsafah ajaran yang terkemuka di dalam agama lain.

(9)

6

Islam ialah agama yang berkuasa di Malaysia dan telah mewarnai kehidupan masyarakat Melayu selepas kedudukan agama Hindu di Tanah Melayu (Ahmad Bashir Aziz, 2004). Oleh itu, masyarakat Malaysia dan agama Islam dapat diberi pandangan sama dengan maskud kata lain dan kebanyakan persoalan tentang adat istiadat, politik dan pemerintahan masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh Islam. Jika dilihat, nilai yang terkemuka dalam Islam ialah bersifat universal dan dapat diterima oleh semua peringkat manusia dan mampu beroperasi dalam konteks kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia (Auni Abdullah, 1991).

Seterusnya, penganut Islam perlu berusaha memahami realiti kehidupan beragama masyarakat bukan Melayu di Malaysia . Keadaan ini, selaras dengan ajaran agama Islam demi mengelakkan sikap salah faham masyarakat bukan Islam terhadap penganut Islam, Muhammad Abu Bakar (1987). Selain itu, Batumalai (1989), menyatakan bahawa penganut agama Kristian perlu diamalkan dengan tingkah laku proaktif dan terbuka demi memfokuskan sosio-budaya dan agama masyarakat bukan Kristian khususnya masyarakat Melayu dalam usaha mendekati mereka.

Dari segi toleransi etnik, Rabushka (1973) bahawa sesetengah kaum Melayu sahaja yang memberi kerelaan demi makan bersama dengan kaum Cina. Menurut beliau, kaum Cina di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tidak memberi perkara yang menimbulan kesukaran dan lebih bersatu padu dalam kesanggupan mereka untuk makan, kerja mahupun tinggal bersama dengan kaum Melayu.

Kesimpulannya, walaupun toleransi sosio antara agama berada pada kedudukan yang baik, namun apabila terdapatnya pelbagai isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini, dibimbangi mampu merenggangkan hubungan antara pelbagai penganut agama di Malaysia. Maka dengan itu, kajian hendaklah dilaksanakan demi mengetahui krisis hubugan antara penganut agama.

(10)

7

3.0 METODOLOGI/ KAEDAH KAJIAN

Metodologi kajian adalah satu gaya bagi mengumpul dan menganalisis data untuk mendapat statistik bagi menyokong kajian yang dijalankan. Tujuannya untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai pengaplikasian cara dengan membuat huraian mengenai proses kajian.

Metodologi mengisytiharkan jenis kaedah bagi komunikasi dengan penyelidikan kajian.

3.1 Pendekatan Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif tinjauan. Kaedah kuantitatif ini lebih bersifat objektif. Datanya biasa dipersembahkan dalam bentuk numerikal. Instrument kajian termasuklah borang soal selidik berbentuk google form yang mengandungi 15 soalan bagi meneliti fikiran responden berkenaan objektif kajian yang dijalankan. Sejumlah 30 responden yang akan diberikan borang soal selidik melalui Google form.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini lebih memfokuskan kepada responden yang terlibat secara langsung iaitu pelajar yang menduduki Kampus di UTHM. Maklumat yang diperlukan untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah kumpulan fokus dan kaedah soal selidik.

3.3 Analisis Data

Penganalisisan data dalam kajian ini adalah berbentuk data kuantitatif melalui maklumat yang dikumpulkan menerusi instrumen soal selidik. Data-data yang diperolehi daripada responden kajian melalui soal selidik akan dianalisis secara deskriptif menggunakan auto generate yang di sediakan dalam Google form untuk mendapatkan keputusan analisis yang tepat. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi soal selidik tentang kefahaman hubungan insan dengan Tuhan dalam Agama.

(11)

8

4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 4.1 Dapatan Demografi Kajian

Kajian lapangan ini dilakukan dengan menggunakan soal selidik melalui platform Google Form. Seramai 30 responden terlibat dalam kajian kuantitatif ini secara atas talian. Terdapat beberapa maklumat responden kami ambil sebagai isi kandungan kajian kami ini seperti jantina, umur, agama dan kaum.

1. Jantina Responden

Responden Jantina

Lelaki Wanita

Bilangan (orang) 6 24

Peratusan (%) 20 80

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan jantina responden yang terlibat dalam soal selidik ini.

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan 80 % respon iaitu 24 orang yang kami dapati merupakan penilaian daripada responden perempuan. Manakala, selebihnya atau 20% respon yang lain iaitu 6 orang merupakan penilaian soal selidik kami daripada responden lelaki.

24 6

Dapatan Demografi Jantina Responden

Perempuan Lelaki

(12)

9 2. Umur Responden

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan umur responden yang terlibat dalam soal selidik ini.

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan 73% responden iaitu 22 orang merupakan responden yang berumur 18 hingga 21 tahun. Manakala, 13% iaitu 4 orang ialah responden berumur 22 hingga 24 tahun, dan 10% daripada respon yang kami dapati iaitu 3 orang daripada responden berumur 25 tahun ke atas. Selebihnya iaitu 1 oeang atau 3% respon yang lain merupakan penilaian soal selidik daripada responden berumur 18 tahun ke bawah.

1

22 4

3

Dapatan Demografi Umur Responden

18 tahun ke bawah 18 - 21 tahun 22-24 tahun 25 tahun ke atas

Umur Bilangan responden (orang) Peratusan (%)

18 tahun ke bawah 1 3

18 – 21 tahun 22 73

22 – 24 tahun 4 13

25 tahun ke atas 3 10

(13)

10 3. Bangsa/Kaum Responden

Kaum/Bangsa Bilangan responden (orang) Peratusan (%)

Melayu 12 40

Cina 12 40

India 3 10

Iban 1 3

Korean 1 3

Bumiputera Sabah 1 3

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan bangsa atau kaum responden yang terlibat dalam soal selidik ini.

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan 12 orang atau 40% respon yang kami dapati merupakan penilaian daripada responden berbangsa Melayu dan dari dapatan kami responden yang berbangsa Cina memiliki peratusan yang sama dibandingkan dengan kaum Melayu. Bagi kaum India, terdapat 10% respon iaitu 3 orang yang kami dapati merupakan responden berbangsa India. Manakala, selebihnya iaitu 3 orang atau 9% respon bagi bangsa atau kaum yang lain merupakan responden daripada kaum Iban, Bumiputera Sabah dan bangsa Korea.

12

12 3

1 1 1

Dapatan Demografi Bangsa/Kaum Responden

Melayu Cina India Iban Korean Bumiputera Sabah

(14)

11 4. Agama Dianuti Responden

Agama Bilangan responden (orang) Peratusan (%)

Islam 13 43

Kristian 2 7

Buddha 14 47

Hindu 1 3

Graf menunjukkan analisis dapatan demografi kajian berkaitan agama dianuti responden yang terlibat dalam soal selidik ini.

Berdasarkan graf di atas, purata menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 14 orang bersamaan 47% respon yang kami dapati merupakan penilaian daripada responden yang beragama Buddha. Selain itu, graf menunjukkan bahawa 43% daripada jumlah keseluruhan iaitu 13 orang merupakan responden yang beragama Islam. Seterusnya, responden yang beragama Kristian menunjukkan peratusan sebanyak 7% atau 2 orang daripada keseluruhan bilangan responden. Manakala, selebihnya iaitu 1 orang atau 3%

respon yang lain merupakan penilaian soal selidik kami daripada responden yang beragama Hindu.

13

2 14

1

Dapatan Demografi Agama Responden

Islam Kristian Buddha Hindu

(15)

12

4.2 Dapatan Kajian Objektif 1: Menerangkan kepentingan hubungan Tuhan dengan insan

Graf 1: Menerangkan kepentingan hubungan Tuhan dengan insan

Berdasarkan graf di atas, terdapat 63 peratus responden yang sangat setuju dan 27 peratus responden setuju dengan salah satu kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah hidup akan lebih aman dan tenteram dalam menjalani kehidupan seharian jika kita menjaga hubungan dengannya. Hal ini demikian kerana, apabila hubungan kita dengan tuhan baik maka setiap perkara dapat dilakukan dengan lancar tanpa rasa gelisah dan takut. Sebagai contoh , dalam menjawab peperiksaan ataupun ujian , apabila kita rasa buntu Allah akan sentiasa bersama untuk menolong kita supaya tidak cemas dan dapat menyelesaikannya dengan tenang. Terdapat juga 10 peratus responden yang tidak pasti dengan kepentingan tersebut. Hal ini kerana ,mereka berasa kurang yakin bahawa hidup akan lebih aman dan tenteram dalam menjalani kehidupan seharian merupakan kepentingan hubungan tuhan dengan insan.

0 0 0 0 0 0 0 3.3 0

0

10 10

20

6.7 3.3

26.7 23.3

13.3

23.3 26.7

63.3 66.7 66.7 66.7 70

0 10 20 30 40 50 60 70 80

Hidup akan lebih aman dan tenteram dalam menjalani kehidupan seharian

jika kita menjaga hubungan dengan

tuhan.

Segala masalah dan bebanan akan lebih

mudah diselesaikan jika hubungan insan dengan tuhan terjaga

Hidup akan lebih bermakna dan segala

hajat akan mudah untuk dikecapi

Sentiasa berada di jalan yang benar malah

terhindar daripada melakukan dosa

Tahap keimanan seseorang dapat ditingkatkan iaitu akan

lebih banyak bersabar dalam pelbagai aspek,

contohnya lebih bersabar dalam melakukan kerja yang

sukar dilakukan

Menerangkan kepentingan hubungan Tuhan dengan insan

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

(16)

13

Seterusnya terdapat 67 peratus responden yang sangat setuju dan 23 peratus responden yang setuju bahawa kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah segala masalah dan bebanan akan lebih mudah diselesaikan jika hubungan terjaga. Hal ini demikian kerana, apabila hubungan terjaga masalah yang kecil mahupun besar dapat dipermudahkan serta diselesaikan dengan baik. Masalah yang biasa dialami oleh setiap manusia ialah sikap pelupa. Masalah tersebut sentiasa timbul tidak kira dimana kita berada dalam masa yang singkat. Oleh itu , apabila hubungan kita sentiasa terjaga masalah sebegini dapat diselesaikan dan dikurangkan dengan pertolonganNYA. Walaubagaimanapun, terdapat juga 10 peratus responden yang tidak pasti dengan kepentingan ini. Hal ini kerana, sikap manusia tersendiri yang suka bergantung kepada orang lain dan tidak mempercayai dengan kekuasaan Tuhan itu sendiri.

Kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah hidup akan jadi lebih bermakna dan segala hajat akan mudah dicapai atau dikecapi. Seramai 67 peratus responden sangat setuju dan 23 peratus responden setuju dengan kepentingan tersebut. Hal ini sedemikian kerana , langkah atau cara untuk seseorang itu menjaga hubungannya dengan tuhan adalah dengan berusaha melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Apabila kita berusaha dalam melakukannya maka segala hajat dapat dipermudahkan. Selain itu, hubungan yang baik juga dapat memberi kehidupan yang lebih bermakna lagi. Walaubagaimanapun, seramai 20 peratus responden tidak pasti dengan kepentingan ini. Bagi mereka untuk menjadikan hidup yang lebih bermakna tidak semestinya hanya memerlukan hubungan yang baik antara Tuhan dan insan malah perlu juga bergantung kepada masyarakat dan juga dunia.

Selain itu, terdapat 67 peratus responden sangat setuju dan 23 peratus responden setuju bahawa kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah sentiasa berada di jalan yang benar malah terhindar daripada melakukan dosa. Ia dapat membantu semua penganut agama menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama mereka. Apabila hubungan kita sentiasa terjaga , hati kita akan sentiasa terpelihara dan akan timbul rasa malu untuk melakukan dosa. Kita akan sentiasa berada di jalan yang sepatutnya dan kekal beristiqamah dalam setiap perkara. Terdapat juga seramai 7 peratus responden tidak pasti dan 3 peratus responden tidak setuju bahawa kepentingan hubungan tuhan dengan insan ialah sentiasa berada di jalan yang benar dan dapat menghindarkan diri dari dosa. Ini kerana , sesetengah manusia tidak mampu beristiqamah dalam melakukanya.

(17)

14

Akhir sekali , seramai 70 peratus responden sangat setuju dan 27 peratus responden setuju bahawa tahap keimanan seseorang dapat ditingkatkan iaitu lebih banyak bersabar dalam pelbagai aspek merupakan kepentingan hubungan tuhan dengan insan. Hal ini demikian kerana, hubungan tuhan dan insan yang terjaga dapat membantu manusia untuk kekal beriman dan sentiasa ikhlas serta bersabar dalam setiap perkara. Sabar itu merupakan separuh daripada Iman. Sebagai contoh , agama Islam amat mementingkan kesabaran dan selalu dilatih atau dipraktikkan pada bulan Ramadhan. Umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga serta sesatu yang boleh membatalkan puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Walau bagaimanapun , sebanyak 3 peratus responden tidak pasti dengan kepentingan ini. Hal ini demikian kerana, ia tidak mampu membantu segolongan manusia untuk kekal bersabar dalam setiap perkara. Sebagai contoh , dalam menahan sikap marah , suka memaki hamun dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai penganut agama tidak kiralah Islam , Kritian , Hindu mahupun Budha perlulah menjaga hubungan dengan Tuhan sebaik mungkin kerana ianya amat penting dalam menjalani kehidupan kita seharian.

(18)

15

4.3 Dapatan Kajian Objektif 2: Mengenal pasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap Agama

Graf 2: Mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama

Berdasarkan graf di atas, terdapat 16 orang responden sangat setuju dan 11 orang responden setuju bahawa mengenalpasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama adalah agama merupakan satu anutan dan kepercayaan yang berkembang sebagai suatu ilmu Pendidikan jiwa (dalaman) yang mengajar manusia untuk menyelami jiwa mereka sendiri.Hal ini kerana seseorang manusia yang yakin akan kepercayaan dan agama yang dianuti hidup mereka akan lebih tenang dan teratur. Ini kerana walaupun manusia dilengkapi dengan banyak ciri yang membolehkan mereka menjalani kehidupan dunia dengan baik, dalam masa sama Allah Maha Mengetahui seandai manusia tidak dipandu dengan agama, pasti akan menjadikan kehidupan manusia dalam keadaan yang porak peranda malah akan ketangan dalam hidup tiada dalam diri. Dengan agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan berdisiplin. Tidak seperti haiwan yang hidup bebas tanpa peraturan. Apabila agama diberikan kedudukan teratas dalam setiap acara kehidupan, maka sukarlah nafsu untuk bermaharajalela dan menjerumuskan manusia ke kancah yang bertentangan dengan kehendak agama.Misalnya,

2 2

4 3 4

11

14

7 8

7 16

14

19 19 19

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

Agama merupakan satu anutan dan kepercayaan yang

berkembang sebagai suatu ilmu

pendidikan jiwa (dalaman) yang mengajar manusia

untuk menyelami jiwa mereka

sendiri

Aspek keagamaan penting untuk

memastikan seseorang individu

tidak terjebak melakukan perkara-perkara negetif yang boleh

merosakan akhlak dan jati diri

Agama dapat membentuk diri kita menjadi orang

lebih baik

Ilmu pengetahuan agama dapat

membentuk keperibadian terpuji seseorang

insan yang menjaga agamanya.

Agama boleh dijadikan sebagai

pedoman hidup untuk setiap

manusia

Mengenalpasti Tahap Pengetahuan Setiap Insan Terhadap Agama

sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

(19)

16

sebagai seorang pemimpin sekiranya sentiasa hidup bersendikan agama maka mustahil untuk seseorang pemimpin melakukan salah laku atau penyelewengan kuasa. Hal tersebut kerana dia menyedari bahawa perbuatan sedemikian amat dilarang dalam agama dan si pelakunya bakal mendapat azab Allah di akhirat kelak. Jadi, di sini agama menjadi benteng atau perisai kehidupan seseorang pemimpin mahupun dalam diri individu. Malah, terdapat 2 orang responden yang kurang setuju,tiada responden yang tidak setuju dan tiada responden tidak sangat setuju tentang pernyataan tersebut.Hal ini kerana berkemungkinan mereka yang berpendapat kurang setuju ini mempunyai fahaman mereka sendiri terhadap statmen yang dikemukan seperti di atas contohnya mereka mungkin beranggapan dengan cara lain juga boleh membentuk jiwa dari dalaman contohnya dengan Berbuat baik dan mengikut segala arahan Tuhan Allah SWT mengizinkan hambanya-nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berlainan akidah sekalipun sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia.Pada dasar, dengan mempercayai agama yang dianuti ia akan mendatangkan impak positif terhadap manusia.

Seterusnya,aspek keagamaan penting untuk memastikan seseorang individu tidak terjebak melakukan perkara-perkara negetif yang boleh merosakan akhlak jati diri.Terdapat 14 orang responden sangat setuju,14 orang responden bagi setuju dan 2 orang responden bagi kurang setuju dan 0 bagi tidak setuju dan tidak sangat setuju.Hal ini kerana mereka yang bersetuju dengan statement di atas sangat memahami bahawa agama adalah tunjang utama bagi manusia dan sebagai panduan hidup supaya tidak terpesong dan sentiasa berada di landasan yang benar.Agama merupakan Pengetahuan dan didikan agama mampu menjadi perisai untuk menghalang manusia daripada terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat dan merosakkan akhlak dan minda mereka. Oleh itu,aspek keagamaan penting untuk memastikan seseorang individu tidak terjebak melakukan perkara negetif yang boleh merosakkan akhlak dan akidah manusia.Manakala terdapat 2 responden yang kurang setuju mungkin mereka mempunyai fahaman sendiri yang lebih baik.Hal ini juga sebenarnya memberi impak positif kepada manusia kerana dengan adanya agama hidup akan lebih terjamin dan aman serta berpanduan.

Seterusnya, terdapat 19 orang responden yang sangat setuju,7 orang responden yang setuju, 2 orang responden yang kurang setuju dan 0 responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju bahawa agama yang dapat membentuk diri kita menjadi orang lebih baik iaitu kepentingan beragama kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia berakhlak mulia. Agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai hasil pemikiran manusia

(20)

17

untuk berfikir yang baik dan buruk Jika setiap manusia berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan, masalah sosial dan sebagainya. Langkah-langkah untuk menjadikan manusia yang berakhlak mulia ialah memiliki akal yang sempurna, taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT, memiliki ilmu dan banyak bersyukur kepada Allah. Antara cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu dan dengan latihan-latihan rohani. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala amalan yang terkandung dalam Al-Quran supaya sentiasa istiqomah dalam pekerjaan yang kita lakukan.Pada dasarnya, dengan adanya agama sebenarnya sememangnya dapat membentuk diri kita menjadi orang yang lebih baik dan berfikiran rasional.

Bukan itu sahaja, ilmu pengetahuan agama dapat membentuk keperibadian terpuji seseorang insan yang menjaga agamanya. Berdasarkan data yang telah kami terima, didapati 19 orang responden yang sangat setuju, 8 orang responden yang setuju, 4 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju tentang pernyataan tersebut.Ilmu pengetahuan agama dapat membentuk manusia ke arah yang lebih baik kerana dengan adanya ilmu agama hidup seseorang manusia akan lebih teratur dan melalui ilmu agama juga lah dapat membentuk jati diri yang kuat dan melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang insan.Justeru jelas bahawasanya akhlak itu adalah cerminan dari dalam diri seseorang yang mempunyai ilmu dan adab. Jiwa yang subur dengan ilmu akan berusaha mencari redha Allah dan sentiasa berwaspada dengan azab dan hukuman perbuatan buruknya terhadap Allah dan makhluk lain. Kepekaan kepada kehidupan akhirat yang dimaksudkan inilah yang menjadikan seseorang itu mudah untuk patuh kepada undang-undang dan hukuman yang mengikat masyarakat sejahtera.

Selain itu, terdapat 19 orang responden yang sangat setuju,7 orang responden yang setuju, 4 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju terhadap agama boleh dijadikan sebagai pedoman hidup untuk setiap manusia.Dengan adanya nilai keagamaan manusia akan lebih faham erti kehidupan yang lebih teratur dan juga lebih sistematik.Sebagai contohnya bagi umat islam al -quran dan juga hadis merupakan panduan kepada mereka untuk terus istiqomah dalam kehidupan dan meningalkan segala perbuatan keji yang dilarang oleh Allah SAW.Mankala bagi agama lain pula mereka juga mempunyai kepercayan dan kitab mereka sendiri yang mereka jadikan panduan dalam hidup dan bagi melakukan ibadah mereka sendiri.Konklusinya setiap manusia yang terlahir di

(21)

18

atas muka bumi ini perlu hidup beragama kerana dengan adanya agama hidup akan lebih bererti dan Bahagia kerana semua agama di atas muka bumi ini menuntut untuk melakukan kebaikkan dan tiada satu agama pun yang menyuruh melakukan perkara-perkara negetif disebabkan itu lah agama ini boleh dijadikan pedoman bagi semua manusia.

Kesimpulannya, seseorang yang mempercayai agama yang dianuti membawa banyak kesan positif kepada setiap individu.Dengan cara hidup beragama hidup ,manusia akan lebih teratur dan juga sistematik dari pelbagai sudut ,contohnya jasmani, rohani,emosimental dan juga interlek kesemua nya akan lebih tersusun dan menajdikan seseorang manusia berasa lebih dihargai dan segala nilai-nilai murni akan lebih mudah dilakukan berbanding hidup tanpa agama kerana orang yang hidup tanpa agama akan keliru dalam kehidupannya disebabkan tiada panduan dan rujukan yang benar dalam kehidupannya.

(22)

19

4.4 Dapatan Kajian Objektif 3: Mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang yang dianuti terhadap individu

Graf 3: Mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu

Berdasarkan graf di atas, terdapat 17 orang responden yang sangat setuju dan 10 orang responden setuju bahawa impak positf mempercayai agama yang dianuti terhadap individu adalah mendidik diri setiap manusia supaya lebih yakin dan mempunyai pendirian yang kukuh.

Hal ini kerana seseorang yang menganut agama akan sentiasa mempercayai kepada Tuhan.

Ajaran Allah SWT merupakan satu ajaran yang mendidik manusia supaya sentiasa berjasa dan berbuat baik. Oleh itu, manusia yang menganut agama akan menjadi lebih yakin kerana mereka mempercayai perbuatan yang dilakukan adalah bentul dan baik. Malah, terdapat 2 orang responden yang kurang setuju, seorang responden yang tidak setuju dan tiada responden tidak sangat setuju tentang pernyataan terseubut. Hal ini kerana, mereka mempercayai keyakinan diri dapat dibina dan dikukuh melalui cara yang lain. Sebagai contoh, cara yang lain untuk membina keyakinan diri adalah meningkatkan tahap ilmu pengetahuan. Tahap ilmu pengetahuan yang tinggi dapat melahirkan insan yang memiliki minda kelas pertama serta meningkatkan keyakinan seseorang. Pada dasarnya, impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu adalah mendidik diri setiap manusia supaya lebih yakin dan

0 1 2 0 0 3 0 0 3 0 0 2 0 0 2

10 11 12

9

11

17 16

15

19

17

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

Mendidik diri setiap manusia supaya lebih yakin dan mempunyai pendirian yang kukuh

Pendirian agama yang kukuh dapat

melahirkan maysarakat yang bersatu padu tanpa

perselisihan faham antara satu sama lain

Hubungan antara kaum dapat diharmonikan malah

mampu melahirkan suasana aman dan

makmur

Agama adalah ajaran yang dapat mengukuhkan jati diri

seseorang supaya sentiasa membuat

kebaikan

Manusia dapat memupuk diri untuk

mencintai penciptanya

Mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

(23)

20

mempunyai pendirian yang kukuh tetapi keyakinan seseorang juga dapat dibina melalui cara yang lain.

Selanjutnya, pendirian agama yang kukuh dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa perselisihan faham antara satu sama lain. Terdapat 16 orang responden yang sangat setuju, 11 orang responden yang setuju, 3 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju tentang pernyataan tersebut. Hal ini kerana Malaysia terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat Malaysia adalah bebas untuk menganut agama masing-masing. Agama yang berbeza mempunyai adat resam dan tradisi yang berbeza. Pada umumnya, masyarakat dapat mengambil kesempatan untuk saling memahami agama dan adat resam berbilang kaum melaui aktiviti kemasyarakatan seperti rumah terbuka. Mereka dapat menyelesaikan segala pertelingkahan dan perselisihan faham serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui aktiviti tersebut.

Seterusnya, terdapat 15 orang responden yang sangat setuju, 12 orang responden yang setuju, 3 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju bahawa hubungan antara kaum dapat diharmonikan malah mampu melahirkan suasana yang aman dan makmur merupakan salah satu impak positif mempercayai agama yang dianauti. Seserorang yang menganut agama akan memiliki akal yang sempurna dan sentiasa taat untuk menjalankan ajaran Allah SWT. Oleh itu, manusia yang berakhlak mulia dapat dilahirkan jika seseorang tersebut menganut agama. Masyarakat yang berakhlak mulia akan dipenuhi dengan keamanan serta kesejahteraan. Mereka akan menghindari segala keadaan huru-hara, masalah sosial dan sebagainya. Hal ini dapat mengurangkan kes jenayah sosial serta melahirkan satu suasana yang aman dan makmur.

Bukan itu sahaja, agama adalah ajaran yang dapat mengukuhkan jati diri seseorang supaya sentiasa membuat kebaikan. Berdasarkan data yang telah kami terima, didapati 19 orang responden yang sangat setuju, 9 orang responden yang setuju, 2 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju tentang pernyataan tersebut. Jiwa merupakan perasaan yang terkandung dalam hati seseorang manusia. Cara untuk menjaga jiwa adalah menghindari segala percakapan atau perbuatan yang tidak baik. Apabila seseorang manusia mendekatkan diri dengan Allah atau mengingati Allah pada bila-bila masa, mereka dapat menjaga jiwa dan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Oleh itu,

(24)

21

impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu dapat mengukuhkan jati diri seseorang agar sentiasa membuat kebaikan.

Selain itu, terdapat 17 orang responden yang sangat setuju, 11 orang responden yang setuju, 2 orang responden yang kurang setuju dan tiada responden yang tidak setuju dan tidak sangat setuju bahawa manusia dapat memupuk diri untuk mencintai penciptanya jika menganut agama. Hal ini kerana manusia yang menganut agama akan lebih memahami tentang konsep insan. Menurut falsafah Islam, manusia merupakan hamba dan kalifah Tuhan. Manusia adalah wakil Tuhan dan berperanan untuk menjalankan amanah dari Allah serta memikul tanggungjawab sebagai pemegang amanah seperti menjaga alam sekitar. Oleh demikian, manusia yang menganut agama akan lebih memahami asal unsur diri dan akan mencintai serta bersyukur terhadap penciptanya.

Kesimpulannya, seseorang yang mempercayai agama yang dianuti membawa banyak impak positif terhadap individu. Agama mendidik seseorang supaya sentiasa berjasa dan berbuat baik. Oleh itu, seseorang manusia perlulah menganut agama masing-masing dan menerima didikan agama supaya menjadi insan yang berakhlak mulia.

(25)

22

5.0 RUMUSAN

Manusia yang hidup di dunia amat memerlukan agama karena hal tersebut merupakan fitrah manusia. Fitrah tersebut yang menyebabkan manusia berhubungan dengan agama untuk mencari jati dirinya. Tujuan penciptaan manusia ialah untuk menyembah kepada Allah dan menjadi khalifah fil ardi. Agama memiliki tujuan yang sebenar demi membentuk manusia melakukan segala perintah yang diperintahkan oleh Allah. Sehingga agama dapat mengatur segala sendi kehidupan manusia dan dapat dikatakan agama merupakan pengatur manusia untuk menjalankan perananya di muka bumi.

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji hubungan insan dengan Tuhan dalam agama.

Hubungan insan dengan Tuhan mengandungi keseluruhan bentuk kehidupan manusia seperti roh, jasad, kerohanian dan kebendaan, pengharapan, pengakuan, rasa kasih dan cinta kepada- Nya, syukur kepada- Nya dan lain-lain. Natijahnya, kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu menerangkan kepentingan hubungan tuhan dengan insan, mengenal pasti tahap pengetahuan setiap insan terhadap agama dan mengenal pasti impak positif mempercayai agama yang dianuti terhadap individu.

Metodologi yang dipraktikkan ialah pendekatan kajian, rekabentuk kajian dan analisis data supaya kajian ini dijalankan dengan lebih lancar dan efektif. Borang soal selidik iaitu google form yang meliputi 4 bahagian telah diedarkan melalui media sosial kepada para responden.

Kaedah statistik deskriptif yang berbentuk skala likert telah digunakan dalam google form.

Bilangan responden adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada pelbagai agama untuk membantu pengkaji menyempurnakan kajian ini.

Dapatan menunjukkan majoriti responden memiliki tahap pengetahuan asas agama yang tinggi di mana lebih 95% berada dalam kelompok ini. Dapatan kajian ini memberi bukti bahawa majoriti rakyat Malaysia memiliki pengetahuan asas yang baik dalam agama masing- msaing tidak kira agama Islam atau agama Kristian. Walaupun soalan yang ditanya hanya merujuk kepada tiga objektif kajian tentang pengetahuan asas agama, namun ia cukup jelas untuk memberikan gambaran mengenai tahap pengetahuan dalam diri seseorang untuk membentuk diri menjadi insan yang lebih baik dan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Cadangan dan saranan mahasiswa dan mahaisiwi adalah aset yang penting bagi sesebuah negara. Mereka adalah bakal pewaris tampuk pemerintahan negara kita suatu hari nanti. Apa sahaja yang berlaku kepada mereka, akan terus memberikan kesan kepada masa depan negara.

Sekiranya berjaya menyediakan acuan akhlak yang baik kepada mereka, maka akan lahirlah

(26)

23

bakal pemimpin negara yang berpegang teguh kepada aqidah yang benar, ibadah yang sahih dan akhlak yang mulia untuk memastikan masa depan Islam sentiasa cemerlang.

Natijahnya, kajian ini mendapat satu kesimpulan iaitu hubungan insan dengan tuhan dalam agama adalah sangat penting kepada semua orang dalam kehidupan kita. Kita hendaklah mementingkan agama supaya kita boleh menjadi seorang yang baik dan jujur. Agama akan memberi banyak kebaikan kepada kita dan juga keluarga kita kerana kita boleh berkongsi ilmu pengetahuan agama. Ilmu pengetahuan agama boleh membentuk keperibadian terpuji seseorang insan yang menjaga agamanya. Hal ini boleh mendidik kita supaya menjadi lebih yakin dan mempunyai pendirian yang kukuh.

(27)

24 6.0 RUJUKAN

 A. T. Talib, & Gill, S. S. (2012). Socio-Religious Tolerance: Exploring the Malaysian Experience. Global Journal of Human Social Science, 12(8), 49-54.

 Adeney, W. F. (1926). Toleration. In J. Hastings (Ed.), Encyclopedia of Religion and Ethics (Vol. Vol. 12). Edinburgh: T & T Clark

 Mahfuzah Muhammed Zabidi (2020), Peminggiran Agama Halang Kebahgiaan Manusia. Berita Harian Online. Diperoleh daripada:

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/04/676097/peminggiran-agama- halang-kebahagiaan-manusia

 Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm (2021), Berusaha Jadi Insan Baik.

Berita Harian Online. Diperoleh daripada:

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/02/123199/berusaha-jadi- insan-baik

 Mansor, R. (2015). Pendidik MESTI Hidupkan budaya Islam DI sekolah. Berita Harian Online. Diperoleh daripada:

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/104037/pendidik-mesti- hidupkan-budaya-islam-di-sekolah

 Arifin, L. (2019). Akhlak Nabi TELADAN Umat Islam, Dikagumi Barat. Berita Harian Online. Diperoleh daripada:

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/11/626871/akhlak-nabi-teladan- umat-islam-dikagumi-barat

 Ainul Nakhwat. (2021). Allah, manusia dan alam. Diperoleh daripada:

https://www.slideshare.net/ainulNurJihad/allah-manusia-dan-alam

 Zin Mahmud. (2017). Kepentingan penganut Kristian dalam politik Malaysia. Free Malaysia Today. Diperoleh daripada:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/12/26/kepentingan- penganut-kristian-dalam-politik-malaysia/

 Ismail Salleh. (2020). Tuntutan berakhlak mulia melangkaui budaya, agama. Berita Harian Online. Diperoleh daripada:

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/10/740889/tuntutan-berakhlak- mulia-melangkaui-budaya-agama

(28)

25

8.0 LAMPIRAN a. Minit Mesyuarat

Minit Mesyuarat Pertama (1) Tarikh : 6 Jun 2021 Masa : 2.30pm – 3.00pm Tempat : Google Meet

Kehadiran : Semua Ahli Kumpulan Hadir

i. SITI AINA NATASHA BINTI MOHD YUTI (K) (AB200010) ii. NABILAH BINTI MAT JIDIN (AB200054)

iii. NURUL AIN NABILA BINTI MUHAMMAD (AB200080) iv. NURUL ALIAH FARISYAH BINTI HALIM (DE200118) v. CHAN YET SHI (AP200429)

vi. NG E NEE (AP200399) vii. LIM JIA YING (AP200181) viii. YIAW XIN YUE (AP200133) 1.0 Ucapan Ketua Kumpulan

 Ketua kumpulan memberi ucapan mengenai tajuk.

 Menerangkan tajuk laporan yang diberikan dengan lebih jelas.

 Ketua kumpulan mengenalkan diri ahli kumpulan.

2.0 Pengenalan Ahli Kumpulan

 Ahli kumpulan memberitahu tentang pengenalan diri iaitu nama dan nombor matrik supaya pensyarah mengenali dengan lebih tepat kerana kami membuka kamera semasa pembentangan dijalankan.

 Ahli kumpulan membentangkan tajuk masing-masing yang telah diagihkan oleh ketua kumpulan.

(29)

26

 Menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci berdasarkan tajuk yang dibentangkan.

3.0 Perbincangan

 Setiap ahli kumpulan memberikan cadangan dan pendapat mengenai tajuk laporan yang diberikan.

 Memahami tugasan setiap ahli kumpulan yang dibincangkan dan dibahagikan oleh ketua kumpulan.

 Membincangkan permasalahan ahli kumpulan mengenai perjumpaan untuk mesyuarat b. Lampiran gambar :

(30)

27

(31)

28

Referensi

Dokumen terkait

Pada pernyataan (Saya dapat berkomunikasi dengan orang lain secara baik agar ide-ide saya dapat diterima) tidak terdapat responden yang menyatakan sangat tidak setuju, 2