• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENILAI TAHAP MINAT MASYARAKAT TERHADAP TEATER TRADISIONAL

N/A
N/A
siti nordiana

Academic year: 2023

Membagikan "MENILAI TAHAP MINAT MASYARAKAT TERHADAP TEATER TRADISIONAL"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

RAJAH : GRAF BAR BAGI MENILAI TAHAP MINAT MASYARAKAT TERHADAP TEATER TRADISIONAL

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2023

Bil. BUTIRAN SOALAN

BILANGAN RESPONDEN DAN PERATUS (%) RESPONDEN

YANG MENJAWAB SETUJU TIDAK

PASTI TIDAK SETUJU 1. Saya tidak pernah pergi melihat Pementasan

Teater Tradisional. 66

(66%) 2

(2%) 32

(32%) 2. Saya berminat untuk menonton

pementasan Teater Tradisional.

47 (47%)

52 (52%)

1 (1%) 3. Sekiranya ada masa terluang, saya akan cuba

menonton Teater Tradisional di siaran televisyen atau YouTube.

53 (53%)

29 (29%)

18 (18%) 4. Saya lebih memilih untuk melihat drama atau

filem modern berbanding menonton Teater Tradisional.

58 (58%)

23 (23%)

19 (19%) 5. Saya lebih tertarik untuk menonton

pementasan Teater Modern berbanding Teater Tradisional.

47 (47%)

40 (40%)

13 (13%)

100 2030 4050 6070 8090 100

66

47 53 58

47

2 52

29 23

32 40

1

18 19 13

MENILAI TAHAP MINAT MASYARAKAT TERHADAP TEATER TRADISIONAL

Setuju Tidak Past Tidak Setuju

(2)

JADUAL : MENILAI TAHAP MINAT MASYARAKAT TERHADAP TEATER TRADISIONAL

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2023

Berdasarkan rajah di atas, pernyataan pertama bagi menilai tahap minat masyarakat terhadap teater tradisional adalah saya tidak pernah pergi melihat Pementasan Teater Tradisional.

Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 66 orang bersamaan dengan 66% memilih setuju, manakala hanya 2 orang responden bersamaan dengan 2% memilih tidak pasti akan pernyataan ini dan 32 orang reponden bersamaan dengan 32% memilih tidak setuju. Hal ini menunjukkan sebahagian responden tidak pernah pergi ke pementasan Teater Tradisional.

Seterusnya, pernyataan kedua bagi menilai tahap minat masyarakat terhadap teater tradisional adalah saya berminat untuk menonton pementasan Teater Tradisional. Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 47 orang bersamaan dengan 47%

memilih setuju, manakala 52 orang responden bersamaan 52% memilih tidak pasti dan hanya 1 orang reponden bersamaan dengan 1% yang memilih tidak setuju. Majoriti responden tidak pasti akan pernyataan ini, hal ini mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai pementasan Teater Tradisional.

Sehubungan dengan itu, pernyataan ketiga bagi menilai tahap minat masyarakat terhadap teater tradisional adalah sekiranya ada masa terluang, saya akan cuba menonton Teater Tradisional di siaran televisyen atau YouTube. Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 53 orang bersamaan dengan 53% memilih setuju, manakala 29 orang responden bersamaan dengan 29% memilih tidak pasti akan pernyataan ini dan hanya 18 orang reponden bersamaan dengan 18% yang memilih tidak setuju. Walaubagaimanapun, majoriti responden ini masih ingi mencuba untuk menonton Teater Tradisional di siaran televisyen atau YouTube. Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian pengkaji, kurangnya rakaman pementasan Teater Tradisional disiarkan di platform online.

Disamping itu, pernyataan keempat bagi menilai tahap minat masyarakat terhadap teater tradisional adalah saya lebih memilih untuk melihat drama atau filem moden berbanding menonton Teater Tradisional. Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 58 orang bersamaan dengan 58% memilih setuju, manakala 23 orang responden bersamaan dengan 23% memilih tidak pasti akan pernyataan ini dan hanya 19

(3)

orang reponden bersamaan dengan 19% yang memilih tidak setuju. Hal ini menujukkan bahawa masyarakat kini lebih memilih menonton drama atau filem melalui platform digital.

Dengan ini, pihak penganjur Teater Tradisional mungkin perlu strategi untuk meningkatkan daya tariknya namun masih mengekalkan nilai warisan budayanya.

Akhir sekali, pernyataan kelima bagi menilai tahap minat masyarakat terhadap teater tradisional adalah saya lebih tertarik untuk menonton pementasan Teater Modern berbanding Teater Tradisional. Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 47 orang bersamaan dengan 47% memilih setuju, manakala 40 orang responden bersamaan dengan 40% memilih tidak pasti akan pernyataan ini dan hanya 13 orang reponden bersamaan dengan 13% yang memilih tidak setuju. Sama seperti kes diatas dimana masyarakat lebih cenderung kepada isu semasa dan bertema baru selaras dengan masa kini. Pentingnya perlaksanaan langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat akan pementasan Teater Tradisional agar warisan budaya sentiasa terpelihara.

Secara kesluruhanya, berdasarkan analisis data dari lima pernyataan yang menilai minat masyarakat terhadap Teater Tradisional, majoriti responden iaitu 66% menyatakan tidak pernah pergi melihat Pementasan Teater Tradisional, menunjukkan bahawa ada sebahagian daripada responden yang belum terlibat dalam pengalaman langsung dengan Teater Tradisional. Ketika ditanya apakah mereka berminat untuk menonton pementasan Teater Tradisional, sebanyak 47% responden menyatakan setuju, tetapi 52% menyatakan tidak pasti. Hal ini mungkin kurangnya pemahaman atau pendedahan masyarakat mengenai Teater Tradisional. Sebahagian besar responden 53% menyatakan bersedia mencuba menonton Teater Tradisional di siaran televisyen atau YouTube, menunjukkan adanya minat dalam bentuk penyiaran digital. Namun, pemerhatian menunjukkan kurangnya ketersediaan rakaman pementasan Teater Tradisional secara online. Lebih dari setengah responden iaitu 58% lebih memilih untuk melihat drama atau filem moden berbanding Teater Tradisional. Ini membuktikan citarasa masyarakat terhadap bentuk hiburan moden. Selain itu, pernyataan terakhir menunjukkan bahawa 47% responden lebih tertarik pada pementasan Teater Moden, manakala 40% tidak pasti. Hal ini mencerminkan kecenderungan masyarakat untuk lebih menyukai elemen kontemporari dalam penceritaan.

Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa tahap minat masyarakat terhadap Teater Tradisional lebih terpengaruh oleh kurangnya pengalaman langsung, kurangnya pemahaman atau pendedahan, dan citarasa terhadap bentuk hiburan moden. Oleh karena itu, strategi perlu

(4)

dilakukan untuk meningkatkan pendedahan, pemahaman, dan daya tarik Teater Tradisional, sambil mengekalkan nilai-nilai warisan budayanya.

Pada pendapat anda, adakah promosi melalui media sosial serta kerjasama dengan sekolah dan komuniti dapat meningkatkan kesadaran masyarakat tentang pementasan Teater Tradisional?0 10

20 30 40 50 60 70 80 90 100 96

92

80 95

86

4 8

20

5 14

MENGANALISIS CARA-CARA MENINGKATKAN MINAT ATAU PENGLIBATAN TERHADAP TEATER TRADISIONAL

Ya Tidak

(5)

RAJAH : GRAF BAR BAGI MENGANALISIS CARA-CARA MENINGKATKAN MINAT ATAU PENGLIBATAN TERHADAP TEATER TRADISIONAL

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2023

Bil

. BUTIRAN SOALAN

BILANGAN RESPONDEN DAN PERATUS (%) RESPONDEN YANG

MENJAWAB

YA TIDAK

1. Pada pendapat anda, adakah promosi melalui media sosial serta kerjasama dengan sekolah dan komuniti dapat meningkatkan kesadaran masyarakat tentang pementasan Teater Tradisional?

96 (96%)

4 (4%) 2. Pada pendapat anda, adakah program

pendidikan atau workshop meningkatkan pemahaman masyarakat tentang nilai budaya dan sejarah Teater Tradisional?

92 (92%)

8 (8%) 3. Pada pendapat anda, adakah integrasikan

elemen-elemen modern ketika pementasan dalam Teater Tradisional dapat meningkatkan daya tarik masyarakat?

80

(80%) 20

(20%) 4. Adakah anda akan meluangkan masa untuk

menonton pementasan Teater Tradisional sekiranya harga tiket yang terjangkau, dan keselesaan tempat yang terjamin?

95 (95%)

5 (5%) 5. Pada pendapat anda, adakah teknologi seperti

penyiaran pertunjukan secara online, aplikasi pemesanan tiket, atau promosi melalui platform digital dapat menarik minat anda untuk menonton Teater Tradisional?

86 (86%)

14 (14%)

JADUAL : MENGANALISIS CARA-CARA MENINGKATKAN MINAT ATAU PENGLIBATAN TERHADAP TEATER TRADISIONAL

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2023

Berdasarkan rajah di atas, soalan pertama bagi menganalisis cara-cara meningkatkan minat atau penglibatan terhadap teater tradisional adalah pada pendapat anda, adakah promosi

(6)

melalui media sosial serta kerjasama dengan sekolah dan komuniti dapat meningkatkan kesadaran masyarakat tentang pementasan Teater Tradisional? Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 96 orang bersamaan dengan 96% memilih ya, manakala 4 orang responden bersamaan 4% memilih tidak. Dengan ini, majoriti responden didapati memilih ya bagi langkah ini, hal ini menunjukkan bahawa promosi melalui media sosial serta kerjasama dengan sekolah dan komuniti memiliki potensi besar untuk meningkatkan kesadaran masyarakat tentang pementasan Teater Tradisional yang juga merupakan warisan negara. Dengan memanfaatkan jangkauan luas media sosial untuk promosi berterusan seperti Facebook, Instagram, X, Tiktok dan lain-lain, serta kerjasama dengan sekolah dan komuniti tempatan, dengan mewujudkan program pementasan teater tradisional juga dapat mewujudkan keterlibatan yang lebih baik antara masyarakat dan penggiat seni Teater. Di samping itu, menurut Nasruddin (2020), beberapa contoh kejayaan dalam menggunakan media massa atau sosial untuk penjagaan warisan negara termasuk, Projek Warisan Kita yang mempromosikan pemeliharaan warisan melalui hashtag #ProjekWarisanKita, Program "Jom Bincang Warisan" yang mengadakan perbincangan langsung di media sosial, dan Kempen

"Save Our Heritage" yang menggunakan hashtag #SaveOurHeritage untuk meningkatkan kesedaran masyarakat. Melalui inisiatif ini, berhasil meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemeliharaan warisan negara.

Seterusnya, soalan kedua bagi menganalisis cara-cara meningkatkan minat atau penglibatan terhadap teater tradisional adalah, pada pendapat anda, adakah program pendidikan atau workshop meningkatkan pemahaman masyarakat tentang nilai budaya dan sejarah Teater Tradisional? Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 92 orang bersamaan dengan 92% memilih ya, manakala 8 orang responden bersamaan dengan 8% memilih tidak akan pernyataan ini. Majoriti responden didapati bersetuju akan langkah ini. Melalui pendidikan formal dan tidak formal, workshop interaktif, dan pengalaman langsung, program ini berperanan dalam pelestarian warisan budaya dan menciptakan kesadaran akan pentingnya memelihara tradisi teater Tradisional. Menurut Hussin. (2019), dalam konteks Malaysia, pengajian drama dan teater memegang peranan penting dalam memelihara warisan budaya tempatan. Seni teater tradisional seperti, Makyung, Wayang kulit, Mek Mulung dan sebagainya adalah sebahagian daripada warisan budaya di Malaysia.

Pengajian drama dan teater di IPT memainkan peranan penting dalam memastikan warisan budaya ini terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang. Melalui pengajian ini,

(7)

generasi muda dapat mempelajari, menghargai, dan meneruskan tradisi seni teater yang kaya ini, menjadikannya relevan dan lestari dalam konteks moden.

Selain itu, soalan ketiga bagi menganalisis cara-cara meningkatkan minat atau penglibatan terhadap teater tradisional adalah pada pendapat anda, adakah integrasikan elemen-elemen modern ketika pementasan dalam Teater Tradisional dapat meningkatkan daya tarik masyarakat? Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati serama 80 orang bersamaan dengan 80% memilih ya, manakala 20 orang responden bersamaan 20%

memilih tidak akan pernyataan ini. Dengan ini, majoriti responden bersetuju akan pernyataan ini. Integrasi elemen-elemen moden dalam pementasan Teater Tradisional boleh meningkatkan daya tarik masyarakat iaitu dengan memasukkan elemen-elemen moden seperti teknologi, rekaan set yang inovatif, muzik kontemporari, atau penggunaan elemen seni persembahan yang baru, pementasan Teater Tradisional boleh menjadi lebih menarik dan relevan kepada penonton kini. Disamping itu, menurut Taib. (2019), pengkostuman teater tradisional Melayu juga perlu menggabungkan elemen kekinian dan tradisi agar dapat memberikan pengalaman yang unik dan menarik kepada penonton. Ini membantu memastikan bahawa warisan budaya yang kaya ini tetap hidup dan menarik kepada generasi masa kini.

Sehubungan dengan itu, soalan keempat bagi menganalisis cara-cara meningkatkan minat atau penglibatan terhadap teater tradisional adalah, adakah anda akan meluangkan masa untuk menonton pementasan Teater Tradisional sekiranya harga tiket yang terjangkau, dan keselesaan tempat yang terjamin? Daripada 100 orang responden ini pengkaji mendapati seramai 95 orang bersamaan dengan 95% memilih ya, manakala 5 orang responden bersamaan dengan 5% memilih tidak akan pernyataan ini. Hal ini menunjukkan penonton lebih cenderung meluangkan waktu untuk menonton pementasan Teater Tradisional jika harga tiket terjangkau dan tempat pertunjukan menawarkan keselesaan yang baik. Harga tiket yang terjangkau memungkinkan akses lebih luas kepada berbagai lapisan masyarakat, sementara keselesaan tempat pementasan, termasuk fasiliti, dapat meningkatkan pengalaman penonton.

Akhir sekali, soalan kelima bagi menganalisis cara-cara meningkatkan minat atau penglibatan terhadap teater tradisional adalah, pada pendapat anda, adakah teknologi seperti penyiaran pertunjukan secara online, aplikasi pemesanan tiket, atau promosi melalui platform digital dapat menarik minat anda untuk menonton Teater Tradisional? Daripada 100 orang

(8)

responden ini pengkaji mendapati seramai 86 orang bersamaan dengan 86% memilih ya, manakala 14orang responden bersamaan dengan 14% memilih tidak akan pernyataan ini. Hal ini menujukkan bahawa teknologi seperti penyiaran pertunjukan online, pemesanan tiket secara online, dan promosi melalui platform digital memiliki potensi besar untuk meningkatkan minat masyarakat terhadap Teater Tradisional. Dengan memberikan kemudahan dalam pemesanan tiket, serta memanfaatkan promosi yang efektif dengan media sosial kini, teknologi ini dapat memperluas jangkauan penonton, meningkatkan interaksi dengan penonton, dan memberikan fleksibiliti dalam menikmati persembahan warisan budaya ini. Kesimpulannya, inovasi teknologi juga membuka peluang untuk penyampaian Teater tradisional ini lebih kreatif dan dapat meningkatkan pengalaman penonton secara keseluruhan.

Secara keseluruhanya, dalam langkah meningkatkan minat masyarakat terhadap Teater Tradisional, hasil dapatan menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap promosi melalui media sosial dan kerjasama dengan sekolah atau komuniti (96%), program pendidikan dan workshop (92%), integrasi elemen-elemen moden dalam pementasan (80%), harga tiket yang terjangkau dan keselesaan tempat pementasan (95%), serta pemanfaatan teknologi seperti penyiaran dan pemesanan tiket online (86%). Kesimpulannya, gabungan strategi promosi kreatif, pendidikan, integrasi elemen moden, harga terjangkau, dan penerapan teknologi dapat meningkatkan minat dan keterlibatan masyarakat dalam Teater Tradisional, menjaga warisan budaya sambil memperbaharui daya tariknya.

(9)

Nasruddin, N. E. M. (2020). Keberkesanan Media Massa Dan Media Sosial Kepada Masyarakat Dalam Menyelesaikan Isu Penjagaan Warisan Negara (The Effectiveness Of Mass And Social Media For Society In Resolving National Heritage Preservation Issues). https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/144

Hussin, A. A. (2019). Kepentingan Pengajian Drama dan Teater di Institusi Pengajian Tinggi.

ResearchGate.

https://www.researchgate.net/publication/330619662_Kepentingan_Pengajian_Drama _dan_Teater_di_Institusi_Pengajian_Tinggi

Taib, N. A. M. (2019). Perspektif elemen kekinian dalam pengkostuman teater tradisional Melayu. Astro Awani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/perspektif-elemen- kekinian-dalam-pengkostuman-teater-tradisional-melayu-194811

Referensi

Dokumen terkait

Hal tersebut dapat dilihat dari hasil kuisioner yang disebar, menunjukkan bahwa seluruh responden yang berjumlah 15 orang (100%) menyatakan setuju akan keberlanjutan

Dari tabel distribusi jawaban atas pernyataan diatas dapat terlihat jelas bahwa dari 20 responden (100%) memilih setuju dengan pelayanan yang di berikan puskesmas sentosa baru

Sebagian besar responden, yaitu 29 orang, memilih pasar modern jika waktu yang tersedia untuk berbelanja sangat terbatas dengan alasan tata letak barang lebih mudah

Dari hasil perhitungan didapatkan bahwa sampel berjumlah minimal 100 orang responden yang pernah menggunakan atau memiliki e-money dengan domisili di Kota

Dari keseluruhan tabel di atas, menjelaskan hasil tanggapan dari 100 orang responden pelanggan UMKM tahu di Desa Sambong mengenai variabel harga dapat diketahui bahwa

wardah mampu bersaing dan sesuai dengan kemampuan atau daya beli kon sumen“ sebagian besar responden menjawab setuju dan sangat setuju dengan jumlah 150 orang

Hal ini di dukung dari hasil penyebaran angket kepada responden yang berminat menonton adalah masyarakat yakni 58 orang atau 100 %, sesuai judul penelitian