1. Mengakui kelemahan – kita kuat kerana Allah
Penanda aras paling mudah, kita renung pada diri kita. Pernahkah jantung kita bercuti walau 1 saat? Kalau jantung minta cuti
bagaimana? Begitulah kerdilnya kita tanpa Allah.
Andai kita menahan nafas untuk 24 jam boleh? Hatta 24 saat sudah sesak nafas, apatah lagi 24 minit. Kecuali dibantu dengan alat
pernafasan.
Andai rasa diri hebat, buatlah dua perkara di atas, pasti tiada siapa yang mampu melakukannya. Tiada apa yang kita boleh banggakan tanpa Allah.
2. Sedari kuasa Tuhan
Renung apa yang terjadi kepada Pantai Timur suatu ketika dahulu pada akhir tahun 2014 hingga awal tahun 2015. Hujan lebat beberapa hari sahaja, Pantai Timur sudah banjir.
Dalam sekelip mata sahaja, Allah boleh buat Pantai Timur yang besar dilanda banjir.
Tsunami yang berlaku di Indonesia. Itu semua adalah kebesaran Allah. Petik jari sahaja, hancur seluruh bumi. Andai rasa masalah kita besar, renung bencana-‐bencana alam yang pernah terjadi.
Contoh, kita ada hutang RM5 angka. Andai dibandingkan dengan bencana alam itu, adakah kekuasan Allah itu tidak boleh selesaikan hutang RM5 angka kita?
Mustahil. Apalah sangat hutang RM5 angka dengan kebesaran Allah yang mampu membuat seluruh negeri di Pantai Timur banjir dan tsunami di Acheh. Semudahnya petik jari sahaja, hutang kita boleh diselesaikan Allah.
Tonton video ini untuk menikmati dan merasai kebesaran-‐Nya,
How Big Is Universe? http://youtu.be/JvdL3R7fDL4
Andai rasa masalah kita besar, tonton video itu dan memintalah kepada Allah dengan penuh rasa ingin meminta dan khusyuk.
3. Jangan guna otak
Teladani perang Badar – bagaimana tentera Islam yang hanya 313 berlawan dengan 1,000 tentera musuh. Kalau ikut logik, pasti tentera Islam kalah.
Namun begitu, dengan bantuan Allah, tentera Islam menang dalam peperangan itu.
“Dan kemenangan hanyalah daripada sisi Allah.” – Surah Al Anfaal: 10
Jangan guna otak yang saya maksudkan adalah jangan terlalu
menghadkan diri untuk meminta dengan Allah. Andai kita hadkan, ia adalah refleksi kita meragui kekuasaan Allah.
Tonton dan hadam video yang saya beri di atas tentang betapa besarnya alam ini. Mustahil, Allah tidak mampu beri apa yang kita nak. Cuma penting untuk sedar, doa adalah penyerahan bukan tuntutan.
Allah tidak wajib tunaikan doa kita. Dia akan tunaikan mengikut kebijaksanaan-‐Nya. #TeknikBAD adalah refleksi istikharah seperti dalam doa solat Istikharah,
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmu-‐Mu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaan-‐Mu dan aku memohon daripada-‐Mu akan limpah kurniaan-‐Mu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.”
Seperti yang saya nyatakan, doa adalah penyerahan bukan tuntuan. Minta sahaja yang tidak logik, seperti dapat rumah percuma. Saya
merujuk kepada quote dalam buku Undang Saja Allah: Belajar Syukur, Belajar Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur,
“Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas.”
Meh saya belanja satu #KisahSuksesBAD tentang bagaimana beliau dapat makanan tengah hari percuma,
# KisahSuksesBAD -‐ 11 11 14: Lunch Free
Selepas sahaja baca ebook, saya paling tertarik bab dapat makan free. Masa itu terdetik dalam hari untuk nak juga makan free. Saya cakap dalam hati -‐ Ya Allah, boleh tak nak makan free tengahari nanti?
Saya ada dalam bilik, rumah bujang. Bukak pintu bilik, ada bau makanan. Dalam kepala saya -‐ budak rumah makan maggi la ni, seganlah nak mintak mintak.
Tiba-‐tiba salah seorang cakap -‐ "Eh, pergi makan bihun, banyak lagi dalam kuali tu."
Pernah tak anda rasa nak menangis apabila Allah jawab permintaan kita, walau kita tahu perangai kita hodoh macam mana. Nikmat apa lagi yang kita dustakan?
4. Allah suka kita minta kepada Dia
Berikut saya sertakan beberapa rujukan yang boleh anda tonton, yang berbicara tentang ‘Meminta Kepada Allah’, yang akan
membuat kita suka meminta kepada-‐Nya berbanding kepada manusia. Insya-‐Allah.
Mintalah Kepada Allah, Walaupun Garam – Habib Ali Zainal Abidin https://www.youtube.com/watch?v=431AUOYpGds
Mintalah Kepada Allah Kebutuhanmu – Ustaz Yusuf Mansur https://www.youtube.com/watch?v=21FppfqDJ9w
Mintalah Kepada Allah – Ustaz Iqbal Zain
https://www.youtube.com/watch?v=xFupr0URmbA
Mintalah Kepada Allah – UFB
https://www.youtube.com/watch?v=U69zy7MKcY4
Video ini adalah video yang terkesan di hati saya yang
membicarakan, ‘Doa dalam bahasa Arab adalah iman’. Dengan berdoalah, ia akan membina keyakinan kita kepada Allah.
Bertanya Allah Dahulu (BAD) adalah tentang kita berdoa kepada Allah secara santai di luar solat, tidak terlalu skrip, malah lebih ramah untuk meluahkan kepada Allah.
5. Jangan terlalu fikirkan skrip
Fikirkan daripada konsep berbual dengan manusia dan gunakan cara yang sama untuk berdialog dengan Allah. Spesifik. Saya berikan contoh berdoa secara spesifik,
Ketika kita keluar pergi kerja, bicara di awal pagi,
“Ya Allah, hari ini aku nak pergi kerja. Selalu aku pergi kerja mesti jem, aku mohon, sesatkanlah aku di jalan yang lancar yang
memudahkan aku sampai ke pejabat awal, mudah dan tenang.”
Ketika kita nak buat kerja yang kita tidak suka,
“Ya Allah, aku tertekan buat kerja ini. Aku tak rasa termotivasi nak buat. Kadang-‐kadang aku rasa nak berhenti kerja je, tetapi aku tak tahu apa nak buat. Kau tolonglah berikan aku cara untuk aku suka kerja ini, dan berikanlah aku kerja yang aku suka buat, yang aku dapat jana duit yang banyak melaluinya dengan cara yang halal berkat, lumayan dan diredhai oleh-‐Mu.”
Ketika kita sukar nak bangun Subuh,
“Ya Allah, aku selalu tidur lambat, dan kadang-‐kadang Subuh terlajak laris, terlajak sampai Subuh dinosaur, sebab terlalu lewat pukul 9 pagi. Jadi, aku mohon, beritahulah aku dan bimbinglah aku buat sesuatu yang boleh memudahkan aku bangun Subuh di awal waktu. Bonus, aku dapat solat Tahajud dua rakaat.”
Bagi mengelakkan kita dikatakan gila atau seangakatan dengannya, memadai cakap secara berbisik kepada diri sendiri atau dalam hati.
7. Teliti dengan anugerah Allah
Baca kisah dongeng ini.
Kisah Dongeng Mangsa Banjir Dan Tuhan
Teringat satu kisah dogeng mangsa banjir yang berdoa kepada Tuhannya, agar menyelamatkannya. Maka datanglah perahu yang pertama untuk menyelamatkan mangsa tadi, tetapi ditolak atas alasan menunggu pertolongan daripada Tuhan.
Ketika banjir makin teruk, datang bot penyelamat ingin
menghulurkan bantuan, mangsa tadi tetap menolak jua kerana dia yakin Tuhan akan menolongnya.
Dikala banjir semakin teruk, datanglah helikopter mahu menyelamatkannya namun dia tetap berkeras dan menolak pertolongan penyelamat, akhirnya mangsa itu mati lemas.
"Wahai Tuhan kenapa kamu tidak menyelamatkan diriku, aku berdoa dan menyembahmu setiap hari tanpa jemu," tanya mangsa itu dengan penuh kegeraman.
"Aku telah mengirimkan pertolongan kepadamu tapi kamu menolak,” balas Tuhannya.
"Bila?" tanya mangsa itu.
"Bukankah Aku telah mengirimkan perahu, bot penyelamat dan helikopter kepadamu, tetapi kamu menolak untuk
diselamatkan," balas Tuhannya lalu tercenganglah mangsa itu atas kebodohannya sendiri.
Tiada kena mengena dengan isu banjir, kisah di atas adalah sekadar untuk memahamkan, ‘Pertolongan Allah boleh datang daripada pelbagai bentuk’. Yang penting, kita peka dengan pertolongan-‐Nya. Jangan jadi macam individu di atas =.=”