Bismillah. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
“Apabila engkau meminta sesuatu,
mintalah kepada Allah, dan apabila
engkau meminta pertolongan,
mintalah pertolongan daripada Allah.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) Disebut ‘but’ (tetapi)
Allah dulu, Allah lagi, Allah terus
Diinspirasikan oleh Ustaz Yusuf Mansur
Hashtag rasmi:
#TeknikBAD
#BertanyaAllahDahulu #KisahSuksesBAD
PERCUMA!
Ebook ini diberikan secara percuma sehingga saya didetikkan Allah untuk meletakkan bayaran.
Seandainya anda mendapatkannya secara berbayar daripada pihak lain, mohon laporkan kepada saya, Insyirah A. (pengasas
Writethrough) di emel iathewriter@gmail.com atau PM FB Fanpage Writethrough di:
https://www.facebook.com/messages/wrthrough
Ebook ini saya halalkan untuk anda berikan secara percuma kepada seramai mungkin orang kesayangan anda.
Syarat ketat: Jika ia memberi manfaat kepada anda.
Ini adalah kerana saya mementingkan ‘high valuable content’ bagi sebarang karya saya dan di bawah naungan Writethrough.
Produk ini adalah salah satu produk jenama
Segala urus niaga melalui jenama Writethrough adalah di bawah syarikat Insyirah Creative Solution (SA0245969-‐X)
Isi Kandungan
Permulaan Memulakan Bisnes Secara Online ... 5
Kisah Bertemu Bakat Penulisan ... 8
Cara Saya Sedar Bakat Penulisan ... 9
Apa Yang Writethrough Lakukan? ... 11
Kisah Pencetusan Writethrough ... 13
Rezeki Sudah Ditentukan ... 15
Pertemuan Dengan Ustaz Yusuf Mansur ... 17
Mengapa Pembinaan Keyakinan Penting? ... 26
Asas #TeknikBAD ... 28
Kisah Nabi Musa Berdialog Dengan Allah ... 28
Mengapa Nama Teknik BAD? ... 32
Ikrar Tentang Pergantungan Hanya Kepada Allah ... 34
Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan ... 38
Beza Berdoa Dan Membaca Doa ... 40
Matlamat Mempraktikkan Teknik BAD ... 51
Calon-‐Calon Yang Sesuai Untuk Praktikkan #TeknikBAD ... 54
Hasil Berlaku Kerana Rahmat Allah – Kisah Ahli Ibadah 500 Tahun ... 54
Jabariah vs. Qadariah ... 60
#BADLessons ... 61
Jangan Ikut Orang ... 61
It Is Not About Being Perfect ... 62
Hidup Sekadar Mampu ... 65
Cara Praktikkan #TeknikBAD ... 68
Q & A #TeknikBAD ... 76
Permulaan Memulakan Bisnes Secara Online
Saya memulakan bisnes secara online pada tahun 2009. Niat saya untuk mulakan bisnes adalah,
“Suatu hari nanti, aku mampu taja ibu aku pergi menunaikan haji.”
Dengan niat itu, saya mula mengkaji bisnes secara online yang boleh diusahakan dengan kadar wang yang minima. Saya mula
berkenalan dengan jenama Clickbank iaitu ibarat sebuah mall secara maya untuk produk digital.
Saya teruskan kajian demi kajian dan bertemu dengan
Wangcyber.com (WC). Di situ, saya berkenalan dengan ramai Internet Marketer (IM).
Walau ketika itu saya masih belajar, saya banyak membeli-‐belah di sana. Cuma, banyak membeli, dan banyak buat pekasam. Saya terhibur dengan testimoni-‐tesmoni yang dipaparkan.
Sehinggakan ada seorang sifu yang perasan saya selalu membeli pada tiap thread di forum WC. Ia membuatkan beliau kutip saya jadi menteenya dan handle sebuah projek digital.
Saya jadi ketua walau member lain adalah lelaki. Walaupun begitu, sehingga saya menulis ebook ini, kami tidak berjumpa secara
Segalanya dilakukan melalui maya tanpa tahu muka masing-‐masing (ketika itu). Penglibatan usahawan wanita dalam bisnes secara online ketika itu boleh dikatakan sebagai, ‘boleh bilang dengan jari’. Walaupun begitu, saya tidak kenal rapat dengan usahawanita dalam forum itu.
Saya banyak melabur namun lebur. Lebur kerana tidak bertindak. Saya juga pernah laburkan RM4 angka untuk orang lain buatkan projek digital untuk saya, namun RM4 angka itu disia-‐siakan oleh individu tersebut.
Bukan salah beliau. Salah saya kerana percaya bulat-‐bulat dan tidak bertanggungjawab dengan duit yang saya ada. #LessonLearned.
Boleh baca pengajaran yang lain dalam ebook karya saya 70 Lesons. Ia terkandung 70 pengajaran merangkumi aspek bisnes, kehidupan dan seni (spiritual).
100% dalam bahasa Melayu. Tajuk dan cover je bahasa Inggeris.
Melalui cara berkuli dengan sifu itu, saya jana RM1,000 pertama. Namun ia tidak berpanjangan. Lama-‐kelamaan, kami mula buat hal masing-‐masing.
Saya kembali solo. Sehingga suatu masa, saya kembali dikutip oleh seorang sifu yang lain. Saya uruskan projek dropship untuk pasaran luar negara.
Mula rasa duit USD dan UK. Dapat seciput pun, andai diconvert kepada duit Malaysia, darab 3 hingga 5. Walaupun begitu, sukar untuk saya capai RM2,000. Terasa liat untuk cecah RM2,000.
Selama 3 tahun, semua perkara itu terjadi. Dalam tempoh 3 tahun itu saya bertemu dengan pelbagai perkara. Pengetahuan walau dalam bidang Information Technology (IT) iaitu bidang yang saya ambil di universiti pun, saya banyak belajar sendiri, seperti
Wordpress, minisite. Ia tidak diajar di universiti.
Kadang-‐kadang saya rasa tak berbaloi masuk universiti, hadap RM5 angka hutang. Keluar gaji RM4 angka (budak tak suka akademik memang macam ini) >.< Lebih baik saya guna RM5 angka itu masuk coaching bisnes yang praktikal jana RM4 – RM6 angka / bulan.
Itulah pengajaran terbesar dalam hidup saya. Andai ada anak pun, saya berhajat memasukkan beliau ke dalam sekolah, seperti sekolah tahfiz atau sekolah bisnes, supaya belajar hidup berdikari tanpa bergantung kepada duit ibu bapa. Dunia kini akan semakin menyempitkan. Terutamanya dalam aspek kewangan.
Andai kita masih malas, terus merungut, itulah sahaja kehidupan kita pada masa akan datang.
"A man is what he thinks about all day long." - Ralph
Waldo Emerson
Lebih baik work out something, daripada menyalahkah Tuhan, merungut kehidupan yang serba kekurangan. Jadi orang yang bertanggungjawab dengan apa yang terjadi dalam hidup kita,
terutamanya part hutang.
Andai tak mampu hidup lebih daripada kemampuan, admit it (akuinya) dan hiduplah setakat yang mampu. Jangan hidup skala Ferrari, sedangkan pendapatan skala kereta Kancil.
Saya ingatkan diri saya sebenarnya yang masih muda, dan hanya ada hutang pendidikan yang dalam proses selesai bayar.
Kisah Bertemu Bakat Penulisan
Solo, berdua atau beramai. Itulah saya selama 3 tahun itu. Sehingga saya menjadi solo semula dalam bisnes, saya bertemu dengan
sebuah jalan bernama Jalan Buntu.
Jalan Buntu adalah jalan mati yang buat saya tersangkut, tidak tahu nak pergi ke mana-‐mana.
Saya tidak tahu nak buat apa, saya tidak fokus dengan bisnes sedia ada, sedangkan sudah banyak perkara saya explore. Saya berkejar-‐ kejaran buat bisnes itu dan ini untuk menyeru duit, sehingga saya rasa penat. Penat dengan hidup begitu.
Suatu hari, saya bertemu dengan seseorang yang pakar dalam dropship. Saya berpeluang menemui beliau di dunia maya, apabila beliau menawarkan peluang mentorship dalam projek dropship.
Saya mengkhabarkan kepada beliau, saya sedang mencari apa bakat dan bisnes yang sesuai untuk saya. Setelah berbincang, beliau
berpesan,
“Tunaikan solat Istikharah, tidur atas sejadah.”
Kemudian, saya buat selama beberapa hari. Tanpa banyak soal dan hanya mengikut apa yang beliau pesan.
Cara Saya Sedar Bakat Penulisan
Suatu hari saya tersedar,
“Kau bukan suka menulis ke?”
Al kisah -‐ sejak tahun 2008, saya telah mulakan sebuah blog yang saya kumpul artikel-‐artikel tentang remaja. Ketika itu, saya
bangunkan sebuah blog yang saya khaskan untuk remaja.
Saya copy artikel daripada ILuvIslam tentang remaja, dan saya paste dalam blog itu. Kemudian, saya upgrade sedikit, kepada tulis versi diary.
Seterusnya barulah saya beralih arah kepada blog dot com sendiri. Sekarang, saya fokus kepada pembinaan jenama Writethrough dan Teknik Bertanya Allah Dahulu (B.A.D / BAD).
Apa Yang Writethrough Lakukan?
Writethrough adalah transformasi semula sebuah jenama bawah tanah (underground) yang saya bangunkan, khas untuk
memperkatakan soal keyakinan sama ada dunia dalaman atau luaran.
Pada asalnya, saya mahu biarkan ia menjadi bawah tanah. Namun, setelah berfikir semula, saya membuat ia jadi dikenali. Mendapat inspirasi daripada program Breakthrough oleh Anthony Robbins. Cuma itu dalam bentuk program realiti.
Saya kongsikan qute Will Smith dalam movie After Earth,
“Fear is not real. The only place that fear can exist is in our thoughts of the future.
It is a product of our imagination, causing us to fear things that do not at present and may not ever exist.
That is near insanity. Do not misunderstand me, danger is very real but fear is a choice.”
Andai difikirkan semula, ketakutan adalah imaginasi yang kita cipta tentang masa hadapan. Perkara itu belum berlaku pun, kita sudah fikirkan yang negatif. Masa hadapan – belum berlaku.
Takut adalah salah satu daripada isu dunia dalaman dalam tiap manusia, yang akan membuat mereka risau dan tidak tenang pada waktu sekarang.
Itulah antara peranan Writethrough. Suatu breakthrough melalui penulisan yang fokus pada pembinaan keyakinan, kebahagiaan daripada dunia dalaman. Contoh, keyakinan tentang rezeki, jodoh, keyakinan untuk bercakap di depan orang ramai.
Sebuah medium untuk saya berkongsi cara saya membaiki soal yakin, sama ada kepada Tuhan, pengucapan awam atau perkara lain. Bahasa lainnya adalah pembinaan keyakinan diri.
Ia berpunca daripada dunia dalaman, yang boleh diubah sama ada melalui dunia dalaman atau luaran. Contohnya, orang yang kurang keyakinan diri sering mensabotaj diri dengan menggunakan
perkataan-‐perkataan negatif.
• Aku tak boleh. • Aku tak cantik • Aku hodoh.
Perkataan-‐perkataan ini adalah perkataan negatif, yang kita boleh ubah dan baiki kepada perkataan positif yang akan secara tidak langsung mengubah dunia dalaman kita.
Botol kicap yang pecah akan mengeluarkan kicap. Bukan air soya, sos cili atau tomato. Oleh sebab itu, maka benarlah -‐ penting
menjaga apa yang kita fikir, rasa, dengar, dan cakap, kerana ia boleh jadi salah satu percikan makbulnya doa kita.
Kisah Pencetusan Writethrough
Saya adalah seorang penulis ebook. Antara ebook saya adalah, 9 Formula Pantas Seru Rezeki
(http://www.insyirahazhar.com/9formularezeki/).
Dengan izin Allah, tajuk ebook itu menjadi doa buat pembaca dan pengamal ebook itu. Ebook itu terbukti memberi pengamalnya rezeki terutamanya daripada aspek kewangan dengan cepat.
Adakalanya saya tertanya. Walau saya yang menulis, saya tidak dapat antara rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. Contoh, ada yang dapat projek RM150k, projek jutaan ringgit, RM5 – 6 angka dalam masa yang singkat.
Saya ada menulis ebook tentang 2 Amalan Menjemput Rezeki
RM27,000. Jawapannya adalah Istighfar dan solat Hajat. Cuma
dalam ebook itu, saya membebel tentang Seni Istighfar –
bagaimana Istighfar boleh membantu kita untuk bertemu dengan jalan keluar seperti dalam hadis ini,
"Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan
membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya
jalan keluar bagi kesempitannya, dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." (Hadis
Riwayat Abu Dawud)
Testimoni ebook ‘2 Amalan Menjemput Rezeki RM27,000’ Ini adalah antara testimoni pembaca ebook tersebut:
(insya-‐Allah andai berminat mendapatkan, saya akan khabarkan di akhir mukasurat ebook ini)
Jadi, hasil daripada tertanya, ‘Mengapa saya tidak dapat seperti mereka?’ telah membawa saya kepada mencari ‘missing link’.
Bukankah biasa berlaku, seperti kita sedekah. Kita nak capai
sesuatu amaun dengan bersedekah, namun hakikatnya tidak semua sedekah kita, memberi apa yang kita nak.
Kadang-‐kadang kita kongsi, pembaca buat dan pembaca itu yang dapat. Namun, apabila kita cuba,
“Eh, eh! Tak dapat pula. Memilih ke apa rezeki ni? Dia tak suka aku kot no. #nangestepibucumeja”
Tiada siapa yang mampu memahami Allah dengan baik. Yang penting, tugas kita adalah berusaha. Hasilnya Allah tentukan.
Rezeki Sudah Ditentukan
Hadis Riwayat Abdullah bin Masud RA, ia berkata:
Rasulullah SAW sebagai orang yang jujur dan
dipercaya bercerita kepada kami:
Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses
penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh
hari (sebagai nutfah).
Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga,
kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula.
Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan
roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis
empat perkara iaitu, menentukan rezekinya, ajalnya,
amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara,
ataukah orang yang bahagia.
Andai dibaca dalam hadis di atas, tiap daripada kita telah ditentukan rezeki, sejak berumur 40++ hari lagi. Analoginya begini.
Andai bos kita kata atau kita sudah tahu gaji kita tetap ada di hujung atau awal bulan, adakah kita masih ada perasaan ragu? Adakah kita masih teragak-‐agak sama ada kita ada gaji atau tidak pada bulan ini?
Pasti tidak kan? Pasti kita akan terus melakukan kerja harian pejabat, dan pada hujung atau awal bulan, kita akan dapat gaji seperti kita yakin kita dapat.
Namun, mengapa walau sudah ada hadis yang juga janji daripada Allah, kita masih ada keraguan? Seolah-‐olah ia bermaksud, kita lebih yakin kepada majikan yang beri gaji, berbanding Tuhan. Allahu
akbar.
Jawapan daripada ‘missing link’ saya itu adalah tentang keyakinan kepada Tuhan.
Pertemuan Dengan Ustaz Yusuf Mansur
Dalam pencarian missing link saya iaitu keyakinan kepada Tuhan, antara perkara yang saya buat adalah Google dengan menggunakan keyword ‘yakin’.
Saya mencari sesuatu seperti artikel, atau video yang boleh
memberi saya cahaya keyakinan itu. Antara yang saya dapat adalah video bagaimana sepasang suami isteri menjadi kaya dalam masa 7 hari. Ia dipaterikan dalam bentuk penulisan di blog,
http://www.wrthrough.com/kisah-‐mengharukan-‐bagaimana-‐ sepasang-‐suami-‐isteri-‐menjadi-‐kaya-‐dalam-‐masa-‐7-‐hari/
Selepas itu ada tajuk tentang menjemput jodoh dengan yakin dan sebagainya. Di lewat pencarian, saya bertemu pula dengan buku bertajuk, Undang Saja Allah, Belajar Syukur, Belajar Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur.
Buku ini berkongsi tentang dalam apa-‐apa perkara, carilah Allah dahulu. Tidak kira sama ada dengan menunaikan solat, bersedekah atau apa sahaja.
Asalkan ia adalah tentang mencari di jalan Allah dahulu. Antara quote dalam buku itu yang terkesan pada saya adalah,
“Kemampuan seseorang (atau lembaga) displin di
konsep ‘mencari Allah dulu’ atau bahkan ‘mencari Allah
saja’ akan membuat dia mandiri dan mulia.
Bahkan tingkat keberhasilannya lebih accurate, dan
lebih cepat berbanding ikhtiar mencari bantuan orang
lain.”
Ia membuat saya terfikir – bagaimana dengan cara saya
beristikharah membuat saya dapat cecah lebih RM2,000 yang selama ini 3 tahun pun susah.
Namun, setelah bertanya Allah dahulu dengan cara beristikharah, saya dapat menjemput RM5 angka dalam masa 7 bulan sahaja.
Ternyata, dengan bertanya Allah dahulu membuatkan kita dapat capai sesuatu dengan lebih tepat dan cepat, dengan izin-‐Nya.
Nah! Sekarang anda sudah faham kan? Mengapa bertanya Allah dahulu itu penting. Dengan mencari Allah dahulu, akan membuat kita capai solusi yang lebih tepat dan cepat, berbanding meminta bantuan orang lain.
Dalam pencarian bisnes atau bakat yang sesuai itu, saya ada sahaja pergi ke seminar atau kursus tentang potensi diri. Namun, kata pepatah, masih ‘blur-‐blur katak’. Katak pun tak blur macam itu =.=”
Impak Menggunakan Teknik BAD Dalam Penulisan
Alhamdulillah, penulisan yang saya gunakan teknik BAD telah memberi hasil seperti di bawah:
Artikel Bestview
“Salam. Good news, artikel cikpuan telah menjadi artikel paling popular dengan 189,481 unit views setakat saat ini. Lebih kurang 189,481 manusia yang membaca artikel tersebut. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal ya! :D ”
“Mungkin agak lewat untuk berkongsi bahawa Tazkirah.net telah mendapat lebih kurang 357,000 pelawat dalam masa 30 hari.
Alhamdulillah, satu pencapaian yang sangat baik bagi laman web baru seperti kita. Tahniah kepada semua Tim Penulis.
Cuma angka pelawat ini masih bukan kekuatan sebenar, kerana 70% pelawat disumbangkan oleh artikel nukilan Cik Insyirah bertajuk "5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan" yang telah viral diseluruh pelusuk sosial media.
Kini pelawat telah kembali kepada pace biasa sekitar 1000-‐2000 pelawat unik setiap hari. Jika ada mana-‐mana artikel yang viral maka jumlah pelawat akan melonjak naik.”
Boleh layari link di bawah untuk bacaan lanjut,
http://tazkirah.net/5-‐petua-‐menyimpan-‐duit-‐bagi-‐orang-‐yang-‐
susah-‐menyimpan/
Haza min fadhli Rabbi – ini semua kurniaan Tuhanku. Isu writer block, iaitu kebuntuan mencari idea adalah antara masalah biasa pada tiap penulis.
Antara sebab saya praktikkan BAD dalam penulisan adalah kerana, Allah sahaja yang lebih tahu apakah topik dan artikel yang mahu dibaca oleh para pembaca.
Penulisan Dibaca Komuniti Punk Rock
4 Disember 2014: Ebook BAD 2.0 telah dibaca oleh komuniti Punk Rock. Oleh Dhani Ahmad, https://www.facebook.com/thedhani
8.33 pagi
“Assalamualaikum sis. Sekadar nak beritahu. BAD 2.0
dah masuk ke kelompok pembaca di komuniti punk
rocker.
Ya saya salah seorang penggiat komuniti punk rock dan
saya sedang membaca dan berkongsi BAD dengan
kawan-kawan. Terima kasih untuk perkongsian awal
dari sis. Sukses terus!
Www.alteraktif.blogspot.com
.”
8.59 malam
“Salam sis, dalam tempoh 22 jam, ecover ebook BAD di
update ke wall saya, saya sudah pun menghantar link
(tak rasmi) ebook BAD ke 57 emel.
Satu angka di luar jangkaan saya sebenarnya, tak
sangka saya ramai dalam kalangan rakan-rakan saya
yang berminat dengan BAD. Terima kasih dan tahniah
sekali lagi untuk IA sebab hasilkan BAD.”
Haza min fadhli Rabbi – ini kurniaan Tuhanku. Oleh sebab itu, buat para penulis, praktikkan BAD sebelum menulis, insya-‐Allah
berpotensi dikurniakan idea berlimpah ruah yang luar biasa.
Justeru, teknik BAD adalah teknik yang paling mudah, praktikal dan insya-‐Allah berkesan untuk menyeru idea topik dan artikel yang disukai pembaca dan Allah.
Walaupun begitu, terdapat X factor lain yang perlu dipertimbang untuk capai 6 angka pembaca. Saya tidak meletakkan jaminan, bahawa apabila para penulis mempraktikkan BAD, mereka mampu capai 6 angka pembaca.
Oleh sebab hasil terletak kepada Allah seperti dalam surah Al Anfaal ayat 10,
“Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Saya hanya tukang tulis sahaja tentang BAD. Selebihnya adalah kerja Allah untuk mengizinkan ia berlaku atau tidak.
Kekayaan Hati – Antidot (Penawar) Terunggul Akhir
Zaman Ini
Pada saat ini, terutamanya pada 2015, ekonomi akan jadi semakin menyempitkan.
Duit yang dulu bukan duit yang sekarang (daripada segi nilainya). Dulu, 10 sen pun boleh masih boleh digunakan untuk membeli sebiji gula-‐gula. Namun sekarang, nilainya telah bernilai 20 sen, hatta mungkin lebih.
Siapakah orang yang mampu bertahan dengan ujian dunia ini? Tidak kisah sama ada daripada aspek kewangan, bencana alam atau apa sahaja. Ia disebut dalam petikan hadis di bawah,
"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin.
dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang
mukmin.
Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang
menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan
baginya, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan
lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (Hadis
Riwayat Muslim)
Saya katakan orang yang mampu bertahan adalah orang mukmin, kerana orang mukmin ini walau macam mana teruk pun terjadi kepada dia, dia akan tetap bersangka baik kepada Allah.
Oleh sebab itu, dalam hadis itu, dinyatakan ‘Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan’ – walauapapun yang berlaku walau buruk pun, baik belaka bagi dia.
Itulah ‘the hidden mean’ dalam hadis tentang kaya hati,
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda: "Kaya itu bukan kerana banyak harta,
melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati
(cukup yang ada).” (Hadis sahih Riwayat Muslim)
Apabila saya baca tentang ‘ajaibnya orang mukmin’, yang terfikir di fikiran saya hanyalah orang yang bercinta. Orang yang bercinta ini sungguh ajaib.
• Panas, dia kata sejuk.
• Andai tunggu lama, dia kata sekejap. • Andai dating lama, dia rasa sekejap.
• Dia tidak berkira untuk mengorbankan apa-‐apa.
• Seburuk-‐buruk akhlak pasangannya, dia tetap menerima.
Boleh juga digunakan pepatah, ‘Cinta itu buta’, kerana orang yang bercinta tidak akan nampak cacat cela dengan sesuatu yang dia cintai. Maka, tidak hairan mengapa orang mukmin sungguh ajaib.
Dia tetap positif, bersangka baik kepada Allah. Di saat dia diberikan ujian walau seberat, seteruk mana pun, baginya, tetap ada kebaikan dalam ujian itu yang diberi oleh Tuhan.
Namun, suatu hakikat, untuk mendapat cinta Allah, tidak semudah kita dapatkan cinta manusia. Jalan cinta Allah itu penuh dengan duri. Itu adalah jalan-‐jalan sufi, para Nabi dan Rasulullah SAW.
Kita boleh renung bagaimana beratnya mereka diuji, namun
martabat mereka diangkat oleh Allah. Antara quote yang saya dapat daripada sahabat saya,
“Orang yang ditimpa banyak musibah, itu tandanya
orang itu mendapat lebih banyak perhatian daripada
Allah.
Semakin kita redha dengan ujian-Nya, semakin
dekatlah kita dengan-Nya, dan semakin tinggilah
peluang kita untuk menjadi penghuni syurga-Nya.”
Maka beruntunglah, ketika kita diuji, membuatkan kita sering ingat Allah. Ujian yang membuat kita ingat kepada Allah, lebih baik
daripada nikmat yang membuat kita lupa kepada Allah.
Justeru, berbalik kepada topik Kekayaan Hati. Apa yang saya ingin sampaikan adalah, hanya dengan mendapatkan cinta kepada Allah sahaja, akan buat kita sentiasa bersangka baik kepada Allah.
Dengan itu, tidak akan timbul rasa ragu-‐ragu, bersangka buruk kepada Allah. Baik belaka, walau Allah beri kita ujian seberat mana pun. Ebook ini adalah salah satu tool untuk kita perbaiki semula keyakinan kepada Allah, perbaiki perasaan bersangka baik kepada Allah. Insya-‐Allah.
Mengapa Pembinaan Keyakinan Penting?
Selepas saya menemui Ustaz Yusuf Mansur di Youtube, saya mula mencari, ‘Bagaimana aku boleh belajar tentang yakin kepada Allah? Kerana jiwa saya tidak faham apabila orang berkata tentang,
“Yakinlah dengan Allah.”
Pasti ada sesuatu yang kita boleh praktikkan untuk belajar tentang yakin. Pencarian diteruskan, saya bertemu dengan artikel ‘5
Pengajaran Berguna Nabi Musa Berdialog dengan Allah’ di Tazkirah.net.
http://tazkirah.net/5-‐pengajaran-‐berguna-‐dari-‐kisah-‐nabi-‐musa-‐ berdialog-‐dengan-‐allah/
Saya teringat tentang kisah saya – bagaimana saya boleh
‘membuka’ pintu walau tanpa kad akses, sebab saya selalu berdialog dengan Allah, tiap kali pulang ke rumah,
“Allah, Kau Maha Berkuasa. Tolonglah bukakan pintu untuk aku.”
Berbicara dengan Allah – jangan anggap macam ada mukjizat pula. Lol!
Sebenarnya berdialog dengan Allah yang saya maksudkan adalah konsep berdoa yang biasa kita ungkapkan, cuma saya komersialkan untuk dilakukan secara santai.
Apatah lagi, alhamdulillah, ia turut berkesan kepada pengamal, iaitu pembaca ebook BAD saya daripada tahun lepas. Boleh baca kisah kejayaan mereka dengan menggunakan hashtag #KisahSuksesBAD di Facebook.
Asas #TeknikBAD
Asas Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) – disebut ‘but’
bermaksud, ‘tetapi’ dalam bahasa Inggeris, adalah teknik berdoa di luar solat secara santai.
Saya bukan pengasas teknik BAD, kerana konsep berdialog dengan Allah sudah ada dalam Al Quran sejak sekian lama. Saya hanya seseorang penama konsep dialog dengan Allah dengan nama Teknik BAD, berkongsi pengalaman bagaimana aplikasi dan kisah kejayaan setelah amalkannya.
Kisah Nabi Musa Berdialog Dengan Allah
Bagi memudahkan kita faham tentang berdialog dengan Allah, kita boleh rujuk surah ini. Petikan ini diambil daripada Surah Taha ayat 17 hingga 36:
Apakah itu yang di tangan kananmu, hai Musa?
Berkata Musa: “Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya, dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya”.
Lalu dilemparkannyalah tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat.
Allah berfirman: “Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula, dan
kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu niscaya ia ke luar menjadi putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain (pula), untuk Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar.
Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas”.
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah
kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau.
Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami”. Allah berfirman: “Sesungguhnya telah diperkenankan
permintaanmu, hai Musa.”
Apabila kita baca kisah di atas, kita akan mendapati cara Nabi Musa berdialog dengan Allah, lebih kurang sama dengan konsep apabila kita berdialog dengan manusia.
Teknik BAD hanyalah sebuah nama lain yang saya takrifkan untuk berbicara, tentang berdialog dengan Allah di luar solat.
Saya adalah pelajar Information Technology (IT). Apabila ingin membuat programming, kami perlu namakan coding. Maka, saya namakan semula berdialog dengan Allah itu adalah refleksi Teknik BAD.
Selama ini, kita sering mengehadkan pemikiran bahawa, berdoa hanya ketika dalam solat. Sedangkan kita ada banyak doa harian yang boleh diamalkan. Antaranya,
• Doa keluar rumah • Doa masuk rumah • Doa masuk tandas • Doa makan
• Doa sesudah makan
Cuma itu adalah doa versi formal. Ada skrip untuk membacanya. Berbeza dengan berdialog dengan Allah -‐ kita berbual dengan Allah tentang apa yang kita ingin luahkan, seolah-‐olah berbual dengan manusia.
Dengan berdialog dengan Allah, ia akan membuatkan kita jujur, semakin santai, dan peramah untuk berbicara dan meluahkan kepada Allah.
Apabila saya baca #KisahSuksesBAD, apa yang saya dapat belajar adalah, sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana untuk
berdialog dengan Allah.
Selain itu, saya rasa pasti antara anda yang sudah pun amalkan perkara ini secara tidak langsung. Cuma, saya sahaja yang meletakkan nama. Di samping mungkin saya orang yang
mengkomersialkan ‘Berdoa secara berdialog dengan Allah’ di luar solat.
Pada mulanya, saya sekadar kongsi secara suka-‐suka. Tidak sangka pula, ramai yang amal dan dapat kesannya, sehingga alhamdulillah ebook BAD 2.0 – 2.1 dapat capai 33,221 jumlah muatturun.
Mengapa Nama Teknik BAD?
Faktor nama teknik ini adalah Bertanya Allah Dahulu (BAD) adalah kerana, saya ingin merefleksikan bahawa berdialog dengan Allah itu penting, untuk dilakukan di awal sebelum kita melakukan sesuatu aktviti.
Berikut saya kongsikan #KisahSuksesBAD bagaimana saya membuka pintu level tanpa perlu kad akses:
Ketika masih belajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), saya berpindah ke rumah sewa yang memerlukan saya ada kad akses untuk masuk pintu level rumah saya.
Pemilik rumah itu mengehadkan tiap rumah hanya pegang 6 kad akses. Saya adalah orang ke-‐7 yang terpaksa berkorban untuk saling berkongsi dengan mereka.
Adakalanya saya rasa segan untuk pinjam kad akses mereka, dan perlu berhubung dengan mereka tiap kali nak pulang ke rumah. Apatah lagi, jadual kelas kami tidak sama. Khuatir pula andai menganggu mereka.
Saya juga adalah seorang introvert. Tidak begitu peramah untuk minta bantuan daripada manusia. Lebih suka selesaikan sendiri. Hasilnya, pada tiap hari, saya selalu membebel dengan Allah,
“Allah, aku nak balik ni. Aku tiada kunci. Kau Maha Berkuasa, jadi tolonglah bukakan pintu level untuk aku. Kunci rumah aku dah ada. Kad akses tempat masuk tiap level je tiada.”
Hasil daripada menjadi seorang penulis introvert yang suka bermonolog sendirian, saya sering berdialog dengan Allah.
Dengan izin Allah, tiap kali saya pulang ke rumah dan meminta
daripada Allah, akan ada sahaja orang lain atau pak guard yang buka pintu untuk saya.
Maksima waktu itu hanya kurang 30 minit tiap kali saya pulang ke rumah. Selama 8 bulan, saya hidup seperti itu. Andai ikut fikiran logik, mana mungkin saya mampu survive tanpa kad akses selama 8 bulan. Namun seperti Ustaz Yusuf Mansur kata,
“Jangan bertanya kepada otak yang terbatas.”
Oleh sebab itulah saya namakan ia sebagai Bertanya Allah Dahulu, dengan mengenepikan logik akal, untuk meminta kepada Allah apa yang kita mahu. Walau ketika itu logik akal berkata, ‘Mana mungkin Allah beri!’.
“Nak apa-‐apa? Bertanyalah Allah Dahulu!” “Nak apa-‐apa? BAD la.”
Ia bertujuan supaya kita tidak meminta kelulusan manusia dahulu, sebelum kita ingin melakukan sesuatu. Sebaliknya, kita
mendapatkan kelulusan daripada Allah, tentang apa yang kita ingin lakukan.
The Prophet had said:
“Ask Allah for everything, even the lace of your shoes. If
Allah does not provide, it will never be available.”
(Ibn al-Sunni, no. 349 – hasan. Supported by
at-Tirmidhi 4/298 and others)
Ikrar Tentang Pergantungan Hanya Kepada Allah
Saya bukan budak berlagak alim, sekadar seorang penulis yang suka berbicara tentang rahmat Tuhan, walau adakalanya saya turut
sangsi dengan-‐Nya. Ebook ini ditulis supaya kita sama-‐sama memperbaiki diri tentang pembinaan yakin kepada-‐Nya.
Dalam surah Al Fatihah ayat 5, kita sering berikrar bahawa,
“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya
kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.”
• Adakah kita benar-‐benar mempraktikkannya?
• Adakah kita benar-‐benar mengakui, ‘Hanya kepada Dia, kita memohon pertolongan’?
• Adakah kita benar-‐benar menyembah Dia sahaja?
Renung pula saat kita nak pergi mengembara, apakah yang kita akan kita fikirkan dahulu? Bagi yang dalam proses mampu, pasti perkara pertama yang kita akan fikir adalah,
“Berapa kos ke sana?”
Berbanding fikir,
“Insya-‐Allah.”
Ia adalah refleksi bahawa kita lebih yakin dengan adanya duit, kita akan dapat pergi ke mana-‐mana. Berbanding kita memikirkan dapat ke sana dengan izin Allah, walau ketika tiada duit.
Astagfirullah. Itulah hitungan iman, hitungan tahap keyakinan kita kepada Allah. Saya pasti, ada antara anda para pembaca yang ada kisah tersendiri, ketika mahu pergi ke sesuatu tempat, walau tiada duit, Allah izinkan pergi dengan jalan yang tidak disangka-‐sangka.
Izinkan saya kongsikan #KisahSuksesBAD yang kedua, iaitu ‘Allah Taja Pergi Kota Bharu’, selepas kisah ‘8 Bulan Tanpa Kad Akses’.
Pada tahun 2013, pada bulan Syawal, sahabat saya mengajak saya pergi bermalam di rumah sahabat di Kota Bharu. Saya ada keluarga angkat di sana.
Saya kenal sahabat dan keluarganya. Sehingga saya panggil maknya dengan panggilan ‘Mak’ berbanding panggilan ‘Makcik’.
Saya tak pernah pergi ke rumahnya ketika itu. Jadi, saya rasa sangat teruja pergi ke Kota Bharu. Ketika itu, saya masih di kampung. Saya sangat berhajat untuk pergi.
Saya meminta izin daripada ayah untuk pergi. Pada mulanya, cuak juga ayah tak beri. Namun, setelah buat muka seposen,
alhamdulillah, setelah pulang ke rumah, ayah beri izin pergi.
Dalam pada itu, status kewangan saya tiada peruntukan untuk ke Kota Bharu, saya meminta dengan Allah,
“Allah, Kau pun tahu aku tiada duit yang banyak untuk pergi ke Kota Bharu. Kau tolonglah taja aku.”
Saya jujur dengan sahabat saya tentang saya tiada peruntukan wang ke Kota Bharu. Walaupun begitu, tetap berdegil nak ikut. Alhamdulillah, beliau sahabat yang memahami.
Banyak beliau sedekah saya makanan. Pada ketika itu, agak malu kepada mereka. Saya pula bukan jenis mahu bercakap, diam sendiri sudah.
Selama berada di sana, Allah taja saya melalui sahabat saya. Ada daripada mereka yang bayarkan makanan dan minuman saya, juga ada yang berkongsi apa-‐apa yang dibeli di sana. Rasa macam terhutang budi pun ada.
Namun, apa yang saya ingin khabarkan di sini,
1. Allah boleh beri, bila Dia nak beri
2. Mintalah. Jangan mengehadkan doa walau kita rasa macam mustahil Allah beri – jangan bertanya kepada otak yang terbatas.
3. Pertolongan Allah boleh datang daripada pelbagai bentuk, justeru penting sentiasa peka dengan pertolongan Allah.
Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan
Saya kurang ingat sinetron apa, tetapi dialognya berbunyi begini,
“Ya Allah, tolongin Nabila ya Allah. Nabila enggak kuat dong!”
Seringkali redha itu datang setelah kita jumpa jalan buntu. Setelah berpenat lelah, baru ingat Allah. Baru ingat untuk kembali kepada Allah.
“Doa adalah penyerahan bukan tuntutan.” – Prof Wan
Maseri
Andai doa adalah tuntutan, ia ibarat apabila kita meminta kepada Allah, Allah wajib menunaikannya. Namun, antara kita dan Tuhan, siapakah yang lebih tahu tentang alam ini? Siapakah yang mencipta alam ini?
“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta
Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.” – Surah Al Hadid: 3
Apabila kita berserah kepada Allah, ibarat kita memberi kuasa penuh kepada Allah untuk memberikan yang terbaik. Seperti seorang hawa memberi kuasa kepada ibu bapanya untuk menetapkan calon suami buatnya. Eh eh!
Teknik BAD adalah tentang berserah kepada Allah dahulu sebelum kita berusaha. Kita boleh adaptasi konsep penyerahan dahulu kemudian diikuti dengan doa dalam surah Al Fatihah ayat 5 hingga 6,
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
“
Selama ini, kita sering berusaha dahulu, kemudian baru berserah. Seolah-‐olah kita yang tahu jalan terbaik untuk diusahakan
berbanding Allah =.=”
Renung kisah saya – selama 3 tahun, huru-‐hara buat bisnes tetapi tak menjadi. Ya, saya akui salah satunya adalah kerana tidak fokus. Yang lain adalah saya tidak jumpa dengan bakat dan bisnes yang sesuai dengan saya.
Selama 3 tahun itu RM2,000 sangat susah untuk capai. Tak pernah terfikir untuk bertanya Allah. Namun, setelah bertanya Allah dahulu dengan cara solat Istikharah, saya capai RM5 angka dalam masa 7 bulan, yang membuktikan kata-‐kata Ustaz Yusuf Mansur,
“Kemampuan seseorang (atau lembaga) displin di
konsep ‘mencari Allah dulu’ atau bahkan ‘mencari Allah
saja’ akan membuat dia mandiri dan mulia.
Bahkan tingkat keberhasilannya lebih accurate, dan
lebih cepat berbanding ikhtiar mencari bantuan orang
lain.”
Walaupun begitu, lain orang lain mazhabnya. Jangan terlalu terikat dengan apa yang saya kongsi tentang kepentingan bertanya Allah dahulu, kemudian baru berusaha. Saya sekadar berkongsi
pengalaman mengenai keajaiban Bertanya Allah Dahulu (BAD).
Beza Berdoa Dan Membaca Doa
Ketika kita berdoa, ada banyak syarat untuk doa dimakbulkan. Antaranya adalah yakin doa kita dimakbulkan.
Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW
bersabda: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan
yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah
tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai." (Hadis
Riwayat At-Tirmidzi)
Membaca Doa
Andai kita tidak faham dengan apa yang kita doakan, bagaimana mungkin kita akan yakin dengan apa yang kita doa? Contoh membaca doa.
Ketika kita solat secara berjemaah, kita berpotensi untuk tidak
faham apa yang imam doakan. Terutamanya bagi mereka yang tidak faham bahasa Arab.
(Adakalanya saya rasa diri useless juga apabila tidak belajar dan faham bahasa Arab, kerana kita berpotensi tidak faham apa yang Tuhan kata pada kita. Seperti kita tidak faham apa orang Cina dan orang India cakap, apabila mereka berbual dengan bahasa mereka #nanges)
Jadi, adakah dengan mendengar doa itu sahaja akan buat kita yakin doa itu dimakbulkan (tanpa memahaminya)? Pasti tidak kan? Kita akan lebih yakin ia dimakbulkan, apabila kita faham dan hadam doa itu.
Berdoa
Analogi mudah yang saya boleh beri, adalah ketika berbual. Adakah ketika kita berbual kita akan membaca skrip? Adakah sama ketika kita berbual dengan membaca skrip?
Kebiasaannya ketika kita berbual, kita akan bercakap secara
spontan. Tiada skrip. Ia adalah dialog daripada hati. Tanpa kita perlu terlalu berhati-‐hati untuk menuturkannya.
Membaca doa adalah ibarat kita membaca skrip – boleh jadi ia kaku dan berhati kering (tanpa emosi). Berbanding ketika kita berdoa, kita lebih jujur dengan dialog kita terhadap Allah.
Teknik BAD yang saya perkatakan ini adalah tentang cara kita berdialog (berdoa) dengan Allah.
#KisahSuksesBAD Oleh Pembaca Ebook BAD
Hashtag #KisahSuksesBAD adalah hashtag yang saya gunakan untuk mengumpulkan kisah-‐kisah kejayaan mereka yang berjaya dengan menggunakan Teknik BAD.
Bahagian ini saya akan kongsikan kisah kejayaan mereka yang telah membaca ebook BAD dan mengamalkannya. Kebiasaannya tiap produk akan beri testimoni. Jadi, saya beri orang lain punya. Andai saya kongsikan saya punya, nanti orang kata syok sendiri. Oh!
Berikut saya kongsikan #KisahSuksesBAD yang terbaru iaitu pada 4 Februari 2015. Beliau adalah salah seorang ahli WRT Clan iaitu salah seorang pembaca dan pengamal #TeknikBAD.
Bismillah.
#KisahSuksesBAD - 4.2.2015 - Dipermudahkan kelahiran dengan 'kurang rasa sakit.'
Alhamdulillah. Saya sudah bergelar "ex-mak buyung" pada jam 8.47pm, 4.2.15. Kisah yang ingin saya kongsikan ini antara yang akan saya kenang sepanjang hidup saya.
Semenjak mengandungkan anak ke-5 ini, antara perkara yang paling saya 'geruni' adalah sakit contraction dan semasa mahu 'push' baby. Sakitnya terbayang-bayang di ruang mata!
Benar. Ia nikmat seorang Ibu tetapi, di situlah "kesakitan yang amat sakit".
Untuk kelahiran kali ini, apabila sudah turun tanda, saya BAD. "Ya Allah. Aku bakal melahirkan khalifah-Mu. Aku tahu antara nikmat seorang Ibu adalah kesakitan melahirkan itu kerana ia bisa menghapuskan semua dosa.
Dan aku akur, setiap proses kelahiran ada 'sakitnya.' Tapi Ya Allah. Aku mohon dengan kuasa dan izin-Mu serta ehsan-Mu kepadaku, hamba-Mu, mohon hilangkan rasa sakit itu.
Jangan datangkan rasa sakit itu. Meskipun ada, cukuplah cuma sebentar. Aku benar-benar mohon belas ehsan-Mu Wahai Tuhan yang baik.
Aku tahu, Kau mampu mengadakan sesuatu yang mustahil, kerana Kau adalah Tuhan, dan aku adalah hamba. Izinkanlah permohonanku ini Ya Rabb."
Berulang kali saya meminta kepada Allah sambil berzikir "La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzaalimiiin."
Kronologi kisah ini:
Jam 6.45pm, ketika bersiap untuk mandi petang, sudah turun sedikit tanda.
Oleh kerana Tuan Suami sedang berkursus, saya mengajak adik lelaki dan ayah untuk temankan saya ke hospital. Saya telefon Tuan Suami, memaklumkan perihal 'turun tanda.'
Dalam masa ini, saya BAD tentang kehadiran suami. Tidak pernah anak-anak saya lahir tanpa suami menemani dan dia yang azan / iqamahkan. Saya minta pada Allah.
"Ya Allah. Suamiku sedang berkursus. Untuk pulang waktu ini, rasanya mustahil sempat sampai untuk bersama sambut bayi. Tetapi, Kau Maha Mengatur takdir. Izinkan suamiku sempat sampai dan bersamaku semasa bersalin nanti."
Pada jam 7.30pm, sampai di hospital. Kira-kira jam 7.45pm, saya dibawa ke labour room. Usai kerjakan solat maghrib, saya BAD tentang kehadiran Tuan Suami.
Doktor datang periksa bukaan. Sudah 6cm. Sekitar jam 8.15pm, doktor pecahkan air ketuban.
Sekitar jam 8.15pm juga, Tuan Suami sampai. Alhamdulillah. Gembira hati apabila Allah makbulkan permohonan saya untuk bersama Tuan Suami menyambut kelahiran bayi ke-5 ini. Dan pastinya, beliau akan azankan bayi kami. Syukur Alhamdulillah. Bidan masuk jam 8.30malam untuk siapkan kelengkapan doktor dan peralatan bersalin.
Jam 8.40pm, contraction berlaku. Bidan terus panggil doktor dan kelam-kabut menyediakan apron doktor, pancang kaki, dan segala bagai lagi.
. .
Jam 8.45pm, doktor masuk. Doktor juga kelam-kabut memakai apron dan bersedia segala bagai kerana sudah nampak kepala bayi (sempat bidan tu suruh saya 'tahan sekejap!'
Jangan PUSH katanya, sebab mereka belum bersedia - tapi saya tidak endahkan. Saya PUSH juga... malas mahu tahan lagi!). Jam 8.47pm, Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang lagi putera.
Maha Suci Allah yang Maha Agung. Allah makbulkan
permintaan saya! Sungguh benar! Allah 'hilangkan' rasa sakit itu. Ajaibnya, rasa sakit itu tidak lama. Hanya SEBENTAR dan saya LUPA sakit itu.
Yang saya INGAT adalah keadaan doktor dan bidan yang beriya suruh saya tahan, jangan 'push!' Yang saya RASA adalah,
NIKMAT bayi yang sudah keluar (perut rasa lapang dan hati rasa tenang - Subhanallah!)
Doktor dan bidan masing-masing berebut bertanya petua. Apa yang buat kerana mudahnya kelahiran saya ini? Jawapan mudah saya, "Atas izin Allah yang Maha Memakbulkan doa. Saya hanya minta pada DIA."
Allah. Allah. Allah. Benar janji Allah.
Apabila dikatanya 'Kun!', maka 'Fa ya kun' itu adalah HAK MUTLAK-Nya. Tidak ada siapa yang mampu halang atau teruskan. Hanya izinNya yang memungkinkan segalanya berlaku.
Ya Allah. Betapa saya tidak putus mahu mengucapkan syukur kepada Illahi.
Allah sangat dekat. Sangat dekat. Sangat dekat! Sangat berbelas ehsan, meski pada hamba-Nya yang engkar dan melampaui batas. Allahu Allah!
Nota: Sekarang fasa berpantang. Saya tidak lagi boleh 'melayur' gambar makanan yang lazat di perut.
Salam takzim. -KakTiny-
Tamat.
Insya-‐Allah pada akhir ebook ini, saya akan tunjukkan jalan untuk bersama dengan pengamal Teknik BAD yang lain. Anda juga boleh baca lebih banyak dalam grup itu. Insya-‐Allah.
Matlamat Mempraktikkan Teknik BAD
Nanti, ketika anda telah mula praktikkan teknik BAD, apabila tidak jadi, ingat perkara yang saya tulis dalam topik ini. Matlamat utama saya memperkenalkan teknik BAD adalah untuk menepati
kewajipan seperti dalam firman Allah,
"Celakalah bagi orang yang hatinya keras dari berzikir
kepada Allah. Mereka itulah orang-orang yang berada
dalam kesesatan yang nyata." (Surah Az Zumar: 22)
Dengan teknik BAD, insya-‐Allah ia akan buat kita sentiasa bertanya Allah, berkomunikasi dengan Allah, dan sandarkan Allah dalam segala perkara.
Daripada ayat di atas, andai kita tukar kepada ayat yang positif, ia akan jadi, ‘Dengan sentiasa mengingati Allah, kita akan berada dalam kebenaran yang nyata.”
Jadi, seandainya anda amalkan teknik BAD, bermaksud insya-‐Allah anda sentiasa berada dalam bimbingan Allah. Apabila anda berhenti praktikkan, ingat semula surah itu.
Suka untuk saya kongsikan, artikel daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tentang ‘Apabila Digerakkan Hati Untuk Berdoa’,
http://genta-‐rasa.com/2010/07/16/bila-‐digerakkan-‐hati-‐untuk-‐ berdoa/
Ustaz berkongsi tentang kepentingan doa kepada manusia. Faktor ke-‐3 adalah faktor yang terkesan pada saya,
Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama kita.
Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang
keberkatannya. Tenaga yang diperoleh daripada makanan itu akan terarah kepada kejahatan dan menjadi sebab kita
terjerumus ke neraka.
Syaitan akan menghasut dengan menimbulkan berapa
keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang.
Syaitan umpama virus pada hati manusia. Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa ingin mendampingi kita.
Sebaliknya jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita. Malaikat akan dekat kepada orang yang dekat dengan Allah.
Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insya-Allah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir!
Justeru teruskan praktikkan BAD. Konsep BAD adalah tentang pembelajaran yakin. Jangan tergesa-‐gesa dengan mengatakan Allah tidak memakbulkan doa kita.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda
bermaksud; "Allah sentiasa memperkenankan doa
seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi
(perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturahim
dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat
diperkenankan. "
Lalu Baginda ditanya oleh seseorang; "Apa maksudnya
meminta dicepatkan? "
Jawab Baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata
dalam doanya : Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku
belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus
asa dan berhenti berdoa." (Hadis Riwayat Muslim)
Calon-Calon Yang Sesuai Untuk Praktikkan
#TeknikBAD
Orang yang sesuai praktikkan BAD adalah,
• Orang yang mempunyai rasa ragu dengan Allah tentang rezeki
• Orang yang ingin belajar mengagungkan dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah
• Orang yang ingin belajar meletakkan keyakinan kepada Allah • Orang yang rasa berdosa kerana membuat dosa dan ingin
merasa rahmat Allah itu dekat
• Orang yang ingin belajar untuk mencintai dan meyakini Allah itu dekat
Hasil Berlaku Kerana Rahmat Allah – Kisah Ahli
Ibadah 500 Tahun
Firman Allah dalam surah Al Anfaal ayat 10,
Berbalik kepada topik di atas. Andai ada yang tanya saya, saya tak mampu nak beri kuasa veto untuk buat teknik BAD saya menjadi. Sekali lagi, saya tekankan, saya bukan pengasas Teknik BAD
melainkan hanya seorang penama Teknik BAD sahaja. Tukang beri nama sahaja.
Sentiasa ingat -‐ apa sahaja yang berlaku kepada kita adalah dengan izin Allah. Doa adalah usaha kita terhadap Pencipta. Selepas itu perlu ada usaha daripada aspek usaha sebagai manusia.
Kita baca kisah ahli ibadah 500 tahun seperti di bawah -‐ tentang bagaimana walau dia beribadah 500 tahun pun, belum jamin dia masuk syurga.
Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah SAW keluar menuju kami, lalu bersabda, ‘Baru saja kekasihku Malaikat Jibril keluar dariku dia memberitahu, ‘Wahai
Muhammad, Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran. Sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba di antara sekian banyak hamba-Nya yang melakukan ibadah kepadaNya selama 500 tahun, ia hidup di puncak gunung yang berada di tengah laut. Lebarnya 30 hasta dan panjangnya 30 hasta juga.
Sedangkan jarak lautan tersebut dari masing-masing arah mata angin sepanjang 4000 farsakh. Allah mengeluarkan mata air di
puncak gunung itu hanya seukuran jari, airnya sangat segar mengalir sedikit demi sedikit, hingga menggenang di bawah kaki gunung.
Allah juga menumbuhkan pohon delima, yang setiap malam mengeluarkan satu buah delima matang untuk dimakan pada siang hari. Jika hari menjelang petang, hamba itu turun ke bawah mengambil air wudhu’ sambil memetik buah delima untuk dimakan.
Kemudian mengerjakan shalat. Ia berdoa kepada Allah Ta’ala jika waktu ajal tiba agar ia diwafatkan dalam keadaan bersujud, dan mohon agar jangan sampai jasadnya rusak dimakan tanah atau lainnya sehingga ia dibangkitkan dalam keadaan bersujud juga.
Demikianlah kami dapati, jika kami lewat dihadapannya ketika kami menuruni dan mendaki gunung tersebut. Selanjutnya, ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat ia dihadapkan di depan Allah Ta’ala.
Lalu Allah berfirman, ‘Masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam Surga karena rahmatKu.’ Hamba itu membantah, ‘Ya Rabbi, aku masuk Surga karena perbuatanku.’
Allah Ta’ala berfirman, ‘Masukkanlah hambaKu ini ke dalam Surga karena rahmatKu.’ Hamba tersebut membantah lagi, ‘Ya Rabbi, masukkan aku ke surga karena amalku.’
Kemudian Allah Ta’ala memerintah para malaikat, ‘Cobalah kalian timbang, lebih berat mana antara kenikmatan yang Aku berikan kepadanya dengan amal perbuatannya.’
Maka ia dapati bahwa kenikmatan penglihatan yang dimilikinya lebih berat dibanding dengan ibadahnya selama 500 tahun, belum lagi kenikmatan anggota tubuh yang lain. Allah Ta’ala berfirman, ‘Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke Neraka!’ Kemudian ia diseret ke dalam api Neraka. Hamba itu lalu berkata, ‘Ya Rabbi, benar aku masuk Surga hanya karena rahmat-Mu, masukkanlah aku ke dalam SurgaMu.’
Allah Ta’ala berfirman, ‘Kembalikanlah ia.’
Kemudian ia dihadapkan lagi di depan Allah Ta’ala, Allah Ta’ala bertanya kepadanya, ‘Wahai hambaKu, Siapakah yang
menciptakanmu ketika kamu belum menjadi apa-apa?’ Hamba tersebut menjawab, ‘Engkau, wahai Tuhanku.’
Allah bertanya lagi, ‘Yang demikian itu karena keinginanmu sendiri atau berkat rahmatKu?’
Dia menjawab, ‘Semata-mata karena rahmatMu.’
Allah bertanya, ‘Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu sehingga kamu mampu mengerjakan ibadah selama 500 tahun?’ Dia menjawab, ‘Engkau Ya Rabbi.’
Allah bertanya, ‘Siapakah yang menempatkanmu berada di gunung dikelilingi ombak laut, kemudian mengalirkan
untukmu air segar di tengah-tengah laut yang airnya asin, lalu setiap malam memberimu buah delima yang seharusnya
berbuah hanya satu tahun sekali?
Di samping itu semua, kamu mohon kepadaKu agar Aku mencabut nyawamu ketika kamu bersujud, dan aku telah memenuhi permintaanmu!?’
Hamba itu menjawab, ‘Engkau ya Rabbi.’
Allah Ta’ala berfirman, ‘Itu semua berkat rahmatKu. Dan hanya dengan rahmatKu pula Aku memasukkanmu ke dalam Surga. Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke dalam Surga! HambaKu yang paling banyak memperoleh kenikmatan adalah kamu
wahai hambaKu.’ Kemudian Allah Ta’ala memasukkanya ke dalam Surga.”
Jibril ‘Alaihis Salam melanjutkan, “Wahai Muhammad,
sesungguhnya segala sesuatu itu terjadi hanya berkat Rahmat Allah Ta’ala.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Daripada kisah di atas, maka jelas di sini, kita dapat masuk syurga adalah kerana rahmat Allah, bukan kerana faktor luaran. Namun di sini, jangan salah sangka. #ketukkarang
Saya bukan perkatakan kita tidak patut beramal, sebab nanti kita masuk syurga pun sebab rahmat Allah. Teruskan bacaan ke bab seterusnya.
Jabariah vs. Qadariah
Saya menukar video Ustaz Azhar Idrus bertajuk Maksud Pegangan Jabariah & Qadariah (http://youtu.be/NNq7QoRVRT8) kepada penulisan. Mengikut kata Ustaz Azhar Idrus, puak Jabariah adalah golongan yang mengatakan,
“Tidak perlu berusaha, semua sudah Allah tetapkan.
Buat baik pun tak guna, sebab kalau kita sembahyang
masuk neraka, tak guna juga. Jadi, baik kita tidak perlu
sembahyang. Kalau kita tak sembahyang, Allah
tetapkan masuk syurga, kita masuk syurga juga.”
Puak Qadariah pula adalah golongan yang mengatakan,
“Manusia yang tetapkan untuk segala perkara berlaku.
Apabila kita buat sesuatu, pasti menjadi.”
Yakni, mereka mengasingkan Allah dalam hidup mereka. Segala-‐ galanya berlaku kerana manusia semata. Kita buat dan hasilnya kita serah kepada Allah – ini adalah golongan yang patut kita ikuti iaitu pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
#BADLessons
#BADLessons adalah sesi berkongsi pengajaran yang saya dapat daripada melakukan BAD.
Jangan Ikut Orang
Selama 3 tahun itu, apa yang saya dapat adalah kita jangan ikut orang. Hatta kembar pun, lahir tak sama waktu walau sama tarikh. Apatah lagi, kita.
Tiap daripada kita adalah unik. Tiada seorang pun yang sama dengan kita. Kerana tiap daripada kita lahir pada waktu dan tarikh berbeza. Andai dua orang jurujual berniaga pun, tidak semestinya mereka akan dapat hasil yang sama.
Antara orang yang saya kagum adalah Encik Mimpi. Orang yang pakai topeng dalam dunia ini tidak ramai. Walaupun begitu, dia begitu kuat untuk pertahankan imej topeng dan melindungi identitinya.
Bukan mudah, kalau nak jumpa kena pakai topeng dan sebagainya. Itulah dipanggil integriti – pegangan. Andai dalam term Islamik, dipanggil Iman.
Contoh, di luar negara, kita boleh sahaja tak solat, tak puasa, tak pakai tudung, sebab tiada orang akan tahu. Tetapi itulah hitungan iman kita.
Manusia mungkin tak tahu, tetapi Allah tidak pernah lalai untuk menilai kita. Justeru sebab itu BAD penting terutamanya andai kita ingin tahu apa bisnes yang tepat untuk kita.
3 Tahun saya bertukar bisnes antaranya kerana ikut orang. Orang buat itu berjaya, saya pun nak ikut. Orang buat ini berjaya, saya pun nak ikut.
Hasilnya, buat macam-‐macam, satu pun tak jadi. Fokus.
It Is Not About Being Perfect
Buat BAD bukan tentang selalu menjadi sempurna. Contoh, setelah bertanya Allah dahulu, tiap jawapan yang kita dapat membuat kita berjaya cepat, dapat jodoh cepat dan sebagainya.
Kadang-‐kadang, kita sudah bertanya Allah pun, apa yang kita buat tak jadi. Namun, apa yang saya dapat adalah, ada antaranya Allah beri apa yang kita nak.
Ada antaranya Allah tak beri sebab Allah nak ajar kita. Kadang-‐ kadang walau Allah beri, sesuatu berlaku tetapi tetap Allah nak ajar kita sesuatu.
Contoh, saya telah BAD untuk membeli produk. Saya beli, tetapi apabila beli rasa macam tak sesuai dengan saya. Saya dapat beli produk tu. Namun, kerana produk itu tidak sesuai dengan saya,
saya dapat belajar sesuatu. Yang saya ingin kongsikan adalah, tiap perkara pasti ada hikmahnya. Hanya masa yang boleh menentukan bila kita akan sedar tentang hikmah itu.
Cuma yang menariknya apabila kita mulakan sesuatu dengan BAD, kadang-‐kala walau Allah tak beri, kita akan lebih berasa tenang dan relax. Berbanding sebelum ini kita ada perasaan tidak redha dan terlalu sakit untuk menerima kenyataan – Allah tak makbulkan doa aku.
Bismillah | Apabila ditolak cinta
"Demi Allah, sakit." - dialog Isfahan dalam #SatuHari
"Apabila kita menyatakan cinta dan ditolak, sakitnya sampai di sini [hati]. Tetapi lebih baik menyatakan cinta walaupun
ditolak, daripada tersingkir kerana terlambat menyatakan cinta." - Mario Teguh
Begitu juga dengan doa. Apabila kita berdoa dan tidak
dikabulkan, sakitnya mungkin sampai di sini [hati]. Kita rasa sakit bukan berbentuk sakit hati, barangkali sakit kerana kecewa Allah tak beri apa yang kita nak.