• Tidak ada hasil yang ditemukan

Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah."

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

Allah swt berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

HAJI

Dari segi bahasa Haji bermaksud mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syara` ialah mengqasadkan di dalam hati untuk mengunjungi kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan Haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan Wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Adapun bila haji itu difardukan menjadi khilaf ulama. Manakala pendapat yang paling tepat haji itu diwajibkan pada tahun yang ke enam hijrah (rujuk Bahru al-Wafi karangan Sheikh Daud Al-Fatani, muka surat 396). Adapun Nabi menunaikan Fardu Haji pada tahun ke sepuluh hijrah.

Rasulullah saw bersabda: Wahai manusia, telah difardukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak tiga kali. Maka Rasulullah bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu (setiap tahun) dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya (rujuk mukhtasar Sahih Muslim, Lilhafiz Zakiuddin Abdul A`zim al-Munziri, cetakan Dar Ibnu Affan, Jordan muka surat 171).

Dapatlah difahami daripada hadith di atas bahawa kefarduan haji ini cuma sekali seumur hidup. Walaubagaimanapun kewajipan menunaikan ibadat haji di dalam Mazhab Syafi`e boleh dita`khirkan kecuali setelah sempurna syarat kemampuannya.

(2)

2 Syarat Wajib Haji.

i) Islam

Orang kafir atau murtad tidak wajib menunaikan ibadat Haji. Hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan mengunjungi Baitullah dan sah untuk menunaikan ibadat Haji. Menurut Imam al Shafeiyy jika seorang kafir yang baligh menunaikan haji kemudian ia memeluk agama Islam, hajinya masih tidak mamadai sebagai haji Islam, kerana seorang itu tidak ditulis baginya amalan yang dilakukan tubuh badannya sehinggalah ia beriman dengan Allah dan Rasulnya,justeru apabila ia menganut Islam ia wajib menunaikan haji lagi" ( al-Um 2/93)

ii) Baligh

Orang yang sudah meningkat dewasa wajib menunaikan ibadat Haji. Kanak-kanak yang belum meningkat dewasa atau cukup umur tidak wajib mengerjakannya. Tetapi sekiranya kanak-kanak tersebut menunaikan Haji maka jatuhlah Haji tersebut kepada Haji sunat dan mendapat pahala Haji sunat.

iii) Berakal

Orang gila atau tidak waras akalnya tidak wajib menunaikan Haji. Jika ia menunaikan haji hajinya menjagi haji sunat dan perlu mengulanginya jika ia sembuh.

iv) Merdeka

Hamba sahaya tidak wajib menunaikan Haji kerana mereka tidak memiliki wang atau harta. Sekiranya mereka menunaikan Haji juga melalui pertolongan orang lain, Haji mereka masih dianggap sah mengikut pendapat para ulama.

(3)

3 v) Berkemampuan

Berkemampuan ialah mampu dan berkuasa untuk mengerjakan Haji. Ianya dilihat dari sudut kemampuan kewangan dan kemampuan kesihatan seseorang semasa menunaikan haji dan perjalanan pergi baliknya.

Para fuqaha melihat kemampuan dapat dibahagikan kepada dua bahagian:-

1- Kemampuan dengan sendiri

2- Kemampuan dengan pertolongan orang lain. Syarat-syarat Kemampuan Dengan sendiri i) Cukup perbelanjaan pergi dan balik

ii) Cukup bekalan atau nafkah untuk dirinya dan tanggungan yang ditinggalkan.

iii) Ada kenderaan pergi dan balik.

iv) Terjamin keselamatan diri dan harta ketika perjalanan pergi, balik. v) Sihat tubuh badan.

vi) Ada kesempatan masa.

Syarat Menunaikan Haji Dengan pertolongan orang lain

Orang-orang yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan haji, namun tidak dapat menunaikannya sendiri kerana uzur,sakit yang tidak ada harapan sembuh atau telah terlalu tua dan telah putus asa diwajibkan mengantikan orang lain untuk menunaikan haji bagi dirinya secara sukarela ataupun dengan upah yang berpatutan.

(4)

4

Hal yang sama juga di hukumkan bagi orang yang semasa hidupnya berkemampuan untuk menunaikan haji tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji. Walaupun telah meninggal dunia kefardhuan haji masih terhutang pada zimmah(tanggung jawab)nya. Maka waris dan wasinya berkewajipan menyelesaikan hutang hajinya dengan melaksanakan badal haji secara upah atau sukarela.

Beberapa Kaedah Mengerjakan Haji

Daripada Zaid bin Thabit r.a. ia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Mengerjakan Haji dan Umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang muslim yang cukup syarat-syaratnya) bolehlah dikerjakan yang mana satu dahulu (sama ada Haji ataupun Umrah). (Hadis – diriwayatkan oleh al-Dailami)

Hadith di atas membawa beberapa maksud :

i. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah di tahun yang sama maka dinamakan Haji Ifrad.

ii. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat umrah dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan ibadat haji di tahun yang sama dinamakan Haji Tamattu’.

Takrif Rukun Haji

Rukun pada bahasa bererti ruang asas atau sudut sesuatu. Dalam ibadat Haji rukun ialah perkara atau amalan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap jemaah yang mengerjakan haji dalam sebarang situasi dan keadaan. Andainya mana-mana rukun haji tersebut ditinggalkan secara sengaja atau tidak, maka hajinya tidak sah.

(5)

5 Rukun-Rukun Haji

1. Niat Haji

Niat pada bahasa ialah qasad hati dan keazaman untuk melakukan sesuatu. Pada istilah syara' pula niat adalah qasad melakukan sesuatu disertai dengan melakukan perbuatan tersebut.

Dalam ibadat haji niat haji bermaksud berniat ihram dengan pekerjaan-pekerjaan haji. Ihram pula bermaksud memasukkan diri seseorang ke dalam amalan-amalan haji dan menjadikan seseorang terikat dengan beberapa peraturan di antaranya diwajibkan memelihara diri dari melakukan larangan-larangan ihram hinggalah ia mendapat tahallul dengan syarat-syaratnya. Lafaz niat Haji:

’Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala’.

Tidak seperti ibadat-ibadat lain berniat ihram haji atau umrah memestikan seseorang menyempurnakan semua amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Ia tidak terbatal dalam apa keadaan sekalipun. Seseorang yang telah berniat haji terikat dengan kewajipan menyempurnakannya selama ia belum menunaikan semua rukun-rukun dan kewajipannya. Contohnya seseorang yang telah berniat haji tidak bebas dari ihramnya dan tidak batal hajinya dengan hanya membatalkan niat haji.

Niat haji hanya sah dilakukan pada bulan-bulan haji. Bulan-bulan haji adalah tempoh di antara 1 Syawwal hinggalah terbit fajar 10 Zul Hijjah.

Sebelum berniat haji jemaah disunatkan mempersiapkan dirinya dengan beberapa yang dikenali sebagai perkara-perkara sunat sebelum berniat ihram. Di antara amalan-amalan tersebut adalah;-

(6)

6 1. Mengerat kuku.

2. Mencukur janggut, menggunting rambut dan mengemas misai. 3. Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya.

4. Seterusnya disunatkan mandi sunat ihram.

5. Setelah selesai mandi, sebaik-baiknya ambillah wuduk. 6. Memakai kain ihram warna putih

7. Sembahyang sunat ihram

Setelah berniat ihram jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan memanjatkan doa kepada Allah. Talbiah yang diucapkan adalah lambang ketulusan hati dan tekad untuk mendapatkan redha Allah. Semua makhluk Allah termasuklah batu dan pokok akan menjadi saksi di hari kiamat terhadap talbiah yang diucapkan.

2. Wuquf

Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sedetik sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Bagi jemaah haji yang paling afdal adalah berwuquf pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan malam 10 Zulhijjah

Wuquf tidak sah kecuali seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat berikut:- 1. Telah berniat dengan ihram haji

2. berkeahlian untuk beribadah . Ini bererti seorang yang gila, pitam dan mabuk yang hilang akal tidak sah berwuquf.

3. berada di dalam sempada Arafah 4. pada waktu yang telah ditentukan.

(7)

7

Para fuqaha menyatakan jika seorang gila berwuquf jadilah hajinya sunat seperti haji kanak-kanak yang belum mumaiyyiz dengan syarat ia telah diihramkan oleh wali malnya. Orang pitam yang tidak siuman sehingga tamat waktu Wuquf dikira tidak mendapat haji fardhu maupun sunat kerana tidak sah Wuqufnya. Manakala orang yang mabuk atau pening yang tidak hilang akalnya sah Wuquf dan mendapat haji fardhu.

3. Tawaf Haji

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya. Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 ZulHijjah. Waktu afdhal melakukannya pula adalah pada 10 Zul Hijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting.

Syarat-syarat Tawaf

Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah:-

i) Bermula dan berakhir dari Rukun HajarulAswad ii) Suci daripada hadas besar dan kecil.

iii) Menutup aurat.

iv) Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf

v) Suci Badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.

vi) Tawaf mesti dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan.

vii) Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf. x) Tawaf mestilah cukup 7 pusingan.

(8)

8 Jenis-jenis Tawaf

Di samping tawaf rukun haji terdapat beberapa jenis tawaf lagi yang ada kaitan dan perlu diketahui oleh para jemaah.

i) Tawaf Qudum

Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang. Tawaf ini dilaksanakan oleh mereka yang hendak mengerjakan haji qiran dan ifrad.

ii) Tawaf Sunat

Tawaf sunat ialah tawaf yang dikerjakan pada bila-bila masa. Selain itu tawaf tahiyatul bait atau tawaf menghormati kaabah juga termasuk dalam tawaf sunat.

iii) Tawaf Rukun Haji

Tawaf yang mesti dilakukan oleh jemaah haji dalam sebarang keadaan, sekiranya tidak dilakukan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sempurnalah hajinya.

iv) Tawaf Nazar

Tawaf yang mesti ditunaikan oleh seseorang apabila ia berniat nazar pada sesuatu yang dihajatinya.

v) Tawaf Wada’

Tawaf Wada’ ialah tawaf selamat tinggal. Ia wajib dikerjakan bagi mereka yang hendak keluar meninggal Kota Makkah lebih dari dua marhalah.

vi) Tawaf Tahallul

Tawaf Tahallul ialah tawaf yang mesti dikerjakan oleh mereka yang telah berniat mengerjakan haji tetapi terluput atau tidak sempat berwuquf di padang Arafah. Tujuan tawaf ini ialah untuk melepaskan orang tersebut dari ihram hajinya.

4. Sa’ie Haji

Berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya.

(9)

9 Syarat-Syarat Sa'ie

Saei yang sah adalah memenuhi beberapa syarat iaitu;- i) Dilakukan selepas mengerjakan tawaf yang sah. ii) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

iii) Cukup tujuh kali dengan yakin. Dikira dari Safa ke Markah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa satu pusingan.

iv) Hendaklah sampai ke penghujung tempat sa’ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah, pada setiap pusingan sa’ie.

v) Hendaklah melakukan sa’ie di Batnul Wadi (tempat termaklum) vi) Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa’ie.

5. Bercukur/Bergunting

Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala, bagi lelaki dan wanita. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri dari pantang larang ihram.

Waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zul Hijjah. Biasanya jemaah akan menunaikan ibadat bergunting stelah selesai melontar jamratul Kubra di Mina.

(10)

10 6. Tertib dari kebanyakan rukun

Rukun haji yang keenam adalah terib pada kebanyakn rukun. Rukun-rukun haji tersebut hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun.

Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuuquf kecuali didahului oleh niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saei kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum.

Wajib Haji:

adapun wajib haji ada enam:- 1. Niat Ihram di Miqat.

2. Menjaga Larangan Ihram. 3. Mabit di Muzdalifah.

4. Melontar anak batu di jamrah kubra. 5.Mabit di Mina.

(11)

11 Niat Ihram di Miqat.

Berniat Ihram mestilah di tempat yang di tentukan dan pada masa yang ditentukan. Sehubungan itu, Miqat terbahagi kepada dua.

a) Miqat Makani (tempat).

Miqat makani ialah tempat untuk berniat ihram. bagi penduduk yang datang dari luar Makkah tempat untuk berniat ihram antaranya ialah:-

i. Yalamlam –iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari arah selatan melalui laut merah kira-kira 89 kilometer dari Makkah.

ii. Zulhulaifah (Bir Ali) iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah utara Makkah kira-kira 10 kilometer dari Madinah. Jaraknya kira 425 kilometer dari Makkah.

iii. Juhfah –iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah barat laut seperti Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria ( penduduk Syam) kira-kira 187 kilometer dari Makkah.

iv. Zatu Irqin (al-Daribah) –iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah timur laut seperti Iraq kira-kira 94 kilometer dari Makkah. v. Qarn al-Manazil (al-Sayl) – iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah tenggara seperti Malaysia, Indonesia atau India kira-kira 94 kilometer dari Makkah.

Bagi penduduk Makkah, tempat berniat ihram adalah di tanah halal seperti Tan`im, Ji`ranah atau di Hudaibiyyah.

b) Miqat Zamani (Masa).

Miqat Zamani bagi Haji adalah bermula pada 01 Syawal hinggalah terbit fajar 10 Zulhijjah.

(12)

12 Rumusan

Haji adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap hamba Allah bagi yang mampu mengerjakannya. Ia ditunjangi dengan enam rukun iaitu niat Ihram, Wuquf, Tawaf, Sa`ie, Bercukur atau Bergunting dan Tertib pada kebanyakan Rukun. Kata Ibn Hajar dan Sheikh Khatib bahawa haji itu terlebih afdal daripada segala ibadat selain sembahyang kerana melengkapi ia atas harta dan badan. Seseorang yang telah mengerjakan haji tanpa melakukan perkara-perkara fasik atau jidal itu, telah lengkaplah Rukun Islamnya dan telah sempurnalah Islamnya.

Penulis : Mohd Razali bin Zakaria Pengurus (Penerbitan Haji) Lembaga Tabung Haji

Referensi

Dokumen terkait

Gambar 1 Persentase penyakit hati yang diderita oleh subjek penelitian Total subjek dalam penelitian ini adalah seba- nyak 52 pasien dan hasil analisis data

yang berhubungan dengan kegiatan berkaitan dengan Hutan dan Lingkungan sekitar kita,, Mohon dijawab dengan pilihan : 1.. apa yang kita BICARAKAN hari ini akan menjadi bahan

Objek penelitian ini adalah mengenai peranan audit operasional dalam menunjang evektivitas sistem pengendalian intern penjualan pada PT Indomobil Trada Nasional –

Standar internasional control (Non PLC) Menanya :  Mengkondisikan situasi belajar untuk membiasakan mengajukan pertanyaan secara aktif dan mandiri tentang jenis peralatan dan

“menginstruksikan kepada pustakawan untuk melakukan promosi kepada pengunjung baik itu siswa sekolah, PNS, maupun masyarakat umum pada saat ada buku baru, Kebijakan

 Guru dan siswa sama-sama menyimak video tentang peranan Indonesia di bidang ekonomi dalam lingkup ASEAN dan mendiskusikan bersama siswa tentang hal- hal yang mereka

Spidol, white board Nilai proses/ keaktifan 7 Menjelaskan psikodinamika dan mekanisme adaptasi Psikodinamika dan mekanisme adaptasi - menjelaskan psikodinamika -

Peraturan Daerah Kabupaten Daerah Tingkat II Karangasem Nomor 1 Tahun 1998 Tentang Pajak Pengambilan dan Pengolahan Bahan Galian Golongan C (Lembaran Daerah Kabupaten Daerah