University of Malaya
BAB 2: KONSEP PENDALILAN BERASASKAN ĀYĀT AL-AḤKĀM DALAM PENGHUJAHAN HUKUM ISLAM SEMASA
2.4 KONSEP PENDALILAN BERASASKAN ĀYĀT AL-AḤKĀM DALAM PENGHUJAHAN HUKUM SEMASA
2.4.2 Manhaj Pengkajian Masalah Semasa .1 Manhaj Pengkajian
2.4.2.3 Ciri-Ciri Kepada Masalah Semasa Yang Perlu Diraikan
Ciri-ciri kepada masalah semasa perlu diambil kira sebelum menghukumkannya. Di antaranya ialah:
i. Kepastian berlakunya masalah tersebut.
Kajian terhadap Qaḍāya Mu„āṣirah adalah berasaskan kepada kepastian berlakunya masalah tersebut dengan realiti. Ini kerana bab ijtihad adalah mengikut keperluan kepada kes yang berlaku kepada mukalaf, bukannya khayalan ataupun fardhu takdir (
ريدقت ضرف
) berlakunya masalah tersebut. Mengkaji masalah-masalah yang tidak berlaku atau amat jarang berlaku adalah sesuatu yang dibenci oleh syarak. Ulama khususnya ulama al-salaf tidak menyukai soalan-soalan tentang perkara yang tidak berlaku dan mereka bertindak tidak menjawab soalan-soalan tersebut. Sebahagian mereka bertindak lebih tegas dengan melarang sama sekali bertanya masalah yang tidak berlaku.„Abd Allāh Ibn „Umar R.A pernah didatangi oleh seorang lelaki lalu bertanya beliau tentang sesuatu yang tidak berlaku. Maka berkata Ibn „Umar R.A kepada lelaki tersebut: Jangan anda bertanya tentang perkara yang tidak wujud. Sesungguhnya aku mendengar Sayyidina „Umar bin al-Khaṭṭāb R.A melaknat orang yang bertanya tentang
172
Perkataan yang diambil daripada عادتبلَا نود عابتلَا ملسلما نأشو.
University
sesuatu yang tidak wujud. Demikian juga Zayd bin Thābit R.A apabila beliau ditanya oleh seseorang tentang sesuatu yang tidak berlaku dia berkata: Ya Allah! Apakah perkara ini benar-benar berlaku? Sekiranya orang tadi menjawab: Ya, maka dia akan meneliti masalah tersebut. Sekiranya dia menjawab: Tidak, maka dia tidak akan berkata apa-apa pun.
Kedua-dua situasi di atas adalah reaksi sahabat Nabi SAW ketika berhadapan dengan masalah yang tidak wujud. Sikap tersebut jelas memaparkan bahawa mereka tidak suka dengan soalan-soalan yang tidak berlaku.
Generasi tabiin juga bersikap serupa. Imām Masrūq diberitakan berkata: Aku berjalan bersama Ubay bin Ka„ab R.A lalu Masrūq berkata: Hai pemuda! Apa jawapanmu wahai bapa saudaraku tentang begini…begini…Dia berkata: Wahai anak saudaraku! Apakah masalah ini berlaku? Berkata Masrūq: Tidak. Berkata Ubay: Berikan keuzuran kepada kami sehinggalah perkara tersebut benar-benar berlaku.
„Abd al-Mālik bin Marwān R.A diriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya Ibn Shihāb R.A tentang sesuatu, lalu Ibn Shihāb berkata kepadanya: Apakah telah berlaku ya Amīr al-Mukminīn? Jawab „Abd al-Mālik: Tidak. Beliau pun berkata: Tinggalkan perkara tersebut. Sesungguhnya apabila telah berlaku, Allah pasti akan mendatangkan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Riwayat-riwayat yang dibawakan di atas dan riwayat-riwayat lain yang sangat banyak menjelaskan betapa generasi al-salaf tidak mengharungi masalah-masalah yang tidak berlaku sama ada bertanya atau menjawab. Mereka mengira bahawa mengkaji masalah-masalah seperti itu tidak bermanfaat untuk mereka. Ibn „Abbās R.A menggambarkan sahabat Nabi SAW ketika bersama-sama baginda SAW dengan bertanya “Tidak pernah aku lihat satu kaum yang mana lebih baik daripada sahabat Nabi SAW”. Mereka tidak bertanya baginda kecuali tentang 13 masalah sehinggalah
University
dirakamkan kesemuanya dalam al-Quran. Mereka juga tidak bertanya kecuali tentang perkara yang memanfaatkan mereka.
Dari sisi yang lain, disunatkan secara al-Istiṣḥāb bagi mujtahid atau mufti untuk mengkaji dan menjawab masalah yang walaupun tidak wujud tetapi dikhuatiri benar-benar berlaku atau ada faktor-faktor yang membolehkan ia berlaku. Tujuannya tidak lain kecuali menjelaskan hukum Allah SWT pada masalah tersebut apabila ia betul-betul berlaku.
ii. Masalah yang mana dihukumkan harus untuk diteliti
Ciri-ciri ini berkait rapat dengan ciri-ciri sebelum ini kerana seorang mujtahid atau mufti kadang-kadang tidak berijtihad dalam masalah-masalah yang dihukumkan tidak harus untuk diteliti memandangkan masalah tersebut tidak berlaku. Ini kerana menghukumkan perkara yang tidak berlaku adalah sia-sia dan tidak memberi apa-apa faedah.
Demikian juga dengan soalan-soalan yang berbentuk menunjuk pandai, perdebatan, buat-buat pandai bercakap, buat-buat alim atau menguji keupayaan seorang mufti yang tidak perlu dipedulikan oleh seorang mujtahid atau mufti. Soalan-soalan yang datang dalam bentuk ini boleh memudaratkan dan tidak membawa apa-apa manfaat serta menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.
Seorang mujtahid atau mufti juga tidak perlu meneliti hukum pada masalah yang telah dinaskan oleh syarak sebagaimana al-Qawā„id al-Fiqhiyyah menyebut bahawa
لَ
صنلا دروم في داهتجلَل غاسم
(Tidak ada ruang bagi ijtihad dalam perkara yang telah dinaskan). Kaedah ini bermaksud seorang mujtahid berperanan meneliti hukum kepada masalah syarak sama ada amali atau „ilmī yang tidak terdapat nas secara qat„ī. Tidak harus baginya berijtihad pada perkara yang telah terang dinaskan secara qat„ī.University
Secara umumnya, seorang mujtahid boleh meneliti dan mengkaji Qaḍāya Fiqhiyyah Mu„āṣirah dengan meraikan perkara-perkara berikut:
a. Masalah yang tidak dinaskan dengan nas yang qat„ī atau telah diijmakkan oleh ulama.
b. Sekiranya masalah tersebut dinaskan dengan tidak qat„ī, nas tersebut boleh diiḥtimāl menerima takwil.
c. Masalah tersebut boleh diiḥtimāl dua wajah yang mana setiap satunya menjelaskan maksud syarak sama ada “ithbāt” pada yang pertama atau “nafī” pada yang kedua.
d. Bukan masalah aqidah dan masalah nas-nas yang mutashābihāt.
e. Masalah-masalah baru yang betul-betul berlaku atau berkemungkinan besar berlaku dan keperluan kepadanya adalah sesuatu yang pasti.
iii. Fahaman yang halus
Mengkaji masalah semasa memerlukan kefahaman yang halus dan gambaran yang jelas terhadap masalah tersebut sebelum memulakan proses mendapatkan hukum. Kaedah tetap dalam Qawā„id al-Fiqhiyyah menyebut:
ُلْا
ُمك
َشلا ىلع
ٌعرف ءي
ُّوصت نع
ر
Terjemahan: Menghukum ke atas sesuatu adalah pecahan daripada gambaran (yang jelas terhadap perkara tersebut).
Seorang mujtahid atau mufti perlu memahami masalah dengan teliti dan halus daripada semua sudut, keadaan, asal-usul, pecahan, istilah yang digunakan, kesudahan terakhirnya dan sebagainya yang memberi kesan kepada hukum sebagaimana terdapat juga anasir yang tidak memberi kesan kepadanya. Memastikan anasir yang memberi kesan kepada hukum dan mengenepikan anasir yang tidak memberi kesan kepadanya memerlukan kefahaman yang halus dan keadilan dalam medan tersebut.
University
iv. Mendapatkan maklumat daripada pakar
Dalam sesetengah keadaan, seorang mujtahid atau mufti tidak mampu memahami sesuatu dengan baik tanpa merujuk atau mendapatkan penjelasan daripada pakar dalam bidang yang tertentu. Pengetahuan yang mendalam tentang perubatan moden, muamalah semasa, ilmu-ilmu baru seperti falak dan astronomi adalah di luar daripada keupayaan seorang mujtahid atau mufti. Seharusnya penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut perlu dirujuk kepada ahli yang berkepakaran dalam bidang-bidang sebagaimana disebutkan.
Tindakan bersegera menghukum tanpa penjelasan daripada ahli yang berkepakaran boleh mengundang fatwa atau hukum yang menyalahi hakikat sebenar kepada sesuatu masalah. Kesilapan itu bukan hanya terhenti kepada pewartaan bahkan menjerumuskan manusia kepada perkara yang menyalahi syarak.
v. Memohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah SWT
Elemen ini adalah suatu adab yang paling penting bagi seorang mujtahid atau mufti. Pengharapan dan perlindungannya kepada Allah SWT perlu berterusan sama ada sebelum mengkaji, semasa mengkaji dan ketika mengeluarkan hukum.
Betapa pentingnya seorang mujtahid atau mufti lebih-lebih lagi di zaman moden ini untuk meningkatkan hubungan (
ةلصلا
) dengan Allah SWT dan meletakkan pengharapan yang tinggi kepadaNya supaya setiap tindak tanduknya diberi tawfiq oleh Allah SWT.Kelima-lima ciri yang telah disebutkan adalah perlu diraikan oleh mujtahid atau mufti selain adab-adab serta ciri-ciri yang lain sebagaimana disebut oleh ulama. Al-Imām Ibn al-Qayyīm meriwayatkan bahawa Abū „Abd Allāh bin Baṭṭah menyebut tentang al-Imām Aḥmad bahawa beliau menegaskan supaya seorang mufti tidak sepatutnya menjawat jawatan tersebut kecuali dia mempunyai 5 perkara:
University
a) Niat yang baik. Sekiranya dia tidak mempunyai niat, maka tidak ada baginya cahaya dan kata-katanya juga tidak mempunyai cahaya.
b) Mesti berilmu, beradab, tenang dan berhati-hati.
c) Keupayaan yang tinggi menghadapi sesuatu dan mengenal pastinya.
d) Kelengkapan ilmu yang mencukupi atau kalau tidak dia akan ditewaskan oleh manusia biasa.
e) Mengetahui perangai manusia.173
2.4.3 Kaifiat Pendalilan Berasaskan Āyāt al-Aḥkām dalam Penghujahan