BAB 3: MALAYSIA DAN BRUNEI SOSIO BERAGAMA, MASALAH SEMASA DAN INSTITUSI FATWA
3.2 SOSIO BERAGAMA DI MALAYSIA DAN BRUNEI
3.2.1. Sosio Agama Di Malaysia
Malaysia berakar-umbikan kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah Komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri. Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster, dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.
Malaysia merupakan sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand3 dan
2 Persatuan Sejarah Malaysia, Islam di Malaysia, Abdul Rahman Rukaini, Nota Ringkas Mengenai
Islam di Alam Melayu, (Kuala Lumpur: Percetakan United Selangor Sdn. Bhd, 1980), 191.
3 Laman sesawang Asociation of Shoutheast Asian Nations, “Asean Member States”, dikemaskini 28 Februari 2016, dicapai 29 April 2014, http://www.asean.org/asean/asean-member-states.
University
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada 1969.4 Selain itu, Malaysia juga menganggotai pelbagai lagi pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 17 September 19575, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik pada 6-7 Nov 1989,6 8 Negara Membangun pada 8 Julai 20087 dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali8. Sebagai bekas jajahan British, Malaysia juga menganggotai Negara-Negara Komanwel pada tahun 19579. Malaysia sehingga kajian ini dijalankan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan sentimen kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap negara haram Yahudi tersebut.
Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoriti 50.4% merupakan orang Melayu, 23.7% penduduk berketurunan Cina, manakala 7.1% lagi berketurunan India dan 11% adalah kaum bumiputera lain.10 Bahasa rasmi Malaysia dikenali sebagai Bahasa Malaysia, iaitu bahasa Melayu dalam bentuk yang piawai.
Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai penganutnya dan merupakan agama rasmi. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan bagi tahun 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional
4 Laman sesawang Organisation of Islamic Coorporation, “Members”, dikemaskini 28 Februari 2016, dicapai, 29 April 2014, http://www.oic-oci.org/oicv2/states/?lan=en.
5
Laman sesawang United Nations, “Member States of the United Nations”, dikemaskini 28 Februari 2016, dicapai 29 April 2014, http://www.un.org/en/members.
6 Laman sesawang Asia-Pasific Economic Coorporation, “Member Economies”, dikemaskini 28 Februari 2016, dicapai 29 April 2014, http://www.apec.org/about-us/about-apec/member-economies.aspx
7
Laman sesawang Developing-8, “Brief History of D-8”, dikemaskini 28 Februari 2016, dicapai 29 April 2014, http://www.developing8.org/About.aspx/Partnership.aspx
8 Laman sesawang The Non-Aligned Movement, “The Non-Aligned Movement: Member States”,
dikemaskini 28 Februari 2016, dicapai, 29 April 2014,
http://www.nam.gov.za/background/members.htm
9 Laman sesawang The Commonwealth, “Member countries”, dicapai, 29 April 2014, http://thecommonwealth.org/our-member-countries/malaysia http://thecommonwealth.org/our-member-countries/malaysia#sthash.mrgzJyf8.dpuf
10 Laman sesawang Central Intelligence Agency, “The World Factbook”, dikemaskini 28 Februari 2016, dicapai 29 April 2014, https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/my.html
University
yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan maklumat.11
Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Menurut statistik Banci tahun 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil Hui-Muslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang. Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh, dan 1,000 penganut Jain. Kristian merupakan agama utama masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional.12
Agama Islam merupakan agama yang dianuti oleh masyarakat Melayu khususnya di Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapura, Selatan Thailand serta Mindanao dan kawasan Filipina selatan. Di Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi persekutuan di mana Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 memperuntukkan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Perkara 11 pula menyebut mengenai Kebebasan Ugama dengan menyatakan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya”.
Ini bermakna, walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.
11 Laman sesawang Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, “Penduduk dan Demografi”,
dikemaskini 22 Februari 2016, dicapai 29 April 2014,
https://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=116&bul_id=cWxzRWcvMT ZrWFp4UStqQmp3MG9QZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
12 Ibid.
University
Malaysia di antara negara yang menjadikan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā„ah sebagai pegangan rasmi masyarakat Islam di negara ini berdasarkan keputusan dan pengamalan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan para mufti serta ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah menetapkan bahawa “Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā„ah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.”13
Pendirian pihak berkuasa dan institusi Islam di Malaysia dalam menetapkan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā„ah sebagai pegangan rasmi tidak lain adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan dan pegangan hidup serta pengamalan masyarakat Islam di negara ini. Ternyata sikap ini turut memberi impak positif yang berpanjangan dalam menyatupadukan umat dan mengukuhkan perpaduan serta kestabilan negara ini. Oleh itu, sebarang usaha untuk memasukkan ajaran dan fahaman yang berlainan daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jamā„ah dan berlainan daripada pengamalan biasa masyarakat Islam di negara ini dianggap sebagai usaha untuk memecahbelahkan masyarakat, mengacau-bilaukan kestabilan serta keharmonian negara.
Manhaj yang dilalui dalam memahami perkara akidah ialah manhaj al-Ashā„irah iaitu aliran pemikiran Imam Abū Ḥasan Ash„arī (m. 324H) dan manhaj al-Māturīdiyyah aliran pemikiran Imam Abū Manṣūr al-Māturīdī (m. 333H). Mereka mempelajari ilmu akidah menerusi metode sifat dua puluh dengan perbahasan secara tafṣīl dua puluh sifat-sifat yang wajib, dua puluh sifat yang mustahil dan satu sifat yang harus pada hak Allah SWT. Metode ini dipelajari secara turun menurun daripada generasi yang terdahulu khususnya daripada guru-guru yang mendapat pendidikan di Makkah, Madinah dan Universiti al-Azhar, Mesir suatu ketika dahulu.
13
Laman sesawang e-Fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia, “Fatwa Kebangsaan Syiah Di Malaysia”, dikemasmiki 25 Februari 2016, dicapai 20 Oktober 2015, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia.
University
Dari sudut amalan fiqah, umat Islam Malaysia memakai qawl yang muktamad14 dalam mazhab Shāfi„ī khususnya dalam fiqah ibadah dan munākahāt. Dalam hal-hal yang tidak dapat diselesaikan dengan mazhab tersebut, maka rujukan dibuat kepada qawl muktamad dalam mazhab-mazhab lain yang muktabar iaitu mazhab Ḥanafī, Mālikī dan Ḥanbalī. Jika tidak ada penyelesaian dalam masalah tersebut, maka seorang mufti atau faqih hendaklah menggunakan ijtihadnya sendiri tanpa merujuk qawl muktamad dalam mana-mana mazhab.
Peruntukan yang membolehkan Mufti menggunakan ijtihadnya sendiri pada pandangan sesetengah penulis membenarkan Mufti menggunakan ijtihad dalam fatwa. Ia bermaksud peruntukan tersebut masih menghendaki Mufti bertaqlid kepada mazhab iaitu berpindah daripada qawl muktamad kepada aqwal yang tidak kuat atau rajih dalam mazhab, baik sama ada dalam mazhab Shāfi„ī atau lain-lainnya. Peruntukan ini secara tidak langsungnya mengiktiraf penggunaan talfīq dalam fatwa serta prinsip maqāṣid atau maṣlaḥaḥ. Memandangkan prinsip-prinsip ini terutamanya maqāṣid tidak dinyatakan secara jelas dalam perundangan, maka adalah dicadangkan perkara ini dimasukkan dalam undang-undang atau peraturan termasuk juga lain-lain dasar seperti al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan kias. Dasar-dasar yang digunakan untuk memahami nas-nas ini boleh dipetik atau diikuti sebagaimana yang terdapat dalam penulisan Uṣūl al-Fiqh bagi mazhab Shāfi„ī.
Beliau perlu merujuk karya-karya yang muktabar dalam Fiqah al-Shāfi„ī seperti al-Tuḥfah, al-Nihāyah, Sharḥ Qalyūbī wa „Umayrah, al-Majmū„, „Umdah al-Ṭālibīn dan al-Iqnā„ serta lain-lain lagi. Begitu juga satu ciri utama dalam mazhab Shāfi„ī iaitu penggunaan al-Qawā„id al-Fiqhiyyah walaupun tidak diterangkan dalam peraturan atau perundangan. Perkara ini juga jika terdapat keperluan boleh dihuraikan kaedah penggunaannya iaitu sebagai sokongan kepada dalil-dalil utama Syariah. Ini
14 Maksud qawl muktamad sebagaiman di atas ialah pandangan yang kukuh dan kuat dalam sesuatu mazhab berasaskan kepada al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan kias.
University
termasuklah juga penggunaan hujah atau bukti bukan Syariah seperti data statistik, laporan penyelidikan ilmiah dan lain-lain.
Umat Islam diwajibkan menurut keputusan Mahkamah Syariah untuk perihal berkenaan agama Islam. Hakim syariah sewajarnya mengikuti fahaman perundangan Shāfi„ī selaku mazhab utama di Malaysia.15 Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad kepada hal-ehwal umat Islam seperti pernikahan, pewarisan, perceraian, kemurtadan, mualaf, hak penjagaan anak dan lain-lain lagi. Tiada kesalahan jenayah atau awam lain yang terletak dalam bidang mahkamah Syariah yang serupa hierarkinya dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah-Mahkamah Sivil (termasuk Mahkamah Persekutuan) selaku mahkamah agung negara pun tidak melayan perihal amalan Islam.
Berkenaan ajaran-ajaran lain selain Ahl al-Sunnh wa al-Jamā„ah, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:16
“Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut: “Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan al-Zaidiyah dan al-Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia” dimansuhkan.
1. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
2. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
15 Michael G. Peletz, Islamic modern: religious courts and cultural politics in Malaysia, (t.tp., t.p., t.t., 2002), 84–85.
16 Laman sesawang e-Fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia, “Fatwa Kebangsaan Syiah Di Malaysia”, dikemasmiki 25 Februari 2016, dicapai 20 Oktober 2015, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia.
University
3. Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang-Undang Islam seperti berikut:” Hukum Syarak atau Undang-Undang Islam ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
4. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam dan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah dilarang.
5. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah sahaja.
6. Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah diharamkan.”
Fatwa ini walaupun bersabit dengan aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negara ini secara khusus akan tetapi pentafsirannya adalah merangkumi ajaran-ajaran atau aliran-aliran lain yang bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā„ah dan amalannya. Bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamā„ah dengan maksud bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlaknya dari sudut asas dan teori manakala bertentangan dengan amalannya pula dengan maksud tidak meraikan amalan-amalan tertentu yang sedia diamalkan berdasarkan pendapat-pendapat ulama yang muktabar dalam kalangan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā„ah.