Kitab-kitab hadith yang disusun berdasarkan nama-nama Sahabat ini ada dua jenis, iaitu:
MUSNAD
Kitab Musnad adalah kitab hadith yang disusun berdasarkan urutan nama Sahabat. Urutan Sahabat itu ada kalanya disusun berdasarkan urutan huruf Abjad atau Hija‟yah. Ada kalanya juga ia berdasarkan urutan waktu masuk Islamnya dan ada kalanya berdasarkan keluhuran nasabnya.
Seterusnya, dimana Musnad taraf hadith tidak diambil kira. Dimana ia Cuma menerangkan tentang sesuatu perkara.
Jumlah kitab Musnad ini sangat banyak, namun begitu yang paling masyhur dan yang paling tinggi martabatnya adalah: al- Musnad karya Imam Ahmad bin Hambal, kemudian musnad Abu Ya‟la al-Muslihi.
38
AL-ATRAF
Kata Atraf adalah jamak daripada Tharf, bererti: Bahagian dari sesuatu. Tharf hadith adalah bahagian hadith yang dapat menunjukkan hadith itu sendiri ataupun pernyataan yang dapat menunjukkan hadith, seperti: ت ا ل ا لا
Kitab al-Atraf adalah kitab-kitab yang disusun untuk menyebutkan bahagian hadith yang menunjukkan keseluruhannya, lalu disebutkan sanad-sanadnya pada kitab-kitab sumbernya. Sebahagian penyusun menyebutkan sanadnya dengan lengkap dan sebahagian yang lainnya hanya menyebutkan sebahagiannya. Kitab –kitab ini tidak memuatkan matan hadith secara lengkap.
AL-JAWAMI’
PENGERTIAN
Kitab al-Jawami‟ adalah bentuk jamak daripada perkataan al-Jami‟. Kitab Jami‟ menurut istilah ulama Hadith bermaksud: Kitab hadith yang disusun berdasarkan bab dan mencakupi hadith-hadith berbagai skop ajaran Islam dan pecahan-pecahannya.
Secara ringkasnya bab-babnya mencakupi tentang: Akidah, Ibadat, Muamalat, Sirah Nabi SAW, Hamba, Fitnah dan berita hari Kiamat.
Kitab Jami‟ ini sangat banyak, antara yang terkenal ialah : 1. Al-Jami‟ al-Sahih,karya al-Bukhari.
2. Al-Jami‟ al-Sahih, karya Muslim
3. Al-Jami‟, karya Tarmizi atau yang dikenali dengan Sunan Tirmizi. Kitab al-Tirmizi. Kitab al-Tirmizi ini juga disebut Sunan kerana ia lebih menonjolkan hadith-hadith hukum.
Rumusannya, penulisan kitab Jami‟ bermaksud menghimpunkan hadith-hadith berkenaan dengan bidang: Akidah, Ahkam, Riqaq, Adab, Tafsir, Tarikh dan Sirah, Fitan dan Manaqib.
METOD PENULISAN
Sesebuah kitab hadith untuk dikenali sebagai Jami‟ hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan bidang. Kalangan ulama ada yang menyusun hadith-hadith dalam bidang-bidang ini secara berasingan, antaranya ialah :
1. Akidah. Contohnya: Kitab al-Tauhid, karangan Abu Bakar ibn Abu Khuzaimah dan Kitab al-Asma‟ Wa al-Sifat oleh al-Baihaqi.
2. Ahkam. Kitab hadith hukum yang disusun seperti dalam kitab-kitab Fiqh, antaranya: Bulugh al-Maram dan „Umdah al-Ahkam.
39
3. Riqaq. Ia dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk Wa al-Zuhd. Iaitu menyebut tentang peringatan di hari akhirat dan azab kubur yang akan melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya seorang yang zuhud. Contohnya: Kitab Zuhud oleh Abdullah ibn al-Mubarak dan Imam Ahmad.
4. Adab. Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya. Contohnya: Kitab al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari dan Kitab Syama‟il oleh Tirmizi.
5. Tafsir. Hadith-hadith yang mentafsirkan Al-quran. Contohnya: Kitab Tafsir Ibn Mawardah, Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Dailami dan Tafsir Jailani.
6. Tarikh. Sejarah terbahagi kepada dua jenis:
a) Sejarah tentang kejadian alam atau Bad‟ al-Khalq, seperti: Kejadian langit dan bumi, syurga, neraka, jin, syaitan, malaikat dan sebagainya.
b) Sejarah tentang kehidupan Rasulullah SAW dan para Sahabat, seperti: Sirah Ibn Hisyam, Sirah Mullah Umar dan sebagainya.
7. Al-fitan. Iaitu fitnah-fitnah yang muncul akhir zaman, bermula selepas kewafatan Rasulullah SAW. Contohnya: Kitab Mu‟in bin Hammad ( guru al-Bukhari ) tentang Dajjal, turunnya Nabi Isa, kemunculan Imam Mahdi dan sebagainya. Beliau telah mencampur adukkan antara yang sahih dan tidak sahih.
8. Munaqib. Iaitu tentang kelebihan seseorang, seperti: Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Tabi‟in, Ahl al-Bait, isteri-isteri Rasulullah SAW, Nawasib dan sebagainya.
Contohnya al-Riyadh al-Nadirah Fi Manaqib al-„Asyarah, oleh Muhib al-Tabari dan Zakha‟ir al-„Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba serta lainnya.
40
UNIT 11 AL-MUSTADRAK
Kitab ini telah dihasilkan oleh al-Imam, al-Hafiz, al-Allamah, Muhammad bin Abdullah bin Muhammad al-Dhabiyyi, al-Naisaburi, al-Hakim Abu Abdullah, juga terkenal dengan gelaran singkat Ibn al-Bayyi‟ atau al-Hakim al-Naisaburi. Beliau dilahirkan di Naisabur, Iran pada tahun 321H dan mempelajari hadis sejak kecil daripada bapa dan juga bapa saudaranya. Kemudiannya beliau turut mengembara dalam mempelajari hadis di serata pelusuk wilayah Islam seperti Iraq, Mada`in, Khurasan, Hijaz dan banyak lagi. Beliau mendengar hadis daripada sejumlah besar ulama hadis yang mencapai angka 2000 orang syeikh.
Beliau meriwayatkan hadis daripada bapanya, Abu al-„Abbas al-Asomm, Muhammad bin Salih bin Hani`, Abu Abdillah al-Akhram, Abu Ali al-Naisaburi dan selain mereka. Hadisnya pula diriwayatkan pula oleh beberapa tokoh hadis yang hebat seperti Daruquthni, al-Baihaqi, Abu Zar al-Harawi, Ibn Hibban dan ramai lagi.
Beliau berpegang kepada mazhab Fiqh al-Syafii daripada gurunya Abu Sahl al-Sa‟luki dan Abu Ali bin Abu Hurairah. Beliau juga merupakan salah seorang pakar Qiraat yang
mempelajarinya daripada Muhammad bin Abu Mansur al-Saram dan Abu al-Naqar al-Kufi. Beliau menjawat jawatan kadi (hakim) di Naisabur dan diminta untuk memegang jawatan yang sama di Jurjan tetapi beliau menolaknya. Beliau merupakan salah seorang ahli perunding atau duta diplomasi di antara kerajaan Bani Buwaih dan Daulah Samaniyah. Hasil karyanya menurut Ibn Asakir mencapai angka 2,500 buah jilid dalam pelbagai tajuk. Beliau merupakan salah seorang yang menjadi petanda kehebatan Allah Taala di muka bumi ini dengan karang yang luar biasa banyaknya. Dalam hal ini beliau menceritakan: “Aku telah minum air zamzam dan berdoa semoga Allah menganugerahkan kepadaku
kepandaian mengarang dengan begitu baik.” [lihat Thabaqat al-Huffaz].
Di antara kitab karangannya yang masyhur ialah: Tarikh Naisabur
41 Al-Madkhal ila Makrifat al-Sahih
Fadhail al-Syafii Al-Iklil
Tasmiyah man Ukrija Lahum al-Bukhari wa Muslim Makrifah Ulum al-Hadits
Beliau meninggal dunia pada tahun 405H selepas keluar daripada tempat permandian dalam usia yang begitu lanjut.