Kata Majmuk
43 D. Latihan Kata Majmuk Yang Telah Mantap
tandatangan bumiputera jawatankuasa kakitangan tanggungjawab olahraga warganegara pesuruhjaya
setiausaha matahari sukarela kerjasama
beritahu suruhanjaya antarabangsa barangkali sukacita dukacita darihal
1. Petugas ___________________ itu mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.
2. Setiap ___________________ Malaysia perlu patuh pada undang-undang demi kemakmuran negara.
3. Sebagai anak yang ___________________, Badar tidak pernah melupakan jasa kedua-dua ibu bapanya.
4. Amirul terpaksa meniru ___________________ bapanya di dalam buku pelaporan kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan.
5. Surat permohonan kebenaran untuk program lawatan itu telah disediakan oleh ___________________ Persatuan Bahasa Melayu.
6. Nenek berasa sungguh ___________________ kerana cucu kesayangannya masih belum pulang lagi walaupun hari sudah lewat malam.
7. Sinaran ___________________ di bumi Kundasang menyegarkan pepohon di sekitarnya.
8. Semasa kejadian banjir itu, ramai petugas ___________________ yang membantu mangsa banjir.
9. Syarikat telekomunikasi ___________________ itu telah membuka cawangan di ibu kota Kuala Lumpur.
10. ___________________ Hak Asasi Manusia yang ditubuhkan telah berperanan untuk membantu rakyat di negara ini.
E. Latihan Kata Kerja Majmuk
campur aduk kenal pasti jalan kaki lumba lari ambil alih temu bual janji temu adu domba ambil berat cari gali ubah suai suai padan tambah baik suai kenal cari jalan angkat muka
44
1. Program ___________________ bersama primadona itu mendapat liputan yang meluas.
2. Pengemis itu ber___________________ sepanjang hari untuk mencari sesuap nasi. 3. Sila ___________________ masalah anda sebelum kita mengadakan sesi
perbincangan, kata kaunselor kepada pelajar bermasalah itu.
4. Kanak-kanak itu bermain ___________________ di kawasan padang dengan riangnya.
5. Tan Sri Ahmad terpaksa meng___________________ semula syarikatnya setelah mengalami kerugian.
6. Program ___________________ itu dijalankan oleh pihak sekolah kepada para pelajar baharu.
7. Kerja-kerja men___________________ rumah itu dijalankan oleh pihak kontraktor dengan segera.
8. Shariff tidak berani ___________________ apabila bercakap dengan guru disiplin sekolahnya.
9. Syarikat ___________________ minyak di Brunei itu telah memulakan operasinya sejak 50 tahun yang lalu.
10. Gadis remaja itu telah mengadakan ___________________ dengan pasangannnya di pusat beli-belah.
F. Latihan Kata Adjektif Majmuk
kuning langsat bujur sirih pucat lesi kurus kering papa kedana ringan tulang berat mulut rambang mata keras hati besar kepala cepat tangan putih mata buruk siku merah darah biru laut besar hati
1. Murid yang pendiam itu ___________________ dan hanya membisu apabila disoal oleh guru.
2. Wajah kanak-kanak itu ___________________ setelah dua malam tersesat di hutan dan kelaparan.
3. Kakak ___________________ melihat pelbagai jenis tudung yang dijual di kedai itu. 4. Penagih dadah yang bertubuh ___________________ berjalan terhoyong-hayang di
kaki lima.
5. Gadis yang berwajah ___________________ dan berbaju ___________________ itu sangat ayu.
45
6. Anak-anak yang terlalu dimanjakan dikhuatiri akan ___________________ apabila dewasa nanti.
7. Guru Besar begitu ber___________________ apabila perasmi yang dijemput dapat menghadirkan diri.
8. Pasukan tentera negara sanggup berkorban nyawa daripada ber___________________.
9. Anak muda yang ___________________ itu tidak langsung mahu mendengar nasihat ibu dan ayahnya.
10. Murid yang pemalu itu ___________________ untuk berbual-bual dengan gurunya.
G. LATIHAN LANJUTAN
1. Hakim itu menggunakan ________________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
A. budi bahasa B. budi pekerti C. budi bicara D. balas budi
2. Jejaka itu ternanti-nantikan __________________ dengan gadis idamannya pada minggu depan.
A. temu janji B. temu bual C. temu duga D. temu ramah
3. Andrian sedang _____________________ maklumat dari internet untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya.
A. mereka cipta B. memuat turun C. mengemas kini D. mengatur cara
4. Pengguna kenderaan yang tidak membaharui _____________________ telah ditahan oleh pihak polis dalam operasi itu.
A. cukai pintu B. cukai tanah C. cukai jalan
46
5. ___________________ kereta nasional Iriz menepati cita rasa pengguna di Malaysia.
A. Reka cipta B. Reka bentuk C. Reka letak D. Reka corak
6. Peserta Program Khidmat Negara mengadakan sesi _________________ sebelum memulakan latihan.
A. tegur sapa B. ramah mesra C. soal jawab D. temu bual
7. Mereka sedang membaca perkara-perkara penting yang tercatat di dalam __________________.
A. nota mesyuarat B. notis mesyuarat C. minit mesyuarat D. penyata mesyuarat
8. Sebuah helikopter Nuri telah terhempas di kawasan __________________ yang sangat tebal.
A. hutan belantara B. tanah tinggi C. taman rimba D. taman rekreasi
9. Muka Ali __________________ apabila dimarahi oleh gurunya. A. biru muda
B. hitam manis C. kuning langsat D. merah padam
10. Kerani sekolah itu menerima _________________ ke majlis sambutan Hari Guru. A. surat akuan
B. surat kiriman C. surat tawaran D. surat jemputan
11. Nasri akan menghadiri __________________ bagi jawatan kerani esok. A. temu ramah
B. temu janji C. temu duga D. temu bual
47
12. Pei Chen tidak ___________________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.
A. berputus asa B. bekerjasama C. berbelah bagi D. berjimat cermat
13. _______________ telah melanda kampung nelayan di Mersing menyebabkan banyak rumah yang roboh.
A. tanah runtuh B. ribut taufan C. gempa bumi D. tanah pamah
14. Sebagai ___________________ Persatuan Bahasa Melayu di sekolahnya, Aisyah perlu menyiapkan laporan yang diminta oleh Cikgu Lily.
A. urus setia B. setiausaha C. kakitangan D. ketua kerani
15. Fariza sedang meneliti _________________ rancangan televisyen yang disiarkan dalam surat khabar.
A. inti sari B. sari kata C. atur cara D. atur masa
16. Murid-murid dikehendaki memakai ________________ketika bersenam di padang. A. pakaian beragam
B. pakaian sukan C. pakaian seragam D. pakaian adat
17. Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara __________________ dari Dataran Merdeka.
A. lalu lintas B. lintas akal C. litar pintas D. lintas langsung
48
18. Telefon bimbit yang lama itu sudah tidak di ________________ lagi. A. guna pakai
B. temu bual C. kemas kini D. ambil alih
19. Pihak sekolah mengadakan minggu ___________________ untuk mengenali murid-murid baharu dengan lebih dekat lagi.
A. suai kenal B. soal jawab C. temu duga D. temu bual
20. Budak-budak itu ___________________ mendengar cerita Tuk Aki yang lucu itu. A. geli hati
B. sakit hati C. jauh hati D. besar hati
Pintar berbahasa – membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul.
Sisipkan imbuhan “memper-” atau “memper ...kan” pada kata akar yang disediakan . Datin Suraya memperluaskan perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke
Sarawak. (salah)
Datin Suraya memperluas perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke Sarawak. (betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}
Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperlebarkan jalan utama di pekan Bidor.
(salah)
Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan utama di pekan Bidor.
(betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}