• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata Berimbuhan

Dalam dokumen MODUL TATABAHASA BM (Halaman 48-59)

49 Latihan

1. Model itu sedang ... pakaian yang berasaskan fabrik batik asli tenun Terengganu.  Jawapannya (raga) : ________________________

2. Cikgu Azizan ... tayangan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu kepada murid-muridnya.

 Jawapannya (lihat) : ________________________

3. Pihak kerajaan negeri sedang ... jalan utama menuju ke pekan Ajil, Hulu Terengganu.

 Jawapannya (lebar) : ________________________

4. Pemaju perumahan sedang ... longkang di kawasan itu bagi mengelak banjir kilat berlaku.

 Jawapannya (dalam) : _______________________

5. Kita perlu ... usaha yang berterusan untuk memperoleh pencapaian akademik gemilang.

 Jawapannya (tingkat) : _______________________

6. Perajurit kita sanggup berkorban nyawa demi ... negara tercinta daripada ancaman musuh.

 Jawapannya (tahan) : _______________________

7. Murid-murid yang menyertai lawatan sambil belajar dapat ... pengetahuan masing-masing.

 Jawapannya (luas) : _______________________

8. Syarikat hartanah itu terpaksa ... kakitangannya bagi mengurangkan kos belanja mengurus.

 Jawapannya (kecil) : _______________________

9. Cikgu Abdul Hadi ... teknik mengarang menggunakan peta minda berpandukan komputer.

 Jawapannya (tonton) : _______________________

10. Kami berusaha untuk ... Modul “Mudah Lulus” bagi keguaan guru-guru dan murid-murid.

50 Latihan

Salin ayat di bawah ini semula menggunakan imbuhan yang betul bagi kata bergaris. 1 Zainal julur separuh daripada kedua-dua belah kakinya ke dalam air di parit itu.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

2 Sikap suka penting diri sendiri harus dikikis daripada setiap hati anggota masyarakat. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

3 Pak Ngah telah ubah lagu Irama Malaysia yang bakal dendang oleh Siti Nurhaliza. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

4 Anggota keluarga Damanhuri telah berjaya satu melalui rancangan Jejak Kasih taja

TV3.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

5 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada ibunya.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

6 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada ibunya.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

51

7 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada ibunya.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

8 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada ibunya.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

9 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada ibunya.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

10 Ali berlari harung bendang yang baru dituai untuk sampai berita gembira itu kepada ibunya.

___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Sadur = lapisan (salutan) logam yang nipis pada logam lain, sepuh; sadur yang dibuat dengan elektrik, sadur daripada timah;

Bersadur = bersalut atau berlapis (logam);

Menyadur = menyalut (melapis) dengan logam (emas, timah, dan lain-lain), menyepuh; mengarang, mengolah kembali cerita isinya diambil daripada cerita lain;

mengolah kembali (hasil penyelidikan dan lain-lain); mengikhtisarkan; Saduran = sesuatu yang disadur (emas dan lain-lain), sepuhan, lapisan (emas);

cerita yang isinya (pokoknya) diambil daripada cerita lain; hasil pengolahan (daripada penyelidikan dan lain-lain); ikhtisar; Penyadur = alat untuk menyadur; orang yang menyadur (meniru dan lain-lain)

52

1 Gelang tangan Cik Syasya Syahira yang __________ emas putih itu telah tercicir ketika dia menyertai gotong-royong membersihkan balai raya pagi tadi.

A saduran B bersadur C menyadur D penyaduran

Hadiah = pemberian (kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan, penghormatan);

ganjaran (kerana menang dalam perlumbaan, pertandingan, dan lain-lain);

Berhadiah = ada disediakan hadiah; memberikan (menyumbangkan) hadiah; Menghadiahi = memberikan hadiah kepada seseorang (adik, kawan, ibu, dan

lain-lain);

Menghadiahkan = memberikan sesuatu sebagai hadiah (dompet, basikal, gelang, cincin, dan lain-lain); menganugerahkan;

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Pegawai Kebajikan Masyarakat __________ keluarga miskin itu pakaian seragam sekolah dan barangan makanan.

A berhadiah B dihadiahkan C menghadiahi D menghadiahkan

Imbuhan apitan meN-...-i dan apitan meN-...-kan mempunyai maksud yang berbeza. Apitan meN-...-i menerangkan objek yang bernyawa seperti manusia.

Apitan meN-...-kan pula menerangkan objek yang tidak bernyawa seperti basikal, buku, epal dan lain-lain lagi.

53

1. Puan Mona menghidangi suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi.

/

Puan Mona menghidangkan suaminya sepinggan mi kari dan secawan kopi. X {Imbuhan apitan “meng ... i” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk

kepada manusia sahaja}

2. Maisara menghadiahi sejambak bunga kepada gurunya sempena Hari Guru. X Maisara menghadiahkan sejambak bunga kepada gurunya sempena Hari

Guru. /

{Imbuhan apitan “meng ... kan” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}

LATIHAN 1 : Kata Berimbuhan

1 Pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar telah __________ kereta yang digunakan oleh suspek dalam rompakan kedai emas itu.

A bertemu B menemui C pertemuan D menemukan

2 Sultan Mahmud __________ lanun-lanun itu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.

A menjatuhi B dijatuhkan C berjatuhan D menjatuhkan

3 Hampir dua billion ringgit Malaysia telah __________ bagi meningkatkan prasarana sukan di negara kita.

A teruntuk B peruntukan C diperuntukkan D memperuntukkan

4 Motosikal yang ditunggangnya berhenti secara tiba-tiba di kawasan taman perumahan itu kerana telah __________ minyak petrol.

A terputus B keputusan C diputuskan D memutuskan

54 Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Hairuni __________ gelas plastiknya dengan soya cincau ais sambil diperhatikan oleh ibu kerana ibu khuatir kalau-kalau air itu tertumpah.

A tuangan B menuang C menuangi D menuangkan

6 Sultan Terengganu telah berkenan __________ atlet lumba basikal itu bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda.

A mengurniai B dikurniakan C pengurniaan D mengurniakan

7 Murid-murid yang mengikuti lawatan ke Melaka itu dikehendaki berkumpul di __________ sekolah tepat pada pukul 7:30 pagi.

A karangan B pekarangan C perkarangan D pengarangan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Kerja-kerja __________ jalan raya itu rancak dijalankan sebelum menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

A kelebaran B dilebarkan C memperlebar D memperlebarkan

55

9 Sejak __________ penyanyi tersohor tanah air, Datok Siti Nurhaliza sering mengadakan persembahan di luar negara.

A gelaran B bergelar C digelarkan D menggelar

10 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu __________ kawasan rumah banglo Datin Zawiyah.

A dipagari B memagari C dipagarkan D memagarkan

BIMBINGAN 2 : Kata Berimbuhan

Ragam = tingkah, cara, laku, olah; jenis, macam, berbagai-bagai jenis; lagu, langgam; corak, ragi, warna, (fiilnya, lakunya);

variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yang berkaitan dengan situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dan lain-lain) yang tertentu;

Seragam = sama potongan dan warnanya (pakaian), sama sahaja ciri-ciri, peraturannya;

sesuai, sepakat, sehati (suami isteri, adik-beradik dan lain-lain); Menyeragamkan = menjadikan seragam, (sama, serupa dalam perkara tertentu); Keseragaman = perihal (keadaan, dan sebagainya) seragam atau serupa sahaja; Penyeragaman = perbuatan menyeragamkan (pakaian, dan sebagainya);

Beragam = berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna;

Meragam = menyanyi (bernyanyi, berlagu); mewarnai; berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka) pelbagai, bermacam-macam, berwarna-warna;

Meragamkan = menjadikan beragam, membuat (mengubah dan sebagainya) supaya dapat menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja; mengeratkan persaudaraan (persahabatan dan lain-lain),

merukunkan;

56 Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Ibu kanak-kanak itu berasa risau apabila anaknya __________ kerana mengalami demam panas yang berlarutan.

A seragam B beragam C meragam D meragamkan

Gembur = tidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dan lain-lain), lembut, lunak; basal, busung air;

Menggemburkan = mencangkul (tanah) supaya gembur;

Penggembur = alat untuk menggemburkan tanah; alat penggembur tanah yang berputar;

Gembar-gembur = bersorak-sorak, berseru-seru; cakap besar, borak;

Menggembar-gemburkan = menyorok-nyorokkan, menyeru-nyerukan, melaung-laungkan;

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Petani itu __________ tanah di kebun sayurnya sebelum dia mula menanam sawi, terung dan kacang panjang.

A menggembur B menggemburi C mengemburkan D menggemburkan

57 LATIHAN 2 : Kata Berimbuhan

1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan semua __________ bas sekolah agar memastikan keselamatan murid-murid yang menaiki bas mereka. A pengusaha

B perusahaan C pengusahaan D mengusahakan

2 Beberapa orang anggota pengakap dari daerah Perak Tengah __________ bekalan makanan kerana mereka telah __________ di dalam Hutan Simpan Kuala Woh, Tapah.

A terputus … tersesat B keputusan … tersesat C pemutusan … kesesatan D memutuskan … kesesatan

3 Setiap ___________ perlulah mematuhi tatacara pemanduan yang betul dan berhemah supaya dapat mengelakkan kemalangan jalan raya.

A dipandu B panduan C pemandu D pemanduan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Encik Zairi __________ sebuah banglo mewah kepada tunangnya semasa hari pertunangan mereka pada 16 Mei 2014 yang lalu.

A hadiahkan B dihadiahkan C menghadiahi D menghadiahkan

58

5 Baru-baru ini Persatuan Bahasa Melayu SK Seri Setia telah berjaya __________ lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang __________ oleh empat puluh orang murid.

A diadakan ... disertai B keadaan ... disertakan C mengadakan ... disertai D pengadaan ... disertakan

6 Siti Norkholilah telah dipilih untuk __________ kelasnya dalam pertandingan bercerita yang __________ oleh Persatuan Bahasa Melayu.

A diwakili ... anjuran B mewakili ... anjuran C diwakili ... dianjurkan D mewakili ... dianjurkan

7 Kilang bumiputera yang menghasilkan serunding segera itu menggunakan teknologi moden untuk __________ daging ayam dan daging lembu.

A diproses B berproses C pemproses D memproses

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Cikgu Jasmine Lee __________ cara-cara untuk __________ masalah Matematik kepada anak muridnya.

A terlihat ... selesaikan B kelihatan ... diselesaikan C diperlihatkan ... penyelesaian D memperlihatkan ... menyelesaikan

59

9 Kakitangan Majlis Perbandaran Teluk Intan sedang bergotong-royong __________ Dataran Menara Condong sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

A keindahan B diindahkan C memperindah D memperindahkan

10 Kerja-kerja __________ pejabat Guru Bimbingan dan Kaunseling itu sedang __________ secara gotong-royong.

A kekosongan ... jalanan B dikosongkan ... dijalani C mengosongkan ... berjalan D pengosongan ... dijalankan

Terbit = keluar dari permukaan (air dan lain-lain), keluar dari tempat terlindung (bulan, matahari, dan lain-lain), muncul, timbul;

= berbangkit (perasaan hati, fikiran, dan lain-lain), lahir, timbul;

= siap dicetak dan diedarkan (buku, majalah), tersiar (berita, makalah); = keluar memancar (air, cahaya), keluar (peluh, air mata, dan lain-lain); = keluar (dari rumah, persembunyian, dan lain-lain);

= tumbuh atau keluar daripada; = berpunca atau bermula daripada;

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1 I Buku Strategi Penulisan UPSR saya yang terbaharu akan terbit tidak lama lagi. II Mentol itu tidak terbit cahaya kerana bekalan elektrik terputus sejak petang tadi. III Kami menunggu kepulangan nelayan dari laut sejak dinihari sampai matahari

terbit.

IV Pokok mempelam harum manis itu telah terbit buah yang sangat lebat pada musim ini.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Dalam dokumen MODUL TATABAHASA BM (Halaman 48-59)

Dokumen terkait