• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

Dalam dokumen PEMBANGUNAN KIT REKABENTUK UNTUK KEMAHIR (Halaman 79-156)

Dapatan dan Analisis Kajian

Pengenalan

Di dalam bab ini, pengkaji membincangkan data-data yang telah dikumpulkan bagi menjawab soalan-soalan kajian. Data-data ini telah dikumpulkan melalui sesi temuramah bersama peserta, pemerhatian dan analisa dokumen.

Keupayaan Kit rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar

Data yang dibentangkan di dalam bahagian ini bertujuan menjawab soalan kajian pertama. Fokus utama persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah kit rekabentuk yang telah dibangunkan berupaya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Data-data diperolehi melalui:

 Analisis hasil kerja yang telah dibangunkan oleh pelajar seperti poster  Maklumat dan jawapan yang telah ditulis oleh pelajar dalam buku

 Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan rakaman audio visual (sila lihat rajah 12).

Rajah 12: Data yang dikumpulkan bagi menjawab soalan kajian pertama Poster

Hasil kerja yang telah dibangunkan oleh pelajar

Pemerhatian menggunakan rakaman audio visual Rakaman peserta semasa kajian sedang dijalankan (semasa sesi bengkel berjalan)

Buku Kerja

Jawapan yang telah diberikan oleh pelajar tentang pemilihan warna, gambar,

imed dan teks dalam buku kerja Sejauh manakah kit

rekabentuk yang telah dibangunkan berupaya meningkatkan kemahiran

berfikir aras tinggi pelajar

Analisis hasil kerja: Poster

Bahagian ini menerangkan data yang diperolehi melalui hasil kerja peserta- peserta (sila lihat rajah 12 hingga 12 dan jadual X hingga X). Hasil kerja peserta telah dinilai berdasarkan rubrik yang telah dibangunkan. Kriteria yang dinilai adalah warna, imej, jenis font dan warna digunakan dan susun atur imej yang telah dipilih oleh peserta (sila lihat jadual X dihalaman 73). Setiap kategori telah dinilai kepada tiga tahap iaitu, cemerlang, sederhana dan lemah. Peserta-peserta dianggap telah mencapai tahap cemerlang apabila berjaya membuat pilihan yang bersesuaian dalam kategori-kategori tersebut. Selain daripada itu, peserta perlu membuat justifikasi bagi pemilihan warna, objek dan font yang telah dipilih.

Menurut Bloom (1956), apabila pelajar berupaya melakukan justifikasi atau pertimbangan ke atas sesuatu perkara ia boleh dianggap sebagai pelajar telah mencapai pemikiran aras tinggi iaitu tahap penilaian. Di dalam konteks kajian ini apabila peserta berupaya membuat justifikasi di atas pemilhan bagi warna, imej, jenis font bagi poster yang telah dibangunkan pelajar telah dianggap mencapai tahap cemerlang dan telah melalui proses pemikiran berfikir aras tinggi. Peserta-peserta dianggap telah mencapai tahap sederhana apabila berjaya membuat pilihan yang bersesuaian dalam kategori-kategori tersebut tetapi peserta tidak memberi penerangan sebab pemilihan warna, objek dan font yang telah dipilih. Menurut Bloom (1956), apabila pelajar berupaya menggabungkan unsur-unsur yang berasingan untuk menghasilkan gambaran menyeluruh dengan menggunakan pengetahuan sedia ada, pelajar

dianggap telah mencapai pemikiran aras tinggi iaitu tahap sintesis. Didalam konteks kajian peserta telah mencapai tahap sederhana apabila membangunkan poster menggunakan warna, imej dan font tetapi pelajar tidak memberikan justifikasi sebab pemilihan elemen-elemen poster tersebut. Peserta-peserta dianggap hanya mencapai tahap lemah apabila tidak berjaya membuat pilihan yang bersesuaian dalam kategori-kategori tersebut dan atau peserta tidak memberi penerangan sebab pemilihan warna, objek dan font yang telah dipilih. Menurut Bloom (1956), apabila pelajar berupaya mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi atau sedia ada dalam situasi yang baru pelajar dianggap telah mencapai pemikiran aras mudah iaitu tahap aplikasi. Didalam konteks kajian ini, peserta hanya mencapai tahap lemah apabila membangunkan poster menggunakan warna, imej dan font yang tidak bersesuaian dan pada masa yang sama pelajar tidak memberikan justifikasi sebab pemilihan elemen-elemen poster tersebut.

Kaitan antara pencapaian pelajar dalam pembangunan poster dan penglibatan penggunaan pemikiran tahap tinggi semasa pembangunan poster telah diillustrasikan di dalam jadual 3.

Jadual 3

Cemerlang

Tahap pemikiran aras tinggi

Pelajar memilih warna, imej, font dan susun atur yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih. Pelajar berupaya memberikan justifikasi ke atas pemilihan yang telah dilakukan

PENILAIAN

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau alas an yang sah

Kata petunjuk:

Kritik , rumus, justifikasi, diskriminasi, sokong.

Sederhana

Tahap pemikiran aras tinggi

Pelajar memilih warna, imej, font dan susun atur yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih. Pelajar TIDAK berupaya memberikan SINTESIS Menggabungkan unsur- unsur yang berasingan untuk menghasilkan gambaran menyeluruh dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

Kata petunjuk: Bina, cipta, banding,

penerangan sebab pemilihan warna dan maksud warna.

susun, gabung.

Lemah

Tahap pemikiran aras mudah

Pelajar TIDAK memilih warna, imej, font dan susun atur yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih.

Pelajar TIDAK berupaya memberikan penerangan sebab pemilihan warna dan maksud warna.

APLIKASI Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi atau sedia ada dalam situasi yang baru.

Kata petunjuk: Ubah suai, hubungkait, selesaikan, susun, demonstrasi

Jadual 4:

Markah/ 20

Kategori

Cemerlang Sederhana Lemah

Poster 1 19 - - Poster 2 19 - - Poster 3 18 - - Poster 4 18 - - Poster 5 20 - - Poster 6 19 - - Poster 7 6 - - Poster 8 5 - - Poster 9 19 - -

Tujuh daripada sembilan poster yang telah dibangunkan oleh peserta (silat lihat lampiran telah dikategorikan sebaagai cemerlang (sila lihat jadual 4). Berdasarkan jadual 4, peserta-peserta yang memperolehi keputusan cemerlang telah menggunakan pemikiran aras tinggi tahap penilaian. Seperti yang telah diterangkan di awal peringkat analisis, hasil pembangunan poster telah dikategorikan sebagai cemerlang kerana peserta berupaya membuat justifikasi ke atas poster yang telah dibangunkan. Hanya dua poster telah dikategorikan sebagai lemah disebabkan peserta telah membuat pemilihan yang kurang bertepatan dalam pembangunan poster dan peserta tidak membuat sebarang justifikasi. Untuk lebih memahami bagaimana pemikiran

tahap tinggi berlaku semasa kit reka bentuk, analasis jawapan dan justifikasi pelajar terhadap pembangunan poster di dalam buku kerja telah dilakukan.

Buku kerja

Peserta telah diarahkan untuk mengisi buku kerja yang telah disediakan semasa proses pembangunan poster. Peserta perlu memberi justifikasi ke atas setiap pemilihan penggunaan imej, warna, jenis teks dan susun atur poster mereka. Data yang diperolehi dari buku kerja kemudian dianalisa dan dikategorikan berdasarkan taksonomi Bloom yang terbaru yang telah diolah semula oleh Anderson dan Krathworthl (2001). Menurut Anderson dan Krathworthl, Taksonomi Bloom boleh dikategorikan kepada enam peringkat; pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, penilaian dan pembangunan (Halawi et al. 2009) (sila rujuk Jadual 5).

Jadual 5: The Cognitive Processing Dimension of the Revised Bloom’s Taxonomy

Tahap dan penerangan Kata penunjuk

Pengetahuan: Mengingati kembali maklumat yang dipelajari untuk mengeluarkan fakta-fakta yang dikehendaki

senaraikan, nyatakan, gambarkan, padankan, pilih

Pemahaman: Menerangkan kembali idea atau konsep.

klasifikasi, terangkan, parafrasa, ringkaskan, terjemah

Aplikasi: Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi atau sedia ada dalam situasi yang baru

ubah suai, hubungkait, selesaikan, susun , demonstrasi

Analisis: Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat

bezakan, kenalpasti, generalisasi, ramal, cerakin

Penilaian: Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau alasan yang sah

Penilaian: Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau alasan yang sah

kritik, rumus, justifikasi, diskriminasi, sokong

Pembangunan: Menghasilkan atau membangunkan produk baru atau idea baru.

Membangunkan, menghasilkan, rekabentuk

Analisis kandungan ke atas jawapan yang telah diberikan oleh peserta menunjukkan peserta telah menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu tahap pembangunan dan penilaian.

Secara umumnya, pembangunan poster di dalam kajian ini melibatkan peserta menggunakan kemahiran berfikir aras tertinggi iaitu tahap pembangunan. Menurut Anderson dan Krathworthl (2001), pada tahap pembangunan, pelajar membangunkan produk baru menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari sebelumnya. Pelajar bukan sahaja menghasilkan idea atau produk baru, pelajar turut menggunakan tahap kemahiran berfikir aras tinggi lain di dalam Taksonomi Bloom. Walaupun begitu, penggunaan kemahiran berfikir tersebut tidak semestinya mengikut urutan yang telah disenaraikan mengikut Taksonomi Bloom (Anderson & Krathworthl , 2001).

Selain daripada tahap pembangunan, peserta turut menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi tahap penilaian. Di dalam konteks kajian ini, peserta dianggap telah mencapai tahap penilaian sapabila berjaya memberikan justifikasi bagi setiap penggunaan imej, teks, warna dan susun atur yang dipilih dalam pembangunan poster.

Analisis kandungan berdasarkan Taksonomi Bloom boleh dilihat di jadual X. Senarai jawapan peserta telah dikategorikan kepada empat iaitu imej, jenis font, warna dan susun atur.

Menurut Anderson & Krathworthl, penilaian turut merangkumi penentuan kesesuaian sesuatu bahan atau perkara bagi suatu permasalahan.

Di dalam kajian ini, antara contoh penilaian peserta dalam pemilihan imej adalah “Teknik ‘chunking’ tidak digunakan memandangkan

kandungan poster yang digunakan adalah amat terhad.” Semasa bengkel rekabentuk dijalankan, peserta telah diajar tentang teknik „chunking’. Chunking adalah satu strategi penyusunan teks, nombor atau informasi dalam jumlah yang kecil. Teknik atau strategi ini digunakan bagi memudahkan pelajar mengingati maklumat (Miller, 1956). Semasa sesi bengkel rekabentuk, peserta telah diajar teknik „chunking’. Walaubagaimanapun, pengajar tidak memberikan sebarang maklumat spesifik waktu bila dan bagaimana menggunakan teknik tersebut. Refleksi dari peserta, menunjukkan peserta berupaya membuat penilaian bagi menentukan kesesuaian penggunaan teknik „chunking’ yang telah diajar.

Jadual 6: Analisis Buku Kerja Berdasarkan Taksonomi Bloom

Tahap dan penerangan Kata penunjuk Pembangunan:

Menghasilkan atau membangunkan produk baru atau idea baru.

Membangunkan, menghasilkan, rekabentuk

Penilaian: Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau alasan yang sah

Kritik, rumus, justifikasi, diskriminasi, sokong

Imej

sakit seseorang

 Ubat dipilih kerana untuk menunjukkan pentingnyha ubat dalam kesihatan  Perempuan mengambil ubat secara berlebihan; gambar ini menunjukkan

tekanan hidup yang dihadapi tidak mungkin dapat diatasi dengan mengambil ubat secara berlebihan.

 Kek, minuman jus dan ais kerim dipilih kerana makanan tersebut adalah kesukaaan ramai.

 Imej-imej makanan seperti pizza, ais kerim dan burger dipilih kerana makanan seringkali berjaya „memancing’ perhatian pembaca.

 Imej wanita dan bahan-bahan detergen telah dipilih bagi menunjukkan penggunaan sabun dan detergen dalam kehidupan seharian.

 Imej syampu, rambut gugur telah dipilih kerana ia adalah permasalahan Images of yang umum dihadapi oleh masyarakat. Masalah keguguran rambut boleh diatasi dengan menggunakan syamou yang bersesuaian.

Jenis Font

 Century Gothic menunjukkan tulisan yang kemas dan rapi  Warna tulisan hitam dipilih kerana mudah dibaca.

 Teks jenis Arial telah dipilih kerana kekemasannya.

 Font „San serif’ telah digunakan kerana sifatnya yang ringkas.

Warna

gelap

 Kelabu dipilih kerana kelabu menunjukkan kesuraman dan kejatuhan yang akan dihadapi jika kita menyalahgunakan dan berlebihan dalam mengambil ubat.

 Kuning melambangkan kegembiraan. Bila orang yang mengalami tekanan membaca, mereka akan berasa tenang.

 Kombinasi warna merah jambu-hitam dan merah-hitam dipilih supaya poster kelihatan lebih menarik melalui penggunaan warna-warna kontra ini.

 Warna jingga dan hitam dipilih kerana ia adalah warna yang terang. Warna- warna terang adalah warna yang menarik.

 Kebanyakan warna-warna cerah kelihatan menarik.

 Warna hijau, biru dan warna-warna „sejuk’ telah dipilih agar pembaca berasa tenang ketika melihat poster.

 Kuning telah digunakan bagi menunjukkan kontras antara teks dan warna latar poster.

 Poster yang berwarna-warni berupaya menarik perhatian orang membaca poster.

 Biru, hijau dan hitam telah dipilih kerana warnanya yang menarik dan saya rasa warna-warna ini boleh menarik minat orang untuk melihat poster saya. Saya rasa pembaca suka pada bahan yang berwarna-warni.

Susun atur

 Keseimbangan simetri dicapai dengan meletakkan gambar latar pada keseluruhan poster supaya poster nampak lebih menyeluruh.

 Pemilihan susun atur tengah „centre alignment’ telah dipilih kerana ia mudah dilihat dan kelihatan lebih bagus.

 Keseimbangan simetri (Symmetry balance) telah dicapai dengan meletakkan imej dan kandungan poster pada kedua-dua belah poster.

 „Centre alignment’ telah dipilih untuk menarik perhatian pembaca supaya memabaca tajuk poster terlebih dahulu.

 Teknik „chunking’ tidak digunakan memandangkan kandungan poster yang digunakan adalah amat terhad.

Jawapan yang ditulis oleh peserta di dalam buku kerja jelas menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi berlaku semasa peserta menjalani sesi bengkel rekabentu. Bagi memahami dengan lebih mendalam bagaimana kit rekabentuk berupaya meningkat kemahiran berfikir aras tinggi pelajar, satu sesi pemerhatian telah dijalankan.

Pemerhatian

Menurut Cresswell (2005), “Observation is the process of gathering open-ended, firsthand information by observing people and places at a research site.” Di dalam kajian ini, pemerhatian telah dijalankan oleh penyelidik sendiri semasa sesi bengkel rekabentuk. Rakaman audio visual turut digunakan semasa pemerhatian sebagai pengesahan pemerhatian yang telah dijalankan (sila rujuk appendiks A bagi laporan pemerhatian).

Pemerhatian telah dijalankan menggunakan soalan-soalan berikut sebagai panduan:

 Apakah tujuan pemerhatian dijalankan?  Apakah fokus pemerhatian?

 Apakah tingkah laku pelajar yang patut diperhatikan

 Bagaimanakah data yang telah dikumpulkan akan digunakan?

Kaedah pemerhatian dijalankan bertujuan menjawab soalan kajian yang kedua: Mengkaji tentang keupayaan Kit Rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar berusia 16 tahun.

Menurut (X), “… higher-order thinking is referred to students combining facts and ideas and synthesizing, generalizing, explaining, hypothesizing, or arriving at some conclusions or interpretation…” Fokus pemerhatian yang telah dijalankan adalah untuk mengkaji penglibatan

penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan peserta semasa mereka menjalani sesi bengkel rekabentuk. Tingkah laku peserta yang penting untuk diperhatikan adalah cara mereka menggabungkan fakta dan idea semasa membangunkan poster.

Pemerhatian dijalankan di lokasi yang biasa digunakan oleh peserta iaitu makmal kimia dan di makmal komputer. Pemerhatian di makmal kimia dijalankan ketika peserta membincangkan strategi membangunkan poster setelah guru memberi penerangan ringkas tentang kandungan rekabentuk menggunakan persembahan PowerPoint. Pemerhatian di makmal komputer pula dijalankan ketika peserta sedang membangunkan poster menggunakan komputer.

Di dalam pemerhatian ini, pengkaji telah memerhatikan dua orang peserta dari kumpulan yang sama. Pemerhatian secara terperinci telah dijalankan dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat pelaksanaan pembangunan poster dibangunkan.

Di dalam kertas projek ini, peserta dikenali dengan nama peserta A dan peserta B. Selepas penerangan ringkas daripada guru peserta mula membentuk kumpulan yang terdiri daripoada dua orang. Peserta A dan peserta B berada dalam satu kumpulan.

Rajah 13: Bahan Rujukan

Peserta A dan B telah menggunakan buku rujukan kimia sebagai bahan rujukan kandungan poster. Peserta A memainkan peranan sebagai ketua, mencari kandungan subjek kimia yang bersesuaian sebagai kandungan poster. Pada masa yang sama peserta B melakar dan merancang bagaimana menyusun atur kandungan di dalam poster kelak.

Menurut Bloom (1956), pelajar dianggap telah mencapai tahap pemikiran aras mudah (aplikasi) apabila 85elihat menggunakan pengetahuan yang diperolehi atau sedia ada dalam situasi yang baru. Di dalam konteks kajian ini, bolehlah diandaikan bahawa peserta telah menggunakan kemahiran berfikir aras mudah iaitu tahap aplikasi apabila menggunakan pengetahuan kimia yang telah mereka pelajari di dalam membangunkan poster.

Peserta A dan B kemudiannya menghasilkan dua jenis lakaran susun atur poster. Kedua peserta membincangkan pilihan mana yang terbaik bagi

menyusun kandungan di dalam poster. Hasil analisis daripada pemerhatian mendapati peserta telah menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (penilaian). Pelajar atau peserta dianggap telah mencapai tahap penilaian apabila 86 elihat membuat pertimbangan atau justifikasi tentang sesuatu perkara atau pilihan yang dibuat.

Selain susun atur poster, peserta A dan B turut membincangkan dan membuat penilaian akan kuantiti kandungan subjek kimia yang patut disertakan di dalam poster. Melalui, perbincangan yang telah dilakukan oleh kedua peserta ini boleh dianggap peserta telah menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (penilaian). Peserta menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari di bengkel dan pengetahuan sedia ada mereka bagi menilai kuantiti bahan kandungan kimia yang patut disertakan dalam poster.

Ketika di makmal 86elihat86, peserta A dan B menggunakan aplikasi PowerPoint untuk membangunkan poster. Semasa proses pemilihan jenis teks yang sesuai, peserta beberapa kali menukar jenis teks yang bersesuaian dengan konsep poster yang telah mereka bangunkan. Walaupun peserta telah membincangkan jenis teks yang akan digunakan semasa di makmal kimia, perbincangan dan penilaian bersama rakan kumpulan masih lagi dijalankan ketika peserta membangunkan poster di makmal 86elihat86. Peserta mencuba pelbagai jenis teks di dalam aplikasi PowerPoint untuk 86elihat kesesuaian antara jenis teks dengan konsep poster yang mereka bangunkan. Pada peringkat ini, peserta boleh diandaikan telah menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (penilaian).

Setelah pemilihan jenis teks dilakukan, peserta A dan B merujuk kembali kepada buku kerja bagi memastikan apa yang yang dirancangkan dalam buku kerja dilaksanakan dalam pembangunan poster.

Rajah 14: Proses Pembangunan Poster

Melalui hasil pemerhatian yang dijalankan, peserta telah menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi semasa proses pembangunan poster. Pengkaji turut mendapati buku kerja bukan sahaja digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam membangunkan poster. Ia turut membantu membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi peserta. Antara contoh soalan di dalam buku kerja adalah:

 Senaraikan jenis teks yang akan digunakan dalam pembangunan poster  Mengapakah anda memilih jenis teks tersebut

Soalan yang diberikan di dalam buku kerja bukan sahaja membanntu pelajar membangunkan poster malah turut membantu peserta supaya berfikir atas setiap pilihan yang diambil dalam pembangunan poster.

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa sesi bengkel rekabentuk dan kit rekabentuk yang telah dibangunkan berupaya meningkat kemahiran berfikir peserta sehingga ke tahap pembangunan.

Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk

Data yang dibentangkan di dalam bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang terakhir iaitu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk yang telah dibangunkan. Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk telah dikenalpasti melalui maklum balas yang diberikan oleh peserta-peserta yang terlibat di dalam sesi temuramah yang telah dijalankan oleh pengkaji sendiri.

Empat orang peserta telah terlibat dari awal sehingga akhir sesi temuramah yang telah dijalankan. Peserta-peserta telah terlibat secara langsung di dalam bengkel kit rekabentuk. Peserta-peserta telah dilabel sebagai peserta 1 (P1), peserta 2 (P2), peserta 3 (P3) dan peserta 4 (P4).

Menurut Freankel dan Wallen (2010), apabila melaksanakan analisis kandungan, “The researcher determines the categories before any analysis begins. These categories are based on previous knowledge, theory, and/or

experience…”(hlm. 474). Di dalam kertas projek ini, analisis telah dikategori berdasarkan kepada tiga kriteria utama dalam menilai sesuatu bahan pengajaran yang (Dick & Carey, 2005). Kriteria-kriteria tersebut adalah iaitu:

 Kejelasan pengajaran (clarity of instruction)  Kesan terhadap pelajar (impact on learner)  Kebolehlaksanaan (feasibility)

Selain daripada kategori yang telah disebutkan, data kemudiannya telah diletakkan ke dalam sub-sub kategori yang bersesuaian (gambarajah). Seterusnya, analisis turut dilakukan dengan memberikan penumpuan terhadap kata kunci yang menggambarkan kelemahan dan kekuatan kit rekabentuk.

Gambarajah

KEJELASAN  Penerangan guru

o Kandungan Pengetahuan o Teknikal

 Kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran o Persembahan PowerPoint

KESAN TERHADAP PELAJAR  Tahap relevansi kit rekabentuk  Tahap kesukaran dan kesenangan  Tahap kepuasan dan motivasi  KEBOLEHLAKSANAAN  Kemudahan Peralatan  Bahan Pembelajaran  Masa KEJELASAN

Penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang jelas adalah penting di dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya (Dick & Carey, 2005). Di dalam kertas projek ini, pendapat peserta tentang kejelasan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kit rekabentuk telah dikumpul dan dianalisis. Dapatan analisis adalah penting untuk mengenalpasti sama ada bahan pembelajaran kit rekabentuk mudah difahami. Selain daripada itu, ia turut penting bagi memberikan gambaran sama ada kandungan kit rekabentuk perlu diperbaiki. Maklum balas yang

diterima turut penting dalam menjawab soalan kajian yang terakhir iaitu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Kit rekabentuk.

Di dalam laporan kertas projek ini, kategori kejelasan telah dibahagikan kepada dua sub kategori iaitu:

 penerangan guru

 bahan pengajaran dan pembelajaran

Penerangan guru

Di dalam sub kategori ini, pendapat peserta tentang penerangan guru semasa sesi bengkel kit rekabentuk telah dibahagikan kepada dua sub kategori yang lebih khusus iaitu:

 kandungan pengetahuan  teknikal.

Di dalam sub kategori kandungan pengetahuan, pandangan peserta terhadap penerangan guru semasa guru menyampaikan kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran telah dikumpulan. Antara contoh kandungan tersebut adalah penggunaan warna, imej dan susun atur sesbuah poster. Di dalam kategori teknikal pula, pendapat peserta terhadap penerangan guru berkaitan pengetahuan teknikal telah diberikan perhatian. Antara contoh penerangan

teknikal ialah penggunaan ciri-ciri di dalam aplikasi PowerPoint seperti menekan butang „insert colour’ dalam memilih warna.

Kandungan pengetahuan

Data yang diperolehi daripada sesi temuramah menunjukkan bahawa huraian daripada guru tentang kandungan kit reka bentuk seperti penggunaan warna, imej dan susun atur adalah jelas, mencukupi dan bersesuaian; Berikut adalah respon peserta:

’Saya rasa cukup. Tadi, dia ajar cara nak design poster dengan brosur. Font dia, dia punya colour, dia punya background. Gambar-gambar dia, cara letak, cara

Dalam dokumen PEMBANGUNAN KIT REKABENTUK UNTUK KEMAHIR (Halaman 79-156)

Dokumen terkait