• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN KIT REKABENTUK UNTUK KEMAHIR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMBANGUNAN KIT REKABENTUK UNTUK KEMAHIR"

Copied!
156
0
0

Teks penuh

(1)

Nazirah Binti Mat Sin

Kertas Projek Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Teknologi

Pengajaran

(2)

Nama: (No. K.P/Pasport: ) No. Pendaftaran/Matrik:

Nama Ijazah:

Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja Ini”):

Bidang Penyelidikan:

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil kerja ini adalah asli;

(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan dalam Hasil Kerja ini;

(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja lain;

(5) saya dengan ini menyerahkan kesemua tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula ataupenggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulumendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilanhasil kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon Tarikh

Diperbuat dan sesungguhnya diakui dihadapan,

Tandatangan Saksi Tarikh

(3)

Nazirah Binti Mat Sin

Kertas Projek Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Teknologi

Pengajaran

(4)

PENGAKUAN JUDUL

PENGAKUAN DEDIKASI

PENGHARGAAN ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

BAB 1: PENGENALAN

Pendahuluan……… 1

Latar belakang kajian……….. Kimia dan ICT……….... Seni Visual dan ICT……… 3 3 6 Pernyataan masalah……… 8

Tujuan Kajian……….... 9

Objektif Kajian……….. 11

Soalan Kajian………. 11

Kepentingan Kajian……… 11

Batasan Kajian……… 12

(5)

Definasi Rekabentuk Pengajaran……….……… 14

Garis Panduan dalam Rekabentuk Pengajaran……… 15

Kelebihan Menggunakan Sistematik Rekabentuk Pengajaran. 18 Kelemahan Menggunakan Sistematik Eekabentuk Pengajaran 19 Teori Asas: Kognitif……… 19

Teori pembelajaran kognitif……… 19

Taksonomi Bloom……….. 20

Faedah Menggunakan Strategi Kognitif dalam Pembelajaran 22 Rekabentuk Mesej……….. 23

Faedah Menggunakan Rekabentuk Mesej………. 23

Komponen-Komponen Rekabentuk Mesej……… 24

Teks……… 25

Gambar……….. 26

Fungsi Gambar………. 27

Panduan Pemilihan Gambar yang Bersesuaian………… 28

BAB 3: METODOLOGI Rekabentuk kajian……….... 30

Tujuan Penggunaan Kajian Pembangunan………. 30

Proses di dalam Kajian Pembangunan……… 31

Penggunaan Kajian Pembangunan di dalam Kajian Lepas………… 31

Justifikasi Penggunaan Kajian Pembangunan……… 32

(6)

Analisa Dokumen……… 35

Kebolehpercayaan dan Keesahan Alat Kajian……… 35

BAB 4: PEMBANGUNAN MODUL Pengenalan……….. 36

Penggunaan ID dalam Pembelajaran……….. 36

Mengenalpasti Matlamat Pengajaran………. 36

Menyediakan Analisis Pengajaran………. 39

Mengenalpasti Kemahiran Asas dan Ciri Pelajar……….. 43

Entry Behavior……….. 43

Prior Knowledge of Topic Area……… Persekitaran Pembelajaran………. 44 44 Tenaga Pengajar……….…… 45

Konteks Pembelajaran……… 45

Kemudahan……….…… 45

Peralatan………. 45

Masa……… 47

Sumber Kewangan……….………. 47

Menulis Objektif Prestasi……… 47

Unit 1: Warna……….. 48

Unit 2: Imej………..…… 48

Unit 3: Font………. 48

Unit 4: Susunatur………. 48

(7)

Pernilaian Formatif……….…… 59

Penilaian Sumatif………... 61

BAB 5: DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN Pengenalan………. 62

Keupayaan Kit Rekabentuk dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 62 Analisis Hasil Kerja: Poster……… 64

Analisis Hasil Kerja: Buku Kerja……… 69

Pemerhatian ……… 75

Kekuatan dan Kelemahan Pengajaran Kit Rekabentuk yang Telah Dibangunkan 80 Gambarajah……… 81

Kejelasan……… 82

Penerangan Guru……….……….. 83

Kandungan Pengetahuan……… 83

Teknikal………. 86

Kandungan Bahan Pengajaran dan Pembalajaran………. 90

Kandungan Peersembahan Power Point……… 91

Buku Kerja………. 92

Kesan Terhadap Pelajar………. 95

Tahap Kesukaran dan Kesenangan……… 100

Tahap Kepuasan dan Motivasi……….. 103

Kebolehlaksanaan……….. 106

(8)

Rumusan Dapatan kajian………. 121

Perbincangan dan Implikasi………. 122

Kesimpulan………... 127

(9)

NO. JADUAL MUKA SURAT Jadual 1 Rubrik brosur dan poster 56

Jadual 2 Strategi pengajaran 61

Jadual 3 Pencapaian pelajar dalam pembangunan poster dan penglibatan penggunaan pemikiran tahap tinggi semasa pembangunan poster

73

Jadual 4 Pemarkahan poster yang telah dibangunkan

75

Jadual 5 Dimensi pemprosesan kognitif taksonomi Bloom

76

Jadual 6 Analisis Buku Kerja Berdasarkan Taksonomi Bloom

79

Jadual 7 Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk dari faktor kejelasan

124

Jadual 8 Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk dari faktor kesan terhadap pelajar

126

Jadual 9 Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk dari faktor kebolehlaksanaan

128

Jadual 10 Dapatan-dapatan lain yang diperolehi di dalam kajian ini

(10)

NO. RAJAH MUKA SURAT Rajah 1 Model Rekabentuk Pengajaran 18 Rajah 2 Penggunaan Text Jenis Arial dan Centery

Gothic

28

Rajah 3 Model Dick dan Carey 42

Rajah 4 Langkah Dalam Mengenalpasti Matlamat Pengajaran

42

Rajah 5 Analisis Matlamat Bagi Kit Rekabentuk 45 Rajah 6 Analisis Pengajaran Menggunakan

Pendekatan Secara Hierarki

47

Rajah 7 Kemudahan Projektor di Makmal kimia 51 Rajah 8 Susun Atur Makmal komputer 52 Rajah 9 Penerangan Matlamat Pengajaran kepada

Pelajar

63

Rajah 10 Perbincangan Pelajar bagi Menghasilkan Poster dan brosur

63

Rajah 11 Penghasilan Brosur 64

Rajah 12 Data Yang Dikumpul 70

Rajah 13 Bahan Rujukan 85

(11)

Bab 1

Pendahuluan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan sebahagian daripada kehidupan pelajar pada masa kini (Lacina, 2008, hlm. 247). Pelajar melihat ICT sebagai sebuah alat untuk berkomunikasi, mencari maklumat dan bersosial. Sebagai contoh, telefon bimbit digunakan sebagai alat komunikasi, “Google” digunakan sebagai sumber pencarian maklumat terkini dan

“Facebook” digunakan sebagai tempat bersosial dan berkenalan di alam siber.

Menyedari akan peranan ICT dalam kehidupan pelajar, sistem pendidikan sekolah kini sedang melalui satu proses transformasi. Transformasi yang dimaksudkan adalah pengintegrasian teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Transformasi ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyeragamkan suasana pembelajaran pelajar di sekolah dan kehidupan biasa mereka diluar sekolah (Spires et al., 2008, hlm. 498). Sejajar dengan perkembangan dan perubahan ICT dalam dunia pendidikan global, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan penekanan terhadap ICT di peringkat sekolah melalui Pelan Induk pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

(12)

dalam kelas. Menurut Rusmini (2002, hlm.3), pelajar lebih menggemari penggunaan ICT dalam kelas kerana “ICT menyediakan peluang yang luas

(13)

Keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran memang tidak boleh disangkal. Walaubagaimanapun, keberkesanan penggunaan ICT hanya akan berlaku sekiranya guru menggunakan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Objektif pengajaran memainkan peranan penting dalam memastikan

kelancaran sesebuah kelas. Selain daripada itu guru haruslah menyiapsediakan pelajar dengan aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran komputer mereka. Guru juga harus menitikberatkan bahan-bahan digital yang digunakan (Ping Lim dan Yong Tay, 2003).

Dalam konteks ini, pembangunan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan ICT telah dikenal pasti sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Latar belakang kajian Kimia dan ICT

(14)

Ning dan SecondLife dalam pembelajaran Kimia yang dilihat bersesuaian dengan keperluan pembelajaran generasi muda yang mempunyai tahap literasi komputer yang tinggi. Kajian lain pula telah dijalankan oleh Zuger (2009) melaporkan kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah dalam melaksanakan penggunaan teknologi canggih di dalam makmal kimia dalam meningkatkan keberkesanan tahap pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.

Rata-rata kajian melaporkan penggunaan ICT dalam subjek sains termasuk kimia membawa impak yang positif kepada pelajar. Pelajar memberikan maklumbalas seperti kandungan yang relevan dengan topik yang dipelajari, arahan yang jelas dan

suasana pembelajaran yang kondusif (Kay & Knaack, 2007). Kajian yang telah dilaksanakan oleh Dibble (2005) mendapati bahawa pendekatan konstruktif yang telah digunakan seperti pembangunan persembahan PowerPoint (pembelajaran berasaskan

projek) bagi topik pemakanan dalam kimia telah berjaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran pembelajaran pelajar di dalam kelas. Di dalam kajian yang sama, Dibble turut menyarankan agar guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam teknik pengajaran di dalam kelas bagi subjek kimia. Antara teknik yang disarankan termasuklah „just-in-time’ teaching dan pembelajaran secara koorperatif dan penyelesaian permasalahan.

(15)

kekangan yang menghalang guru daripada melaksanakan penggunaan teknologi sebagai sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Bauer dan Kenton (2005), pelaksanaan penggunaan teknologi dalam bilik darjah masih berada pada tahap yang minima. Walaupun kebanyakan guru menerapkan penggunaan teknologi sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, namun pelaksanaan yang dilakukan tidak konsisten. Antara halangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penggunaan teknologi di bilik darjah adalah:

 Keperluan masa yang panjang danlam penggunaan komputer oleh

pelajar

 Peruntukan masa yang lebih dalam merancang dan membangunkan

bahan pengajaran berasaskan teknologi  Peralatan komputer yang ketinggalan zaman

 Kekurangan aplikasi komputer yang bersesuaian  Kekurangan kemahiran teknikal

 Tahap kemahiran teknikal pelajar

(16)

 Masa

 Sikap  Latihan

 Kemudaha

Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh guru, perubahan harus dilakukan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran subjek Kimia di peringkat sekolah (Johnstone, 2010). Pengintegrasian teknologi di dalam pembelajaran bilik darjah akan melahirkan satu generasi (guru dan pelajar) yang mempunyai budaya pengajaran dan pembelajaran yang kukuh sekiranya sesebuah institusi pendidikan berupaya memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal (peralatan teknologi dan bantuan fizikal dan mental) (Harnisch, Comstock, Bievenue & Davis, 2009).

Jesteru itu penggunaan teknologi di dalam kelas kimia patut diterapkan dengan mengambil kira faktor-faktor halangan yang dihadapi oleh guru. Salah satu faktor yang menghalang guru daripada melaksanakan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah adalah kemahiran penggunaan teknologi yang minima di kalangan pelajar. Guru terpaksa menyediakan bahan-bahan pengajaran „just-in-time’untuk membantu pelajar mempelajari kemahiran

(17)

Seni visual dan ICT

Antara kemahiran komputer yang harus pelajar ketahui adalah seni visual. Perkembangan ICT telah mengubah pandangan masyarakat terhadap seni visual: Seni visual dilihat penting dalam masyarakat visual (Morrison,2003). Menurut Eric (2001), seni visual merangkumi, “… art production, paper and

canvas work, photography, drawing, illustration, and painting. They also are demonstrated by technical theater work: costume design, make-up, lighting, props, and scenery. ” (hlm.58). Eric turut menyatakan bahawa di dalam

konteks masyarakat ICT, seni visual merangkumi “… film-making, video

stories, visualizing, print-making, shooting, editing, and computer-based graphics design. As well, students use multimedia for art, communication, or marketing materials and the development of Web sites.” (hlmn.58)

Pemahaman tentang seni visual hanya akan dikecapi melalui pengetahuan dalam literasi visual. Young (2004) mendefinisikan literasi visual sebagai “…the ability to interpret, use, appreciate and create images and video

using both conventional and 21st century media in ways that advance thinking, decision making, communication and learning.”

Burns (2003) menyatakan:

“To succeed in the academic and vocational world, students must be

(18)

decode, comprehend, and analyze the elements, messages and values communicated by images. (hlm. 17) ”

Pemahaman tentang seni visual adalah penting untuk komunikasi visual dan tuntutan pekerjaan pada generasi muda (Morrison, 2003). Menyedari akan hakikat kepentingan penggunaan teknologi dalam subjek Kimia dengan mengambil kira faktor-faktor yang menghalang guru daripada menggunakan teknologi dalam bilik darjah dan kepentingan pengetahuan seni visual pada generasi kini, pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran dalam kimia yang menggunakan perisian yang mudah dan biasa digunakan oleh pelajar dilihat berupaya menjadi salah satu usaha dalam menyokong guru menggunakan ICT di dalam kelas.

Pernyataan Masalah

(19)

Encik Ahmad (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru Kimia dari salah sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan Lembah Kelang. Beliau berkemahiran mengendalikan komputer dan mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam mengajar Kimia. Walau bagaimanapun beliau mempunyai pengetahuan yang minima dalam pengetahuan seni visual.

Kimia dan Pengguna merupakan salah satu daripada bab matapelajaran Kimia. Pada kebiasaannya Encik Ahmad hanya memberikan penerangan tentang bab tersebut dan pelajar hanya mendengar di dalam makmal kimia. Beliau mendapati bahawa strategi pengajaran yang digunakan lebih berpusatkan guru dan kurang efektif.

Beliau merasakan penggunaan teknologi dalam bab Kimia dan Pengguna amat bersesuaian. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bab tersebut akan memusatkan pembelajaran dari guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Beliau turut merasakan pelajar akan lebih aktif sekiranya penggunaan teknologi dilaksanakan bagi bab tersebut di dalam kelas Kimia beliau.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan teknologi di dalam kelasnya, Encik Ahmad merasakan pelajar bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan pengetahuan Kimia malah mereka harus diajar pengetahuan seni visual „just-in-time’ yang padat dan ringkas agar mereka berupaya menyelesaikan

tugasan yang diberikan dalam waktu yang telah ditetapkan.

(20)

menggunakan teknologi dalam matapelajaran mereka. Selain daripada itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi dalam kelas di kalangan guru, malah ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mereka bentuk, membangun dan menilai Kit Rekabentuk untuk pelajar berusia 16 tahun dalam membantu guru-guru untuk mengajar salah topik di dalam matapelajaran kimia menggunakan peralatan ICT yang mudah.

Kit rekabentuk telah dibangunkan sebagai mengatasi salah satu faktor yang menghalang guru menggunakan teknologi dalam kelas iaitu kemahiran teknologi pelajar yang minima. Kit rekabentuk dibangunkan untuk membantu guru mengajar topik di dalam mata pelajaran Kimia tanpa perlu memikirkan pembangunan bahan pengajaran bagi meningkatkan kemahiran teknologi pelajar.

(21)

Buku digital seni visual pula berperanan sebagai buku latihan yang akan digunakan oleh para pelajar semasa sesi bengkel dijalankan. Setiap kumpulan pelajar dikehendaki merekabentuk dan menghasilkan poster dan brosur. Buku digital ini bertindak sebagai panduan kepada pelajar dalam menghasilkan bahan yang telah ditetapkan. Kit rekabentuk ini telah dibangunkan untuk menampung bengkel “just-in-time”. Bahan pengajaran dan

yang dihasilkan mestilah ringkas, padat dan mencukupi untuk bengkel ini.

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

 Mengkaji tentang keupayaan Kit Rekabentuk dalam meningkatkan

kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang berusia 10 hingga 12 tahun  Mengkaji pendapat pelajar dan guru terhadap Kit Rekabentuk yang

telah dibangunkan

Soalan Kajian

(22)

 Sejauh manakah Kit Rekabentuk dapat meningkatkan kemahiran

berfikir aras tinggi pelajar yang berumur 16 tahun?

 Berdasarkan kepada pendapat guru dan pelajar, apakah kekuatan dan

kelemahan pengajaran Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan?

Kepentingan Kajian

Kajian yang telah dijalankan ini bermanfaat kepada pelajar berusia 16 tahun dan guru. Melalui Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan, pelajar berupaya untuk meningkatkan (1) kemahiran literasi visual (2) kemahiran berfikir aras tinggi melalui aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah yang dijalankan semasa bengkel dan (3) fokus terhadap pelajar (pembelajaran berpusatkan pelajar).

(23)

Batasan Kajian

Persampelan hanya terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki di salah sebuah sekolah berasrama penuh lelaki di daerah Lembah Klang sahaja. Oleh itu persepsi terhadap Kit Rekabentuk hanya terbatas kepada para pelajar di sekolah tersebut sahaja.

Bahan pengajaran dan pembelajaran Kit Rekabentuk telah dibangunkan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint: diandaikan para pelajar dan guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran tahap asas dalam Microsoft PowerPoint.

Memandangkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kajian ini dibangunkan untuk bengkel “just-in-time”, segala kandungan dan bahan-bahan

(24)

Bab 2

Kajian Literatur

Menurut Fraenkel dan Wallen (2006), “A literature review is helpful in two

ways. It not only help researchers glean the ideas of others interested in a particular research question, but it also lets them read about the results of other (similar or related) studies” (hlm. 67). Di dalam kertas projek ini, kajian literatur dijadikan sebagai panduan dalam pembangunan dan penilaian kit rekabentuk.

Bab ini turut membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan rekabentuk pengajaran (ID), teori kognitif dan rekabentuk mesej. ID dijadikan sebagai garis panduan dalam membangunkan modul kit rekabentuk. Teori kognitif dijadikan sebagai teori asas dalam pembangunan dan penilaian kit rekabentuk dan rekabentuk mesej merupakan kandungan modul bagi kit rekabentuk.

Rekabentuk pengajaran

(25)

panduan membangunkan bahan dan aktiviti pembelajaran. Oleh itu adalah relevan bagi pengkaji memahami maksud rekabentuk pengajaran. Sebelum memahami definisi rekabentuk pengajaran, adalah perlu bagi pengkaji memahami maksud pengajaran dan rekabentuk.

Definisi pengajaran

Pengajaran bermaksud interaksi antara pengajar dan pelajar melalui pembelajaran yang terancang dalam mencapai objektif sesebuah pembelajaran. (Seel, 2004; Smith & Ragan, 1999; Driscoll, 1994).

Definisi rekabentuk

(26)

Definisi rekabentuk pengajaran

Pelbagai definisi rekabentuk pengajaran boleh diperolehi di dalam kajian, penulisan dan artikel: secara umumnya rekabentuk pengajaran adalah proses pengajaran yang terancang bertujuan memperbaiki pembelajaran pelajar (Reigeluth, 1983; Gagne, 1992; Tenyson, Schott, Seel & Dijkstra, 1997).

Definisi yang lebih terperinci telah dihuraikan:

(27)

Garis panduan dalam rekabentuk pengajaran

Dalam membangunankan strategi pengajaran terdapat pelbagai langkah atau garis panduan yang boleh diikuti. Gagne, Briggs dan Wager (1992) menyarankan lapan peringkat yang harus dilakukan perekabentuk pengajaran:

1. Mendefinisikan tujuan pengajaran 2. Menjalankan analisis pengajaran 3. Mengenalpasti tahap pelajar

4. Membangunkan objektif pengajaran

5. Pemilihan teknik pengajaran yang bersesuaian 6. Pemilihan atau pembangunan bahan pengajaran 7. Merancang dan menjalankan penilaian formatif 8. Merancang dan menjalankan penilaian sumatif

Smith dan Ragan (1999) pula menyenaraikan tiga peringkat asas yang perlu dilakukan dalam pembangunan sesebuah pengajaran iaitu, peringkat analisis, strategi dan penilaian. Kesemuanya peringkat merupakan satu proses pengulangkajian berulang (revision).

(28)
(29)

Kelebihan menggunakan sistematik rekabentuk pengajaran

Secara umumnya pelaksanaan rekabentuk pengajaran dalam pembelajaran berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran. Secara terperinci, terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi oleh pelajar, pengajar dan perekabentuk pengajaran. Menurut Smith dan Ragan (1999) penggunaan rekabentuk pengajaran:

 Memberi keutamaan kepada pelajar

 Menghasilkan pengajaran yang berkesan dan menarik

 Membawa penyatuan kepada perekabentuk pengajaran, pereka produk

dan tenaga pengajar yang terlibat dalam proses rekabentuk pengajaran.  Menghasilkan strategi pengajaran yang boleh digunaka pakai

berulangkali walaupun produk yang dihasilkan berbeza seperti video dan laman web.

 Menggalakkkan objektif pembelajaran, aktiviti pengajaran dan

penilaian yang selari.

 Menyediakan satu proses yang sistematik dalam mencari penyelesaian

(30)

Kelemahan menggunakan sistematik rekabentuk pengajaran

Sistem rekabentuk pengajaran bukanlah penyelesaian kepada segala permasalahan di dalam bidang pendidikan (Smith & Ragan, 1999). Sistem ini turut mempunyai kelemahannya. Menurut Smith dan Ragan, antara kelemahan rekabentuk pengajaran adalah:

Sistem rekabentuk pengajaran adalah efektif dalam bidang pendidikan sahaja. Sistem ini tidak bersesuaian digunakan dalam bidang lain seperti bidang keusahawanan atau perniagaan.

Walaupun terdapat banyak teori pembelajaran, namun tidak semua teori boleh diaplikasikan dalam sistem rekabentuk pengajaran.

2.2 Teori Asas: Kognitif

Seperti yang telah diterangkan dalam kajian literatur (2.1), ID adalah satu proses terancang yang melibatkan penggunaan prinsip dan teori (Smith & Ragan, 1999; Shambaugh & Magliaro, 1997; Seels & Glasgow, 1990): Teori pembelajaran kognitif telah digunakan sebagai asas membangunkan bahan dan aktiviti pembelajaran di dalam kertas projek ini. Oleh itu, pemahaman tentang teori pembelajaran kognitif adalah relevan dalam kajian literatur ini.

Menurut Glosari pendidikan (2005) kognitivisme adalah “Teori yang

(31)

diinterpretasi dan diingati” (hlm. 21). Manakala “Teori pembelajaran kognitif

memfokus kepada proses mental seseorang” (Glosari pendidikan, 2005, hlm.

21).

Teori pembelajaran kognitif

Antara teori pembelajaran kognitif yang popular adalah teori pembangunan kognitif (Human development process) oleh Jean Piaget. Pemahaman dan penggunaan teori pembangunan kognitif dalam kertas projek ini adalah sebagai satu strategi membangunkan bahan pembelajaran dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan umur dan kemampuan minda pelajar. Menurut Piaget di dalam Boeree (2007) terdapat empat peringkat di dalam pembangunan mental kanak-kanak:

 Peringkat Deria motor - hingga 2 tahun

Kanak-kanak mula mengenal dunia pada peringkat ini. Mereka mula belajar dan memahami kemampuan dirinya menguasai objek seperti menggolekkan bola.

 Peringkat Praoperasi - 2 hingga 7 tahun

(32)

 Peringkat Operasi konkrit - 7 hingga 11 tahun

Berupaya berfikir secara logik. Boleh mengkategorikan objek kepada beberapa peringkat.

 Peringkat Operasi formal - 11 tahun dan seterusnya

Pada peringkat ini pelajar berupaya berfikir secara abstrak, membuat kesimpulan dan berkemahiran menyelesaikan masalah.

Taksonomi Bloom

(33)

Bloom (1956) mengklasifikasikan operasi kognitif kepada enam peringkat:

 Pengetahuan (Knowledge)

Ia merupakan peringkat paling asas dalam taksonomi bloom. Pelajar hanya perlu mengingat kembali apa yang telah dipelajari seperti memberikan maksud atau definisi fakta.

 Kefahaman (Comprehension)

Pada peringkat ini pelajar perlu memahami dan berupaya menerangkan apa yang telah dipelajari seperti membuat kesimpulan dan membezakan antara fakta yang telah dipelajari.

 Aplikasi (Application)

Peringkat asas kepada penyelesaian masalah. Berupaya mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam menyelesaikan masalah.

 Analisis (Analysis)

Di peringkat analisis pelajar berupaya memahami maksud yang tersirat, membezakan, menyusun dan menghubungkait apa yang telah dipelajari.

 Sintesis (Synthesis)

(34)

multimedia. Bloom (1956) turut menambah, pada peringkat ini pelajar menggunakan daya kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

 Penilaian (Evaluation)

Ia merupakan peringkat paling tinggi dalam hierarki taksonomi bloom. Pada peringkat ini, pelajar berupaya menilai sesuatu bahan berdasarkan kriteria yang telah dipelajari dan memberikan sebab atas keputusan penilaian yang telah dibuat. Sebagai contoh, pelajar membuat penilaian terhadap produk multimedia yang telah dibangunkan dan memberikan sebab keputusan penilaian yang telah diberikan.

Faedah menggunakan strategi kognitif dalam pembelajaran

Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian berupaya meningkatkan prestasi dan motivasi pelajar (Pintrich & Schunk, 2002). Penggunaan teori pembangunan kognitif dalam kertas projek ini dilihat bersesuaian kerana:

 Pelajar memahami teknik untuk belajar, berfikir dan mengambil

tindakan (Driscoll, 1994).

 Pelajar mengetahui teknik berfikir secara kreatif dan kritis (Beltramo,

(35)

 Bahan mengajar yang dibangunkan adalah berpusatkan pelajar dan

bukan berpusatkan guru (Bruning, Schraw, Norby, & Ronning, 2004).

2.3 Rekabentuk mesej

Pembangunan kandungan kit rekabentuk di dalam kertas projek ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan di dalam rekabentuk mesej. Oleh itu adalah relevan bagi pengkaji memahami maksud rekabentuk mesej: Fleming dan Levie (1993) mendefinisikan pengajaran rekabentuk mesej sebagai, “ a pattern

of signs (words, pictures, gestures) produced for the purpose of modifying the psychomotor, cognitive or affective behaviour of one or more persons”

(hlm.x). Manakala Grabowski (1991) mendefinisikan rekabentuk mesej sebagai “ planning for the manipulation of the physical form of the message”

(36)

Faedah penggunaan rekabentuk mesej

Terdapat pelbagai faedah penggunaan rekabentuk mesej dalam pengajaran. Menurut Pettersson (1999), pengetahuan dalam rekabentuk mesej boleh dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan mesej visual seperti dalam penghasilan persembahan Microsoft PowerPoint, brosur dan poster. Penghasilan produk berpandukan mesej visual berupaya memastikan objektif pengajaran yang disampaikan tercapai (Fleming,1993). Green (1976) menerangkan dengan lebih terperinci bahawa rekabentuk mesej boleh dijadikan panduan oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran yang jelas, ringkas dan tepat. Penggunaan rekabentuk mesej bukan sahaja berfaedah untuk guru, ia boleh diaplikasikan oleh perekabentuk pengajaran dan pembangun produk yang berkaitan dengan pembelajaran (Pettersson, 1999). Di dalam konteks kertas projek ini, rekabentuk mesej turut dijadikan sebagai panduan kepada pelajar dalam menghasilkan mesej visual yang menepati objektif yang telah ditetapkan.

Komponen-komponen rekabentuk mesej

(37)

meyampaikan mesej. Terdapat juga komponen-komponen lain seperti kesederhanaan, format yang menarik, keseimbangan, tajuk, kontras, margin, mudah dibaca, pengawalan pergerakan mata, warna, penggunaan garisan dan bayangan (Green, 1976). Winn (1993) menyenaraikan gambar, gambarajah, carta, graf, teks, penggunaan gambar dan teks dan audio sebagai komponen-komponen di dalam sesebuah rekabentuk mesej.

Komponen-komponen di dalam rekabentuk mesej boleh diaplikasikan di dalam pelbagai media, pengajaran dan mesej visual. Walaubagaimanapun, keberkesanan penggunaan setiap rekabentuk mesej bergantung kepada objektif pembelajaran dan sasaran pelajar yang telah ditetapkan (Keller & Burkman, 1993 ; Green, 1976). Kenyataan ini turut diakui oleh Winn (1993), komponen-komponen rekabentuk mesej adalah luas: Guru dan perekabentuk pengajaran mestilah memilih komponen-komponen yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran atau mesej yang cuba disampaikan.

(38)

Teks

Horn (2004) menyenaraikan garis panduan umum dalam memilih jenis teks yang bersesuaian iaitu (1) mengenalpasti tujuan pembangunan produk (2) mengenalpasti sasaran audiens (3) mengenalpasti jenis produk yang akan dibangunkan dan (4) mengenalpasti ciri-ciri khusus muka taip yang akan dipilih, sebagai contoh muka taip Comic mempunyai ciri-ciri keanak-anakan. Dalam pemilihan saiz teks pula, tiada garis panduan yang khusus dapat diberikan (Harley, 2004). Saiz teks yang sama adalah berbeza bagi setiap jenis teks, seperti yang dipaparkan pada rajah 2.

Saiz teks 12 menggunakan teks Arial

Saiz teks 12 menggunakan teks Century Gothic

Rajah 2: Penggunaan teks jenis Arial dan Century Gothic pada saiz 12

Keller dan Burkman (1993) telah menyarankan bebarapa garis panduan dalam penyusunan teks agar mesej visual yang disampaikan berupaya meningkatkan daya fokus dan motivasi pelajar dan pembaca. Antara saranannya ialah:

 Guru atau pereka grafik perlu mengambil kira penggunaan “white space” semasa menyusun teks. Penggunaan teks yang minima adalah

(39)

teks yang minima dalam mesej visual lebih mudah difahami dan tampak lebih menarik jika dibandingkan penggunaan teks yang terlalu banyak.

 Di dalam artikel yang sama, Keller dan Burkman turut menyarankan

agar hanya menggunakan lapan sehingga sepuluh perkataan sahaja bagi setiap barisan ayat.

 Penggunaan huruf besar pada semua perkataan hanyalah bersesuaian

pada tajuk besar sahaja. Teks yang menggunakan huruf besar semata-mata adalah amat sukar dibaca jesteru akan pelajar akan cepat bosan dan menghilangkan kosentrasi pelajar terhadap mesej yang cuba disampaikan (Halley, 2004)

Gambar

Free (2004) mendefinisikan gambar sebagai “… concrete representations of

things that have been seen or imagined” (hlm. 27). Contoh gambar

(40)

Pelajar lebih mudah memahami pengetahuan apabila dipersembahkan dengan gambar berbanding dengan teks, ini adalah kerana informasi berbentuk visual lebih cepat diproses oleh minda berbanding dengan teks semata-mata (Paivio, 1991; Sadoski & Paivio, 2001). Selain daripada itu, penggunaan gambar bersama teks berupaya mengoptimumkan proses pembelajaran pelajar (Mayer, 2001).

Fungsi gambar:

Gambar yang digunakan mestilah bersesuaian dan menepati tujuan penggunaannya. Menurut Levin, Anglin dan Carney (1987), penggunaan gambar atau illustrasi boleh dibahagikan kepada 5 jenis:

 Dekorasi

Tiada tujuan pembelajaran, sebagai menarik perhatian pelajar semata-mata

 Gambaran

Imej yang digunakan memaparkan kandungan pembelajaran

 Organisasi

(41)

 Tafsiran

Gambar yang digunakan untuk menerangkan sesuatu yang kompleks

 Transformasi

Gambar digunakan dalam membantu pelajar berfikir seperti dalam mengingati sesuatu fakta.

Panduan pemilihan gambar yang bersesuaian

Selain daripada fungsi penggunaan gambar, Keller & Burkman (1993) memberikan beberapa garis panduan di dalam memilih gambar yang sesuai. Menurut Keller & Burkman, gambar haruslah menarik dan berupaya mengekalkan perhatian pelajar. Selain daripada itu, Keller dan Burkman turut menyarankan penggunaan gambar yang berwarna. Winn (1993) memberikan panduan yang lebih terperinci dalam memilih gambar yang sesuai digunakan untuk pembelajaran pelajar:

 Tujuan penggunaan gambar haruslah ditentukan terlebih dahulu

sebelum menggunakan gambar tersebut dan pelajar mestilah diberikan tunjuk ajar cara melihat atau memahami gambar yang ditunjukkan.  Gambar dekorasi tidak digunakan dalam menyampaikan maklumat.

(42)

tidak digalakkan kerana ia berupaya menghindari pelajar dari fokus kepada kandungan pelajaran.

 Gambar berbentuk gambaran mestilah menggambarkan keadaan

sebenar atau yang hampir serupa dengan keadaan sebenar supaya pelajar boleh menghubungkait apa yang dilihat dengan pengalaman mereka sendiri.

 Penerangan atau instruksi yang bersesuaian haruslah disertakan semasa

guru mempersembahkan gambar di dalam kategori gambaran.

 Gambar di dalam kategori organisasi mesti menunjukkan

langkah-langkah yang jelas dan terperinci bagaimana melakukan sesuati. Sebagai contoh gambaran cara memasak makanan. Setiap langkah harus digambarkan satu persatu mengikut susunan yang betul.

 Fungsi utama gambar jenis tafsiran adalah untuk menjelaskan perkara

(43)

Bab 3 Metodologi

3.1 Rekabentuk Kajian

Metodologi kajian ini berasaskan rekabentuk kajian pembangunan. Seels dan Richey (1994) mendefinisikan kajian pembangunan sebagai “the systematic

study of designing, developing and evaluating instructional programs, processes and products that must meet the criteria of internal consistency and effectiveness” (hlm. 127). Van den Akker dan Plomp (1999) turut memberikan definisi yang sama, beliau menambah produk yang dihasilkan mestilah diuji keberkesanan penggunaannya dengan mempersembahkan bukti-bukti empirikal.

Tujuan penggunaan kajian pembangunan

(44)

Proses di dalam kajian pembangunan

Di dalam kajian pembangunan, proses penilaian seringkali dijalankan dalam persekitaran yang sebenar seperti di dalam bilik darjah dan kuliah (Richey, Klein & Nelson, 2004). Selain daripada itu Van den Akker (2000) menghuraikan, “The process is often cyclic or spiral: analysis, design,

evaluation and revision activities are iterated until a satisfying balance between ideals and realization has been achieved. (hlm. 7).

Penggunaan kajian pembangunan dalam kajian lepas

Fountaine (2008) menggunakan kajian pembangunan untuk membangunkan dan memperbaiki rekabentuk pengajaran, pembangunan dan penilaian bagi program latihan berasaskan web (WBT). Menurut beliau, kajian pembangunan dipilih sebagai metodologi penyelidikannya kerana sifatnya yang menggunakan kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran.

(45)

menggunakan kajian pembangunan sebagai metodologi kajiannya kerana pengkaji dan peserta boleh menggambarkan kembali tentang apa yang telah dilalui oleh mereka semasa kajian sedang dijalankan dan melakukan refleksi tentang proses rekabentuk pengajaran yang telah dibangunkan.

Justifikasi penggunaan kajian pembangunan

Tujuan kajian kertas projek ini adalah untuk mereka bentuk, membangun dan menilai Kit Rekabentuk untuk pelajar sekolah dalam membantu guru-guru untuk mengajar kemahiran seni visual menggunakan peralatan ICT yang mudah. Jesteru itu, berdasarkan kepada huraian tentang ciri-ciri dan keberkesanan kajian pembangunan, adalah wajar kajian pembangunan dipilih sebagai metodologi kajian ini.

3.2 Peserta

Peserta untuk kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Menurut Fraenkel dan Wallen (2006), di dalam kaedah persampelan bertujuan, pengkaji “…use their judgment to select a sample, that they believe, based on prior information, will provide the data they need.”

(46)

Peserta terdiri daripada seorang guru dan 10 orang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan Lembah Klang. Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan kepada pengetahuan asas mereka dalam penggunaan perisian komputer Microsoft PowerPoint™. Pelajar-pelajar ini

merupakan peserta di dalam bengkel rekabentuk. Guru yang terlibat merupakan guru yang tidak mempunyai latarbelakang dalam bidang seni grafik visual: Pemilihan guru yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang seni visual bagi memastikan modul yang telah dibangunkan boleh digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam seni visual. Tugas beliau adalah mengajar pelajar tentang seni visual menggunakan modul kit rekabentuk yang telah dibangunkan.

3.3 Alat kajian: Temu Bual

Kaedah temu bual soalan terbuka (open-ended questions) telah digunakan dalam mendapatkan pandangan mereka yang terlibat. Menurut Creswell (2005), “ In qualitative research, you ask open-ended questions so that

participants can best voice their experiences unconstrained by any perspectives of the researcher or past research findings.” (hlm. 214). Mereka

(47)

Peserta dan pengajar bengkel

Teknik temu bual soalan terbuka dijalankan menggunakan dua pendekatan: (1) Teknik one-to-one interviews: antara pengkaji dan seorang pelajar dan guru (2) Teknik focus group interviews: temu bual antara pengkaji dan sekumpulan pelajar. Seramai empat orang pelajar terlibat dalam satu sesi temubual focus group. Creswell (2005) menyarankan penglibatan empat hingga enam orang peserta pada satu masa sahaja semasa sesi focus group interviews. Selain daripada itu, penglibatan empat orang pelajar dilihat realistik memandangkan pengkaji tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan sesi temu bual terbuka.

Tujuan temu bual dijalankan adalah bagi menjawab soalan kajian: Mengkaji pendapat pelajar terhadap Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan.

3.3 Alat kajian: Pemerhatian

Creswell (2005) menghuraikan pemerhatian sebagai “…process of gathering

open-ended, firsthand information by observing people and places at a research site.” (hlm. 211). Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji berupaya

(48)

muka peserta semasa menjalankan aktiviti adalah jujur dan tidak boleh didapati semasa sesi temu bual.

Pemerhati memainkan peranan sebagai changing observational roles.

Di mana pemerhati akan memainkan peranan sebagai peserta dan pemerhati bergantung kepada situasi (Creswell, 2005). Di dalam kertas projek ini, pemerhati memainkan peranan sebagai pemerhati semasa guru mengajar tentang seni visual dan pemerhati akan memainkan peranan sebagai peserta semasa pelajar mula melakukan aktiviti pembelajaran.

Kaedah pemerhatian dijalankan bertujuan menjawab soalan kajian: Mengkaji tentang keupayaan Kit Rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar berusia 16 tahun. Hasil pemerhatian yang dijalankan akan dianalisis berpandukan kepada taksonomi Bloom.

3.4 Alat kajian: Analisa dokumen

(49)

Kaedah ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian: Mengkaji tentang keupayaan Kit Rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar berusia 16 tahun. Walaupun kaedah pemerhatian telah digunakan bagi menjawab soalan kajian kedua, kaedah analisis tetap digunakan bagi menyokong dan memperkukuh hasil pemerhatian yang telah dijalankan.

3.5 Kebolehpercayaan dan keesahan alat kajian

Kit rekabentuk telah dibangunkan berpandukan model reka bentuk pengajaran: Model pengajaran (model of instruction) oleh Dick dan Carey. Menurut McGriff (2001), model Dick dan Carey adalah “… the systematic guidelines

instructional designers follow in order to create a workshop, a course, a curriculum, an instructional program, training sessions, or the instructional materials and products for educational programs.” Kit rekabentuk yang telah

(50)

Bab 4

PEMBANGUNAN MODUL

Pengenalan

Di dalam bahagian ini akan diterangkan persoalan pertama kertas projek ini: langkah-langkah yang terlibat dalam pembangunan kit rekabentuk. Antara langkah yang terlibat dalam pembangunan kit rekabentuk ini adalah mengenalpasti matlamat pengajaran, menyediakan analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran asas dan ciri pelajar, menulis objektif prestasi, menyediakan ujian rujukan kriteria, menyediakan strategi pengajaran, membangunkan atau memilih bahan pengajaran, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penggunaan ID dalam pembelajaran

(51)

antaranya adalah model Dick dan Carey, model sistem Gagne dan Briggs dan model Kemp (Shambaugh dan Magliaro, 1997).

Di dalam kertas projek ini, model Dick dan Carey telah digunakan sebagai panduan dalam membangunkan produk dan strategi pengajaran. Menurut Shambaugh & Magliaro (1997), model Dick dan Carey ” … is a procedural,

step- by- step ID model that depicts a learning environment through instructional goals, which act as the stating point” (hlm. 33). Model Dick dan

Carey merupakan model yang terkenal dan seringkali diajar di institut pengajian tinggi (Pershing, 2006). Di dalam artikel yang sama, Pershing menyatakan bahawa model ini turut digunakan dalam bidang perniagaan, perindustrian, agensi kerajaan dan latihan ketenteraan.

(52)

Rajah 3: Model Dick dan Carey (sources from Dick and Carey (1996)) Mengenalpasti matlamat pengajaran (identification of instructional goals)

Menurut Dick dan Carey, matlamat pengajaran adalah “ …clear statements of behaviours that learners are to demonstrate as a result of instruction” (hlm. 31).

Matlamat pengajaran boleh dikenalpasti dengan mengenalpasti permasalahan pengajaran. Permasalahan pengajaran, boleh diperolehi dengan menjalankan analisis keperluan (Rajah 4).

(53)

Hasil daripada analisis keperluan, di dapati bahawa:

Permasalahan di dalam subjek Kimia bab 5 iaitu “Chemical for Consumers” adalah kerana bahan dan strategi pengajaran yang lebih berpusatkan guru. Ketika ini guru kimia bagi kelas tersebut hanya memberi penerangan menggunakan buku teks Kimia di dalam kelas dan pelajar hanya mendengar penerangan guru. Guru kimia kelas tersebut cuba memikirkan bahan dan strategi pengajaran alternatif yang menarik dan berpusatkan pelajar seperti penghasilan produk menggunakan kemudahan ICT sedia ada di sekolah.

Jesteru itu, fokus pengajaran bagi pembangunan kit rekabentuk ini adalah menghasilkan bahan dan strategi pengajaran yang menggabungkan kemahiran seni visual dan matapelajaran kimia (bab 5). Aktiviti yang dibangunkan mestilah berpusatkan pelajar dengan menggunakan kemudahan ICT sedia ada.

(54)

Hasil daripada analisis keperluan dan permasalahan pengajaran, matlamat pengajaran bagi kit rekabentuk adalah:

Pelajar berupaya menggunakan perisian Microsoft PowerPoint™ untuk

menghasilkan poster dan brosur berkaitan topik Chemical for Consumers dengan menggunakan kemahiran visual.

Menyediakan analisis pengajaran (conduct instructional analysis)

Bahagian 1

Menurut Dick dan Carey (2001), tujuan utama analisis pengajaran adalah “ …

to identify the skills and knowledge that should be included in our instruction ”

(hlm. 37).

Dua langkah utama dalam bahagian 1 adalah (1) mengkategorikan matlamat dalam „domain of learning’ (Gagne), dan (2) menjalankan analisis matlamat

dengan mengenalpasti dan menyusun langkah-langkah utama yang perlu dilakukan bagi melaksanakan matlamat pengajaran.

(55)

Rajah 5 menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menghasilkan untuk menghasilkan poster dan brosur berkaitan topik Chemical for Consumers.

Rajah 5: Analisis matlamat bagi kit rekabentuk (diadaptasi dari Dick & Carey, 2001)

Bahagian 2

Menurut Ingram (2005), Dick dan Carey (2001), analisis pengajaran adalah satu proses membahagikan matlamat pengajaran kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan spesifik seperti mengenalpasti pengetahuan dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar bagi mencapai matlamat pengajaran. Tujuan utama pelaksanaan analisis pengajaran adalah untuk memperbaiki mutu pengajaran (Ingram, 2005).

(56)

mempunyai kemahiran seni visual, kemahiran ICT dan pengetahuan kimia dalam topik “Chemicalfor consumers” dalam menyelesaikan permasalahan.

Dick dan Carey turut menyenaraikan beberapa persoalan yang boleh dijadikan panduan semasa menjalan analisis pengajaran:

 “What must the student already know so that, with a minimal amount

of instruction, this task can be learned?” (hlm. 61)

 “What is it that the student must already know how to do, the absence which would make it impossible to learn this subordinate skill?” (hlm.

61)

(57)
(58)

Mengenalpasti kemahiran asas dan ciri pelajar.

Pada peringkat ini pereka bentuk perlu mengenalpasti ciri-ciri pelajar, konteks untuk menyampaikan pengajaran dan konteks di mana kemahiran yang diajar akan digunakan. Di dalam konteks kertas projek ini, penyelidik menggunakan pendekatan „try-out learners’ di mana pengkaji yang juga pereka bentuk

pengajaran menilai pengajaran yang sedang dibangunkan ke atas sekumpulan pelajar yang mempunyai latarbelakang yang sama dengan sasaran populasi.

Analisis pelajar dijalankan menggunakan pendekatan temuramah kepda guru kelas dan juga kaedah pemerhatian. Menurut Ragan dan Smith maklumat tentang pelajar boleh diperolehi melalui teknik temuramah kepada guru atau mereka yang terlibat secara langsung dengan sasaran populasi. Di dalam konteks ini, pengkaji telah menemuramah guru Kimia yang mengajar pelajar. Teknik pemerhatian ke atas pelajar yang mempunyai latar belakang yang sama dengan sasaran populasi turut dijalankan. Temuramah dengan pelajar tidak dapat dijalankan disebabkan oleh kekangan waktu.

Entry behaviour

 Pelajar terdiri daripada penuntut sekolah berasrama penuh

 Pelajar boleh bertutur dan menulis di dalam bahasa Melalyu dan

(59)

 Pelajar mempunyai latarbelakang akademik yang bagus: Memiliki

keputusan minima 7A daripada 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

 Pelajar mempunyai kemahiran melayari laman web.  Pelajar berusia 17 tahun

Prior Knowledge of Topic Area

 Pelajar mempunyai pengetahuan di dalam subjek Kimia dan topik „Chemical for Consumers’.

 Pelajar mempunyai pengetahuan minima di dalam penggunaan perisian Microsoft PowerPoint™.

 Pelajar mempunyai pengetahuan minima dalam pengetahuan seni

visual

Persekitaran Pembelajaran

(60)

menerangkan persekitaran pembelajaran bagi bengkel kit rekabentuk yang dibangunkan.

Tenaga pelajar

(61)

Konteks pembelajaran

Melawati tempat menjalankan kajian: Makmal kimia dan makmal komputer

Kemudahan:

Peralatan:

Makmal kimia: Projektor disediakan walaubagaimanapun tiada kemudahan komputer disediakan. Projektor disediakan untuk penggunaan komputer riba bagi kegunaan guru sahaja. Tiada kemudahan internet disediakan.

Rajah 8 menunjukkan kemudahan projektor di makmal kimia

(62)

Pencetak: Pencetak hitam putih disediakan dimakmal komputer.

Rajah 9 menunjukkan susun atur makmal komputer di tempat kajian dijalankan

Masa:

(63)

Sumber kewangan:

Tiada sumber kewangan yang diperuntukan kepada guru sekiranya guru berminat menggunakan kaedah baru dalam pengajaran. Segala material adalah di bawah tanggungan guru sendiri.

Menulis objektif prestasi

Objektif prestasi adalah penerangan tentang apa yang pelajar belajar setelah mereka melengkapkan suatu topik pengajaran.

Secara keseluruhannya di akhir bengkel kit reka bentuk pelajar berupaya mereka bentuk poster dan brosur dalam masa yang ditetapkan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™, internet, buku teks kimia dan

(64)

Unit 1: Warna

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™,

kandungan topik 5 bagi subjek Kimia dan himpunan gambar yang berkaitan topik 5, pelajar akan berupaya untuk memilih warna yang bersesuaian semasa mereka bentuk poster dan brosur. Pelajar juga berupaya untuk memberi pnenerangan sebab pemilihan warna.

Unit 2: Imej

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™,

kandungan topik 5 bagi subjek Kimia dan himpunan gambar yang berkaitan topik 5, pelajar akan berupaya untuk memilih imej yang bersesuaian semasa mereka bentuk poster dan brosur. Pelajar juga berupaya untuk memberi penenerangan sebab pemilihan imej.

Unit 3: Font

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™,

(65)

Unit 4: Susunatur (visual balance, chunking dan justified)

Dengan menggunakan komputer, perisian Microsoft PowerPoint™,

kandungan topik 5 bagi subjek Kimia dan himpunan gambar yang berkaitan topik 5, pelajar akan berupaya untuk memilih susuan atur yang bersesuaian semasa mereka bentuk poster dan brosur. Pelajar juga berupaya untuk memberi penenerangan sebab pemilihan susun atur.

Menyediakan ujian rujukan kriteria

Langkah seterusnya adalah membangunkan peralatan penilaian (assessment instruments). Tujuan penggunaan peralatan penilaian ini adalah untuk menilai kemajuan pelajar di dalam menguasai kemahiran yang telah ditetapkan oleh objektif pengajaran dan kualiti bahan pengajaran yang telah dibangunkan.

(66)

Menurut Mosal (2000), sistem pemarkahan rubrik seringkali diaplkasikan bagi menilai kualiti sesuatu bahan pengajaran, pembelajaran atau aktiviti.

Jadual berikut menunjukkan sistem pemarkahan rubrik bagi kit rekabentuk yang dibangunkan.

Jadual 1: Rubrik brosur dan poster: Design for Chemistry for Consumers Objektif

Prestasi

Cemerlang (5 ) Sederhana (3 – 4 ) Lemah (1 – 2 )

Warna Pelajar memilih warna yanxg bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih. Pelajar berupaya memberikan penerangan sebab pemilihan warna dan maksud warna di dalam buku kerja.

(67)

Contoh: Pemilihan warna merah sebagai latar belakang poster kerana merah melambangkan bahaya dan racun kimia amat berbahaya bila diminum. Pemilihan warna yang dipilih turut dizahirkan

pada poster/brosur

Pemilihan warna yang dipilih turut dizahirkan pada poster/brosur Pemilihan warna yang dipilih TIDAK dizahirkan pada poster/brosur

Imej Pelajar memilih imej yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih. Pelajar berupaya memberikan penerangan sebab

(68)

pemilihan imej di dalam buku kerja.

Pemilihan imej yang dipilih turut

dizahirkan pada poster/brosur

penerangan sebab pemilihan imej.

Pemilihan imej yang dipilih turut dizahirkan pada poster/brosur penerangan sebab pemilihan imej. Pemilihan imej yang dipilih TIDAK dizahirkan pada poster/brosur Jenis font dan warna

Pelajar memilih font yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih. Pelajar berupaya memberikan penerangan sebab pemilihan font dan warna di dalam buku kerja.

(69)

Pemilihan font yang dipilih turut

dizahirkan pada poster/brosur

Pemilihan font yang dipilih turut dizahirkan pada poster/brosur Pemilihan font yang dipilih TIDAK dizahirkan pada po ster/brosur Susunatur imej dan font (visual balance, chunking dan justified) Pelajar memilih susun atur yang sistematik. Imej dan font disusun menggunakan DUA daripada teknik: visual balance, chunking dan justified. Pelajar berupaya memberikan penerangan sebab pemilihan susunatur imej dan font di dalam

Imej dan font disusun dengan KURANG sistematik.

Imej dan font disusun

menggunakan salah SATU daripada teknik: visual balance, chunking

Imej dan font TIDAK disusun dengan

(70)

buku kerja.

Pemilihan susunatur yang dipilih turut dizahirkan pada poster/brosur

dan justified.

Pelajar TIDAK berupaya memberikan penerangan sebab pemilihan susunatur imej dan font di dalam

buku kerja.

Pemilihan susunatur yang dipilih turut dizahirkan pada poster/brosur

dan font di dalam buku kerja.

(71)

Menyediakan strategi pengajaran

Model strategi pembelajaran dipilih pada peringkat ini. Bagi kertas projek ini, penyusun pendahuluan (Ausibel) atau Advance organizer di bawah model

Information processing famili telah digunakan didalam strategi pengajaran. Di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), penyusun pendahuluan didefinisikan sebagai “Gambaran struktur tentang perkara yang akan dipelajari

yang diberikan pada bahagian awal pengajaran. Gambaran tersebut bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan mengekalkan daya ingatan.” (Hlm. 6).

Kaedah penyusun pendahuluan telah dipilih kerana ia berupaya meningkatkan kemahiran intelektual semasa menggunakan kit rekabentuk (Shambaugh & Magliaro, 1997).

Terdapat tiga peringkat aktiviti di dalam penyusun pendahuluan (Joyce dan Weil, 1996) iaitu persembahan penyusun pendahuluan, persembahan bahan pembelajaran dan pengukuhan organisasi kognitif. Jadual 2 berikut adalah strategi-strategi pengajaran yang telah dibangunkan mengikut peyusun pendahuluan.

Jadual 2 : Strategi Pengajaran

Persembahan

penyusun pendahuluan

Di dalam pendekatan penyusun pendahuluan, perlulah dinyatakan tujuan pembelajaran, hubungkait antara knsep baru pengetahuan dan pengetahuan sedia ada pelajar, persembahan kandungan termasuk pengenalan terhadap konsep dan contoh.

(72)

makmal kimia dan mendengar taklimat berkenaan kit rekabentuk. Semasa taklimat guru menerangkan matlamat pengajaran dan tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar seperti yang ditunjukkan dalam rajah . Guru kemudian memberi penerangan tentang definisi dan ciri-ciri brosur dan poster. Guru menghubungkaitkan penggunaan kemahiran seni visual dan kandungan bab 5 kimia.

Persembahan bahan pembelajaran

Guru memberi kuliah berkaitan penggunaan warna, imej, font dan susun atur di dalam poster dan brosur. Penerangan diberikan kerana pelajar akan menggunakan pengetahuan yang dipelajari untuk menghasilkan poster dan brosur.

Kuliah yang diberikan turut memberikan gambaran kepada pelajar cara mereka bentuk poster dan brosur. Pengukuhan organisasi

kognitif

(73)

Rajah 9 menunjukkan guru menerangkan matlamat pengajaran kepada pelajar

(74)

Rajah 11: Pelajar sedang menghasilkan brosur di makmal komputer

Langkah 7. Membangunkan atau memilih bahan pengajaran.

(75)

Menurut Reiser dan Dick (1996) dan Fitzpatrick (2001), pemilihan untuk membina atau menggunakan bahan sedia ada bergantung kepada beberapa faktor iaitu mendapatkan bahan pengajaran sedia ada dan kos membangunkan bahan baru.

Di dalam konteks kertas projek ini, buku teks kimia yang digunakan di sekolah di seluruh sekolah kebangsaan di Malaysia telah dijadikan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar menggunakan buku teks kimia untuk merujuk kepada kandungan bab 5 iaitu topik “Chemical for Consumers”. Penggunaan

buku teks ini adalah mengambil kira kerana ia digunakan dalam pembelajaran kimia di sekolah, setiap pelajar memiliki senaskah buku teks tersebut dan tiada kos yang terlibat dalam penggunaan buku teks kimia.

Selain daripada itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang harus dibangunkan pada peringkat ini adalah:

 Satu set bahan pengajaran yang terdiri daripada 5 set persembahan

PowerPoint: Pengenalan kepada poster dan brosur, warna, imej, font dan susun atur. Bahan pengajaran ini akan digunakan oleh guru untuk mengajar pelajar tentang seni visual (Appendiks ).

 Dua set buku kerja yang menjadi panduan kepada pelajar untuk mereka

(76)

Pembangunan set bahan pengajaran tidak melibatkan kos yang tinggi. Bahan pengajaran dibangunkan dengan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint dan guru boleh menggunakan persembahan PowerPoint berulangkali. Aplikasi ini turut dipasang pada komputer riba dan komputer-komputer di makmal sekolah, oleh itu pelajar dan guru tidak untuk mengakses bahan pengajaran ini kelak.

Dua buku set kerja disediakan sebagai panduan untuk pelajar mereka bentuk dan menghasilkan poster dan brosur dengan menggunakan kemahiran seni visual yang telah dipelajari pada awal bengkel kit rekabentuk. Selain dijadikan sebagai panduan, buku kerja ini turut menjadi pengukur untuk melihat sejauh mana pelajar menggunakan kemahiran seni visual dalam menghasilkan poster dan brosur.

Langkah 8. Penilaian formatif.

Menurut Merriam-Webster Online dan The Free Dictionary Online, penilaian bermaksud menentukan kualiti sesuatu bahan atau produk.

(77)

Penilaian prestasi pelajar dijalankan bertujuan untuk melihat sama ada pelajar telah mencapai objektif pengajaran. Manakala penilaian bahan pengajaran bertujuan melihat keberkesanan material yang dibangunkan.

Terdapat dua jenis penilaian, penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian formatif adalah penilaian semasa di peringkat pembangunan bahan pengajaran. Tujuan penilaian formatif adalah untuk memperbaiki bahan pengajaran yang sedang dibangunkan.

Penilaian formatif di dalam kit rekabentuk ini melibatkan sesi temuramah bersama sekumpulan kecil pelajar yang terdiri daripada enam orang. Menurut Shambaugh dan Magliaro (1997) tujuan penilaian bersama sekumpulan pelajar adalah untuk melihat keberkesanan bahan pengajaran dan mengenalpasti kelemahan bahan pengajaran untuk diperbaiki.

Di dalam konteks kertas projek ini, penilaian bersama sekumpulan pelajar dijalankan untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan bahan pengajaran.

(78)

Langkah 9. Penilaian sumatif

Langkah terakhir di dalam model ini adalah penilaian sumatif. Penilaian dijalankan setelah bahan pengajaran dibangunkan atau sesebuah bengkel dijalankan (Shambaugh dan Magliar, 1997). Menurut Smith dan Ragan (1999), penilaian sumatif dijalankan untuk menilai keberkesanan sesebuah bahan pengajaran. Antara persoalan yang cuba dicari di dalam penilaian sumatif adalah adakah bahan pengajaran yang telah dibangunkan berjaya mencapai hasil pengajaran yang dikehendaki? (Shambaugh dan Magliar, 1997).

(79)

Bab 5

Dapatan dan Analisis Kajian

Pengenalan

Di dalam bab ini, pengkaji membincangkan data-data yang telah dikumpulkan bagi menjawab soalan-soalan kajian. Data-data ini telah dikumpulkan melalui sesi temuramah bersama peserta, pemerhatian dan analisa dokumen.

Keupayaan Kit rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar

Data yang dibentangkan di dalam bahagian ini bertujuan menjawab soalan kajian pertama. Fokus utama persoalan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah kit rekabentuk yang telah dibangunkan berupaya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Data-data diperolehi melalui:

 Analisis hasil kerja yang telah dibangunkan oleh pelajar seperti poster  Maklumat dan jawapan yang telah ditulis oleh pelajar dalam buku

(80)

 Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan rakaman audio

visual (sila lihat rajah 12).

Rajah 12: Data yang dikumpulkan bagi menjawab soalan kajian pertama Poster

Hasil kerja yang telah dibangunkan oleh pelajar

Pemerhatian menggunakan rakaman audio visual Rakaman peserta semasa kajian sedang dijalankan (semasa sesi bengkel berjalan)

Buku Kerja

Jawapan yang telah diberikan oleh pelajar tentang pemilihan warna, gambar,

imed dan teks dalam buku kerja Sejauh manakah kit

rekabentuk yang telah dibangunkan berupaya meningkatkan kemahiran

(81)

Analisis hasil kerja: Poster

Bahagian ini menerangkan data yang diperolehi melalui hasil kerja peserta-peserta (sila lihat rajah 12 hingga 12 dan jadual X hingga X). Hasil kerja peserta telah dinilai berdasarkan rubrik yang telah dibangunkan. Kriteria yang dinilai adalah warna, imej, jenis font dan warna digunakan dan susun atur imej yang telah dipilih oleh peserta (sila lihat jadual X dihalaman 73). Setiap kategori telah dinilai kepada tiga tahap iaitu, cemerlang, sederhana dan lemah. Peserta-peserta dianggap telah mencapai tahap cemerlang apabila berjaya membuat pilihan yang bersesuaian dalam kategori-kategori tersebut. Selain daripada itu, peserta perlu membuat justifikasi bagi pemilihan warna, objek dan font yang telah dipilih.

(82)

dianggap telah mencapai pemikiran aras tinggi iaitu tahap sintesis. Didalam konteks kajian peserta telah mencapai tahap sederhana apabila membangunkan poster menggunakan warna, imej dan font tetapi pelajar tidak memberikan justifikasi sebab pemilihan elemen-elemen poster tersebut. Peserta-peserta dianggap hanya mencapai tahap lemah apabila tidak berjaya membuat pilihan yang bersesuaian dalam kategori-kategori tersebut dan atau peserta tidak memberi penerangan sebab pemilihan warna, objek dan font yang telah dipilih. Menurut Bloom (1956), apabila pelajar berupaya mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi atau sedia ada dalam situasi yang baru pelajar dianggap telah mencapai pemikiran aras mudah iaitu tahap aplikasi. Didalam konteks kajian ini, peserta hanya mencapai tahap lemah apabila membangunkan poster menggunakan warna, imej dan font yang tidak bersesuaian dan pada masa yang sama pelajar tidak memberikan justifikasi sebab pemilihan elemen-elemen poster tersebut.

(83)

Jadual 3

Cemerlang

Tahap pemikiran aras tinggi

Pelajar memilih warna, imej, font dan susun atur yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih. Pelajar berupaya memberikan justifikasi ke atas pemilihan yang telah dilakukan

PENILAIAN

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau alas an yang sah

Kata petunjuk:

Kritik , rumus, justifikasi, diskriminasi, sokong.

Sederhana

Tahap pemikiran aras tinggi

Pelajar memilih warna, imej, font dan susun atur yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih. Pelajar TIDAK berupaya memberikan SINTESIS Menggabungkan unsur-unsur yang berasingan untuk menghasilkan gambaran menyeluruh dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

(84)

penerangan sebab pemilihan warna dan maksud warna.

susun, gabung.

Lemah

Tahap pemikiran aras mudah

Pelajar TIDAK memilih warna, imej, font dan susun atur yang bersesuaian dengan tajuk poster/brosur yang dipilih.

Pelajar TIDAK berupaya memberikan penerangan sebab pemilihan warna dan maksud warna.

APLIKASI Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi atau sedia ada dalam situasi yang baru.

(85)

Jadual 4:

Markah/ 20

Kategori

Cemerlang Sederhana Lemah

Poster 1 19 - -

Poster 2 19 - -

Poster 3 18 - -

Poster 4 18 - -

Poster 5 20 - -

Poster 6 19 - -

Poster 7 6 - -

Poster 8 5 - -

Poster 9 19 - -

(86)

tahap tinggi berlaku semasa kit reka bentuk, analasis jawapan dan justifikasi pelajar terhadap pembangunan poster di dalam buku kerja telah dilakukan.

Buku kerja

Peserta telah diarahkan untuk mengisi buku kerja yang telah disediakan semasa proses pembangunan poster. Peserta perlu memberi justifikasi ke atas setiap pemilihan penggunaan imej, warna, jenis teks dan susun atur poster mereka. Data yang diperolehi dari buku kerja kemudian dianalisa dan dikategorikan berdasarkan taksonomi Bloom yang terbaru yang telah diolah semula oleh Anderson dan Krathworthl (2001). Menurut Anderson dan Krathworthl, Taksonomi Bloom boleh dikategorikan kepada enam peringkat; pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, penilaian dan pembangunan (Halawi et al. 2009) (sila rujuk Jadual 5).

Jadual 5: The Cognitive Processing Dimension of the Revised Bloom’s Taxonomy

Tahap dan penerangan Kata penunjuk

Pengetahuan: Mengingati kembali maklumat yang dipelajari untuk mengeluarkan fakta-fakta yang dikehendaki

(87)

Pemahaman: Menerangkan kembali idea atau konsep.

klasifikasi, terangkan, parafrasa, ringkaskan, terjemah

Aplikasi: Mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi a

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan kajian juga mendapati, terdapat korelasi yang positif di antara tahap sosioekonomi ibu bapa pelajar dengan tahap ketagihan penggunaan Internet dengan nilai

Berdasarkan perbicangan analisis dapatan kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji dapat merumuskan bahawa penggunaan Kit Pengajaran Magnetik – PLC sebagai satu alat

Daripada hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa rekabentuk ruang dan susunatur perabot dan peralatan

Kajian ini bertujuan mengkaji masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran mereka dari aspek penggunaan ABBM bagi mata pelajaran Sains Bahan lalu menghasilkan suatu

a) Dapatan kajian pertama yang dijalankan di sebuah sekolah di Johor mendapati,96.6% bersetuju penggunaan multimedia menarik minat pelajar dalam P&P, 83.3% pelajar mudah

Dapatan kajian daripada soal selidik yang diedarkan mendapati bahawa apabila pelajar menyelesaikan masalah pengaturcaraan, kemahiran menterjemah penyelesaian merupakan kemahiran

Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal dalam pengalaman pembelajaran

Dapatan kajian mendapati sikap pelajar lebih menggemari untuk mempelajari bahasa Inggeris daripada bahasa Indonesia dan responden juga mempunyai motivasi belajar bahasa yang